LAMPIRAN 4 Lokasi MTS di Semenanjung Malaysia
Masjid Pengkalan Kakap 1808 Masjid Langgar 1874
Masjid Kg Laut 1730
Masjid Papan 1888
Masjid Kg Tuan 1830
Masjid Kg Kuala Serdang, 1908
Masjid Lama Lenggeng 1840
Masjid Kg Pantai, Pahang 1925
Masjid Kg Hulu 1728 Masjid kampung Tanjung Beringin, 1892 Masjid Lama Parit
Istana, 1796
Masjid Peringit 1720
Rajah 1.1: Kedudukan penempatan Masjid Tradisional Semenanjung (MTS) kajian terpilih di Semenanjung Malaysia
Tumpuan masjid bumbung limas terdapat diseluruh semenanjung . keduudkan masjid ini dipilih berdasrakan kreteria pemilihan yang dibincangkan dalam Bab 1 sebelumnya. Terdapat sebuah masjid potongan panjang dan potongan lima mewakili bentuk masjid yang berlainan berbanding potongan limas.
1. Masjid Peringgit, Melaka Jadual inventori Masjid Peringgit, Melaka
Bil 1
Nama Masjid Kod Masjid Gaya
Masjid Peringgit MP Bumbung Limas
Lokasi Bandar Alor Gajah Ciri Masjid Tandakan (/) Lantai panggung Lantai Papak / Tukang Cina Tahun Binaan 1720 Usia Masjid 294 Catatan : Masih digunakan berkeadaan baik
Serambi Tiang Seri Mihrab
keliling 4 Segi empat
Masjid Peringgit merupakan masjid tradisional asli Negeri Melaka. Berbentuk empat segi, bahan binaan terdiri daripada batu laterite dan batu bata era Belanda sebagai asas dan dinding, Lantai masjid diperbuat daripada susunan terracotta. Loteng, perabung, kekisi tingkap dan pintu dibuat dari kayu. Tiga lapisan bumbung adalah ciri utama masjid di Melaka. Gentingnya terdiri daripada genting Cina pada bahagian verandah dan genting Belanda pada bumbung tengah dan bumbung utama. Bahagian kubah / puncak dibuat dari batu karang berukir digelar mustoka atau hiasan puncak yang dapat dilihat hingga kini.
Gambar 1.1 : Pandangan luaran Masjid Peringgit
2. Masjid Kampung Hulu, Bandar Hilir Melaka Bil 1
Nama Masjid Kod Masjid Gaya
Masjid Kg Hulu MKH Bumbung Limas
Lokasi Bandar Hilir Ciri Masjid Tandakan (/) Lantai panggung Lantai Papak / Tukang Cina Tahun Binaan 1728 Usia Masjid 286 Catatan : Masih digunakan berkeadaan baik, rekabentuk mihrab berukir penuh dan berkubah
Serambi Tiang Seri Mihrab
Masjid ini dimiliki oleh Datuk Shamsudin merupakan
keliling 4 Segi empat
anak kepada seorang
Kapitan Melayu iaitu Datuk Harun yang telah dilantik oleh pihak Belanda. Kapitan tersebut berketurunan Cina dan pada asalnya dilahirkan dan dibesarkan di negara China . Pembinaan MKH tersebut telah menelan belanja lebih kurang setengah juta ringgit (pada ketika itu) juga merupakan antara salah satu sumbangan beliau terhadap perkembangan Islam di rantau ini. Kedudukan kawasan masjid yang agak tertutup, mengambarkan penaung asalnya merupakan yang tergolong atasan. Masjid ini dibina oleh tukar Cina dan disiapakan sepenuhnya pada tahun 1728. bahan kekemasan asal masjid ini asalnya kayu. Sesuai dengan perubahan zaman. Lantai konkrit dibina bagi mengantikan keadaan asal masjid ini . Terdapat banyak ukiran pada bahagian bukaan dan kepala tingkap masjid. Begitu juga kekemasan ceramik pada bahagian lantai dan dinding masjid.
Gambar 1.2 : Pandangan luar dan dalaman Masjid Kampung Hulu, Bandar Hilir Melaka
3. Masjid Tua Kampung Laut, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan Bil
Nama Masjid
1
Kod Masjid Gaya
Masjid Tua Kampung Laut MTKL Bumbung Limas
Lokasi
Nilam Puri
Ciri Masjid Tandakan (/) Lantai / panggung Lantai Papak Tukang Cina Tahun Binaan 1728 Usia Masjid 286 Catatan : Masih digunakan berkeadaan baik, rekabentuk mihrab berukir penuh dan berkubah
Serambi Tiang Seri Mihrab
belakang 4 Segi empat
Masjid ini kini tidak lagi terletak di Kampung Laut selepas dipindahkan ke Nilam Puri berhampiran dengan Akademi Pengajian Islam, Nilam Puri, Kelantan. Kini berhampiran tapak asal terbina sebuah masjid baru. Masjid ini kekal baik dan masih berfungsi. Dipercayai tiang masjid telah di potong menjadikan ianya lebih rendah dari ketinggian asal. Masih kekal dengan rekabentuk asli, hanya terdapat pertukaran kayu dan kekemasan baru akibat hakisan. Masjid ini memiliki Balai Lintang, Wakaf Orang Kaya, Serambi, Loteng dan Dewan Sembahyang. Masjid ini memiliki susnan papan dinding yang dikenali Janda Berhias dibahagian komponen dinding dewan sembahyang. Struktur kesuluruhan masjid masih kelihatan lebah bergantung, tetupai, alang lintang, kekuda tunjuk langit dan alang lintang.
Gambar 1.3 : Pandangan luar dan dalaman Masjid Tua Kampung Laut, Kelantan
4. Masjid Lama Parit Istana, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Bil
Nama Masjid
1
Kod Masjid Gaya
Masjid Lama Parit Istana MLPI Bumbung Limas
Lokasi
Parit Istana
Ciri Masjid Tandakan (/) Lantai / panggung Lantai Papak Tukang Melayu Tahun Binaan 1796 Usia Masjid 218 Catatan : Keadaan masjid sangat uzur, hanya digunakan sebagai setor. Terdapat ukiran penuh pada keempat tiang seri masjid.
Serambi Tiang Seri Mihrab
Tiada 4 Segi empat
Masjid ini dibina oleh masyarakat disini yang terbahagia kepada empat suku utama iaitu, suku Biduanda yang merupakan suku kaum utama, suku kaum Seri Lemak, suku kaum Tiga Nenek, dan juga suku kaum Acheh. Istimewanya masjid ini masih kekal pada bentuk asal dan dipercayai tiada perubahan atau penembahan pada reka bentuk masjid. Struktur masjid ini masih lagi kelihatan dengan jelas serta pada kedudukannya. Terdapat ukiran yang dipercayai diukir oleh setiap suku suku ini pada setiap tiang seri masjid ini. Masjid ini mengunakan bahan kayu sepenuhnya Cuma pada bahagian atap masjid mengunakan nipah telah digantikan dengan kepingan zink. Keadaan masjid ini sewaktu kunjungan pada julai 2012 sangat uzur dan telah dijadikan setor simpanan masjid bersebelahan.
Gambar 1.4 : Pandangan luar dan dalaman Masjid Lama Parit Istana Negeri Sembilan
5. Masjid Pengkalan Kakap, Merbok, Kedah
Bil
Nama Masjid
1
Kod Masjid Gaya
Masjid Pengkalan Kakap MPK Bumbung Lima
Lokasi
Merbok
Ciri Masjid Tandakan (/) Lantai panggung Lantai Papak / Tukang Melayu Tahun Binaan 1808 Usia Masjid 206 Catatan : Keadaan masjid masih baik tetapi tidak digunakan untuk tujuan solat. Struktur dan bahagian ruang dalaman masih kekal pada keadaan asal. Serambi Tiang Seri Mihrab
keliling 6 Lengkungan
Masjid ini didirikan oleh seorang tukang tempatan bernama Tukang Tok Man dan diawasi oleh Penghulu Hj. Md Salleh. Masjid ini dibawah selengaraan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti bermula dari tahun 1994. Masjid ini mewakili bentuk masjid bumbung lima dengan bentuk pelan berbentuk segi empat tepat. Terdapat enam struktu tiang konkrit dipercayai telah ditukar dari tiang asal dari bahan kayu. Masjid ini memiliki ukuran bukaan yang realatif sederhana serta bukaan bahagian antara bumbung. Keadaan ini menjadikan jumlah pengudaraan dan cahaya dapat masuk dalam jumlah yang banyak. Pintu dan tingkap masjid ini dipercayai mengunakan pintu dan dauntingkap yang asal dimana kekemasan kayu kelihatan diketam tidak rata. Lantai masjid ini lebih rendah dari permukaan tanah sebagaimana yang berlaku pada tapak 23 di Lembah Bujang.
Gambar 1.5 : Pandangan luar dan dalaman Masjid Pengkalan Kakap, Merbok. Kedah
6. Masjid Kg Tok Tuan, Kemaman, Trengganu Bil
Nama Masjid
1
Kod Masjid Gaya
Masjid Kg Tok Tuan MKTT Bumbung Lima
Lokasi
Kemaman
Ciri Masjid Tandakan (/) Lantai panggung Lantai Papak / Tukang Melayu Palembang Tahun Binaan 1830 Usia Masjid 184 Catatan : Masjid masih digunakan untuk tujuan bersolat. Struktur masjid masih lagi kekal baik dan sempurna. Terdapat penambahan struktur serambi dan penutup siling bahagian atas atap. Lantai masjid masih mengunakan kayu tidak berketam dan kekal asli. Masjid ini satunya masjid atap limas empat tingkat. Ruang dalaman masjid ini tidak memiliki tiang sokongan didewan sembahyang sebagaimana lazimnya. Serambi tiada Tiang Seri tiada Mihrab Lengkungan
Masjid tersebut terletak di Kampung Tok Tuan, Bandar Chukai dalam daerah Kemaman. Masjid ini dibina oleh Tuan Syeikh Abdul Rahman Syed Abdul Samad alPalembangi yang dikenali sebagai Tuan Mandak iaitu seorang guru agama Islam dan pendidik. Struktur masjid ini sangat istimewa dimana tidak seperti masjid kajian lainnya yang memiliki tiang seri. Masjid ini mengunakan sistem struktur kerangka tanpa sokongan tiang seri pada dewan sembahyangnya. Keadaan ini menjadikan dewan sembahyang luas serta tidak dihalangi oleh struktur tiang pada bahagian saf solat. Masjid ini dipercayai masih mengekalkan struktur lantai dan dinding yang asal dari karektor kayunya. Bukaan tingkap yang kecil serta tidak berdaun menjadikan masjid ini istimewa berbanding masjid lainnya.
Gambar 1.6 : Pandangan luar dan dalaman Masjid Kg Tok Tuan, Kemaman, Trengganu
7. Masjid Lama Kampung Machang Ulu, Lenggeng, Negeri Sembilan Bil
Nama Masjid
1
Kod Masjid Gaya
Masjid Lama Kampung Machang Ulu MLKMU Bumbung Limas
Lokasi
Kemaman
Ciri Masjid Tandakan (/) Lantai panggung Lantai Papak / Tukang Melayu Sumatera Tahun Binaan 1840 Usia Masjid 174 Catatan : Masjid ini masih dalam keadaan baik dan digunakan untuk tujuan solat
Serambi Tiang Seri Mihrab
belakang tiga Segi empat
Masjid ini dibangunkan dibawah seliaan Sheikh bin Haji Patton atau nama sebenarnya Saad bin Patton. Masjid ini berlantai panggung dan memiliki batu alas tiang yang tinggi. Struktur masjid masih lagi kekal pada bentuk asal. Susunan dinding sekeliling berbeza dengan susanan dinding kiblat. Dipercayai dinding mihrab ini dibagunkan pada z aman yang berbeza dengan dinding dewan sembahyang. Tiang pada bahagian dewan sembahyang hanya terdapat dua tiang sahaja tidak sebagaimana tiang seri kebiasaanya berempat. Masjid ini dipercayai berusia lebih dari 170 tahun dan masih kekal pada tapak asalnya.
Gambar 1.7 : Pandangan luar dan dalaman Masjid Lama Kampung Machang Ulu.
8. Masjid Tua Langgar, Kota Bharu, Kelantan - 1874 Bil
Nama Masjid
1
Kod Masjid Gaya
Masjid Tua Langgar MTL Bumbung Panjang
Lokasi
Kemaman
Ciri Masjid Tandakan (/) Lantai / panggung Lantai Papak Tukang Melayu Tahun Binaan 1874 Usia Masjid 140 Catatan : Masjid digabungkan dengan masjid baru menjadikan ianya satu. Masjid ini bersebelahan dan hanya dibuka pada hari jumaat dan perayaan. Serambi Tiang Seri Mihrab
keliling enam tiada
MTL mempunyai struktur rekabentuk yang memanjang iaitu lebih kurang dua kali panjangnya dari ukuran lebar. MTL tersebut mempunyai lantai berpanggung dan ditutupi dengan bumbung bertingkat tiga lapis. Dua tingkat bumbungnya berbentuk perabung lima sementara bumbung tingkat paling atas berbentuk bumbung panjang dengan tebar layarnya berhias. Reka bentuk asal masjid ini berlantai panggung tetapi terdapat tambahan pada bahagian bawah masjid digunakan untuk ruang solat wanita pada waktu biasa. Struktur masjid masih kekal baik dan terjaga sebagaimana asalnya. Terdapat motif berbentuk burung pada kepala masuk pintu dan berukir penuh. Masjid ini merupakan masjid asalnya merupakan masjid khusus untuk golongan kenamaan pada waktu itu. Masjid ini mewakili masjid bentuk bumbung panjang untuk kajian ini.
Gambar 1.8 : Pandangan luar dan dalaman Masjid Tua Langgar, Kota Bharu
9. Masjid Papan, Pusing . Perak
Bil 1
Nama Masjid Kod Masjid Gaya
Masjid Papan MPP Bumbung Limas
Lokasi Kemaman Ciri Masjid Tandakan (/) Lantai / panggung Lantai Papak Tukang Mandailing Tahun Binaan 1888 Usia Masjid 126 Catatan : Masjid ini masih berkeadaan baik strukturnya. Dipelihara tetapi aktiviti solat telah tidak diadakan.
Serambi Tiang Seri Mihrab
Belakang empat Segi empat
Masjid Papan, Perak (MPP) telah dibina oleh Raja Bilah iaitu seorang anak raja yang berasal dan Sumatera berketurunan Mandailing
. MPP direkabentuk menurut
konsep atap tumpang dua tingkat dengan binaan lantai berpanggung. Masjid ini tidak mempunyai sebarang menara dan azan dilaungkan di dalam ruang dewan sembahyang . Selain azan, ketika masuknya waktu sembahyang dibuat secara memukul gendang atau tabuh. Struktur masjid ini masih lagi dalam keadaan baik. Terdapat loteng pada bahagian atas ruang dewan sembahyang masjid ini.
Gambar 1.9 : Pandangan luar dan dalaman Masjid Papan, Pusing . Perak
10. Masjid Lama Kampung Tanjung Beringin, Seri Menanti Negeri Sembilan
Bil
Nama Masjid
1
Kod Masjid Gaya
Masjid Lama Kampung Tanjung Beringin MLKTB Bumbung Limas
Lokasi
Kemaman
Ciri Masjid Tandakan (/) Lantai panggung Lantai Papak / Tukang Minang Tahun Binaan 1892 Usia Masjid 122 Catatan : Struktur masjid ini dalam keadaan baik terpelihara tetapi aktiviti solat telah tidak diadakan.
Serambi Tiang Seri Mihrab
Keliling empat Segi empat
Masjid ini telah dibina oleh Raja Malewar pada tahun 1892 untuk kegunaan masyarakat setempat di Seri Menanti. Masjid ini sangat penting bagi urusan majlis pertabalan aktiviti istana sewaktu awal pembangunanya. Masjid ini berlantai papak serta lantai dewan sembahyangnya ditinggikan sedikit dari bahagian serambi. Masjid ini memiliki jumlah ukiran yang realitif mewah sesuai dengan kedudukan masjid ini dalam masyarakat. Bukaan pada masjid ini seperti pintu dan tingkap juga berada dalam skala yang lebih besar berbanding masjid tradisional lainnya. Terdapat ukiran penuh disetiap permukaan tiang seri dan tiang ‘menyambut’ tetamu pada bahagian serambi. Skala ruang juga memperlihatkan status tinggi masjid ini dalam masyarakat. Masjid ini telah tidak digunakan sewaktu lawatan ini dijalankan.
Gambar 1.10 : Pandangan luar dan dalaman Masjid Lama Kampung Tanjung Beringin
11. Masjid Lama Kampung Kuala Serdang, Tanjong Ipoh. Kuala Pilah
Bil
Nama Masjid
1
Kod Masjid Gaya
Masjid Lama Kampung Kuala Serdang MLKKS Bumbung Limas
Lokasi
Kuala Serdang
Ciri Masjid Tandakan (/) Lantai / panggung Lantai Papak Tukang Minang Tahun Binaan 1902 Usia Masjid 112 Catatan : Struktur masjid ini dalam keadaan baik terpelihara. Aktiviti solat tidak dijalankan
Serambi Tiang Seri Mihrab
Tiada empat Segi empat
Masjid Lama Kampung Kuala Serdang, (MLKKS) Tanjong Ipoh, Kuala Pilah Negeri dibina oleh Haji Ibrahim . Masjid ini dipercayai mengekalkan semua struktur asal masjid tanpa sebarang penambahan dari reka bentuk asal. Dinidng masjid ini memiliki susunan jeriji dan papan cantik yang digabungkan bersama. Skala masjid ini sangat sesuai
untuk
masyarakat
setempat.
Mihrab
masjid
ini
menonjol
kehadapan
memperlihatkan struktur bentuk bumbung minang. Bukaan pada bahagian mihrab pada jumlah yang kecil berbanding bukaan pada bahagian dewan sembahyang. Masjid ini masih berkeadaan baik tetapi dijadikan tempat simpanan barang kenduri masyarakat setempat.
Gambar 1.11 : Pandangan luar dan dalaman Masjid Lama Kampung Kuala Serdang.
12. Masjid Kampung Pantai, Chenor, Pahang
Bil 1
Nama Masjid Kod Masjid Gaya
Masjid Kampung Pantai MKP Bumbung Limas
Lokasi Chenor Ciri Masjid Tandakan (/) Lantai / panggung Lantai Papak Tukang Melayu Tahun Binaan 1925 Usia Masjid 89 Catatan : Struktur masjid ini dalam keadaan baik terpelihara. aktiviti solat dijalankan seperti biasa dan terdapat penambahan dua struktur tambahan dibahagian hadapan dan belakang masjid.. Serambi Tiang Seri Mihrab
Tiada empat
Masjid ini dibina oleh Engku Wan Mahmud dan dibantu oleh Kadi Ahmad yang juga merupakan kadi besar Chenor pada masa itu. Struktur masjid ini lebih besar dari skala masjid tradisional biasa. Kedudukannya yang berhampiran dengan Sungai Pahang menjadikan tiangnya lebih tinggi. Masjid ini memiliki tingkap labuh pada setiap bahagian selang dining. Ukuran lilitan tiang seri masjid lebih besar berbanding masjid tradisional lainnya. Bahagian siling dewan sembahyang ditutup menjadikan susunan asli struktur bumbung masjid yang bertingkat tiga tidak kelihatan. Sewaktu kunjungan ke maianya masjid digunakan oleh penduduk setempat. Bilal masjid ini merupakan generasi keempat Engku Wan Mahmud.
Gambar 1.12 : Pandangan luar dan dalaman Masjid Masjid Kampung Pantai