MSK 3153 – MENGENAL KRAF TRADISIONAL
MSK 3135 - MENGENAL KRAF TRADISIONAL TAJUK: Laporan Ilmiah Kraf Tradisional di Tempat Tinggal Anda
DISEDIAKAN OLEH: AZIZI BIN YAHAYA PPG/20411/11 PENSYARAH : Dr. IZMER AHMAD
TARIKH SERAHAN: 6 DISEMBER 2014
1
PRAKTIS STUDIO KRAF
MSK 3153 – MENGENAL KRAF TRADISIONAL
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN _______________________________________________________________ 3 PENGENALAN DAN OBJEKTIF__________________________________________________ 4 KEPENTINGAN KAJIAN DAN SKOP KAJIAN______________________________________ 5 BATASAN KAJIAN DAN KAEDAH KAJIAN________________________________________6
PERKEMBANGAN KRAF SENI TIKAR MENGKUANG_____________________________ 7-11 1. Bahan-bahan untuk menghasilkan Tikar Mengkuang 2. Proses Memotong Daun Mengkuang 3. Proses Menghasilkan Tikar Mengkuang 4. Langkah Awal Untuk Menghasilkan Tikar Mengkuang 5. Pemilihan dan Pemotongan Daun 6. Melayur Daun 7. Menjangka Daun 8. Melurut 9. Merendam
BARANGAN LAIN YANG DIHASILKAN__________________________________________ 12 KESIMPULAN__________________________________________________________________ 13 LAMPIRAN____________________________________________________________________ 14
2
PRAKTIS STUDIO KRAF
MSK 3153 – MENGENAL KRAF TRADISIONAL PENDAHULUAN
Pemerhatian yang telah di jalankan adalah untuk mencungkil tentang Kraf Tradisional Anyaman Tikar Mengkuang. Bagi memenuhi keperluan kursus MSK 3135 saya menjalankan kajian Kraf Tradisional ini adalah bertujuan mendalami aktiviti itu dibbuat dan dijalankan . Secara umumnya ia merupakan istilah umum untuk mendapatkan
maklumat penghasilan Tikar Mengkuang
sebagai “Hasilan peninggalan masa silam”. Topik ini membincangkan mengenai bidang kajian, kraftangan tradisional yang merujuk kepada hasil buatan tangan oleh manusia, yang mana berkenaan yang direkodkan mengenai peranan alatan itu kepada masyarakat yang lalu.Melaui pemerhatian ini ia bertujuan untukmenjadikan kraf tangan
tradisional dijadikan sumber
termasuk penulisan, atau bahan bercetak, temuramah, pemerhatian dan arkeologi untuk dijadikan bahan rujukan sebagai nilai peninggalan yang sangat berharga dan menjadi kayu ukur ketinggian nilai seni Tradisional di
Kampung Sena, Sik . Pendekatan berbeza mungkin lebih biasa
digunakan bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Melalui cara ini, pemerhatian yang dijalankan menjadikan proses mendapat maklumat karya seni anyaman itu dapat dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza perspektifnya. Sebagai pemerhati yang mengkaji Seni Anyaman pula berpeluang mendapat atau menggunakan sumber ini lazimnya akan memilih, mentafsir, dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat yang di perolehi itu. Proses ini meningkatkan pengetahuan disamping menelusuri perusahaan Tradisional dan peranannya dikala ini mengikut perspektif semasa dan terkini berdasarkan keperluan masa hadapan di dalam Seni Anyaman Tikar Mengkuang di Kampung Sena, Sik.
3
PRAKTIS STUDIO KRAF
MSK 3153 – MENGENAL KRAF TRADISIONAL
PENGENALAN Saya memilih aktiviti Anyaman Kraf Tradisional Melayu ini sebagai memenuhi kriteria-kriteria syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Profesor Dr. Izmer Ahmad selaku pensyarah bagi kursus yang ditawarkan. Tujuan saya memilih Seni Kraf Anyaman ini adalah kerana aktiviti ini masih dijalankan secara kecil-kecilan. Aktiviti menghasilkan tikar mengkuang yang dibuat bukan dijalankan untuk tujuan kormesil dan kegunaan sendiri. Hanya generasi lama yang mempunyai pengalaman yang sangat tinggi sebagai penghasil anyaman dan ini memberikan mesej jelas kepada generasi muda untuk mewarisi kemahiran itu agar nilai kesenian yang bersifat eksklusif ini dapat disampaikan secara tidak langsung atau langsung agar warisan ini terus dapat diteruskan dan dimajukan pada generasi masa kini. OBJEKTIF KAJIAN MELAUI PEMERHATIAN: Objektif kajian ini adalah bertujuan: Mendapat maklumat tentang aktiviti Seni Anyaman Tikar Mengkuang (a) Mendapatkan maklumat berkaitan hasil Kraf seni Anyaman yang telah dihasilkan tentang bentuk, ketulinannya dan cara menghasilkannya. (b) Menjalankan pemerhatian tentang alatan yang digunakan semasa menghasilkan Tikar mengkuang dan teknik yang digunakan dalam penghasilan kraf. (c) Memahami situasi yang digunakan semasa menghasilkan hasil Kraf Seni Tikar Mengkuang.
4
PRAKTIS STUDIO KRAF
MSK 3153 – MENGENAL KRAF TRADISIONAL
KEPENTINGAN KAJIAN: Hasil kajian ini adalah untuk membolehkan Kraf Seni Tikar Mengkuang dapat di kenalpasti akan kewujudannya dalam zaman yang kian moden ini. Walaupun terdapat perubahan dari segi cara penghasilannya namun keaslian seni yang diwarisi sejak turun-temurun oleh generasi sebelumnya terus terpelihara. Selain itu pemerhatian yang dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci akan Kraf Seni Anyaman Tikar Mengkuang yang ada di Kampung SenaSik yang sebelum ini penghasilan Tikar mengkuang pada masyarakat setempat sebagi memenuhi masa terluang, aktiviti santai bersama keluarga dan bukan bermotifkan keuntungan
kini berkembang sebagai suatu perusahaan yang menjadi suatu
nilai tambah
terhadap pendapatan penduduk andai ianya dipasarkan dan dikormesilkan barangan Tradisional yang sedia ada. SKOP KAJIAN Fokus Kajian dalam sesi pemerhatian yang dijalankan berpandukan pada latar masyarakat yang menjalankan Kraf Seni Anyaman Tikar Mengkuang yang tidaklah dijalankan dalam bentuk perusahaan Kraf Tradisional secara pukal sebaliknya sebagai bahan buatan sendiri dan kegunaannya adalah hanya untuk keperluan alhi keluarga dan kejiranan di kawasan pekan Sik. Bermula atas dasar minat dan kemahuan masyarakat lama yang diwarisi sejak turun-temurun ianya sendiri perkembangan positif lalu menjadikan aktiviti penghasilan tikar Mengkuang dapat diteruskan oleh generasi lama di Kampung Sena, Sik.
5
PRAKTIS STUDIO KRAF
MSK 3153 – MENGENAL KRAF TRADISIONAL
BATASAN KAJIAN Pemerhatian ini dijalankan secara individu dan ianya adalah merupakan suatu tugasan yang dilakukan secara individu dengan membuat pemerolehan data. Pada awalnya didapadi aktiviti Tradisional ini merangkumi penglibatan beberapa individu generasi lama yang mengikut jejak langkah generasi terdahulu menjadikan minat masyarakat di sini mempelajari dan mengembangkannya disamping bakat yang menjadikan anugerah ilahi
bergerak maju dan
dikekalkan keasliannya oleh masyarakat setempat yang menumpukan perhatian kepada menjaga dan menghargai seni Anyaman Tikar Mengkuang sebagai warisan yang perlu diteruskan. Ternyata langkah menghasilkan Tikar Mengkuang ini mampu menarik minat generasi baru untuk menerima ilmu itu sebagai bekal pada masa depan untuk menghasilkannya secara kegunaan sendiri, keluarga dan penduduk kejiranan. KAEDAH KAJIAN Kaedah Penulisan Esei Ilmiah ini adalah secara pemerhatian. Kaedah yang dipilih untuk ini Iaitu bersemuka dengan beberapa generasi lama selaku pewaris Seni Anyaman Tikar Mengkuang dan melihat secara terus olah saya sendiri lalu secara langsung dapat mendapat informasi dan proses penghasilan Kraf Seni Tikar Mengkuang. Oleh kerana kebanyakan generasi lama disini menjadikan aktiviti membuat tikar mengkuang sebagai aktiviti masa lapang mereka maka dapatlah disimpulkan bahawa ia merupakan suatu cara masyarakat lama di Kampung Sena, Sik menjaga warisan generasi terdahulu dan sebagai cara memperkenalkan pada generasi baharu.
6
PRAKTIS STUDIO KRAF
MSK 3153 – MENGENAL KRAF TRADISIONAL
PERKEMBANGAN KRAF SENI TIKAR MENGKUANG
1. Bahan-bahan untuk menghasilkan Tikar Mengkuang:
Pohon Mengkuang tumbuh subur di kawasan berair tawar. Biasanya ia subur di lopak-lopak belukar atau kawasan bakau dan kawasan sawah padi yang lembab. Pohon mengkuang lebih tinggi daripada pohon pandan, tetapi mengkuang mempunyai dahan bercabang yang sedikit jika dibandingkan dengan pohon pandan. Daun mengkuang lebih kasar dan hasil anyamannya kelihatan lebih kasar dan keras.
2. Proses Memotong Daun Mengkuang:
Proses memotong daun mengkuang melibatkan penggunaan parang dan dan pisau yang diperbuat daripada besi atau tembagadan bersifat keras .
3. Proses Menghasilkan Tikar Mengkuang: Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan Kelebaran bilah 7
PRAKTIS STUDIO KRAF
MSK 3153 – MENGENAL KRAF TRADISIONAL
anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih halus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai hiasan yang tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri fungsional. Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak dan berwarna-warni. Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagian umbi pokok. Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak tetapi ditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus hidup dan mengeluarkan daun-daun baru. Menetak daun dilakukan dengan berhati-hati kerana pandan dan mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah dikeliling perdunya lazimnya berair dan licin atau mudah perlus. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-benar kering dan layu. Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya. Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk. Apabila duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua. Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu ikatan ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut.Melurut melembutkan belah dan melicinkan 8
PRAKTIS STUDIO KRAF
MSK 3153 – MENGENAL KRAF TRADISIONAL
permukaannya. Belah yang sudah dilurut dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga hari. Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya bilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk. Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih. Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning kerana bahan celup warna-warna tersebut mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut. Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengahtengah ataupun di bucu.
4. Langkah Awal Untuk Menghasilkan Tikar Mengkuang:
Dikenali juga sebagai sisir kayu/buluh bermata tajam, di negeri Kedah lebih dikenali sebagai Jangat. Tangkai jangka diperbuat daripada buluh atau kayu. Bahagian kepala tangkai diletakkan dengan beberapa mata tajam. Jangka mempunyai beberapa saiz tertentu, bergantung kepada jumlah serta jarak mata yang digunakan. Kedudukan mata yang rapat akan menghasilkan bilah daun yang lebih kecil dan sebaliknya.
9
PRAKTIS STUDIO KRAF
MSK 3153 – MENGENAL KRAF TRADISIONAL
5. Pemilihan dan Pemotongan Daun
Daun pandan dan mengkuang yang sesuai dipilih dari jenis yang baik. Pengambilan daun bagi pokok yang ditanam mestilah berusia lebih kurang dua tahun tetapi bagi pokok yang tumbuh meliar daunnya boleh diambil sebulan sekali. Daun pandan/mengkuang di potong di bahagian pangkalnya sehelai demi sehelai. Waktu pagi dan petang adalah sangat sesuai untuk pengambilan daun bagi mengelakkan daun dari cepat layu.Daun disusun berlapis-lapis, antara tiga hingga lima helai, dipotong di bahagian pangkal dan hujung daun. Kemudian duri di bahagian tulang belakang (mempulur) daun dibuang.
6. Melayur Daun Daun dilayur di atas bara api sehingga kekuning-kuningan. Proses ini dilakukan supaya daun tersebut menjadi lembut dan tahan lama. Daun yang lembut akan memudahkan proses menjangka.
7. Menjangka Daun
Menjangka merupakan proses membelah/mengoyak daun menjadikan bilah-bilah atau helaian daun yang kecil. Saiz bilah atau helaian daun ditentukan melalui penggunaan mata jangka sama ada mata jangka rapat atau tidak. Melalui proses menjangka ini juga duri di bahagian kiri dan kanan akan di buang.
10
PRAKTIS STUDIO KRAF
MSK 3153 – MENGENAL KRAF TRADISIONAL
8. Melurut
Daun yang dijangka akan dibiarkan selama lebih kurang satu jam supaya kering. Kemudian daun tersebut dilurut dengan "pelurut". Proses melurut dilakukan berulang kali supaya bilah atau helaian daun menjadi lembut dan tidak bergulung.
9. Merendam
Selepas dilurut, bilah-bilah daun ini diikat atau ditongkolkan untuk direndam. Tongkol-tongkol direndam di dalam tempayan yang mengandungi air biasa selama dua hari dua malam. Air mesti ditukar sebanyak dua kali sehari. Ia direndam untuk melunturkan warna asalnya, kemudian dibuka ikatannya untuk dicuci dan dijemur.
11
PRAKTIS STUDIO KRAF
MSK 3153 – MENGENAL KRAF TRADISIONAL
BARANGAN LAIN YANG DIHASILKAN:
1. Timpak, bakul kandung letak daripada bemban, berbentuk silinder, bertapak bucu empat dan digunakan untuk menyimpan padi.Tikar dan Bakul (Kembal).Tikar dan bakul (kembal) dianyam dengan menggunakan daun mengkuang tanpa diwarnakan masih menjadi kegunaan harian bagi sesetengah masyarakat kampung. Masyarakat kampung di negeri Kedah lebih gemar menjadikan bakul mengkuang yang kecil sebagai bekas sirih. Seni anyaman yang berusia beratus tahun masih kekal sehingga kini. Seni ini wujud, berkembang dan diperturunkan melalui masyarakat Melayu di seluruh Nusantara. Seni anyaman adalah milik masyarakat Nusantara, dan di Malaysia sebagai seni Melayu, Iban, Penan dan Orang Ulu. Nilai estetika dan budaya masyarakatmasyarakat ini terbayang dalam hasil anyaman mereka.
12
PRAKTIS STUDIO KRAF
MSK 3153 – MENGENAL KRAF TRADISIONAL
KESIMPULAN:
Secara keseluruhan seni Anyaman Tikar Mengkuang ini sungguh bernilai dan sewajarnya dipelihara dan dikembangkan pada tahap yang dapat dikenali oleh generasi baru yang ternyata ramai yang tidak tahu walaupun pada peringkat asas. Keadaan ini disebabkan oleh arus permodenan yang lebih bersikap terbuka maka akhirnya warisan Melayu yang dulu menjadi kemegahan kian pudar warnanya dan terus-menerus dilupakan. Namun begitu ketika ini seni Anyaman Tikar Mengkuang mula mendapat tempat dan mula di kormesilkan. Justru peranan yang perlu dilakukan oleh pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa dan guru serta masyarakat sewajarnya mengadakan sesi pengenalan secara terbuka dan menjelaskan peluang-peluang pasaran Seni Anyaman Tikar mengkuang secara langsung atau tidak langsung bagi membuat pendedahan secara besar-besaran agar seni warisan melayu ini kembali seperti zaman kegemilangannya serta dapat dikormesilkan bukan sahaja dalam kalangan ahli keluarga atau kejiranan malah lebih daripada itu.
13
PRAKTIS STUDIO KRAF
MSK 3153 – MENGENAL KRAF TRADISIONAL
LAMPIRAN
Antara barangan yang dihasilkan daripada Daun Mengkuang
14
PRAKTIS STUDIO KRAF