Kesantunan Berbahasa Kesantunan Berbahasa • • • • •
Bahasa Sapaan Sapaan Keluarga Sapaan Masyarakat Panggilan Hormat Aturan Sapaan
Bahasa Tubuh • • • •
AnggotaTubuh GerakanMata GerakanTangan Mimik Muka
Pelestarian bahasa Melayu melalui fungsi dan penggunaannya adalah untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan melalui penekanan kepada aspek kesantunan berbahasa. Penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti, berkeperibadian tinggi dan mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai tonggak tamadun bangsa. Aspek yang ditekankan dalam bab ini ialah bahasa sapaan dan bahasa tubuh. Bahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga, masyarakat, protokol panggilan hormat dan aturan sapaan. Bahasa tubuh merangkumi gerakan anggota tubuh, gerakan mata, tangan, dan mimik muka. Kesantunan berbahasa dalam komunikasi mampu melahirkan modal insan yang berkaliber dan berkualiti, selari dengan cabaran globalisasi demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa sematamata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987). Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972). Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporan yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya.Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadi atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal. Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung 1
daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar. kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adat resam semata-mata, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan. Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya. Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu. Nilai dan Kesantunan Nilai merujuk kepada sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip yang memberikan arahan dan menjadi petunjuk kepada perlakuan dan pemiikiran manusia dalam mengatasi masalah (Kluckhon dan Strodtbeck (1961). Nilai menjadi ukuran dan pegangan tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu perlakuan berasaskan kelaziman atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat (Wan Abdul Kadir, 2000). Misalnya, kita berasa janggal apabila mendengar suami isteri mengungkapkan kata panggilan “aku” dan “kamu” dalam perbualan mereka. Perlakuan yang demikian dianggap tidak santun. Jadi, nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat. Seseorang itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis. Ketidaksopanan dan kerendahan nilai perlakuan dapat digambarkan dalam ungkapan berikut: Ketika orang diam Aku bersorak Ketika orang duduk aku berdiri Ketika orang memberi Aku meminta Ketika orang bekerja Aku terlena Ketika orang dipuncak Aku masih merangkak. Selain itu, nilai berbahasa juga perlu dititkberatkan, dengan itu wujudlah bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar, bahasa biadab dan seumpamanya. Oleh itu, seseorang itu perlu memahami dengan siapa ia berkata, sebab ia berkata, dan dalam situasi apa dia berkata. Sesunguhnya, orang yang santun ialah orang yang tahu meletakkan dirinya dalam keadaan tertentu.
2
Sebagai contoh, teliti petikan yang berikut ini: “Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak.” Begitu kata-kata ibunya membujuk dia ke sekolah. “Kau dah pulang Ramli? Bukalah kasut itu. Letakkan baik-baik di tempat letak kasut. Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,” kata ibunya di muka pintu. Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan, akan tetapi wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu disebalik senyumannya. Dia tahu bahawa ibunya bertanggugjawab terhadap dirinya dan adik-adiknya juga. Dia meletakkan kasutnya dengan baik di atas tempat letak kasut yang diperbuat daripada tong. Tempat itu dibuat oleh ibunya sendiri. Kasut adik-adik dan ibunya teratur rapi. Ternyata ibunya amat mementingkan kebersihan dan kesempurnaan. “Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada Cikgu Fatimah. Dia baik kat Ramli.” Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasi yang disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan harapannya itu. Dia menoleh ke arah adik-adiknya yang sedang makan dengan penuh selera. Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai. “Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli. “Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-timangan. (Dipetik dan disesuaikan daripada Sehijau Warna Daun, hlm 52-54) Berdasarkan petikan di atas, kita dapat meneliti kesantunan dalam dua bentuk perlakuan, iaitu perlakuan bahasa dan bukan perlakuan bahasa. (a) Perlakuan bahasa (i) Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan “Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak.” (ii) Kata-kata pujian “…Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,” (iii) Kata panggilan yang sesuai “Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli. “Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-timangan.
3
(b) Bukan perlakuan bahasa (i) Empati Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan. (ii) Air muka/ raut wajah …wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya. (iii) Menujukkan sikap bertanggungjawab Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai. Berdasarkan contoh petikan di atas, amat wajar memberikan penekanan kepada aspek kesantunan dengan menonjolkan aspek-aspek kesantunan yang terdapat dalam petikan. Hal ini perlu diterapkan secara menarik dan berkesan, dan bukan “dipaksakan”. Kesantunan Dalam Komunikasi Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972). Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporan yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya. Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadi atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal. Sebagai renungan, telitilah kalimat ini: Santunkah kita Apabila berbicara mendabik dada Apabila bercakap bohong belaka Apabila diberi secebis kuasa tersalah guna Apabila mengajar kepalang ajar Apabila berjanji dimungkiri Ada akal tidak berfikir Ada Ilmu tanpa amal
Santunkah kita 4
Kita mencintai yang dicipta melupai Pencipta Kita mencintai kehidupan melupai kematian Kita mencintai kekayaan melupai perhitungan. Kesantunan Dalam Komunikasi Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972). Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporan yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya. Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadi atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal. 1. 2. 3. 4. 5.
6. 7.
8. 9,
Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.'' Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. Lihat contoh berikut: Pak
Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.
Mak
Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
Tok
Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
Abang
Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.
Kakak
Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.
Adik
Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.
5
10. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik 11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada: i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su. Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik. ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya. 12. Gelaran Pergaulan Bebas Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja. 13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal) Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed. Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad. Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya. Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya. Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara. Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.) 14. Gelaran Warisan Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu). Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu),Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu) Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini. Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan(Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh). 15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu) Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 16. Gabungan Gelaran (a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji (b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji 6
(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik. (d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik (e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji (f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman 17. Rujukan Hormat Orang Yang Disapa Rujukan Hormat Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Agong Baginda Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Balu Raja Yang Maha Mulia Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Raja Muda atau Tengku Mahkota Mulia Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia Bergelar warisan Yang Mulia Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ketua Menteri Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Yang Berhormat Negeri (wakil rakyat) Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku Yang Berhormat Mulia atau Raja Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran Yang Berbahagia ikhtisas yang formal Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Ketua Polis Negara Yang Amat Setia Hakim, Kadi Yang Arif Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha Kesantunan berbahasa merangkumi cara sapaan sama ada secara lisan atau bertulis dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kehalusan budi bahasa menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang perlu dikuasai oleh pelajar. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Kesantunan berbahasa terdiri daripada dua kategori bahasa iaitu bahasa sapaan dan bahasa tubuh. Bahasa sapaan dikategorikan kepada sapaan keluarga, sapaan masyarakat, panggilan hormat dan aturan sapaan. Manakala bahasa tubuh pula terdiri daripada gerakan anggota tubuh, gerakan mata, gerakan tangan dan mimik muka.
7
Gelaran Warisan 1. 2. 3.
Juga disebut gelaran keturunan Gelaran ini diwarisi sejak lahirnya seseorang itu. Gelaran warisan atau keturunan boleh dibahagikan kepada empat jenis:
(a) Gelaran warisan daripada keturunan raja-raja yang memerintah sama ada pada zaman dahulu atau sekarang. Contoh : Gelaran Raja terdapat di negeri Perak dan Selangor. Tunku di negeri Johor dan Negeri Sembilan, Pangeran, Pangeran Anak dan Pangeran Muda di negara Brunei Darussalam, Tengku di Kelantan, Pahang, Kedah dan Terengganu. (b)
Gelaran warisan daripada keturunan orang-orang besar.
Contoh : Megat dan Puteri yang terdapat di Perak, Nik di Kelantan, Wan di Kelantan dan Terengganu, Abang di Sarawak, Datu di Sabah, Awangku, Dayangku di Brunei, Tan di Kedah dan Tun di Terengganu. (c) Gelaran warisan daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti Syed, Sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. (d) Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden dari Jawa, Daeng dari tanah Bugis, Sidi di Minangkabau, Teuku dari Aceh. Gelaran Kurniaan 1. Gelaran didapati melalui pencapaian (achievement) 2. Gelaran ini boleh dibahagikan kepada gelaran kurniaan pemerintah, dan gelaran kurniaan akademik atau ikhtisas. 3. Gelaran kurniaan pemerintah ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada orangorang yang dianggap berjasa. Contoh : Tun : gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan paling tinggi yang dianugerahkan kepada lelaki atau perempuan. Toh Puan gelaran untuk isteri kepada Tun. (a) Tun - gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan paling tinggi yang dianugerahkan kepada orang lelaki dan perempuan. (b) Toh Puan – gelaran untuk isteri kepad Tun. (c) Tan Sri – gelaran di bawah Tun, kurniaan Kerajaan Persekutuan kepada orang lelaki dan perempuan. (d) Puan Sri – gelaran untuk isteri kepada Tan Sri. (e) Datuk – (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia) – gelaran yang dikurniakan oleh kerajaankerajaan negeri kepada orang lelaki dan perempuan. (f) Datuk (Datuk Patinggi atau Datuk Amar) – gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Sarawak. (g) Datin Paduka – gelaran yang dikurniakan kepada orang perempuan oleh kerajaan negeri Selangor. (h) Toh Puan – isteri kepada Datuk di Terengganu. Gelaran kurniaan ikhtisas diperoleh kerana kejayaan dalam bidang akademik atau ikhtisas. 8
(a) Profesor Diraja – untuk profesor lelaki atau perempuan yang sudah mencapai kemuncak bidang akademik. (b) Profesor – untuk lelaki atau perempuan yang sudah mencapai pangkat paling tinggi dalam bidang akademiknya. (c) Profesor Madya – untuk orang lelaki dan perempuan yang sudah mencapai taraf akademik satu tingkat di bawah Profesor. (d) Doktor – untuk orang lelaki atau perempuan yang berkelulusan Doktor Falsafah, ilmu perubatan dan pembedahan, pergigian dan perubatan veterinar (haiwan). (e) Cikgu – untuk lelaki atau perempuan yang menjadi guru. Gelaran Keagamaan (a) Haji dan Hajah– untuk lelaki dan perempuan Islam yang telah menunaikan fardu haji. Rujukan Hormat (a)
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda. (b)
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri.
Duli Yang Maha Mulia (c)
Balu Raja
Yang Maha Mulia (d)
Raja Muda atau Tengku Mahkota
Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia (e)
Kerabat Diraja Karib
Yang Amat Mulia (f)
Bergelaran warisan
Yang Mulia (g)
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Yang Amat Berhormat (h)
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)
Yang Berhormat (i) Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja. Yang Berhormat Mulia 9
(j) Tun Toh Puan Yang Amat Berbahagia (k) Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan ( selain Tun dan Toh Puan) atau gelaran ikhtisas yang formal. Yang Berbahagia (l) Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif (m) Ketua Polis Negara Yang Amat Setia (n) Hakim, Kadi Yang Arif (o) Mufti Sahibul Samahah (p) Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha
Latihan 1. Senaraikan ciri-ciri gelaran atau panggilan kehormat untuk kategori berikut: a) Gelaran keturunan b) Gelaran anugerah c) Gelaran ikhtisas Membuat nota 2. Senaraikan kepentingan bahasa tubuh dalam komunikasi lisan.
10