KONSEP ASAS PANGKALAN DATA Mempelajari dan memahami konsep asas pangkalan data (Bahagian 1)
Objekif khusus : Di akhir unit ini pelajar akan dapat :• Mendefinisikan dan menerangkan Sistem Pangkalan Data • Membandingkan kelebihan sistem pangkalan data dan sistem fail • Melukis rajah, mengenalpasti dan menerangkan ketigatiga skima senibina Sistem Pangkalan Data; Skima Dalaman Skima Konseptual Skima Luaran
1
Konsep Umum Sistem Pangkalan Data • Pangkalan data digunakan dengan meluas kini dimana ia boleh didapati di kebanyakan organisasi samada kecil atau besar.
Konsep Fail??
2
Siapa Pengguna?? Universiti Agensi Pelancongan
Pasaraya
Pengguna
Tiket Kapal Terbang
Perpustakaan
Kilang
Sewa Kereta
Kenapa?? • Idea membina sistem - timbul apabila organisasi perlu menyimpan data tentang aktiviti harian mereka dan berinteraksi dengan persekitaran baru. • Rujuk Rajah 8.1 di bawah sebagai contoh.
3
Rajah 8.1. : Konsep Pangkalan Data untuk persekitaran kilang pembuatan Aplikasi aturcara Sistem Pengeluaran
PANGKALAN DATA No Stok/Noitem, NamaStok/ Nama Stok, Kuantiti, ParasMin, Kos/unit/Kos/ Item Nama Pel/ Nama Pelanggan, Alamat, NoInvois, Amaun, Kos Tempahan, Had Kredit, Bayaran
DBMS
Atribut
Aplikasi aturcara Sistem Jualan
Aplikasi aturcara Sistem Kewangan
Contoh - contoh lain : Pasaraya : Semasa pengguna membeli barang-barang di pasaraya, pengimbas digunakan untuk membaca kod universal produk. Menerusi kod yang diimbas sistem tersebut akan mengenalpasti produk yang dibeli dan mencetak nama serta harga produk pada resit. Selain itu,sistem tersebut juga mungkin ada sistem kawalan inventori untuk setiap produk dimana rekod inventori produk dapat dikemaskinikan bagi menunjukkan jumlah jualan atau bekalan stok yang masih ada. Sistem ini dihubungkan melalui pangkalan data produk.
4
Contoh - contoh lain : Perpustakaan Kebiasaanya di perpustakaan besar, untuk mendapatkan buku, jurnal, prosiding, makalah, atau artikel akhbar, anda mungkin akan menggunakan sistem katalog berkomputer. Antara proses pencarian yang dilakukan ialah melalui kata kunci seperti tajuk, pengarang, subjek, tahun diterbitkan dan penerbit. Sistem katalog ini merupakan satu sistem pangkalan data yang menyimpan semua maklumat berkaitan.
Contoh - contoh lain : Universiti / IPTA / IPTS Dalam Institutsi Pengajian Tinggi (IPT) terdapat juga sistem pangkalan data dimana semua maklumat mengenai kakitangan, pelajar dan kursus disimpan dalam sistem ini. Antara maklumat mengenai kakitangan ialah nama, alamat, nombor pekerja, jawatan, kursus yang diajar, gaji dan cukai. Manakala data mengenai pelajar pula terdiri daripada nombor matrik, nama, alamat, jabatan, pendaftaran kursus setiap semester dan gred.
5
Contoh - contoh lain : Agensi Pelancongan Sekiranya ingin merancang sesuatu percutian tentunya anda akan berurusan dengan agensi pelancongan. Agensi ini akan menghubungi beberapa sistem pangkalan data yang berkaitan. Salah satu daripadanya ialah sistem tempahan tiket penerbangan yang menyimpan data seperti kadar bayaran dan jadual penerbangan. Selain daripada itu agensi ini juga boleh membuat tempahan sewa kereta dan hotel.
Istilah Penting Dalam Sistem Pangkalan Data Data : Fakta mengenai sesuatu benda, orang, entiti, kejadian dan seumpamanya yang boleh direkodkan.
Maklumat : Data yang telah diproses dan disusun atur ke dalam bentuk yang boleh digunakan untuk membuat keputusan.
Data Lewah : Data yang sama muncul dalam beberapa fail yang berbeza iaitu terdapat data yang sama tetapi menggunakan nama yang berlainan.
6
Istilah Penting Dalam Sistem Pangkalan Data Pangkalan Data : Sekumpulan data atau maklumat yang mempunyai hubungan secara logik diantara satu sama lain yang bertujuan untuk mengurangkan bilangan data lewah.
Sistem Pangkalan Data : Sistem penyimpanan rekod berkomputer iaitu satu sistem yang boleh mengemas kini maklumat dan memberi maklumat tertentu apabila diminta. Sistem Pangkalan Data dibina oleh pangkalan data dan perisian yang mengendalikan pangkalan data tersebut.
Jenis Sistem Pangkalan Data
Terpusat
Terdapat hanya satu pangkalan data sahaja dimana semua data disimpan pada satu tempat.
Teragih
Terdapat beberapa komputer yang berada pada lokasi yang berlainan tetapi bekerja secara terpadu.
7
Sistem Pangkalan Data Terpusat DBMS diletakkan dalam satu komputer perumah yang memuatkan pangkalan data. Contoh penggunaan sistem pangkalan data terpusat ialah di pasaraya, perpustakaan, tempahan tiket kapal terbang dan lain-lain. Rajah 8.2a menunjukkan contoh sistem pangkalan data terpusat di perpustakaan. Rajah 8.2a : Sistem Pangkalan Data Terpusat di Perpustakaan
Rajah 8.2b : Sistem Pangkalan Data Terpusat di sebuah Pentadbiran.
8
Sistem Pangkalan Data Teragih Sebuah pangkalan data logikal yang diagihkan kepada beberapa komputer pada lokasi yang berlainan tetapi bekerja secara terpadu. Contoh penggunaan sistem pangkalan data teragih ialah syarikat insurans multinasional. Rajah 8.2c Sistem Pangkalan Data Teragih. Rajah 8.2c : Sistem Pangkalan Data Teragih
Rajah 8.2d : Sistem Pangkalan Data Teragih
9