MODUL PENDIDIKAN ISLAM WU 011 & WU 021
2.
ULUM SYARIYAH
2.1
Akidah Islam
2.1.1 Konsep Akidah
Definisi Akidah
Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat, Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya
Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitabkitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan Pengertian Ilmu Akidah.
Suatu ilmu yang membicarakan tentang perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah. Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt . Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah
Ilmu Tauhid Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai Ilmu Usuluddin Suatu ilmu tentang
kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah swt dan
pesuruhNya Ilmu Makrifat Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah swt Ilmu Kalam Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan
Sumber Akidah
Ketahuilah bahawa sumber akidah Islam ialah kitab Allah, Sunnah Rasul-Nya s.a.w. yang benar dan Ijma’ al-Salaf al-Soleh. Ini merupakan perkara yang pasti di dalam agama Islam. Kita wajib mengambil segala perkara berkaitan akidah dari al-Quran dan al-Sunnah. Ini kerana Allah s.w.t. telah menjamin sesiapa sahaja yang berpegang kepada keduanya tidak akan sesat di dunia dan tidak akan binasa di akhirat. Allah berfirman: َّْٝبِةِ أَػ١ََ اٌمٛ٠ َُُٖٔحْشُشٚ ْشَةً ضَْٕىب١ِ فئَّْ ٌٗ ِؼِِٞٓ أػْشَضَ ػٓ رِوْشٚ ,ََٝشْم٠ الٚ ًَُِّض٠ َ فالًٞ فََِّٓ اجَّبَغَ ُ٘ذاٜ ٘ذِِِّٟٕ ُْ ََُّٕى١ِؤج٠ فَئَِّب Maksudnya: Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjukKu ia tidak akan sesat dan ia tidak akan celaka. Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keaadaan buta. (surah Thaha: 123-124)
Allah juga berfirman: ََُْٛٔحز٠ ُ٘الٚ ُِْٙ١ٍفٌ ػٛ فال خٞ َ فَّٓ جَبِغَ ُ٘ذاٜ ً ٘ذِِِّٟٕ ََُُّْٕى١ِؤج٠ فَئَِّب
Maksudnya: Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (surah alBaqarah: 38)
Juga firman-Nya: َُِِْٕٛؤ٠ َٛسَحَّْةً ٌمَٚ ًٜ٘ذٚ ٗ١ا فٛ اخحٍفُُُٞ اٌزَِّٙٓ ٌَـ١َهَ اٌىِحَبةَ إال ٌحُب١ْ ٍََِآ أٔزٌَْٕبَ ػٚ
Maksudnya: Dan kami tidak menurunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) ini melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (surah al-Nahl: 64)
Juga firman-Nya: ِْذ١ِّزِ اٌح٠ صشاط اٌؼزٌُِْٝ إِّٙسُ بئرِْْ سبٌُّٕٛ اٌٝهَ ٌِحُخْشِجَ إٌَّبسَ ِٓ اٌظٍَُُّّبتِ إ١ْ ٌَوِحَبةٌ أَٔزٌَْٕبَُٖ إ
Maksudnya: (Ini adalah) kitab yang kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap-gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Rabb mereka, (iaitu) menuju jalan Rabb yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (surah Ibrahim: 1)
Nabi s.a.w. bersabda: َُِِٗثٍَْـُٗ َِؼٚ َْثُ اٌىِـَحبة١ِْجُٚ أِّٟٔأال إ
Ketahuilah aku telah diberikan al-Kitab (al-Quran) dan bersamanya yang sepertinya. (iaitu al-Sunnah). Hadis riwayat Ahmad, 4/131-132, hadis benar.
Al-Kitab dan al-Sunnah cukup sebagai pegangan sehingga tidak memerlukan kepada selainnya. Allah berfirman: َُْٚالً ِب جَزَوَّش١ٍآء ل١ٌِِِٚٔٗ أٚا ِٓ دٛال جحبؼٚ ُُْىُُْ ِِّٓ سَّبِّى١ٌَا ِآ أٔزِيَ إُٛاجَّبِؼ Maksudnya: Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainnya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran daripadanya. (surah alA’raf:3).
Imam Ibnu Kathir berkata dalam menafsirkan ayat ini: “Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu) iaitu ikutilah peninggalan-peninggalan Nabi yang ummi yang datang kepada kamu membawa kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepada kamu dari Penguasa dan Pemilik segala sesuatu. (Dan janganlah kamu mengikuti pemimpin selain-Nya) iaitu janganlah kamu keluar dari apa yang dibawa oleh rasul kepadamu menuju selainnya, sehingga kamu menyimpang dari hukum Allah kepada hukum selainnya”. (Tafsir Ibnu Kathir surah al-A’raf: 3) Nabi s.a.w. bersabda: ٌِٗٛسٕةَ سسٚ وحبةَ اهلل:ّبِٙا ِب جََّسَّـىْحُُْ بٍُِِّْٛٓ ٌٓ جَض٠َْـىُُْ أِْش١ِث ف ُ ْجشَو
Aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya: Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. (Hadis benar lighairihi, riwayat Malik, al-Hakim, alBaihaqi, Ibnu Nasr, Ibnu Hazm. Dibenarkan oleh syeikh Salim al-Hilali dalam Ta’zim wal Minnah fil Intisharis Sunnah, hlm.12-13.) Adapun Ijma’ Salafus Soleh juga merupakan hujah, kerana kesepakatan mereka merupakan kebenaran sehingga wajib diikuti.
Nabi s.a.w. bersabda: ٍ ضالٌةٍٝ لبي أَُِّٗ ِحّذٍ ػٚ أٟجّغُ أَِّح٠ إْ اهللَ ال.
Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpunkan umatku (atau beliau bersabda umat Muhammad) di atas kesesatan.
(Hadis riwayat Tirmizi, no 2167 dan lafaz ini dari Abu Daud no 4253.)
Oleh kerana umat Islam umat yang adil seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 143, maka kesepakatan mereka adalah hak (kebenaran) sehingga Ijma’ mereka merupakan hujah Metodologi (Manhaj) Perbahasan Ilmu Akidah,
Manhaj generasi Salafus Shalih dalam masalah akidah secara ringkas adalah sebagai berikut: 1. Membatasi sumber rujukan dalam masalah akidah hanya pada Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam serta memahaminya dengan pemahaman Salafus Shalih 2. Berhujjah dengan hadits-hadits shahih dalam masalah akidah, baik hadits-hadits tersebut mutawatir maupun ahad. 3. Tunduk kepada wahyu serta tidak mempertentangkannya dengan akal. Juga tidak panjang lebar dalam membahas perkara gaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal. 4. Tidak menceburkan diri dalam ilmu kalam dan falsafah 5. Menolak ta’wil yang batil 6. Menggabungkan seluruh nash yang ada dalam membahas suatu permasalahan [1] 7. Inilah akidah yang lurus yang berasal dari sumber yang murni, yaitu Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, yang jauh dari hawa nafsu dan syubhat. Orang yang berpegang teguh dengan akidah yang demikian, maka ia telah mengagungkan nash-nash Qur’an dan Sunnah karena ia mengetahui bahwa apa yang ada di dalamnya itu benar.
Imam Al Barbahari rahimahullah berkata:
ػٕذٚ ػٍّٗ ػٕذ اهللٚ ُٙآسائـٚ ي اٌشجبيٛ ػمٍٝضغ ػٛ٠ ٌُ ٌٝجؼبٚ ٓ إٔـّب جبء ِٓ لبً اهلل جببسن٠اػٍُ سحّه اهلل أْ اٌذٚ ٍُسٚ ٗ١ٍ اهلل ػٍٝي اهلل صٛٓ سس١ٓ فحخشج ِٓ اإلسالَ فئٔٗ ال حجة ٌه فمذ ب٠ان فحّشق ِٓ اٌذٛٙ٠ ًئب١ٌٗ فال جحبغ شٛسس ٍٗ٘أٚ اد األػظُ اٌحكٛاٌسٚ ُاد األػظُٛ٘ اٌسٚ ُ٘ اٌجّبػةٚ ٗب ألصحببٙضحٚأٚ ألِحٗ اٌسٕة “Ketahuilah saudaraku, semoga Allah merahmatimu, bahwa agama Islam itu datang dari Allah Tabaaraka Wa Ta’ala. Tidak disandarkan pada akal atau pendapat-pendapat seseorang. Janganlah engkau mengikuti sesuatu hanya karena hawa nafsumu. Sehingga akibatnya agamamu terkikis dan akhirnya keluar dari Islam. Engkau tidak memiliki hujjah. Karena Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam telah menjelaskan As Sunnah kepada ummatnya, dan juga kepada para sahabatnya. Merekalah (para sahabat) As Sawaadul A’zham. Dan As Sawaadul A’zham itu adalah al haq dan ahlul haq” [2]. Sebelum itu, beliau juga berkata:
ُٕٙؤخز ػ٠ ٌُ ّٓاٌجّبػة فٚ ُ٘ أً٘ اٌسٕةٚ ٍُسٚ ٗ١ٍ اهلل ػٍُٝ٘ أصحبة ِحّذ صٚ ٗ اٌجّبػة١ٍ ػٟٕ جبٞاألسبس اٌزٚ وً بذػة ضالٌةٚ ابحذعٚ ًفمذ ض “Asas dibina Al Jama’ah adalah para sahabat Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam. Merekalah Ahlussunnah Wal Jama’ah. Barang siapa yang cara beragamanya tidak mengambil dari mereka, akan tersesat dan berbuat bid’ah. Padahal setiap bid’ah itu kesesatan” [3]
Beliau juga berkata:
جشوٗ حسبٗ ضالٌة فمذٜ ٘ذٟال فٚ ٜب ٘ذٙب حسبٙ ضالٌة سوبٟ ال ػزس ألحذ ف: ٕٗ اهلل ػٟلبي ػّش بٓ اٌخطبة سض إٌبسٍٝٓ ٌٍٕبس فؼ١جبٚ ٍٗٓ و٠اٌجّبػة لذ أحىّب أِش اٌذٚ رٌه أْ اٌسٕةٚ أمطغ اٌؼزسٚ ثبحث اٌحجةٚ سِٛ ٕث األ١ُب اإلجببع “Umar bin Al Khattab Radhiallahu’anhu berkata: Tidak ada toleransi bagi seseorang untuk melakukan kesesatan, karena petunjuk telah cukup baginya. Tidaklah seseorang meninggalkan petunjuk agama, kecuali baginya kesesatan. Perkara-perkara agama telah dijelaskan, hujjah sudah ditetapkan, tidak ada lagi toleransi. Karena As Sunnah dan Al Jama’ah telah menetapkan hukum agama seluruhnya serta telah menjelaskannya kepada manusia. Maka bagi manusia hendaknya mengikuti petunjuk mereka”
Kepentingan Akidah Akidah dikira sebagai asas Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan individu. Akidah yang rosak mengakibatkan runtuh pegangan Islam seseorang. Sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan wahyuNya memberi penumpuan yang serius terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidah dan sejahtera kehidupannya.Tiga belas tahun Nabi Muhammad semasa di Mekah, adalah zaman pernbentukan akidah, Kesannya sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. memiliki akidah yang teguh sentiasa yakin dengan Islam dan sentiasa menunggu perintah dari RasulNya untnk dilaksanakan tanpa sebarang keraguan.Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang, Akidah adalah penggerak dan pencorak kehidupan. Akidah yang Iemah mempengaruhi gaya hidup negatif seseorang. Biasanya mereka yang tidak memiliki akidah yang jelas dan betul akan menghadapi berbagai masalah dalam kehidupan dan terdedah kepada berbagai-bagai kemungkaran, sepcrti melakukan jenayah, keruntuhan akhlak dan lain-lain.
2.1.2 Cabaran Akidah Semasa
Perbezaan Akidah Yang benar Dengan Akidah Yang Batil
“Katakanlah (wahai Muhammad) “Hai orang orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak akan mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.Bagi kamu agama kamu.Dan bagiku agamaku”. (Surah al Kafirun ayat 1- 6)
“Sampaikan secara berterus terang akan apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir Musyrik itu”. (Surah al- Hijr ayat 94) Firman Allah Taala ini adalah menjadi dalil bahawa akidah yang benar tidak bertolak ansur dalam menanamkan keimanan dan tauhid ke dalam hati seseorang manusia.dan tidak memperdulikan sebarang usaha daripada orang orang yang tidak bertanggungjawab yang cuba hendak memesongkan akidah dan keimanan seseorang.
Ciri-Ciri Akidah Yang Benar
1. Percaya kepada Allah, malaikat, malaikat Nya, rasul rasulNya, kitab kitab Nya, hari akhirat, qadha’ dan qadar yang menjadi rukun iman. 2. Akidah yang berlandaskan dalil dalil syariah dari al Quran dan al Sunnah yang menjadi asas agama Islam. 3. Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan terima Allah adalah ibadat yang terbit dan datang dari akidah yang benar. 4. Amal ibadat yang bukan terbit dari akidah yang benar adalah sia sia sahaja, iaitu tidak mendapat apa apa balasan daripada Allah. 5. Ciri ciri akidah yang benar ialah mentauhidkan Allah, iaitu mengiktikadkan dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah Taala itu Maha Esa dan tidak ada yang berhak disembah selain daripada Allah. 6. Sesuatu amalan dan ibadat yang diterima Allah ialah amalan dan ibadat yang dikerjakan semata mata kerana Allah secara khudhu, rughbah,ruhbah,hunnulillah,tazallul, dan ikhlas. 7. Ciri ciri akidah yang benar juga tidak bertolak ansur dalam penghayatan akidah yang berlandaskan al Quran dan al Sunnah supaya orang orang yang beriman dan Islam tetap di atas dasar tauhid. 8. Sikap tidak bertolak ansur dalam penghayatan akidah yang benar merupakan suatu ketegasan dalam mempertahankan agama Islam dan akidah benar itu. 9. Rasulullah SAW dengan kekuatan akidahnya secara berterus terang dan berani menentang dan menolak cadangan kafir Quraisy dan kaum Musyrikin yang mengajak Baginda menyembah berhala mereka.
10. Akidah yang benar adalah akidah yang berlandaskan “al Quran dan al Sunnah” yang diistilahkan “akidah ahli al sunnah wal jamaah” iaitu iktikad yang mengikut iktikad Nabi Muhammad SAW dan kumpulan orang ramai.
Ciri-ciri akidah yang salah
1.
Menolak keesaan dan kekuasaan Allah SWT;
2.
Mensyirikkan Allah SWT dengan makhluk ciptaan Nya;
3.
Menafikan kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT.
4.
Mempercayai amalan khurafat .
5.
Mengamalkan kepercayaan dan amalan yang tidak bersumberkan AL-Quran dan hadis Nabi S.A.W
Cabaran Akidah Masa Kini
Kita berdepan dengan kecelaruan akidah yang semakin banyak berlaku di tengah masyarakat Islam di Malaysia hari ini, timbul tanda-tanya; kenapa ia berlaku dan apa puncanya? Kita boleh senaraikan kecelaruan akidah yang dihadapi oleh kita hari ini seperti berikut;
1. Semakin menularnya fahaman Syiah; kalau dulu hanya ada segelintir, tetapi sekarang mereka telah ada jamaah sendiri. Jika dulu secara sembunyi-sembunyi, sekarang sudah terang-terangan dan berani mencabar pihak berkuasa agama dalam negara. 2. Islam liberal; golongan ini juga semakin melebarkan pengaruhnya terutama dalam kalangan orang-orang terpelajar. 3. Ajaran sesat; tidak pernah habis isu ajaran sesat di Malaysia. Belum sempat selesai ditangani satu ajaran sesat, timbul pula ajaran yang lain pula. 4. Khurafat; semakin berleluasa dengan semakin banyak cerita-cerita hantu dan karut-marut di telivisyen, ditambah pula dengan ramai golongan ustaz yang turut sama terjun dalam kancah mistik. 5. Murtad( riddah)yakni keluar daripada agama Islam dan menganut agama lain. 6. Sekularisme iaitu gaya hidup yang memisahkan agama daripada kehidupan seharian seperti dari aspek ekonomi.
Langkah-Langkah Mengatasi Cabaran Akidah Semasa
1. Kembali kepada kitabullah dan sunah Rasulullah saw. untuk mengambil akidah yang benar, sebagaimana para salafus saleh mengambil akidahnya dari keduanya. Tidak akan dapat memperbaiki akhir umat ini, kecuali apa yang telah memperbaiki umat pendahulunya. 2. Mengkaji akidah golongan sesat dan mengenal syubhah-syubhah mereka untuk kita bantah dan kita berwaspada, kerana siapa yang tidak mengenal keburukan, dikhuatiri ia termasuk ke dalamnya. 3. Memberi perhatian yang serius pada pengajaran dan pemahaman akidah benar 4. Mengenal pasti kitab-kitab salaf yang bersih daripada penyelewengan akidah sebagai bahan pelajaran, sedangkan kitab-kitab kumpulan yang menyeleweng harus dijauhkan. 5. Menggalakkan para pendakwah
yang berkeliber
untuk mengislahkan akidah umat Islam
dengan mengajarkan akidah salaf serta menjawab dan menolak seluruh akidah batil.