INTEGRITI DALAM PENGURUSAN KOPERASI Roziah Mohamed Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Selatan
Pengenalan
M
enurut Kamus Dwibahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (1985) integriti ialah kejujuran, ketelusan, kesempurnaan dan keutuhan. Dalam bahasa yang mudah difahami, integriti ialah sifat jati diri yang melibatkan keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, kejujuran, berpegang pada prinsip, tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapa dan boleh dipercayai. Seorang yang berintegriti bermaksud mempunyai peribadi yang utuh, berakhlak mulia, telus, jujur, ikhlas, sabar, berani, berilmu, berakal, beriman, beramal, berhemah, tekun dan bertanggungjawab. Dengan berpegang kepada prinsip ini ianya akan menjadikan setiap individu boleh melaksanakan tugas dengan amanah dan sempurna pada setiap masa walau di mana pun mereka berada. Institut Integriti Malaysia (IIM) mentakrifkan integriti sebagai perihal individu dan organisasi yang sempurna berteraskan kepada nilai-nilai murni seperti jujur, benar, amanah, akauntabiliti, telus, cekap dan bijaksana. Dapat dirumuskan di sini, integriti bukan bermakna rasuah semata-mata, tetapi ia berkait rapat dengan keseluruhan sifat kejujuran dan ketelusan.
Koperasi dan integriti Koperasi menurut seksyen 2 Akta adalah suatu pertubuhan orang berautonomi yang bersatu secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya mereka yang sama melalui satu perusahaan milik bersama dan dikawal secara demokrasi. Manakala Ikatan Koperasi Antarabangsa atau International Co-operative Alliance (ICA) mendefinisikan koperasi sebagai pertubuhan berautonomi di mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan dan aspirasi bersama di bidang ekonomi, sosial dan budaya melalui satu badan yang dimiliki dan dikawal secara demokrasi. Apa yang penting di dalam sesebuah koperasi itu adalah siapa anggota-anggotanya, kerana yang membezakan sesebuah koperasi dengan koperasi yang lain adalah daripada segi fungsi dan juga aktiviti-aktiviti yang telah dipersetujui oleh anggota semasa dalam mesyuarat penubuhannya. Yang menarik dan uniknya koperasi adalah, pentadbir sesebuah koperasi dipilih oleh anggota-anggotanya secara demokratik melalui mesyuarat agung tahunan. Dalam mentadbir sesebuah koperasi, Anggota-anggota Lembaga Koperasi tidak boleh lari daripada integriti. Di dalam koperasi, integriti berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka yang dilantik sebagai anggota lembaga dan juga Juruaudit Dalam (JAD). Integriti memainkan peranan penting yang menyumbang kepada kualiti dan juga imej sesebuah koperasi.
Maktab Koperasi Malaysia
29
Pengurusan Berintegriti Dalam gerakan koperasi di Malaysia, terdapat pihakpihak yang terlibat dalam membudayakan integriti di dalam koperasi. Antaranya ialah anggota-anggota, Juru Audit Dalam (JAD), Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Kecil dan juga pihak pengurusan yang terdiri daripada kakitangan koperasi. Pembudayaan integriti akan menjadikan koperasi sebagai sebuah organisasi yang disegani malahan menjadi ikutan kepada mana-mana koperasi yang ingin berjaya
laku atau penyelewengan yang berlaku di dalam koperasi. Jika perkara-perkara seperti penyelewengan boleh dibanteras sehingga ke akar umbinya dan ketelusan dapat dilaksanakan dalam koperasi, koperasi boleh berjaya setanding dengan koperasi-koperasi di dunia seterusnya boleh meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara selaras dengan Dasar Koperasi Negara (DKN).
ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI ANGGOTA
JURU AUDIT DALAMAN
ANGGOTA
JAWATANKUASA KECIL
PENGURUSAN
Rajah 1: Pihak yang terlibat bagi menjayakan Integriti dalam koperasi i) Anggota Anggota koperasi adalah seseorang atau sesuatu koperasi yang diterima menjadi anggota koperasi mengikut peraturanperaturan dan undang-undang kecil koperasi tersebut selepas pendaftarannya (Seksyen 2, Akta Koperasi 1993). Adalah menjadi hak dan tanggungjawab anggota untuk melaporkan kepada yang berwajib jika terdapat salah 30
DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41
ii) Anggota Lembaga Koperasi (ALK) ALK adalah badan pengelola sesuatu koperasi yang bertindak untuk menguruskan segala hal ehwal koperasi. Menurut Seksyen 42 Akta Koperasi 1992, tertakluk kepada Peraturanperaturan atau Perintah atau Arahan atau Garis Panduan, komposisi ALK hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada
enam dan tidak lebih daripada lima belas orang yang dilantik dengan sewajarnya dalam mesyuarat agung tahunan. Ini dapat diperjelaskan lagi di dalam Undang-undang kecil koperasi masing-masing yang menetapkan berapa ramai ALK yang perlu dilantik. ALK bertanggungjawab di bawah Seksyen 44(1) untuk mengarah, mengurus dan mengawasi urusan atau aktiviti, kumpulan wang dan harta koperasi , dan hendaklah menjalankan segala kuasa yang perlu untuk memastikan bahawa pentadbiran dan pengurusan koperasi yang sepenuhnya dalam hal ehwal, urusan atau aktiviti koperasi berjalan dengan lancar. Ini bermakna jika ALK telus dan berintegriti, maka masalah penyelewengan dapat diatasi dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan koperasi.
Menurut Seksyen 45 (1) ALK hendaklah tekun dan berhemat seperti ahli perniagaan yang biasa dan bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa kerugian disebabkan tidak berhemat dan tekun dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan Akta, Peraturan, Undang-undang Kecil dan arahan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT). Dalam urusan tekun dan berhemat ini, ALK mestilah memastikan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan secara suci hati bona fide untuk memastikan kesinambungan aktiviti yang dijalankan dan secara tidak langsung akan meningkatkan
pendapatan dan dapat menjaga anggota-anggota.
seterusnya kebajikan
Walaupun ALK telah melantik pihak pengurusan untuk membantu mereka dalam mentadbir dan menguruskan koperasi, mereka tidak boleh lari daripada segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Ini bermakna, mereka tidak boleh menyalahkan pihak pengurusan sematamata sebaliknya mereka perlu memantau apa yang telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan.
Jadi, integriti dilihat dari sudut mereka yang telah diberikan tanggungjawab dan amanah, pelaksanaan harus dipertanggungjawabkan kepada semua untuk kepentingan koperasi. Di bahu mereka ada amanah, jadi integriti dalam konteks ALK merujuk kepada pelaksanaan amanah dan kuasa yang ada pada mereka bukannya untuk kepentingan peribadi malah ianya untuk kepentingan koperasi secara bersesama. Apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh ALK mestilah bermoral, mengikut Akta, Peraturan, Garis Panduan dan Arahan sedia ada dan beretika serta konsisten dalam apa juga perkara-perkara yang selari dengan tindakan dan yang dikotakan. iii) Juru Audit Dalam (JAD)
Seksyen 42A (1) Akta telah menggariskan bahawa ALK hendaklah menubuhkan dan melantik suatu Jawatankuasa
Firman Allah dalam Surah Al Anfal ayat 27: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya (Muhammad) dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedangkan kamu mengetahui”. Audit Dalaman yang terdiri daripada tiga hingga lima orang yang dilantik dengan sewajarnya oleh lembaga. Sebagai JAD mereka perlu menjalankan tanggungjawab seperti yang telah diperuntukkan dalam Undang-Undang Kecil koperasi (UKK). Jika mereka mengesan ada penyelewengan atau ketidakjujuran yang dilakukan oleh ALK, mereka hendaklah menyedia dan menghantar laporan kepada pihak yang berkenaan iaitu lembaga dan juga Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Sebagai JAD, mereka juga seharusnya mempunyai integriti kerana mereka boleh diibaratkan seperti dahan pokok, jika dahan tersebut rapuh dengan mudah ianya akan patah apabila ditiup angin. iv) Jawatankuasa Kecil (JKK)
Jawatankuasa Kecil atau biro kelazimannya diketuai oleh ALK. Jika berlaku ketidakpatuhan kepada Akta, Peraturan, Garis Panduan, UUK koperasi dan Aturan, JKK boleh melaporkan terus kepada ALK di dalam koperasi. Jatuh bangunnya sesebuah koperasi itu bergantung kepada kemuafakatan yang ada dalam koperasi.
v) Pengurusan Ramainya pihak pengurusan atau kakitangan atau pekerja sesebuah koperasi adalah bergantung kepada aktivitiaktiviti serta kemampuan dari segi kewangan mereka. Pengurusan dalam koperasi terdiri daripada pekerja-pekerja yang mampu digaji oleh koperasi. Pihak pengurusan juga tidak boleh lari daripada integriti. Kerjasama antara anggota, ALK, JAD, JKK dan pihak pengurusan akan memastikan kelangsungan perjalanan koperasi. Komitmen sepenuhnya juga diperlukan daripada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan juga Maktab Koperasi Malaysia (MKM). Sebagai badan yang bertanggungjawab dalam memantau, menyelia dan mengawal selia gerakan koperasi di Malaysia, SKM perlu memastikan ALK yang dipilih oleh anggota melalui mesyuarat agung adalah seorang yang berintegriti. Ini telah digariskan dalam Garis Panduan 3 yang telah dikeluarkan oleh SKM pada tahun 2008 yang mana caloncalon ALK mestilah mempunyai kriteria-kriteria seperti jujur, tekun, kompeten, waras,
Maktab Koperasi Malaysia
31
mempunyai reputasi dan tingkah laku yang baik, berintegriti dan tidak melanggar mana-mana peruntukan atau akta. Senarai nama calon-calon ALK ini akan ditapis dahulu oleh SKM dan mana-mana calon yang telah lulus tapisan dibenarkan untuk bertanding menjadi ALK dalam mesyuarat agung tahunan yang diadakan. Sebagai badan yang bertanggungjawab memberikan pendidikan dan latihan secara berterusan kepada anggota-anggota koperasi, MKM senantiasa mengambil kesempatan yang ada untuk menjelaskan tentang kepentingan integriti bukan sahaja kepada anggota koperasi bahkan kepada ALK dan juga JAD. Menyebarluaskan integriti sebagai budaya koperasi memerlukan komitmen yang jelas dan kemas dalam memperkasakan pendidikan dalam gerakan koperasi secara berterusan. Dengan adanya pendidikan dan latihan secara berterusan yang diberikan kepada setiap lapisan anggota di dalam koperasi, ia boleh memastikan koperasi boleh ditadbir dan diurus oleh insaninsan yang berkualiti dan berpengetahuan di samping berintegriti.
Sesebuah koperasi juga perlu ada integriti. Untuk melihat koperasi yang berintegriti, bolehlah kita melihat dari aspek pelaksanaan kod etika, wujudnya piagam pelanggan, memiliki proses kerja yang teratur dan pematuhan kepada amalan terbaik. Semua aspek ini harus dihayati, diamalkan oleh kakitangannya 32
DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41
sebagai satu kebiasaan dalam koperasi berkenaan dan bukan sebaliknya, aspek tersebut hanyalah sebagai hiasan dinding dan hanya untuk dibaca atau diceritakan kepada pihak lain, tetapi pengamalan dalaman sendiri tidak berlaku secara total. Pengurusan berintegriti dalam gerakan koperasi memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat dalam gerakan iaitu SKM, MKM dan koperasi. Apabila sesuatu pihak tidak memberikan komitmen, maka pincang dan sukarlah pihak lain untuk bergerak seiring. Perundangan Malaysia
Koperasi
di
Gerakan koperasi di Malaysia dikawal selia oleh SKM dengan menyediakan garis panduan atau bimbingan seperti Akta
Koperasi, Peraturan-peraturan, Perintah, Arahan, Garis Panduan, Surat Pekeliling, Notis, Undang-undang Kecil dan Aturan. Matlamat utama Akta Koperasi 1993 diperkenalkan adalah untuk mengadakan satu bentuk kawalan di dalam pengurusan koperasi dan menjaga hubungan dengan lain-lain organisasi bagi faedah anggota-anggotanya. Antara peruntukan yang terdapat dalam Akta adalah tentang penubuhan, pendaftaran, pengawalan dan pengawal seliaan koperasi bagi menggalakkan perkembangan koperasi dan bagi perkaraperkara yang berkaitan dengannya. Kemerosotan Integriti dalam koperasi boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu anggota, ALK, sistem dan prosedur, nilai dan prinsip koperasi serta struktur dan institusi.
Rajah 2 : Faktor-faktor yang menjejaskan integriti
i) Anggota Terdapat beberapa faktor yang boleh menjejaskan integriti dalam koperasi iaitu anggota-anggota koperasi itu sendiri. Apa yang boleh dibincangkan di sini ialah sebagai anggota koperasi, kadang kala mereka tidak memahami hak dan tanggungjawab mereka sebagai anggota. Hak-hak anggota adalah dari segi hak peribadi seperti menghadiri, mengambil bahagian dan mengemukakan usul dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi, menggunakan segala kemudahan yang disediakan untuk anggota seperti membeli barangan yang ditawarkan oleh kedai koperasi. Hak kewangan pula boleh dirangkul kepada beberapa contoh seperti menikmati segala kemudahan dan perkhidmatan ekonomi, menerima dividen, rebat dan bonus yang ditawarkan oleh koperasi dan menerima semula segala sumbangan modal selepas berhenti menjadi anggota. Kurang pendidikan dan penghayatan jati diri koperasi menyebabkan anggota tidak tahu tugas dan tanggungjawab. Adalah menjadi tanggungjawab koperasi dan ALK untuk memberi pendidikan dan latihan secara berterusan kepada semua anggota koperasi supaya mereka tahu tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan seterusnya boleh meningkatkan integriti di
dalam koperasi. Perasaan tamak dan haloba di kalangan anggota tanpa memikirkan anggota yang lain perlu dikikis kerana ini akan merosakkan organisasi itu sendiri. Sebagai anggota koperasi, mereka mestilah tahu kelemahan diri sendiri bukan semata-mata untuk mencari kesilapan orang lain terutamanya ALK. ii) Anggota Lembaga Koperasi
Kemerosotan integriti dalam koperasi boleh berlaku apabila barisan pemimpin kurang berteladan dan ini akan menyusahkan koperasi serta anggota-anggotanya. Apa yang telah dirancang menjadi susah untuk dicapai dan pihak pengurusan akan melakukan kerja mereka sendiri tanpa merujuk kepada pemimpin. Maka akan berlaku salah menyalah antara pekerja dan ALK dan juga anggota dan seterusnya akan menjadikan koperasi pincang. Pemimpin begini senang untuk mempunyai percanggahan kepentingan dan boleh salah guna kuasa untuk kepentingan sendiri dan keluarga. Mereka dengan mudah boleh memutarbelitkan fakta tentang spesifikasi kerja, barang atau perkhidmatan yang ditawarkan. ALK yang lemah iltizam ini tiada kesungguhan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dan sudah tentu akan menjejaskan integriti. ALK sebegini tidak berkemampuan
dan berkeyakinan untuk melaksanakan kerjakerja yang diarahkan. Ini disebabkan mereka kurang ilmu pengurusan atau ilmu koperasi dan banyak menggunakan maklumat negatif. Kelemahan sebegini menyebabkan tidak ada tindakan untuk melaporkan apa-apa kecacatan yang berlaku dalam koperasi.
Tindakan yang melanggar prosedur dan peraturan adalah seperti membuat pembelian sesuatu tanpa perancangan atau membuat pembelian secara tergesagesa. Ada sesetengah yang membuat pembayaran dahulu tetapi barang belum dibekalkan. Orang yang sebegini perlu diberikan latihan yang cukup terlebih dahulu sebelum memegang jawatan penting di dalam koperasi.
Ada sesetengah pemimpin yang hanya pandai bercakap sahaja tentang integriti tetapi perbuatan mereka tidak pula menggambarkan mereka itu pengamal integriti. Inilah yang dikatakan “cakap tidak serupa bikin”. Ada pemimpin yang bercakap tentang amalan 5S, tetapi di bilik pejabat sendiri barang-barang berselerak dan tidak terurus. Menjadi pemimpin yang begini akan mengakibatkan staf bawahan memandang rendah kepada ketua sendiri. Bila ini berlaku ia akan melemahkan koperasi tersebut kerana staf hilang kepercayaan terhadap ketua. Maktab Koperasi Malaysia
33
Oleh yang demikian ketua perlu bermuhasabah diri dalam tindak tanduknya. iii) Sistem dan prosedur
Terdapat kurangnya ketelusan dalam sistem dan prosedur dalam koperasi. Dengan penyediaan aturan aktiviti koperasi yang dibuat oleh ALK, ini akan dapat memantapkan sistem dan prosedur yang akan diguna pakai di dalam koperasi dan kemerosotan integriti akan dapat diatasi.
Keupayaan sumber manusia dan material yang terhad dalam koperasi menyebabkan berlakunya kemerosotan integriti. Terdapat kerangka undang-undang lapuk (UUK dah terlalu lama dibuat tanpa membuat pindaan) dan percanggahan dalam undang-undang. iv) Nilai dan prinsip koperasi
Sudah menjadi satu budaya apabila dikaitkan dengan orang Melayu dengan perkataan malas. Mungkin sejarah kehidupan dahulu yang sederhana atau sekadar cukup makan menyebabkan keadaan menjadi begini. Budaya warga koperasi yang kurang menitikberatkan integriti telah menyebabkan kemerosotan integriti dalam koperasi.
Selalunya apabila berlakunya tuduhan terhadap individu akan berlakulah tindak balas dari pihak yang dituduh. Kalau ditegur untuk kebaikan pun sanggup dibalas dengan maki hamun apatah lagi kalau mengetahui laporan yang dibuat kepada pihak berwajib akan menyebabkan seseorang itu boleh diambil tindakan. Bila anggota tidak berani melaporkan kesalahan maka akan ada orang lain yang akan mengambil kesempatan.
34
Sikap tidak ambil peduli ini menyebabkan segala yang tidak baik yang berlaku di sekeliling menjadi perkara biasa dalam koperasi. Ini sangat merbahaya kerana sikap ini boleh menyebabkan maklumat atau rahsia koperasi boleh terjual. Sikap ini juga DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41
mengundang kepada penyalahgunaan kuasa yang ada. Maka berlakulah juga pembelian barang secara berlebihan. Barang-barang yang diterima bermutu rendah dan tidak mengikut spesifikasi atau mengikut perjanjian kontrak kerana semua orang tidak mengambil peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka. Keengganan melaporkan kesalahan yang dilakukan akan menyebabkan banyak penyelewengan dan rasuah dalam koperasi. Sama ada disebabkan oleh takut kepada tindak balas atau sikap tidak ambil peduli maka semua ini memudahkan lagi penyelewengan berlaku. Penyelewengan seperti pembelian dibuat dengan harga yang dinaikkan untuk kepentingan diri. Sesetengahnya bahan tetap diterima walaupun tidak mengikut spesifikasi kontrak kerana mereka mempunyai kepentingan dengan pembekal. Mereka ini akan menyebelahi atau mengikut kehendak pembekal dalam membuat keputusan pembelian. v) Struktur dan institusi Struktur koperasi yang tidak kemas dan kerap mengalami pertukaran kakitangan menyebabkan ianya sukar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti yang telah dirancang. Terlalu banyak aktiviti juga akan menyebabkan terjadinya projek mana yang harus dijalankan dahulu dan menyebabkan berlakunya kemerosotan integriti dalam koperasi. Dengan struktur yang lapuk dan tidak sesuai (UUK tidak dipinda) menyebabkan sukar bersaing dengan pesaing-pesaing yang ada dalam pasaran dan sukar menghadapi tuntutan dan cabaran yang baru. Matlamat koperasi perlulah jelas dan munasabah supaya ianya dapat dicapai. Ada juga sesetengah koperasi yang tidak mempunyai visi, misi dan juga objektif. Ini amat menyukarkan mereka untuk bergerak. Dalam koperasi itu sendiri, pertindihan skop tugas di kalangan dan tanggungjawab antara ALK dan pengurusan boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan integriti. Kerja
mestilah diselaraskan antara ALK dan pihak pengurusan supaya mereka jelas dengan ruang lingkup tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Percanggahan kepentingan antara diri sendiri dan koperasi mestilah dielakkan, ini selaras dengan Seksyen 44 A dan B Akta. Kesimpulan Kesimpulannya, kita mendapati integriti sangat penting dan ianya adalah sesuatu yang dituntut oleh agama Islam. Integriti itu menggambarkan akhlak yang mulia dan itulah juga yang akan dikira bila manusia menemui Tuhannya nanti. Integriti sangat penting kerana ia dapat mengelakkan penyelewengan dalam urusan dengan pelanggan, salah guna kuasa, rasuah, dapat mempertahankan
keutuhan pengurusan, menjamin kualiti perkhidmatan yang tinggi dan sudah tentu dapat meyakinkan dan memberi kepuasan kepada anggota mahupun pelanggan yang terdapat di dalam koperasi.
Semua kemerosotan integriti boleh diperbaiki dengan mengambil kira faktor-faktor kejayaannya iaitu melalui kepimpinan berteladan, kesediaan individu untuk berubah, dasar yang utuh dan matlamat yang jelas, pendidikan berterusan dan berulang, komunikasi berkesan, persekitaran budaya yang kondusif, kerjasama politik dan jentera pentadbiran, kerangka perundangan berkesan serta kecukupan dan kecekapan sumber. Sesiapa yang memiliki integriti akan berdiri teguh yang tidak akan mudah goyah dan terpujuk terhadap kebendaan.
Rujukan Chin Yee Mun (2006). Malaysia: Ilmu, persepsi dan integriti. Petaling Jaya : Pearson. INTAN. (1993) Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Kuala Lumpur: INTAN
Institut Integriti Malaysia (2004). Pelan Integriti Nasional, Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Integriti Malaysia. Integriti . Dicapai pada 2013, Jan 21 dari http://www.utusan.com.my/integriti
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2005): Modul pengukuhan integriti perkhidmatan awam. Putrajaya: JAKIM.
Mazilan Musa, Izal Arif Zahrudin & Suzanna Che Muin (2005). Etika dan integriti di Malaysia ; isu dan cabaran . Kuala Lumpur : Institut Integriti Malaysia. Mumtaz Begam Abdul Kadir, Mohamamed Sani Ibrahim (2009). Integriti peningkatan Lumpur : Utusan Publications & Distributors.
kualiti organisasi. Kuala
Rabiatul Nalwiyah Jusoh, Intan Suraya Halim (2007). Penerapan integriti dan nilai murni. Shah Alam, Selangor: Jras Corporation Sdn Bhd.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).Garis Panduan 3: Garis panduan bagi pelantikan atau pelantikan semula anggota lembaga koperasi. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).Garis Panduan 4: Garis panduan bagi pelantikan dan fungsi Jawatankuasa Audit Dalaman. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).Garis Panduan 13: Garis panduan mengenai etika calon Anggota Lembaga Koperasi. Maktab Koperasi Malaysia
35