Page 1 of 5
KERTAS KERJA PENGAGIHAN PERBELANJAAN BAGI PROJEK INTEGRASI SISTEM SOLAR HIBRID DAN KOMUNITI DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI MALAYSIA Green Energy Research Centre Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam 1. TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Tabung Amanah Fakulti Kejuruteraan Elektrik mengenai pengagihan perbelanjaan bagi projek di bawah dana UCTC. Ianya juga memberi justifikasi perbelanjaan yang akan digunakan pada setiap peringkat bagi melaksanakan projek ini . 2. PENGENALAN Sistem solar hibrid merupakan sistem bekalan elektrik yang dijana menggunakan tenaga solar fotovoltan. Kerajaan telah banyak memasang sistem ini dikawasan pendalaman yang tidak dapat menerima bekalan elektrik dari sistem grid. Memandangkan kos sistem tersebut adalah sangat mahal maka dicadangkan penduduk yang menerima bekalan tersebut perlu diberi pengetahuan tentang teknologi yang digunakan juga tentang aspek keselamatan supaya kelestarian sistem tersebut boleh dikekalkan. Satu kertas kerja telah dibuat dan dihantar bahagian University Community Transformation Centre (UCTC) dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui pejabat UCTC UiTM. Sila rujuk lampiran 1. Jumlah dana yang dipohon adalah sebanyak RM120,000.00 Walaubagaimanapun kertaskerja tersebut telah mendapat kelulusan dari Kementerian dengan kelulusan dana berjumlah RM60,000.00 sahaja. Dengan jumlah dana tersebut, pengagihan serta penyelarasan dan penyusunan semula program perlu dilakukan. 3. OBJEKTIF Program ini dirangka bagi mencapai objektif berikut:• Melaksanakan program pengenalan kepada sistem solar hibrid bersama komuniti setempat bagi tujuan menerapkan pemahaman tentang fungsi dan operasi sistem solar hibrid yang optima. • Menjalankan program kajian penggunaan beban bersama komuniti setempat bagi tujuan mendapatkan profil beban yang terkini bagi tujuan perancangan operasi dan senggaraan untuk pihak berkuasa elektrik negeri. • Menjalankan program latihan kecemasan kepada komuniti setempat semasa menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran yang melibatkan sistem solar hibrid.
Page 2 of 5
4. TARIKH DAN TEMPAT Tempoh projek ini adalah 12 bulan iaitu bermula dari 01 Ogos 2015 dan tamat pada 31 Julai 2016. Cadangan asal program ini melibatkan sebanyak tiga buah kampung iaitu Kg. Sg. Peroi, Kg. Punan dan Kg. Ganuh. Memandangkan dana yang diluluskan tidak mencukupi untuk membuat projek bagi tiga buah kampung tersebut, maka hanya dua buah kampung sahaja iaitu Kg. Sg. Peroi dan Kg. Punan akan dilaksanakan. 5. TENTATIF PROGRAM Pelaksanaan projek ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:a. Program bengkel dan sumbangsaran (brain storming) Bengkel 1: Sebelum lawatan awal dilakukan. Tarikh yang dicadangkan adalah pada 09 Okt 2015. Objektif: Membuat persiapan dan mengumpul maklumat yang diperlukan untuk lawatan awal.
Bengkel 2: Selepas lawatan awal. Tarikh dicadangkan adalah pada 02 Nov 2015 Objektif: Mengumpul maklumat hasil dari lawatan awal. Maklumat ini akan digunakan untuk pelaksanaan projek nanti.
Bengkel 3: Sebelum perlaksanaan projek di tapak. Tarikh dijangkakan adalah pada 5 Feb 2016 Objektif: Membuat persiapan terakhir dan mengumpul maklumat yang diperlukan untuk melaksanan projek ini ditapak.
Bengkel 4: Selepas perlaksanaan projek ditapak. Tarikh dicadangkan adalah pada 11 Mac 2016 Objektif: Mengumpul maklumat hasil dari pelaksanaan projek ini untuk dibuat lapuran akhir.
Pembentangan pra-akhir : 23 Jun 2016 Pembentangan akhir: 22 Julai 2016 Serahan lapuran akhir sebelum 31 Julai 2016
b. Lawatan tapak dan perlaksanaan projek di tapak. Memandangkan musim tengkujuh yang kebiasaannya berlaku dari bulan November hingga Januari adalah sukar untuk pergi ke tapak projek, maka dicadangkan tarikh lawatan dan perlaksanaan projek di tapak adalah seperti berikut:i. Lawatan awal : (24/10/2015(sabtu) – 26/10/2015(Isnin))
Page 3 of 5
Hari 1: Bertolak dari Shah Alam ke Kluang. Konvoi mengandungi dua pasukan (Pasukan A dan Pasukan B). Konvoi bermalam di Kluang. Hari 2: Bertolak pagi dari Kluang ke Sg. Peroi (Pasukan A). Bertemu dan berbincang dengan Guru Besar dan Ketua Kampung. Hari 2: Bertolak pagi dari Kluang ke Kg. Punan (Pasukan B). Bertemu dan berbincang dengan Guru Besar dan Ketua Kampung. Hari 2: Bertolak dari Sg. Peroh (Pasukan A) dan Kg. Punan (Pasukan B) ke Kluang. Konvoi bermalam di Kluang. Hari 3: Bertolak dari Kluang ke Shah Alam dalam konvoi. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengenalpasti kekangan yang akan dihadapi ditapak projek ketika perlaksanaan projek nanti. Ianya juga untuk memaklumkan kepada Guru Besar serta penghulu yang terbabit tentang projek yang akan dijalankan nanti. Hasilnya adalah mendapat maklumat penting untuk aktiviti seterusnya. ii. Pelaksanaan program ditapak: 20/2/2016(Sabtu) – 24/2/2016(Friday) Hari 1: Bertolak dari Shah Alam ke Kluang. Bermalam di Kluang. Hari 2: Bertolak dari Kluang ke Sg Peroi (load profile & installation, ceramah, penerangan, dll). Bermalam di Sg. Peroi Hari 3: Bertolak dari Sg Peroi ke Kg. Punan (load profile & installation, ceramah, penerangan, dll). Bermalam di Kg. Punan Hari 4: Bertolak dari Kg. Punan ke Kluang. Bermalam di Kluang Hari 5: Bertolak dari Kluang ke Shah Alam Tujuan lawatan ini adalah untuk menjalankan aktiviti penuh projek sehingga selesai aktiviti tapak. Hasilnya adalah mendapatkan semua data dan maklumat yang diperlukan untuk menjayakan projek untuk penyediaan laporan penuh. c. Laporan Kemajuan projek ini akan dilaporkan dalam bentuk laporan berkala pada setiap bulan. Laporan ini akan dimasukan ke dalam portal Green Energy Research Centre (GERC) untuk rujukan pihak UCTC dan pautannya akan dimaklumkan kemudian. 6. SENARAI KAKITANGAN YANG TERLIBAT Projek ini melibatkan gabungan staf UiTM yang berpengalaman dan yang baru. Ia juga melibatkan pelajar dari pelbagai fakulti. Bilangan pelajar yang terlibat akan dikenalpasti nanti. Setakat ini, staf UiTM yang terlibat adalah seperti berikut:1. Prof. Madya Dr. Ahmad Maliki Omar (Ketua) (Fakulti Kejuruteraan Elektrik) 2. Prof. Madya Dr. Sulaiman Shaari (Fakulti Sains Gunaan) 3. Dr. Shahril Irwan Sulaiman (Fakulti Kejuruteraan Elektrik)
Page 4 of 5
4. Dr. Nor Zaini Ikrom Zakaria (Fakulti Sains Gunaan) 5. Dr. Mohamad Fahmi Hussin @ Mohammad (Fakulti Kejuruteraan Elektrik) 6. Dr. Mohamad Zhafran Hussin (UiTM Kampus Pasir Gudang, FKE) 7. Dr. Hedzlin Zainuddin (Fakulti Sains Gunaan) 8. En. Khairul Safuan Muhamad (Fakulti Kejuruteraan Elektrik) 9. En. Langga Rimon (GERC, Fakulti Kejuruteraan Elektrik) 7. PENGAGIHAN PERBELANJAAN Pengagihan perbelanjaan ini adalah berdasarkan jumlah dana yang telah diluluskan oleh pihak Kementerian. Cadangan pengagihan adalah seperti berikut:Bil
Perkara
1
Pengangkutan (sewa, minyak, upah pemandu dll). Lawatan ke tapak adalah sebanyak dua kali. Bilangan kenderaan 4x4 adalah dianggarkan sebanyak 4 buah. Hanya kenderaan 4x4 sahaja yang boleh pergi ke tapak projek. Penginapan. Termasuk sewa khemah, hotel, homestay dll Pemasangan dan pemantauan sistem. Termasuk pembelian generator mudahalih, kabel, suis, plug dan pengesan Peralatan Ceramah. Termasuk pembelian projektor, layar, speaker dll Penerbitan dan percetakan. Termasuk printer toner, thumb drive, CD, fotostat, binding, pamflet, buku panduan, prosedur dan lain-lain lagi. JUMLAH
2 3
4 5
Peratus (%) 30
Jumlah (RM)
15
9,000.00
25
15,000.00
20
12,000.00
10
6,000.00
100
60,000.00
18,000.00
8. KESIMPULAN Program yang akan dijalankan di dua buah kampung ini merupakan program perintis. Diharapkan program ini dapat dikembangkan lagi pada kampung pendalaman yang lain demi memastikan kelestarian sistem bekalan elektrik yang menggunakan solar hybrid. Pengagihan perbelanjaan yang dicadangkan pula akan dimanfaatkan sebaik mungkin supaya objektif program ini dapat tercapai.
Page 5 of 5
Disediakan oleh:
…………………………………………………….. Prof. Madya Dr. Ahmad Maliki Omar Ketua Projek Green Energy Research centre Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM, Shah Alam
DILULUSKAN
………………………………………….…………. Jawatankuasa Tabung Amanah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM, Shah Alam
Tarikh mesyuarat: ……………………………