KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA TARIKH 25 & 26 APRIL 2015 TEMPAT HUTAN PENDIDIKAN ALAM, UKM ANJURAN URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (UPSM) DENGAN KERJASAMA PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN ALUMNI TEMA “KEPIMPINAN MENCORAK KEGEMILANGAN GENERASI BAHARU”
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0
TUJUAN
Memohon kelulusan dan bantuan kewangan daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni bagi menjayakan Kursus Kepimpinan Perdana. 2.0
PENGENALAN
2.1
Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) merupakan sebuah urusetia yang
ditubuhkan atas kesedaran untuk mengatasi kekurangan tenaga dalam membantu pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar UKM memberikan latihan kepimpinan dan menganjurkan program tertentu kepada pelajar-pelajar UKM. 2.2
Di awal penubuhannya, UPSM yang dahulunya dikenali sebagai Fasilitator Siswa mengambil
wakil-wakil pelajar daripada kolej, fakulti atau persatuan/kelab tertentu yang berkebolehan memimpin untuk berada di bawah satu bumbung dan diberikan latihan yang lebih intensif sebagai persediaan untuk membantu HEP menyempurnakan latihan kepada mahasiswa-mahasiswi UKM yang lain. 2.3
Perubahan struktur dan dasar telah menyaksikan UPSM hari ini mendaftarkan ahlinya sendiri
melalui Minggu Pengenalan Persatuan seterusnya memberikan latihan-latihan yang direncanakan sepanjang tahun tanpa lari daripada konsep latihan di awal penubuhannya hinggalah ke hari ini. Latihan kepimpinan yang dirancang diberi keutamaan kepada ahli-ahli UPSM sendiri sebagai peserta sebelum diteruskan kepada pelajar-pelajar UKM yang lain. Setiap modul latihan yang ditetapkan oleh JPPel mengikut tahap-tahap tertentu akan menggunakan khidmat/tenaga kepakaran dari dalam UKM sendiri di samping dibantu oleh alumni-alumni UPSM yang sentiasa bersedia menurunkan ilmu dan menyumbang bakti kepada UKM. 2.4
Selain bertindak sebagai tulang belakang kepada JPPel, UPSM juga kerap menganjurkan
program-program anjuran sendiri seperti Kem Motivasi, Bakti Siswa, OPKIM (Operasi Khidmat Masyarakat), Deligasi Patriotik (DETIK) dan sebagainya sebagai pelengkap kepada ilmu berorganisasi yang diperolehi.
2.5
Program ini direncanakan untuk memberi laluan yang baik kepada para pelajar untuk
memotivasikan diri sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang. Program ini juga sebagai medium bagi menjana pelajar untuk membina keyakinan dan keberanian dalam diri supaya ianya dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan kehidupan mereka.
3.0
MATLAMAT
3.1
Memperkukuhkan hubungan antara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan pihak luar.
3.2
Memberi kesedaran terhadap peserta tentang tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.
3.3
Membentuk semangat pasukan yang mengaplikasikan konsep kerjasama dan semangat saling melengkapi.
3.4
Memantapkan peserta dengan ilmu pengucapan umum yang baik.
3.5
Mendedahkan dengan lebih jelas kepada peserta tentang konsep kepimpinan.
4.0
OBJEKTIF
4.1
Melahirkan generasi yang dinamis, berakhlak mulia dan mampu berdikari.
4.2
Memperkaya dan menjana pelajar dari segi moral, kedinamikan kepimpinan, kerja berpasukan dan berdikari.
4.3
Melatih pelajar tentang persediaan menghadapi segala bentuk cabaran yang bakal dihadapi di sekolah dan kerenah pelajar-pelajar lain.
5.0
TEMA “KEPIMPINAN MENCORAK KEGEMILANGAN GENERASI BAHARU”
6.0
ANJURAN
Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni.
7.0
TARIKH
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada: Tarikh : 25 & 26 APRIL 2015
8.0
TEMPAT PROGRAM
8.1
Hutan Pendidikan Alam, UKM
9.0
PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Peserta:
120 orang pelajar SMK Bandar Baru Sungai Long yang terdiri daripada Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan AJK Koperasi Sekolah.
Urusetia:
10.0
75 orang mahasiswa.
STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
11.0
TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
12. 0 PERINCIAN PROGRAM 12.1 Ice Breaking Peserta akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mereka akan saling berkenalan antara mereka supaya mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Aktiviti ini memudahkan mereka mengenali satu sama lain dan menghilangkan rasa malu dalam diri antara mereka sendiri. Selain itu, aktiviti ini akan membentuk sebuah kumpulan yang mana mereka akan kekal dalam kumpulan yang sama sepanjang program ini dijalankan. Hal ini adalah untuk mengeratkan antara mereka dan mewujudkan semangat kerja berpasukan dalam pelbagai generasi. 12.2 Nightwalk Aktiviti ini dilakukan di dalam hutan melibatkan semua peserta untuk berjalan di dalam hutan sambil melihat keindahan hutan di waktu malam.Objektif aktiviti ini adalah untuk menanamkan rasa rendah diri kepada Tuhan akan alam ciptaannya dan juga menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan. 12.3 Idea & Create Aktiviti ini akan dilaksanakan secara serentak oleh semua kumpulan. Peserta diminta untuk berfikir di luar kotak untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang diberikan dan mencatat masa terpantas. Objektif utama aktiviti ini adalah menanam pemikiran bahawa tidak ada apa yang mustahil sekiranya kita berusaha. 12.4 Blindfold (Aktiviti Ekor Ikan) Peserta dikehendaki untuk menampal ekor binatang yang telah diberikan oleh urusetia dengan mata diikat dengan kain hitam.Markah akan diambil untuk setiap percubaan yang berjaya.Peserta dibenarkan untuk mengganggu atau tidak mengganggu peserta yang sedang melakukan aktiviti ini.Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih peserta untuk yakin pada diri sendiri dan juga tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luar. 12.5 Pembentukan Kumpulan Peserta akan beberikan beberapa ayat untuk dibaca dengan menggunakan gaya tubuh dengan betul. Aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri dalam melakukan sesuatu perkara diluar kebiasaan. Peserta dapat menjadikan komunikasi lebih menarik dalam usaha meyakinkan orang.
12.6 Malam Kebudayaan Aktiviti ini melibatkan semua peserta untuk mengimbas kembali kisah-kisah yang telah mereka lalui sepanjang hidup mereka.Aktiviti ini disertai dengan muzik yang menyedihkan dan turut disertakan dengan
peristiwa
yang
bakal
terjadi
sekiranya
peserta
tidak
ambil
endah
dengan
sekelilingnya.Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya mengejar cita-cita seiring dengan hasrat ibu bapa peserta. 12.7 Obstacle Aktiviti ini ala-ala seperti “Explorace” tetapi
peserta dikehendaki untuk menyelesaikan setiap
tugasan di checkpoint-checkpoint yang telah ditetapkan.Setiap checkpoint mempunyai tugasan yang berbeza dan tahap kesusahan yang berlainan.Aktiviti ini bertujuan untuk menguji daya fizikal peserta dan juga menguji kreativiti peserta untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.Semangat kerjasama antara setiap ahli kumpulan akan terserlah melalui aktiviti ini.
13.0
BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
14.0
PEJABAT URUSAN
Sebarang urusan dan pertanyaan, sila hubungi :
Urusetia Pembangunan Sumber Manusia Paras 2, Bangunan Pusanika Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor Darul Ehsan (u/p : Wan Nadhirah binti Wan Rusli )
15.0
Tel
: 0112-3309917
Faks
: 03-89253352
E-mel
:
[email protected]
Laman Web
: upsm-ukm.blogspot.com
PENUTUP
Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat bantuan kewangan daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan seterusnya mencapai objektif yang telah disasarkan. Terima kasih kepada pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni di atas kerjasama yang diberikan.
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM MOTIVASI
Penaung YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM
Pengerusi YBhg. Prof. Datin Noor Azizah Binti Mohd Awal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM
Penyelaras Lt. Kol. (Bersekutu) PA Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan Pengarah Pusat Pembangunan Mahasisiwa dan Perhubungan Alumni
Penasihat 1 Cik Najwa Ahmad Zawawi Ketua Pusat Khidmat Siswa, Universiti Kebangsaan Malaysia
Penasihat 2 Encik Abdul Qaiyum Borhan Eksekutif Pusat Citra, Universiti Kebangsaan Malaysia
Ketua Pengarah Wan Nadhirah Binti Wan Rusli (FEP/3/A139392) 0112-3309917
Timbalan Ketua Pengarah Siti Nazariah Binti Mohd Nasil (FPEND/2/A143884) 0111-7938303
Setiausaha Siti Khairunnazurah Binti Kaspari (FTSM/2/A146308) 017-3306824
Bendahari Nurul Syakinah Binti Shabudin (FST/2/A146705) 0111-5629569 .
Pengarah Program
: Asyraf Bin Aman (FST/2/A146168) : Muhammad Razali Bin Mohd Azaman (FKAB/2/A143914)
Pengarah Pemasaran
: Nursyahirah Binti Dzulkifli (FPI/2/A144951) : Muhammad Amirul Rafiq Bin Ahmad Affendi (FST/2/A146184)
Pengarah Kebajikan dan
: Hairol Anuar Bin Md. Isa (FKAB/2/A144016)
Penginapan
: Najatul Amira Binti Rahmat (FKAB/2/A142390)
Pengarah Pengangkutan dan
: Zulfazri Bin Ismail (FST/2/A145902)
Keselamatan
: Nurhumaizatul Akmal Binti Mustafa (FSSK/3/A142416)
Pengarah Protokol
: Nurul Hidayah Binti Jamil (FTSM/2/A146705)
dan Cenderamata
: Suraiya Musfirah Binti Razalan (FST/3/A141638)
Pengarah Tugas-tugas Khas
: Norazana Binti Awang Kechik (FSSK/3/A140760) : Nor Hafiza Binti Kassim (FSSK/3/A140904)
Pengarah Teknikal
: Siti Aqilah Binti Mohammad Hadzir (FST/3/A141837) : Nur Hamizah Binti Romli (FTSM/3/A142182)
Pengarah Jamuan
: Alnurmaeza Binti Matyusof (FEP/3/A140203) : Farhan Noor Bin Ishak (FSSK/3/A140784)
LAMPIRAN B TENTATIF PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PERDANA 25 & 26 APRIL 2015 Tarikh dan Masa
Program
Tempat
25 April 2015 (Sabtu) 9.00 pagi 9.30 pagi
10.30 pagi 11.00 pagi 12.00 tengah hari 1.00 petang 2.00 petang 3.30 petang 5.00 petang 5.30 petang 6.30 petang 7.00 petang 9.00 petang 11.00 petang 12.00 tengah malam 3.30 pagi
Tiba di Hutan Pendidikan Alam/Pendaftaran Peserta Taklimat Program -Ketua Pengarah -Program -Kebajikan & Penginapan -Pengangkutan & Keselamatan -Disiplin Minum Pagi Ice Breaking dan Pembahagian Kumpulan Pembentukan Kumpulan Kemas Diri/Makan Tengah Hari/Solat Zohor Pembentangan Pembentukan Kumpulan Idea & Create Minum Petang/Solat Asar Blindfold (Ekor Binatang) Makan Malam Kemas Diri/Solat Maghrib & Isyak/Bacaan Yassin Malam Kebudayaan Minum Malam/Rehat Night Walk Rehat Diri
Hutan Pendidikan Alam
26 April 2015 (Ahad) 6.00 pagi
Kemas Diri/Solat Subuh/Tazkirah
Hutan Pendidikan Alam
7.00 pagi
Riadah Pagi
Sekitar Kawasan Hutan Pendidikan Alam
8.00 pagi 9.00 pagi 11.30 pagi 12.30 tengah Hari 1.00 petang 3.00 petang
Sarapan Pagi Obstacle Minum Pagi/Kemas Diri Makan Tengah Hari Majlis Penutup Bertolak Pulang
LAMPIRAN C ANGGARAN BELANJAWAN KURSUS KEPIMPINAN PERDANA BELANJAWAN Anggaran Pendapatan Bil
Perkara Sumbangan Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Long (RM40 X 120) Tabung UPSM Badan-badan Swasta JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN
RM
1
2000.00 4800.00 200.00 2000.00 9000.00
Anggaran Perbelanjaan Bil 1
2
3
RM
Perkara Tugas-tugas Khas Banner (RM100 X 1) Tag Nama (RM2 X 195) Baju (RM30 X 75 )
100.00 390.00 2250.00
Cenderamata Pihak Sekolah Hamper / Hadiah (RM50 X 2) VIP
100.00 100.00 100.00
Jamuan Sarapan Pagi (RM3 X 195 X 1) Minum Pagi (RM3 X 195 X 2) Makan Tengah Hari (RM6 X 195 X 2) Minum Petang (RM3 X 195 X 1) Makan Malam (RM5 X 195 X 1)
585.00 1170.00 2340.00 585.00 975.00
4 Runcit dan Kontinjensi JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN
305.00 9000.00