CONTOH SURAT
Universiti Kebangsaan Malaysia
The National University of Malaysia
Cik Najwa Ahmad Zawawi Ketua Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) Universiti Kebangsaan Malaysia
Rujukan : UKM/PGE2013/04/03 Tarikh : APRIL 2013
Cik, MEMOHON BOOTH BAGI PROGRAM PALESTINE GRAND EXHIBTION 2013 Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, Kelab Sahabat Aqsa (KSA) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Palestin (PSA), Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan programm bertemakan kemanusiaan seperti butiran berikut: Program Tarikh Tempat
: Palestine Grand Exhibition (PGE2013) : 13 Mei-17 Mei 2013 : Aras 3, Pusanika
Projek ini telah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dengan nombor kelulusan DN00267/2013. Namun, pembukaan booth tidak dinyatakan dengan jelas di dalam kertas kerja projek. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon kelulusan untuk membuka dan mendapatkan 5-7 buah booth bagi projek ini. Bersama-sama surat ini kami lampirkan surat kelulusan projek dan pelan kedudukan pameran buat rujukan pihak JPPel. Adalah menjadi harapan kami agar pihak JPPel dapat meluluskan dan memenuhi permintaan kami ini. Segala perhatian, kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam hal ini kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar,
“The Holy Land : Palestine”
NUSAIYBAH BINTI DAHALAN Ketua Sekretariat Pameran Palestine Grand Exhibition (PGE) 2013 Universiti Kebangsaan Malaysia Berlampir s.k -
Fail Sekretariat Pameran PGE2013 Fail Setiausaha PGE2013
Universiti Kebangsaan Malaysia
The National University of Malaysia
Prof. Madya Dr. Amir Husin bin Mohd Nor Timbalan Dekan (Prasiswazah, Alumni dan Hubungan Masyarakat) Fakulti Pengajian Islam
Rujukan : PGE2013/04/02 Tarikh : APRIL 2013
Tuan, JEMPUTAN KE PROGRAM TRAINING OF PALESTINE SPECIALIST (TOPS) Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, Kelab Sahabat Aqsa (KSA) Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan program berbentuk bengkel dan latihan sukarelawan seperti butiran berikut: Program Tarikh Tempat
: Training of Palestine Specialist (TOPS) : 13 April 2013 ( 8.30 pagi hingga 5.00 petang) : Bilik Kuliah 3A510-Fakulti Sains dan Kemanusiaan (FSSK).
Program Training of Palestine Specialist (TOPS) ini merupakan langkah persiapan untuk menyediakan pelajar serta ahli jawatankuasa kelab bersempena dengan penganjuran projek Palestine Grand Exhibition (PGE) 2013 yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti. Diharapkan penganjuran program ini dapat membantu memberikan pendedahan serta kefahaman kepada peserta mengenai isu sebenar di sebalik konflik Palestin-Israel. Bersama-sama surat ini disertakan tentatif program buat rujukan pihak Tuan. Adalah menjadi harapan kami agar pihak Tuan dapat meluangkan masa untuk menghadiri program ini. Perhatian dan komitmen yang diberikan dalam hal ini kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar,
“The Holy Land : Palestine”
NUSAIYBAH BINTI DAHALAN Timbalan Pengarah Program Training of Palestine Specialist (TOPS) Kelab Sahabat Aqsa Universiti Kebangsaan Malaysia s.k
-
Fail Sekretariat Pameran PGE2013
Universiti Kebangsaan Malaysia
The National University of Malaysia
Prof. Madya Dr. Roohaida bt Othman Penyelaras Analisis dan Teknologi, GEN (CGAT), Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), Fakulti Sains dan Teknologi
Rujukan : PGE2013/04/01 Tarikh : APRIL 2013
Puan, JEMPUTAN KE PROGRAM TRAINING OF PALESTINE SPECIALIST (TOPS) Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, Kelab Sahabat Aqsa (KSA) Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan program berbentuk bengkel dan latihan sukarelawan seperti butiran berikut: Program Tarikh Tempat
: Training of Palestine Specialist (TOPS) : 13 April 2013 ( 8.30 pagi hingga 5.00 petang) : Bilik Kuliah 3A510-Fakulti Sains dan Kemanusiaan (FSSK).
Program Training of Palestine Specialist (TOPS) ini merupakan langkah persiapan untuk menyediakan pelajar serta ahli jawatankuasa kelab bersempena dengan penganjuran projek Palestine Grand Exhibition (PGE) 2013 yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti. Diharapkan penganjuran program ini dapat membantu memberikan pendedahan serta kefahaman kepada peserta mengenai isu sebenar di sebalik konflik Palestin-Israel. Bersama-sama surat ini disertakan tentatif program buat rujukan pihak Puan. Adalah menjadi harapan kami agar pihak Puan dapat meluangkan masa untuk menghadiri program ini. Perhatian dan komitmen yang diberikan dalam hal ini kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar,
“The Holy Land : Palestine”
NUSAIYBAH BINTI DAHALAN Timbalan Pengarah Program Training of Palestine Specialist (TOPS) Kelab Sahabat Aqsa Universiti Kebangsaan Malaysia s.k
-
Fail Sekretariat Pameran PGE2013
Universiti Kebangsaan Malaysia
The National University of Malaysia
YBhg. Prof Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia
Rujukan : PGE2013/03/01/01 Tarikh : 1 MAY 2013
43600 Bangi, Selangor. Melalui: Prof. Madya Dr. Roohaida bt Othman, Penasihat Kelab Sahabat Aqsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor. YBhg. Prof. Dato’, JEMPUTAN UNTUK MERASMIKAN PROGRAM PALESTINE GRAND EXHIBITION (PGE) 2013 Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, Kelab Sahabat Aqsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (KSA-UKM) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Palestin, Universiti Kebangsaan Malaysia (PSA-UKM) akan menganjurkan majlis perasmian bagi program Palestine Grand Exhibition (PGE) 2013 seperti butiran berikut: Program Tarikh Masa Tempat
: Majlis Perasmian Pembukaan PGE 2013 : 14 Mei 2013 (Selasa) : 8.30 – 11.00 malam : Aras 4 Pusanika UKM
Program bertemakan ‘The Holy Land – Palestine’ ini dijalankan dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan terkini tentang konflik Palestin-Israel dalam usaha mempertingkatkan kefahaman serta kesedaran mahasiswa/i dan warga Institut Pengajian Tinggi (IPT) khususnya serta warga masyarakat amnya ke arah penggemblengan idea, tenaga, dan kreativiti dalam rangka membantu menyelesaikan isu yang sudah berlarutan lebih 64 tahun ini. Untuk makluman YBhg. Prof. Dato’, sejurus selepas majlis perasmian pembukaan, akan diadakan syarahan perdana bertajuk “No Slogan Without Action” yang akan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan ini berbesar hati menjemput pihak YBhg. Prof. Dato’ untuk hadir merasmikan program ini dan sekaligus meluangkan masa bersama-sama kami mendengar syarahan perdana yang dianjurkan.
Bersama-sama dengan surat ini, disertakan tentatif majlis untuk rujukan pihak YBhg. Prof. Dato’. Perhatian, sokongan dan kerjasama pihak YBhg. Prof. Dato dalam hal ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian dan salam hormat.
“THE HOLY LAND - PALESTINE” Yang benar,
......................... KHALID BIN JIMAT Ketua Pengarah Palestine Grand Exhibition (PGE) 2013 Kelab Sahabat Aqsa (KSA) Universiti Kebangsaan Malaysia No. Tel: 013-3894705 (hp) Email:
[email protected] s.k
- Fail Penasihat Kelab Sahabat Aqsa UKM - Fail Setiausaha PGE2013 - Fail sekretariat Majlis PGE2013 berlampir
Universiti Kebangsaan Malaysia
The National University of Malaysia Rujukan : PGE2013/03/01/04 Tarikh : 24 APRIL 2013
Yang Di Pertua JAKSA/Kelab, ..................................................... ..................................................... Melalui: Prof. Madya Dr. Roohaida bt Othman, Penasihat Kelab Sahabat Aqsa, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Tuan, JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN, LAWATAN RASMI DAN PENUTUP PROGRAM PALESTINE GRAND EXHIBITION (PGE) 2013 Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, Kelab Sahabat Aqsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (KSA-UKM) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Palestin, Universiti Kebangsaan Malaysia (PSA-UKM) akan menganjurkan program bertemakan Palestin seperti butiran berikut: 1) Program : Majlis Perasmian Pembukaan Program Palestine Grand Exhibition (PGE) 2013 Tarikh : 14 Mei 2013 (Selasa) Masa : 8.30 malam Tempat : Aras 4 Pusanika UKM 2) Program : Majlis Perasmian Penutup Program Palestine Grand Exhibition (PGE) 2013 Tarikh : 17 Mei 2013 (Jumaat) Masa : 2.30 petang Tempat : Aras 4 Pusanika UKM Program bertemakan ‘The Holy Land – Palestine’ ini dijalankan dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan terkini tentang konflik Palestin-Israel dalam usaha mempertingkatkan kefahaman serta kesedaran mahasiswa/i dan warga Institut Pengajian Tinggi (IPT) khususnya serta warga masyarakat amnya ke arah
penggemblengan idea, tenaga, dan kreativiti dalam rangka membantu menyelesaikan isu yang sudah berlarutan lebih 64 tahun ini. Untuk makluman pihak tuan, sebaik selepas majlis perasmian pembukaan, akan diadakan syarahan perdana bertajuk “No Slogan Without Act” yang akan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan ini berbesar hati menjemput pihak Tuan untuk hadir ke majlis-majlis perasmian ini dan sekaligus meluangkan masa bersamasama kami mendengar syarahan perdana yang dianjurkan pada perasmian pembukaan. Bersama-sama dengan surat ini, disertakan tentatif majlis untuk rujukan pihak Tuan. Perhatian, sokongan dan kerjasama pihak Tuan dalam hal ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian dan salam hormat. “THE HOLY LAND - PALESTINE” Yang benar,
......................... KHALID BIN JIMAT Ketua Pengarah Palestine Grand Exhibition (PGE) 2013 Kelab Sahabat Aqsa (KSA) Universiti Kebangsaan Malaysia No. Tel: 013-3894705 (hp) Email:
[email protected] s.k
- Fail Penasihat Kelab Sahabat Aqsa UKM - Fail Setiausaha PGE2013 - Fail sekretariat Majlis PGE2013 berlampir