[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023
KOLEJ SASTERA DAN SAINS PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN SGDT 3023 PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER Kesediaan Guru-Guru Dalam Mengintegrasikan Pengajaran Berasaskan Komputer/Laman Web Di Sekolah DISEDIAKAN UNTUK: PN.SITI NAZUAR BINTI SAILIN
DISEDIAKAN OLEH: NAMA
NO.MATRIK
NAZIRAH BINTI TIARDEK
212219 Page 1
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023 KESEDIAAN GURU-GURU DALAM MENGINTEGRASIKAN PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER/LAMAN WEB DI SEKOLAH Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan. Definisi pengajaran berintegrasikan komputer ialah menggunakan perisian umum yang dibina khusus untuk mencapai objektif matapelajaran sebagai alat pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penggunaan komputer dalam P&P mempunyai hubungan secara langsung dengan konsep penggunaan teknologi maklumat yang dibawa ke dalam dunia pendidikan. Penggunaan komputer di sekolah boleh dilihat daripada dua aspek, iaitu penggunaan komputer dalam pentadbiran serta penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar.(Zamri & Mohamed Amin, 2008). Antara kelebihan pengajaran berintegrasikan komputer ialah ia dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran. Selain itu, ianya juga dapat meningkatkan motivasi pelajar dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Pelajar juga akan mendapat pengalaman sebenar yang dapat merangsang aktiviti sendiri di kalangan pelajar dan membina pemikiran yang berterusan. Dengan pengajaran berasaskan komputer, kaedah pengajaran lebih kepada berpusatkan pelajar dimana pelajar dapat melakukan sendiri perbincangan, pembelajaran menggunakan aplikasi internet iaitu laman sosial yang menjadi penghubung antara pelajar untuk berinteraksi sesama mereka. (Zaidatol Akmaliah & Foo ,2003). Oleh itu, kesediaan guru merupakan salah satu elemen penting dalam membantu pelajar menyesuaikan diri dalam suasana dan kaedah pembelajaran yang baharu (Noraini Attan, 2002). Menurut Habib Mat Som (2005), kesediaan adalah aspek penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan pelaksanaan perubahan kurikulum. Seharusnya, tahap kesediaan guru perlu diberi perhatian yang khusus. Justeru, guru hendaklah mempunyai tahap kesediaan yang
Page 2
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023 tinggi dalam proses menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan bermakna kepada pelajar. Untuk mengintegrasikan komputer dalam pengajaran , individu yang bertanggungjawab adalah guru itu sendiri. Guru memainkan peranan yang penting dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam kelas. Sebagai langkah mewujudkan pembelajaran yang menarik mengikut peredaran teknologi masa kini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) telah melaksanakan pengintegrasian komputer di sekolah yang mana semua guru perlu menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar. Sikap terhadap penggunaan komputer membawa kepada kesediaan guru menerima komputer dan menggunakannya dalam tugas pengajaran hariannya. Namun begitu, bukan semua guru bersedia untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Hal ini kerana masalah kurang kemahiran menggunakan komputer. Akan tetapi, pengintegrasian komputer dapat diteruskan dengan adanya guru yang bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran mereka walaupun mereka memerlukan pelbagai kesediaan yang rapi. Antara kesediaan yang perlu ada pada seseorang guru ialah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan komputer. Contohnya, guru-guru hendaklah menghadiri bengkel dan kursus yang berkaitan dengan penggunaan komputer dan cara untuk membina bahan pengajaran menggunakan perisian-perisian khusus seperti membina koswer, permainan pendidikan dan banyak lagi. Dengan menghadiri kursus tersebut, guru dapat meningkatkan kemahiran dan menjadi lebih profesional dalam menyediakan bahan pengajaran yang menarik dan dapat mengaplikasikan komputer dalam pengajaran. Namun, bengkel yang dianjurkan oleh pihak kementerian masih tidak mencukupi untuk para guru kerana melibatkan kos yang tinggi. Selain itu, sesetengah guru pula tidak mempunyai masa yang banyak untuk menghadiri bengkel tersebut. Jadi untuk tidak merugikan waktu, guru-guru juga boleh
Page 3
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023 mengambil inisiatif sendiri dengan mempelajari perisian-perisian melalui Youtube. Kita dapat lihat pengajaran berasaskan komputer telah mengubah peranan seseorang guru daripada seorang yang pemberi maklumat kepada seorang pemudah cara atau fasilitator untuk pelajar mendapatkan maklumat dalam pembelajaran dan pengajaran seperti mencari maklumat menerusi internet. (Noriati, et.al, (2009). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa amat penting kesediaan pengetahuan yang tinggi kepada seorang guru dalam menggunakan komputer agar dapat memudah cara
pelajar
dan mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran yang diajar.
(Zainuddin et.al., 2008). Kesediaan kedua yang diperlukan oleh guru adalah menetapkan sikap positif terhadap penggunaan komputer. Sikap yang positif terhadap sesuatu perkara adalah penting untuk mendorong seseorang itu untuk mempelajari sesuatu yang diingini. Seperti kita lihat, guru masa kini semakin berpengetahuan dan peka dengan persediaan menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna penerimaan yang baik daripada guru-guru untuk menggunakan komputer dalam pengajaran. Namun begitu, tidak dinafikan guru muda sahaja yang memberikan sifat positif manakala guru berusia atau guru lama masih tidak mengorak langkah perubahan kerana bagi mereka tidak perlu ada perubahan sekiranya keputusan yang cemerlang masih diperolehi tanpa menggunakan komputer. Selain itu, kerisauan yang tinggi dalam menggunakan komputer telah membantutkan perasaan ingin mencuba kepada guru-guru berusia. Terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapi oleh guru-guru dalam penggunaan komputer iaitu takut sekiranya rosak apabila menggunakan peralatan, takut kerana mereka merasakan tidak berupaya mempelajari teknologi pada tahap yang tinggi dan ada guru yang risau sekiranya sekolah mengarahkan guru yang tahu dan mahir komputer membuat segala tugas yang memerlukan penggunaan komputer. Oleh itu, daripada dibelenggu perasaan risau sebegini adalah Page 4
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023 lebih mudah bagi mereka menolak terus perubahan pendidikan. Tetapi di hati mereka boleh juga wujud rasa rendah diri apabila berada di kalangan individu yang celik komputer. Oleh itu, sikap negatif kepada komputer ini perlu dibuang agar pengintegrasian komputer dalam pendidikan dapat dijalankan dengan lancar dan dapat memenuhi dasar KPM yang berusaha melaksanakan pembestarian pendidikan di negara ini.(Zamri & Mohamed Amin, 2008). Kesediaan ketiga yang perlu diambil oleh guru-guru iaitu bersedia dengan kekurangan kelengkapan kemudahan komputer di sekolah. Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar sangat mempengaruhi aras penggunaan komputer di kalangan guru. Peralatan teknologi komputer yang kurang diselenggarakan menyebabkan banyak peralatan komputer dan ICT yang dibekalkan ke sekolah tidak dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Untuk memastikan penggunaan komputer di dalam kelas, pihak kementerian dan sekolah juga perlu menyediakan dan melengkapkan peralatan teknologi seperti komputer, LCD dan peralatan suara di dalam kelas. Kewujudan makmal komputer di sekolah dirasakan sesuatu perkara yang wajib. Seperti yang kita ketahui, pihak kementerian telah membina makmal komputer di setiap sekolah. Tujuannya untuk membolehkan pelajar dan juga guru menggunakan alatan yang disediakan sepenuhnya. Pelajar dan guru bebas belajar menggunakannya untuk mengakses maklumat, mencari data, meneroka ilmu baru dan sebagainya. Malangnya, hal ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Untuk melengkapkan kemudahan semua sekolah memerlukan kos yang banyak, komitmen yang tinggi serta memerlukan masa yang lama untuk melengkapkan segala peralatan. Namun, guru sendiri juga hendaklah mempunyai peranan dan rasa bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan ini Page 5
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023 tanpa menunggu bantuan daripada pihak lain. Contohnya, membeli sendiri komputer riba dan melanggan jalur lebar untuk digunakan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Dengan adanya komputer sendiri guru boleh mencari maklumat pengajaran dengan cepat dan lancar dengan bantuan internet yang laju walau dimana guru tersebut berada. Kesediaan yang keempat iaitu bersedia menanggung beban tugas yang banyak dan masa yang terhad. Untuk mewujudkan kepelbagaian kaedah pengajaran dengan menggunakan komputer, tugas guru bertambah dengan menyediakan bahan pengajaraan yang menggunakan perisian-perisian yang khusus seperti slaid Powerpoint, Prezi, Camtasia dan banyak lagi. Tambahan lagi beban tugas guru yang banyak di sekolah iaitu memegang jawatan-jawatan seperti guru kelas, guru disiplin dan sebagainya. Hal ini yang memberi halangan kepada guru untuk mengintegrasikan komputer dalam pengajaran. Memang diakui dengan menggunakan teknologi komputer dalam kelas dapat memudahkan pengajaran dengan hanya memaparkan bahan ke LCD, namun sebaliknya persediaan bahan dan peralatan itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Namun, beban ini akan berkurang sekiranya guru mempunyai pengetahuan yang tinggi kepada sesuatu bahan atau peralatan tersebut dan dapat memudahkan proses penyediaan bahan pengajaran. Di samping itu, guru perlu bijak dalam menguruskan masa. Mengurus masa yang dimaksudkan adalah dari segi masa yang diperlukan untuk persediaan sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran. Apabila guru sudah mahir dalam penyediaan peralatan, guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan LCD. Segelintir guru boleh menerima pengintegrasian ini, namun dalam masa yang sama ianya juga membuatkan guru tidak bersemangat melaksanakan penggunaan komputer dalam kelas. Selain itu, guru juga hendaklah bijak menguruskan masa dalam penyediaan bahan P&P. Hal ini kerana, jika bahan P&P yang dibuat
Page 6
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023 oleh guru menggunakan perisian yang menarik ianya dapat menghilangkan bosan pelajar dan menimbulkan minat pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar. Lebih-lebih lagi jika guru menggunakan pengajaran berasaskan laman web, dimana guru hendaklah memuat naik nota dan latihan ke laman web tersebut. Oleh itu, guru memerlukan masa yang lebih terhadap pengajaran berasaskan laman web kerana setiap perbincangan sesuatu topik yang diberikan oleh pelajar semasa luar daripada P&P, guru hendaklah memberi maklum balas secara terus dan secepat yang mungkin. Hal ini kerana, penglibatan pelajar secara aktif merupakan salah satu komponen penting dalam kejayaan sesuatu proses pembelajaran melalui laman web. Menurut (Baharudin, 2001), pembelajaran melalui laman web seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti pelajar bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif belajar secara kendiri dalam membentuk sesuatu kemahiran. Oleh itu, pengurusan masa guru amatlah penting dalam mencapai objektif pembelajaran. Segalanya tidak mustahil, setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Oleh itu dari kita sahaja yang boleh mengurus masa dengan baik atau tidak. Selain itu, kesediaan guru seterusnya ialah guru-guru perlu memahami nilai penggunaan teknologi maklumat. Sekiranya, guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pembelajaran dan pengajaran. Kualiti pencapaian pelajar sangat bergantung kepada pengajaran guru di dalam kelas. Pelajar sukar untuk memberikan tumpuan dan minat dalam mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah terutamanya pengajaran yang yang melibatkan kaedah berpusatkan guru semata-mata. (Norazura, et.al, 2010). Oleh itu, guru-guru boleh menjadikan pengajaran berasaskan laman web sebagai satu platform dalam pengajaran di dalam kelas kerana laman web boleh melibatkan pelajar secara aktif. Tetapi
Page 7
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023 tidak semua guru yang ingin menggunakan laman web sebagai satu nilai tambah dalam pengajaran mereka. Menurut (Khan, 1999) pengajaran berasaskan laman web dilihat sebagai medium perantaraan dalam menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Para guru dan pelajar boleh memperolehi maklumat dengan penggunaan laman web ini
khususnya untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran seperti melalui kuiz, nota tambahan, perbincangan dan sebagainya. Terdapat beberapa ciri utama yang membezakan laman web dengan media lain iaitu kebolehan menyediakan persekitaran yang membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru, pelajar berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain atau pelajar berinteraksi dengan persekitaran laman web itu sendiri. Oleh itu, pengajaran berasaskan web boleh dilakukan oleh semua guru sebagai tambahan kepada pengajaran di dalam kelas. Guru boleh menggunakan laman-laman web percuma yang sedia ada atau membinanya sendiri. Contohnya, guru-guru boleh menggunakan perisian Weebly, Webs, Blog, Joomla dan sebagainya. Kebiasaanya guru yang pertama kali ingin membangunkan laman web, mereka masih tiada kemahiran dalam merekabentuk antaramuka laman web tersebut. Tetapi perisian laman web percuma ini menyediakan pilihan rekabentuk web tersebut dan guru hanya perlu menukar ilustrasi, tajuk dan kandungan yang sesuai dengan topik pembelajaran. Kesimpulannya, pengintegrasian komputer dalam pengajaran berasaskan komputer di sekolah dapat dijalankan dengan lancar dengan mendapat kerjasama daripada pihak-pihak yang wajib. Para pendidik khususnya perlu meningkatkan mutu pengajaran selaras dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan. Ini bermakna guru-guru bukan sahaja perlu menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak KPM ataupun sekolah, malah guru dengan sendirinya perlu meningkatkan kebolehan dan pengetahuannya dalam pelbagai bidang supaya tidak akan hanyut oleh arus teknologi. Hal ini kerana, guru adalah agen yang penting dalam
Page 8
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023 melahirkan generasi pelajar yang celik komputer dan teknologi maklumat. Selain itu, perubahan pemikiran yang negatif terhadap penggunaan komputer perlulah dibuang kerana terdapat banyak kelebihan yang diperolehi sekiranya menggunakan komputer antaranya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran tertentu. Tambahan lagi, pelajar pada zaman ini merupakan generasi Y yang lebih tertumpu kepada pembelajaran maya seperti menggunakan telefon pintar dan menerusi laman sosial.
Oleh itu, guru-guru perlu bersedia menerima
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat melahirkan generasi yang celik komputer. Dengan itu, lebih tinggi pengetahuan seseorang, lebih tinggi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, untuk mengatasi masalah kurang kelengkapan dan peralatan komputer di sekolah, pihak kerajaan perlu memberikan peruntukan yang secukupnya untuk melengkapkan sekolah dengan kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi untuk semua pelajar dan guru demi melahirkan pelajar yang cemerlang dan guru yang gemilang.
Page 9
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023 Rujukan
Baharudin Sidki & Nik Rahimi Nik Yusoff. (2008). Cabaran penggunaan ICT dalam P&P Pendidikan Islam. Dalam Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul & Roseamnah Abd. Rauf. Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam .Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Habib Mat Som. (2005). Profil Kesediaan Guru Sekolah Menengah Terhadap Pelaksanaan Perubahan Kurikulum. Universiti Malaya.
Khan, B.H. (1999). Web- Based Instruction. Dalam Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul & Roseamnah Abd. Rauf. Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam .Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Maizura Yasin (2010). Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pengetahuan Kandungan Pedagogi Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Satu.Universiti Putra Malaysia. Diakses pada 21 Oktober 2014 daripada http://psasir.upm.edu.my/11069/1/FPP_2010_1_A.pdf
Noraini Attan.(2002).Tahap Kesediaan Guru Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Sains . Dalam Zainuddin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohd Ali Ibrahim & Rahmad Sukor Ab Samad. (2008). Kemahiran ICT Dikalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia. Selangor: Arah Pendidikan Sdn.Bhd.
Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin & Siti Hazwani Mohamed Rozi. (2010). Teori Kecerdasan Pelbagai Untuk Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Di Dalam Kelas. Dalam Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul & Roseamnah Abd. Rauf. Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam .Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Page 10
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023 Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hassan. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Foo Say Fooi . (2003). Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan. Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Zamri & Mohamed Amin. (2008). Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu:Teori dan Praktis. Selangor: Karisma Publications Sdn.Bhd.
Zainuddin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohd Ali Ibrahim & Rahmad Sukor Ab Samad. (2008). Kemahiran ICT Dikalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia. Selangor: Arah Pendidikan Sdn.Bhd.
Page 11