LAPORAN AKTIVITI LUAR KUMPULAN B3 DI D’AMBANG RESORT PEKAN, PAHANG.
a) Nama Program: Bonding Trip b) Tarikh Program: 26 & 27 Januari 2013 c) Tempat: D’Ambang Resort, Pekan, Pahang. d) Penganjur: Pusat Asasi UiTM Puncak Alam e) Peserta: 24 orang pelajar kumpulan B3 2 orang pensyarah pengiring: 1) Cik Puteri Noor Safura Megat Mahmud 2) Cik Norlizayati Ramlan f) Ringkasan perjalanan program: Pada 26 Januari dan 27 januari 2013 yang lepas, siswa dan siswi kumpulan B3 telah menganjurkan satu aktiviti luar kampus bertempat di D’Ambang Resort, Pekan, Pahang. Aktiviti kami ini disertai oleh seramai 24 orang pelajar kumpulan B3 dan ditemani oleh dua orang pensyarah iaitu Cik Puteri dan Cik Liza. Selama 2 hari dan 1 malam tersebut, Program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Walaupun ia hanya diadakan dalam tempoh yang amat singkat, namun telah berjaya mencapai objektif yang dikehendaki. Pada hari tersebut, tepat jam 7.00 pagi, pelajar-pelajar kumpulan B3 telah berkumpul di tempat menunggu bas di hadapan blok R2 dan bertolak pada 8.00 pagi. Rombongan kami pada asalnya dijangka tiba di D’Ambang Resort pada pukul 3 petang, tetapi malangnya kami tidak dapat sampai pada masa yang dijangka itu. Hal ini kerana bas yang kami naiki itu telah mengalami kerosakan di pertengahan jalan. Bas yang kami naiki itu telah menunjukkan tanda – tanda kerosakan pada mula lagi seperti bas ini terpaksa berhenti seketika tidak jauh dari pintu masuk kampus UiTM, pintu keselamatan terbuka secara tiba-tiba selain, bunyi brek dan gear bas yang kuat dan tidak lama sebelum bas kami rosak, bas kami telah ditahan oleh penguatkuasa JPJ untuk diperiksa.
Dalam perjalanan ke D’Ambang Resort, kami telah berhenti rehat di R&R Temerloh untuk makan tengahari. Satu jam selepas bas kami bertolak dari R&R Temerloh, bas kami terpaksa berhenti secara tiba-tiba di bahu jalan sekitar pukul 1.20 petang kerana kami terbau sesuatu terbakar. Hal ini menimbulkan suasana yang agak panik dalam kalangan kami dan selepas diperiksa, kami dimaklumkan bas yang kami naiki itu tidak dapat meneruskan perjalanan dan terpaksa menaiki bas yang lain. Kami terpaksa menunggu bas kedua selama hampir 3 jam dan kami meneruskan perjalanan kami pada sekitar pukul 4.00 petang. Kami tiba di D’Ambang resort pada pukul 5.30 petang. Ketibaan kami di sana telah disambut oleh pengurus resort berkenaan. Selepas sesi pengagihan kunci dorm dan sedikit taklimat ringkas dari beliau, kami dijamukan dengan jamuan teh dan kuih. Disebabkan kelewatan, aktiviti yang kami rancang pada petang itu terpaksa ditunda keesokan hari dan kami mengisi masa sementara menunggu makam malam dengan aktiviti riadah.
1) Sedang menunggu bas
2) Bersiap sedia untuk bertolak ke D’Ambang Resort.
Pada sebelah malam pula, kami berkumpul di dewan serba guna D’Ambang Resort pada pukul 8.30 malam untuk sesi briefing yang di selia oleh ketua jurulatih disana. Kami dibahagikan kepada empat kumpul yang akan menjalani cabaran ‘night orienteering’ sebagai aktiviti kami yang pertama disana. Aktiviti ini berjalan dengan jayanya dan berakhir sekitar pukul 11 malam. Selepas itu, kami menyambung aktiviti lawatan kami dengan aktiviti ‘barbecue’ di dewan makan utama resort ini. Kami mengambil peluang untuk membakar sendiri makanan kami dan berkongsi cerita sesama kami. Kami hiasi jamuan ‘barbecue’ kami dengan aktiviti penyampaian ‘awards’ dan bertukar-tukar hadiah. Sebagai aktiviti terakhir kami pada malam itu, kami mengadakan aktiviti ‘poison box’ dan ‘true or dare’ bagi mengeratkan lagi hubungan kami sebagai satu keluarga. Aktiviti ini telah berjaya memberi peluang kepada kami untuk saling mengenal antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi. Aktiviti kami ini berakhir pada pukul 2 pagi.
3) Sedang mendengar keputusan aktivit ‘night Orienteering’
4) Kami berkerjasama menyediakan juadah ‘barbecue’.
5) Sedang menunggu ayam siap dibakar.
6) Salah seorang penerima anugerah yang dipertandingkan.
7) Salah seorang mangsa ‘poison box’ yang sedang menjalani hukuman.
Pada keesokan pagi pula, kami diminta untuk mengambil sarapan kami seawal pukul 7.30 pagi sebelum bersiap untuk mendengar sedikit taklimat mengenai aktiviti ‘explorace’ pada pukul 8.30 pagi. Untuk menyiapkan cabaran aktiviti ini, kami terpaksa merentasi pelbagai halangan yang mencabar dan memerlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Namun begitu, semua itu berbaloi kerana aktiviti ini berjaya memupuk semangat setia kawan dan bertolak ansur antara kami semua. Walaupun kami dalam pertandingan, namun kami tetap tolongmenolong antara kami walaupun berlainan kumpulan. Aktiviti ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari dan selepas itu kami makan tengahari sementara menunggu aktiviti terakhir kami yang akan bermula pada pukul 2.30 petang. Untuk aktiviti terakhir kami di sana, kami dibahagikan kepada dua kumpulan bagi menghadapi cabaran ‘mini war’. Aktiviti ini sungguh menarik kerana menuntut kami untuk ‘berperang’ antara kami sendiri. Walaupun badan kami semua kotor dengan cat dan lumpur tapi ia tidak menjadi penghalang kepada kami untuk menikmati aktiviti ini dengan gembira. Sesudah aktiviti init berakhir, kami mendengar ucapan perpisahan daripada penyelia aktiviti disana sebelum bersiap untuk pulang. Pada asalnya, bas yang akan menbawa pulang kami dijangka sampai pada pukul 4 petang namun disebabkan kerosakan bas yang masih belum dibaiki, kami terpaksa menunggu sehingga pukul 7 malam untuk pulang. Disebabkan kelewatan yang kami alami ini, kami terpaksa menambah bayaran sewa kepada resort ini. Perjalanan pulang kami berjalan lancar dan kami tiba di kampus UiTM Puncak Alam pada pukul 1.20 pagi. Walaupun pelbagai halangan yang terpaksa kami lalui, tetapi lawatan kami ini telah berjaya untuk mengeratkan hunbungan kami antara kami dan mentor kami.
8) Gambar kenangan sebelum pulang.
9) Kumpulan satu.
10) kumpulan dua.
11) kumpulan tiga.
12) kumpulan empat.
13) Sebagai bukti kami telah ke sini.
G) Kelebihan / Manfaat : i) Semua pelajar dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim yang terjalin antara sesama kami. ii) Semua pelajar dapat merehatkan minda melalui aktiviti luar kampus. iii) Program sebegini dapat melatih dan membimbing para pelajar menguruskan sesuatu aktiviti. iv) Semua pelajar dapat memotivasikan diri. v) Pelajar mempelajari cara menggunakan kompas dan menentukan arah ketika berada di dalam hutan. vi) Semua ahli kelab dapat mengenali suasana hutan dan mengaplikasikan konsep ekosistem yang dipelajari dalam subjek biologi.
Disediakan oleh:
……………………………………. (MUHAMAD SYAHMI BIN AINUDDIN) 2012283994 SETIAUSAHA KUMPULAN B3, UiTM PUNCAK ALAM.