MUQADDIMAH Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillahi Rabbil Alamin, Wabihi Nasta’in ‘ala Umurid Dunia Wad Din, Wa ‘ala Alihi Wasohbihi Ajma’in Segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan kami kesempatan untuk menyiapkan buku yang ringkas lagi menarik ini – “Bintang Ramadanku Bersinar” Buku yang padat dengan informasi dan aktiviti-aktiviti mencabar minda ini bertujuan menarik minat para pembaca tidak kira yang tua atau yang muda untuk mulai membaca bahan-bahan agama supaya amal ibadah yang dilakukan bertepatan syarak dan memenuhi tuntutan ilahi. Seiring dengan peredaran masa, buku yang kami tampilkan bukan sahaja membawa mesej sehala berdasarkan AlQuran dan As Sunnah, malah menguji kefahaman pembaca dengan latihan-latihan amali. Penulisan ini juga unik mengambil kira elemen-elemen yang mengajak pembaca sekalian untuk muhasabah diri, melahirkan keazaman untuk mendidik jiwa ke arah yang lebih baik, menzahirkan rasa penghayatan yang mendalam dengan bulan mulia Ramadan serta mengajak para pembaca supaya istiqamah dengan apa yang telah dituliskan. Penerbitan buku ini yang ditanggung sepenuhnya oleh Jamiyah Singapura dalam usaha mendekati masyarakat Melayu/Islam khususnya para belia yang merupakan golongan yang ramai di kalangan masyarakat kita dan tunggak masa depan kita. Belia yang berwawasan dan berdisplin tinggi adalah harapan bangsa dan negara. Jesteru, buku ini, perlu dibaca bukan sahaja oleh anak-anak sebagai pemimpin masa hadapan, malah juga orang-orang dewasa khususnya para ibu bapa agar mendapat idea dalam usaha mempelbagaikan aktiviti bersama keluarga dan menjadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan pemangkin ukhuwah dan bulan penuh semangat kesedaran dan ketakwaan sehingga anak-anak merasa cenderung dengan kebiasaan beribadah. Marilah kita mulakan dengan diri sendiri dan kemudian jadilah kita orang yang mengajak orang lain kepada perkara-perkara kebaikan sebagaimana firman Allah SWT: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang- orang yang beruntung.” (Surah Al Imran Ayat 104) Semoga Ramadan kali ini menjanjikan ikatan kekeluargaan yang lebih utuh di kalangan ibu bapa dan saudara seagama. Semoga ibadah puasa kita kali ini membawa pengertian yang istimewa berlainan dari tahun-tahun sudah. Selamat menjalani ibadah puasa! Salam Hormat, SEKRETARIAT DAKWAH JAMIYAH SINGAPURA
01
KATA-KATA ALUAN Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya juga, bertemu kita bulan suci Ramadan. Segala puji bagi Allah SWT, Jamiyah Singapura telah dapat sekali lagi menerbitkan bahan bacaan yang diberi tema: ‘Bintang Ramadanku Bersinar’ dengan ketibaan bulan yang amat dinantinantikan umat Islam seluruh dunia, Bulan Ramadan Al Mubarak. Tidak seperti biasa, buku ini yang diilhamkan oleh golongan asatizah muda kita dihasilkan dengan semangat ingin menyebarkan nilai-nilai, adab dan keistimewaan serta hukum-hukum yang wajib diketahui oleh setiap lapisan masyarakat Islam berkenaan bulan Ramadan dengan kaedah paling kreatif. Buku yang ringkas tetapi padat dan penuh dengan grafik ini juga bertujuan menarik minat bukan sahaja golongan muda tetapi masyarakat umum yang seringkali tidak mempunyai masa untuk membaca tulisan-tulisan yang panjang. Saya dapati buku yang membawa matlamat kearah memupuk insan yang celik hukum dan bertakwa ini menggunakan bahasa yang mudah difahami dengan ulasan-ulasan yang menarik sehingga dirasakan tidak menjemukan para pembaca. Saya berharap agar buku ini mendapat sambutan meluas di kalangan masyarakat kita, dihayati dan dipraktikkan isinya sehingga mendapat manfaat dan anugerah dari amalan-amalan ikhlas kita kepada Allah yang Maha Esa. Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang mulia dan Selamat Menyambut Hari Raya Puasa. Marilah kita tingkatkan usaha dakwah dan amal kebajikan kita! Mohon Maaf Zahir & Batin. Wassalam, PRESIDEN JAMIYAH SINGAPURA
02
BUKU INI KEPUNYAAN
Gambar Saya
Nama Saya :
Gambar Keluarga Saya
Dari Kanan :
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahanbahan bakarnya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” -At Tahrim Ayat 6
03
VISI RAMADANKU 1432H
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Hari ini ________________ tanggal _______________, Saya berjanji kepada diri saya untuk
OBJEKTIF RAMADANKU 1432H Saya berazam untuk mencapai perkara-perkara berikut:
1. Contoh: Khatam 30 juzuk kitab Quran
2.
3.
4.
5.
Ya Allah Tuhanku, sampaikanlah hajatku untuk mengecapi kemanisan beribadah di bulan mulia ini “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” - Ar Rad Ayat 11
04
RAMADANKU PENUH MAKNA Saya Suka Bulan Ramadan Kerana…
1. 2 2.
3.
Bulan Ramadan ialah bulan yang kesembilan dalam kalendar Hijriah. Cuba cari bulan-bulan Islam di dalam kalendar Hijriah di bawah ini:
Bulan-Bulan dalam Kalendar Hijriah 1. MUHARRAM 2. SAFAR 3. RABIUL AWAL 4. RABIUL AKHIR 5. JAMADIL AWAL 6. JAMADIL AKHIR
7. REJAB 8. SYAABAN 9. RAMADAN 10. SYAWAL 11. ZULKAEDAH 12. ZULHIJJAH
Anas bin Malik ra berkata bahawa ketika memasuki bulan Rejab Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, berkati kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.”
05
BULAN RAMADAN BOLEH DIPANGGIL SEBAGAI...
ISTIMEWANYA RAMADAN…
Sabda Rasulullah SAW, Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan (dengan kelebihannya antara lain): 1. Bulan Penuh Barakah 2. Allah telah mewajibkan puasa ke atas kamu 3. Dibuka padanya pintu-pintu syurga 4. Dikunci pintu-pintu neraka 5. Ditambat syaitan-syaitan 6. Di dalamnya ada malam Lailatul Qadr iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sungguh dia tidak diberikan kebajikan kepadanya. (Rujukan AlFath AlQadir 9:225)
Pada bulan ini juga: 7. Allah melimpahkan kasih sayang 8. Allah melimpahkan keampunan 9. Kebebasan dari api neraka Sebagaimana maksud hadis Nabi SAW, “Ramadan itu awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan pada akhirnya pembebasan daripada api neraka”
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (AlQuran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan (Lailatul Qadr)itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar” (Surah Al Qadr 1-5)
06
PERSIAPAN BERPUASA Setelah pasti akan ketibaan bulan Ramadan, bersolat sunat terawih dan berniat puasa malam sebelumnya, umat Islam mula bersahur sebelum waktu imsak dan seterusnya menahan diri dari makan, minum dan melakukan perkara-perkara yang dilarang dari terbit fajar hingga tenggelam matahari.
Mufti Negara akan melihat terbitnya anak bulan Ramadan pada 29 & 30 Syaaban. Di Singapura, kita menggunakan kaedah hisab setelah genap 30 hari Syaaban, bulan seterusnya ialah bulan Ramadan. Rasulullah SAW berdoa: “Allahumma ahillahu ‘alayna bilyumni wal iimaani was salaamati wal islaami. Robbii wa Robbukallah.” “Ya Allah, tampakkan bulan itu kepada kami dengan membawa keberkahan dan keimanan, keselamatan dan Islam. Rabbku dan Rabbmu adalah Allah” (HR. Ahmad, Tirmidzi, dan Ad Darimi)
Mufti akan membuat pengumuman untuk berpuasa selepas waktu Maghrib malam sebelumnya.
Niat puasa dilakukan pada malam sebelum puasa. Niatnya: Nawaitu sauma ghodin an adae fardisyahri ramadhona hadzizhis sanati lillahi ta’ala.
Umat Islam akan mula solat terawih malam sebelum berpuasa. Ini kerana hari yang baru bermula selepas Maghrib. Maka, 1 Ramadan bermula selepas Maghrib sebelum harinya.
“Sengaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana
“Puasa adalah ibadat yang memupuk kesuburan rohani dan jasmani. Latihan bagi diri dan jiwa untuk melentur nafsu agar tidak melampaui batas” (Hadis)
07
FADILAT PUASA Terdapat banyak fadilatnya berpuasa di bulan suci Ramadan antaranya:
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. - Surah AlBaqarah Ayat 183
08
KECUALI… Orang yang musafir
Orang yang sakit
Orang yang tidak berdaya kerana tua
Orang kurang siuman
Wanita yang mengalami darah haidh
Ibu yang mengalami darah wiladah atau nifas kerana baru melahirkan
Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang menyusukan
Anak-anak yang belum baligh
09
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA Cuba Teka!
1 7
8
2 6
9
10
3 4 5
Kehadapan 1. 2. 3. 4. 5.
Masuk sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja Melakukan sesuatu antara lelaki dan perempuan pada siang hari Memasukkan sesuatu ke dalam qubul (jalan depan) atau ______ (jalan belakang) Tidak waras Keluarnya darah dari kemaluan wanita
Kebawah 6. Ibu-ibu yang melahirkan anak 7. Mengeluarkan sesuatu dari kemaluan dengan sengaja 8. Tidak sedarkan diri sepanjang hari 9. Terkeluar dari Islam 10. Keluarnya sesuatu dari mulut dengan sengaja
TETAPI… Mereka yang terlupa, dipaksa atau tanpa sengaja adalah dimaafkan dan puasanya tidak batal. Bersabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani)
KENA DENDA… Pasangan yang melakukan jimak di siang hari! Dendanya mengikut tertib: 1. Memerdekakan seorang hamba (Memandangkan kini tidak ada hamba lagi, denda kedua menjadi utama). 2. Wajib puasa dua bulan berturut-turut. 3. Wajib memberi sedekah 60 cupak makanan asasi kepada 60 orang fakir miskin, secupak seorang, lebih banyak lebih baik.
10
“Orang yang berzikir kepada Allah pada bulan Ramadan akan diampuni dosa-dosanya dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadan tidak akan kecewa.”
11
ADAB-ADAB DI BULAN RAMADAN
“Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu menyebabkan umur bertambah panjang, terhindar dari mati yang mengerikan dan Allah menghilangkan perasaan takbur serta bangga diri” (Riwayat al Tabrani)
12
ADAB-ADAB BERBUKA Doa Ketika Berbuka Puasa “Allahumma Lakasumtu Wabika Amantu Wa’ala Rizqika Aftartu ” “Ya Allah, kerana Mu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, dan dengan rezeki Mu aku berbuka.” “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” (Riwayat Ibn Majah)
Dan makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-`Araf:31) ”Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” (Surah Isra’ Ayat 27)
13
HIDUPKAN MALAM RAMADAN Jangan lepaskan bulan yang penuh berkat ini tanpa menghidupkan malam-malamnya
Hidupkan malam-malam Ramadan dengan: 1. Qiamullail 2. Tadarus 3. Ngaji 4. Solat Terawih 5. Solat Witir 6. Solat Tasbih 7. I’tikaf 8. Zikir
Qiamullail Qiamullail ialah solat malam seperti Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Awwabin, Solat Sunat Tasbih, Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Mutlak dan ditutup dengan Solat Sunat Witir. Berfirman Allah SWT di dalam surah Al Isra’ Ayat 79 yang bermaksud: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”
Tadarus Tadarus ialah amalan membaca alQuran beramai-ramai supaya jika terdapat kesilapan dalam membaca dapat segera ditegur oleh jemaah yang lain.
Mengaji Seperti tadarus, mengaji ialah membaca alQuran namun jika tadarus dilakukan beramai-ramai, mengaji pula boleh dilakukan sendiri.
Solat Sunat Terawih dan Solat Witir Solat terawih ialah solat sunat yang khusus dilakukan hanya di bulan Ramadan dan pada malam harinya selepas waktu Isyak. Tujuannya ialah untuk membersihkan jiwa dan meningkatkan iman hingga mencapai darjat taqwa. Hukumnya Sunat Muakkad yakni sunat yang hampir kepada wajib ke atas setiap Musliminin dan Muslimat secara berseorangan atau berjemaah.
14
Terdapat banyak fadilat solat sunat terawih, antara lain, termasuk sebagai tanda syukur kepada Allah SWT, menghidupkan syiar Ramadan, menjalinkan hubungan kepada Allah dan sesama manusia khususnya yang sama-sama mengerjakan solat sunat tarawih, meningkatkan kecergasan tubuh setelah berbuka puasa dan lain-lain lagi. Lafaz Niatnya: “Sahaja Aku Solat Sunat Terawih Dua Rakaat Kerana Allah Taala.” Rasulullah SAW melakukan 8 rakaat terawih diikuti dengan 3 rakaat witir untuk tidak memberatkan jemaah. Selebihnya dilakukan sendirian di rumah. Solat sunat terawih boleh dilakukan seberapa banyak termampu dengan setiap 2 rakaat disudahi dengan 1 salam. Manakala solat sunat witir boleh dilakukan sebanyak 3, 5, 7 dan 9 rakaat berjemaah atau bersendirian di masjid atau di rumah. Pada zaman Sayyidina Umar r.a., beliau melakukan 20 rakaat solat sunat terawih dan 3 rakaat solat sunat witir berjemaah di masjid. Amalannya masih diikuti hingga ke hari ini. Lafaz niat solat sunat witir: “Sahaja Aku Solat Sunat Witir Dua Rakaat Kerana Allah Taala.”
I’tikaf I’tikaf ertinya berdiam diri atau tetap diatas sesuatu. Ia membawa maksud berdiam diri di masjid sebagai ibadah sunat yang digalakkan khususnya pada 10 hari terakhir bulan Ramadan untuk mengharapkan Lailatul Qadr. Dari Abu Hurairah R.A. ia berkata, “Rasulullah SAW biasa beri’tikaf pada tiap bulan Ramadan sepuluh hari, dan tatkala pada tahun beliau meninggal dunia beliau telah beri’tikaf selama dua puluh hari.” (Hadis Riwayat Bukhari) I’tikaf hanya sah dilakukan oleh orang Islam yang telah akil baligh, di masjid dengan niat ikhlas lillahi taala dan disertai zikir, doa, tafakkur, tasbih dan ngaji. Niat I’tikaf ialah: “Aku berniat I’tikaf kerana Allah taala.” Digalakkan banyak membaca doa ini ketika beri’tikaf: “Ya Allah sesungguhnya Engkau Pemaaf, maka
maafkanlah daku.”
Antara hikmah beri’tikaf ialah untuk mendidik rohani dalam memerangi nafsu dan keinginan duniawi, membawa kita berfikir akan kemaslahatan ummah sebagai bekalan akhirat, mendidik diri agar lebih tunduk kepada Allah SWT, cara terbaik menyambut malam Ramadan khususnya malam Lailatul Qadr dan salah satu amalan menghidupkan rumah Allah SWT.
Hal-hal yang membatalkan I’tikaf: 1. Berbuat dosa besar. 2. Bercampur dengan isteri. 3. Hilang akal kerana gila atau mabuk. 4. Murtad (keluar dari agama). 5. Datang haid atau nifas dan semua yang mendatangkan hadas besar. 6. Keluar dari masjid tanpa ada keperluan yang mendesak atau uzur kerana maksud I’tikaf adalah berdiam diri di dalam masjid dengan tujuan hanya untuk ibadah. 7. Orang yang sakit dan membawa kesulitan dalam melaksanakan I’tikaf.
“Umrah di bulan Ramadan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku.”- Maksud Hadis
15
Zikir Dari segi bahasa: Zikir ialah melepaskan diri daripada lalai dan lupa. Dari segi istilah: Zikir ialah menyebut nama sesuatu dengan hati dan lisan, baik menyebut nama Allah atau sifatNya atau hukumNya atau perbuatanNya atau menyebut nama para rasulNya, para nabiNya atau berbuat amal kebajikan seperti membaca Al-Quran, bertasbih, memberi nasihat, membawa ucapan tasbih, tahmid, tahlil dan menyebut nama-nama Allah yang mulia.
Zikir membawa banyak manfaat antara lain: 1. Mendapat reda Allah SWT, pahala dan ampunanNya. Berfirman Allah SWT dalam ayat 35 Surah Al Ahzab, “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” 2. Dengan mengingati Allah, Allah akan mengingati kita. Berfirman Allah SWT di dalam surah Al Baqarah ayat 152: “Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).” 3. Orang yang mengingati Allah ialah orang yang beruntung sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Anfal ayat 152: “Dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya nescaya kamu beruntung” 4. Berzikir dapat menenangkan ruh dan mensucikan hati. Firman Allah SWT dalam surah Ar Ra’d ayat 28: “orang-orang yang beriman akan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.” 5. Berzikir dapat memberatkan timbangan amalan kita. Dari Abu Razin Al Uqaili ra katanya: Rasulullah SAW pernah berkata kepadanya: “Mahukah engkau aku tunjukkan sesuatu yang dapat menyebabkan engkau mendapati kebahagiaan di dunia dan di akhirat?” Jawabnya: “Ya aku mahu.” Beliau bersabda lagi: “Andainya engkau menghadiri majlis-majlis zikir, dan apabila engkau bersendirian maka gerak kanlah lidahmu dengan berzikir kepada Allah.” Lafaz zikir yang paling baik ialah La Ilaha Illallah dan dikenali juga sebagai kalimah tayyibah kerana kalimah ini mengandungi seluruh tasbih, tahmid dan takbir. Dari Jabir bin Abdullah radiallahu anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaikbaik doa ialah Alhamdulillah” (Hadis Riwayat Tarmizi).
16
CARTA RAMADANKU ADUH MAK LAPARNYA! 10 HARI PERTAMA BULAN RAMADAN – MINGGU RAHMAH Pangkah senyuman dibawah ini jika anda tidak berjaya melakukan amalan-amalan yang tertera
Doa Dari 1 hingga 10 Ramadan: Allahummar Hamni Ya Arhamar Rahimin Ertinya : “Ya Allah, Ya Tuhanku kurniakan kepadaku rahmat kerana Engkau sahaja yang dapat memberi rahmat”
17
CARTA RAMADANKU ADUH MAK LAPARNYA! 10 HARI KEDUA BULAN RAMADAN – MINGGU MAGHFIRAH Pangkah senyuman dibawah ini jika anda tidak berjaya melakukan amalan-amalan yang tertera
Doa Dari 11 hingga 20 Ramadan: Allahummagh Firli Zunubi Ya Rabbal Alamin Ertinya : “Ya Allah, Ya Tuhanku ampunkanlah dosaku. Ya Tuhan pentadbir semesta alam”
18
CARTA RAMADANKU ADUH MAK LAPARNYA! 10 HARI KETIGA BULAN RAMADAN – MINGGU TAUBAH Pangkah senyuman dibawah ini jika anda tidak berjaya melakukan amalan-amalan yang tertera
Doa 10 Hari Terakhir Bulan Ramadan Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhibbul ‘af wa fa’ fu ‘anni Ertinya : “Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku”
19
Walaupun syaitan-syaitan telah diikat, kita masih mempunyai nafsu untuk dikawal. Jadikanlah bulan Ramadan ini bulan mendidik jiwa dan menjinakkan nafsu supaya kita menjadi insan yang lebih baik. Tetapkan sekurang-kurangnya satu amalan baik yang ingin anda lakukan atau satu amalan buruk yang ingin anda hentikan sepanjang bulan Ramadan:
TABUNG AKHIRATKU Semoga imanku dan amalanku yang bermula dari hanya sebiji benih tumbuh subur sehingga mengeluarkan buah-buahan yang lebat, harum, manis dan mampu mengenyangkan mereka yang menikmatinya. Ya Allah kekalkan kebaikan ini sehingga ku lalui lagi proses penyuburan iman di bulan suci Ramadan.
Sesungguhnya Sembahyangku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam… - Doa Iftitah
20
JANGAN LUPA...
Dalam kita mengumpulkan amal kebaikan untuk tabung akhirat, jangan lupa untuk menqada’ puasa dibulan-bulan Islam yang lain sekiranya terdapat hari-hari yang kita tidak berpuasa di bulan Ramadan. Perlu diingatkan, berpuasa di bulan Ramadan lebih besar pahalanya dari menggantikannya dibulanbulan Islam yang lain. Namun begitu, kelonggaran diberikan kepada mereka yang mempunyai alasan yang kukuh. Sungguhpun diberi kelonggaran, ibadah puasa tetap tidak di angkat dari seiap Muslim yang berkewajipan kecuali dengan menggantikannya di bulan yang lain atau/dan dengan membayar fidyah.
CARA MEMBAYAR FIDYAH
Bagi mereka yang diwajibkan menqada’ puasa tetapi tidak melakukan sehingga bertemu bulan Ramadan lagi, mereka tetap wajib qada’ tetapi beserta dengan membayar fidyah. Bagi mereka yang terlalu tua sehingga tidak mampu berpuasa, mereka hanya perlu membayar fidyah. Ibn ‘Abbas ra berkata: “Diberi kemudahan berbuka bagi orang yang tua, tetapi hendaklah dia memberi makan kepada fakir miskin tiap-tiap hari yang dia tinggalkan dan tidak perlu mengqada’ puasanya.” (Diriwayatkan oleh Ad-Daruqutni, dan alHakim telah mengesahkannya) Fidyah boleh dibayar selepas bulan Ramadan dalam bentuk: Caranya, Hari tidak puasa
x
Secupak beras
=
Jumlah Cupak Beras
Diberi kepada fakir miskin
Secupak Beras = 600 gram.
(Boleh diganti dengan wang tunai senilai harga beras yang dimakan. Secara purata harganya $1.20/secupak beras)
Senario 1 1. Tahun Pertama: Tidak puasa 30 hari kerana hamil dan khuatir akan kandungannya>
Wajib qada’ puasa 30 hari sebelum masuk Ramadan tahun kedua dan bayar fidyah selama 30 hari Caranya: 30 hari x secupak beras = 30 cupak beras atau 30 hari x $1.20 = $36
2. Tahun Kedua: Jika belum qada’ puasa dan bayar fidyah apabila tiba Ramadan kedua>
Masih Wajib qada’ puasa 30 hari dan gandakan pembayaran fidyah dari 30 hari kepada 60 hari (60 hari pada tahun pertama + 30 hari pada tahun kedua) Caranya: 90 hari x secupak beras = 90 cupak beras atau 90 x $1.20 = $108
3. Tahun Ketiga: Jika belum qada’ puasa dan bayar fidyah apabila tiba Ramadan ketiga>
Masih Wajib qada’ puasa 30 hari dan gandakan pembayaran fidyah dari 30 hari kepada 90 hari pada tahun pertama, 60 hari pada tahun kedua dan 30 hari pada tahun ketiga = 180 hari Caranya: 180 hari x secupak beras = 180 cupak beras atau 180 x $1.20 = $216
4. Tahun Keempat: Jika belum qada’ puasa dan bayar fidyah apabila tiba Ramadan keempat> Masih Wajib qada’ puasa 30 hari dan gandakan pembayaran fidyah dari 30 hari kepada 120 hari pada tahun pertama, 90 hari pada tahun kedua dan 60 hari pada tahun ketiga dan 30 hari pada tahun keempat = 300 hari Caranya: 300 hari x secupak beras = 300 cupak beras atau 300 x $1.20 = $360
Senario ini berlaku juga bagi ibu-ibu yang tidak berpuasa kerana khuatir kekurangan susu badan untuk anaknya. Sila rujuk jadual di bawah ini untuk memahami lebih lanjut pengiraan fidyah dalam senario 1: TAHUN 2011 SEBELUM BULAN RAMADAN
21
Senario 2 Seorang Muslimah yang kedatangan bulan telah tidak berpuasa selama 5 hari pada tahun pertama dan tidak menqada’nya sebelum masuk Ramadan tahun kedua dan ketiga. Maka dia harus membayar fidyah seperti berikut:
1. Tahun Pertama: Tidak puasa 5 hari
Wajib qada’ puasa 5 hari sebelum masuk Ramadan tahun kedua. Tidak perlu membayar fidyah.
2. Tahun Kedua: Jika belum qada’ puasa apabila tiba Ramadan kedua dan tidak puasa lagi 5 hari> Wajib qada’ 10 hari (5 hari pada tahun pertama + 5 hari pada tahun kedua) dan membayar fidyah. Caranya: 5 hari (dari tahun pertama) x secupak beras = 5 cupak beras atau 5 x $1.20 = $6
3.Tahun Ketiga: Jika belum qada’puasa apabila tiba Ramadan ketiga dan tidak puasa lagi 5 hari>
Wajib qada’ 15 hari (5 hari pada tahun pertama + 5 hari pada tahun kedua + 5 hari pada tahun ketiga) dan membayar fidyah. Caranya: Harus gandakan fidyah tahun pertama dari 5 hari kepada 10 hari + 5 hari pada tahun kedua. 15 hari x secupak beras = 15 cupak beras atau 15 x $1.20 = $18
4.Tahun Keempat: Jika belum qada’puasa apabila tiba Ramadan keempat dan tidak puasa lagi 5 hari> Wajib qada’ 15 hari (5 hari pada tahun pertama + 5 hari pada tahun kedua + 5 hari pada tahun ketiga + 5 hari pada tahun keempat) dan membayar fidyah. Caranya: Harus gandakan fidyah tahun pertama dari 5 hari kepada 15 hari + 10 hari pada tahun kedua +5 hari pada tahun ketiga. 30 hari x secupak beras = 30 cupak beras atau 30 x $1.20 = $36
Senario ini berlaku juga kepada ibu-ibu yang melahirkan dan orang-orang musafir. Sila rujuk jadual di bawah ini untuk memahami lebih lanjut pengiraan fidyah dalam senario 2: TAHUN 2011 SEBELUM BULAN RAMADAN
Senario 3 Seorang lelaki yang sudah berumur lebih 80 tahun tidak berdaya untuk berpuasa disebabkan terlalu tua, uzur dan harus makan ubat setiap hari pada waktu yang ditetapkan doktor. Dia tidak perlu berpuasa tetapi wajib membayar fidyah. Caranya:
1. Tahun Pertama: Tidak puasa 30 hari kerana terlalu uzur dan tidak berdaya> Wajib membayar fidyah selama 30 hari tanpa perlu qada’ puasa.
2. Tahun Kedua: Jika belum membayar fidyah apabila tiba Ramadan kedua>
Harus gandakan fidyah dari 30 hari kepada 60 hari (60 hari pada tahun pertama + 30 hari pada tahun kedua) Caranya: 90 hari x secupak beras = 90 cupak beras atau 90 hari x $1.20 = $108
Jika sudah bayar fidyah pada tahun pertama, wajib membayar fidyah hanya bagi hari-hari yang ditinggalkan pada tahun kedua dan seterusnya. Sila rujuk jadual di bawah ini untuk memahami lebih lanjut pengiraan fidyah dalam senario 3: TAHUN 2011 SEBELUM BULAN RAMADAN
“..Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah satu kebaikan baginya...” -Al Baqarah Ayat 184
22
RETREAT MATLAMATKU 29 Ramadan 1432H
Setelah 29 hari membentuk rohani dan jasmani yang teguh, Alhamdulillah, saya telah meraih banyak pengalaman. Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sepanjang bulan Ramadan:
Pengalaman-pengalaman ini telah mengajarku:
Dari Nabi SAW beliau bersabda: ”Seorang Mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama” (Hadis riwayat Abu Hurairah RA dalam Sahih Muslim)
23
Azamku ialah untuk meneruskan kejayaan-kejayaan ini hingga bertemu Ramadan di tahun akan datang! Jika sampai Ramadan akan datang, saya pasti tidak akan mengulangi perbuatan-perbuatan ini:
“Daripada Aisyah ra, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Amalan yang berterusan itu lebih baik dari amalan yang terputus-putus. Mari kita Muhasabah Diri dan teruskan amalan murni kita!
24
SOLAT SUNAT EIDUL FITRI Solat Sunat Eidul Fitri disyariatkan pada tahun pertama hijrah. Hukumnya sunat dan dilakukan hanya pada 1 Syawal dari terbit matahari hingga sebelum tergelincir matahari. Ia boleh dilakukan di dalam surau, di masjid dan di tanah lapang. Solat sunat Hari Raya hanya 2 rakaat diikuti dengan 2 khutbah. Niatnya: ” Sahaja Aku Solat Eidil Fitri Dua Rakaat Tunai Kerana Allah Taala.” Bezanya dengan solat-solat sunat yang lain ialah: terdapat 7 takbir selain takbiratul ihram pada rakaat pertama dan 5 rakaat takbir selain takbiratul ihram pada rakaat kedua. Diantara takbir dengan takbir berikutnya diselangi dengan bacaan: “Subhanallahi walhamdulillahi walailahaillallahu wallahuakbar, wala haula wala quwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim.” Terdapat 2 khutbah yang akan dibacakan selepas solat Eidul Fitri. Khutbah ini bertujuan memberi peringatan dan nasihat serta melahirkan rasa syukur atas kemenangan kita dalam melaksanakan tarbiyah diri sesuai perintah Allah SWT dalam bulan Ramadan. Solat Eidul Fitri hanya sempurna setelah mendengar kedua khutbah yang disampaikan oleh imam. Setelah bersolat sunat Eidul Fitri, amatlah digalakkan kita meneruskan amalan bersedekah, bermaafmaafan dan mengeratkan silaturrahim dengan menziarahi sanak saudara. Begitu juga berpuasa enam hari dibulan Syawal diumpamakan seperti berpuasa selama setahun seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari RA, telah bersabda Nabi Muhammad SAW: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari di bulan Syawal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” “Lima perkara sesiapa yang selalu mengamalkannya maka bertambah kebaikannya bagaikan bukit yang besar dan dilapangkan rezekinya: 1. Selalu bersedekah sedikit atau banyak. 2. Selalu menghubungkan silaturrahim. 3. Selalu berjihad demi menegakkan agama Allah. 4. Selalu berwuduk dan tidak boros menggunakan air dan 5. Selalu mentaati ibu bapanya.” - Hasan Al Basri
25
PERKARA-PERKARA SUNAT DI PAGI RAYA 1. Membersihkan diri. Sa’id Ibnu Jubair berkata: “Tiga perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri ialah berjalan kaki (ke tempat solat), mandi dan makan sebelum keluar. 2. Menjamah makanan sebelum keluar untuk solat Hari Raya. Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik, “Rasulullah SAW tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil.” 3. Bertakbir. Al Daraqutni meriwayatkan bahawa Ibnu Umar ra semasa keluar pada hari Aidilfitri dan Aidiladha akan sedaya upaya melakukan takbir sehingga tiba ke tempat solat, kemudian ia akan meneruskannya sehingga imam tiba. 4. Mengucapkan tahniah antara satu sama lain memandangkan Eidul Fitri ialah hari kemenangan bagi umat Islam. Antara ucapan yang baik: Taqabballahu Minnaa Wa Minkum – Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan kamu. 5. Memakai pakaian yang bersih. Dari Jabbir ra berkata: “Rasulluah SAW mempunyai jubah yang Baginda akan pakai pada hari Raya Aidilfitri dan pada Hari Jumaat.” 6. Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat: Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat Hari Raya, Rasulullah SAW sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan. (Hadis riwayat Bukhari). Tujuan beliau tentulah supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berbeza. Baginda bersalamsalaman, memohon maaf zahir dan batin.
Semoga Bintang Ramadanku terus bersinar! SALAM LEBARAN & EID MUBARAK DARI PRESIDEN, JAWATAN KUASA TERTINGGI DAN PARA PERTUGAS JAMIYAH SINGAPURA
26
No 31 Lor 12 Geylang Singapura 399006 Tel: +65 6743 1211 Fax: +65 6745 0610 www.jamiyah.org.sg