MINGGU KESEDARAN JENAYAH 3 – 9 DISEMBER 2014
KERTAS KERJA MINGGU KESEDARAN JENAYAH
TARIKH 3 – 9 DISEMBER 2014
TEMPAT PENJARA SEJAHTERA KAJANG, BANDAR BARU BANGI DAN PUSANIKA UKM
ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF HAL EHWAL SISWI SESI 2014/2015 KOLEJ IBRAHIM YAAKUB UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA MAHASISWA CAKNA MASYARAKAT 1
MINGGU KESEDARAN JENAYAH 3 – 9 DISEMBER 2014
KERTAS KERJA MINGGU KESEDARAN JENAYAH MAJLIS EKSEKUTIF HAL EHWAL SISWI KOLEJ IBRAHIM YAAKUB UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN 1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Kolej Ibrahim Yaakub dan Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsan Malaysia untuk menjayakan Minggu Kesedaran Jenayah.
1.2 Untuk mendapatkan bantuan dan dana daripada badan-badan kerajaan serta badan-badan swasta bagi menjalankan program ini.
2.0 LATAR BELAKANG/PENGENALAN 2.1 Majlis Eksekutif Hal Ehwal Siswi ditubuhkan di bawah Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Ibrahim Yaakub Universiti Kebangsaan Malaysia. Organisasi ini ditubuhkan bagi menjaga kebajikan mahasiswi-mahasiswi yang menjadi majoriti penghuni di Kolej Ibrahim Yaakub di samping diamanahkan untuk merangka dan menjalankan aktivitiaktiviti di kolej kediaman.
2.2 Minggu Kesedaran Jenayah dirancang bertujuan bagi memberikan kesedaran dan pengetahuan mengenai jenayah semasa yang berlaku khususnya melibatkan remaja dan wanita. Program ini juga akan memberi pendedahan mengenai langkah-langkah penjagaan diri bagi mengelak daripada terlibat dengan jenayah yang mungkin berlaku.
Fokus utama Minggu Kesedaran Jenayah adalah lawatan ke Penjara Sejahtera Kajang dengan tujuan bagi memberi pengetahuan kepada para peserta mengenai struktur 2
MINGGU KESEDARAN JENAYAH 3 – 9 DISEMBER 2014
pengurusan penjara di samping merasai sendiri suasana di dalam penjara tersebut. Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan bagi melahirkan rasa insaf dan syukur dalam kalangan para peserta setelah diberi peluang melihat dan berinteraksi bersama banduan dan kakitangan penjara.
Selain lawatan ke Penjara Sejahtera Kajang, Minggu Kesedaran Jenayah juga akan diisi dengan pameran di foyer Kolej Ibrahim Yaakub, edaran risalah kesedaran jenayah dan kutipan sumbangan kepada bekas-bekas polis yang tinggal di sekitar Bandar Baru Bangi. Program ini akan berlangsung selama seminggu, bermula dari 3 Disember 2014 hingga 9 Disember 2014.
2.3 Tema Mahasiswa Cakna Masyarakat dipilih bagi menunjukan bahawa mahasiswa perlu prihatin mengenai isu semasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat sejak dari peringkat pengajian lagi. Hal ini kerana suatu hari nanti mahasiswa sendiri akan kembali berbakti kepada masyarakat setelah tamat pengajian. Oleh itu, mahasiswa perlu peka terhadap persekitaran dan masyarakat sekiling mereka.
3.0 MISI Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, menjadi tanggungjawab untuk memastikan kelancaran program ini dengan : 3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya dapat membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dan berdisiplin. 3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan. 3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas pelaksanaan program.
3
MINGGU KESEDARAN JENAYAH 3 – 9 DISEMBER 2014
4.0 MATLAMAT
4.1 Mengubah persepsi negatif para peserta terhadap banduan yang sedang menjalani hukuman di penjara terbabit.
4.2 Memupuk sifat prihatin dalam kalangan para peserta terhadap isu semasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
4.3 Melatih para peserta untuk bekerja sebagai sebuah organisasi yang memerlukan kerjasama dan dedikasi yang tinggi sesama ahli.
4.4 Memberikan pengetahuan mengenai jenayah yang berlaku khususnya jenayah yang berkaitan dengan wanita di samping langkah-langkah mencegahnya.
5.0 OBJEKTIF Selari dengan 8 Kontrak Pembelajaran pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai :
5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya.
5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi dimensi, membantu rakan-rakan secara proaktif serta membina kerja berpasukan untuk mencapai matlamat yang disepakati.
4
MINGGU KESEDARAN JENAYAH 3 – 9 DISEMBER 2014
5.3 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri.
5.4 Mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar seperti mencadangkan idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial dan sebagainya.
5.5 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran pengurusan dan keusahawanan dalam mencari dana bagi melancarkan program.
5.6 Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah, menunjukkan tingkah laku profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan.
5.7 Melahirkan sifat sosial dan kebertanggungjawaban dengan melahirkan kepekaan terhadap alam sekitar dan situasi sosial seperti perpaduan dan kebajikan pelajar.
5.8 Menilai tahap pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik setiap ahli jawatankuasa dalam mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat serta mensintesiskan masalah dengan tepat. 6.0 TEMA
“ Mahasiswa Cakna Masyarakat ” 7.0 ANJURAN Majlis Eksekutif Hal Ehwal Siswi Sesi 2014/2015 Kolej Ibrahim Yaakub Universiti Kebangsaan Malaysia. 5
MINGGU KESEDARAN JENAYAH 3 – 9 DISEMBER 2014
8.0 TARIKH DAN HARI Program ini dicadangkan untuk diadakan selama seminggu pada : Tarikh : 3 Disember 2014 – 9 Disember 2014 Hari
: Rabu - Selasa
9.0 TEMPAT PROGRAM Tempat program yang dicadangkan ialah Penjara Sejahtera Kajang, sekitar Bandar Baru Bangi dan Kolej Ibrahim Yaakub Universiti Kebangsaan Malaysia. 10.0 PUBLISITI Publisiti akan diadakan melalui bunting, poster, risalah dan Facebook Kolej Ibrahim Yaakub bagi menarik perhatian penghuni Kolej bagi menyertai lawatan ini. 11.0 CADANGAN PERASMI Perasmian : Inspektor Mohammad Zamzuri Bin Osman Ketua Balai, Balai Polis Bandar Baru Bangi. 12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM Jumlah peserta dianggarkan sebanyak 50 orang terdiri daripada penghuni Kolej Ibrahim Yaakub. 13.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk lampiran A
6
MINGGU KESEDARAN JENAYAH 3 – 9 DISEMBER 2014
14.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk lampiran B
15.0 BELANJAWAN Rujuk lampiran C
16.0 PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi : Pejabat Pengurusan Kolej, Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (u/p : Nur Athirah Binti Nor Azam. 019-4460726) Tel
: 03-8921 527
Faks : 03-8921 5268 E-mel :
[email protected]
17.0 SYOR/PENUTUP Diharapkan kertas kerja Minggu Kesedaran Jenayah ini akan mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan Kolej Ibrahim Yaakub dan Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM. Diharapakan juga kertas kerja ini dapat dipertimbangkan dan seterusnya mendapat sumbangan dan bantuan kewangan daripada pihak tuan/puan. Semoga program ini akan dapat berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat dan objektif yang telah ditekankan. Segala kerjasama dan sumbangan daripada semua pihak didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 7
MINGGU KESEDARAN JENAYAH 3 – 9 DISEMBER 2014
8
MINGGU KESEDARAN JENAYAH 3 – 9 DISEMBER 2014
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI MINGGU KESEDARAN JENAYAH Penaung Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Bin Ghazali Naib Canselor, UKM Pengerusi Y. Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Bt. Mohd Awal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM Penyelaras Encik Abdul Aziz Bin Abu Bakar Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM Penasihat Dr. Ruslin Bin Amir Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub, UKM Felo Penasihat Cik Tamalia Amanda Putri Bt. Othman Felo Kolej Ibrahim Yaakub, UKM Ketua Pengarah Nur Athirah Binti Nor Azam FST/2 A145950 019-4460726 Timbalan Pengarah 1 Noor Syahirah Binti Ahmad FST/2 A145925 019-5673005 Timbalan Pengarah 2 Nurul Hana Ashmira Bt Hamidon FEP/1 A147792 019-3459155 Setiausaha Nur Hanani Najwa Binti Md Khairi FSSK/1 A149939 017-7696761 Bendahari Nur Izzati Binti Zainudin FEP/1 A148010 017-3987743
9
MINGGU KESEDARAN JENAYAH 3 – 9 DISEMBER 2014 Pengarah Program
: Siti Nur Asmida Bt. Zambia FST/1 A149183
Timbalan Pengarah Program
: Nur Izyani Bt Zainol FPI/1 A147492
AJK Program
: Syahirah Akashah Bt Mohd Razali FEP/1 A147553 Nur Farhana Hanim Bt Badrul Hisham FEP/1 A147870 Marliyana Bt Mohd Noor A148296
Pengarah Protokol
: Nor Fahanim Binti Embong FST/2 A145877
Timbalan Pengarah Protokol
: Nur Attikah Bt Saad FSSK/1 A150351
AJK Protokol
: Nurul Hidayah Bt Berhan Suddin FPI/2 A149960 : Nurul Syuhada Binti Hassan A149922
Pengarah Pemasaran Timbalan Pengarah Pemasaran
: Suraya Nadzira Binti Zainorazdin FSSK/1 A151421 : Nur Aini Binti Abd Rahaman FPI/1 A147380
AJK Pemasaran
: Nor Fatihah Bt Mohd Hayati FEP/2 A146918 Umi Nurfadillah Binti Sugeng FEP/2 A143262 Norsham Shila Binti Ali Asan FPI/2 A144915
Pengarah Publisiti
: Nur Shahirah Bt Mohd Lam Shah FST/1 A149424
Timbalan Pengarah Publisiti
: Nur Shaidatul Akma Bt. Mat Salleh FPI/1 A147362
Pengarah Cenderamata
: Nur Mazlyn Binti Madzlan FSSK/1 A151430
Timbalan Pengarah Cenderamata
: Nur Dina Atiqah Bt Shariff FPI/1 A151945
Pengarah Keselamatan dan Pengangkutan : Muhamad Luqman Bin Ridzuan FEP/1 A147661 Pengarah Tugas- Tugas Khas
: Nur Najlaa’ Bt Muhammad Ali Nawar FEP/1 A149587
AJK Tugas-Tugas Khas
: Nurul Huda Binti Mohd Farith A146914 : Nor Izyan Syafiqah Binti Ramizan FEP/1 A147854
Pengarah Jamuan
: Nor Suraya Binti Aziz FST/2 A145755
Timbalan Pengarah Jamuan
: Hadirah Syahrain Binti Supian FST/2 A145798
AJK Jamuan
: Norsyahira Bt. Shakri A149558
10
MINGGU KESEDARAN JENAYAH 3 – 9 DISEMBER 2014
Pengarah Teknikal
: Muhammad Yasir Bin Hamdan A151438
Timbalan Pengarah Teknikal
: Wan Muhamad Faiz Bin Wan Abdul Aziz A149586
AJK Teknikal
: Muhammad Amirul Faiz Bin Mohd Ali A148430
Pengarah Logistik
: Muhammad Hadafie Bin Othman FEP/1 A147630
AJK Logistik
: Nur Aisyah Bt. Mohd Hazbir A146922 : Badrul Hisham Bin Kamarudin A148158
11
MINGGU KESEDARAN JENAYAH 3 – 9 DISEMBER 2014
LAMPIRAN B ATURCARA PROGRAM TARIKH DAN MASA
PERKARA
TEMPAT
3 Disember 2014 (Rabu) 9.00 pagi
Bertolak ke Penjara Sejahtera Kajang
9.30 pagi
Sesi Taklimat oleh Pegawai Penjara Sejahtera Kajang
10.15 pagi
Sesi lawatan dan penerangan di Pusat Rawatan dan Pemulihan Dadah (PRPD), Penjara Wanita dan kawasan sekitar penjara ( tempat dijalankan hukuman, bilik kurungan, pusat kraf,dll)
12.30 tengahari
2.00 petang 2.30 petang
Penjara Sejahtera Kajang
Sesi perkongsian bersama penghuni dan kakitangan penjara Majlis penutup dan penyampaian cenderahati kepada pihak penjara Bertolak pulang ke UKM
4 Disember 2014 ( Khamis)
10.00 pagi
Fakulti- fakulti, Edaran risalah dan pepper spray serta kutipan sumbangan kebajikan untuk Pusanika, dan Kolej pesara-pesara polis. Ibrahim Yaakub Persiapan pelancaran Kesedaran Jenayah
Minggu
UKM.
12
MINGGU KESEDARAN JENAYAH 3 – 9 DISEMBER 2014
5 Disember 2014 (Jumaat) 9.00 pagi
Perasmian Minggu Kesedaran Jenayah oleh Ketua Balai, Balai Polis Bandar Baru Bangi, Inspektor Mohammad Zamzuri Bin Osman.
Foyer Kolej Ibrahim Yaakub, UKM
10.30 pagi
Forum Kesedaran JenayahWanita & Jenayah : Menjadi @ Mencari mangsa? Panelis : Kamal Affandi Hashim (penganalisis jenayah) Pegawai dari Kementerian Dalam Negeri(KDN)/ PDRM Wakil Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
ATAU Aras 5 Pusanika
Pameran Kesedaran Jenayah
6 Disember 2014 ( Sabtu)
10.00 pagi
Edaran risalah dan pepper spray serta Sekitar Bandar Baru kutipan sumbangan kepada pesara Bangi polis/tentera
7 Disember 2014 ( Ahad)
10.00 pagi
Sesi lawatan dan penyerahan Sekitar Bandar Baru sumbangan kepada pesara-pesara Bangi polis/tentera.
4 – 9 Disember 2014 ( Khamis - Selasa) Pameran kesedaran jenayah
Foyer Kolej Ibrahim Yaakub ATAU Aras 5, Pusanika
13
MINGGU KESEDARAN JENAYAH 3 – 9 DISEMBER 2014
LAMPIRAN C BELANJAWAN Anggaran Pendapatan
BIL. 1.
PERKARA
RM
Sumbangan Kolej Ibrahim Yaakub Jabatan Perkhidmatan Pelajar Pihak luar (Syarikat korporat/yayasan/kementerian/adun)
1000.00 800.00 1000.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN
2, 800.00
Anggaran Perbelanjaan BIL. 1.
2.
3.
PERKARA Publisiti Backdrop (RM 70 x 1) Poster (RM 5 x 20) Risalah RM (0.50 x 200) Banner (RM 50 x 1)
70.00 100.00 100.00 50.00
Jamuan Peserta dan AJK ( RM 5 x 100 x 2 hari) VIP (RM 10 x 10)
1,000.00 100.00
Protokol dan pengurusan Buku program ( RM 4 x 5) Kertas A4 ( RM 10 x 4) Alat tulis dan kelengkapan
RM
20.00 40.00 45.00
4.
Cenderamata Pihak Penjara & Perasmi ( RM 50 x 2) VIP ( RM 20 x 5 ) Hamper ( RM 15 x 5)
100.00 100.00 75.00
5.
Hal-hal lain (sumbangan ihsan, pengangkutan, baju program, gimik perasmian, dll)
1,000.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN
2, 800.00
14