INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1072
METODE DAKWAH NABI NUH A.S: KAJIAN DALAM SURAH NUH MUHAMMAD FAIRUZ B A.ADI
[email protected] MOHD MAHFUZ B JAAFAR DR ZAINORA BT DAUD Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Nabi Nuh A.S merupakan seorang rasul yang diketagorikan sebagai rasul ulul `azmi di mana istilah itu memberi makna rasul-rasul yang memiliki keteguhan hati luar biasa serta kesabaran yang tinggi ketika menyebarkan ajaran agama Allah S.W.T walaupun berdepan dengan penolakan dan pelbagai usaha untuk menjatuhkannya. Allah S.W.T telah merakam perjalanan dakwah nabi Nuh a.s yang melebihi 900 tahun serta menceritakan metode dakwah yang digunakan oleh baginda. Kertas kerja ini bertujuan mengumpul, menyusun dan menganalisis metode penyampaian dakwah yang digunakan oleh nabi Nuh a.s menerusi penelitian ayat-ayat di dalam surah Nuh. Analisis kandungan merupakan metode yang mendominasi penulisan kertas kerja ini. Ayat-ayat al-Quran dianalisis berpandukan kitabkitab tafsir mu`tabar serta rujukan utama dalam disiplin ilmu dakwah. Dapatan Kajian ini menunjukkan nabi Nuh a.s menggunakan metode komunikasi dengan dalil-dalil logik dan hikmah dalam memastikan kejayaan dakwah baginda. Kertas kerja ini memberi implikasi yang besar khususnya sebagai panduan kepada para Da`ie untuk mempersiapkan diri serta mempelbagaikan teknik dalam berdakwah.
Kata kunci: Metode dakwah, Nabi Nuh a.s. Surah Nuh
916
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1. PENDAHULUAN Dakwah adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah sesuai dengan garis aqidah, syari'at dan akhlak Islam. Kata dakwah merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan. Di dalam al-Quran Allah SWT telah merakamkan pelbagai kegiatan dakwah yang dipelopori oleh nabi-nabi serta rasul. Apa yang disampaikan oleh Allah swt melalui ayatnya tentang tanggungjawab, gerak kerja dan strategi dakwah para utusanNya ke atas umat manusia menjadi pengajaran dan ambilan yang baik untuk pendakwah-pendakwah masa kini untuk menghadapi pelbagai situasi dan perangai umat masa kini. Kertas kerja ringkas ini mengambil beberapa contoh gerakan dakwah serta strategi yang dilakukan oleh nabi Allah Nuh a.s sepertimana yang diceritakan oleh Allah swt di dalam alQuran surah Nuh. Kertas kerja ringkas ini akan cuba mengenal pasti, menyusun metode nabi Nuh a.s seterusnya menganalisa metode-metode tersebut untuk dijadikan panduan bagi pendakwah masa kini dalam menghadapi pelbagai situasi manusia.
2. PENGENALAN SURAH NUH DAN KANDUNGANNYA SECARA RINGKAS. Surah Nuh merupakan merupakan surah yang ke 71 menurut susunan di dalam mushaf uthmani. Surah ini di kategorikan sebagai surah makkiyah iaitu suatu surah yang diturunkan oleh Allah swt kepada nabi Muhammad saw sebelum baginda diperintahkan hijrah ke Mekah.1 Surah ini mengandungi 27 ayat. Kandungan surah ini tertumpu kepada ajakan mentauhidkan Allah swt, mengajak manusia beribadat hanya kepada Allah selain itu surah ini juga menceritakan tentang azab dan balasan syurga. Surah ini dimulakan dengan pengkhabaran dari Allah swt bahawa nabi Nuh a.s diutuskan kepada kaumnya untuk membawa manusia mengesakanNya. Nabi Nuh a.s memulakan dakwah baginda dengan mengajak manusia kembali kepada Allah swt dan menyembahNya. Dengan ibadat yang ikhlas, pasti Allah swt menganugerahkan kepada mereka keampunan dari segala 1
Al suyuthi. Jalal al din, 2013. Dur Al Manthurfi Al Atfsir Bi Al Ma’thur, Markaz Al Buhuth li Al Dirasat Al Arabiyah wa al Islamiyah. Cairo. Egypt. Hlm 704. Jld 14 917
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Seterusnya Allah swt merakamkan mengenai perjalanan dakwah nabi Nuh a.s secara terang-terangan dan secara sembunyi termasuk segala kepayahan yang baginda hadapi apabila berdepan dengan kaumnya. Antara lain, kandungan surah ini membawa pembaca mengenai cara nabi Nuh menarik perhatian kaumnya dengan memberi dalil atau bukti yang nyata tentang keesaan Allah dalam mencipta alam termasuk kejadian manusia. Di pertengahan surah, nabi Nuh a.s mengadu kepada Allah swt perihal kaumnya yang masih berdegil untuk menerima seruan tauhid meskipun baginda telah komited dan memberi sepenuh jiwa raga dalam dakwah baginda selama 950 tahun ditambah lagi dengan mengemukakan bukti yang nyata mengenai kekuasaan Allah swt terhadap sekalian mahkluk. Di akhir surah ini, nabi Nuh a.s memohon kepada Allah swt agar dihapuskan kaum yang degil dari muka bumi Allah swt agar mereka tidak menyesatkan orang lain dan agar mereka tidak melahirkan mahkluk yang menjadi perosak di bumi Allah swt . Allah swt menutup surah ini dengan doa nabi Nuh a.s yang memohon keampunan untuk diri baginda sendiri diikuti dengan keampunan untuk ibu bapa baginda serta kaum muslimin dan muslimat. Sekali lagi baginda mengulangi doa supaya orangorang zalim ditambah kebinasaan ke atas mereka.
3. BIOGRAFI RINGKAS NABI NUH A.S SERTA KAUMNYA Nabi Allah Adam a.s telah menyempurnakan tanggungjawabnya di bumi Allah sepanjang usianya yang dikatakan mencecah seribu tahun. Selama berabad lamanya cucu cicit nabi Adam a.s hidup dalam kalimah tauhid serta keimanan yang utuh disamping menyembah Allah swt dengan penuh ketakwaan. Imam Ibn kathir membawa satu riwaya dari ibn Abbas yang menyatakan bahawa keturunan nabi Adam a.s telah hidup dalam keimanan dan akidah yang benar selama berabad-abad lamanya2 kehidupan yang penuh dengan rahmat dan nikmat, tanpa kerosakan di muka bumi hasil dari nabi Adam a.s. Dakwah nabi adam a,s diteruskan oleh nabi Idris dan di sambung oleh nabi Allah Nuh a.s. dimana tempoh masa antara nabi Nuh a.s diutus kepada kaumnya selepas kewafatan nabi idris
2
Muhammad ibnu Kastir, Al- Bidayah wa Al- Nihayah (Mesir: Al- Risalah, 1998), jild. 1, hlm. 137 918
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
adalah selama satu ribu tahun.3 menurut Ibn Kathir dalam kitab Bidayah wa al Nihayah para ulama berpeza pendapat mengenai tahun kelahiran nabi Nuh a.s. Ibn Jarir berpendapat nabi Nuh a.s lahir setelah lebih kurang seratus dua puluh enam tahun kewafatan nabi Adam. Manakala Ibn Hibban menyatakan bahawa nabi Nuh a.s lahir setelah seratus empat puluh enam tahun kewafatan nabi Adam a.s4 . Ibnu Kathir berpendapat bahwa nabi Nuh a.s. adalah generasi yang kesembilan dari anak cucu Adam a.s , sebagaimana yang telah beliau nyatakan dalam kitabnya. Yaitu,”Nabi Nuh a.s anak Lamik anak Mutawasylih anak Idris anak Yurdi anak Mahlayil anak Qainan anak Anusy anak Syits anak Adam a.s”5 baginda juga adalah nabi yang paling banyak umurnya menurut imam Nawawi.6 Antara kelebihan yang dianugerahkan Allah kepada nabi Nuh a.s adalah beliau seorang cerdas, petah berbicara. Beliau juga seorang nabi yang mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi. Oleh yang demikian beliau dianggkat oleh Allah swt sebagai salah seorang rasul yang mendapat gelaran ulul ‘azm. Baginda dipuji oleh Allah swt sebagai seorang hamba yang selalu bersyukur. Firman Allah swt yang bermaksud:
٣ شكُوّرٗا َ ن عَبۡدٗا َ ح َملۡنَا مَ َع نُوحٍۚ إِنَهُۥ كَا َ ُۡذّرِّيَةَ مَن “(yaitu) anak cucu dari orang-orang yang kami bawa bersama-sama Nabi Nuh. Sesungguhnya dia adalah hamba (Allah) yang banyak bersyukur”.
4. METODE DAKWAH NABI NUH A.S Allah swt dengan yang kaya dengan sifat pemurah dan penyanyang tidak meredhai kerosakan penyelewengan akidah, kerosakan akhlak dan hilang kerharmonian di muka bumi. Maka Allah swt mengutus seorang rasul untuk membetulkan keadaan yang telah rosak itu seterusnya membawa manusia kembali kepada Allah swt. Firman Allah swt:
3
Al Suyuti. Jalal al din. 2000M. al Itqan fi Ulum al Quran. Dar Ibn Kathir. Bayrut. Hlm1063. Jld 2. Muhammad ibnu Kastir, Al- Bidayah wa Al- Nihayah. Hlm 138 5 Muhammad ibnu Kastir, Al- Bidayah wa Al- Nihayah. Hlm 137 6 Al Suyuti. Jalal al din. 2000M. al Itqan fi Ulum al Quran. Hlm 1062. Jld 2 7 Al Quran 17:3 4
919
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
كَمَآ أَّرۡسَلۡنَا فِيكُمۡ ّرَسُولٗا مِنكُمۡ ّيَتۡلُواْ عَلَيۡكُمۡ ءَاّيَٰتِنَا وَّيُزَكِيكُمۡ وَّيُعَلِمُكُمُ ٱلۡكِتَٰبَ َوٱلۡحِكۡمَةَ وَّيُعَلِمُكُم مَا 8 ١٥١ ن َ َلمۡ تَكُونُو ْا تَعۡلَمُو Maksudnya: “Sebagaimana (Kami Telah menyempurnakan nikmat kami kepadamu) kami Telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.”
Menurut dr wahbah Zuhaili dalam tafsir beliau Tafsir al-Munir, nabi Allah Nuh a.s telah memulakan dakwah beliau dengan cara sembunyi-sembunyi setiap siang dan malam tanpa henti tetapi tidak mendapat sambutan malah orang yang diseru itu lari dari baginda. Kemudian nabi Nuh a.s ke peringkat seterusnya iaitu dakwah secara terang-terangan tetapi masih lagi tidak mendapat sambutan dan tidak memberi kesan kepada hati kaumnya. Kemudian baginda ke peringkat seterusnya iaitu menggabungkan kedua-dua cara beliau tadi. Ini berdasarkan apa yang difirmankan oleh Allah swt dalam ayat 5-9 surah Nuh:
َوإِنِي ُكَلمَا دَعَوۡ ُتهُمۡ لِتَغۡ ِفرَ َلهُ ۡم٦ َفلَمۡ َّي ِزدۡهُمۡ دُعَٓاءِيٓ ِإلَا ِفرَاّرٗا٥ قَالَ ّرَّبِ إِنِي دَعَوۡتُ قَوۡمِي لَيۡلٗا وَ َنهَاّرٗا َ ثُم٨ جهَاّرٗا ِ ۡ ثُمَ إِنِي دَعَوۡتُهُم٧ ج َعلُ ٓواْ أَصَٰ ِب َعهُمۡ فِيٓ ءَاذَا ِنهِمۡ وَٱسۡ َتغۡشَوۡاْ ثِيَابَهُمۡ َوأَصَرُواْ وَٱسۡ َتكۡبَرُواْ ٱسۡ ِتكۡبَاّرٗا َ ٩ إِنِيٓ أَعۡلَنتُ َلهُمۡ َوَأسۡ َرّرۡتُ َلهُمۡ ِإسۡرَاّرٗا
Ketika menjalankan kerja-kerja dakwah penulis mendapati nabi Nuh a.s telah menggunakan beberapa teknik dakwah. Antara metode atau teknik yang digunakan nabi Nuh a.s adalah seperti yang di perincikan di bawah ini:
8
Al Quran 2: 151 920
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
4.1 Dakwah Dengan Menjanjikan Pulangan Atau Manfaat Yang Baik. (Da’wah Bi Al Targhib).
َ وَ ُّيمۡدِدۡكُم بِأَمۡ َوٰلٗ وَبَنِين١١ علَيۡكُم مِدّۡرَاّرٗا َ َّسمَٓاء َ سلِ ٱل ِ ۡ ّيُر١١ فَ ُقلۡتُ ٱسۡتَغۡ ِفرُواْ ّرَ َبكُمۡ إِنَهُۥ كَانَ غَفَاّرٗا ١١ وَ َّيجۡعَل لَكُمۡ جَنَٰتٗ وَ َّيجۡعَل َلكُمۡ أَنۡ َهٰرٗا Dalam ayat yang 10 hingga 12 menceritakan bagaimana nabi Nuh mengajak umatnya bertaubat dan baginda menjanjikan kepada mereka 5 perkara iaitu: 1- Rahmat kepada mereka dalam bentuk hujan yang mencurah-curah. 2- Kekayaan yang melimpah ruah 3- Anak yang ramai. 4- Kebun-kebun dan tanaman. 5- Air sungai yang mengalir dalam kebun mereka. Ayat di atas memberi satu gambaran kepada pendakwah bahawa kadangkala manusia ini suka kepada pulangan atau sesuatu hasil dari amal yang dituntut ke atas mereka. Allah swt menjanjikan 5 perkara kepada umat nabi dan keseluruhan umat manusia apabila mereka bertaubat dan kembali ke jalan Allah.
4.2 Dakwah Dengan Dalil Kejadian Manusia. Metode seterusnya yang digunakan oleh nabi Allah Nuh a.s adalah cara berdialog dengan kaumnya. Komunikasi baginda dengan kaumnya adalah bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dengan memberi bukti keesaan dan keagungan Allah yang ada pada diri manusia sendiri. Ini yang diceritkan dalam ayat 13 hingga 14 surah Nuh. Firman Allah swt:
١١ خلَقَكُمۡ َأطۡوَاّرًا َ ۡ وَقَد١٣ مَا َلكُمۡ لَا َترۡجُونَ ِللَ ِه وَقَاّرٗا Dalam ayat di atas nabi Nuh mempersoalkan keengganan mereka tunduk dan takut patuh pada Allah swt. Sedangkan Allah swt telah mencipta mereka dengan melalui proses yang berperingkat bermula dari air mani hingga menjadi manusia sempurna. Metode Nabi Nuh cuba memberi kesedaran kepada umat betapa lemahnya manusia dibandingkan dengan Allah swt. Adakah mereka mampu mencipta sepertima Allah menjadikan mereka. 921
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
4.3 Dakwah Dengan Dalil Kejadian Alam Semesta Metode seterusnya yang digunakan oleh nabi Nuh a.s ialah baginda memberikan dalil atau bukti keagungan Allah melalui keajaiban dan kehebatan alam semesta. Nabi Nuh a.s mengajak umatnya berfikir tentang kejadian langit yang mempunyai tujuh lapisan, kemudian baginda menerangkan bahawa Allah swt yang memberi cahaya kepada bulan dan Allah swt jugalah yang menjadikan matahari sebagai lampu. Ia adalah satu cara mengajak manusia berfikir betapa kecilnya manusia jika dibandingkan dengan langit, bulan dan matahari, dimana kesemuanya itu merupakan makhluk yang tunduk pada Allah. Apakah mereka layak untuk berdegil dari menyembah Allah swt. Semua perkara ini dirakamkan oleh Allah swt dalam ayat 15 dan 16 surah nuh:
١٦ سرَاجٗا ِ َشمۡس َ ل ٱل َ ن نُوّرٗا وَجَ َع َ ِل ٱلۡ َق َمرَ فِيه َ ج َع َ َ و١٥ سمَٰوَٰتٗ طِبَاقٗا َ َسبۡع َ ُق ٱللَه َ خَل َ ف َ َۡألَمۡ َترَوۡ ْا كَي
4.4 Dakwah Dengan Dalil Nikmat Allah Kepada Manusia Dakwah nabi Nuh kepada umatnya adalah bertujuan untuk menyedarkan mereka dari kesesatan supaya mereka kembali menyembah Allah swt seterusnya bersyukur atas segala nikmat yang diberikan kepada mereka. nabi Nuh mengajak umatnya melihat kembali betapa sayang Allah swt kepada mereka dengan menjadikan bumi ini terhampar supaya mereka boleh bebas berjalan di atasnya, mudah mencari rezeki di atas muka bumi. Apakah mereka tidak buka mata mereka seluas-luasnya bahkan mereka terus hidup dalam kesesatan. Firman Allah swt dalam ayat 19 dan 20 surah Nuh:
١١ لِ َتّسُۡلكُواْ مِنۡهَا سُبُلٗا فِجَاجٗا١٩ ج َعلَ َلكُ ُم ٱلَۡأّرۡضَ ِبّسَاطٗا َ ُوَٱللَه
5. KESIMPULAN Kertas kerja ringkas ini telah membincangakan serba sedikit tentang metode dakwah nabi Nuh a.s ke atas umatnya. Empat metode yang dikumpuldan dibincangkan merupakan metode yang
922
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
digunakan para nabi dan rasul dalam berdakwah. Dakwah dengan cara mendatangkan dalil-dalil nyata merupakan cara yang berkesan untuk membawa manusia berfikir tentang keagungan dan keesaan Allah swt. Walaubagaimanapun tugas seorang nabi, rasul dan pendakwah hanya menyampaikan kepada manusia tentang kepentingan beriman dengan Allah swt. Sebarang keputusan atau kesan terhadap hati manusia melalui pelbagai teknik dan cara dakwah terletak pada kuasa Allah swt. Dari sudut yang lain, surah Nuh memberi pengajaran kepada kita perlunya sikap komited dan kesungguhan dalam berdakwah dan segala keputusan adalah tetap di tangan Allah swt. Nabi Nuh telah berdakwah selama 950 tahun dengan pelbagai cara tanpa rasa jemu dan putus asa namum hasilnya tidaklah begitu baik namum Allah swt mengangkat kedudukan baginda sebagai rasul Ulul A’zm. Kerana dalam berdakwah Allah swt tidak melihat kepada keputusan tetapi melihat pada kesungguhan seseorang itu. Semoga dengan terhasilnya kertas kerja ringkas ini dapat memberi sedikit panduan kepada pendakwah dalam mendepani cabarancabaran ketika menjalankan kerja-kerja dakwah. RUJUKAN Al-Quran al-Karim Ibnu Kastir, Muhammad. (1998). Al- Bidayah wa Al- Nihayah. Mesir: Al- Risalah, Al Suyuti. Jalal al din.( 2000M). al Itqan fi Ulum al Quran. Dar Ibn Kathir. Lubnan, Bayrut. Al-Zuhaily, Wahbah dr.(1998). Tafsir al-Munir. Dar al Fikr al Mu’asir. Lubnan, Bayrut. Gultom harahap, Wahyu Prakheti Wasojo. Anwar Nasihin, Kalam Setia. Nilai-Nilai Pendidikan Islam: Kisah Nabi Nuh Dan Kaumnya. Jurnal Fikiran Masyarakat. Vol 4. No. 1 2016
923