Kata Sapaan dan Panggilan dalam Masyarakat Melanau: Satu kajian Preliminari Salbia Hassan
[email protected] Dayang Sariah Abang Suhai
[email protected] Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Malaysia Sarawak
1.0
Pengenalan
Bumi kenyalang memang terkenal dengan kepelbagaian kaum dan bahasa yang agak rencam. Setiap suku kaum mempunyai bahasanya yang tersendiri dan setiap bahasa itu juga mempunyai pelbagai dialek yang tertentu yang lazimnya berdasarkan kawasan. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia Cawangan Sarawak (2000), jumlah keseluruhan penduduk Sarawak ialah 2,008,768 orang dan daripada jumlah tersebut sejumlah 603,735 (Iban), 537, 230 (Cina), 462, 270 (Melayu), 166, 756 (Bidayuh), 112, 984 (Melanau), 117,690 (Bumiputera lain) dan lain-lain berjumlah 8103 orang. Walaupun masyarakat Melanau merupakan kaum yang kelima terbesar di Sarawak, namun bahasa yang dituturkan oleh masyarakat tersebut menarik untuk dikaji terutamanya kata sapaan dan panggilan yang dituturkan oleh masyarakat Melanau.
Dalam kelompok penutur bahasa Melanau itu sendiri, terdapat beberapa dialek yang tertentu berdasarkan kawasan penuturnya. Terdapat empat kelompok penempatan utama masyarakat Melanau di Sarawak iaitu Kawasan Rajang ( Belawai, Rajang, Paloh, Daro dan Matu), Kawasan Mukah (Mukah, Jebungan, Penakub, Teh, Sesok, dan kawasan persekitaran Mukah-Dalat), Kawasan Balingian –Tatau (Tatau: Sungai Balingian, Sungai Tatau)
dan
Kawasan
Bintulu
(Sungai
Kemena
dan
Sebiew).
(http://www.bintuluro.sarawak.gov.my). Bahasa Melanau tergolong di bawah induk
1
bahasa Malayo-Polinesia atau Austronesia. Bahasa Austronesia ialah bahasa yang tersebar daripada keluarga Bahasa Austris dalam kebudayaan Dong Son di Selatan Negeri China dalam tahun 2500 S.M.
Menurut Awang Sariyan (2007), sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang, baik dalam konteks yang rasmi mahupun yang tidak rasmi. Dalam bahasa Melayu, bentuk kata sapaan yang paling asas dan kerap digunakan ialah penggunaan kata ganti nama diri sama ada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Sistem sapaan dalam aspek panggilan pula merupakan bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatannya. Berdasarkan definisi kata sapaan dan panggilan dalam bahasa Melayu ini, kertas kerja ini akan melihat aspek kata sapaan dan panggilan yang digunakan dalam kalangan masyarakat Melanau di Sarawak.
1.2
Tujuan Kajian Kajian ini dilakukan untuk;
1.2.1
Mengenal pasti persamaan dan perbezaan kata panggilan dalam masyarakat Melanau dengan masyarakat Melayu.
1.2.2
Mengenal pasti pola-pola penggunaan kata ganti atau pun sapaan dalam masyarakat Melanau.
1.2.3
Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penggunaan pola tersebut.
2
1.3
Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan rakaman yang melibatkan 12 informan yang terdiri daripada 6 lelaki dan 6 perempuan. Informan ini merupakan penutur jati bahasa Melanau dari kampung Belawai dan Jerijeh yang berusia antara 25 tahun hingga 76 tahun. Data yang diperoleh melalui rakaman akan dianalisis berdasarkan tiga kategori penggunaan kata panggilan dan sapaan dalam masyarakat Melanau. Berdasarkan tiga kategori ini, penggunaan kata sapaan dan panggilan akan ditentukan mengikut pola penggunaannya berdasarkan Nik Safiah Karim (1985) iaitu pola BH – BH (bahasa halus), BH – BK atau BK – BH dan BK – BK (bahasa kasar). Tiga kategori yang dibincangkan ialah kategori gelaran kekeluargaan asas, nama panggilan kekeluargaan pertalian perkahwinan dan kata panggilan formal dan tidak formal dalam komuniti (Jariah Mohd Jan, 2006).
2.0
Kajian Lepas
Kajian terhadap sistem sapaan dan panggilan dalam masyarakat Melanau belum pernah dikaji sebelum ini. Kebanyakan kajian yang telah dilakukan dalam aspek ini melihat kata sapaan dan panggilan dalam masyarakat Melayu, masyarakat Minangkabau, masyarakat Bidayuh dan masyarakat orang asli Mah Meri. Kajian kata sapaan dan panggilan oleh pengkaji-pengkaji ini berdasarkan model Ervin-Tripp (1974) dari sudut analisis sosiolinguistik, pola penggunaan bahasa dan penerapan teori semantik dan pragmatik.
3
Kajian Nik Safiah Karim (1985) yang mengkaji tentang Kata Ganti Diri dan Bentuk Panggilan dalam Bahasa Melayu dan cuba mengemukakan satu pola penggunaan umum, dengan mengaitkannya dengan ciri-ciri struktur sosial. Beliau juga cuba menilai perhubungan timbal balik di antara bentuk-bentuk panggilan dengan kata ganti diri. Kajiannya hanya menyentuh kata ganti yang digunakan oleh orang biasa sahaja. Kajiannya turut membezakan penggunaan kata ganti dalam bahasa Melayu kepada bentuk halus atau hormat (BH) dan bentuk – bentuk tidak hormat atau kasar (BK) serta bentuk-bentuk baku dan bentuk-bentuk dialek. Tiga pola penggunaaan yang digunakan dalam kajian ini ialah pola BH – BH yang resiprokal oleh kedua-dua pihak, penggunaan pola BK – BK yang resiprokal oleh kedua-dua pihak dan pola BH – BK yang tidak resiprokal.
Kajian perbandingan boleh dilihat antara Amat Juhari Moain (1989) dan Sumalee (1994). Kajian yang dijalankan oleh Amat Juhari Moain bertujuan untuk melihat peraturan sistem panggilan dan sistem sapaan dalam masyarakat berbahasa Melayu di Malaysia dan di Brunei Darussalam. Beliau menganalisis sistem panggilan dan sistem sapaan berdasarkan peraturan sosiolinguistik yang dikemukakan oleh Ervin-Tripp, iaitu peraturan alternasi, peraturan perurutan dan peraturan kajian bersama.
Kajian Sumalee (1994) pula adalah untuk menghuraikan serta membandingkan bentuk panggilan dalam bahasa Melayu dan bahasa Thai dari sudut sosiolinguistik. Kajian ini meliputi analisis linguistik tentang bentuk panggilan dan faktor sosial serta kebudayaan
4
yang mempengaruhi bentuk dan penggunaan kata panggilan dalam kedua-dua bahasa tersebut. Sumalee mendapati bahawa terdapat persamaan dalam sistem panggilan antara bahasa Melayu dengan bahasa Thai, iaitu pada bentuk panggilan dan sistem penggunaannya.
Kajian Nor Hashimah Jalaluddin (2005) membincangkan kata ganti nama dan kata panggilan yang melibatkan satu kerangka teori. Kajian ganti nama yang melihat bagaimana wujudnya kekaburan dalam mencari rujuk silang, rujukan sebenar bagi kes dwifungsi dan pola penggunaan ganti nama itu sendiri telah dianalisis dengan pendekatan teoreties. Kerangka teori semantik dan pragmatik yang memang jelas bersifat saintifik telah berjaya menjelaskan penggunaan dan peranan ganti nama terutama yang melibatkan konteks.
Jadi, berdasarkan kajian terhadap kata sapaan dan panggilan yang lepas menunjukkan bahawa kajian terhadap kata sapaan dan panggilan dalam masyarakat Melanau masih belum dikaji. Oleh itu, penulis cuba meneliti aspek ini berdasarkan tiga kategori penggunaannya mengikut pola-pola penggunaan yang digunakan oleh Nik Safiah Karim (1985). Pola bahasa halus atau hormat diringkaskan sebagai (BH) dan pola bahasa kasar diringkaskan sebagai (BK). Tiga kategori tersebut ialah pola BH – BH yang resiprokal, BK – BK yang resiprokal dan BK – BH atau BH – BK yang tidak resiprokal.
3.0
Analisis Berdasarkan Tiga Kategori
5
Dalam masyarakat Melanau, nama panggilan kekeluargaan asas berdasarkan umur dan pangkat dan pertalian darah yang terdiri daripada keluarga asas yang merangkumi hubungan adik- beradik, ibu bapa, datuk, nenek dan moyang. Kategori yang pertama ialah hubungan kekeluargaan asas yang hanya membincangkan hubungan ibu dan bapa kandung, adik- beradik kandung dan tidak melihat hubungan ibu dan bapa tiri dan adikberadik tiri. Kategori ini juga memasukkan hubungan datuk dan nenek kandung. Kategori kedua yang dibincangkan ialah panggilan kekeluargaan pertalian perkahwinan dan kategori yang ketiga ialah kata panggilan formal dan tidak formal dalam komuniti umum.
3.1
Analisis Kategori Kekeluargaan Asas
Menurut Jariah Mohd Jan (2006), kategori kekeluargaan asas merangkumi perkaitan persaudaraan yang mempunyai hubungan darah yang ditafsirkan sebagai saudara darah daging. Hubungan saudara darah daging ini termasuklah hubungan suami – isteri, adik – beradik, ibu dan bapa kepada ibu dan bapa ego dan mengunjur ke atas. Gelaran kekeluargaan asas dalam masyarakat Melanau turut melihat faktor umur dan pangkat dalam sistem kekeluargaan. Masyarakat Melanau juga meletakkan persaudaraan darah daging ini dalam kategori kekeluargaan asas.
Dalam masyarakat Melanau, nama panggilan untuk moyang lelaki dan perempuan adalah sama seperti panggilan dalam masyarakat Melayu iaitu sama ada /moya/ untuk lelaki dan perempuan atau /mane/ untuk moyang perempuan dan /pane/ untuk moyang lelaki. Sapaan ini merupakan nama panggilan bagi tahap generasi tertua dan generasi selepas tahap tertua. Generasi seterusnya terdiri daripada bapa dan ibu. Dalam
6
masyarakat Melanau, panggilan untuk ibu dan bapa masing-masingnya ialah /ma/ dan /apa/. Panggilan ini juga tidak jauh bezanya daripada panggilan yang biasa digunakan dalam masyarakat Melayu. Rajah 3.1 berikut merupakan ringkasan untuk panggilan yang terdapat dalam kategori kekeluargaan asas masyarakat Melanau.
Moyang
pane mane
Nenek
ine
Datuk
ine
Ibu
ma
Bapa
apa
Kakak
aka
Abang
aka, aba
ade maw Adik
ade lai ade umie 7
Rajah 3.1: Sistem Sapaan dalam Masyarakat Melanau untuk Kategori Kekeluargaan Asas
Rajah 3.1 di atas menunjukkan sistem sapaan yang digunakan dalam keluarga asas yang dinaungi oleh moyang sebagai tahap generasi tertua yang diikuti oleh tahap yang kedua tertua dan seterusnya dinaungi oleh ibu dan bapa yang juga boleh diringkaskan seperti berikut; (i)
/moya/
=
moyang lelaki dan perempuan
(ii)
/pane/
=
moyang lelaki
(iii)
/mane/
=
moyang perempuan
(iv)
/ine/
=
datuk
(v)
/ine/
=
nenek
(vi)
/ma/
=
emak
(vii)
/apa/
=
bapa
Panggilan kekeluargaan asas untuk adik-beradik juga digunakan dalam masyarakat Melanau. Walaupun tidak terdapat perbezaan yang ketara, namun panggilan untuk adikberadik dalam masyarakat Melanau ada menunjukkan perbezaan. Misalnya, tedapat dua bentuk panggilan abang dalam masyarakat Melanau iaitu /aba/ dan /aka/ manakala untuk kakak pula ialah /aka/.
8
Berdasarkan kajian penulis juga mendapati bahawa masyarakat Melanau tidak membezakan cara panggilan untuk abang dan kakak yakni lebih kerap menggunakan panggilan /aka/ untuk merujuk kepada kedua-duanya. Untuk panggilan adik lelaki dan adik perempuan pula, menunjukkan kelainan yang jelas. Adik lelaki dalam masyarakat Melanau dipanggil /ade lai/ dan adik perempuan dipanggil /ade maw/. Berikut menunjukkan ringkasan kepada bentuk panggilan yang telah dibincangkan di atas. (i)
/aba/
=
abang
(ii)
/aka/
=
abang
(iii)
/aka/
=
kakak
(iv)
/ade lai/
=
adik lelaki
(iv)
/ade maw/ =
adik perempuan
Untuk panggilan adik-beradik masyarakat Melanau bagi anak kedua dan seterusnya tiada gelaran khusus seperti dalam masyarakat Melayu. Misalnya gelaran abang long, kak ngah dan usu, tidak digunakan untuk merujuk urutan susunan adik- beradik dalam keluarga asas tetapi panggilan seperti /wa/, /anja/, /ah/, /udak/ dan /usu/ biasanya digunakan untuk memanggil ibu atau bapa saudara.
Untuk gelaran cucu, terdapat perbezaan sebutan daripada bahasa Melayu iaitu /saw/ untuk ‘cucu’ tetapi untuk gelaran cicit, sebutannya sama dalam masyarakat Melanau iaitu
/icit/ ‘cicit’. Sekiranya cucu tersebut lelaki, maka panggilannya ialah /saw
9
lai/‘cucu lelaki’ dan /saw umie/ gelaran untuk cucu perempuan. Terdapat penggunaan pola BK - BH atau BH - BH antara nenek dan cucu atau cicit semasa berkomunikasi dan tiada pola BK - BK kerana perbezaan usia dan status nenek yang perlu dihormati oleh cucu dan cicit. Contoh berikut menunjukkan penggunaan pola BK BH antara nenek dan cucu. (ai)
Nenek:
Udah kman kan Jul? (Jul sudah makan?)
Cucu:
Udah, ne. (Sudah nenek)
Nenek:
Inau igam kan in? (Apa lauk awak tadi?)
Cucu:
Kamie in kman ikan an ase. (Tadi kami makan ikan dengan nasi.)
Perbualan di atas (ai) menunjukkan penggunaan pola BK - BH iaitu nenek boleh menyapa cucu dengan panggilan nama sahaja iaitu /jul/ tetapi cucu akan menyapa neneknya dengan panggilan /ne/ sahaja dan tidak boleh menyapa dengan menyebut nama neneknya. Susunan Panggilan Dalam Keluarga Dalam sesebuah keluarga asas yang dinaungi emak dan bapa, terdapat susunan panggilan adik- beradik. Urutan kelahiran setiap anak ini ditandai oleh panggilan yang tertentu
10
mengikut susunan dalam keluarga berkenaan. Untuk anak sulung yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada anak yang pertama dalam masyarakat Melayu akan diberi gelaran /apah aya ata/ dalam masyarakat Melanau. Panggilan untuk anak yang kedua ialah /apah nombo duwah/, diikuti anak yang ketiga /apah nombo tlaw/, kemudiannya anak yang keempat dipanggil /apah nombo pat/ disusuli anak yang kelima /apah nombo limah/ dan yang bongsu ataupun anak yang terakhir dipanggil /apah umie ata/. Urutan panggilan dalam keluarga diperlihatkan seperti berikut; (i)
/apah aya ata/
=
anak sulung
(ii)
/apah nombo duwah/
=
anak kedua
(iii)
/apah nombo tlaw/
=
anak ketiga
(iv)
/apah nombo pat/
=
anak keempat
(v)
/apah nombo limah/
=
anak kelima
(vi)
/apah umie ata/
=
anak bongsu
Berdasarkan urutan panggilan anak-anak dalam keluarga Melanau didapati mempunyai persamaan dengan urutan anak-anak dalam masyarakat Melayu seperti panggilan untuk anak kedua, ketiga, keempat dan kelima yang mengikut urutan nombor. Walau bagaimanapun, panggilan anak sulung dan anak bongsu menunjukkan kelainan yang dipanggil sepenuhnya dalam bahasa Melanau iaitu tidak melibatkan nombor atau panggilan sulung atau bongsu.
11
Dalam masyarakat Melanau, komunikasi yang digunakan antara ibu atau bapa dengan anaknya biasanya menggunakan pola BH – BH dan BK – BH. Dalam hal ini, ibu atau bapa boleh menggunakan bahasa halus (BH) dan bahasa kasar (BK) untuk merujuk diri anaknya kerana faktor usia, pangkat dan keakraban hubungan dalam keluarga asas. Misalnya dalam perbualan berikut; (aii)
Mak: Cuti Raya ih ah, mai mulie kan lai? (BH - BH) (Cuti raya nanti, awak tak balik ke lai (anak lelaki)?) Anak: Mulie muwah ah ma, sbap cuti muwah nuan smigu. (Balik semua kami nanti mak, sebab cuti kami ada seminggu.) Anak: Inau bRitah adie – adie smuwah ma, jiya kah? (Apa berita adik –adik semua mak, sihatkah?) Mak: Jiya lai smuwah jiya. (Sihat, semua sihat.)
Jadi, pola penggunaan bahasa antara ibu dan anak lelaki sulungnya dalam (aii) di atas ialah BH – BH iaitu kedua-duanya menggunakan sapaan yang halus seperti penggunaan /ma/, /lai/, /kan/ dan /ade-ade/. Contoh dalam (aiii) pula merujuk kepada penggunaan pola BK –BH antara ibu dan anaknya yang lain. (aiii)
Mak:
Man, mai tugun skulah: kan? (Man, awak tak pergi sekolah ke?)
Anak:
Mai ma, kaw mai jiya asa lau ih. (Tidak emak, saya rasa tak sihat hari ini.) 12
Berdasarkan perbualan dalam (aiii), pola penggunaan bahasa yang digunakan ialah BK – BH iaitu ibu boleh menggunakan pola yang agak kasar seperti penggunaan nama singkatan untuk anaknya iaitu /man/ kerana faktor usia, pangkat dan keakraban untuk menunjukkan status ibu lebih tinggi dan dihormati dalam keluarga. Sebaliknya, anak tidak boleh menggunakan pola BK untuk menyapa ibu seperti memanggil nama penuh atau nama singkatan untuk ibu tetapi perlu menyapanya dengan gelaran dalam keluarga seperti /ma/.
Dalam masyarakat Melanau, pasangan suami isteri dikenali sebagai /sawah/ untuk keduaduanya. Tetapi, sapaan untuk suami oleh isteri biasanya disapa sebagai /aba/ atau /ya/ untuk menunjukkan keintiman hubungan dan isteri tidak boleh memanggil nama suami di belakang gelaran /aba/ kerana boleh dianggap kasar serta tidak menghormati suami. Manakala bagi suami pula, biasanya akan memanggil isterinya dengan gelaran /ya/ atau menyapanya dengan nama singkatan seperti /mah/ untuk Halimah, /lah/ untuk Jamilah, /jah/ untuk Katijah dan sebagainya. Lazimnya, pola yang digunakan suami kepada isteri ialah BK – BH ataupun BH –BH manakala isteri menggunakan pola BH – BH atau BH BK untuk menyapa suami. Contohnya ditunjukkan dalam perbualan berikut; (bi)
Isteri:
Ba, akhir ata kan mulie kRjah lau ih. (Abang, lewat benar awak balik kerja hari ini.)
Suami:
Buya kaw nuan obel time. (Sebab aku ada over time.) 13
Suami:
Mah, tulo apan kain tola kaw ga. (Mah, tolong ambil kain tuala untuk abang.)
Isteri:
Atie skjap ba. (Tunggu sekejap abang)
Jadi, pola penggunaan bahasa yang digunakan antara isteri dengan suami di atas ialah BH – BK (bi), iaitu isteri menggunakan sapaan yang halus (BH) dengan menyapa suaminya /ba/ ‘abang’. Sebaliknya suami pula menggunakan pola sapaan yang agak kasar (BK) iaitu menyapa isterinya dengan panggilan nama singkatan /mah/ untuk Halimah. Faktor ini disebabkan oleh pangkat ataupun kedudukan sosial suami yang lebih tinggi dan perlu dihormati dalam keluarganya serta merujuk hubungan intim antara suami dan isteri. Walaupun sapaan ini dianggap kasar oleh pihak lain, namun bagi pasangan suami isteri, sapaan ini dianggap biasa dan sesuai digunakan.
3.1.2 Kata Panggilan bagi setiap pangkat Lazimnya, kata panggilan yang menunjukkan hubungan darah atau pertalian antara ahli keluarga ialah / pnakan/. Hubungan darah juga melibatkan pertalian antara keluarga asas dengan adik-beradik serta saudara sebelah ibu dan bapa. Oleh yang demikian dalam masyarakat Melanau, saudara terdekat bapa dan ibu sesuatu keluarga asas yang terdiri daripada adik-beradik bapa dan adik-beradik ibu disebut /tuwa maw/ ‘ibu saudara’ dan /tuwa lai/ ‘bapa saudara’ manakala anak saudara disebut /nakan/ dan sepupu disebut /jipaw/. 14
Biasanya, masyarakat Melanau memanggil bapa saudara sama ada sebelah ibu atau bapa dengan gelaran yang sama seperti dalam masyarakat Melayu, yakni mengikut urutan. Misalnya, untuk ibu dan bapa saudara sulung, panggilan yang digunakan ialah /wa/. Namun demikian, dalam masyarakat Melanau, panggilan /wa/ tidak boleh diikuti nama kerana akan dianggap biadap atau kasar. Misalnya dalam (bii) berikut; (bii)
Wa Minah, kaca ata bajau ba kawan.
(BK)
(Wa Minah, cantik benar baju dipakai awak)
Bagi masyarakat Melanau juga, sekiranya ibu dan bapa saudara mereka lebih muda daripada anak saudaranya, maka anak saudara mesti juga memanggil dengan gelaran keluarga dan tidak boleh memanggil nama secara langsung atau memanggil nama di belakang gelaran tersebut. Misalnya dalam contoh (biii), sapaan sedemikian dianggap kasar (BK) manakala sapaan dalam contoh (biv) dianggap bentuk yang hormat atau halus (BH). Contohnya; (biii) Usu Man, kaw ba tusut kawan. (BK) (Usu Man, saya nak ikut awak.) (biv)
Usu, kaw ba tusut kawan? (BH) (Usu, saya nak ikut awak.)
Namun demikian, sekiranya anak saudara ingin memperkenalkan ibu atau bapa saudaranya kepada orang lain, maka penyebutan nama di belakang gelaran boleh
15
digunakan dan tidak dianggap kasar kerana dalam situasi ini perbualan ini dituturkan kepada pihak lain. Contohnya dalam (ci) dan (cii) berikut; (ci)
Bajau ba Wa Minah kaw dun kacak ata gaya. (Baju yang dipakai oleh Wa Minah saya tu cantik benar rupanya.)
(cii)
Dunlah Wa Minah kaw. (Dialah Wa Minah saya.)
Selain itu, pola penggunaan bahasa yang digunakan antara sepupu dengan sepupu /jipaw/ biasanya menggunakan pola BK – BK iaitu kedua-duanya boleh memanggil nama masing-masing untuk sepupu yang sebaya atau sama usia. Manakala, pola BK – BH pula digunakan antara sepupu yang lebih tua usianya dengan sepupu yang lebih muda iaitu menggunakan sapaan halus /aba/ atau /aka/ untuk menyapa sepupu yang lebih tua. Contoh berikut menunjukkan penggunaan pola BK – BK (ciii), untuk sepupu yang sebaya dan BK – BH (civ), untuk sepupu yang tidak sebaya. (ciii)
A:
Man, labie pidan kawan? (Man, awak datang bila?)
B:
BaRu labie lau sabai. Yai dah kan dun, Jul? (Baru sampai semalam. Siapa dengan awak Jul?)
A:
Ih jana kaw apah umie ata. (Ini adik bongsu perempuan saya.)
(civ)
C:
Kaca ata bua patu:n kan, Nor. Kman an kan knaan dun?
16
(Cantik benar bunga yang awak tanam Nor. Dari mana awak dapat tu?) D:
Ih bua Ros, knah kaw kman lau Wa. Kan luo matu:n ka oh? (Ini bunga ros, diperoleh daripada Wa. Kakak mahu tanam ke?)
C:
Luo ga, mun kan luo mubie. (Mahu juga, kalau awak nak bagi.)
3.2
Kata Panggilan Kekeluargaan Pertalian Perkahwinan
Hubungan persaudaraan dalam sesebuah masyarakat turut dikembangkan melalui ikatan perkahwinan. Melalui perkahwinan, suami atau isteri akan menganggap keluarga pasangannya sebagai /saudara mRtuwah/. Kata panggilan persaudaraan yang berdasarkan perkahwinan bagi masyarakat Melanau tidak jauh bezanya dengan panggilan dalam masyarakat Melayu iaitu /mRtuwah lai/ ‘mertua lelaki’, biasanya disapa sebagai /apa/ dan /mRtuwah maw/ ‘mertua perempuan’ disapa sebagai /ma/ iaitu sama panggilannya dengan sapaan keluarga pasangan masing-masing.
Menantu dalam bahasa Melanau dikenali sebagai /bnatau/ iaitu /bnatau lai/ untuk ‘menantu lelaki’ dan /mnatau maw/ untuk ‘menantu perempuan’. Tetapi, sapaan untuk kedua-dua menantu ini sama ada oleh ibu atau bapa mertuanya akan disapa dengan menyebut nama singkatan sahaja. Namun demikian, sapaan untuk menantu oleh adik – beradik ipar biasanya disapa berdasarkan usia dan kedudukan pasangannya dalam keluarga sama ada abang, kakak atau dipanggil nama jika lebih muda daripada adik-
17
beradik ipar. Oleh itu, terdapat dua pola penggunaan bahasa yang digunakan iaitu BH – BH, BH – BK atau BK – BH. Di sini tidak wujud pola BK – BK kerana anak menantu tidak akan menggunakan bahasa kasar (BK) kepada mertua. Contoh (di) berikut menunjukkan pola BH – BH antara anak menantu dengan ibu mertuanya. (di)
Menantu:
Ma, mulie kamie lau su. (Mak, esok kami balik.)
Ibu Mertua:
Awal ata ga ilaw ba mulie ga. (Awal betul kalian nak balik.)
Menantu:
Kamie ba kRjah, dah majieh dah cuti. (Kami nak kerja, cuti dah habis.)
Ibu Mertua:
Yok lah, mun ilaw cuti agie ah, labie jakin, mie. (Iyalah, kalau kalian ada cuti lagi nanti datang lagi, nak.)
Pola penggunaan bahasa yang digunakan dalam contoh (di) di atas menunjukkan penggunaan pola bahasa halus BH – BH antara menantu perempuan dan ibu mertuanya. Walaupun menantu lebih muda daripada ibu mertua, namun mertuanya masih menghormati menantunya dengan sapaan yang halus seperti /mie/ ‘anak’ dan begitu juga dengan sapaan yang digunakan oleh menantu kepada mertuanya iaitu sapaan halus /ma/ ‘emak’ untuk menunjukkan tanda hormat dan mesra.
Selain itu, sapaan yang digunakan oleh menantu kepada keluarga pasangannya adalah sama dengan panggilan yang digunakan oleh pasangannya terhadap keluarga atau saudara 18
mara masing-masing. Contohnya, panggilan /apa/, /ma/, /aba/, /aka/, /wa/, /anja/, /ah/, /udak/, /usu/ dan sebagainya. Sapaan ini digunakan supaya mengeratkan lagi hubungan antara menantu dengan keluarga pasangannya dan supaya dia boleh diterima seperti keluarga sendiri.
3.3
Kata Panggilan Umum dalam Komuniti.
Selain penggunaan sapaan dalam keluarga asas dan panggilan kekeluargaan pertalian perkahwinan, terdapat juga sapaan yang digunakan untuk berkomunikasi dengan komuniti umum sama ada dalam situasi formal ataupun tidak formal. Sapaan dalam situasi formal biasanya ditujukan kepada golongan yang berpangkat tinggi dan dihormati dalam masyarakat sama ada kepada yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan seperti Yang Berhormat, Datuk, Datin, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ketua-ketua kaum, tuan imam, ustaz dan sebagainya. Pola penggunaan untuk menyapa golongan yang berpangkat ini biasanya BH – BH, BK – BH atau BH - BK iaitu penyapa yang berpangkat rendah akan menggunakan gelaran yang sopan atau halus (BH) manakala golongan yang berpangkat tinggi boleh menggunakan dua pola iaitu bahasa halus (BH) atau kasar (BK) untuk menunjukkan statusnya yang lebih tinggi daripada penyapa. Contohnya dalam (ei) berikut menunjukkan pola penggunaan BH– BK antara ibu tunggal dan penghulu. (ei)
Ibu Tunggal: Pulu, kaw ba abie bantuwan gak pulu. (Penghulu, saya nak mohon bantuan.) Penghulu:
Inau bantuwan ba snabie kan Mah? (Bantuan apa yang nak diminta awak Mah?)
19
Ibu Tunggal: Kaw ba abie bantuwan ibu tugal sbap kaw mai bai tuau ba mantu. (Saya nak mohon bantuan ibu tunggal kerana saya tiada orang nak membantu.)
Sapaan dalam situasi yang tidak formal pula kebanyakannya ditujukan kepada masyarakat umum yang bukan tergolong dalam kategori yang telah dibincangkan dalam ceraian 3.1 dan ceraian 3.2 di atas. Misalnya, sapaan berdasarkan jantina sama ada lelaki ataupun perempuan akan disapa dengan panggilan /apah lai/ ‘orang lelaki’ dan /apah meaw/ dan /umie/ ‘orang perempuan’ untuk golongan yang muda atau sebaya. Sekiranya usia seseorang perempuan itu lebih tua daripada penyapa, maka sapaan yang digunakan ialah /ibu/, /tuwa maw/, dan /aka/. Untuk lelaki yang berusia pula akan disapa dengan panggilan /tuwa lai/ dan /aba/. Kedua-dua bentuk sapaan yang digunakan berpola BH – BH, BH – BK atau BK – BH dan BK – BK.
Contoh perbualan (eii) berikut menunjukkan pola penggunaan BH – BH antara lelaki yang bertugas di bot penambang dengan perempuan yang lebih berusia daripadanya. Kedua-dua penutur ini tidak mengenali antara satu sama lain atau tiada hubungan pertalian darah. Oleh sebab itu, kedua-dua penutur ini menggunakan sapaan yang halus iaitu /lai/ untuk sapaan lelaki yang bertugas di bot penambang dan /aka/ untuk sapaan kepada perempuan yang lebih berusia daripada penyapa. Sapaan ini digunakan untuk
20
mewujudkan situasi yang lebih bersopan-santun dan tidak menyinggung perasaan masing-masing. (eii)
E:
Lai, pukol jinau espRes ih mlah? (Ujang, pukul berapa ekpress ini bertolak?)
F:
Pukol ayan ih. aka ba mlah an? (Pukul lapan ini. Kakak nak pergi mana?)
E:
Kaw ba mulie Raja. (Saya nak balik Rajang.)
Jadi, jelaslah bahawa pola penggunaan dalam komuniti umum masyarakat Melanau boleh berbentuk BH – BH, BH – BK atau BK – BH dan BK – BK manakala dalam hubungan kekeluargaan asas dan pertalian perkahwinan, pola BK – BK tidak sewenang-wenangnya digunakan. Penggunaan pola-pola ini ditentukan oleh faktor sosioekonomi seperti umur, pangkat jawatan, jantina, pendidikan dan kedudukan sosialnya dalam masyarakat.
4.0
Kesimpulan
Berdasarkan analisis terhadap kata sapaan dan panggilan dalam masyarakat Melanau, didapati memang wujudnya persamaan dan perbezaan sistem sapaan tersebut dengan masyarakat Melayu. Masyarakat Melanau membezakan gelaran atau nama panggilan kekeluargaan berdasarkan sistem kekeluargaan masyarakat Melayu yang terbentuk melalui hubungan darah dan juga hubungan perkahwinan. Perbezaan yang ketara dapat dilihat melalui sistem sapaan dalam pola BH kerana penutur tidak boleh menyebut nama orang yang disapa atau meletakkannya di belakang gelaran kerana boleh dianggap biadap 21
atau tidak menghormati individu yang disapa terutamanya individu yang lebih berusia dan ada pangkat gelaran dalam keluarga berkenaan.
Berdasarkan perbincangan dan analisis tersebut, jelaslah bahawa faktor yang mempengaruhi sistem sapaan dan panggilan dalam masyarakat Melanau adalah berdasarkan status sosioekonomi seseorang iaitu umur, jantina, pangkat dan pendidikan individu. Hal ini dapat dibuktikan melalui sapaan halus yang digunakan untuk ahli keluarga yang lebih berusia daripada penutur, isteri menghormati suami, anak saudara menghormati ibu atau bapa saudara walaupun ibu atau bapa saudaranya lebih muda dan sapaan yang lebih halus turut digunakan berdasarkan tahap pendidikan terutamanya dalam situasi formal.
Analisis terhadap kata sapaan dan panggilan dalam masyarakat Melanau turut menunjukkan terdapatnya tiga pola penggunaan yang digunakan iaitu pola BH – BH, BH – BK atau BK – BH dan BK – BK. Pemilihan setiap pola ini ditentukan berdasarkan bentuk perhubungan antara penutur dengan individu yang disapa. Bagi pola BH – BH, hubungan antara penutur dengan individu dipengaruhi oleh rasa hormat-menghormati antara satu sama lain dan supaya tidak menyinggung perasaan antara penutur. Manakala pola BH – BK atau BK – BH pula digunakan apabila salah seorang penuturnya mempunyai taraf yang lebih rendah atau usianya lebih muda daripada individu yang disapa. Maka penutur tersebut lebih selesa menggunakan pola BH berbanding individu yang disapa yang mempunyai taraf yang lebih tinggi dan biasanya menggunakan pola BK. Hasil analisis juga mendapati pola BK – BK yang digunakan melibatkan penutur
22
dengan individu yang sebaya dan sama kedudukan seperti sepupu. Walau bagaimanapun, pola ini tidak digunakan dalam kalangan kekeluargaan asas dan penggunaannya adalah terhad.
Justeru, dapat disimpulkan bahawa sistem sapaan dan panggilan dalam masyarakat Melanau mempunyai fungsi yang tersendiri iaitu untuk menunjukkan rasa hormat dan memuliakan seseorang, mengeratkan tali kekeluargaan atau persaudaraan, menambah keakraban dan mengekalkan tali persahabatan antara anggota dalam sesuatu masyarakat, mengenali anggota atau ahli dalam sesebuah keluarga dan mendidik generasi muda kini dan generasi akan datang untuk menghormati orang yang lebih tua dan masyarakat sekitarnya.
Hubungan yang erat disertai dengan sifat bersopan santun dan hormat menghormati antara satu dengan yang lain akan mewujudkan perasaan ingin bersatu padu, bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong dan sebagainya. Keadaan ini menunjukkan bahawa mereka tidak melupakan unsur-unsur lama dalam sistem panggilan ini. Walaupun pengaruh-pengaruh luar datang silih berganti, namun adat kebiasaan dan budaya sendiri yang menjadi identiti orang Melanau tetap menjadi pegangan dan kebanggaan mereka.
23
Rujukan
Amat Juhari Moain, 1985. Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, 2007. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (editor), 2006. Bahasa Mah Meri. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Awang Sariyan, 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ervin- Tripp, S.M. 1974. “Sociolinguistics” dlm. Blount, Ben G. (ed.). Language, Culture and Society. U.S.A. : Wintrop Publisher, Inc. hlm. 268-334. Jabatan Perangkaan Malaysia, 2006. Buletin Perangkaan Bulanan: Sarawak. “Jurnal Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik dan Daerah Pentadbiran-Sarawak, 2000”. Jariah Mohd. Jan, 2006. “Kata Persanakan Panggilan Kekeluargaan dan bentuk Hormatan Masyarakat Mah Meri” dalam Asmah Haji Omar (ed.). Bahasa Mah Meri. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya hlm. 167 – 178.
Media Sandra Kasih, 2004. Kata Sapaan Bahasa Minangkabau: Cerminan Adat dan Sistem Sosial. Serdang, Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Nik Safiah Karim, 1985. Beberapa Persoalan Sosiolingistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
24
Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi dan Maslida Yusof, 2002. “Kata Panggilan dalam Masyarakat Melayu: Analisis Sosiolinguistik dan Pragmatik.” Jurnal Bahasa, Bil. 2 Jil. 2, 224 – 257.
Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi, Maslida Yusof, Raja Masittah Raja Ariffin dan Sa’adiah Ma’alip, 2005. Sistem Panggilan dalam Keluarga Melayu: Satu Dokumentasi. Selangor: Dewama Sdn. Bhd.
Sumalee Nimmanupap, 1994. Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Thai: Satu Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yasir Abdul Rahman, 1987. Melanau Mukah: Satu Kajian Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://en.wikipedia.org/wiki/Melanau http://geocities.com/CollegePark/Campus/8690/artikel/melanau.htm?20077 http://www.bintuluro.sarawak.gov.my/kaum-melanau.htm
25