COVER STORY KUBIQ
KUBIQ KITCHEN
teks . martin teo . fotografi . gavin yam . kubiq . kreatif . cherlyn tan . penyata gaya . cook kitchenware boutique
NATASHA’S FIRST CHOICE!
With Kubiq, I did it my way!
R R en ov a t io n
Pelakon. Penulis. Peragawati.
026
3 patah kata untuk memperkenalkan Natasha Hudson. Namun, jauh terpendam di dalam sanubari Natasha, beliau merupakan seorang yang cukup mementingkan keperincian dan ketelitian. Natasha juga gemar memasak. Jadi, semasa mengendalikan proses pengubahsuaian kediaman beliau baru-baru ini, Natasha memastikan agar beliaulah yang akan membuat segala keputusan dalam proses mereka bentuk dan pembelian ruang dapur barunya.
Sebagai seorang yang memberikan perhatian kepada keperincian, Natasha melakukan tinjauan sebelum membuat sebarang keputusan. Akhirnya, beliau mendapati bahawa Kubiq membolehkan beliau menjadi satu-satunya orang yang mempunyai hak veto dalam proses mereka bentuk dapur idaman di samping berjimat pada masa yang sama.
“KUBIQ MEMBOLEHKAN SAYA MENJADI BOS BESAR DALAM SEGALA KEPUTUSAN DAN PEMILIHAN UNTUK DAPUR SAYA. JADI, HASIL DAPUR INI ADALAH SEGALA YANG NATASHA IDAMKAN,” – NATASHA HUDSON
RRen ova ti on
Kunjungan pertama Natasha ke Kubiq merupakan pembuka mata kepada Natasha. Beliau merasakan segala komponen dapur sememangnya mudah difahami di Kubiq dan dalam beberapa minit sahaja, beliau telahpun memahami dan habis merancang dapurnya berdasarkan segala permintaan dan keperluannya yang tersendiri. Kalau boleh, beliau akan meluangkan masa beberapa jam lagi untuk memahami secara lebih lanjut mengenai produk Kubiq yang efisien ini. Lagipun, Natasha menikmati masanya di sana terutamanya ketika mempelajari lebih banyak tentang cara dan proses pemasangan dapurnya tanpa perlu berbelanja lebih.
027
COVER STORY KUBIQ
Kubiq Pilihan Natasha 7 Langkah Mudah Mendapatkan Dapur Idaman 1 Natasha memilih modul-modul yang sesuai untuk melengkapkan dapurnya. Dari kabinet, hood, tall unit dan laci, Natasha memilih modul yang sesuai untuk cara hidupnya. 2 Dengan menggunakan Ezikit yang cukup fleksibel, Natasha menyusun dan mengatur modul-modul untuk mencari kombinasi yang terbaik dapur idamannya.
RR en ova tion
3 Kemudian, sebut harga boleh dikeluarkan dengan hanya mengimbas modul-modul yang dipilih. Jika melebihi bajet, Natasha akan menukar modul pilihan kepada modul yang lain. Ini membolehkan anda membuat sebarang penukaran atau keputusan dengan mudah dan cepat.
028
4 Natasha yang sibuk dengan jadualnya yang padat pasti tidak mempunyai masa untuk melawat Kubiq beberapa kali. Oleh itu, Kubiq memastikan beliau akan dapat mengesahkan semua pembelian dan menentukan tarikh dan masa untuk penghantaran dan pemasangan pada hari yang sama! Efisien bukan? 5 Pada masa yang sama, Natasha juga perlu memastikan kerja-kerja elektrik, sistem paip dan pemasangan wayar boleh disiapkan sebelum tarikh penghantaran dan pemasangan. Ini adalah untuk memastikan proses pemasangan tidak tergendala atau tertangguh. 6 Apabila semua perkara sudah diselesaikan, Natasha membuat bayaran kepada penghantar dan pakar pemasangan. 7 Akhirnya, selepas dapur siap dipasang, Natasha sememangnya puas hati dan sangat gembira kerana segala-galanya berjaya dilakukan mengikut cara Natasha!
www.kubiq.com.my
Kemasan minimalist wood grain menjadi pilihan Natasha yang inginkan riak-riak tenang di dalam kediamannya.
Mix & Match Wardrobe Solutions Natasha juga memperoleh wardrobenya dari Kubiq. Mudah, cepat dan berpatutan, Kubiq memberi pilihan permukaan, aksesori dan reka bentuk yang menarik, sesuai dan selesa untuk memenuhi keperluan pasaran yang berlainan. Natasha memilih reka bentuk wardrobe yang ringkas dengan kemasan venir kayu oak, serasi dengan konsep ringkas dan tenang untuk kediamannya. Pintu gelongsor dipilih untuk memastikan walk-in wardrobe sentiasa tampil kemas, rapi dan teratur. Natasha sememangnya gembira dengan pilihannya!
Pintu gelongsor dengan frosted glass membolehkan wardrobe tampil rapi, sleek dan kontemporari. Kubiq juga datang dengan kemasan pintu yang lain.
RR en ova ti on
Sistem modular yang diperkenalkan membolehkan anda memilih komponen yang sesuai untuk pemasangan wardrobe anda.
029
COVER STORY KUBIQ
WHY Kubiq? KUBIQ memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat masa kini yang mengejar masa yang tidak ada akhir fajarnya. Kini anda boleh menjadi suara mutlak dalam pembinaan ruang idaman, berjimat serta tidak menghabiskan masa berbulan-bulan untuk tujuan pembikinan dapur atau wardrobe anda. Seperti Natasha, anda juga boleh menjadikan KUBIQ pilihan utama dapur dan wardrobe anda!
RM 4,673* untuk kombinasi ini
RR en ova tio n
*terdapat di Kota Damansara Showroom
030
KUBIQ S/B (Main Showroom & Office) Lot 2, Jalan Teknologi 3/7, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, PJU 5, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysa. T: +603 6148 8929 F: +603 6286 7101