TARIAN MENYAK (MELANAU)
2014
MODUL TARIAN MENYAK (MELANAU)
rujukan ASAS TARIAN MELANAU oleh Mahmud Zamudin B. Mat Terbitan KPSU, 16 Februari 1997
SMK LUNDU - SARAWAK
1
TARIAN MENYAK (MELANAU)
2014
PENDAHULUAN Masyarakat Melanau adalah masyarakat yang mendiami daerah muara sungai di Sarawak iaitu sungai Rajang dan Bintulu. Masyarakat Melanau meyara kehidupan mereka dengan bekerja sebagai petani dan nelayan. Masyarakat Melanau dapat dibahagi kepada beberapa pecahan sukuan diantaranya Seduan, Segalang, Beliun, Bintulu, Matu dan Rajang. Setiap pecahan masyarakat Melanau ini mempunyai dialeknya sendiri. Pada zaman dahulu mereka adalah Pagan dan sekarang ini masyarakat Melanau dapat dibahagi kepada 3 kepercayaan iaitu Islam, Kristian dan Pagan.
SENI TARI Masyarakat Melanau mempnyai banyak unsur keseniannya yang unik, halus dan menawan. Salah satu diantaranya adalah seni tari. Kebiasaannya, masyarakat Melanau akan mempersembahkan tarian-tarian mereka di perayaan "Pesta Kaul" atau Puja Pantai. Selain itu juga, mereka mempersembahkan tarian-tarian ketika menyambut orang kenamaan serta upacara perkahwinan. Sehingga ke hari ini, masih belum banyak tarian daripada masyarakat Melanau yang diketahui umum. Ini mungkin kurangnya penyelidikan dan pendedahan. Tarian masyarakat Melanau yang diketahui umum pada masa kini adalah : a. Menyak b. Seladai c. Alu'-Alu' d. Mengalai e. Nyambut Tua Labeh f. Makak g. Seraheng Wujudnya tarian-tarian masyarakat Melanau ini datangnya melalui mimpi, aktiviti seharian, perubatan tradisional dan permainan rakyat seperti semasa Pesta Kaul. Gerak tari dalam tarian Melanau adalah dipengaruhi oleh unsur gerak kehidupan seharian mereka seperti berkayuh sampan dan juga gerak silat di samping ada juga gerak berbentuk ritual yang berlaku tanpa disedari. Dalam tarian masyarakat Melanau, penari biasanya menari secara berpasangan atau secara berkumpulan. Tidak ada tarian masyarakat Melanau ditarikan secara solo baik oleh lelaki mahupun wanita.
TARIAN MENYAK Tarian Menyak menggambarkan kehidupan desa masyarakat Melanau di pesisiran Sarawak dalam pembuatan sagu. Gerak tarian ini, meliputi kegiatan pembuatan sagu dari memotong, mengikis dan menginjak untuk mengeluarkan sagunya hinggalah ke peringkat akhir apabila bola sagu dihasilkan. Tarian ini juga, menggambarkan kerjasama antara lelaki dan wanita dalam keadaan harmoni dalam melaksanakan rutin harian mereka. SMK LUNDU - SARAWAK
2
TARIAN MENYAK (MELANAU)
2014
BUSANA MELANAU bagi tarian MENYAK Pakaian untuk persembahan tarian Menyak tidak jauh bezanya dengan pakaian rasmi ketika menghadiri majlis perkahwinan ataupun ketika perayaan menyambut orang kenamaan. Perbezaannya hanyalah pada potongan panjang lengan, kaki dan penggunaan butang pada baju. Potongan lengan dan kaki seluar ini adalah sepanjang 3 suku. Ini adalah pakaian orang kebanyakan yang digunakan untuk melakukan kerja di hutan dan laut. Biasanya mereka menggunakan baju berwarna hitam, baik lelaki mahupun perempuan. Mengikut kepercayaan mereka, warna hitam melambangkan rasa kasih sayang sesama insan.
Pakaian untuk penari Lelaki : Pakaian untuk penari lelaki adalah terdiri daripada : 1. Ikat Kepala (Kain Buleq) 2. Baju Hitam Butang 5 (panjang lengan 3 suku) 3. Seluar Hitam (panjang 3 suku) 4. Kain Sabok (Pelikat) 5. Kain untuk mengikat pinggang
Gambar 1(a) : Pakaian lelaki masyarakat Melanau bagi tarian 'Menyak'.
Pakaian untuk penari Perempuan : Pakaian untuk penari perempuan adalah terdiri daripada : 1. Topi (Terendak) 2. Baju Hitam Lengan Pendek 3. Kain Sarung atau Kain Batik
Gambar 1(b) : Pakaian perempuan masyarakat Melanau bagi tarian 'Menyak'.
SMK LUNDU - SARAWAK
3
TARIAN MENYAK (MELANAU)
2014
RAGAM ASAS TARIAN MENYAK RAGAM
NAMA RAGAM
GERAKAN LUKISAN LANTAI
KETERANGAN a. Menari di tempat - 1x8
RAGAM 1
'ASAS SETEMPAT'
b. Maju ke hadapan - 1x8 c. Undur ke belakang - 1x8
RAGAM 2
a. Membuat bulatan kecil melalui arah Kanan - 1x8 b. Membuat bulatan kecil melalui arah Kiri - 1x8 a. Maju 45° ke Kanan (Timur Laut) - 1x8 b. Undur kembali ke tempat - 1x8
RAGAM 3
c. Gerakan 4 Penjuru melalui Kanan pada hitungan; 1-2 : Pandang arah (c) 3-4 : Pandang arah (d) 5-6 : Pandang arah (e) 7-8 : Pandang arah (f) a. Maju 45° ke Kiri (Barat Laut) - 1x8 b. Undur kembali ke tempat - 1x8
RAGAM 4
c. Gerakan 4 Penjuru melalui Kiri pada hitungan; 1-2 : Pandang arah (c) 3-4 : Pandang arah (d) 5-6 : Pandang arah (e) 7-8 : Pandang arah (f)
SMK LUNDU - SARAWAK
4
TARIAN MENYAK (MELANAU)
RAGAM 5
'MENEBAS BELUKAR'
RAGAM 6
'MENOLAK BATANG RUMBIA'
2014
Sebelah tangan seolah memegang parang menebas belukar dengan hitungan; a. 1-4 : ke Kiri b. 5-6 : ke Kanan Gerakan menolak pohon rumbia. - 1x8
Hitungan 1-4 turun berlutut mengarah ke hadapan. RAGAM 7
RAGAM 8
Hitungan 5-8 posisi menghadap ke samping Kanan.
'MEMARUT BATANG RUMBIA'
Kembali ke gerak dan posisi RAGAM 7.
RAGAM 9
RAGAM 10
RAGAM 11
Gerakan menolak dan menarik pemarut, seolah memarut dalam keadaan berlutut - 1x8
'MENIMBA AIR'
Gerakan seolah menimba air secara 4 penjuru melalui Kanan pada hitungan; 1-2 : Pandang arah (a) 3-4 : Pandang arah (b) 5-6 : Pandang arah (c) 7-8 : Pandang arah (d)
'MEMIJAK SAGU'
1-2 : Memijak sagu 4 pijakan. 3-4 : Membuat pusingan setempat melalui arah Kanan. (Ulang pada hitungan 5-8)
SMK LUNDU - SARAWAK
5
TARIAN MENYAK (MELANAU)
2014
a. 1-2 : Membersih permukaan air 3-4 : Tuang air ke tangan (Ulang pada hitungan 5-8) RAGAM 12
RAGAM 13
'MENCUCI TANGAN'
b. 1-2 : Membersih permukaan air 3-4 : Membuang sisa kotoran di tangan (Ulang pada hitungan 5-8) Menari di tempat dengan berpindah ke samping Kanan pada kiraan 2 & 6 dan Kiri pada kiraan 4 & 8 sambil menghadap ke hadapan. - 1x8
'GERAK SISI @ PENUTUP'
Cara Persembahan
: Berkumpulan
Bilangan Penari (minimum)
: 5 orang ( 3 perempuan & 2 lelaki )
Alat Bantuan (Props)
: Sebuah Tikar Mengkuang
SMK LUNDU - SARAWAK
6
TARIAN MENYAK (MELANAU)
2014
Susunan RAGAM MENYAK dalam POLA LANTAI persembahan tarian BIL
Susunan Ragam Tari - Pola Lantai LELAKI
PEREMPUAN A
PEREMPUAN B
HITUNGAN
1
ASAS SETEMPAT - Masuk pentas
2x8
2
ASAS SETEMPAT - Pandang hadapan
1x8
3
ASAS SETEMPAT - Gerakan empat(4) penjuru mula dari arah Kanan (1-8) dan berlalas arah Kiri (1-8)
2x8
4
ASAS SETEMPAT - Berpindah ke Pola Lantai baru
1x8
5 6
MENEBAS BELUKAR
ASAS SETEMPAT
ASAS SETEMPAT - Berpindah ke Pola Lantai baru
2x8 2x8
ASAS SETEMPAT - 4 penjuru
2x8
8
MENOLAK BATANG RUMBIA Maju ke hadapan dan ke samping tikar
ASAS SETEMPAT - Berpindah ke Pola Lantai baru
2x8
9
MEMARUT RUMBIA
MENIMBA AIR - Gerakan 4 penjuru
1x8
10
Menjaga Sagu daripada terlimpah keluar dari tikar.
MEMIJAK SAGU & ASAS SETEMPAT - Ikut giliran
4x8
11
Menggulung Tikar
MENCUCI TANGAN
2x8
12
Memberi Tikar pada Perempuan A
7
MENEBAS BELUKAR
Membuka Tikar
Ambil Tikar
ASAS SETEMPAT
1x8
13
ASAS SETEMPAT
1x8
14
GERAK SISI - Menari di tempat ke samping kanan dan kiri dengan badang menghadap di hadapan.
1x8
15
ASAS SETEMPAT - Buat 1 barisan di hadapan
1x8
16
ASAS SETEMPAT - Gerakan empat(4) penjuru mula dari arah Kanan (1-8) dan berlalas arah Kiri (1-8)
2x8
17
ASAS SETEMPAT - Keluar Pentas
2x8
Sila rujuk Pola Lantai bagi Ragam Tarian Menyak yang telah diajar.
SMK LUNDU - SARAWAK
7
TARIAN MENYAK (MELANAU)
2014
POLA LANTAI - MENYAK ( 1 daripada 2 )
SMK LUNDU - SARAWAK
8
TARIAN MENYAK (MELANAU)
2014
POLA LANTAI - MENYAK ( 2 daripada 2 )
SMK LUNDU - SARAWAK
9