MENGEMBANGKAN KEKAYAAN ANDA DI KOTA SINGA
PRU Spot Digital Int.Business_Refresh_Brochure_Malaysia R1.indd 1
4/8/17 12:48 pm
Kekayaan yang telah anda bina menandakan kejayaan anda. Sebagai seorang individu Bernilai Bersih Tinggi, anda mempunyai keupayaan untuk melebarkan lagi sayap anda. Dengan menjadikan Prudential Singapura rakan kongsi kewangan pilihan anda, anda menjadi sebahagian daripada hubungan yang telah bertahan selama 85 tahun di salah sebuah negara yang paling selamat dan dikawal selia dengan ketat di dunia.
KANDUNGAN 03 Lindungi kekayaan anda dalam dunia yang tidak menentu
06 Kuasa besar dalam industri kewangan
07 Mengapa Prudential
08 Keperluan kewangan anda berbeza di puncak
09 Masa untuk nikmati kejayaan anda
14 Perbandingan – Insurans di Singapura dan Malaysia
PRU Spot Digital Int.Business_Refresh_Brochure_Malaysia R1.indd 2
4/8/17 12:48 pm
LINDUNGI KEKAYAAN ANDA DALAM DUNIA YANG TIDAK MENENTU
Kecekapan Singapura sudah terbukti. Berada di barisan hadapan ekonomi pengetahuan, reputasi Singapura dibina atas mutu, kebolehpercayaan, integriti dan peraturan undang-undang sambil ia terus mengekalkan antara taraf hidup yang tertinggi di dunia. Dengan melaburkan sebahagian daripada aset anda di Singapura, anda meraih kestabilan, keselamatan dan penglibatan secara langsung dengan sebuah hab kewangan antarabangsa, yang juga merupakan pangkalan perniagaan serantau kepada pelbagai syarikat insurans. Kelebihan Singapura termasuk: • Pemerintah dan mata wang yang stabil Sebagai tunjang kewangan di Asia, kestabilan Singapura yang terbukti memberikan anda ketenangan fikiran dan keyakinan untuk melabur dan meneroka. • Industri kewangan yang dikawal selia dengan ketat Semua institusi kewangan dan Perunding Kewangan dikawal selia dan dipantau oleh Penguasa Kewangan Singapura. •
Pendirian yang pro-perniagaan Kepada para pelabur, ini bermakna undang-undang dan kadar cukai yang kompetitif yang tidak menghakis keuntungan anda, mudahnya melakukan pelaburan serta transaksi yang selamat dan terjamin.
03
PRU Spot Digital Int.Business_Refresh_Brochure_Malaysia R1.indd 3
4/8/17 12:48 pm
PE NJAGAA N KESIH ATAN Singapura merupakan sebuah hab perubatan antarabangsa dengan infrastruktur perubatan yang dinilaikan sebagai yang terbaik di Asia dan menduduki tempat pertama sebagai destinasi pelancongan perubatan kegemaran di peringkat global oleh Laporan Pelancongan Perubatan dan Kesejahteraan Dewan PHD 2013*. • Akses mudah kepada doktor pakar kanan yang berpengalaman • Pengkhususan yang tinggi dalam kader pakar • Ramai doktornya terlatih di hospital-hospital terkemuka di seluruh dunia • Penggunaan peralatan, teknik dan rawatan terkini • Singapura dinilaikan oleh Bloomberg sebagai yang terbaik antara 51 negara bagi sistem penjagaan kesihatan paling cekap • Menduduki tempat kedua di dunia bagi hasil penjagaan kesihatan oleh The Economist Intelligence Unit Sumber: Lembaga Pelancongan Singapura *Sumber: Lembaga Pelancongan Singapura
04
PRU Spot Digital Int.Business_Refresh_Brochure_Malaysia R1.indd 4
4/8/17 12:48 pm
PE N DIDIKA N Dengan kekurangan sumber semula jadi yang sangat ketara, satu-satunya kelebihan Singapura mengikut sejarah adalah tenaga kerjanya yang berpendidikan tinggi, inovatif dan bermotivasi. Semangat ini berterusan sehingga ke hari ini dengan sistem pendidikan yang disegani di seluruh dunia. • Universiti bertaraf dunia berhampiran anda • Ekosistem cemerlang bagi pendidikan yang berbilang budaya dan bahasa • Pengajian tinggi peringkat teratas pada kos yang lebih rendah berbanding banyak negara-negara lain
US
lia ra st Au
Si
ng
ap
ur
a
• Mutu hidup yang tinggi di bandar kosmopolitan
Kos Pendidikan Universiti
S$87,000
S$171,050
S$145,653
Sumber-sumber: SPH – The Sunday Times,19 Mei 2013; British Council; Pusat Maklumat Pendidikan Amerika Syarikat (USEIC); www.studyinaustralia.gov.au; Kementerian Pendidikan
Universiti Kebangsaan Singapura menduduki tempat pertama dalam senarai universiti-universiti terkemuka Asia. Universiti Teknologi Nanyang juga menduduki tempat kedua secara bersama di Asia. Sumber: Straits Times Jun 21 2016, NUS, NTU mendahului senarai universiti-universiti terbaik Asia. 05
PRU Spot Digital Int.Business_Refresh_Brochure_Malaysia R1.indd 5
4/8/17 12:48 pm
KUASA BESAR DALAM INDUSTRI KEWANGAN
Beribu pejabat di London, Prudential merupakan nama yang dipercayai di Singapura selama lebih daripada 85 tahun. • Peneraju pasaran di Singapura yang menguruskan dana bernilai S$30 bilion • Disenaraikan di Bursa Saham Singapura dan bursa saham utama yang lain di seluruh dunia • Mengekalkan Penilaian Kekuatan Kewangan AA oleh Standard & Poor’s pada tahun 2016
06
PRU Spot Digital Int.Business_Refresh_Brochure_Malaysia R1.indd 6
4/8/17 12:48 pm
MENGAPA PRUDENTIAL
Komponen utama hubungan anda dengan Prudential Singapura adalah komitmen kami untuk memberikan anda perkhidmatan yang terbaik, di mana sahaja anda berada. • Perunding Kewangan berdedikasi yang akan menjaga keperluan anda • Kemudahan talian perkhidmatan pelanggan untuk bantuan atau maklumat yang anda perlukan di +65 6333 0333* • Manfaat eksklusif seperti perkhidmatan limosin apabila anda tiba di Singapura • Undangan khas ke acara-acara utama sebagai salah seorang pelanggan kami yang dihargai • Akses kepada hospital-hospital bereputasi tinggi dan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia menerusi gabungan khas kami *8.30pg hingga 5.30ptg (SGT), Isnin hingga Jumaat, kecuali hari cuti umum Singapura.
07
PRU Spot Digital Int.Business_Refresh_Brochure_Malaysia R1.indd 7
4/8/17 12:48 pm
KEPERLUAN KEWANGAN ANDA BERBEZA DI PUNCAK
Melindungi diri dan aset anda sambil mengurangkan liabiliti anda memerlukan penelitian jauh dan persiapan. Mulakan dengan pelan kewangan yang komprehensif dan disesuaikan mengikut keperluan anda daripada Prudential. • Insurans ‘Keyman’ • Pengurusan Aset • Perancangan Persaraan • Perancangan Pewarisan 08
PRU Spot Digital Int.Business_Refresh_Brochure_Malaysia R1.indd 8
4/8/17 12:48 pm
MASA UNTUK NIKMATI KEJAYAAN ANDA
Kata mereka, orang yang berada di puncak gunung, tidak terjatuh di situ. Mungkin sudah tiba masanya untuk berehat dan menikmati pemandangan. Dengan sedikit perhatian dan perancangan, hari-hari senja anda akan menjadi detik-detik yang terbaik dalam hidup anda.
09
PRU Spot Digital Int.Business_Refresh_Brochure_Malaysia R1.indd 9
4/8/17 12:48 pm
INSURANS ‘K EYMAN ’ Asas sebuah syarikat yang berjaya seringkali terdiri daripada beberapa orang utama yang menerajui kepimpinan dan visi yang mendorong pertumbuhan. Sekiranya sesuatu yang tidak diingini terjadi, kehilangan walau seorang daripada anda boleh melumpuhkan syarikat. Perlindungan ‘Keyman’ membantu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kehilangan pemegang jawatan utama dengan melindungi perbelanjaan kritikal. Ia juga merupakan insentif yang menarik untuk meyakinkan ahli pasukan teras anda supaya terus kekal bersama syarikat.
10
PRU Spot Digital Int.Business_Refresh_Brochure_Malaysia R1.indd 10
4/8/17 12:48 pm
PENGURUSAN ASET Anda telah bekerja keras seumur hidup anda untuk mencapai kekayaan. Inilah masanya kekayaan anda bekerja untuk anda. Prudential Singapura mampu membantu anda mengembangkan kekayaan anda dengan model pelaburan ‘open-architecture’ kami. Ini bermakna anda akan melabur dalam hanya yang terbaik di luar sana kerana kami tidak terikat atau berkewajipan kepada pengurus dana dalam syarikat.
PELABURAN dengan risiko tinggi dan mudah berubah-ubah dengan potensi pulangan lebih baik RIZAB memberikan anda pulangan yang lancar dan stabil ASET DEFENSIF untuk melindungi kekayaan anda RIZAB KECEMASAN terdiri daripada 3 hingga 6 bulan wang tunai atau aset yang mudah dicairkan
11
PRU Spot Digital Int.Business_Refresh_Brochure_Malaysia R1.indd 11
4/8/17 12:48 pm
PERANCANGAN PERSARAAN Masa tidak ternilai harganya. Kita harus memanfaatkan kesempatan-kesempatan yang menguntungkan segera, tanpa menunda-nunda. Dalam masyarakat yang cepat menua, bukan sahaja anda perlu menjaga kesihatan diri sendiri tetapi juga tanggungan anda. Malahan, kesihatan peribadi dan keluarga mereka telah disebut oleh 73.4% daripada individu Bernilai Bersih Tinggi dalam satu pungutan suara sebagai isu yang menjadi keprihatinan mereka*. Dengan mendapatkan nasihat yang terbaik daripada pakar-pakar kewangan dan perubatan di Singapura, anda memastikan kesejahteraan fizikal dan fiskal anda untuk tahun-tahun yang mendatang. *Sumber: Laporan Kekayaan Asia-Pasifik 2015, Capgemini dan Pengurusan Kekayaan RBC
12
PRU Spot Digital Int.Business_Refresh_Brochure_Malaysia R1.indd 12
4/8/17 12:48 pm
PERANCANGAN PEWARI SAN Pelan pewarisan memastikan aset-aset anda kekal dalam keluarga dan mengagihkannya mengikut kemahuan anda. Bebas daripada kebimbangan tentang pembahagian kekayaan, anda dapat meluangkan lebih banyak masa di padang golf bersama rakan-rakan anda dan bukan di pejabat peguam merunsingkan tentang siapa dapat apa. Untuk memastikan aset anda dibahagikan secara saksama, pertimbangkan untuk menggunakan polisi insurans. Dengan 85 tahun pengalaman di Singapura, Prudential berada dalam kedudukan yang unik untuk menasihatkan anda polisi paling sesuai untuk anda.
13
PRU Spot Digital Int.Business_Refresh_Brochure_Malaysia R1.indd 13
4/8/17 12:48 pm
PERBANDINGAN – INSURANS DI SINGAPURA DAN MALAYSIA
14
PRU Spot Digital Int.Business_Refresh_Brochure_Malaysia R1.indd 14
4/8/17 12:48 pm
MALAYSIA
SINGAPURA
Perlindungan untuk penyakit kritikal di peringkat awal | Ya
Perlindungan untuk penyakit kritikal di peringkat awal | Tidak
Perlindungan untuk penyakit kritikal di peringkat pertengahan | Ya
Perlindungan untuk penyakit kritikal di peringkat pertengahan | Tidak Premium mungkin lebih tinggi oleh kerana jangka hayat yang lebih rendah*
Premium mungkin lebih rendah oleh kerana jangka hayat yang lebih tinggi*
Perlindungan data peribadi | Ya
PREMIUM & PERLINDUNGAN
PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Polisi mesti ditandatangani di Singapura
Perlindungan data peribadi | Ya
Polisi boleh ditandatangani di Malaysia SYARAT-SYARAT MENANDATANGAN
Ditadbir oleh badan kawal selia | Ya
PENGAWASAN PENGAWALAN
Pensijilan diperlukan sebelum dilantik sebagai Perunding Kewangan? | Ya Keperluan menjalani latihan pembangunan profesional tahunan | Ya Jangkaan untuk memenuhi komitmen sepenuh masa sebagai Perunding Kewangan? | Ya
Ditadbir oleh badan kawal selia | Ya
Pensijilan diperlukan sebelum dilantik sebagai Perunding Kewangan? | Ya PENSIJILAN PERUNDING KEWANGAN
Keperluan menjalani latihan pembangunan profesional tahunan | Tidak Jangkaan untuk memenuhi komitmen sepenuh masa sebagai Perunding Kewangan? | Tidak
* Sumber: Bank Dunia, Jangkaan Hayat Ketika Lahir, Jumlah (Tahun) http://data.worldbank.org/indicator/SP.DYN.LE00.IN
Untuk maklumat lanjut, temui Perunding Kewangan Prudential anda. Hubungi kami di 1800 333 0333 hari ini. www.prudential.com.sg NOTA-NOTA: Risalah ini bukanlah sebuah kontrak insurans dan semua data yang dinyatakan di sini hanyalah untuk tujuan maklumat. Walaupun Prudential Assurance Company Singapore (Pte) Limited (“Prudential”) telah melakukan segala usaha untuk menggunakan sumber-sumber yang boleh dipercayai, kami tidak boleh secara sendiri mengesahkan ketepatan data yang digunakan di sini. Pelanggan tidak seharusnya bergantung semata-mata pada maklumat yang dinyatakan dalam risalah ini dalam membuat keputusan untuk melakukan sebarang transaksi kerana tiada apa yang terkandung di sini merupakan nasihat kewangan, pelaburan atau sebarang nasihat profesional yang lain. Kami mengesyorkan supaya pelanggan mendapatkan nasihat daripada Perunding Kewangan Prudential. Setakat mana dibenarkan sepenuhnya di bawah undang-undang Singapura, Prudential tidak menjamin dan dengan ini menafikan sebarang jaminan berhubung dengan ketepatan, kebolehpercayaan, maklumat terkini, bukan pelanggaran atau kesesuaian bagi sebarang tujuan tertentu mana-mana kandungan risalah ini. Risalah ini adalah untuk kegunaan di Republik Singapura sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai telah disediakan di luar Republik Singapura atau meyakinkan mana-mana pengguna di luar Republik Singapura untuk membeli sebarang produk insurans. Risalah ini tidak membentuk sebahagian daripada kontrak polisi atau nasihat, pelawaan atau cadangan kepada mana-mana individu untuk membeli sebarang kontrak insurans atau melibatkan diri dalam sebarang transaksi yang serupa yang dinyatakan dalam risalah ini. Maklumat adalah tepat pada 31 Mac 2017. 15 15
PRU Spot Digital Int.Business_Refresh_Brochure_Malaysia R1.indd 15
4/8/17 12:48 pm
Singapura dan Prudential. Rakan pelaburan terbaik untuk bersama mengembangkan dan melindungi kekayaan anda. Hubungan anda sangat berharga. Lindungi mereka.
16
PRU Spot Digital Int.Business_Refresh_Brochure_Malaysia R1.indd 16
4/8/17 12:48 pm