KURSUS TMK TAHUN 5
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tajuk
DUNIA PANGKALAN DATA
Topik
2.0 Pembangunan Pangkalan Data
A. Objektif Pada akhir sesi guru dapat: 1. Mengenal pasti ciri-ciri dan fungsi dalam perisian aplikasi pangkalan data. 2. Membina dan mengisi jadual untuk mewujudkan “relationship”. 3. Membina dan mengisi borang untuk mewujudkan rekod. 4. Menyunting rekod B.
Kandungan Pengajaran 1. Membina Pangkalan Data. 2. Membina jadual (Table). 3. Membina carian (Query). 4. Membina borang (Form). 5. Membina laporan (Report) 6. Membuat hubungan (Relationship). 7. Membina carian (Query) menggunakan dua jadual. 8. Membina borang (Form) menggunakan dua jadual. 9. Menjana laporan (Report) menggunakan dua jadual.
1
2014
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
PEMBINAAN PANGKALAN DATA Pengenalan Kepada Pangkalan Data I.
Apakah Pangkalan Data Pangkalan data adalah seperti sebuah kabinet fail. Pangkalan data boleh digunakan untuk: a. Mendapatkan maklumat dengan pantas, cepat dan tepat. b. Boleh menambah, mengubahsuai atau memadam sesuatu rekod. c. Menyelenggara data dan rekod. d. Mengisih maklumat mengikut nombor rekod atau nama sesuatu rekod.
II.
Bagaimana Membina Pangkalan Data Sebagai contoh: buku alamat berkomputer a. Keseluruhan buku alamat dipanggil sebagai jadual (Table) b. Maklumat lengkap dipanggil sebagai rekod. Koleksi rekod-rekod adalah suatu jadual (Table). c. Maklumat di dalam rekod dipanggil medan (Fields). Contohnya, nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya.
III.
Struktur-struktur Pangkalan Data Sesuatu Pangkalan Data boleh menggambarkan koleksi maklumat yang ingin dipaparkan. Antara keperluan pangkalan data adalah; a. Mencipta struktur pangkalan data. b. Memilih jenis medan-medan yang akan digunakan dalam pangkalan data. c. Menamakan setiap medan dengan nama yang sesuai.
IV.
Memulakan Pangkalan Data Untuk mula membina pangkalan data, seseorang itu perlu mengetahui bagaimana untuk; a. Memulakan Aplikasi b. Mencipta dan membina struktur pangkalan data anda c. Menutup dan keluar dari aplikasi.
2
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
1. Membina Pangkalan Data Langkah 1: Memulakan Access Klik pada bebutang Start untuk memaparkan menu start. Klik pada menu programs dan seterusnya klik pada Microsoft Access.
Langkah 2 : Membina Database Baru 1. Klik Blank Database dan klik OK. 2. Klik di sini untuk menamakan Pangkalan Data. Namakan Pangkalan data dengan Latihan 1 klik OK.
3. Klik Create untuk pangkalan data.
3
membina
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
2. Membina Jadual (Table)
Langkah 3: Membina Jadual Secara default Microsoft Access 2010, Table akan dibina secara automatik setelah klik butang Create.
1. Klik pada Design View untuk membuat suntingan. 2. Klik Database View untuk melihat data dalam pangkalan data.
Apabila anda klik pada Design View, arahan simpan akan dipaparkan.
3. Klik pada ruang Table Name untuk menamakan semula Table yang dibina dan klik OK. Namakan Table sebagai Biodata.
4
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
Paparan berikut akan muncul. Secara default, ruangan Field Name yang pertama akan dijadikan kekunci utama (Primary Key).
4. Klik pada ruang Field Name untuk menambah medan baru. Sila masukkan nama medan baru iaitu: -
Nama
-
Nombor kad Pengenalan
-
Nombor Telefon
-
Alamat
5. Klik pada ruang Data Type untuk menentukan jenis Nama Medan. Sila ubah Data Type mengikut jenis Field Name yang bersesuaian.
Langkah 4: Memasukkan Data 1. Taipkan data mengikut medan dan saiz medan yang ditetapkan. 2. Tekan bebutang Save () untuk menyimpan data yang telah dimasukkan.
Langkah 5: Menamatkan MSAccess 1. Klik bebutang Save () 2. Klik menu File dan pilih/klik Exit 5
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
Langkah 6: Membuka Semula Fail Pangkalan Data
Bagi membuka semula Pangkalan Data, ulang Langkah 1 dan klik 2 kali pada fail Latihan 1
Tambahkan 10 data bagi setiap medan selengkapnya.
3. Membina Carian (Query)
Langkah 7: Membina Queries
1. Klik pada Tab Create.
2. Klik pada Query Wizard untuk membuat Query secara Wizard.
Tetingkap berikut akan terpapar. Pilih Simple Query Wizard dan klik OK untuk terus ke langkah berikutnya.
6
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
Tetingkap berikut akan dipaparkan.
3. Klik pada Table Query untuk memilih sumber data sekiranya terdapat lebih dari satu Table.
4. Klik pada > untuk memilih Medan atau >> untuk memasukkan semua Medan yang ada dalam Table.
Semua Medan yang dibina dalam Table akan dipaparkan di sini.
5. Klik pada Next untuk teruskan ke langkah berikutnya. Tetingkap berikut akan dipaparkan dan klik butang Finish untuk selesai membina Query Wizard.
6. Namakan Query yang telah dibina dengan QBiodata.
7
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
Berikut adalah paparan Query dalam bentuk Design View.
Untuk membuat filter, hilangkan / pada ruangan berkenaan. Cuba buang / pada Alamat.
Klik pada View dan DataSheet View atau
! untuk melihat paparan Query yang telah dibuat.
Paparan Alamat dalam Query tidak terpapar kerana Filter dalam Query yang di atas telah dilakukan.
Klik Save () untuk simpan Query yang telah dibuat.
8
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
4. Membina Borang (Form)
Langkah 8: Membina Borang
1. Klik pada Tab Create.
2. Klik pada Form Wizard untuk membina Form secara Wizard.
3. Pilih sama ada sumber data daripada Table atau Query
4. Pilih sama ada data sebahagian atau semua data ingin dimasukkan ke dalam Form. ( > sebahagian, >> untuk semua) 5. Klik Next untuk teruskan ke langkah berikutnya.
9
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
6. Pilih jenis Form yang bersesuaian.
7. Klik Next untuk langkah berikutnya.
8. Namakan Form dengan F_Biodata.
9. Klik Finish untuk selesai membina Form.
10
KURSUS TMK TAHUN 5 Paparan Form View adalah seperti di bawah.
Berikut pula adalah paparan Design View.
11
2014
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
5. Membina Laporan (Report)
Langkah 9: Membina Laporan.
1. Klik pada Tab Create.
2. Klik pada Report Wizard untuk membina Report secara Wizard.
3. Pilih sumber data sama ada daripada Table atau Query untuk membuat Report. 4. Pilih sama ada data sebahagian atau semua data ingin dimasukkan ke dalam Report. ( > sebahagian, >> untuk semua)
5. Klik Next untuk teruskan ke langkah berikutnya.
12
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
6. Klik Next untuk teruskan ke langkah berikutnya.
7. Di paparan ini, kita diberi pilihan untuk menyusun maklumat yang dikehendaki mengikut ketetapan kita sendiri.
8. Klik Finish untuk melihat paparan Report yang dijana.
Paparan Report seperti di bawah akan terpapar.
13
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
Klik pada Design View untuk membuat perubahan paparan Report.
6. Membina Hubungan (Relationships)
Langkah 10: Membina Relationships 1. Dalam membina Relationships, sekurang-kurangnya dua Table atau Query diperlukan untuk membina relationship. 2. Untuk langkah berikutnya, ulang Langkah 3 hingga Langkah 5 untuk membina Table baru. 3. Klik pada Tab Database Tool, 4. klik pada ikon Relationships 5. Klik pada ikon Show Table
14
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
Tetingkap berikut akan dipaparkan. Pilih sumber data dari Table atau Query yang telah dibina.
Klik Add untuk masukkan Table/Query ke dalam Pangkalan Data.
Tetingkap berikut akan dipaparkan. Di sini kita boleh menghubungkaitkan antara satu Table dengan Table yang lain atau Table dengan Query.
15
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
Di ruangan ini, klik pada medan Nombor Kad Pengenalan dalam Table Biodata dan seretkan ke medan Nombor Kad Pengenalan dalam Table Kelas. Tetingkap berikut akan dipaparkan.
Klik Create untuk membina Relationships.
Ulang langkah di atas untuk membina Relationships yang lain jika melibatkan banyak Table atau Query.
Berikut adalah contoh paparan Relationships yang melibatkan Table dan Query.
16
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
7. Membina Carian (Query) Menggunakan Dua Jadual
Langkah 11: Membina carian dengan dua jadual
Ulang langkah 7 untuk membina Query Wizard. Apabila tetingkap di bawah dipaparkan, pilih data dari kedua-dua Table yang telah dibina.
Pilih data dari Table: Biodata dan klik > untuk memilih medan yang ingin dimasukkan ke dalam Selected Fields.
Pilih data dari Table: Kelas dan klik > untuk memilih medan yang ingin dimasukkan ke dalam Selected Fields. Klik Next untuk langkah berikutnya.
17
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
Langkah berikutnya adalah seperti langkah-langkah membina Query Wizard seperti yang ditunjukkan di atas. Namakan Query ini sebagai QKelas.
Berikut adalah paparan Query View hasil daripada Relationships antara dua Table.
8. Membina Borang (Form) Menggunakan Dua Jadual Langkah 12: Membina boring dengan dua jadual Ulang langkah 8 untuk membina Form Wizard. Apabila paparan di bawah dipaparkan, pilih data dari kedua-dua Table yang telah dibina.
Pilih data dari Table: Biodata dan klik > untuk memilih medan yang ingin dimasukkan ke dalam Selected Fields.
18
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
Pilih data dari Table: Kelas dan klik > untuk memilih medan yang ingin dimasukkan ke dalam Selected Fields dan kemudian klik Next untuk langkah berikutnya.
Langkah berikutnya adalah seperti langkah-langkah membina Form Wizard seperti yang ditunjukkan di atas. Namakan Form ini sebagai F_Kelas.
Berikut adalah paparan Form View hasil daripada Relationships antara dua Table.
19
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
9. Menjana Laporan Menggunakan Dua Jadual Langkah 14: membina laporan dengan dua jadual
Ulang langkah 9 untuk membina Report Wizard. Apabila tetingkap di bawah dipaparkan, pilih data dari kedua-dua Table yang telah dibina.
Pilih data dari Query: QKelas dan klik > untuk memilih medan yang ingin dimasukkan ke dalam Selected Fields dan klik Finish untuk langkah seterusnya.
20
KURSUS TMK TAHUN 5
2014
Langkah berikutnya adalah seperti langkah-langkah membina Report Wizard seperti yang ditunjukkan di atas. Namakan Report ini sebagai Kelas.
Berikut adalah paparan Report View hasil daripada Relationships antara dua Table.
21