Keluaran Oktober 2005
Diterbitkan bagi pekerja-pekerja BSP / BLNG / BST / BSM
KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL
BSP mendokong pemeliharaan alam sekitar HALAMAN TENGAH
Awasi Selsema Masa Kini
Virus selsema bukan lagi seperti yang pernah dikenali suatu masa dulu. Muka Surat 2
Liputanpenting Helikopter Baru Bagi Operasi BSP
BSP akan menerima tiga Sikorsky S-92A. Muka Surat 5
Cabaran Membina Naluri Setiakawan
Kakitangan BSP menuju puncak Kinabalu. Muka Surat 10
Penyunting - Saiful Mahadhir Nordin (CEA/211) - 3374184 / Penolong Penyunting - Azrina Taib (CEA/2110) - 3375951 / Gambar - James How (CEA/213) & Mohd Zufri Mohd Bakhtiar (CEA/2131)
2 Salam, Oktober 2005
BeritaKesihatan, Keselamatan, Alam Sekitar
Memahami Demam Selsema
Oleh Dr Ahmad Fakhri DP Hj Junaidi Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan
Apakah demam selsema itu? Demam selsema adalah satu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus selsema. Selsema menyebabkan sakit ringan atau tenat yang boleh membawa maut. Golongan berumur, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit tertentu mudah terdedah kepada bahaya-bahaya demam selsema.
Gejala-gejala demam selsema Gejala-gejala demam selsema termasuk:
• • • • • • • •
Sakit demam panas Sakit kepala Letih keterlaluan Batuk kering Sakit kerongkong Hidung berhingus atau tersumbat Sakit-sakit otot Rasa mual, muntah dan cirit-birit juga boleh berlaku tetapi lebih lazim di kalangan kanak-kanak daripada orang-orang dewasa
Adakah selsema burung mempunyai hubungan dengan demam selsema dihidap oleh manusia? Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO barubaru ini melahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan selsema burung yang membentuk di benua Asia menjadi wabak selsema secara pandemik. WHO menekankan bahawa kejadian-kejadian wabak sejak tahun 2004 adalah disifatkan sebagai satu amaran bahawa wabak pandemik pastinya akan berlaku. Ciri-ciri virus selsema yang berubah-ubah juga menimbulkan cabaran penting dalam meramalkan secara tepat tentang kejadian wabakwabak pandemik dan jenis-jenis virus yang akan menyebabkan pandemik itu tidak dapat dipastikan. Pada masa ini virus selsema burung tidak berjangkit dari seorang individu kepada yang lain, kecuali dalam keadaan jarang sekali. Bagaimanapun andainya virus berkenaan mampu meningkatkan daya tahap peredarannya dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain, maka setiap umat manusia didunia ini adalah mudah terdedah kepada jangkitannya - melalui batuk dan bersin - dan merupakan kuman yang sungguh asing kepada daya pertahanan diri dan akan mengakibatkan sakit yang serius.
Adakah kita harus bimbang tentang demam selsema? Demam selsema bermusim selalunya mengakibatkan demam ringan dan kebanyakannya tidak serius. Demam selsema bermusim ini berlaku sepanjang tahun, terutamanya di negara-negara iklim sederhana di mana demam tersebut mencapai kemuncaknya pada musim sejuk. Demam selsema juga merebak secara global dari semasa ke semasa disebabkan oleh jenis virus tertentu seperti virus Fujian, Caledonian dan Shanghai. Mengikut sejarah, demam selsema yang merebak sebagai wabak pandemik telah berlaku sekali setiap beberapa dekad dan tersebar ke seluruh dunia. Wabak pandemik terakhir berlaku pada tahun 1968, di mana ianya dianggarkan telah meragut satu juta penduduk dunia. Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran ke seluruh dunia tentang kemungkinan selsema burung di benua Asia menjadi pandemik. Ini bermakna kesemua warga dunia terdedah kepada jangkitan virus yang tersebar melalui batuk dan bersin. Berdasarkan pemerhatian ini, adalah berkemungkian besar wabak pandemik akan berlaku lagi yang mana amat membimbangkan, apatah lagi ditengah-tengah laporan baru-baru ini mengenai kejadian selsema burung yang virusnya sangat berbeza dari jenis keturunan virus yang tersebar. Hanya segelintir umat, itupun kalau ada sama sekali, yang mempunyai daya pertahanan diri untuk menentang jenis keturunan virus yang baru ini. Wabak pandemik demam selsema berkemungkinan besar menyebabkan gejala-gejala demam selsema biasa, tetapi gejala-gejala ini mungkin mejadi semakin serius dan lebih mudah berjangkit.
Adakah cara untuk membezakan demam selsema dari selsema biasa? Demam selsema dan selsema biasa kedua-duanya adalah penyakit pernafasan dengan gejala-gejalaa yang serupa, dan adalah sukar untuk membezakan antara satu dengan lain berdasarkan gejala-gejala semata-mata. Patogen masing-masing adalah berlainan dan hanya dapat dikenalpasti dengan tepat melalui ujian-ujian makmal. Pada umumnya, demam selsema adalah lebih teruk daripada selsema biasa dan gejala-gejalanya seperti demam dingin-panas, sakit-sakit badan, keletihan yang keterlaluan dan batuk kering menjadi lebih intensif. Selsema biasa secara am tidak mengakibatkan masalah-masalah kesihatan serius seperti demam radang paru-paru, jangkitan bacteria atau memerlukan perawatan rumah sakit.
Komplikasi yang timbul akibat demam selsema Komplikasi-komplikasi demam selsema: • Penyakit radang paru-paru • Pendehidratan (hilang cecair badan) • Keadaan penyakit semakin teruk, seperti kegagalan jantung, asma atau diabetis. • Kanak-kanak boleh menghidap penyakit sinus atau jangkitan di telinga
Bagaimana selsema berjangkit? Virus demam selsema berjangkit melalui tempias ketika batuk atau bersin. Virus ini lazimnya berjangkit dari seseorang kepada yang lain, namun ia juga boleh berjangkit apabila seseorang menyentuh mulut atau hidung selepas terpegang sesuatu yang berkuman selsema. Kebanyakan orang dewasa boleh menjangkiti orang-orang lain bermula sehari sebelum gejala-gejala timbul dan sehingga lima hari selepas ia mejadi demam. Ini bermakna awda boleh menjangkitkan virus demam selsema kepada orang lain sebelum awda mengetahui bahawa awda sendiri jatuh demam, dan juga semasa awda sedang demam.
Bagaimana demam selsema boleh dihindarkan? Mengamalkan tabiat kesihatan yang baik adalah cara penting dan mudah kearah menghindarkan demam selsema seperti tidak mengadakan kontak dekat dengan orang lain yang sakit, dan mengurangkan kontak dekat dengan orang lain jika awda sendiri yang sakit. Menutup mulut dan hidung awda dengan kertas tisu semasa batuk atau bersin akan mengurangkan kejangkitan. Mencuci tangan awda seringkali juga akan melindungi awda dari dijangkiti virus dan kuman-kuman lain. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut awda kerana virus sering disebarkan apabila seseorang menyentuh benda-benda yang tercemar dan kemudiannya menyentuh pula mata, hidung atau mulutnya sendiri.
Bersambung di halaman 3
Salam, Oktober 2005 3
Dari Meja
Pengarah Urusan
Keutamaan & Prestasi
Rakan Sejawat Sekalian, Di sesi ‘ Cascade’ Kakitangan suku tahun ke-3, saya bercakap tentang keselamatan yang merupakan keutamaan saya dan juga bagi keluarga kita; pendek kata, keutamaan bagi kita semua. Saya tekankan penting bagi kita ketahui 10 Peraturan Dalaman BSP dan mengamalkannya. Saya hargai jika awda luangkan masa untuk perkara ini dan saya yakin ahli-ahli keluarga kita juga akan turut menghargainya. Sesi Cascade baru-baru ini memuaskan dan ramai kakitangan berkongsi maklumat tentang usaha-usaha yang sedang diungkayahkan. Kita juga telah dimaklumkan tentang peningkatan prestasi yang
pada umumnya “tepat pada sasaran”. Kita boleh mencapai yang lebih baik; terus mantapkan usaha tetapi harus saya tekankan yang prestasi keselamatan tetap menjadi keutamaan. Sehubungan itu, saya bimbang dengan insiden-insiden yang nyaris berlaku dan satu catatan LTI yang pertama dalam 10 bulan. Teruskan usaha dan luangkan lebih masa bagi perkara berkaitan keselamatan. Baru-baru ini saya membuat lawatan ke Jepun bersama Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Paduka Awg Hj Yahya, Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri dan Pengerusi Lembaga Pengarah BSP. Saya berpeluang melihat matlamat akhir hasil sumber gas yang dikeluarkan di Brunei Darussalam, dari segi terminal-terminal yang menerimanya dan kepentingannya kepada Jepun. Brunei Darussalam adalah pembekal LNG yang keempat terbesar di dunia dan pembeli-pembelinya Tokyo Gas dan Tokyo Electric, memuji operasi Brunei sebagai boleh dipercayai. Kami juga meraikan penghantaran kargo ke-5,000 dari BLNG ke Jepun, yang merupakan rekod pertama di dunia. Terimakasih kepada semua di BSP, BLNG, BST dan BSM atas kerja cemerlang mereka setiap hari bagi memungkinkan pencapaian ini. Kepada semua kakitangan samada di darat atau luarpantai, ingatlah bahawa keselamatan awda diutamakan selalu. Pastikan awda sentiasa peka temuilah penyelia awda dengan segera bila awda rasakan keselamatan akan terjejas. Musim hujan sekarang ini boleh menyebabkan bahaya jika jalanraya licin dan jarak penglihatan terhad, justeru itu, silalah lebih berhati-hati. Saya juga mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kakitangan BSP, BLNG, BST dan BSM. Salam hormat - Grahaeme
Memahami Demam Selsema Sambungan dari halaman 2 Rawatan bagi demam selsema Adalah penting membanyakkan istirehat serta mengambil minuman banyak cecair jika awda sedang mengidap demam selsema. Elakkan meminum alcohol dan merokok kerana ini akan memburukkan lagi keadaan awda. Awda juga dinasihatkan supaya memakan ubat untuk mengurangkan gejala-gejala demam selsema (misalannya, paracetamol, actified, benadryl). Dalam kes-kes yang sangat teruk, doktor awda mungkin memilih untuk menggunakan ubat-ubat anti-virus tertentu untuk mengubat demam selsema awda. Adalah penting menyedari demam selsema disebabkan oleh virus, justru itu ubat-ubat antibiotic tidak mempunyai kesan. Pihak doctor hanya akan menggunakan antibiotic jika awda mengidap kejangkitan bakteria yang kedua atau sampingan pada waktu yang sama. Jika awda mengalami gejala-gejala yang seakan-akan gejala demam selsema dengan sukar bernafas dan/atau keadaan awda bertambah buruk, dapatkanlah rawatan dari pusat kesihatan terdekat atau dari rumah sakit
Tabiat kesihatan yang baik Tabiat kesihatan yang baik penting bagi menghindar jangkitan selsema.
• • •
• •
Elakkan bersentuhan secara dekat Elakkan bersentuhan yang terlalu dekat dengan pesakit. Apabila awda sakit, jauhilah orang-orang lain bagi melindungi mereka dari jangkitan. Duduk di rumah sekiranya awda sakit Jika boleh, jangan keluar rumah untuk ke tempat kerja, sekolah dan lain-lain tempat. Tutup mulut dan hidung Tutup mulut dan hidung awda dengan kertas tisu apabila batuk atau bersin. Ini boleh mengelakkan jangkitan kepada mereka yang ada di sekeliling awda. Cuci tangan Selalu cuci tangan awda. Jangan sentuh mata, mulut dan hidung Jangkitan berlaku apabila awda menyentuh benda yang terdapat kuman padanya dan kemudian, dengan tangan yang sama awda menyentuh pula mata, mulut atau hidung.
Bagaimana saya akan mengetahui tentang wujudnya wabak pandemik selsema? Pihak WHO akan membuat pengumuman pada peringkat permulaan sesuatu wabak pandemik. Dengan berpandukan kepada maklumat-maklumat dari WHO, Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan-perkembangan pandemik tersebut dan langkah-langkah wajar yang perlu diambil bagi perlindungan penduduk sejagat.
Permulaan Bagi Pematangan & Pembangunan Diri Awda
Tahukah awda bahawa awda mampu mengakses ribuan e-kursus dan e-buku di Skillport? Akses adalah PERCUMA. Kenapa lepaskan peluang ini? Layari laman Skillport dan alami manfaat e-pembelajaran Klik akses segera melalui Laman IBS
SKILLPORT: Laman web e-pembelajaran yang cemerlang. Kursuskursus dan kandungan-kandungan yang teratur. Pelbagai kursus terdapat untuk meningkatkan kemahiran awda dan untuk memperolehi pengetahuan baru. Penting sekali, awda boleh mengikuti kursus pada bila-bila masa dan ianya adalah percuma!. Pemilik Aplikasi Pengeluaran IT [Masjuwita], Brunei “Saya berpendapat halaman Skillport sangat baik. Saya merasa seperti seorang kanak-kanak yang telah dihadiahkan satu kedai gula-gula yang baru!’ Pembantu Teknikal IT, Dubai “Tahniah kerana memberikan produk e-pembelajaran yang cemerlang ini.” Pengurus Projek, Nigeria “Satu aduan yang lazim kedengaran di dalam organisasi-organisasi IT ialah kurangnya halatuju kerjaya teknik yang jelas. Tetapi lain pula keadaannya kini. Halatuju bagi kerjaya IT telah semakin jelas. Saya telah mampu menentukan apa sebenarnya pilihan saya dengan pantas dan sekarang saya sudah maju ke hadapan. Saya mengsyorkan setiap aspek yang ditawarkan di Skillport dan Books 24x7. Tawaran begini jarang berlaku. Selama 10 tahun saya menceburi bidang IT belum pernah saya menikmati akses sebegini luas untuk sumber pengetahuan pembangunan diri dalam IT. Bermula dengan kursus pengenalan kepada Java melalui Skillport, saya diberi peluang dua minggu kemudiannya menghadiri kelas latihan luaran selama lima hari. Saya gembira melihat kursus Skillport meliputi perkara yang sama dengan kelas latihan luaran (tetapi lebih mendalam) yang menelan belanja lebih US$1,000 untuk saya mengikutinya di samping kerugian produktiviti lima hari.” Penganalisa Kanan, US
4 Salam, Oktober 2005
Penyiapan Projek MCHE pembeli-pembeli di Jepun dan Korea. Sepanjang 30 tahun penggunaannya, keupayaan unit-unit MCHE sedia ada semakin menurun. Dengan permintaan yang semakin bertambah dari pihak pengeluaran tahun demi tahun, jumlah masa penutupan yang diperlukan untuk kerjakerja baikpulih semakin bertambah dan agak mustahil unit-unit tersebut mampu bertahan bagi 30 tahun lagi. Keputusan diambil pada 2001 untuk menukar empat MCHE dengan unit-unit baru yang dibuat di Jerman. Penggantian MCHE itu bermula pada 2004 dengan penggantian Train 4 dan Train1, disusuli penggantian Train 2 dan Train 3 pada 2005 sebagai pencapaian utama yang pertama dalam pekej ProjekProjek Pelan Rujukan Aset. Pemasangan MCHE PADA 2001, Shell Global Solutions International telah mengendalikan penilaian Loji Brunei LNG. Hasilnya adalah satu Pelan Rujukan Aset dengan sasaran untuk memanjangkan Hayat Teknikal Loji LNG bermula pada 2013 bagi tempoh 20 tahun seterusnya. Ini menghasilkan jangkaan hayat 60 tahun sejak permulaannya pada 1973. Pelan ini merangkumi projek-projek permbaharuan utama yang perlu dilaksanakan dalam persekitaran padang minyak yang matang dengan gangguan yang minima terhadap rancangan pengeluaran yang disasarkan. Dengan peruntukan kewangan B$500 juta, projekprojek ini termasuk penggantian Penukar Haba Kriogenik Utama (MCHE), peningkatan loji janakuasa, pembaharuan menara penyejuk, penggantian injap-injap kawalan dan lain-lain lagi. Unit MCHE merupakan peralatan terpenting dalam proses pengeluaran LNG di mana gas akhirnya dicairkan setelah melalui satu siri proses yang rumit. Setelah suhu 162 darjah selsius di bawah paras beku dicapai, produk LNG akan disalurkan ke dalam tangki-tangki kapal LNG untuk dihantar kepada
yang baru dilaksanakan dengan kesemua Train LNG meneruskan pengeluaran pada keupayaan penuh.Unitunit tersebut hanya digantikan satu-persatu dengan unit yang baru apabila berlaku penutupan. Aktivitiaktiviti tukarganti ini berjalan serentak dengan kerjakerja pembaikpulihan utama yang lain semasa penutupan menyeluruh loji. Penyiapan kerja mengganti empat MCHE itu berjaya dilaksanakan lebih awal daripada jadual, bersama kerja pembaikpulihan utama yang lain samada yang berjadual atau tidak dijadualkan pada 2005, dan kesemuanya dicapai tanpa sebarang Kes Hilang Masa akibat Kecederaan (LTI) yang memberikan syarikat satu prestasi HSE yang cemerlang. Kerja-kerja penyempurnaan projeck dan memulakan operasi mencerminkan usaha berpasukan contoh diantara Fungsi Operasi, Teknologi dan Kejuruteraan. Tambahan pula prestasi para kontraktor menunjukkan pembaikan yang signifikan yang akhirnya menghasilkan kerja berkualiti. Kini BLNG sudahpun menghantar lebih 5,000 kargo ke Jepun, yang mana adalah satu mercutanda yang sangat penting. Penyiapan-penyiapan kerja lebih awal daripada jadual, tanpa kebocoran-kebocoran pengeluaran dan tanpa kerugian dari segi Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar disifatkan sebagai pencapaian Kelas Dunia. Ia adalah satu pencapaian kebanggaan BLNG dan merupakan yang pertama sekali pada skala ini dalam Industri LNG. Brunei LNG telah menunjukkan dengan jelas bahawa pelaksanaan kerja kejuruteraan yang kompleks di loji yang beroperasi dapat dilakukan dengan selamat, siap lebih awal daripada penjadualannya dengan keberhasilan yang berkualiti.
Penyerahan Pos Pengawal Polis Badas SEBAGAI sebahagian usaha dan komitmen berterusan BLNG kearah kepentingannya, kerajaan dan orang ramai, Brunei LNG telah menyiapkan pembaharuan Pos Pengawal Polis Badas. Satu majlis penyerahan bagi Pos Pengawal Polis Badas itu telah diadakan pada hari Isnin, 25 Ogos 2005, bertempat di Stesen pam Badas di Seria. Majlis itu dirasmikan oleh Pengurus Loji Kanan
Brunei LNG, Hj Matsatejo bin Sokiaw yang telah menyerahkan pos pengawal polis itu kepada wakil Pasukan Polis Diraja Brunei, Pg Kamaluddin bin Pg Setia Raja Pg Hj Jaya, Pegawai Pemerintah PoIis Daerah, (OCPD) Daerah Belait. Jurutera Projek, Hj Nordin Hj Ahmad, dalam ucapannya telah menekankan bahawa peningkatan dan pembaharuan Pos Pengawal Polis itu bertujuan untuk memperbaikkan lagi dan menyediakan kemudahan bekerja yang selesa bagi anggota-anggota polis yang ditempatkan disitu. Ia juga bertujuan untuk mengoptimakan keperluan keselamatan bagi stesenstesen pam yang dimiliki oleh kerajaan, Brunei shell dan Brunei LNG. Brunei LNG menggunakan kira-kira 2,000m_ (2000 metre padu) air setiap jam dari Sungai Badas bagi menara penyejuknya dan proses penapisan air di Loji BLNG. Air itu disalurkan melalui tiga talian paip 16km dan kebanyakannya digunakan bagi proses pencairan yang terlebih dahulu dirawat sebelum digunakan untuk menyejukkan peralatan dan proses penukaran daripada gas kepada keadaan cecair (condensate makeup). Stesen Pam Badas merupakan salah sebuah kawasan BSP, BLNG dan Kerajaan yang terkawal. Pos Pengawal Polis yang dibina pada awal
tahun 1970an itu kini dibina dengan bahan-bahan yang lebih tahan lama dan tidak berbahaya dan disediakan dengan saluran najis yang sempurna dan tangki penyimpanan air yang bersih. Kearah menyediakan kemudahan bekerja yang lebih baik bagi anggotaanggota yang bertugas, ia juga disediakan dengan sistem alat hawa dingin. Menjelang penghujung 2005, pemasangan CCTV bagi rumah Pos Pengawal Polis Badas itu akan dilaksanakan sebagai sebahagian lagi keperluan kearah meningkatkan lagi sistem keselamatan BLNG yang ada sekarang.
Salam, Oktober 2005 5
BSP Beli Sikorsky S-92A SYARIKAT Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah membeli tiga pesawat helikopter baru dari Syarikat Sikorsky Aircraft untuk Jabatan Penerbangannya (SAV). Satu majlis penandatangan kontrak diadakan pada 14 September di OGDC. Tetamu kehormat di majlis itu ialah Yang Mulia Dato Paduka Awg Hj Yusof bin Hj Abd Hamid, Timbalan Menteri Perhubungan. Kontrak adalah bagi tiga buah pesawat helikopter Sikorsky S-92A untuk tugasan luarpantai serta alat-alat ganti. Pihak BSP diwakili Pengarah Urusannya, Dr. Grahaeme Henderson dan Syarikat Sikorsky Aircraft Corporation diwakili oleh Mr Pete Saloomey, Naib Presiden bagi Jualan di Asia. Penandatanganan itu disaksikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awg Hj Yusof. Helikopter mula dikendalikan sendiri oleh pada 1966. Pada 1967 BSP membeli pesawat Sikorsky S-61N yang digunakan sehingga hari ini bagi pengangkutan kepada lebih 50 pelantar luarpantai. Sepanjang sejarahnya dengan BSP, pesawat Sikorsky S-61N yang sedia ada telah mencatat 167,000 jam penerbangan dan 800,000 pelepasan dan pendaratan mengangkut penumpang berulang-alik ke lokasi luarpantai di padangpadang minyak Champion, Ampa, Fairley serta padang-padang minyak disekelilingnya. Helikopter S-61N mampu membawa 19 penumpang dengan kelajuan 220km/j dan mempunyai dua orang pemandu serta seorang pelayan kabin. Selepas membuat penilaian terperinci keatas helikopter yang berpotensi untuk menggantikan S-61N, BSP telah memilih helikopter Sikorsky S-92A. Helikopter baru ini mampu membawa 18 penumpang dengan kelajuan 260km/j, juga mempunyai dua orang pemandu dan seorang pelayan kabin. Pesawat helikopter S-92A yang berasal dari helikopter Blackhawk S-70, adalah helikopter pengangkut muatan sederhana yang paling baru dan termoden di dunia.
Dr Grahaeme menandatangani dokumen Helikopter ini dilengkapi dengan tahap keselamatan dan kebolehpercayaan yang belum pernah ada bandingannya, sesuai dengan statusnya sebagai helikopter pertama yang memenuhi piawai-piawai keselamatan penerbangan Eropah dan Amerika Utara yang amat ketat. Adalah kerana berjaya memuaskan piawai-piawai ini S-92A dianugerahkan Piala Collier 2002, yang mana merupakan salah satu penghormatan industri ruangangkasa (aerospace) yang paling berprestij. Helikopter S-92A mula melakukan penerbangan dalam tahun 1998, dengan operasi-operasi komersil luarpantai bermula dalam 2004. BSP akan menerima ketiga-tiga pesawat helikopter S-92A itu antara Oktober dan Disember 2006, dan akan menggunakannya untuk perkhidmatan luarpantai sepenuhnya di Brunei Darussalam pada awal 2007. Pesawat-pesawat baru ini akan menggantikan barisan helikopter Sikorsky S-61N yang ada sekarang yang mana telahpun mendokong operasi-operasi BSP sejak 1967. Majlis penandatangan itu juga menyaksikan kenaikan pangkat dua anak tempatan Brunei kepada pangkat Pemerintah Pesawat Kapalterbang yang mana ditandakan dengan penyampaian epaulet oleh Yang Mulia Dato Paduka Awg Hj Yusof. Kapten-kapten baru itu ialah Kapten Adi Aizal bin Zai dan Kapten Roslie bin Rasit. Mereka disertai oleh Kapten M.V. Khanan dan Kapten Pg Hj Redziman yang menerima epaulet masing-masing pada awal tahun ini. Satu lagi mercutanda ialah penyampaian EASA PT.66 B1 AMEL (Aircraft Maintenance License Engineer) kepada Mohd Shamsul bin Hj Umar. Beliau adalah anak tempatan Brunei yang pertama pernah menerima pengiktirafan ini. Jabatan SAV memiliki rekod dan pencapaian cemerlang. Antara yang terkini ialah Pengiktirafan (Accreditation) ISO14001 pada 16 Oktober 2003, dan pada 2001, SAV memenangi anugerah bebas berprestij dalam industri ruangangkasa bagi kategori Urusniaga dan Penerbangan Awam yang dianugerahkan oleh majalah Flight International. Anugerah itu adalah berdasarkan rekod keselamatan syarikat dalam mendokong penerokaan minyak dan gas luarpantai dan aktibiti-aktibiti pengeluaran. Jabatan Penerbangan (SAV) menyediakan penerbangan-penerbangan berulang-kali secara tetap bagi pertukaran krew pelantar, penerbangan harian bagi kakitangan pemeliharaan, penerbangan-penerbangan khusus bagi orang-orang
Para hadirin, antaranya wakil daripada kerajaan, Petroleum Unit, pihak pengurusan kanan BSP dan Sikorsky kenamaan dan pemantauan keatas sebarang kejadian tumpahan minyak. Tetapi yang penting, ia menyediakan liputan kecemasan siang-malam sepanjang 365 hari bagi tujuan kecemasan Perkhidmatan bantuan lain yang diberikannya adalah khidmat nasihat penerbangan termasuk kesemua pemeriksaan dek helikopter BSP, pengendalian penumpang dan barangan, kawalan lalulintas udara ke koridor ruang udara Anduki, pengisian minyak (pensetoran, kawalan kualiti, penghantaran ke kapalterbang) dan setor-setor penerbangan).
Amr-Tur Dapat Projek Selenggara Telaga DALAM mendokong komitmennya kearah melibatkan lebih ramai lagi ‘pemain-pemain peranan’ yang terdiri daripada anak-anak tempatan dalam aktibiti-aktibiti urusniaga, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah menandatangani satu kontrak dengan Syarikat Amr-Tur Corporation Sdn Bhd di Ibupejabat BSP di Seria. Kontrak empat tahun itu adalah bagi semua telaga dan injap kepala telaga (atau yang dikenali secara teknik sebagai Christmas trees iaitu Pokok Krismas di Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd. Kontrak telah ditandatangani bagi pihak BSP oleh Pengarah Tekniknya, David Purvis, sementara Pengarah Urusan Amr-Tur Coporation Sdn Bhd, Lt. Col.(Bersara) Hj Mahmood Hj Yakub menandatangani bagi pihak syarikat itu. Terdapat sejumlah 1,225 Christmas trees yang menjana kira-kira 20,000 tugasan setiap tahun. Penjadualan kerja-kerja pemeliharaan akan dipantau oleh sistem berkomputer yang dikenali sebagai Sistem Pemeliharaan Integriti TelagaTelaga (Wells Integrity Maintenance System - WIMS) dan Penggunaanpakai Software dan Pengeluaran-Pengeluaran (Software Applications and ProductsSAP).
Dokumen perjanjian bertukar tangan
6 Salam, Oktober 2005
KEPELBAG Ditanam kukuh dala Oleh Zuraidah Abd Kamis HSE/56 SATU dasar dan komitmen penting kumpulan Shell ialah Piawai Kepelbagaian Bio, yang mana adalah sama pentingnya dengan piawaipiawai lain dan prosedur-prosedur dalam sistem pengerusan HSE, sebagaimana termaktub dalam dokumen-dukumen dasar berkenaan. Kepelbagaian bio, atau kepelbagaian biologi, bermaskud jenis-jenis dan kesuburan atau kekayaan di kalangan spesis dan ekosistem. Bagaimanapun ia bukan hanya bermaksud bilangan jenis-jenis yang berlainan, tetapi juga tentang terdapatnya perbezaan genetik yang meluas di dalam sesuatu keluarga sepsis itu. Keunikan pada suatu spesis secara tersendiri atau individu ini menambahkan lagi sebab-sebab mengapa kita banyak bergantung kepada kewujudan semulajadi yang berterusan sebagai sumber makanan, ubat-ubat (contohnya, perawatan penyakit barah), produk-produk perindustrian (contohnya, minyak dan resin), dan perkhidmatan-perkhidmatan penting ekosistem (contohnya, perubahan iklim) Shell dan Kepelbagaian Bio Kumpulan Shell telah membuat komitmen kearah memberi perlindungan kepada ekosistem dan alam sekitar semulajadi serta kearah membuat sumbangan kepada usaha-usaha dalam memelihara kepelbagaian bio sejagat. Paling utama ialah kesediaan kumpulan syarikat berkenaan mengendalikan penilaian-penilaian terhadap alam sekitar sebelum memulakan sebarang aktibiti penerokaan atau perkembangan sumbernya. Sistem-sistem pengurusan alam sekitar yang betul akan digunapakai bagi aktibiti-aktibiti di kawasan-kawasan yang diiktirafkan oleh antarabangsa sebagai ‘hot spots’ atau dikawasan-kawasan alam sekitar yang sensitif. Penanaman Piawai-Piawai Kepelbagaian Bio dalam agenda Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) pertubuhan itu merupakan pengistiharan terhadap komitmen tersebut. Sebagai satu daripada nadi teras Kumpulan Shell, BSP telah mengambil inisiatif kearah menggabungkan perlindungan kepelbagaian bio dalam budaya kerjanya. Piawai kepelbagaian bio dimasukkan ke dalam Sistem Pengurusan HSE (HSE - MS) syarikat itu, manakala jabatan HSE kini sedang menyediakan satu Pelan Tindakan Kepelbagaian Bio bagi Hutan Simpan Anduki yang dijadualkan siap menjelang penghujung tahun ini. Ini adalah salah satu sasaran Pelan Pengurusan Kepelbagaian Bio Shell. Berdasarkan sistem Pengkelasan Kesatuan Perlindungan Sedunia (IUCN) bagi kawasan-kawasan yang dilindungi, Hutan Simpan Anduki disenaraikan dalam ‘Kategori 1a’ yang menjadikannya sebagai “Simpanan Semulajadi Sangat Terkawal: Kawasan Dilindungi Yang Diuruskan Khususnya Bagi Sains” Apakah yang sedang dilakukan di Brunei Darussalam bagi pemeliharaan kepelbagaian bio? Negara Brunei Darussalam menguatkuasakan beberapa undang-undang demi perlindungan flora dan fauna tempatan, seperti Akta Perlindungan Hidupan Liar, Akta Perhutanan, dan Akta Perikanan. Negara juga menggunapakai sepenuhnya Perjanjian Antarabangsa mengenai Perdagangan Spesis-Spesis Hidupan Liar dan Tumbuh-Tumbuhan Terancam, singkatannya CITES. Kesemua ini merupakan panduan keseluruhan terhadap perlindungan dan pengurusan ekosistem dan sepsis-spesis yang hidup di dalamnya. Brunei Darussalam juga mempunyai pertubuhan-pertubuhan perlindungan
bukan kerajaan seperti Persatuan Alam Semu Persatuan Ilmu Kejadian Panaga (Panaga Natu Anugerah Saintis Muda Alam Semulajadi Pengi PRYNSA, yang telah ditubuhkan untuk m dikalangan orang-orang muda betapa pentingn Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) adalah pena Brunei Darussalam mempunyai beberapa h di seluruh negara dengan Tasek Merimbun di D kumpulan hutan hujan tropika asli yang pertama d Negara. Hutan Simpan Batu Apoi d Daerah Tem taman negara terkini - kajian-kajian telahpun berkenaan. Fakta-fakta yang menyumbangkan kepelbagaian bio Banyak sepsis yang mengalami pengurang oleh kerana kemusnahan habitat dan perub penggunaan kawasn-kawasan tanah dan pengab Terdapat banyak sepsis endemik dan teranc Spesis endemik ialah sepsis asli dan terhad k tertentu sahaja dan tidak terdapat di lain-lain bah sepsis terancam pula bermaksud sepsis-spesis yan yang begitu kecil sehingga ianya menghadapi r Spesis-spesis endemik sering terdapat di p pulau lazimnya terpencil dan keadaan ini men berkenaan beralih ke kawasan-kawasan lain. K sepsis-spesis ini terdedah kepada kepupusan. Pe dijalankan pada masa lampau menunjukkan ka adalah 1000 kali lebih cepat daripada kadar semu spesis diketahui telah pupus dalam tempoh 400 mungkin juga bilangan ini merupakan satu angg dipercai tidak semua spesis didunia ini telah dij Monyet bangkatan dan tupai tanah berja mamalia yang endemik di Pulau Borneo y Darussalam. Dua spesis mamalia yang meng Darusalam dipercayai sudahpun pupus, spesis spesis lembu liar asli dan badak sumbu Asia y satu ketika dahulu merayau-liar di hutan-hutan Juga sebagai sebahagian usaha pemelihara menentang penyalahgunaan dan penggunaan organisma yang diubahsuai secara genetik (G menimbulkan ketakutan tentang sebuah dunia di spesis dominan yang dibentuk khas untuk pengkomersilisasi tahan lasak. Isu ini terka mengenai Kepelbagaian Biologi (CBD). Dalam dunia yang sempurna, kepelbagaia perkembangan yang mampu bertahan secara b sumber digunakan secara efisyen bagi mempa kesinambungannya untuk sumber kehidupan da akan datang.
Salam, Oktober 2005 7
GAIAN BIO
m dasar Global Shell
ulajadi (Nature Society), ural History Society) dan iran Anak Puteri Rashidah, menimbulkan kesedaran nya hutan-hutan. Syarikat aja tunggal bagi PRYNSA. hutan simpan yang terletak Daerah Tutong merupakan diistiharkan sebagai Taman mburong mungkin dijadikan dilaksanakan di kawasan
n kepada pengurangan
gan ‘penduduknya’ adalah bahan-perubahan dalam baian oleh manusia. cam di Brunei Darussalam. kepada kawasan-kawasan hagian dunia ini, manakala ng mempunyai ‘penduduk’ risiko kepupusan. pulau-pulau kerana pulaunghindarkan sepsis-spesis Keadaan ini menyebabkan engkajian-pengkajian yang adar kepupusan masa kini ulajadi, dengan lebih 1000 0 tahun kebelakangan dan garan kurangan, dan adalah jumpai. ambul adalah dua contoh yang terdapat di Brunei ghuni hutan-hutan Brunei s-spesis berkenaan adalah yang bertanduk dua yang negara nini. aan kepelbagaian bio ialah n berlebihan organismaGMO) kerana ianya akan ijajah oleh sebilangan kecil k proses komersil atau andung dalam Perjanjian
an bio merupakan penjana berkekalan dimana segala astikan kelangsungan atau an rezeki generasi-generasi
Pemeliharaan Kepelbagaian-bio: Apa yang awda boleh lakukan? ⇒ Hentikan pembuangan sampah di merata tempat. Sampah boleh mencemari habitat-habitat semulajadi dan membawa ancaman kepada hidupan liar dengan melemaskan atau meracunkan mereka. ⇒ Hentikan pembakaran terbuka. Kebakaran yang tridak dikawal boleh merebak kepada tumbuhtumbuhan semulajadi dan memusnahkan habitat-habitat yang akan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih semula kepada keadaan asalnya. ⇒ Bantu usaha menyebarluaskan kesedaran tentang kepelbagaian-bio dengan mempelajari lebih banyak lagi aspek tajuk berkenaan kearah menambahkan kefahaman tentangnya. Kenapa ini penting? Bagaimana umat manusia mengakibatkannya? Sila sampaikan pengetahuan ini kepada orang lain. Pendidikan dan kefahaman adalah jalan utama kearah penyertaan. ⇒ Gabungkan rancangan-rancangan pemeliharaan ke dalam aktibiti-aktibiti ko-korikulum dan persekolahan; poster-poster boleh direkabentuk untuk menyampaikan maklumat dengan cara agar dapat menarik perhatian secara lebih berkesan. ⇒ Anjurkan aktibiti-aktibiti kemasyarakatan dengan menggunapakai konsep-konsep pemeliharaan seperti kempen membersihkan pantai, ceramah-ceramah untuk penyertaan orang ramai, dan sebagainya. Adalah satu kebaikan untuk sentiasa membuka minda anak-anak muda kepada informasi, kerana mereka mudah menerimanya dan setentunya ingin mecuba sesuatu yang baru dan menjadikannya sebagai satu tabiat. ⇒ Sediakan akses yang mudah untuk memperolehi informasi tentang alam sekitar, seperti maklumat percuma diperpustakaan-perpustakaan awam, museum-museum dan sekolah-sekolah. Ini boleh berbentuk informasi letronik (web access), risalah-risalah dan buku-buku, ceramah-ceramah, perbahasan dan sebagainya. ⇒ Bentukkan atau sertai kelab-kelab atau persatuan-persatuan yang membangkitkan rasa bimbang dan mendorongkan penyertaan dalam pemeliharaan hidupan liar dan habitat mereka. Ini termasuk kelabkelab memerhati burung-burung, menyelam dan menjelajah hutan-hutan. ⇒ Jangan membeli barangan yang diperbuat daripada binatang-binatang atau tumbuh-tumbuhan yang dilindungi atau terancam seperti burung-burung yang dilindungi, sirip ikan jerung, tumbuh-tumbuhan yang jarang ditemui dan sebagainya. Kesemua ini akan menggalakkan pemburuan dan pembalakan haram bagi tujuan mendapat keuntungan dari permintaan-permintaan keatas produk-produk ini. ⇒ Kurangkan pencemaran udara, bumi dan air, dan bantu peliharakan ekosistem. Pencemaran boleh tersebar dengan mudah kepada habitat-habitat dan memusnahkannya. Hidupan liar dan tumbuhantumbuhan yang bergantung kepada ekosistem dan habit-habitat ini tidak akan dapat melangsungkan kehidupan mereka (survive) lagi. Mereka yang mampu beredar dari kawasan-kawasan sedemikian mungkin terlepas tetapi yang sebaliknya setentunya akan mati menyebabkan bertambah kurangnya kepelbagaian bio. ⇒ Jangan membunuh apa jua jenis haiwan liar kerana rasa takut atau marah sebab ia berupa seolah-olah mengancam. Contoh yang baik tentang perkara ini ialah ular sawah, dimana ular-ular ini dibunuh atau ditangkap dan dikurung apabila dijumpai dipersekitaran kediaman. Tanggapan salah yang meluas terhadap ular-ular ini adalah sangat membahayakan terhadap kelangsungan hidup atau survival mereka. Apa yang gagal diketahui ramai ialah ular-ular ini dikelaskan sebagai spesis terancam dan disenaraikan dalam Perjanjian CITES. Justeru itu, orang ramai seharusnya jangan membunuh atau mengurung ular ini dan lain-lain binatang liar, tetapi sebaliknya meminta bantuan dari pihak-pihak berkuasa yang berkenaan seperti Jabatan Perkhidmatan Bomba atau Jabatan Hidupan Liar. Ingatlah bahawa sekiranya manusia boleh menyebabkan kadar kepupusan meningkat, manusia juga mempunyai kuasa untuk memperlahankan kepupusan dan memberhentikannya.
8 Salam, Oktober 2005
Ekspo Pengurusan Maklumat Di Nasis
Awg Vincent mempersembahkan taklimat khas kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima pesambah dari pihak IM BSP
KEMENTERIAN Perhubungan sekali lagi menganjurkan Persidangan Kebangsaan Mengenai Masyarakat Bermaklumat (National Summit of Information Society - NASIS) pada 7 dan 8 September 2005. Persidangan telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Di hari kedua, persidangan yang disertai oleh Pengurusan Maklumat itu, berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC).
mempamerkan dan mengongsikan penggunaanpakai (applications) teknologi Maklumat Perhubungan yang sedang digunakan dalam perkhidmatan operasi dan pengurusan masing-masing atau lebih dari itu, dilaratkan kepada perkhidmatan pemasaran dan penjualan di dalam pertubuhan sendiri atau di lainlain pertubuhan. Di expo itu, Pengurusan Maklumat (IM) mempamerkan Keselamatan IT, SAP, penggunaanpakai ‘real time’, e-Fields, Data dan Dokumen (Livelink) dan Logo-logo. Pameran tersebut bertujuan mengongsikan pengetahuan dan pengalaman dalam menggunapakai ICT dalam pengendalian urusniaga dan pengurusan serta mengetengahkan Pengurusan Maklumat (IM), Minyak Brunei Shell amnya, tentang kemampuan dan perkhidmatan ICTnya. Ketika berkenan bercemar duli berangkat melawat ruang pameran Pengurusan Maaklumat (IM), Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Vincent Liew, Pengurus Pengurusan Maklumat (IM), Hj Osman Ladis, Ketua Pengurusan Perkhidmatan IT, dan kumpulan projek Expo IM di ketuai oleh Masjuwita Hj Abd Hamid. Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian disembahkan dengan satu tanda kenang-kenangan dalam bentuk koleksi replika ‘keldai mengangguk’ (nodding donkey), rig dan tangki-tangki minyak, dan baginda juga berkenaan menandatangani sebuah plak serta gambar potret baginda sendiri.
Persidangan itu bertujuan mengumpulkan semua pihak yang mempunyai hak atau kepentingan seperti pihak kerajaan, badan-badan urusniaga, masyarakat awam, penuntut-penuntut dan orang perseorangan di Brunei Darussalam bagi meneliti isu-isu relevan dan pertimbangan-pertimbangan berkaitan dengan revolusi maklumat dan masyarakat berilmu secara menyeluruh dan saintifik dengan tujuan mencari penyelesaian, mengongsikan amalan-amalan dan pengalaman terbaik serta melancarkan program-program baru pada peringkat kebangsaan tertinggi. Vincent Liew, Pengurus Pengurusan Maklumat (IM) telah membentangkan kertas kerjanya. Sempena NASIS, satu pameran empat hari - Pameran e-Gunapakai (eApplication Expo) juga diadakan. Pameran berkenaan berlangsung di Dewan Serbaguna Pusat Persidangan Antarabangsa dari 7 hingga 10 September, 2005. Pameran itu bertujuan menarik semua pihak yang mempunyai hak untuk
Kejuruteraan dan Perkhidmatan Telaga BSP Mencapai Mercutanda Keselamatan JABATAN berkenaan meraikan kejayaan ini dengan mengadakan ‘Hari Cemerlang’ yang merangkumi perbincangan mengenai apa yang TSW perlu pertahankan untuk mengekalkan prestasi ini. Stand Goense, Ketua TSW dalam ucapannya berkata, “Ini adalah pencapaian cemerlang dalam industri yang mempunyai banyak sejarah kemalangan dan risiko rumit yang perlu dikawal secara profesional pada setiap waktu. Awda berhak merasa bangga terhadap pencapaian cemerlang ini”. Beliau menekankan, “Tanpa diragui, mercutanda ini secara langsung mencerminkan komitmen dan sikap awda yang kukuh terhadap kecemerlangan dalam HSE (Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar). Ia telah dicapai sepanjang tempoh paras aktiviti-aktiviti dalam operasi-operasi kita adalah pesat.” “Rig-rig penggerudi BIMA dan West Setia telah digerakkan ke dalam operasi BSP tanpa sebarang kejadian dan banyak operasi yang rumit di Egret dan Fairley Baram telah diselenggarakan tanpa satu kejadian HSE sekalipun.” “Tambahan pula, ada satu peningkatan penting dalam aktiviti perkhidmatan telaga seperti melipatgandakan operasi talian wayar luarpantai, pertambahan langkah-langkah integriti telaga, penggerakan pantas kempen CTU dan satu program takal yang mencabar bagi keseluruhan operasi Darat.” Beliau seterusnya berkata bahawa dalam organisasi TSW, jabatan berkenaan mencatat kira-kira 280,000 jam kerja pada setiap bulan, yang menggambarkan saiz pengurusan HSE ke atas kira-kira 800 kontraktor perkhidmatan dan kakitangan BSP yang kesemuanya menyumbang kepada TSW. Dalam pada itu, ini menunjukkan satu pendedahan kepada risiko yang tinggi. Sebagaimana ditetapkan pada awal 2005, TSW terus berusaha mengekalkan
Kejayaan dirai dengan jamuan untuk kakitangan
insiden sifar di tempat kerja dan banyak inisiatif telah dilaksanakan dengan jayanya sekaligus menjurus kepada matlamat ini. Lawatan-lawatan HSE ke BSP dan tempat-tempat kerja para kontraktor dipertingkatkan lagi dengan tujuan keseluruhan untuk melibatkan semua yang berkenaan secara aktif kearah kecemerlangan HSE kami.
Salam, Oktober 2005 9
Memperkenalkan Scorecard SYARIKAT Pemasaran Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) telah menganjurkan bengkel bagi sektor awam dan swasta. Tahun ini, bengkel berkisar kepada tajuk “Materialising Organisation Strategy By Using Balanced Scorecard” yang diadakan di Pusat Pengurusan Asean-EC. Tahun lalu, BSM bersama BSP, BLNG dan BST menganjurkan Fast Growth Leadership Development Initiative Programme. Seramai 24 peserta terdiri daripada pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan pengurus-pengurus dari pihak awam dan swasta termasuk dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Kementerian Kesihatan, Unit Petroleum, Jabatan Buruh dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei mengikuti bengkel tersebut. Pengiran Hj Yasmin bin Pg Hj Mohamad, Pengarah Urusan BSM dalam ucapan alu-aluannya berharap semua peserta akan dapat memahami penggunaan dan faedah Scorecard yang seimbang dan seterusnya memperkenalkannya dalam pertubuhan masing-masing. Beliau menekankan Scorecard digunakan secara meluas dalam BSP, BLNG dan BSM dan kerapkali dihuraikan kepada semua kakitangan secara berjadual kearah mengongsikan maklumat. Program berkenaan dikendalikan oleh Masilamani, seorang pakar perunding pusat pengurusan terkemuka di Malaysia, yang pernah bertugas sebagai pendidik,
Pg Hj Yasmin menyambut Masilamani di Pusat Pengurusan ASEAN-EC pengurus am, pakar perunding dalaman dan merupakan salah seorang anggota perintis yang menubuhkan Institut Pengurusan Projek, Malaysia. Beliau juga mengkhusus dalam bidang Perkembangan Kepimpinan, Kad Markah Seimbang, Strategi Urusniaga, Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Sumber Tenaga Manusia. Pada masa ini beliau sedang giat terlibat dalam projek-projek khidmat nasihat, menyelenggara kursus-kursus latihan dalaman dan awam dalam bidang perusahaan, perkhidmatan pelanggan, pembaikan bisnes, perakauntan dan kewangan.
Pertandingan Bola Tampar Pantai HP Sihat Oleh Jastinnie Kamri, POP/0 LIGA Bolatampar Pantai HP diadakan dari bulan April hingga Mei 2005 di OGDC. Ia adalah salah satu aktibiti yang dianjurkan sebagai sebahagian program “HP Sihat”. Selain bolatampar, aktibiti-aktibiti lain juga diadakan seperti berjalan pantas, larian jogging, badminton dan berjalan menyusuri hutan. Pada awalnya, aktibiti-aktibiti berkenaan, terutamannya bolatampar, dilakukan sebagai rekreasi lepasan kerja setiap petang di pusat-pusat sukan tertentu seperti BSRC, dewan rekreasi Pandan dan gelanggang pasir OGDC. Minat dalam permainan bolatampar pada mulanya adalah minimal sehingga keputusan dibuat untuk menjadikannya permainan pertandingan dengan tujuan menarik lebih banyak lagi penyertaan dan penglibatan dari kalangan keluarga HP amnya. Sejumlah 10 pasukan dari enam jabatan mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Mereka terdiri daripada Semangat Spikers, Lollipop2, PandaiPandai Aja, SBM1, SBM2, Hentam-Hentam Aja, Janji Manang, Melayang, Pening dan pasukan wanita tunggal The Flying Ballerinas. Satu liga dibentuk bagi mempertarungkan satu pasukan dengan yang lain. Liga bermula dengan latihanlatihan harian dan perlawanan pada setiap Selasa dan Khamis. Ia hanya mendapat sambutan yang suam pada mulanya tetapi secara beransur-ansur melalui ceritacerita tentang keriangan serta titik peluh dan gelak ketawa yang disaksikan diperlawanan-perlawanan tersebut, tiada sesiapa yang dapat mengelak dari berkunjung untuk menyaksikannya. Hinggakan para kontraktor dan mereka yang berjalan-jalan turut menyertai sesi latihan kami. Sebahagian mereka tidak tahu tentang cara bermain, namun bermain juga demi keseronokan dan keriangan. Lambat laun sebahagiannya boleh bermain malah semakin baik. Sebahagian pula enggan bersusah payah untuk menukar pakaian dan terus bermain memakai “coveralls” atau pakaian kerja. Tidak lama kemudian ianya menjadi satu “ketagihan” dan setiap kali langit berubah menjadi gelap, mereka juga berubah merasa bimbang. Bagaimanapun mereka akan terus ke gelanggang untuk membuat kepastian samada mereka dapat bermain dan jika sebaliknya kerana hari mula hujan mereka akan pulang dengan muka masam. Walau bagaimanapun, adakalanya langit diselubungi oleh awan tebal sehingga menjadi gelap, namun kami akan tetap bermain.
Kadangkala, walaupun hujan renyai-renyai turun buat seketika, semangat yang kuat bagi menikmati keriangan mendorong kami untuk terus bermain. Bukan sering kita berpeluang bermain dalam hujan. Pada purata 10 kakitangan melibatkan diri dalam permainan bola tampar setiap hari. Setelah pertandingan selama berminggu-minggu, ligapun sampai ke kemuncaknya dengan perlawanan peringkat akhir pada 1 Jun, 2005. Semua termasuk ahli keluarga dijemput untuk menyaksikan perlawanan peringkat akhir dan majlis penutup. Tetamu kehormat ialah Pengarah Aset kami, Hj Salleh Bostaman bin Hj Zainal Abidin yang juga menyampaikan hadiah-hadiah. Terdapat dua perlawanan yang menarik perhatian yang dipertunjukkan semasa peringkat akhir ini, iaitu perlawanan pertama peringkat akhir sendiri yang mempertarungkan Semangat Spikers dan Pandai-Pandai Aja dalam perlawanan tiga set. Pemainpemain Semangat Spikers kebanyakkannya terdiri daripada kakitangan HPTL termasuk PM kami, Hj Md Jaafar Hj Bakar. Ia merupakan satu perlawanan genting dengan setiap pemain memberikan yang terbaik. Namun, kemenangan memihak kepada pasukan Pandai-Pandai Aja. Perlawanan kedua adalah perlawanan pertunjukan di antara HP select (Pemain terbaik HP) dan pasukan bolatampar BSP. Ini juga adalah satu perlawanan yang baik sungguhpun sebahagian pemainpemain HP select amat keletihan setelah bermain dalam perlawanan pertama, dan akhirnya terpaksa tunduk kepada Pasukan bolatampar BSP. Empat kedudukan teratas disandang oleh 1. Pandai-Pandai Aja, kedua Semangat Spikers, tempat ketiga - Lollipop2 dan tempat keempat - Hentam - Hentam Aja. Pasukan-pasukan tersebut menerima hadiah-hadiah mereka daripada Hj Salleh (AD). Hadiah-hadiah lain juga diadakan bagi Pemain Yang Paling Bernilai yang dimenangi oleh Alais bin Yusoff Dari PPA (bermain dalam pasukan Pandai-Pandai Aja) dan Pemain Yang Paling Meningkat Baik, dihadiahkan kepada Zainab bin Hj Julaihi, PBS (Pasukan Flying Ballerinas). Perlawanan akhir bukan menandakan nokta penutup. Sungguhpun pertandingan sudah berakhir namun ‘ketagihan’ masih wujud dan kami terus bermain bolatampar pantai hampir setiap hari lepas bekerja sehingga kami terpaksa mengadakan perbincangan dengan jabatan-jabatan lain untuk menentukan giliran bermain di gelanggang pantai OGDC.
10 Salam, Oktober 2005
Cabaran Gunung Kinabalu Oleh Sukarneva Hj Md Deli, POP/22(I)
CABARAN Gunung Kinabalu merupakan kemuncak kempen Sihat HP yang bermula pada 24 Januari bagi para individu yang layak, setelah berjaya mengumpul jumlah mata yang dikehendaki oleh ‘Sihat’. HP sihat adalah usaha HPLT menggalakkan gaya hidup sihat dan mencari keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan. Beberapa acara sukan telah dianjurkan seperti badminton, bola tampar, berjalan kaki dua kali sebulan dan sekali sebulan di Bukit Shahbandar dan larian. Markah diberikan kepada yang mengambil bahagian. Sejumlah 40 orang yang berjaya mengumpul jumlah markah paling tinggi dipilih menyertai pendakian Gunung Kinabalu pada bulan Julai. Perjalanan bermula pada tengahari 28 Julai, apabila kami dibawa ke lapangan terbang Miri bagi menaiki penerbangan ke KK pada jam 7.30 malam. Tanpa kami ketahui ketika itu, ia akan merupakan dua hari yang paling sibuk bagi kami. Semangat kami tinggi dan semuanya kegembiraan. Kami tiba di KK jam 8.30 malam dan meninggalkan lapangan terbang menuju ke pusat bandaraya bagi makan malam di sebuah restoran. Kebisingan kami seperti sekawan serigala yang mengerumuni restoran kecil itu. Ini mungkin satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh pengendali restoran tersebut. Menjelang jam 10.30 malam kami bersedia untuk menuju ke destinasi seterusnya, iaitu perjalanan ke Pine Resort di Kundasang menaiki kereta selama 21/2 jam. Kami tiba pada jam 1 pagi Jumaat, 29 Julai dan cuacanya agak dingin. Kami dalam keletihan dan terpaksa pula bangun awal-awal lagi pada pagi berikutnya. Pengendali pelancong kami agak cekap mengaturkan semuanya dan tidak lama kemudian kami berada dalam bilik untuk berkemas sebelum beristirehat dan bersedia untuk pendakian kemudiannya pada pagi itu. Pada jam 8.00 pagi semuanya sudah bangun dan menikmati sarapan di restoran peranginan itu. Cuaca agak baik dan matahari bersinar dan kami dapat melihat gunung dengan jelas. Semangat kami tinggi dan masingmasing menikmati keindahan, kedinginan persekitaran. Kira-kira 9.00 pagi kami dibawa ke Kinabalu Park yang merupakan permulaan destinasi kami di mana pengendali pelancong kami mengaturkan dokumen dan pas yang diperlukan untuk pendakian itu. Pas-pas mejadi rujukan untuk pensijilan semua pendaki yang berjaya, samada ke Laban Rata atau ke puncak sekali. Menjelang 10.30 pagi, kami berjalan melimpasi gerbang, dengan itu mengambil langkah
pertama untuk mengukir nama seperti ribuan pendaki yang datang sebelum kami. Laluan menaiki gunung sebahagian besarnya adalah permukaan yang berkerikil, dipenuhi ketulan batu besar dan tanah keras. Kami mempunyai strategi masing-masing dalam proses pendakian kami, ada yang menjulurkan tangan dan kaki selepas setiap beberapa langkah bagi mengurangkan ketegangan otot, berjalan dengan perlahan tetapi secara konsisten. Sasaran pertama ialah Laban Rata, perhentian pertama di rumah rehat separuh perjalanan sejauh 6km. Menjelang 3km, keletihan mula dirasai dan di situlah cabaran bermula. Sesetengah kami sudah mula mengalami kekejangan. Mereka yang lebih bertenaga meluru ke hadapan perjalanan meninggalkan yang lainnya di belakang. Seorang demi seorang, para peserta semakin ketinggalan dengan perjalanan semakin perlahan. Pada tanda 4km, mual ketinggian pula mula meresap. Pening kepala dan rasa mengantuk semakin mempengaruhi kami dan ramai menguap-nguap sepanjang perjalanan. Semasa pendakian itu kami melihat satu pemandangan yang mengkagumkan, iaitu lelaki dan perempuan pemunggah barang. Mereka adalah individuindividu yang mengkagumkan yang turun naik gunung mengangkut barangan untuk menyara kehidupan. Di dalam kumpulan kami terdapat seorang wanita berketinggian 4 kaki mengusung barang seberat 30-40kg mendaki jalan kecil gunung. Melihat mereka turun naik membawa barangan yang berat memberikan perspektif yang baru bagi kami. Sehingga kini kami masih merasa takjub setiap kali terkenangkan individu-individu yang dikagumi ini.Peserta pertama sampai di Laban Rata kira-kira jam satu petang dengan yang terakhir tiba pada enam petang. Di Laban Rata kami ditempatkan dalam kumpulan 6-9 orang sebilik. Selepas makan dan minum, kami semua mula berehat untuk persediaan bagi pendakian awal pagi Low’s Peak. Menjelang jam dua subuh Sabtu, 30 Julai, Laban Rata dikejutkan oleh riuhrendah pendaki membuat persediaan pendakian peringkat terakhir sejauh 2km. Jam 2.30 subuh kami mula mendaki. Persekitaran masih gelap dan cuacanya sejuk. Mujurlah kami cukup persiapan dengan membawa pakaian tebal dan lampu suluh. Dengan perlahan-lahan kami menyertai barisan pendaki-pendaki yang lain ketika mendaki melalui jalan kecil itu. Laluan berbatu dan licin menyebabkan pendakian menjadi perlahan. Ketika mendongak ke atas, kami terlihat lampu-lampu para pendaki yang lebih awal bertolak dan apabila melihat ke bawah, ternampak juga lampu-lampu pendaki di belakang. Cuaca semakin berangin dan sejuk dan kami disedarkan kepada realiti. Kami meneruskan perjalanan sambil mengenangkan bagaimana semua ini bermula. Langkah demi langkah, kami teruskan perjalanan dan terlalai kepada persekitaran kami, kami kesejukan, letih dan mual ketinggian namun berjalan terus. Akhirnya selepas 3-4 jam, kami sampai ke
destinasi kami dan ternyata ia amat berbaloi. Kami
berjaya menikmati cahaya matahari yang pertama ketika ia menjelma di kaki langit. Matahari seolah menyedari ia sedang diperhatikan dan ia tidak mengecewakan. Ia hangat dan memandikan kami dengan cahayanya. Semua kesakitan, keletihan dan kesejukan terasa menghilang. Setelah berada di puncak selama sejam, kami pun kembali ke rumah rehat dan seterusnya turun ke Laban Rata. Kami menginap semalam di KK dan menaiki penerbangan tengah hari pada hari berikutnya ke Brunei Darussalam. Kebanyakan kami meninggalkan KK dengan perasaan bangga dan pencapaian yang sejati. Saya bertanyakan teman-teman tentang bagaimana perasaan mereka setelah mencapai puncak gunung. Berikut komen mereka:. • Hari pertama menyakitkan tetapi dapat diatasi dengan dorongan-dorongan dari rakanrakan. Semua kesusahan diatasi apabila kami berjaya mencapai puncak. Saya akan sentiasa ingat kenangan indah ini” - Joseph Linggang, PPA/411 • “Saya bangga berjaya mendaki 11,000 kaki ke puncak Gunung Kinabalu. Saya menggagahi 3 kekejangan otot dan lutut kiri yang sakit tetapi dengan bantuan kumpulan, Alhamdulillah, saya berjaya” - Hj Md Jaafar Hj Bakar, PM • “Saya sangat gembira menikmati setiakawan Kumpulan HP, gelak-ketawa dan semangat gigih kumpulan. Saya berpendapat HP memiliki fomula pasukan untuk menang dan saya gembira menjadi sebahagian daripada mereka. SAYA AKAN KEMBALI” - Hj Zainal Abidin Ali, MD. • “Bagi saya Gunung Kinabalu merupakan satu cabaran besar dan agak menakutkan. Saya lega ada dua orang lagi wanita lain yang menyertai perjalanan ini. Tujuan dan matlamat saya adalah untuk sampai ke puncak gunung sekalipun saya terpaksa merangkak” - Zainab Hj Julaihi, PBS
Salam, Oktober 2005 11
Bazar BSLA di The Mall menyumbang kepada usaha pembangunan sosial yang menyeluruh dan ia adalah sebuah persatuan kecil yang berjiwa besar di dalam usaha kemanusiaan. Ahliahli persatuan sentiasa menghargai segala sokongan oleh jabatan-jabatan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang telah membolehkan mereka untuk sentiasa mencapai kejayaan di dalam semua acara yang mereka anjurkan. Ucapan terima kasih khas diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (BSP) untuk sokongan yang berterusan.
Juadah jualan yang menarek di bazar BSLA
SEJAK 2003 Persatuan Wanita Brunei Shell (BSLA) terus aktif menganjurkan aktiviti amal mengumpul dana bagi mereka yang memerlukan bantuan di Brunei dan rantau ini. Pada 11 September, BSLA telah mengadakan bazar tahunannya di The Mall, Gadong. Acara bazar ini bertujuan menonjolkan IKS tempatan sebagai menyokong hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melihat sektor ini maju dan bagi meneruskan aktiviti pengumpulan dana BSLA. Bazar tersebut menerima sambutan IKS kerana ia merupakan acara bagi promosi serta penjualan barangan dan peluang bagi meluaskan rangkaian perniagaan. Pada hari tersebut ada lebih 30 peserta yang menjalankan perniagaan di samping menyumbang kepada amal jariah di dalam satu rangkaian kerjasama di antara usahawan tempatan dan orangramai. Sehingga kini BSLA telah menyumbang kepada sejumlah dana dan negara serantau - Kampuchea, Iraq, Afghanistan dan yang terbaru Dana Tsunami - di samping dana tempatan termasuk Rumah Anak-anak Yatim Belait, Persatuan Cacat Penglihatan dan Dana Pengiran Muda Mahkota Hj Al Muhtadee Billah Untuk Anak-anak Yatim. Pihak BSLA juga telah mengatur lawatan ke pusat-pusat kebajikan seperti Pusat Bahagia Eric Goh, Nurhidayah dan Al-Ameerah bagi ahli-ahlinya melihat sendiri tempat-tempat ini dan menentukan jenis bantuan yang boleh mereka hulurkan. Persatuan ini terus meningkatkan usaha mengumpul dana untuk menyokong cita-cita kerajaan mewujudkan kerjasama dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan. Pihak persatuan juga menyokong pembangunan belia dengan menganjurkan ceramah umum dengan yang terbaru menyentuh topik “motivasi”. Ceramah kesihatan juga diadakan bagi ahli-ahli BSLA dan keluarga mereka tentang kesedaran kanser serta program kecantikan luaran dan dalaman. Hasil seni tempatan juga telah diketengahkan oleh persatuan bagi menyokong pembangunan seni tanahair. Dengan caranya yang tersendiri, BSLA
Ulangtahunperkhidmatan 30 TAHUN Ramantan Anak Sigan EOP112
25 TAHUN Bokhari Bin Md Jali SCM1213 Hj Mohd Said Bin Ahmad LM Liew Vun Yen S IBS2 Pg Maidi Bin Pg Duraman PBS2 Pg Omar Bin Pg Maiddin HSE112 Othman Bin Hj Masri TSM23 Pg Hj Yasmin B Pg Mohamad MD Omar Ali B Hj Md Diah POP11
20 TAHUN Zabaidi Bin Mohamad Shara STL211 Moho’or Jaya EOP112
Hj Mohd Sharif Abdul Kani SEN144 Snaith N N EPE8 Hj Hairol Mohd Sidek H A Besar STL23 Hj Abdullah Bin Hj Tengah TSW4113 Matusin Bin Hj Abd Rahman TSW4113 Safar Manaf TSW4113 Matamit Bin Laman BMO32
15 TAHUN Dayang Hajah Ramla Hj Ibrahim WBS61 Dk Mardinah Bte Pg Hj Ibrahim DBS52 Khairuddin Bin Hj Mohammad STL321 Rohani Bte Ibrahim SCM114 Rosmiwati Bte Tinggal BMC41 Roziah Bte Hj Abdullah BMO51 Saime Bin Hj Pudin STL221
Norlela Bte Hj Ahmad BMF12 Nur Afiatul Simaa Ahmad Kumpoh SCM31 Abd Nasir Bin Hj Abd Rahman TSW451 Ali Bin Abdul Gani SCO2111 Hanafi Bin Haji Nor OPS749 Hj Mohamad Ashar Bin Hj Sanif OPS446 Parisan Bin Agan OPS747 Siti Marsinah Bte Hj Marsal PPA201 Abang Norlin B Abg Hj Omarzuki STL2141 Amarizah Bte Mohammed Said SEN1221
Presiden BSLA Datin Paduka Hjh Hayati mengamati juadah jualan yang disediakan sendiri oleh ahli-ahli persatuan
Walk-a-Hunt Kembali Lagi Bagi Tahun Kedua LEBIH 600 orang berbagai peringkat umur menyertai acara “Walk-a-hunt Helix @ Discover BSB” yang diadakan bagi kali kedua oleh syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd. Acara anjuran Lembaga Bandaran sempena ulangtahun ke 35 penamaan semula Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan itu, berlangsung pada hari Ahad, 2 Oktober. Walk-a-Hunt dirasmikan oleh Tetamu Kehormat, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Adnan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir Pg Hj Yasmin bin Pg Hj Mohamad, Pengarah Urusan BSM. Dalam acara itu para peserta dikehendaki mencari benda-benda tersembunyi berasaskan soalan-soalan dan gambar-gambar yang disediakan. Bermula jam 8.30 pagi para peserta diberikan masa 41/2 jam untuk menyelesaikan acara itu yang merupakan sumbangan syarikat kepada masyarakat. Seperti juga pada tahun lalu, kutipan wang dari acara ini akan didermakan kepada berbagai badan amal. Tahun lepas BSM mendermakan hamper makanan kepada keluarga-keluarga yang mempunyai anak-anak cacat anggota dan otak yang benar-benar memerlukannya.
10 TAHUN Jong De I R LGL Lizawati Binte Hj Mohammad Ali SCM460
Peserta brsedia di garisan permulaan acara
12 Salam, Oktober 2005
SAP Champions Dalam Bisnes INI adalah satu rencana dalam focus SAP yang menonjolkan kerja cemerlang jabatan-jabatan untuk menerapkan SAP dalam Bisnes. Bagi keluaran ini anugerah SAP Champion (Juara SAP) diberikan kepada SCM/46 Buyers. Lebih banyak lagi cerita tentang kejayaan akan dipaparkan dalam keluaran-keluaran akan datang. Sila hantarkan kepada kami cerita tentang kejayaan yang ada pada awda.
Langkah-Langkah proaktif oleh SCM/46 Buyers ke arah menerapkan SAP dalam bisnes Kami ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan SCM/46 kerana cara cemerlangnya menerapkan SAP dalam bisnes. Seksyen Pembelian SCM/46 telah mengambil langkah-langkah proaktif dalam melibatkan pengguna-penggunanya supaya mengadakan dialog bersemuka dengan pelanggan-pelanggan mereka mengenai penggunaan SAP yang betul.
“Tujuannya adalah untuk mendapatkan Work Order Creators melakukan KERJA SECARA BETUL PADA KALI PERTAMA dan mengelakkan perbelanjaan bagi membuat sesuatu pekerjaan semula. Sebagai contoh, Work Order Creator perlu
♦ ♦ ♦ ♦ ♦
Menggunakan bilangan bahan kumpulanyang betul Mencapai perjanjian yang tepat, Menggunakan bilangan SAP yang betul, Mengetahui pembeli yang mana satu dihubungi, “Berhati-hati tentang akibat membubuh data yang tidak betul” kata Hj Roslan Bongsu (SCM/4612).
“Kami menganjurkan sesi-sesi dalam kumpulan-kumpulan yang agak kecil mengandungi 10 Work Order Creators dalam perbincangan bersemuka bagi dialog terbuka tanpa budaya salah-menyalah di dalam fikiran masingmasing. Kami juga sedang membuat dan mengeluarkan satu panduan Pengguna bagi pelangan-pelanggan kami”, akhir kata Hj Roslan. Ini membuktikan dengan adanya SAP, komunikasi berterusan diantara Pembekal Perkhidmatan dan pelanggan BOLEH MEMBUAT PERBEZAAN. “Bisnes ini telah merentasi satu mercutanda penting dengan menggunakan SAP. Semua pihak yang terlibat perlu bekerjasama secara bersepadu, elakkan cara berfikir ‘silo’, satu budaya salah-menyalah dan perlunya bagi interaksi antara individu sentiasa wujud untuk sama-sama membincang dan menyelesaikan masalah-masalah’. (Dipetik dari Berita SAP)
Pertemuan Dengan Material Work Order Creators Jerayawara Pasukan SCM/46 telah berlangsung beberapa kali. Tiada yang rumit tentangnya dan sasaran hanyalah untuk menerapkan pendekatan komunikasi berkesan melalui penerangan, penyertaan dalam proses SAP Interaktif oleh WO Creator dan skrin SAP para pembeli. Pertemuan diadakan khususnya sebagai usaha bekerjasama dengan Materials SAP Work Order Creators daripada jabatan-jabatan untuk melicinkan perjalanan Work/Purchase Requisition. Ini dicapai melalui persefahaman tentang batas masing-masing (WO & Buyers) dan menyelami bagaimana untuk menghadapi cabaran bersama dalam menghapuskan atau mengurangkan kerja berulang-alik atau pembetulan.
Mengendalikan semula sesuatu pekerjaan secara tidak langsung boleh menyebabkan kelambatan dalam menepati waktu yang ditetapkan untuk menyiapkan pekerjaan tersebut. Ianya juga satu sesi untuk menyusul Kempen Kumpulan SAP tentang kontra menggunakan generic-generic yang salah. Sesi baru-baru ini adalah untuk kakitangan PPA (merupakan satu contoh komitmen Peringkat Atasan yang ditunjukan oleh PPA kearah memperbaikkan lagi proses WO/PR dengan SCM). Kehadiran dari WO creators (pembuat WO) dan Penyelia-penyelia mereka dapat dipuji. Juga diundang untuk memberikan sokongan ialah Supari Timbang SAV/113 (satu contoh WO creators yang baik dari SAV), yang juga menyertai untuk menunjukkan proses kerja SAP WO dari pandangan atau perspektif Work Order (Permintaan Kerja). Panduan Pengguna Mudah SCM/46 baru sahaja dikeluarkan untuk kakitangan PPA pada 23 September, 2005. Kempen kami akan datang adalah untuk mengundang (Jika ada apabila diperlukan) lain-lain WO yang dikenalpasti, yang masih menghadapi masalah tentang kualiti WO/PR mereka. Akhirnya, lain-lain perkara yang tidak nyata (non-tangible) juga direalisasikan dengan mengadakan sesi-sesi ini, seperti kepentingan dan nilainilai yang dicapai melalui rangkaian kerja di antara SCM dengan WO creators (perikatan kearah hubungan yang lebih baik) Kami ingin menyatakan penghargaan kami kepada Pengurusan Kanan SCM dan Kumpulan CPL SAP atas sokongan berterusan mereka. Penglibatan dengan Pembuat Permintaan Kerja Bahan Jerayawara-jerayawara Kumpulan SCM/46 telah dilaksanakan buat beberapa kali. Tiada yang beraneka warna; sesi-sesi hanya menggunapakai pendekatan berkomunikasi yang mudah dengan berkesan dengan menggunakan ‘presentation’; proses interaksi SAP, penyertaan kedua-dua pihak WO creators dan skrin SAP Pembeli. Tujuan sesi perlantikan adalah sebagai satu usaha berkerja bersamasama dengan Line’s Materials SAP Work Order Creators kearah memanfaat peluang bagi mencapai kelancaran Tuntutan Kerja/Pembeli mereka. Ini dicapai dengan memahami kekurangan masing-masing (WO dan Buyers) dan menerokai cara “menyeberangi jambatan bersama-sama” kearah menghapus / mengurangkan kitaran semula atau pembetulan yang tidak harus diperlukan.
Salam diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar bagi pekerja-pekerja BSP / BLNG / BST / BSM. Penyuntingan tel: 3374184. Dicetak oleh Star Trading and Printing Sendirian Berhad