MODUL 3 DEAL STRATEGY
Apa yang anda akan dapat pelajari dalam modul ini? 1) Mengenalpasti punca tuan rumah enggan menyerahkan rumah mereka untuk di “Sublet”. 2) Tips berurusan dengan Ejen Hartanah. 3) Tips berurusan dengan Tuan Rumah.
TEKNIK BERURUSAN DENGAN AGEN HARTANAH / PEMILIK RUMAH Perlu diingat bahawa untuk sublet, PERATURAN yang paling penting ialah pemilik rumah mengetahui bahawa rumah mereka akan disewakan semula kepada orang lain. Kebanyakan dari mereka agak sukar untuk membenarkan kita menyewa semula unit mereka dengan sebab-sebab seperti berikut: a) Takut rumah mereka rosak. b) Takut yang menduduki rumah mereka adalah foreigner berkulit hitam yang ganas. c) Cemburu dengan pendapatan yang lebih setelah rumah meraka disewakan semula. d) Tidak yakin dengan kemampuan kita.
Terdapat banyak lagi sebab yang tidak di senaraikan disini kerana apa yang disenaraikan di atas merupakan antara sebab yang popular di kalangan pemilik rumah.
Jadi tugas kita sebagai Subletter adalah untuk memastikan setiap ketakutan yang di fikirkan pemilik rumah itu dapat kita atasi.
TIPS BERURUSAN DENGAN AGEN HARTANAH Agen hartanah merupakan perantara kita dan juga pemilik rumah, terdapat PRO dan KONTRA sekiranya kita berurusan dengan agen hartanah ini. Antara PRO : 1) Kita hanya deal dengan agen ini, tak perlu berjumpa dengan pemilik. 2) Agen Hartanah biasanya mahu menyewakan rumah yang dipegangnya secepat mungkin kerana komisyen yang diperolehi. Disini peranan kita penting untuk bermain dengan emosi mereka.Kita juga boleh meminta bantuan agen tersebut agar memujuk tuan rumah supaya
setuju untuk memberikan unit tersebut kepada kita untuk digunakan sebagai homestay. KONTRA : 1) Sesetengah Agen Hartanah akan menipu bahawa pemilik akan membenarkan kita sublet tetapi berlaku sebaliknya.Terdapat kes di mana setelah 6 bulan unit tersebut disewakan, pemilik rumah meminta balik semula unitnya kerana tiada agreement untuk membenarkan Sublet dipersetujui di dalam perjanjian sewaan mereka.
Jadi antara langkah-langkah yang boleh kita lakukan sewaktu site visit rumah dengan agen hartanah . a) Pastikan Agen Hartanah itu mendapatkan kelulusan dari pihak pemilik untuk kita sublet unit mereka. Cara untuk kita pastikan adalah dengan meminta agen tersebut menelefon pemilik di hadapan kita. Jika boleh kita sendiri yang bercakap dengan pemilik rumah. Setelah mendapat kepastian barulah kita boleh teruskan dengan pembayaran wang booking. Wang Booking atau dinamakan deposit ini hendaklah ditulis ke atas agensi syarikat agen tersebut untuk mengelakkan penipuan.
b) Bawa BUKU CHEQUE bersama-sama ketika site visit rumah. Dengan membawa buku cheque ini ia menampakkan komitmen kita untuk terus membayar booking pada waktu itu juga, perlu juga diingatkan, agen hartanah juga hendak mendapat komisyen mereka dengan cepat, oleh yang demikian jika mereka mendapat booking pada waktu tersebut maka lebih memudahkan kerja mereka. Minta bantuan mereka juga untuk memujuk pemilik rumah untuk membenarkan kita untuk membuat sublet.
c) Bawa perjanjian Sewaan Sendiri. Perjanjian sewaan ini adalah perjanjian yang menyatakan bahawa pemilik membenarkan penyewa untuk menyewa semula kediaman mereka. Minta agen itu faham akan kondisikondisi yang dinyatakan di dalam perjanjian itu.
Bina hubungan yang baik dengan Agen hartanah anda supaya anda lebih senang mendapat listing yang menarik daripada mereka.
TIPS BERURUSAN DENGAN TUAN RUMAH. Berurusan dengan tuan rumah adalah lebih mudah kerana kita sendiri dapat meyakinkan tuan rumah dengan mengenalpasti ketakutan mereka yang dinyatakan di atas.
Langkah-langkah yang boleh kita lakukan sewaktu site visit rumah dengan Tuan Rumah:
a) Beritahu tuan rumah yang kita menjalankan perkhidmatan pengurusan sewaan. Beritahu bahawa kita menjalankan perkhidmatan pengurusan sewaan. Sekiranya kita pernah mempunyai rumah sewa, tunjukkan rekod bagaimana kita menjaga rumah sewa kita.Untuk lagi meyakinkan pemilik rumah, kita juga boleh buka syarikat Enterprise dan masukkan bidang perkhidmatan pengurusan hartanah di dalam kod bidang syarikat.
b) Beritahu yang kita mempuyai lebihan perabot dan ingin memenuhkan rumah tersebut dan menyewa semula.
Lebihan perabot ini bermaksud kita akan membuat rumah mereka daripada Basic (tiada perabot) kepada Fully Furnished. Jika kita berbaik hati kita boleh memberitahu pemilik yang lebihan perabot tersebut akan diberi terus kepadanya selepas selesai kontrak.
c)
Beritahu kita akan membayar sewa bulanan tepat setiap bulan.
Disini memerlukan komitmen kita sendiri, berjanjilah kepada pemilik untuk membayar sewa pada awal dan mereka tidak perlu risau akan karenah penyewa.Segala kos kerosakan adalah di bawah tanggungjawab kita kecuali yang melibatkan kerosakan major yang bukan disebabkan oleh penyewa. Berjanjilah dengan pemilik kita akan menjaga rumah mereka sehabis yang baik.
d) Beritahu pemilik yang kita akan menyewa dalam tempoh yang lama (Lebih dari 2 tahun)
Ini merupakan jaminan yang dalam tempoh > 2 tahun pemilik tidak perlu risau untuk memikirkan penyewa keluar masuk (pengurusan penyewa). Mereka hanya goyang kaki dan menerima bayaran bulanan tepat pada masanya. Kebaikan kepada diri kita pula , selama mana kontrak kita berjalan,kita akan menikmati bayaran bulanan yang tetap tanpa kenaikan tahunan dari pemilik rumah. Saya juga ada memberikan skrip-skrip lain yang boleh kita gunakan bila berhadapan dengan tuan rumah di dalam bahagian bonus. Anda boleh merujuk skrip-skrip tersebut untuk digunakan TERUS kepada pemilik rumah untuk memastikan anda mendapat rumah tersebut.
Pemilik rumah juga manusia biasa yang mempunyai masalah tersendiri dalam menguruskan rumah sewa mereka.Kenalpasti masalah mereka dan cuba untuk menyelesaikan masalah mereka
P/S : Di dalam BONUS saya ada lampirkan dengan terperinci soalan-soalan yang lazim boleh ditanyakan kepada pemilik rumah untuk kita close-deal dengan mereka. Semoga mendapat manfaat.