ISBN 978-967-12553-7-7
9 789671 255377
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017) Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor
Kebudayaan Berakar Kepelbagaian Berbunga
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017) Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor
Kebudayaan Berakar Kepelbagaian Berbunga
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga: Kertas Cadangan Kebudayaan (2017) Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor
通过文化扎根,拓宽多元之美: 吉隆坡暨雪兰莪中华大会堂《文化建议书》2017 Pihak Bertanggungjawab: Penyelaras / Penulis: Ahli:
Pasukan Merangka Kertas Cadangan Kebudayaan, Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor Tang Ah Chai Cheng Su Chean, Lee Shok Jing, Lee Ban Chen, Khor Teik Huat, Thock Ker Pong, Wong Kock Hoo, Ser Wue Hiong, Lee Kim Sin, Phoon Wing Keong, Chong Fah Hing, Chiam Yan Tuan, Isabella Pek, Wong Oi Min, Soon Choon Mee, Thong Meng Wei, Ng Sui Thye
Penerbit: Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor No.1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-2274 6645 Faks: +603-2272 4089 Emel:
[email protected] Laman web: http://klscah.org.my/ Tarikh: Julai 2017 Percetakan: Percetakan Advanco Sdn. Bhd. 23, Jalan Segambut Selatan, Segambut, 51200 Kuala Lumpur,Malaysia. Tel: +603-6258 9211 Faks: +603-6257 0761 ISBN: 978-967-12553-7-7 Hak cipta dilindungi © dilarang mencetak kembali.
Kandungan
1.
Pendahuluan
1
1.1 Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1.2 Asal-Usul Kertas Cadangan Kebudayaan
2.
Huraian Konsep Kebudayaan 2.1 2.2 2.3 2.4
3.
2
Mengesyorkan Budaya Kewarganegaraan Menekankan Nilai Kepelbagaian Kebudayaan Membina Sistem Atau Mekanisme Penilaian Bermula Dari Komuniti, Manfaatkan Kuasa Lembut Budaya
Merangka Pelan Induk Pembangunan Pelbagai Budaya
5
3.1 Dasar Kekal Sama, Autoritarian Agama Semakin Ketara 3.2 Merangka Dasar Pelbagai Budaya 4.
Strategi dan Cadangan Untuk Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan 4.1 Halatuju Pembangunan Kebudayaan 4.2 Menyebarluas Budaya, Seni dan Khazanah Kebudayaan Negara 4.3 Layanan Adil Terhadap Pendidikan Pelbagai Aliran 4.4 Pendidikan Sejarah Yang Objektif Dan Sejajar Dengan Fakta 4.5 Mempertahankan Sistem Sekular, Menyuburkan Interaksi dan Toleransi Agama
5.
Kerajaan Dan Pembangunan Kebudayaan 5.1 Dasar Kebudayaan Kerajaan dan Pengagihan Sumber 5.2 Bantuan Kerajaan Untuk Mengasah Bakat Pentadbiran Kebudayaan
7
16
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
5.3 Insentif Kerajaan Agar Korporat Digalakkan Untuk Menaja Aktiviti Kebudayaan 5.4 Menubuhkan Jawatankuasa Seni (Art Council) 5.5 Mencadangkan Agar Kerajaan Kaji Semula Sistem Sedia Ada
6.
Korporat Sebagai Pendorong Aktiviti Seni-Budaya
21
6.1 Tanggungjawab Sosial Korporat 6.2 Harapan agar Tajaan Aktiviti Kebudayaan oleh Korporat Menjadi Amalan Lumrah 6.3 Korporat Menyuburkan Interaksi Seni-Budaya 6.4 Menggalakkan Korporat Untuk Menubuhkan atau Mengambil Institusi Seni Di Bawah Jagaannya
7.
Peranan Kebudayaan Pertubuhan Masyarakat
22
7.1 Keazaman dan Kecekalan Pertubuhan Masyarakat 7.2 Memperkasa Kerjasama Antara Institusi Akademik dengan Pertubuhan Masyarakat 7.3 Menubuhkan Jawatankuasa Persembahan Seni-Budaya Masyarakat 7.4 Memperkasa Integrasi Sumber Masyarakat 7.5 Penubuhan Muzium Masyarakat dan Aktiviti Komuniti Secara Berterusan 7.6 Memperkasa Interaksi Kebudayaan Antara Etnik 7.7 Bantuan Dana Untuk Institusi Akademik Masyarakat: Pusat Kajian Cina Malaysia
8.
Kesimpulan
Nota
27 29
Lampiran 1. 2.
iv
Memorandum Bersama: Dikemukakan Oleh PertubuhanPertubuhan Cina Yang Utama Di Malaysia, 1983 Menjawab Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan, 2016
31 72
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor
1. PENDAHULUAN 1.1 Dasar Kebudayaan Kebangsaan Pada tahun 1983, 15 Pertubuhan Cina Malaysia (Nota 1) telah menganjurkan “Kongres Kebudayaan Cina” di Pulau Pinang, mencapai ketetapan untuk mengemukakan Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan. Memorandum ini telah diserahkan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada ketika itu, menyatakan dengan jelas bahawa pertubuhan Cina tidak bersetuju dengan tiga prinsip yang terkandung dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan, iaitu:A. B. C.
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini; Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima sebagai sebahagian daripada kebudayaan kebangsaan; Islam sebagai unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan menggariskan empat prinsip asas untuk pembangunan kebudayaa kebangsaan, iaitu:a.
Unsur-unsur unggul kebudayaan setiap kaum di negara ini haruslah menjadi asas kepada pemupukan kebudayaan kebangsaan;
1
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
b.
c. d.
Amalan sains, demokrasi, pemerintahan undang-undang (rule of law) dan patriotisme harus menjadi pedoman dalam pemupukan nilai kebudayaan yang boleh dikongsi bersama; Nilai-nilai kebudayaan yang dikongsi bersama haruslah mencerminkan bentuk kepelbagaian kaum; dan Proses pemupukan kebudayaan kebangsaan haruslah sejajar dengan prinsip kesamarataan semua kaum dan dicapai melalui rundingan secara demokratik.
1.2 Asal-Usul Kertas Cadangan Kebudayaan Pada tahun 2016, Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (singkatan KLSCAH) mengambil alih giliran untuk menganjurkan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia ke-33. Dari segi pemupukan kebudayaan, KLSCAH berharap agar sejarah diimbas dan dikaji semula, sebelum kita mengorak langkah ke arah masa depan untuk mengatasi pengalaman silam. Justeru itu, tiga aktiviti dan program telah dijadikan keutamaan:A. B.
C.
Seminar Akademik bertemakan “Melakar Semula Imaginasi Kebudayaan” diadakan; Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan telah diadakan oleh Jawatankuasa Kebudayaan dan Pendidikan KLSCAH, untuk mengkaji masalah dan peluang yang dihadapi bidang seni persembahan; dan Pasukan Khas telah ditubuhkan untuk meneliti dan mengkaji semula Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan oleh pertubuhan Cina pada tahun 1983, merangka Kertas Cadangan Kebudayaan dan mengemukakan tuntutan dan cadangan tersebut kepada pihak kerajaan, korporat dan pertubuhan sosial.
2. HURAIAN KONSEP KEBUDAYAAN 2.1 Mengesyorkan Budaya Kewarganegaraan (Cultural Citizenship) (1)
2
Kami beranggapan bahawa tuntutan hak asasi manusia, penyertaan politik dan kesamarataan ekonomi semata-mata tidak memadai pada zaman alaf ke-21 ini. Tuntutan rakyat harus dipertingkatkan ke tahap
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
baru, iaitu budaya kewarganegaraan (Cultural Citizenship), menekankan hak seni-budaya sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Ia meliputi amalan hidup harian di peringkat dasarnya, sehinggalah perlindungan kesenian, kebebasan akademik, kebebasan bersuara, penerbitan serta penyiaran, dan lain-lain pada peringkat tinggi. Kesemua penyertaan dalam lingkungan kebudayaan adalah pelaksanaan budaya kewarganegaraan. Kerajaan harus memperuntukkan sumber seni-budaya yang memadai untuk menjamin hak budaya warga Malaysia. Sementara itu, seluruh rakyat Malaysia juga menggalas tanggungjawab bersama untuk menyokong, memelihara dan memperkembangkan aktiviti, sumber, khazanah dan pembangunan seni-budaya. Sesungguhnya, ruang independen untuk pembangunan budaya ditentukan oleh masyarakat sivil dan wawasan kerajaan terhadap pembangunan sosial yang positif. (2)
Warga sivil seharusnya memiliki saluran untuk mempertahankan hak budaya. Penggiat seni-budaya, karyawan, orang awam, pertubuhan seni-budaya, komuniti minoriti dan lain-lain seharusnya memiliki saluran perundangan untuk mempertahankan hak mereka, apabila hak budaya mereka dicabuli.
(3)
Memohon agar kerajaan memeterai Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights, ICESCR), berganding bahu bersama negara-negara di serata dunia untuk menjamin pelaksanaan kandungan kovenan tersebut di masyarakat antarabangsa. Lebihlebih lagi, hak kebudayaan harus dilaksanakan secara khusus dalam kehidupan di kalangan rakyat Malaysia.
2.2 Menekankan Nilai Kepelbagaian Kebudayaan Pada zaman globalisasi, unsur dan keistimewaan budaya tempatan di seluruh pelosok dunia adalah warisan kebudayaan manusia sejagat. Kami berpandangan bahawa negara kita perlu menekankan nilai kepelbagaian kebudayaan, mengiktiraf dan menghormati perbezaan serta kemajmukan budaya di negara kita, lantas menjamin hak setara dan autonomi setiap etnik
3
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
untuk memperkembangkan bahasa, budaya dan kesinambungan tradisi sejarahnya. Keistimewaan budaya etnik masing-masing menyumbang secara positif ke arah kewujudan bersama dan pembangunan kepelbagaian kebudayaan. Nilai sejagat yang menyatukan pelbagai etnik diperkayakan, dan inilah makna sejati kepelbagaian atau kemajmukan. Justeru itu, kami memohon agar perspektif kebudayaan diambil kira kerajaan ketika menggubal dasar kebudayaan dan langkah-langkahnya. Dasar kebudayaan negara kita harus berteraskan matlamat untuk melindungi, menyuburkan dan mempertingkatkan pengiktirafan terhadap kepelbagaian kebudayaan, di samping memelihara warisan kepelbagaian kebudayaan. Suasana saling menghormati, menghayati, berinteraksi dan mempelajari harus digalakkan. Penindasan atau peminggiran ke atas mana-mana budaya dalam apa bentuk sekalipun menjadi satu kerosakan yang menjejaskan negara kita. 2.3 Membina Sistem Atau Mekanisme Penilaian Keterbukaan dan perubahan dalam dasar kebudayaan dan institusi pentadbiran harus dilaksanakan. Kerajaan perlu mengetengahkan pelan induk dasar kebudayaan yang jelas memperuntukkan hak kebudayaan asasi kepada rakyat. Justeru itu, kami menyarankan pembinaan sistem atau mekanisme berikut, termasuk:(1)
(2)
(3)
4
Mekanisme keterlibatan rakyat dalam dasar kebudayaan: Untuk memastikan dialog dan perbahasan terbuka di kalangan warga sivil mengambil tempat sebelum sesuatu dasar digubal; Sistem pemantauan dan penilaian kebudayaan: Untuk mengelakkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa atau amalan berat sebelah oleh birokrat dalam sistem pentadbiran kebudayaan negara; dan Sistem penilaian terhadap kesan kebudayaan secara keseluruhannya: Memastikan semua undang-undang dan dasar yang penting dinilai kesannya secara sistematik.
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
2.4 Bermula Dari Komuniti, Manfaatkan Kuasa Lembut Budaya Kami menyarankan agar penyelenggaraan khazanah kebudayaan tempatan diusahakan bersama pembinaan komuniti dan pemesatan serantau. Tradisi kebudayaan, ruang persekitaran dan industri tempatan harus dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk memperkembangkan keistimewaan tempatan. Sumber budaya tempatan harus diseimbangi, dirapatkan jurang antara desa dengan bandar, malah kepelbagaian budaya tempatan harus diterjemahkan untuk diintegrasi sesama rantau jiran, agar dibentuk jaringan sosial budaya hidup tempatan. Pada masa yang sama, hak budaya komuniti minoriti harus dijamin. Peluang penyertaan dalam aktiviti kebudayaan dan pentas persembahan seni-budaya ditambah, agar hak budaya setara di kalangan etnik terlaksana, lantas memperkasa kuasa lembut (soft power) budaya.
3. MERANGKA PELAN INDUK PEMBANGUNAN PELBAGAI BUDAYA 3.1 Dasar Kekal Sama, Autoritarian Agama Semakin Ketara Sekali lagi kami tegaskan, bahawa cubaan untuk memaksakan budaya, agama atau nilai satu-satu etnik ke atas etnik yang lain, atau sebarang cubaan untuk mendominasi etnik yang lain, adalah langkah tidak wajar, berpandangan sempit dan tidak sejajar dengan realiti negara kita yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan budaya – sama ada ia dilakukan melalui saluran perundangan mahupun kuasa eksekutif, atau dengan kelebihan populasi majoriti, mahupun campur tangan politik. Sebarang usaha pemupukan kebudayaan yang memperlihatkan unsur diskriminasi, berpusatkan etnik tunggal, dan campur tangan dengan cara yang antidemokrasi bukan sahaja gagal mengolah restu, meraih penghormatan atau penglibatan, sebaliknya mencetuskan syak-wasangka buruk, penolakan dan kebencian yang menjejaskan perpaduan rakyat, malah tidak menyumbang ke arah pembangunan kepelbagaian kebudayaan. 34 tahun telah berlalu sejak Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan dikemukakan 15 pertubuhan Cina pada tahun 1983. Ketika
5
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
menilai perkembangan perkara ketujuh dalam Memorandum tersebut, iaitu “Tuntutan dan Cadangan Kami”, kami mendapati bahawa dasar kebudayaan kerajaan secara keseluruhannya semakin memperlihatkan kecenderungan ke arah autoritarian agama yang ketara. Sungguhpun Dasar Kebudayaan Kebangsaan tidak ditegaskan atau ditonjolkan pada tahun-tahun kebelakangan, dasarnya masih berpandukan tiga prinsip yang membentuk Dasar Kebudayaan Kebangsaan, terutamanya prinsip ketiga yang menyatakan “Islam sebagai unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan”. Ia meresap ke setiap peringkat kehidupan harian, dan hampir menyerupai kuasa hegemoni budaya. 3.2 Merangka Dasar Pelbagai Budaya Kami mencadangkan kerajaan untuk mengkaji semula dan meminda Dasar Kebudayaan Kebangsaan (National Culture Policy) pada tahun 1971, digantikan dengan Dasar Pelbagai Budaya (Multi-culture Policy). Tempoh lima tahun dijadikan satu penggal, dan pembangunan kebudayaan dalam jangka ini dirangka dengan penglibatan pihak berkuasa bersama penggiat senibudaya pelbagai etnik melalui seminar. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah pengagihan sumber kebudayaan, pemupukan bakat, cara insentif, penggunaan ruang dan sebagainya, agar semua rakyat khususnya penggiat seni-budaya lebih fasih dengan operasi dalam Kementerian Kebudayaan dan saluran penyertaan rakyat. Dengan ini, pendekatan sehala dari atas ke bawah (top-down) dirombak, digantikan dengan penyertaan bersama daripada pihak berkuasa, masyarakat sivil dan pihak korporat untuk menggerakkan kebudayaan. Kami mencadangkan agar dialog, seminar, pembentangan diadakan secara berkala setiap tahun untuk memperkukuh hubungan kerjasama pelbagai pihak dan memudahkan pengaliran maklumat. Konsep dan pelaksanaan Dasar Pelbagai Budaya tidak terbatas kepada kerajaan persekutuan, tetapi juga sesuai untuk kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.
6
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
4. STRATEGI DAN CADANGAN UNTUK PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 4.1 Halatuju Pembangunan Kebudayaan 4.1.1 Visi Global, Misi Lokal Pada zaman globalisasi, interaksi dunia antarabangsa semakin kerap. Dalam hal kebudayaan, dari satu segi nilai sejagat dan kayu ukurnya boleh ditetapkan dengan piawaian penilaian tertentu, namun dari satu segi pula ia memberi laluan kepada kewujudan fenomena penyeragaman, sehingga corak persembahan dan produk komersial kebudayaan semakin mirip di serata dunia. Justeru itu, pada zaman di mana tahap globalisasi semakin tinggi, keistimewaan budaya tempatan menjadi lebih bernilai untuk mempamerkan kegemilangan tamadun dan keunikan rantau di seluruh pelosok dunia. Lantaran daripada itu, kita sebagai anak watan Malaysia perlu memiliki visi global, dilengkapi dengan misi lokal, iaitu daya bertindak di tempatan. Dari Warisan Dunia (World Heritage) hinggalah Warisan Kebangsaan (National heritage) Malaysia, kita perlu berfikir secara makro dan profesional, tidak terkongkong dengan fahaman perkauman yang sempit ketika berdepan dengan isu pemeliharaan warisan sejarah dan kebudayaan. 4.1.2 Menjunjung Kepelbagaian Kebudayaan, Memperkaya Budaya Malaysia Sama ada budaya Tionghua (Cina), India, mahupun Melayu, orang asal dan lain-lain, kesemuanya menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan Malaysia. Kami tidak bersetuju dengan pendekatan untuk menyisih atau meninggalkan budaya tradisional sesuatu etnik, malah menolak pendominasian sesuatu budaya tunggal ke atas budaya lain, atau menyekat perkembangan budaya lain. Kami menjunjung kepelbagaian kebudayaan, agar kegemilangan bersinar lantaran interaksi antara budaya.
7
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
4.1.3 Peranan Kebudayaan Antara Kerajaan, Korporat, Pertubuhan Sosial dengan Penggiat Seni-Budaya Dari segi pembangunan kebudayaan, kami berpandangan bahawa kerajaan, korporat, pertubuhan sosial, penggiat senibudaya memainkan peranan tertentu. Seandainya tenaga dan kuasa ini digembleng secara berkesan, sudah tentu ia menyuntik momentum ke arah pembangunan seni-budaya, sama ada dari segi halatuju pembangunan kebudayaan, pengagihan sumber, latihan mahupun persembahan aktiviti seni-budaya. 4.1.4 Jangan Abaikan Kreativiti Budaya Dan Anak Muda Selain mewarisi, budaya juga memerlukan kreativiti untuk membuka imaginasi dan menerokai kemungkinan pelaksanaannya. Ia termasuk keterangkuman untuk menerima perbezaan, dan membina pengiktirafan terhadap kepelbagaian kebudayaan. Ia juga menyuntik momentum kepada individu dan kolektif untuk membina dunia dalam diri dan luarnya. Untuk memangkin dinamik negara dan masyarakat, kerajaan dan pertubuhan masyarakat seharusnya memperuntukkan lebih sumber dan ruang, sebagai sokongan yang khusus kepada anak muda untuk bereksperimen dalam bidang kebudayaan. 4.1.5 Warisi Dan Perkembangkan Budaya Tionghua (Cina) Bak pepatah, “Budaya akar bangsa”, “Budaya jiwa bangsa”. Untuk kaum Cina, budaya dan adat Tionghua adalah akar bangsa, ciriciri penting yang harus diwarisi dan diperkembangkan. Agama, kepercayaan, dan keunikan adat resam komuniti Cina di seluruh pelosok negara adalah Warisan Tak Ketara (Intangible Heritage) (Nota 2) yang amat penting di Malaysia. Pesta Kebudayaan Cina Malaysia yang diusahakan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, dianjurkan secara bergilir oleh dewan perhimpunan Cina setiap negeri sejak tahun 1984, telah memasuki tahun ke-34. Pesta Kebudayaan Cina diadakan berturut-turut setiap tahun sejak KLSCAH menjadi tuan rumah yang sulung pada tahun 1984. Pesta Kebudayaan yang memainkan peranan untuk menyebarluas kebudayaan, mempergiat budaya tempatan ini haruslah diteruskan.
8
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
4.2 Menyebarluas Budaya, Seni dan Khazanah Kebudayaan Negara 4.2.1 Insentif Warisan Kebangsaan, Industri Seni-Budaya: Pelaksanaan Yang Lebih Telus dan Sistematik Kerajaan kita telah meluluskan Akta Warisan Kebangsaan (National Heritage Act) pada tahun 2005, menubuhkan Jabatan Warisan Negara pada tahun 2006 di bawah Kementerian Kebudayaan. Warisan kebudayaan mula diberi perhatian. Jabatan Warisan Negara telah mengisytiharkan 50 Warisan Kebangsaan (senarai pertama) pada Julai 2007, sempena ulangtahun kemerdekaan yang ke-50. Perkembangan ini amat memberangsangkan. Di Malaysia, warisan kebudayaan yang bernilai dan memberi makna kepada masyarakat antarabangsa termasuklah Taman Negara Mulu di Sarawak, yang diisytiharkan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2000 sebagai Tapak Warisan Dunia (World natural heritage), dan Taman Negara Kinabalu di Sabah. Makyong diisytiharkan sebagai Warisan Tak Ketara (Intangible cultural heritage) dunia pada tahun 2005. Melaka dan George Town di Pulau Pinang juga diisytihar UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia (World Heritage List) pada tahun 2008, sebelum Lembah Lenggong di Perak masuk dalam senarai pada tahun 2012. Dengan kata lain, lebih ramai masyarakat antarabangsa mengenali kepelbagaian kebudayaan Malaysia melalui pengiktirafan khazanah tersebut sebagai Tapak Warisan Dunia. Kami berpandangan bahawa proses penyelidikan dan penilaian yang berkenaan dengan warisan kebangsaan harus dijalankan dengan lebih telus. Malah, pendidikan untuk memelihara tapak warisan harus diperluaskan dengan pendekatan yang lebih lincah untuk menarik penyertaan masyarakat yang lebih ramai. Langkah sedemikian semestinya menambah pengetahuan rakyat tentang tapak warisan bersejarah, lantas keberkesanannya juga dipertingkatkan dalam usaha memelihara warisan kebudayaan kebangsaan.
9
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
Insentif dan bantuan dana untuk industri seni-budaya oleh kerajaan (khususnya Kementerian Kebudayaan) harus dipromosi dan dikempen dengan pelbagai bahasa, agar penggiat senibudaya terdedah kepada maklumat tersebut. Dengan itu, mereka boleh memohon insentif atau bantuan dana yang diperuntukkan kerajaan. 4.2.2 Menggalakkan Masyarakat Cina Untuk Berprihatin terhadap Warisan Kebudayaan dan Daftar Warisan Tiga peristiwa yang memberi impak kepada masyarakat Cina dalam bab konsep khazanah kebudayaan dan kesedarannya. Pertama, peristiwa Bukit China di Melaka (1983-1984); Kedua, peristiwa robohan Kuil Kuno Johor (1991); dan Ketiga, isu perpindahan tanah perkuburan di antara Jalan Dewan Bahasa dengan Jalan Loke Yew. Ketiga-tiga peristiwa ini mencetuskan perbincangan hangat di kalangan masyarakat Cina, pada masa yang sama mencungkil kesedaran terhadap tapak warisan bersejarah. Masyarakat Cina mula mengambil berat, malah juga mengambil bahagian dalam aktiviti untuk mempromosi warisan kebudayaan. Misalnya, Jogathon Warisan yang dianjurkan Pemuda KLSCAH telah memasuki penggal (aktiviti tahunan) ke-17; upacara sambutan Pesta Chong Yang di Bukit China, Melaka (SanShanJiuJiu) juga amat terkenal. Kami menganggap bahawa masyarakat Cina harus lebih berprihatin terhadap isu warisan kebudayaan, pada masa yang sama mengambil inisiatif untuk mendaftarkan butiran warisan yang memenuhi syarat sebagai warisan kebangsaan, agar ia dijadikan khazanah negara bersama. (Nota 3) 4.2.3 Mempromosi Pendidikan Tentang Tapak Bersejarah Dan Warisan Kebudayaan Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan (National Heritage Act, 2005) pada tahun 2005, menubuhkan Jabatan Warisan Negara (JWN) pada tahun seterusnya, disusuli dengan pengisytiharan senarai pertama Warisan Kebangsaan pada tahun 2007, malah beberapa butiran warisan di negara kita telah
10
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
tersenarai sebagai Warisan Dunia (World Heritage List). Namun demikian, kejadian merosakkan tapak bersejarah dan warisan kebudayaan sering berlaku. Tapak bersejarah dan warisan kebudayaan selalu dikorbankan atas nama pembangunan, sama ada perancangan bandar yang dijalankan kerajaan mahupun projek pembangunan yang dijalankan kumpulan swasta. Oleh yang demkian, kami berpandangan bahawa lebih kursus latihan yang berkenaan harus dikendalikan, sama ada oleh pihak berkuasa mahupun masyarakat. Media milik kerajaan mahupun swasta harus berkempen untuk meningkatkan kesedaran kumpulan berkepentingan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan tapak warisan bersejarah. 4.2.4 Mempromosi Seni Awam, Memperkasa Nilai Budaya Kami mencadangkan kerajaan untuk mempromosi seni awam, termasuk mensyaratkan pemaju perumahan mahupun zon perniagaan agar memperuntukkan bajet pada kadar tertentu untuk kegunaan seni awam. Langkah ini bertujuan untuk mengisi ruang kota dan desa dengan nilai budaya, agar ia menjadi tempat kediaman dan aktiviti yang lebih selesa. Kerajaan juga boleh mempertimbangkan langkah yang diambil di sesetengah bandar dan negara maju, iaitu menggalakkan industri kebudayaan, menyediakan zon seni-budaya atau kampung seni, memperbanyak aktiviti seni-budaya, lantas suasana dan kualiti persekitaran kehidupan dipertingkatkan secara keseluruhannya. 4.3 Layanan Adil Terhadap Pendidikan Pelbagai Aliran 4.3.1 Sekolah Pelbagai Aliran Memupuk Bakat Untuk Negara Semua aliran sekolah seharusnya menerima layanan yang wajar dan adil daripada kerajaan, kerana kesemuanya memainkan peranan untuk memupuk bakat demi negara. Namun, matlamat ini belum tercapai sepenuhnya. Menurut statistik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013—2025, sekolah antarabangsa di negara kita bertambah hampir sekali ganda dari 57 buah pada tahun 2010 kepada 113 buah pada tahun 2015.
11
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
Malangnya, nasib sekolah rendah Cina dan sekolah menengah persendirian Cina agak berbeza. Hatta rayuan untuk menambah sebuah sekolah rendah Cina mahupun sekolah menengah persendirian Cina tidak direstui, sungguhpun berpenat-lelah satu masyarakat Cina mengerah tenaganya. Sudah 60 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Masanya telah tiba untuk sekolah pelbagai aliran di negara ini diberi layanan yang adil dan saksama. 4.3.2 Keunggulan Pendidikan Bahasa Ibunda Sejak awal lagi, ahli akademik antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan bahawa penerimaan pendidikan bahasa ibunda adalah hak asasi manusia. Deklarasi UNESCO tentang Kepelbagaian Kebudayaan Dunia yang diluluskan pada tahun 2001, menghurai dengan jelas, “Perkara kelima, Hak Kebudayaan—Syarat positif untuk kepelbagaian kebudayaan”:“Hak kebudayaan adalah sebahagian daripada hak asasi manusia. Mereka adalah konsisten, tidak boleh dipisahkan dan saling bergantungan. Pembangunan kepelbagaian yang kaya dengan kreativiti menuntut agar hak kebudayaan dilaksanakan, sebagaimana yang ditetapkan Perkara 27 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sedunia, dan Perkara 13 dan 15 dalam Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan. Oleh itu, setiap manusia harus boleh memilih bahasa, terutamanya bahasa ibundanya untuk menyampaikan pemikirannya, berkarya dan menerbitkan karya dirinya; Setiap manusia berhak untuk menerima pendidikan dan latihan berkualiti, yang menghormati ciri-ciri budayanya; Setiap manusia seharusnya boleh memilih cara hidup kebudayaannya, mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan, dengan syarat menghormati hak asasi dan kebebasan orang lain.”
12
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
4.4 Pendidikan Sejarah Yang Objektif Dan Sejajar Dengan Fakta 4.4.1 Tujuan pendidikan sejarah meliputi banyak aspek, antaranya mencungkil minat pelajar terhadap sejarah perkembangan manusia. Melalui pembelajaran sejarah, seseorang pelajar boleh menguasai sejarah, akur kepada fakta sejarah, memupuk semangat sains, demokrasi, pemerintahan undang-undang (rule of law), dan pandangan dunia yang tepat. Di samping itu, kita boleh memahami proses kemerdekaan dan pembinaan negara melalui pembelajaran sejarah, lantas memupuk semangat patriotisme. Namun, pendidikan sejarah sering disalahguna oleh politikus yang taksub kuasa untuk tujuan politiknya. 4.4.2 Seandainya dinilai buku teks sejarah sedia ada yang digunakan sekolah rendah, menengah dan universiti, jelas ia cenderung kepada naratif etnik dan tamadun yang tunggal, dan tersasar dari fakta sejarah dan realiti. Pengajaran sejarah yang berat sebelah ini menyampaikan pengetahuan dan mesej yang tidak sempurna kepada generasi baru. Ia memberi kesan negatif yang tidak memanfaatkan masa depan negara. 4.4.3 Kami berpandangan bahawa kerajaan (khususnya Kementerian Pendidikan) harus menubuhkan satu jawatankuasa yang merangkumi pakar dan ahli akademik daripada pelbagai kaum untuk merangka sukatan pelajaran sejarah institusi pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Kandungan buku teks harus disemak dengan rapi. Misalnya, buku teks sejarah harus menerima dan menghormati hakikat bahawa negara kita terdiri daripada masyarakat berbilang, lantas ketika peradaban manusia dinaratifkan, ia harus merangkumi perkembangan tamadun utama di dunia, dan tidak berat sebelah kepada satu-satu tamadun yang tunggal.
13
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
4.5 Mempertahankan Sistem Sekular, Menyuburkan Interaksi dan Toleransi Agama 4.5.1 Dasar Yang Semakin Memperlihatkan Unsur Agama vs Sistem Sekular Untuk beberapa tahun kebelakangan, unsur agama Islam semakin terserlah, dan masyarakat kita semakin cenderung ke arah Islamisasi. Dari aspek pemakanan, alat penggunaan, sosial hidup, hubungan gender, hinggalah undang-undang, penetapan yang berunsurkan agama kian kelihatan. Kami menghormati penganutan dan penyebaran setiap agama. Sebagai sebuah masyarakat yang berbilang etnik, kita tidak hidup berasingan dalam amalan kehidupan harian, sebaliknya kita hidup bersama sebagai satu komuniti. Justeru itu, penetapan agama sering memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada penganut agama yang lain. Kami berpendapat bahawa sistem sekular negara ini harus dipertahankan, dari segi politik, agar semua agama menerima layanan yang adil dan saksama. Ia juga untuk mengelakkan kemunculan sentimen menolak atau mengecualikan etnik yang lain. 4.5.2 Mencerahkan Kawasan Kelabu Dalam Perundangan Perselisihan dan pertikaian agama antara muslim dengan nonmuslim sering kedengaran untuk tahun-tahun kebelakangan. Dalam kes tertentu, sama ada persetujuan kedua-dua pihak ibu bapa diperlukan ketika menukar agama anak, hak penjagaan kanak-kanak, hak harta warisan, pengurusan jenazah dan sebagainya, sering berlaku kekusutan dan akhirnya diheret ke mahkamah. Namun demikian, pertikaian ini tidak diselesaikan begitu sahaja, kerana wujudnya kawasan kelabu dalam perundangan. 4.5.3 Oleh yang demikian, kami berpandangan bahawa kerajaan seharusnya menyatakan dengan jelas tafsiran dan pertikaian dalam undang-undang yang melibatkan pertukaran agama, perkahwinan antara muslim dengan non-muslim, pengebumian,
14
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
penjagaan kanak-kanak dan isu-isu yang sensitif. Pendekatan yang profesional dan rasional diperlukan untuk mentafsir dan menjelaskan kandungan berkenaan. Diharapkan pertikaian sedemikian boleh dikurangkan pada masa depan. 4.5.4 Menghormati Kebebasan Beragama; Berlapang Dada Untuk Saling Bertoleransi (1) Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, penjawat awam dari setiap unit kerajaan, sama ada kerajaan persekutuan, negeri mahupun tempatan, tidak kira muslim atau non-muslim, seharusnya menerima latihan profesional yang berkualiti, supaya menguasai pengetahuan tentang perlembagaan persekutuan, konsep kepelbagaian kebudayaan, toleransi dan sebagainya, untuk membolehkan mereka bersikap adil, terbuka dan berlapang dada ketika mengendalikan urusan pelbagai agama. (2)
Semua peringkat kerajaan harus bersikap terbuka dan berlapang dada terhadap pembinaan atau pengubahsuaian rumah ibadat setiap agama. Sekatan tidak wajar yang dikenakan ke atas ketinggian, saiz, bentuk luaran, penamaan rumah ibadat dan sebagainya, harus dihentikan. Kerajaan tempatan harus mengambil kira keperluan semua agama ketika perancangan bandar dijalankan.
4.5.5 Menyuburkan Interaksi Dan Dialog Antara Agama Untuk menambah kefahaman dan komunikasi antara agama, dialog dan interaksi antara agama adalah perlu untuk mengurangkan syak-wasangka dan prejudis. Ia seharusnya menjadi amalan lumrah dalam masyarakat kita. Kerajaan dan pertubuhan masyarakat perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam hal ini. Interaksi melangkaui batas kaum juga boleh menyelesaikan perselisihan yang cuba dihasut oleh politikus yang taksub dengan kuasa, menggunakan nama agama dan kaum.
15
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
5. KERAJAAN DAN PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN 5.1 Dasar Kebudayaan Kerajaan dan Pengagihan Sumber Kerajaan sebagai institusi pentadbiran, menguasai sumber seperti kewangan, kebendaan, tenaga manusia, ruang dan sebagainya. Kerajaan juga menggubal dasar, menyediakan pelbagai mekanisme kebudayaan, mendominasi pengagihan sumber. Justeru itu, kerajaan amat berpengaruh dan berfungsi untuk menggerakkan pembangunan seni-budaya. Dengan kata lain, kementerian termasuk Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan boleh membantu pertubuhan dan penggiat seni-budaya dengan sokongan dana, insentif, latihan dan memberi kemudahan dari segi ruangan. Untuk menggunakan sumber dengan wajar dan berkesan, penjawat awam dari semua peringkat kerajaan harus menerima latihan, agar mereka memiliki perspektif kepelbagaian kebudayaan, menghayati dan menghargai semua bentuk seni-budaya daripada semua kumpulan etnik. Kerajaan seharusnya memberi tumpuan dalam peranannya untuk memberi bantuan, menggerakkan, memberi insentif, menyokong aktiviti dan penggiat senibudaya. 5.2 Bantuan Kerajaan Untuk Mengasah Bakat Pentadbiran Kebudayaan Pelbagai unsur diperlukan dalam usaha memantapkan dan mempromosi aktiviti seni-budaya. Manusia antara unsur yang penting, terbahagi secara ringkas kepada penggiat seni-budaya, bakat pentabiran seni-budaya, audiens dan peserta. Dengan kata lain, dalam aspek seni persembahan, selain seniman yang mempersembahkan pertunjukan, aktiviti seni juga memerlukan bakat pentadbiran yang fasih dengan bidang ini, dan menguasai kepakaran berkenaan. Audiens juga tidak kurang pentingnya. Kerajaan boleh mempromosi pendidikan seni-budaya melalui institusi pendidikan dan kebudayaan, membantu untuk memupuk bakat pentadbiran dalam bidang seni-budaya. Kami mencadangkan kerajaan untuk merangkumkan kursus seni-budaya ke dalam sukatan pelajaran sekolah rendah, menengah dan universiti. Langkah
16
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
menyemai benih bakat ini adalah pelaburan jangka panjang dalam bidang seni-budaya. Di samping itu, bakat pentadbiran seni-budaya boleh diasah melalui institusi pendidikan tinggi seperti Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). 5.3 Insentif Kerajaan Agar Korporat Digalakkan Untuk Menaja Aktiviti Kebudayaan Untuk menggalakkan lebih korporat supaya menubuhkan tabung budaya bagi menaja aktiviti kebudayaan dan seni persembahan, kerajaan harus menetapkan sistem insentif, misalnya korporat yang memberi sumbangan dana untuk aktiviti kebudayaan menikmati insentif percukaian atau dermanya dikecualikan cukai, supaya lebih ramai tokoh korporat, usahawan kecil dan sederhana sudi menaja aktiviti kebudayaan untuk jangka panjang. Ia akan mempergiatkan aktiviti kebudayaan dan seterusnya mempertingkatkan nilai budaya dan jiwa masyarakat kita. 5.4 Menubuhkan Jawatankuasa Seni (Art Council) Kami menyeru penubuhan Jawatankuasa Seni (Art Council) oleh kerajaan untuk mengintegrasi sumber dari pelbagai kementerian dalam hal dasar seni persembahan, pendidikan seni persembahan dan industri seni persembahan. Halatuju pembangunan seni persembahan Malaysia dirangka untuk jangka panjang, bagi mengelakkan keadaan di mana dasar berubah apabila pemimpin bertukar. Platform ini juga boleh digunakan kerajaan untuk mengumpul pandangan masyarakat, lantas memperkembangkan pembangunan seni persembahan negara kita. 5.5 Mencadangkan Agar Kerajaan Kaji Semula Sistem Sedia Ada 5.5.1 Memperluas Skop “Sastera Kebangsaan”, Menggalakkan Penilaian Masyarakat (1)
Sastera Kebangsaan sekarang diukur kelayakannya dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Penulisan dengan bahasa selain bahasa kebangsaan tidak diterima sebagai sastera kebangsaan. Sastera Melayu telah memiliki status
17
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
sastera kebangsaan. Justeru itu, kami mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula definisi dan sistem kebudayaan kebangsaan serta sastera kebangsaan, memperluas sempadan bahasa “sastera kebangsaan” dengan memansuhkan sekatan bahasa, agar sastera Melayu, India, Inggeris, Cina di Malaysia dipandang sebagai sastera kebangsaan, untuk menampilkan sastera kebangsaan dalam pelbagai bahasa yang memperlihatkan nilai kepelbagaian dan keterangkumannya. (2)
Menggalakkan penilaian dan perbincangan masyarakat, agar komuniti budaya tempatan (misalnya persatuan penulis, persatuan terjemahan dan berkarya, persatuan kajian sastera di merata-rata tempat, bengkel sastera dll) mengadakan perbincangan untuk mengutip pandangan masyarakat, menuntut agar kabinet mengkaji semula masalah budaya dan sastera.
(3)
Dalam sesebuah masyarakat berbilang, halangan komunikasi dan bahasa boleh diatasi dengan penterjemahan. Jikalau sesebuah masyarakat menghormati perbezaan, memandang berat bagaimana perbezaan boleh diatasi, maka semakin pesatlah industri terjemahannya. Kerajaan, korporat dan pertubuhan masyarakat seharusnya menaja dan memberi bantuan dana untuk penerbitan karya bahasa Melayu, Cina, India yang diterjemah, untuk menyuburkan interaksi antara budaya, bahasa dan etnik.
5.5.2 Terjemahan dan Penggunaan Pelbagai Bahasa di Tempat Awam (1) Persekitaran bahasa yang mesra umpama “ruang tanpa halangan”, agar komuniti yang berbeza dapat akses kepada maklumat, pengetahuan dan budaya secara samarata. Dalam sektor awam, misalnya jabatan kerajaan, hospital, papan tanda dan sebagainya, harus dilabelkan dengan multi-bahasa. Dalam sektor perkhidmatan awam, harus disediakan petugas yang menguasai pelbagai bahasa untuk menawarkan perkhidmatan kepada orang awam.
18
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
(2)
Sektor swasta juga perlu memainkan peranan yang proaktif dalam hal multi-bahasa, misalnya label, papan tanda di pusat membeli-belah harus dipamerkan dengan multibahasa untuk kemudahan khalayak ramai.
(3)
Untuk memupuk bakat terjemahan, universiti awam mahupun swasta seharusnya menyediakan fakulti terjemahan.
5.5.3 Mengkaji Semula Sistem Perfileman (1) Kami mencadangkan kerajaan untuk mengkaji semula kekurangan Skim Wajib Tayang, bagi mengelakkan keadaan di mana filem tempatan terjejas tempoh tayangannya lantaran persaingan yang tidak adil. Pada masa yang sama, pengklasifikasian filem yang terlalu ketat dan kasar harus dikaji semula. Kami mencadangkan agar rakyat biasa, pertubuhan profesional yang berkenaan diundang untuk memberi pandangan. Kekangan kebebasan berkarya lantaran penapisan politik harus dielakkan kerana ia membunuh peluang audiens untuk akses kepada karya yang pelbagai. (2)
Mengkaji semula dasar subsidi: Finas seharusnya mengumumkan bajet tahunan dan senarai penerima subsidinya untuk semakan orang awam. Penerbitan filem independen dan dokumentari harus digalakkan, bantuan dana dalam bentuk insentif harus diberi untuk menampung kos penerbitan, mengurangkan beban kos pembikinan filem tempatan dan meningkatkan pendapatan.
5.5.4 Menggubal Akta Anti-Monopoli, Mempertahankan Persaingan Bebas Media (1)
Untuk mengelakkan pemilikan media yang semakin terpusat, sehingga menyebabkan monopoli berita dan maklumat, lantas mengehadkan kepelbagaian suara, kami menyeru agar kerajaan menggubal “Akta Perdagangan Adil” dan “Akta Anti-Monopoli” untuk mengawal selia dan menjamin persaingan terbuka dan adil dalam pasaran. Melalui kawal
19
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
selia undang-undang ke atas struktur dan pasaran, ia mampu mencegah pasaran daripada hilang fungsinya lantaran monopoli. Suasana persaingan bebas pelbagai media harus dipertahankan, hak orang ramai untuk memilih harus dihormati, dan pengamal media akan memajukan dirinya dalam proses persaingan ini.
20
(2)
Penambahbaikan persekitaran media yang menyaksikan persaingan bergantung kepada kerajaan, pemilik dan pertubuhan masyarakat yang menggariskan peraturan. Kedua-dua dasar dan insentif diperlukan. Kami mencadangkan penubuhan Majlis Media (Media Council), menerbitkan bahan cetakan mahupun laman internet untuk menyiarkan surat pembaca, atau pandangan orang awam yang memantau media. Di sini terbentuk ruang awam yang terbuka untuk perbincangan masyarakat, lantas menjadi satu mekanisme pemantauan media. Selain itu, ia boleh diusahakan melalui pendidikan, mensyaratkan agar institusi pendidikan memperkenalkan pendidikan media, meningkatkan kesedaran audiens ketika menggunakan media agar kepentingan awam terjamin.
(3)
Memberi bantuan dana kepada pertubuhan masyarakat atau individu untuk menampung kos penerbitan secara kecil-kecilan, menggerakkan pembangunan media alternatif. Sememangnya media non-profit atau profit-rendah wujud di Malaysia, memainkan peranan penting sepanjang proses pendemokrasian. Media ini berkembang mekar apabila masyarakat semakin terbuka. Meskipun media alternatif ini gagal menggantikan media sedia ada, malah tidak berpengaruh sebagaimana media arus perdana, namun ia menjadi petanda yang penting dalam lanskap media tempatan. Nilai media ini bukan sekadar keistimewaannya yang tersendiri, tetapi peranannya untuk mendukung nilai di luar arus perdana. Ia menjadi petanda yang penting untuk mengukur sejauh mana negara kita melangkah ke arah masyarakat berbilang yang matang.
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
6. KORPORAT SEBAGAI PENDORONG AKTIVITI SENI-BUDAYA 6.1 Tanggungjawab Sosial Korporat Korporat pada zaman sekarang perlu memikul tanggungjawab sosial (Corporate Social Responsibilities, CSR) sementara menghambat keuntungan. Sumbangan kepada masyarakat ini bertujuan untuk membina masa depan yang lebih baik. Konsep ini semakin diterima dan disahut dunia korporat. Hakikatnya, korporat memainkan peranan yang penting untuk menggerakkan pembangunan kebudayaan negara atau sesuatu komuniti. Sebagaimana yang sedia maklum, dana diperlukan untuk pelaksanaan, sama ada kajian budaya mahupun aktiviti seni persembahan dan sebagainya. Jelas, dana menjadi antara kunci pembangunan kebudayaan. Di negara maju, tajaan atau mengambil projek budaya di bawah jagaan korporat adalah amalan yang lumrah. Dengan kata lain, korporat menjadi pendorong pembangunan kebudayaan melalui suntikan dana. Kami menyeru agar korporat di Malaysia menjadikannya sebagai amalan yang diteladani, dan menaja aktiviti kebudayaan di Malaysia. 6.2 Harapan agar Tajaan Aktiviti Kebudayaan oleh Korporat Menjadi Amalan Lumrah Di negara kita, terdapat korporat besar, usahawan kecil dan sederhana yang mula memperuntukkan nisbah tertentu daripada keuntungan tahunan korporatnya untuk menaja pembangunan kebudayaan dan seni persembahan dalam negara (Nota 4). Sokongan dana sebegini sedikit sebanyak meringankan tekanan kos dan logistik yang dihadapi penggiat seni untuk sekian lama. Penajaan aktiviti seni-budaya harus diiktiraf dan dipuji. Kami berharap agar amalan ini semakin lumrah di negara kita. 6.3 Korporat Menyuburkan Interaksi Seni-Budaya Interaksi menjadi satu mekanisme dan saluran yang penting untuk mempertingkatkan taraf seni-budaya. Di negara maju, jemputan seniman atau pertubuhan seni yang unggul dari luar negeri untuk persembahan dan berinteraksi telah menjadi satu amalan tetap. Begitu juga, menghantar seniman
21
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
mahupun pertubuhan seni-budaya tanahair yang unggul ke luar negeri untuk persembahan juga satu cara interaksi dan langkah memantapkan diplomasi antara negara. Korporat memainkan peranan dalam penajaan kos, sama ada mengundang seniman asing ke negara kita, mahupun menghantar kumpulan seni-budaya tanahair ke luar negeri. 6.4 Menggalakkan Korporat Untuk Menubuhkan atau Mengambil Institusi Seni Di Bawah Jagaannya Di luar negeri, sesetengah korporat menubuhkan galeri seni tersendiri, muzium, menaja pertubuhan seni tertentu untuk jangka panjang, atau menubuhkan tabung seni-budaya, sebagai langkah untuk melibatkan diri dalam usaha membangunkan seni-budaya. Di Malaysia, kami menyeru agar dunia korporat mengambil galeri seni, muzium khazanah, memorial dan lainlain di bawah jagaannya, agar institusi ini memiliki status kewangan yang lebih stabil. Dengan ini, institusi seni berkemampuan menjalankan kerja simpanan dan pameran yang berkualiti untuk jangka panjang, seterusnya meningkatkan taraf kebudayaan masyarakat.
7. PERANAN KEBUDAYAAN PERTUBUHAN MASYARAKAT 7.1 Keazaman dan Kecekalan Pertubuhan Masyarakat 7.1.1 Jikalau diimbas “Kongres Kebudayaan Cina” yang dianjurkan di Pulau Pinang pada tahun 1983, hasil yang khusus adalah mengemukakan Memorandum Tentang Kebudayaan Kebangsaan, disusuli dengan penubuhan Jawatankuasa Kebudayaan Pertubuhan Cina, dengan programnya seperti Pesta Kebudayaan Cina pada tahun 1984, penubuhan Pusat Kajian Cina pada tahun 1985 dan sebagainya. Kedua-dua program ini melambangkan dua tahap pembangunan kebudayaan yang berbeza daripada pertubuhan masyarakat. 7.1.2 Pesta Kebudayaan Cina telah memasuki penggal ke-34 pada tahun 2017 sejak dimulakan pada tahun 1984. Aktiviti peringkat kebangsaan ini telah memperlihatkan ciri-ciri berikut:-
22
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
(1)
(2)
(3)
Dewan Perhimpunan Cina setiap negeri mengambil giliran sebagai penganjur sejak aktiviti ini dimulakan, tanpa berhenti. Ia memperlihatkan kesungguhan dan kecekalan masyarakat Cina untuk menggerakkan aktiviti kebudayaan; Diiktiraf kerajaan dan masyarakat. Sumbangan dana dari pihak kerajaan dan masyarakat agak stabil, dan peserta yang hadir untuk menyertai aktiviti pesta ini menampakkan pola yang semakin bertambah dari tahun ke tahun; Menggerakkan aktiviti kebudayaan negeri dan daerah, menarik keterlibatan komuniti tempatan dan ia telah menjadi pesta raya tahunan.
7.1.3 Kejayaan dan kesinambungan Pesta Kebudayaan Cina telah memperlihatkan daya mobilisasi masyarakat untuk mengerah tenaga manusia, kebendaan dan kewangan; juga semangat dan kesungguhan masyarakat untuk memelihara dan menyebarluas kebudayaan, mewarisi tradisi menyumbang apa yang mampu, sama ada tenaga mahupun kewangan. Pesta Kebudayaan Cina harus dipertingkatkan dan dimajukan dari asas yang sedia ada sekarang. 7.2 Memperkasa Kerjasama Antara Institusi Akademik dengan Pertubuhan Masyarakat Kami berpandangan bahawa sepanjang proses pembangunan kebudayaan, pertubuhan masyarakat, bersama institusi pendidikan tinggi dan institusi akademik boleh saling melengkapi dengan pengintegrasian sumber. Kelebihan masing-masing boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk merealisasikan imaginasi kebudayaan. Kelebihan institusi pendidikan tinggi terletak pada pasukan akademik dan bakatnya yang boleh terlibat dalam kajian dan penyelidikan, sementara kelebihan pertubuhan masyarakat adalah tenaga kewangan dan sumber jaringan sosialnya. Seandainya kedua-dua ini digabungkan, idea bakal bercambah menjadi tindakan, lantas imaginasi kebudayaan akan membuahkan hasilnya. (Nota5)
23
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
7.3 Menubuhkan Jawatankuasa Seni 7.3.1 Kami mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Seni (Art Council) sebagai persada interaksi antara penggiat seni-budaya, dan juga jambatan antara penggiat seni dengan pihak berkuasa dan media. Jawatankuasa ini juga boleh berperanan sebagai tingkap untuk komunikasi antara etnik, menjuruskan interaksi antara penggiat seni Cina, Melayu, India dan kaum asal untuk memacu pembangunan seni-budaya persembahan dalam negara. 7.3.2 Dalam sejarah perkembangan seni persembahan, peraduan pernah diadakan dan pentas disediakan (Pesta Teater, Pertandingan Nanyian, Pertandingan Adat Masyarakat dsb), tidak kurang juga antaranya berkualiti tinggi. Namun ia dihentikan lantaran kekurangan sumber. Kerja susulan pula dihentikan kerana pengalaman itu tidak diwarisi. Jawatankuasa ini boleh memainkan peranan yang penting untuk mengintegrasi sumber dari pelbagai pihak, merancang pertandingan atau menyediakan pentas untuk persembahan bersiri dari peringkat antarabangsa, kebangsaan, hinggalah tempatan. 7.3.3 Intipati seni persembahan adalah kreativiti kebudayaan. Penggiat seni persembahan masyarakat Cina seharusnya menerokai dan menonjolkan unsur budaya Cina tempatan, menambah unsur tempatan dalam karya seni, dan mengurangkan tiruan ciriciri yang bukan tempatan. Hanya dengan ini pertubuhan seni persembahan kita akan memahat nama di antarabangsa. Penggiat seni persembahan harus berusaha untuk mempertingkatkan taraf seni dan pertunjukan, dan mengorak langkah ke arah persada antarabangsa. 7.4 Memperkasa Integrasi Sumber Masyarakat 7.4.1 Seni-budaya masyarakat Cina sering dipandang enteng pihak berkuasa. Ia berkembang di luar sistem, dan pertubuhan
24
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
masyarakat seperti pertubuhan Cina, telah menjadi pangkalan untuk perkembangan seni persembahan. Hubungan keduaduanya rapat. Penggiat seni menganggap pertubuhan Cina sebagai incubatornya, dan ia berkembang dan menyumbang dalam kekangan sumber. 7.4.2 Dialek yang berbeza mempunyai keistimewaan yang berlainan. Pertubuhan yang berlainan harus menerokai semula kebudayaan berkenaan (misalnya lagu tradisional). Dialek adalah warisan kebudayaan. Kita harus menggalakkan penggunaannya agar ia diwarisi dan tidak terpupus. 7.5 Penubuhan Muzium Masyarakat dan Aktiviti Komuniti Secara Berterusan 7.5.1 Sejak 20 tahun kebelakangan, galeri, muzium peringatan tokoh, muzium kisah silam dan lain-lain (Nota 6) telah muncul sebagai pusat sejarah budaya. Ia ditubuhkan dengan inisiatif masyarakat Cina, satu trend yang memberangsangkan kerana memperlihatkan inisiatif dan dinamik sesebuah masyarakat. Pertubuhan masyarakat mengintegrasi sumber dan menjadikan galeri muzium sebagai satu platform. Melalui simpanan maklumat, pameran dan program yang berkaitan, ia berfungsi untuk menyebar luas sejarah, informasi, dan menjunjung nilai jiwa seseorang tokoh. 7.5.2 Sesetengah muzium yang lebih lengkap pula mengadakan seminar, lawatan sambil belajar, interaksi antara muzium, latihan pemandu pelancongan, warisan dan pertukaran pengalaman, agar pesertanya mampu bergerak sejajar dengan peredaran zaman, menguasai konsep dan daya mengurus, agar muzium dan memorial ini berfungsi untuk tujuan pendidikan masyarakat. 7.5.3 Selain itu, seni komuniti juga semakin popular di desa-kota. Cara yang biasa diamalkan adalah mengerah tenaga orang tempatan, dan seniman dalam mahupun luar negara diundang untuk singgah di situ. Nilai estetika, pengetahuan ekologi dan
25
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
pendidikan kemanusiaan digabungkan, dan disebarkan benih kebudayaan seluas-luasnya. Festival Pulau Pangkor, Festival Seni Antarabangsa Pulau Ketam, Festival Seni Antarabangsa Sasaran dan lain-lain, telah menyuntik nafas baru kepada kampung nelayan. Pesta Seni Komuniti Kajang, Pesta Seni Komuniti “Jom, terokai Port Weld!” juga antara contoh yang baik. Kami berpandangan bahawa aktiviti seni komuniti sedemikian harus diperkembangkan ke seluruh pelosok negara. 7.6 Memperkasa Interaksi Kebudayaan Antara Etnik 7.6.1 Sejak Memorandum Tentang Kebudayaan Kebangsaan dikemukakan pada tahun 1983, sungguhpun interaksi kebudayaan antara etnik bertambah, sama ada di peringkat kerajaan mahupun masyarakat, namun ia belum menjadi satu amalan yang lumrah dan fenomena umum secara keseluruhannya. Dengan kata lain, banyak lagi yang perlu diusahakan dalam bab interaksi melangkaui batas kaum. 7.6.2 Kami berpandangan bahawa, pemahaman yang cetek dan penyertaan yang kurang terhadap kebudayaan etnik lain boleh menebalkan prejudis dan stereotaip kita terhadap etnik lain, dan ia tidak baik untuk perpaduan kaum. Justeru itu, kami menyeru agar pihak berkuasa, pertubuhan masyarakat, sekolah dan institusi lain mewujudkan lebih platform untuk interaksi melangkaui batas kaum, termasuk menjemput penggiat seni tempatan untuk menyertai persembahan dalam upacara menyambut kedatangan tetamu asing, pertunjukan budaya, pameran korporat dan sebagainya. Jadikanlah interaksi antara kaum ini sebagai amalan lumrah di negara kita, merobohkan tembok perkauman dengan seni, untuk kita meraikan matlamat hidup berbilang, makmur bersama.
26
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
7.7 Bantuan Dana Untuk Institusi Akademik Masyarakat: Pusat Kajian Cina Malaysia Pusat Kajian Cina Malaysia (Centre For Malaysian Chinese Study) adalah institusi penyelidikan yang lebih tinggi tahapnya, ditubuhkan oleh masyarakat. Perjuangan ini diteruskan untuk lebih 30 tahun dalam keadaan sumber kewangan yang tidak stabil. Pengumpulan maklumat, penganjuran ceramah dan seminar, penerbitan kertas kerja akademik telah membuahkan hasil yang lumayan. Ia terkenal di peringkat antarabangsa, menjadi tempat kunjungan ahli akademik negara asing untuk pencarian maklumat, interaksi dan bertukar pandangan. Sememangnya, sama ada Pesta Kebudayaan Cina mahupun Pusat Kajian Cina Malaysia, kesinambungannya memerlukan bantuan dan sokongan jangka panjang daripada pihak berkuasa dan masyarakat untuk penuaian hasil yang lebih lumayan pada masa depan.
8. KESIMPULAN 8.1 Kertas Cadangan Kebudayaan (2017) ini dirangka sempena Pesta Kebudayaan Cina ke-33. Pengamatan dan cadangan yang diketengahkan dalam dokumen ini adalah hasil tinjauan terhadap dasar kebudayaan dan pembangunan kebudayaan sepanjang 30 tahun kebelakangan, dan ia bertitik tolak dari asas Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan yang dikemukakan pada tahun 1983. 8.2 Dari segi konsep, Kertas Cadangan Kebudayaan ini menyarankan hak kebudayaan rakyat, dan menegaskan nilai kepelbagaian kebudayaan. Sama ada penjawat awam, ahli korporat, pakar akademik mahupun rakyat jelata, harus menerima hakikat bahawa masyarakat kita terdiri daripada berbilang kaum dan budaya. Mana-mana dasar atau langkah untuk mendominasi dan memaksakan satu budaya atau agama tunggal ke atas satu budaya yang lain adalah tidak wajar. Begitu juga, setiap etnik dan budaya harus menerima layanan yang adil sama ada dari segi perundungan, pengagihan sumber, peluang seni-budaya dan lain-lain.
27
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
8.3 Sungguhpun Dasar Kebudayaan Kebangsaan diketengahkan pada tahun 1971, namun pelaksanaannya agak longgar sejak tahun kebelakangan. Bagaimanapun, dengan mengambil kira pola perkembangan sekarang dan masa depan, Kertas Cadangan Kebudayaan mencadangkan kerajaan untuk mengkaji semula dan meminda Dasar Kebudayaan Kebangsaan, menggantikannya dengan Pelan Induk Pembangunan Pelbagai Budaya. Tempoh lima tahun dijadikan satu penggal, dan ditetapkan keutamaan pembangunan kebudayaan, pengagihan sumber kebudayaan, pemupukan bakat, cara insentif, penggunaan ruang dan sebagainya untuk menggerakkan perkembangan kebudayaan Malaysia. 8.4 Dari segi strategi memacu pembangunan kebudayaa kebangsaan, Kertas Cadangan Kebudayaan menganggap pihak yang berkenaan dan penggiat seni-budaya harus memiliki visi global dan mampu melaksanakan misi lokal (daya tindak di peringkat tempatan). Tidak kira warisan dunia mahupun warisan kebangsaan, atau penggiat senibudaya persembahan, visi global ini membantu untuk melonjakkan taraf karya seni. Dan daya tindak adalah proses pelaksanaan yang mampu membuahkan hasil. 8.5 Dari segi pendidikan, Kertas Cadangan Kebudayaan menekankan keunggulan pendidikan bahasa ibunda, menyeru agar kerajaan bersikap adil kepada semua aliran sekolah. Selain itu, pendidikan sejarah harus berlandaskan fakta. Buku teks sejarah sekolah rendah, menengah dan universiti harus memupuk nilai sains, demokrasi, pemerintahan hukum (rule of law), semangat patriotisme dan pandangn dunia yang betul di kalangan pelajar, dengan pengajaran yang sejajar dengan fakta. Kertas Cadangan Kebudayaan menyarankan agar sistem sekular dipertahankan, dengan interaksi antara agama dan toleransi agama harus disuburkan. Dari segi perundangan, kerajaan harus mencerahkan kawasan kelabu untuk mengelakkan salah faham dan pertikaian antara etnik dan agama. 8.6 Kertas Cadangan Kebudayaan mengiktiraf peranan kerajaan, korporat, pertubuhan masyarakat dan penggiat seni dalam usaha mempromosi kebudayaan, dan menyarankan agar semua pihak menjalin hubungan kerjasama yang lebih erat, untuk memantapkan kuasa lembut (soft power) budaya. Pihak berkuasa, korporat, pertubuhan masyarakat
28
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
dan penggiat seni-budaya memainkan peranan masing-masing. Untuk kerja penyelarasan yang lebih berkesan, Kertas Cadangan Kebudayaan mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Seni (Art Council) sebagai satu platform berinteraksi.
NOTA (1)
15 Pertubuhan Cina yang yang menganjurkan “Kongres Kebudayaan Cina” dan menyerahkan Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada ketika itu terdiri daripada lapan dewan perhimpunan Cina dari negeri dan lima dewan perniagaan, serta Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), dengan senarainya berikut:Dewan Perhimpunan Cina Selangor (kini Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor), Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, Persatuan Cina Perak, Persekutuan Dewan Perniagaan Tionghua Negeri Johor, Dewan Perhimpunan Tionghua Terengganu, Dewan Perhimpunan Tiong Hwa Kelantan, Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan, Pergabungan Persatuan-Persatuan Cina Sarawak, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Persatuan GuruGuru Sekolah Cina Malaysia, Persatuan Dewan-Dewan Perniagaan Cina Pahang, Dewan Perniagaan Cina Melaka, Dewan Perniagaan Tiong Hua Kedah, Dewan Perniagaan Cina Negeri Perlis dan Gabungan Dewan-Dewan Perniagaan Tiong Hua Sabah.
(2)
Perarakan Chingay Kuil Kuno Johor, Upacara WangKang (Yong Chuan Tian Temple di Melaka), sambutan Bulan Tujuh di merata negara, sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang dan lain-lain lagi, kesemuanya sambutan masyarakat yang penuh dengan ciri-ciri keistimewaan. Justeru itu, kemahiran seni seperti tarian naga, tarian singa, Gendang Dua Puluh Empat Perayaan (Gendang Cina) dan sebagainya, berkembang pesat di dalam negara, malah persembahannya telah memasyhurkan nama Malaysia di luar negeri. Tarian Singa Atas Tiang, Gendang Dua Puluh Empat Perayaan (Gendang Cina), Perarakan Chingay Kuil Kuno Johor, Upacara WangKang dan lain-lain telah diisytiharkan Jabatan Warisan Negara sebagai Objek Warisan Tidak Ketara (Intangible National Heritage).
29
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
30
(3)
Butiran warisan kaum Cina yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan termasuklah Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (2007), Tarian Singa Atas Tiang (2007), Encik Tan Hooi Song (2009, Kategori Orang Hidup), Gendang Dua Puluh Empat Perayaan atau Gendang Cina (2009, Objek Warisan Tidak Ketara), Chingay (2012, Objek Warisan Tidak Ketara), Upacara WangKang (2017, Objek Warisan Tidak Ketara) dan sebagainya.
(4)
Contoh penajaan pembangunan kebudayaan oleh korporat termasuklah Orkestra Simfoni Kebangsaan, KLPac, Dpac dan lain-lain, yang ditaja korporat besar untuk jangka panjang. Selain itu, Khind, Eu Yan Sang, Nirvana, Xiao En Cultural Foundation, Elken Global Malaysia dan lain-lain juga menaja pusat seni masyarakat dan pelbagai aktiviti seni persembahan. Amalan ini harus diberi pujian.
(5)
Contoh kerjasama antara institusi akademik dengan pertubuhan masyarakat termasuklah projek kerjasama mengumpul maklumat sejarah Teochew di Johor antara Kolej Universiti Selatan dengan Teochew Eight Districts Association; Kerjasama antara The Selangor and Kuala Lumpur Teo Chew Association dengan Pusat Kajian Cina Malaysia dalam projek kajian orang Teo Chew Kuala Lumpur-Selangor antara tahun 2012-2015; Kerjasama antara Universiti Malaya dengan Selangor and Kuala Lumpur Hokkien Associaton untuk projek mendaftar batu nisan di tanah perkuburan Hokkien Kuala Lumpur. Sesungguhnya, kerjasama antara institusi tinggi dengan pertubuhan masyarakat tidak semestinya terbatas kepada projek kajian dan penyelidikan, tetapi juga perkara lain yang boleh diterokai.
(6)
Muzium atau galeri yang ditubuhkan dan terbuka kepada orang awam untuk tempoh 20 tahun kebelakangan ini termasuklah Muzium Warisan Tiong-Hua Johor Bahru (2009), Galeri Warisan Kwong Siew Johor Bahru (2010), Muzium Kaligrafi Sim Mow Yu di Melaka (2011), Galeri Warisan Hokkien di Hokkien Huay Kuan Johor Bahru (2011), Serdang Folk Museum (2012), Tan Kah Kee Foundation (2013), Chan Lok Hung Commemorative Hall (2014), Memorial Lim Lian Geok (2014), Kluang Museum. Galeri yang dirasmikan pada tahun 2016 termasuklah Malacca Humanities Hall, Muzium Kebudayaan Hopo, Koridor Sejarah Persatuan Hokkien Klang, Historical Museum of Traditional Chinese Medicine in Malaysia dan lain-lain.
LAMPIRAN 1
MEMORANDUM BERSAMA Dikemukakan Oleh Pertubuhan-Pertubuhan Cina Yang Utama Di Malaysia, 1983
I.
PENDAHULUAN
1.1. Demi menyahut rayuan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, kami yang mewakili Pertubuhan-Pertubuhan Cina berikut, menyampaikan Memorandum ini sebagai pandangan asas masyarakat Cina tentang masalah kebudayaan kebangsaan. Penyampaian kami dibuat secara prinsip sahaja untuk pertimbangan Kerajaan dalam kajian semua dasardasar yang berkenaan. 1.2 Malaysia merupakan negara berbilang kaum, bahasa, agama dan kebudayaan. Untuk mencapai perpaduan kebangsaan, yang penting sekali ialah mengakui ciri-ciri asas masyarakat kita, iaitu masyarakat majmuk. Akan tetapi, pelaksanaan dasar-dasar kebangsaan sekarang tentang bahasa, pelajaran dan kebudayaan terlalu berbau perkauman dan cenderung ke arah asimilasi paksaan. Dasar-dasar b e r k e n a a n digubal hanya dari perspektif dan pendirian satu kaum. Pertentangan antara dasar-dasar Melayu-sentrik dengan ciri majmuk masyarakat kita merupakan teras masalah kita. 1.3 Kami berpendapat, asas perbincangan tentang masalah kebudayaan kebangsaan terletak pada semangat dan lunas-lunas yang termaktub
31
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
dalam Deklarasi Hak-Hak Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara, persamaan hak dan kedudukan untuk semua kaum dan perundingan demokratik. Hanya dengan lunas-lunas tersebut, barulah hak-hak asasi semua kaum untuk mewarisi dan mengembangkan kebudayaan masing-masing dapat terjamin dan tidak dicabuli, dan setiap kaum dapat saling menghormati tradisi kebudayaan satu sama lain dengan sesungguhnya. Kerana dasardasar kebangsaan sekarang tentang bahasa, pelajaran dan kebudayaan, serta tiga prinsip yang diamalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan tidak digubal atas lunas-lunas tersebut, pelanjutan dasardasar itu bukan sahaja tidak akan mencapai matlamat perpaduan kebangsaan, malahan akan memburukkan lagi kecenderungan atau trend polarisasi kaum yang kurang sihat itu.
II. ASAS OBJEKTIF DAN KEPERIBADIAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 2.1 Pada umumnya, kebudayaan ditakrif sebagai jumlah kekayaan jasmanu dan kekayaan rohani yang dicipta dalam perkembangan sejarah manusia. Secara ringkas, ia boleh dikenali sebagai cara hidup manusia. Oleh itu, hubungan sesuatu kaum dengan kebudayaan adalh seperti darah dengan daging yang tidak dapat dipisahkan. 2.2 Oleh sebab kebudayaan itu cara hidup manusia, maka kebudayaan kebangsaan adalah cara hidup seluruh rakyat Malaysia. Negara kita merupakan negara berbilang kaum dan kebudayaan, dan cara hidup seluruh rakyat kita seharusnya merupakan cara hidup semua kaum. Oleh itu, asas objektif kebudayaan kebangsaan kita bukan kebudayaan satu kaum, tetapi harus terdiri dari kebudayaan semua kaum, seperti yang dinyatakan oleh Rukunegara bahawa: “Bangsa dan Negara Malaysia sesungguhnya mempunyai kekayaan dan perbezaan kebudayaan yang khusus dalam kedua-dua bidang tradisi dan kebiasaan. Kami bercitacita hendak mencipta satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan Bangsa dan Negara Malaysia.” Pembinaan Kebudayaan Kebangsaan
32
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
harus menurut hukum semulajadi (Natural Law) perkembangan kebudayaan, agar kebudayaan berbagai kaum di negara kita dapat bersaling tindak atau berinteraksi, yang intisari dipelihara dan yang hampas ditinggalkan. Usaha tersebut harus dilengkapi lagi dengan serapan unsur-unsur positif kebudayaan asing untuk mencipta nilainilai kebudayaan bersama. Dalam process pembinaan kebudayaan kebangsaan ini, pihak berkuasa tidak harus terlalu banyak campurtangan, lebih-lebih lagi “perbentukan” itu tidak boleh menurut kemahuan subjektif sesuatu kaum sahaja. 2.3 Kebudayaan Melayu, kebudayaan Cina dan kebudayaan India di negara kita, melalui proses evolusi jangka panjang dalam persekitaran objektif negara kita, telahpun berbeza daripada kebudayaan Indonesia, kebudayaan Cina dan kebudayaan India, baik dari segi isi maupun bentuknya. Ketiga-tiga kebudayaan tersebut bukan sahaja mewarisi kekayaan kebudayaan asalnya, tetapi juga telah menjadi bahagian atau komponen kebudayaan kebangsaan, yang tidak dapat dipisahkan melalui interaksi, saling memperkaya dan serap-menyerap. Dengan kata-kata lain, kesemuanya telahpun bercorak tempatan. 2.4 Menurut pandangan kami, kebudayaan kebangsaan sekarang harus memilki tiga ciri asas berikut:(i) (ii) (iii)
bentuk kebudayaan yang beraneka ragam; nilai-nilai bersama; dan bercorak tempatan.
Bentuk kebudayaan yang beraneka ragam adalah cerminan wajar amalan agama, cara hidup dan tradisi kebudayaan yang berlainan dalam masyarakat majmuk kita. Bentuk kebudayaan yang beraneka ragam memperkaya dan menjadikan kebudayaan kebangsaan kita berwarna-warni, dan ini meruoakan kelebihan kebudayaan kita dan bukan kekurangannya. Nilai-nilai bersama harus berpandukan sains, demokrasi, pemerintahan undang-undang dan patriotisme. Nilainilai bersama dan corak tempatan utama sekali merujuk kepada isi kebudayaan. Dan isi kebudayaanlah yang harus dipandang berat
33
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
dalam pembinaan kebudayaan kebangsaan. Corak Melayu memang merupakan corak tempatan. Tetapi corak tempatan tidak seharusnya corak Melayu, corak-corak Cina, India, Kadazan, Dayak dan kelompokkelompok etnik Malaysia yang lain juga ber corak tempatan.
III. MATLAMAT PEMBINAAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 3.1 Tujuan utama pembinaan kebudayaan kebangsaan dan sistem nilai ialah untuk memobilisasikan unsur-unsur positif kebudayaan semua kaum di negara kita untuk menentang pengaruh golongan pelampau/ perkauman di dalam negara, serta aspek-aspek kebudayaan yang meleset (decadent) dan negatif, di samping mengembangkan kekayaan sumber dan tenaga manusia demi mendorong maju pengeluaran dan pembangunan negara. 3.2 Memandangkan realiti masyarakat kita yang berbilang kaum, pemupukan perpaduan rakyat seluruh negara melalui nilai-nilai kebudayaan bersama juga merupakan satu lagi matlamat penting. Walau bagaimanapun, matlamat ini hanya dapat dicapai atas dasar persamaan hak dan kedudukan untuk semua kaum dan prinsip demokrasi.
IV. TENTANGAN KAMI TERHADAP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN SEKARANG 4.1 Kami menentang dasar-dasar sekarang tentang bahasa, pelajaran dan kebudayaan kebangsaan, serta tiga prinsip yang digunalan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk “membentuk” kebudayaan kebangsaan, iaitu:(i) (ii) (iii)
34
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berasaskan kebudayaan asli rakyat rantau ini; Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan; Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
Tentangan kami berasaskan alasan-alasan berikut:4.1.1 Dasar-dasar yang akan membawa akibat serius dan mendalam, yang dirumuskan oleh sarjana-sarjana yang terdiri dari satu kaum di bawah anjuran Kerajaan adalah tidak selaras dengan prinsip perundingan demokratik dalam proses pembinaan kebudayaan kebangsaan. 4.1.2 Di samping menekankan kepentingan Islam dan kebudayaan Melayu, dasar-dasar itu tidak membenarkan kebudayaan dan agama lain memainkan peranan yang bermakna. Ini adalah bertentangan dengan prinsip layanan adil dan perkembangan bebas bagi kebudayaan semua kaum. 4.1.3 Dasar-dasar itu menunjukkan falsafah kebudayaan yang sempit yang hanya tertumpu kepada kaum Melayu dan tidak bersikap liberal yang menggalakkan interaksi dan serap-menyerap antara kebudayaan Melayu dan kebudayaan-kebudayaan bukanMelayu, serta kebudayaan-kebudayaan asing. 4.1.4 Dasar-dasar itu mengabaikan isi positif kebudayaan terutamanya sistem nilai bersama yang menjadi garis panduan bagi pembinaan kebudayaan. 4.1.5 Dasar-dasar itu bertentangan dengan pendirian Rukunegara, iaitu menghormati perkembangan bebas dan penerimaan nilainilai kebudayaan semua kaum serta menganggap kepelbagaian kebudayaan negara kita sebagai suatu suber kekuatan negara. 4.1.6 Dasar-dasar itu menunjukkan kecenderungan untuk menggunakan kuasa pentadbiran demi memaksakan asimilasi -- suatu amalan yang tidak dapat diterima oleh bukan-Melayu. 4.2 Sesetengah orang membahagikan kebudayaan kaum-kaum di ini sebagai kebudayaan tempatan atau bumiputra (khasnya kepada kebudayaan Melayu) dan kebudayaan pendatang atau Melayu. Tujuan membezakan Melayu sebagai Bumiputra dan
negara dirujuk bukanbukan-
35
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
Melayu sebagai orang asing adalah untuk menafikan persamaan hak dan kedudukan kebudayaan bukan-Melayu. Bagaimanapun, kemerdekaan Malaysia telah dicapai oleh semua kaum bahu membahu dan rakyatnya menjadi warganegara yang berkedudukan sama rata. Oleh itu adalah tidak wajar rakyat Malaysia dibezakan sebagai “bumiputra” dan “pendatang”. Perbezaan yang direka itu menjadi punca diskriminasi ras, menjejaskan perpaduan negara dan mengakibatkan polarisasi ras yang tidak diingini. 4.3 Cauvinis Melayu berpendapat bahawa perpaduan rakyat semua kaum hanya dapat dicapai melalui satu bahasa dan satu kebudayaan manakala bahasa dan kebudayaan yang aneka ragam dianggap akan mengakibatkan perpecahan rakyat pelbagai kaum. Teori ini nyata sekali adalah tidak tepat. Sama ada sesuatu bangsa atau negara itu bersatupadu atau tidak, faktor-faktor penentu yang lebih penting ialah ekonomi, sosial dan politik. Dengan kata-kata lain, penindasan ekonomi, ketidakadilan sosial dan pertentangan politik boleh memecah-belahkan serta menibulkan konflik di kalangan sesuatu bangsa atau negara yang sebahasa dan sekebudayaan. Sebaliknya, sistem ekonomi dan sosial yang adil dan anutan politik yang sama akan memyatupadukan bangsa dan negara yang berbilang bahasa dan kebudayaan. Oleh itu, kesimpulan boleh dicapai bahawa satu bahasa dan satu kebudayaan bukanlah faktor yang menentukan perpaduan bangsar dan negara; sebaliknya, jika dasar asimilasi “satu bahasa, satu kebudayaan” diamalkan secara paksa di negara berbilang kaum, sudah barang tentu akan menimbulkan perselisihan kaum dan seterusnya mengancam asas perpaduan negara. 4.4 Penganut Melayu-sentrik (malay-centrists) menekankan latar belakang Kesultanan Melaka dan oleh itu menentang prinsip persamaan hak kebudayaan semua kaum. Mereka berpendapat Kesultanan Melaka merupakan suatu eintiti politi Melayu yang mempunyai sistem pentadbiran, ekonomi dan kebudayaan yang tersendiri dan Malaysia sekarang dilahirkan dari latar belakang tersebut. Oleh itu, mereka menganggap kebudayaan Melayu lebih layak dijadikan asas utama kebudayaan kebangsaan. Kami tidak menafikan kewujudan Kesultanan Melaka dan pelanjutan Sistem Kesultanan Melayu, akan tetapi tiada
36
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
siapa pun yang dapat menafikan hakikat kewujudan sah kaum-kaum lain dan sumbangan mereka dalam pembinaan negara. Malaysia adalah ditubuhkan menurut Perlembagaan Persekutuan 1957, dari segi sistem politik, negara kita bukan lagi sebuah kerajaan feudal, tetapi negara monarki berperlembagaan; dari segi sistem pentadbiran, perundangan dan ekonomi, pada asasnya, ia merupakan pelanjutan sistem Inggeris dan bukan sistem Melayu; dan dari segi kebudayaan, sistem kebudayaan majmuk telahpun lama menggantikan sistem kebudayaan Melayu yang tunggal. Dalam Malaysia sekarang, bukan sahaja sistem politik, pentadbiran, perundangan, ekonomi dan kebudayaan jauh berbeza daripada sistem Kesultanan Melaka, tetapi keluasan wilayah (termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak) dan komposisi penduduk mengikut etnik juga telah banyak berubah. Oleh itu, keperibadian Kesultanan Melaka adalah tidak sesuai digunakan untuk melambangkan keperibadian negara kita sekarang. Keperibadian Malaysia setelah merdeka adalah lebih sesuai digunakan untuk melambangkan keperibadian negara kita. Aspek masalah kebudayaan kebangsaan yang lebih kontroversial ialah bagaimana masalah hubungan kebudayaan berbagai kaum sekarang dapat diselesaikan. Kita memang harus merenung masalah kita dari perspektif sejarah. Namun jika realiti abad ke-16 dianggap lebih penting daripada realiti abad ke-20, anggapan ini sudah barang tentu tidak munasabah. 4.5 Andainya latar belakang sejarah abad ke-15 dan ke-16 diizinkan untuk menafikan prinsip persamaan hak dan kedudukan bagi kebudayaan semua kaum, maka akibat buruk berikut adalah tidak dapat dielakkan:(a)
(b) (c)
Jika prinsip persamaan hak dan kedudukan bagi semua kaum di bidang kebudayaan dinafikan, penafian yang sama akan berlaku juga di bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial; Cauvinisme kebudayaan akan muncul bersamaan layanan tidak adil terhadap kebudayaan kaum-kaum yang berlainan; dan Kecenderungan asimilasi secara paksa dan dasar perkauman Kerajaan akan diperkuatkan lagi.
37
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
V. PRINSIP-PRINSIP ASAS PEMBINAAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 5.1 Unsur-unsur unggul kebudayaan semua kaum di negara kita merupakan asas kebudayaan kebangsaan Pembinaan kebudayaan kebangsaan haruslah diasaskan kepada unsur-unsur unggul dari kebudayaan-kebudayaan semua kaum. Kita harus bersikap liberal untuk menerima dan mengintefrasikan intisari kebudayaan-kebudayaan semua kaum di negara kita tanpa menolak sebarang kaum tempatan atau kebudayaan asing secara membuta tuli akan mengakibatkan kebudayaan kebangsaan kehilangan dayanya dan menjadi kaku. 5.2 Garis-garis panduan pembinaan nilai-nilai kebudayaan bersama ialah sains, demokrasi, pemerintahan undang-undang dan patriotisme Pembinaan kebudayaan kebangsaan haruslah memberi tekanan kepada isi dan bukan bentuk. Perbuatan memberi tekanan yang melampau kepada bentuk kebudayaan sesuatu kaum bukan sahaja akan menyebabkan ketidak-puasan kaum-kaum yang lain, tetapi juga tidak akan membawa sebarang makna positif kepada pembinaan kebudayaan kebangsaan. Oleh itu, pembinaan kebudayaan kebangsaan haruslah dititik-beratkan kepada pemupukan nilai-nilai kebudayaan bersama melalui penanaman kesedaran kewarganegaraan, patriotisme, sains, demokrasi dan pemerintahan undang-undang. 5.3 Nilai-nilai kebudayaan bersama haruslah diekpresi melalui bentuk pelbagai kaum Isi nilai-nilai kebudayaan bersama haruslah diekspresi melalui bentuk-bentuk unik atau istimewa setiap kaum tanpa menafikan kemungkinan bentuk ekspresi secara kombinasi. Sebarang langkah untuk menggunakan kedudukan dominan politik sesuatu kaum untuk membatas dan merintangi perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum yang lain adalah tidak demokratik dan akan menjejaskan perpaduan negara,
38
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
5.4 Proses pembinaan kebudayaan kebangsaan haruslah selaras dengan prinsip kesamarataan semua kaum melalui perundingan demokratik Dari segi hubungan kaum, semangat demokrasi tulen haruslah membawa maksud persamaan hak dan kedudukan bagi semua kaum, saling menghormat dan toleransi. Oleh itu, dalam proses pembinaan kebudayaan kebangsaan, kumpulan-kumpulan kebudayaan utama harus mencapai persefahaman melalui perundingan demokratik sebagai rakan yang berkedudukan sama rata. Ia tidak harus merupakan paksaan kemahuan sesuatu kaum ke atas kaum-kaum yang lain melalui kuasa penggubalan undang-undang atau pentadbiran. Ini adalah kerana hubungan setiap kaum dengan kebudayaan adalah hubungan darah daging. Oleh itu penyambungan kebudayaan setiap kaum haruslah dihormati, dan sebarang percubaan sebaliknya akan menjejaskan perpaduan rakyat.
VI. KESIMPULAN 6.1 Asas perbincangan kebudayaan kebangsaan haruslah berdasarkan Deklarasi Hak-Hak Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara, persamaan hak dan kedudukan bagi semua kaum dan prinsip perundingan secara demokratik. 6.2 Asas objektif kebudayaan kebangsaan kita ialah kebudayaan-kebudayaan semua kaum negara kita. Pembinaan kebudayaan kebangsaan haruslah minitik-beratkan interaksi spontan antara kebudayaan-kebudayaan semua kaum, intisarinya diterima dan hampasnya ditinggalkan serta tidak menolak unsur-unsur positif kebudayaan asing. Di samping itu kerja perumusan nilai-nilai kebudayaan bersama juga harus dititik-beratkan. Dalam proses pembinaan kebudayaan kebangsaan, campur tangan pihak berkuasa yang tidak diingini hendaklah dikurangkan, sebaliknya hukum semulajadi bagi perkembangan kebudayaan haruslah dipandang berat. 6.3 Tiga ciri asas kebudayaan kebangsaan ialah bentuk kebudayaan yang aneka ragam, nilai-nilai kebudayaan bersama, serta corak tempatan.
39
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
6.4 Matlamat-matlamat pembinaan kebudayaan kebangsaan ialah memupuk fikiran tepat dan nilai bersama, demi memperkukuhkan perpaduan rakyat dan mendorong maju pengeluaran serta pembangunan negara. 6.5 Dasar-dasar kebangsaan sekarang tentang pelajaran dan kebudayaan, termasuk tiga prinsip “pembentukan” kebudayaan kebangsaan yang dirumuskan oleh Kementerian Kebudayaan , Belia dan Sukan, berfahaman Melayu-sentrik yang tebal, serta bercenderung untuk mengasimilasikan kaum-kaum lain secara paksa. Oleh itu, mengingkari prinsip dan semangat persamaan hak dan kedudukan bagi semua kaum, perundingan demokratik, Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara. Dasar-dasar itu akan menggagalkan matlamat perpaduan negara. 6.6 Penganut Melayu-sentrik (Malay-centrists) menafikan prinsip persamaan hak dan kedudukan kebudayaan bagi semua kaum, oleh itu, dasar perkauman dan kecenderungan asimilasi paksaan Kerajaan diperkuat lagi. 6.7 Empat prinsip utama pembinaan kebudayaan kebangsaan:(a) (b)
(c) (d)
Unsur-unsur unggul kebudayaan semua kaum di negara kita merupakan asas kebudayaan kebangsaan; Garis-garis panduan pembinaan nilai-nilai kebudayaan bersama ialah sains, demokrasi, pemerintahan undang undang dan patriotisme; Nilai-nilai kebudayaan bersama haruslah diekspresi melalui bentuk pelbagai kaum; dan Proses pembinaan kebudayaan kebangsaan haruslah selaras dengan prinsip kesamarataan semua kaum melalui perundingan demokratik.
VII. PERMINTAAN DAN SARANAN 7.1 Kerajaan harus menghormati hak-hak Perlembagaan semua kaum untuk memelihara dan mengembangkan bahasa, pelajaran dan kebudayaan masing-masing serta membantunya secara konkrit:-
40
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
7.1.1 Kerajaan harus memansuhkan segala undang-undang yang tidak menguntungkan kewujudan dan perkembangan bahasa dan pelajaran semua kaum, supaya hak Perlembagaan untuk mempelajari, mengguna dan memajukan bahasa dan pelajaran setiap kaum dapat terjamin. 7.1.2 Kerajaan harus membantu perkembangan S.R.J.K.(C), Sekolah Menengah Persendirian Cina, Kelas Bahasa Ibunda (POL) di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan dan Jabatan Pengajian Tionghua di Universiti Malaya. Di samping itu, lebih Jabatan Pengajian Tionghua harus didirikan di pusat-pusat pelajaran tinggi yang lain, dan penubuhan universiti-universiti swasta juga harus diizinkan. 7.1.3 Kerajaan harus melayani aktiviti-aktiviti semua badan kebudayaan secara adil, baik dari segi bantuan kewangan maupun segala bantuan yang lain, tanpa mengira keturunan ahli-ahli badan yang berkenaan. 7.1.4 Kerajaan yang menganjurkan aktiviti-aktiviti kebudayaan seperti penerbitan, pertunjukan, pameran, perarakan, bengkel, pesta kebudayaan, pertandingan, anugerah sastera atau kesenian dan rombongan kebudayaan melawat ke luar negeri hendaklah memberi peluang yang sama kepada seniman, sasterawan dan kebudayaan dari semua kaum untuk mengambil bahagian atau mendapat hadiah, demi menunjukkan penghormatan kepada ciri-ciri dan nilai-nilai kebudayaan yang aneka ragam itu. 7.1.5 Dalam memperkenalkan kebudayaan kebangsaan, sebaran am negara tidak wajar terlalu memberatkan kebudayaan Melayu dan mengabaikan kebudayaan kaum-kaum lain. 7.1.6 Dalam rancangan T.V. Malaysia “Hari ini Dalam Sejarah” peristiwaperistiwa serta tokoh-tokoh sejarah bukan-Melayu juga harus diberi tempat yang wajar, demi mencerminkan realiti sejarah negara kita yang berbilang kaum.
41
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
7.1.7 Dalam bentuk imej kebangsaan, ciri-ciri masyarakat majmuk kita harus dicerminkan. 7.1.8 Pada penamaan bangunan, taman kediaman, tempat dan jalanraya, ciri masyarakat majmuk kita juga harus dicerminkan. 7.2 Kerajaan harus mengambil daya utama untuk mendorong maju interaksi kebudayaan berbagai kaum, agar nilai-nilai kebudayaan bersama dapat dibentuk. Secara konkrit:7.2.1 Kerajaan harus menganjurkan berbagai aktiviti interaksi kebudayaan, termasuk pameran, pertunjukan, perbincangan dan lain-lain. 7.2.2 Kerajaan harus memberi galakan dan bantuan agar karya-karya sastera yang bermutu dari semua kaum dan bahasa di negara kita disaling terjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain. 7.2.3 Dalam buku-buku teks dan sebaran am haruslah diperkenalkan secara luas adat istiadat, cara hidup dan kebudayaan semua kaum, untuk memperdalam saling pengertian antara satu kaum dengan yang lain. 7.2.4 Di pusat-pusat pelajaran tinggi di negara kita, kajian dan perbincangan tentang kebudayaan berbagai kaum harus dipergiat lagi, agar masalah interaksi dan integrasi dapat dikaji secara mendalam dan nilai-nilai kebudayaan bersama dapat dirumuskan. 7.2.5 Kerajaan harus menubuhkan Balai Barang Peradaban dan Bilik Rujukan Bahan-Bahan Bersejarah semua kaum untuk mengumpulkan buku-buku, dokumen-dokumen dan barangbarang peradaban yang bersejarah dari semua kaum. 7.2.6 Kerajaan melalui Muzium Negara dan Arkib Negara haruslah mengumpulkan dokumen-dokumen dan benda-benda yang bersejarah dan mempamerkannya di tempat-tempat pameran di seluruh negara.
42
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
7.2.7 Perpustakaan Negara, perpustakaan negeri dan perpustakaan tempatan haruslah mengumpulka buku-buku berbagai bahasa dengan secukupnya. 7.2.8 Balai Senilukis Negara harus secara luas mengumpulkan hasilhasil karya seni yang bermutu dati seniman semua kaum untuk dipamerkan. 7.2.9 Kerajaan negeri harus secara adil memelihara tempat dan bangunan bersejarah dari semua kaum. 7.3 Kerajaan harus menggalakkan berbagai aktiviti kebudayaan dan seni yang sihat, serta melarang yang meleset (decadent) dan yang lucah agar fikiran rakyat terutamanya generasi muda tidak diracuni. 7.4 Dalam semua upacara rasmi yang dianjurkan Kerajaan atau badanbadan berkanun, adat istiadat, agama dan tradisi kebudayaan semua kaum hendaklah dihormati. 7.5 Perhimpunan atau konvensyen kebudayaan yang dianjurkan oleh Kerajaan, haruslah diundang wakil-wakil dari badan-badan kebudayaan dan agama berbagai kaum untuk mengambil tempat dan memberi pandangan masing-masing. Rumusan rumusan yang dicapai dalam perhimpunan atau konvensyen adalah untuk dijadikan bahan rujukan sahaja bagi Kerajaan atau kalangan rakyat. Kerajaan tidak harus cuba menggunakan rumusan-rumusan itu untuk memaksa kaum-kaum tertentu menerima atau meninggalkan sebarang bentuk atau nilai kebudayaan. 7.6 Kami meminta Kerajaan supaya melantik wakil-wakil dari pertubuhanpertubuhan utama kebudayaan dan pendidikan Cina serta sarjanasarjana Cina untuk mengambil bahagian dalam Majlis Penasihat Kebangsaan Berkenaan Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, serta badan-badan kebudayaan berkanun yang lain.
43
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
KHOO SIONG CHI, JSM Presiden, Dewan Perhimpunan China Selangor DATUK KOH PEN TING Presiden, Dewan Perhimpunan China Pulau Pinang DATUK TAN KIM SING Naid Presiden, Persatuan China Perak YEE KIM KAM, J.P. Presiden, Gabungan Persatuan-Persatuan China Negeri Johor YAP FOCK ON Presiden, Dewan Perhimpunan Tionhua Trengganu DATUK LOH FOOK HENG Naib Presiden, Dewan Perhipunan Tionghua Kelantan TAN SAY ENG Presiden, Dewan Perhimpunan China Negeri Sembilan DATUK WEE BOON PIN Presiden, Pergabungan Persatuan-persatuan China Bersekutu Sarawak LIM FONG SENG Pengerusi, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia
44
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
SIM MOW YU, J.P. Pengerusi, Gabungan Persatuan-persatuan Guru-guru Sekolah China Malaysia CHOO CHIEH HWA, P.J.K Presiden, Persatuan Dewan-Dewan Perniagaan China Pahang DATUK YEO TIOW TIONG, Naib Presiden, Dewan Perniagaan China Melaka DATUK LEE SENG CHENG Presiden, Dewan Perniagaan Tionghua Kedah KHOR MOOI, P.J.K Presiden, Dewan Perniagaan China Negeri Perlis LIAW THIEN THSU, ASDK Setiausaha Agung, Gabungan Dewan-dewan Perniagaan Tionghua Sabah
45
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
Lampiran I
BAHASA DAN PELAJARAN
I.
PENDAHULUAN
1.1 Bahasa, pelajaran dan kebudayaan mempunyai perhubungan yang amat rapat di antara satu sama lain. Dasar kebudayaan kebangsaan kita sekarang padahal berasaskan dasar bahasa dan pelajaran kebangsaan, dan merupankan peluasan dan pelanjutan dasar-dasar itu. Oleh demikian, pemahaman sifat sebenar dasar kebudayaan kebangsaan hanya boleh dicapai dengan memahami proses pembentukan dasar kebangsaan tentang bahasa dan pelajaran. 1.2 Selepas 1969, polarisasi ras telah menjadi satu fenomena yang serius dalam masyarakat kita. Selain daripada punca politik, ekonomi dan sosial, ketidak-puasan orang-orang bukan-Melayu terhadap dasar kebangsaan tentang bahasa, pelajaran dan kebudayaan yang diamalkan sekarang juga merupakan salah satu faktor polarisasi ras. Demi perpaduan negara, Kerajaan berwajib untuk mengkaji semula dasar kebangsaan tentang bahasa, pelajaran dan kebudayaan secara menyeluruh supaya hasrat-hasrat dan permintaan-perintaan setiap kaum di negara ini dapat dipenuhi. 1.3 Di samping mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Fasal 152 Perlembagaan kita juga menjamin hak kebebasan untuk mempelajari, mengguna dan memajukan bahasa-bahasa semua kaum mencerminkan perjanjian yang telah dicapai oleh rakyat semua kaum sebelum merdeka lagi. Sekiranya hak Perlembagaan mengenai kebebasan untuk mempelajari, mengguna dan memajukan bahasa semua kaum telah dicabuli, ini bermakna perjanjian pra-merdeka itu telah
46
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
dimungkiri oelh sebelah pihak. Ini tentu akan menjejaskan salah satu asas yang penting bagi perpaduan rakyat berbagai kaum di Malaysia. 1.4 “Bahasa jiwa bangsa” adalah peribahasa yang bukan sahaja benar kepada kaum Melayu tetapi juga benar kepada kaum Cina dan lainlain. Di samping itu, pengajaran/pembelajaran dengan bahasa ibunda adalah cara yang paling langsung dan berkesan sekali seperti yang telah dibuktikan dan diakui oleh pakar-pakar pendidik seluruh dunia. Oleh itu, kami ingin menegaskan lagi tentang pentingnya Bahasa Cina dalam pelajaran dan kebudayaan rakyat keturunan Cina di Malaysia. Kami yakin bahawa kewujudan bahasa berbagai kaum di samping bahasa kebangsaan, kewujudan beberapa aliran sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di dalam sistem pelajaran negara, dan penerimaan secara setara kebudayaan semua kaum sebagai asas kebudayaan kebangsaan negara bukan sahaja praktikal bahkan selaras dengan masyarakat majmuk kita. Penerimaan dasardasar tersebut akan bermanfaat bagi perpaduan rakyat kita. 1.5 Tujuan Kerajaan melancarkan dasar “Pandang ke Timur” adalah untuk mempelajari sikap ketekunan dan bertatatertib dalam kerja seperti yang terdapat di negara-negara Timur seperti Jepun dan Korea Selatan. Pada hakikatnya, ketekunan dan bertatatertib justru merupakan sifat terpuji di kalangan sebilangan besar pelajar sekolah Cina. Sifat-sifat terpuji itu bukan sahaja telah membolehkan mereka mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang-bidang pelajaran, professional, perusahaan dan perniagaan, tetapi juga membolehkan mereka memberi sumbangansumbangan yang penting dalam pembangunan negara dengan peranannya sebagai buruh-buruh kasar. Dalam konteks tersebut, dan berasaskan semangat ‘Pandang Ke Timur’, Kerajaan haruslah mengakui nilai dan peranan pelajaran Cina dalam negara kita serta memberi sokongan sepenuhnya untuk perkembangannya. 1.6 Sebagaimana kebudayaan Islam adalah ‘akar’ bagi orang Melayu, kebudayaan Tionghua adalah ‘akar’ bagi orang Cina di negara ini. Sekiranya kaum Cina di Malaysia dipisahkan dari ‘akar’nya, ia akan kehilangan sumber penyubur dari pati kebudayaannya dan akan mengakibatkan satu krisis identiti kebudayaan. Kerajaan Singapura di
47
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
bawah pimpinan Perdana Menteri Lee Kuan Yew kini sedang diganggu oleh krisis identiti kebudayaan yang dialami oleh generasi muda yang didewasakan di bawah pengaruh sistem nilai Barat. Kempen menyebarkan ajaran Konfucius memperlihatkan suatu percubaan untuk mengatasi krisis itu. Di Malaysia, kebudayaan Islam, kebudayaan Cina dan kebudayaan India semuanya adalah kebudayaan dunia yang agung dan haruslah dihargai. Untuk memastikan rakyat dari semua kaum dapat disuburi oleh kebudayaan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kemungkinan krisis identiti kebudayaan, Kerajaan harus mengamalkan dasar-dasar yang lebih liberal tentang bahasa, pelajaran dan kebudayaan. 1.7 Dalam negara seperti Malaysia, hanya melalui penghargaan kepada akar kebudayaan setiap kaum dengan amalan prinsip demokrasi dan sama rata, serta manghormati Perlembagaan kita dan hak-hak asasi manusialah, pendangan-pandangan yang berlainan terhadap bahasa kebangsaan, pelajaran dan isu-isu kebudayaan dapat diselesaikan dengan cara yang adil dan logik. Asas perpaduan nasional barulah dapat dikukuhkan.
II. DASAR KEBANGSAAN TENTANG BAHASA 2.1 Dalam zaman penjajahan Bristish, Bahasa Inggeris adalah bahasa pemerintah dan golongan istimewa; ia juga merupakan bahasa rasmi yang digunakan dalam pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Oleh itu, ia merupakan bahasa yang disanjung tinggi sedangkan bahasa-bahasa lain hanya digunakan oleh orang-orang biasa. Kedudukan bahasabahasa lain bukan sahaja rendah tarafnya, bahkan perkembangan yang sewajarnya juga tersekat. Misalnya, pelajaran Bahasa Melayu hanya sampai ke peringkat sekolah rendah sahaja. 2.2 Sebelum Kemerdekaan, kerajaan kolonial terpaksa menerima Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akibat perjuangan anti-kolonial oleh rakyat semua kaum. Bagaimanapun, kerajaan kolonial menjadikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasi pada masa yang sama dengan tujuan menggagalkan Bahasa Kebangsaan dan
48
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
mengekalkan kedudukan Bahasa Inggeris dalam penggunaan rasminya. Ia juga merupakan satu cara untuk terus menafikan peranan wajar yang patut dimainkan oleh Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Dasar dua bahasa rasmi ini merupakan gergaji dua mata yang juga bertujuan untuk memecahkan perpaduaan rakyat berbilang kaum. 2.3 Dalam perjuangan untuk Kemerdekaan, rakyat Malaysia yang keturunan Cina dan India menerima Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa bersama selepas mendapat jaminan bahawa bahasa ibunda mereka dapat dipelajari, digunakan dan dimajukan secara bebas. Selain dari itu, mereka juga meminta supaya Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diiktirafkan sebagai bahasa rasmi bersama-sama dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai suatu lambang kesamarataan. 2.4 Usaha yang tidak berputus-putus dan hasrat yang meruap-ruap dari kaum Cina dan India dalam permintaan supaya Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diiktirafkan sebagai bahasa rasmi di samping Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diperlihatkan melalui “ Tiga Permintaan Utama Terhadap Bahasa dan Pelajaran oleh Rakyat Keturunan Cina” (Memorandum Tentang Pelajaran Cina Di Persekutuan Malaya) dalam tahun 1954, “Empat Permintaan Perlembagaan Penting oleh Rakyat Keturunan Cina” (Memorandum Sulit kepada Komisi Perlembagaan Reid oleh Gabungan Persatuan Cina Seluruh Malaya) dalam tahun 1956, dan “Deklarasi Bersama oleh Gabungan Persatuan Guru-guru Cina dan Persatuan Guru-guru India” juga dalam tahun 1956. 2.5 Perdebatan tentang pengiktirafan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai bahasa rasmi ini berterusan hingga Rang Undang-Undang Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan oleh Parlimen dalam 1967. Di bawah Akta ini, Bahasa Inggeris kehilangan kedudukannya sebagai bahasa rasmi dan Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi yang tunggal. Rakyat dari keturunan Cina dan india berasa amat hampa dan tidak berpuashati. 2.6 Dalam pilihanraya umum 1969, perdebatan tentang bahasa rasmi menjadi lebih hangat lagi. Selepas peristiwa 13 Mei dan pindaan-pindaan ke atas “Akta Hasutan 1948”, isu bahasa rasmi telahpun dianggap sebagai salah satu isu sensitif.
49
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
2.7 Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan telah meluluskan banyak undang-undang kecil yang bertujuan menyekat penggunaan Bahasa Cina atau saiz perkataan Cina di atas papan iklan, papantanda syarikat perniagaan, pintu gerbang perayan, bas sekolah dan sebagainya. Malah telahpun berlaku peristiwa menurunkan papantanda syarikat perniagaan Cina yang sangat dipantang dan dianggap peristiwa serius itu. Penggubalan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan seperti ini bukan sahaja mencabuli Perlembagaan Persekutuan bahkan juga merupakan penghinaan terhadap kaum keturunan Cina.
III. DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN 3.1 Dasar pelajaran kita adalah pelanjutan dasar pelajaran penjajah British. Pada keseluruhan abad ke-19, kerajaan penjajahan British tidak mengambil berat tentang pelajaran tempatan kita. Mereka hanya menitikberatkan pemeliharaan undang-undang dan ketenteraman serta eksploitasi sumber bijih timah dan getah negara kita. Hingga abad ke20, empat aliran pelajaran kita iaitu sekolah-sekolah yang berpengantar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil barulah mulai dikembangkan. Walau bagaimanapun, perkembangan sekolah aliran Bahasa Inggeris mendapat perhatian sepenuhnya dari kerajaan penjajahan manakala kepentingan sekolah-skolah aliran lain dirugikan. 3.2 Dalam zaman pemerintahan Jepun, sistem pelajaran negara kita mengalami kehancuran dan malapetaka yang tidak pernah berlaku. Bagaimanapun, sekolah-sekolah Cina ditimpa pemusnahan yang paling teruk, malah ramai guru dan pelajar dibunuh. Selepas Perang Dunia Kedua, penjajah British kembali untuk membina semula sebilangan sekolah yang telah musnah sebagai usaha permulaan untuk mengembangkan suatu sistem pelajaran yang menguntungkan pemerintahan penjajahan. 3.3 Selepas peperangan, sekolah Cina yang mengalami zaman gelap sepanjang lebih tiga tahun itu telah dikembangkan semula di bawah usaha yang berterusan oleh kaum Cina di Malaysia. Pada tahun 1954, Universiti Nanyang sebagai sebuah institusi yang tertinggi dalam pelajaran
50
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
Cina bagi Malaya dan Singapura telahpun ditubuhkan. Penubuhannya menandakan perkembangan sistem sekolah Cina di negara kita telah mencapai satu struktur yang lengkap dari persekolahan rendah hingga ke taraf universiti. 3.4 Oleh kerana pelajaran Cina di negara kita mepunyai tradisi antikolonialisme yang kuat, ia tidak dapat diizinkan oleh kerajaan kolonial British. Akta Pelajaran 1952 menerima cadangan-cadangan Laporan Barnes dan mengumumkan bahasa pengantar di sekolah Cina dan Tamil digantikan dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan tidak mengendahkan sama sekali Laporan Fern-Wu yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menitikberatkan kepentingan pelajaran Cina dan mencadangkannya supaya bantuan diberikan bagi perkembangannya. Akhirnya, Akta Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan dengan berkesan disebabkan tentangan hebat dan kesulitan kewangan. 3.5 Laporan Razak 1956 adalah lebih liberal, ia menitik-beratkan bahawa:“Suatu sistem pelajaran kebangsaan yang munasabah yang dapat diterima oleh orang-orang yang bermastautin di dalam Persekutuan Tanah Melayu ini secara menyeluruh, dan dapat memuaskan hasrat mereka serta menggalakkan kemajuan mereka dalam bidang kebudayaan, masyarakat, ekonomi, politik dengan mengambil kira hendak menjadikan Bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan negara ini, dalam pada itu pula mengekal dan memelihara kemajuan bahasa dan kebudayaan bangsa-bangsa yang tinggal di negeri ini” Sikap liberal seperti itu disambut baik oleh kaum Cina Malaysia. Malangnya, pada masa yang sama, dikemukakan pula bahawa “tujuan muktamad dasar pelajaran dalam negara ini haruslah untuk membawa bersama-sama kanak-kanak semua kaum di bawah satu sisitem pelajaran kebangsaan di mana bahasa kebangsaan merupakan bahasa pengantar yang utama.” Dengan ini tertanamlah fius bagi prnghapusan sekolah-sekolah yang menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar pada akhirnya.
51
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
3.6 Akta Pelajaran 1961 menerima cadangan-cadangan Laporan Rahman Talib, dan mara dengan pesat ke arah ‘tujuan muktamad’. Setakat ini, haluan dasar pelajaran negara kita menjadi jelas sekali. Bagi sekolah menengah, Laporan itu mencadangkan: “Demi perpaduan nasional, tujuannya mestilah untuk menghapuskan sekolah menengah berperkauman dari sistem sekolah-sekolah bantuan kebangsaan dan memastikan murid-murid dari semua kaum haruslah belajar di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.” Dalam keadaan itu, sekolah menengah Cina terpaksa ditukarkan menjadi sekolah jenis kebangsaan ataupun dilucutkan bantuan wang dan dijadikan sebagai sekolah persendirian. Bagi sekolah rendah, Fasal 21(2) Akta Pelajaran 1961 telah memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menukarkan sekolah jenis kebangsaan ke sekolah jenis kebangsaan pada suatu masa yang dianggap sesuai. Peruntukan fasal tersebut telah ditentang dengan sekeras-kerasnya oleh masyarakat Cina. 3.7 Semasa pilihanraya umum 1969, permintaan-permintaan kaum Cina dan India tentang kedudukan bahasa dan pelajaran dijadikan bahan kempen bagi parti-parti pembangkang yang kebanyakan ahlinya terdiri daripada orang Cina. Oleh sebab itu, parti-parti pembangkang berkenaan mendapat kejayaan cemerlang manakala calon-calon Cina dan India dari parti pemerintah kalah dengan teruknya. Keputusan ini mencerminkan ketidak-puasan kaum Cina terhadap dasar bahasa dan pelajaran. Permintaan-permintaan utama mereka meliputi penerimaan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai bahasa rasmi di samping Bahasa Melayu, pengekalan sistem pelajaran empat aliran yang berlainan dan penubuhan Universiti Merdeka. 3.8 Tahun 1969 merupakan suatu titik-tolak yang penting dalam dasar pelajaran Malaysia, sebab sejak ini Dasar Ekonomi Baru (DEB) telahpun dirumuskan dan dasar pelajaran haruslah dijadikan landasan untuk mencapai tujuan-tujuan DEB. Dalam 1971, Laporan Majid Ismail diumumkan. Ia mencadangkan pengambilan pelajar-pelajar bagi universiti-universiti tempatan haruslah mengikut kadar atau nisbah penduduk setiap kaum dan bukan keputusan akademik pelajar-pelajar itu. Ini menandakan permulaan sistem kuota. Pada hakikatnya, bilangan pelajar Melayu di universiti-universiti dan kolej-kolej adalah lebih ramai
52
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
daripada jumlah penduduk orang Melayu (53.7% dalam 1970, 71.3% dalam 1975, 73.3% dalam 1980; sumber: Rancangan Malaysia Ketiga dan Rancangan Malaysia Keempat). Keadaan ini mencetuskan perasaan ketidakpuasan yang meluas di kalangan pelajar-pelajar bukan-Melayu dan ibu bapa mereka. Akta Universiti-Universiti dan Kolej-Kolej Universiti (AUKU) diluluskan dalam 1971. Keputusan mahkamah dalam kes Universiti Merdeka Berhad berlawan Kerajaan, dengan jelas menunjukkan bahawa penubuhan universiti swasta dengan bahasa bukan Melayu sebagai bahasa pengantar adalah mustahil di bawah AUKU. Maka, hingga 1982, selain daripada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, “Tujuan Muktamad” yang dinyatakan dalam Laporan Razak telah dicapai.
IV. KEDUDUKAN PELAJARAN CINA MASAKINI 4.1 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) 4.1.1 Dalam tahun-tahun 70an, murid-murid di SRJKC telah penuh sesaj. Mengikut Laporan Pelajaran Kabinet 1979, seramai 78% (409,980) murid keturunan Cina belajar di SRJKC dalam 1971. Pada 1978, peratusan tersebut betambah hingga 87.8% (486,710). Ini menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa Cina di Malaysia memilih pelajaran yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahsa pengantar untuk anak-anak mereka. 4.1.2 Di antara tahun 1971-78, jumlah peruntukan wang Kerajaan kepada semua jenis sekolah rendah ialah $263 juta. Walaupun nisbah murid-murid di SRJKC dan murid-murid yang memasuki sekolah rendah kebangsaan adalah 3:4. akan tetapi SRJKC hangya menerima peruntukan sejumlah $18 juta sahaja, ataupun 7% daripada jumlah peruntukan. Peruntukan yang berat sebelah ini jelas menunjukkan diskriminasi yang serius terhadap SRJKC. 4.1.3 Dengan penambahan jumlah penduduk dan penumbuhan kawasan-kawasan perumahan baru, terdapatlah banyak kawasan yang ditumpu dengan bilangan penduduk keturunan
53
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
Cina yang tinggi. Namun demikian, Kerajaan tidak membina SRJKC yang baru untuk menampung anak-anak keturunan Cina ini, dan mengakibatkan kesesakkan murid-murid di SRJKC. Di antara sekolah-sekolah tersebut ada yang terlalu sesak dan tidak mampu menampung murid-murid baru lagi. Perlaksanaan sistem KBSR 3M memburukkan lagi keadaan kesesakan kerana mengikut sistem baru, setiap bilik darjah dianggarkan menampung lebih kurang 30 orang murid. Purata murid-murid di setiap bilik darjah 3M SRJKC sekarang adalah seramai 50 orang. 4.1.4 Dalam bidang latihan guru, Kementerian Pelajaran tidak mempunyai rancangan jangka panjang untuk melatih guru-guru SRJKC bagi keperluannya. Oleh sebab itu, masalah kekurangan guru-guru yang berkelayakan dan penambahan bilangan guruguru sementara semakin memburukan keadaan. Selain daripada itu, penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan cadangan agar ‘tamadun Islam’ diwajibkan bagi guru-guru pelatih SRJKC adalah langkah-langkah yang tidak munasabah. 4.1.5 Masyarakat Cina merasa tidak senang dengan perlaksanaan sistem KBSR 3M. Mereka meragui perlaksanaannya mungkin akan mengakibatkan pertukaran ciri-ciri asas SRJKC dan mengemukakan 4 permintaan bersama seperti berikut:(a)
(b)
(c)
(d)
54
Semua sumber pengajaran dan rujukan bagi SRJKC, kecuali Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, hendaklah disusun dalam Bahasa Cina seperti amalan dulu; Bahasa Cina haruslah digunakan sebagai bahasa pengantar dalam semua pengajaran, pembelajaran serta peperiksaan seperti amalan dulu kecuali Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; Mata pelajaran Kemanusiaan dan Persekitaran, Pendidikan Moral serta Muzik dan sebagainya bagi SRJKC haruslah mencerminkan ciri-ciri kebudayaan Cina; Masa peruntukan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris ditambahkan.
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
4.2 Sekolah Menengah Persendirian Cina 4.2.1 Sejak pelaksanaan Akta Pelajaran 1961, sekolah menengah Cina yang enggan ditukar menjadi sekolah menengah jenis kebangsaan telah dilucutkan bantuan wang mereka terima dan dikenali sebagai sekolah-sekolah persendirian. Sejak itu, sekolah menengah persendirian Cina telah mengalami berbagai cabaran dan kesulitan selama lebih 20 tahun di bawah sokongan penuh dari masyarakat Cina. Mereka bukan sahaja berdikari dan tidak berganjak, tetapi telah berkembang dan menjadi lebih matang lagi. Kini terdapat 60 buah sekolah menengah persendirian Cina di seluruh negara. Jumlah pelajar telah bertambah dari seramai 15,890 orang pada tahun 1970, ke 25,047 orang pada tahun 1975 hingga 44,600 orang pada tahun 1982. Tidak syak lagi, sekolah menengah persendirian Cina telah melatih banyak bakat dan tenaga yang berguna bagi negara ini dan memberi sumbangannya kepada pelajaran negara kita. 4.2.2 Adalah dianggarkan bahawa masyarakat Cina di Malaysia terpaksa membelanjakan di antara $200 hingga $300 setahun untuk membiayai setiap pelajar di sekolah menengah persendirian Cina. Dengan perkataan lain, masyarakat Cina terpaksa menanggung lebih daripada $10 juta setiap tahun untuk membantu 60 buah sekolah menengah persendirian Cina itu. Usaha terus-menerus di bidang pelajaran telah menunjukkan keazaman kaum Cina di Malaysia untuk mengekalkan dan mengembangkan pelajaran ibunda mereka. 4.2.3 Kerajaan bukan sahaja gagal untuk membantu perkembangan sekolah menengah persendirian Cina, sebaliknya selalu menghalangnya. Misalnya, Kerajaan telah menolak permohonan untuk menubuhkan sekolah-sekolah baru ataupun cawangan/ sekolah kedua bagi sekolah menengah persendirian Cina yang sedia ada, permit tetap sekolah digantikan dengan permit sementara yang perlu dibarui setiap tahun, serta melengah dan menyukarkan kelulusan permohonan permit mengajar.
55
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
4.3 Jabatan Pengajian Tionghua di Universiti Malaya 4.3.1 Jabatan Pengajian Tionghua di Universiti Malaya telah ditubuhkan pada 1963 bagi tujuan untuk mengajar dan mengembangkan bahasa dan kebudayaan Cina. Kursus-kursusnya terbahagi kepada Sekdi Klasik dan Seksi Moden. Seksi klasik telah dianjurkan bagi mereka yang telah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Cina Sijil Tinggi Pelajaran atau mencapai kepujian dalam Bahasa Cina dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Seksi Klasik mengutamakan kajian secara mendalam kesusasteraan klasik dan Bahasa Cina. Seksi Moden telah dianjurkan bagi mereka yang hanya mempunyai pengetahuan asas atau mereka yang langsung tidak mengerti Bahasa Cina tetapi ingin mempelajarinya untuk kegunaan harian dan mengkaji kesusasteraan Cina moden. Seksi moden dan beberapa mata pelajaran dalam Seksi Klasik menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. 4.3.2 Sejak tahun 1977, jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran Seksi Klasik atau mengkursuskan dua mata pelajaran termasuk Seksi Klasik menunjukkan trend bertambah (10 orang pada tahun 77/78, 9 orang pada tahun 79/80, 20 orang pada tahun 80/81, 42 orang pada tahun 81/82). Penambahan pada tahun 80/81 dan tahun 81/82 lebih ketara. Namun demikian, keadaan dan perkembangan Jabatan tersebut pada keseluruhannya masih kurang memuaskan, terutamanya tentang sumber pelajar, bidang mata pelajaran yang ditawarkan, serta peruntukan biasiswa-biasiswa dan cuti separuh gaji bagi guru-guru yang melanjutkan pelajaran. 4.4 Kelas-kelas Bahasa Ibunda Pelajar atau POL Walaupun Akta Pelajaran menetapkan bahawa Kelas Bahasa Ibunda atau POL boleh diadakan di mana-mana sekolah rendah kebangsaan ataupun sekolah menengah kebangsaan atas permintaan 15 orang ibu bapa, namun Kerajaan masih mengabaikan masalah sumber guru, buu-buku teks, bahan-bahan pelajaran dan masa peruntukan bagi pelajarannya. Oleh itu, keadaan Kelas-kelas POL sangat menyedihkan dan tidak berkesan sama sekali.
56
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
V. KESIMPULAN 5.1 Selepas Merdeka, sistem pelajaran Cina yang lengkap dari sekolah hingga Universiti telah diubah menjadi satu sistem yang hanya mempunyai sekolah rendah yang didiskriminasikan dan sekolah persendirian yang tidak dibenarkan berkembang. Tambahan pula, Fasal 21(2) Akta Pelajaran 1961 boleh menghapuskan perkembangan pelajaran Cina yang sedia ada pada bila-bila masa sahaja. Dilema ini merupakan salah satu punca ketidak-puasan kaum Cina di Malaysia. 5.2 Dasar kebangsaan tentang bahasa dan pelajaran sekarang berbau perkauman yang tebal dan cenderung ke arah asimilasi. Ciri-ciri ini mencemaskan dan tidak dapat diterima oleh masyarakat Cina Malaysia. Walaupun Perlembagaan Persekutuan kita memberikan hak kepada semua kaum untuk mempelajari, mengguna dan memajukannya bahasa masing-masing dengan bebas, tetapi Kerajaan sebaliknya mengehadkan penggunaan secara bebas bahasa-bahasa yang berkenaan melalui undang-undang, peraturan dan pentadbiran. Contoh-contohnya termasuk peraturan sekatan tentang penggunaan bahasa dalam iklan. Bahasa pengantar dala latihan guru-guru SRJKC dan universiti-university. 5.3 Sekiranya Kerajaan tidak dapat secara tepat memahami setakat mana ketidak-puasan kaum Cina di Malaysia terhadap dasar bahasa serta pelajaran dan terus menggunakan kuasa undang-undang dan pentadbiran untuk mengenakan dasar kebudayaan kebangsaan yang tidak dapat diterima oleh kaum Cina, ini akan bertentangan dengan hasrat kaum Cina dan juga bertentangan dengan kepentingan perpaduan negara. 5.4 Kerajaan haruslah mengaji semula secara menyeluruh dasar kebangsaan tentang bahasa, pelajaran dan kebudayaan untuk menunjukkan sikap liberalnya serta penghormatan kepada realiti negara kita yang berbilang kaum.
57
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
VI. PERMINTAAN DAN SARANAN 6.1 Kerajaan haruslah membatalkan Fasal 21(2) Akta Pelajaran 1961 untuk menjamin kewujudan pelajaran Cina tidak terancam, dan berpegang kepada jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir bin Mohamad bahawa pelaksanaan sistem KBSR 3M tidak akan mengakibatkan perubahan ciri-ciri SRJKC. Dalam pada itu, Kerajaan harus juga menjamin layanan yang sama diberikan kepada sekolah-sekolah rendah semua aliran, termasuk peruntukan wang, pembinaan sekolah, latihan guru-guru, bekalan alat-alat dan bahan-ahan pengajaran/pembelajaran dan sebagainya. 6.2 Kerajaan haruslah menghargai sumbangan yang diberikan oleh sekolah menengah persendirian Cina kepada pelajaran kebangsaan dan nilai-nilai kewujudannya,serta membantu perkembangannya melalui peruntukan wang, latihan guru-guru, pembinaan sekolah, bekalan alat-alat dan bahan-bahan pengajaran, pembelajaran dan sebagainya, membenarkan penubuhan cawangan atau sekolah kedua bagi sekolah menengah persendirian Cina yang sedia ada atau penubuhan sekolah-sekolah baru dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah Cina persendirian untuk memasuki universiti-universiti tempatan. 6.3 Kerajaan harus mengizinkan penubuhan universiti-universiti swasta untuk mengatasi kekurangan tempat di universiti-universiti tempatan dan juga untuk melatih lebih lagi tenaga professional untuk pembangunan negara. 6.4 Kerajaan haruslah memberi peluang kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah Cina persendirian untuk memasuki Jabatan Pengajiaan Tionghua di Universiti Malaya dengan kelayakan setaraf untuk meluaskan sumber pelajar. Di samping itu, Kerajaan haruslah bersikap adil terhadap perkembangan Jabatan itu pada amnya, dan khasnya tentang pemberian biasiswa-biasiswa, peruntukan cuti separuh gaji kepada guru-guru yang melanjutkan pelajarannya, dan peluang pekerjaan untuk siswazah-siswazah, demi menunjukkan keikhlasan Kerajaan hendak memajukan bahasa dan kebudayaan Cina di negara kita.
58
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
6.5 Kerajaan haruslah menjadikan bahasa ibunda sebagai satu mata pelajaran yang diwajibkan, dan memastikan pengajarannya dimasukkan ke dalam jadual masa yang biasa dan membekalkan buku-buku teks piawai, bahan pengajaran yang mencukupi serta guru-guru yang berkelayakkan. 6.6 Selain daripada penggunaan rasmi, Kerajaan haruslah menghormati hak-hak Perlembagaan rakyat semua kaum untuk mempelajari, mengguna dan memajukannya secara bebas bahasa masing-masing dalam semua bidang kegiatan. Kerajaan haruslah mengelakkan pengyalahgunaan kuasa undang-undang dan pentadbiran untuk menyekat penggunaannya. 6.7 Kemasukan ke semua universiti tempatan tidak boleh diasaskan kepada kuota, tetapi diasaskan kepada pencapaian pelajar dan latar belakang ekonominya. Pengambilan dan kenaikan pangkat guru-guru dan pentadbir-pentadbir mestilah diasaskan kepada kelayakan akademik, kekananan (seniority) serta pencapaian, dan bukanlah keturunan kaum.
59
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
LAMPIRAN II
KESUSASTERAAN
I.
KESUSASTERAAN CINA MALAYSIA
1.1 Sejak kelahirannya dalam tahun 1919, kesusasteraan Cina Malaysia senantiasa mementingkan ciri-ciri realiti tempatan. Pada awal tahuntahun 30an, kesusasteraan itu seterusnya mewujudkan asas teoritis bagi penulisan yang berkonsepkan Malaya. Dalam tahun-tahun 50an pula, selaras dengan perjuangan negara untuk mencapai kemerdekaan, kalangan yang giat dalam bidang kesusasteraan Cina Malaysia telah menyemai semangat cintakan negara (patriotisme) dan menyebarkan konsep sastera yang menggalakkan patriotisme rakyat, sebagai sumbangan mereka ke arah mencapai matlamat sebuah negara Malaya yang merdeka, aman dan demokratik. 1.2 Apabila Malaya mencapai kemerdekaan dan kemudian bertukar menjadi Malaysia, penulis-penulis Cina Malaysia bukan sahaja meneruskan tradisi yang baik mereka dengan menulis sebagai patriot untuk menggerakkan rakyat ke arah kebaikan dan kemajuan, tetapi juga telag bermula memupuk interaksi kesusasteraan Melayu dan Cina. Untuk memenuhi keperluan era baru yang bersejarah, mereka telah menumpukan perhatian kepada usaha memupuk persefahaman harmoni dan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum, di samping usaha menyatukan tenaga dan merumuskan nilai-nilai bersama untuk membangunkan negara. 1.3 Oleh kerana kesusasteraan Cina Malaysia sejak dahulu lagi dihasilkan untuk memberi khidmat kepada rakyat negara ini dan ditulis mengikut konteks tempatan, adalah tidak syak lagi bahawa ia merupakan
60
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
sebahagian daripada kesusasteraan kebangsaan dan kesusasteraan Malaysia. Menurut apa ukuran sekalipun. Sebarang percubaan untuk menafikan statusnya sebagai sebahagian daripada kesusasteraan kebangsaan bermakna menafikan kesedaran kenegaraan orang Cina dan status mereka sebagai rakyat di negara ini.
II. PANDANGAN KAMI MENGENAI KONSEP “KESUSASTERAAN KEBANGSAAN” 2.1 Bagi rakyat negara ini, “negara” bermakna “Malaysia”. Kedua istilah ini membawa konsep yang sama. Ini adalah pengetahuan am. Walau bagaimanapun, menurut definisi beberapa kalangan terhadap “kesusasteraan kebangsaan”, “negara” dan “Malaysia” berbeza. Kata mereka, segala karya kesusasteraan yang tidak dihasilkan dalam Bahasa Malaysia bukanlah kesusasteraan kebangsaan, tetapi kesusasteraan Malaysia. Dalam hubungan ini, “negara” dan “Malaysia” telah menjadi konsep yang bersetentangan. Jelas sekali, dari segi logik, perbezaan (konsep) ini melucukan dan dari segi politik, ia menafikan status warganegara Malaysia yang menulis dalam bahasa yang bukan-Bahasa Malaysia. 2.2 Sasterawan Tagore tidak pernah menggunakan Bahasa Kebangsaannya (Hindi) untuk menulis karyanya. Hampir semua karya sastera beliau ditulis dalam bahasa ibundanya, iaitu Bahasa Bengali. Walaupun begitu, tidak ada seorang pun yang menafikan bahawa karya-karya sasteranya adalah sebahaggian daripada khazanah negara India. Malah, lagu ciptaan beliau, JANAGANAMANA telah dipilih untuk dijadikan lagu kebangsaan. Karya agung bapa Filipina, Dr. Jose Rizal, yang berjudul “NOLI ME TANGERE” juga tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan negaranya. Buku itu dikarang dalam bahasa Sepanyol tetapi ia telah menjadi bahan bacaan yang wajib bagi semua pelajar universiti di Filipina. Daripada dua contoh tersebut dapat dilihat sempit dari segi bahasa penulisan di negara yang berbilang kaum dan berbilang bahasa ini, bermakna negara dengan sendirinya menafikan dan menolak sebahagian daripada khazanah kesusasteraan kebangsaan.
61
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
2.3 Mentafsir “kesusasteraan kebangsaan” dari segi bahasa sahaja akan menimbulkan keburukan-keburukan lain. Salah satu daripadanya ialah semua karya yang dituliskan dalam bahasa yang ditetapkan, tanpa mengira baik buruk kandungannya - termasuk yang bersifat negatif, lucah - akan diterima sebagai “kesusasteraan kebangsaan”. Akibat seperti ini sudah tentu tidak dapat diterima oleh mana-mana ahli politik, pencinta seni dan rakyat yang berfikiran waras. 2.4 Berdasarkan pertimbangan-pertimbangan tersebut di atas, kami berpendapat, sekiranya penggunaan konsep “kesusasteraan kebangsaan” tidak dapat dielakkan, maka konnotasi atau maksudnya haruslah berbunyi:Mana-mana karya penulisan, tidak kira ditulis dalam bahasa ibunda mana-mana kaum di negara ini atau dalam Bahasa Inggeris, asalkan ia ditulis oleh warganegara Malaysia yang patriotik, mencerminkan cara hidup, fikiran dan emosi rakyat negara ini dan menggerakkan mereka ke arah pembinaan negara, karya penulisan tersebut haruslah dianggap sebagai kesusasteraan kebangsaan.
III. PANDANGAN KAMI TERHADAP DASAR SEKARANG DALAM BIDANG KESUSASTERAAN 3.1 Dasar yang dilaksanakan sekarang dalam bidang kesusasteraan diasaskan kepada rumusan-rumusan yang diluluskan oleh Kongres Kebudayaan Nasional tahun 1971 yang tidak disertai oleh wakil- wakil pertubuhan kebudayaan utama masing-masing kaum. Dasar tersebut mengandungi unsur fahaman Melayu-sentrik yang kuat. Dasar itu hannya menerima kesusasteraan Melayu sebagai kesusasteraan kebangsaan dan telah memberikan galakan serta bantuan kewangan yang besar kepada kesusasteraan itu. Sebaliknya, hasil kesusasteraan yang berbahasa lain dibiarkan mencari survival sendiri. Dasar itu sesungguhnya sudah menafikan kesamarataan status karya-karya sastera bahasa lain dan sangat bertentangan dengan prinsip demokrasi dan kesamarataan kaum. Ini juga membantutkan perkembangan kesusasteraan masingmasing kaum, sehingga merugikan kesusasteraan kebangsaan.
62
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
IV. PERMINTAAN-PERMINTAAN KAMI 4.1 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang bertanggungjawab membantu membiayai kegiatan kesusasteraan hendaklah memberi layanan yang sama rata kepada kesusasteraan mana-mana bahasa di negara ini. 4.2 Anugerah Sastera Negara hendaklah diperluaskan untuk meliputi karyakarya kesasteraan yang ditulis dalam bahasa-bahasa lain dan tidak harus dibataskan kepada mereka yang menulis dalam Bahasa Melayu sahaja. Sekiranya penilaian sukar dibuat ke atas karya-karya yang menggunakan berbagai bahasa, maka disyorkan supaya anugerah diberikan mengikut bahagian seperti bahagian Melayu, Cina, Tamil, Inggeris dan lainlain. Jawatankuasa Anugerah Sastera Negara haruslah mempunyai keanggotaan yang berbilang kaum yang terdiri daripada tokoh-tokoh sastera supaya mereka dapat menyampaikan maklumat tepat mengenai kegiatan dan arah kesusasteraan berbagai kaum kepada Kerajaan. 4.3 Rombongan negara ke mana-mana persidangan atau kongres sastera di dalam dan di luar negeri hendaklah terdiri daripada tokoh-tokoh bidang berkenaan yang berbilang kaum, untuk mencerminkan ciri berbilang kaum dan berbilang kebudayaan di Malaysia. 4.4 Selain karya-karya sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka harus juga menerbitkan karya-karya bahasa lain. Pada masa yang sama, Dewan itu hendaklah mengupah pakar-pakar bahasa menterjemahkan karya-karya yang bermutu kesusasteraan berbagai kaum ke dalam bahasa-bahasa lain, untuk memupuk interaksi dan persefahaman di antara satu kebudayaan dengan kebudayaan lain dan antara kaum di negara ini.
63
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
LAMPIRAN III
SENI
I.
CIRI DAN ARAH PERKEMBANGAN SENI MALAYSIA
1.1 Karya-karya seni ber bagai kaum di negara ini sebenarnya saling mempengaruhi dan membantu memperkaya kebudayaan negara kita meskipun asal usul dan proses perkembangannya serta waktu kemasukannya berbeza di antara satu dengan lain. Karya-karya seni yang dimaksudkan meliputi seni persembahan seperti drama, tarian; seni pendengaran (muzik dan lagu-lagu) dan seni visual (lukisan, seni tulisan, ukiran, rekabentuk dll). Oleh itu, perkembangan seni negara ini haruslah menuju ke arah memupuk interaksi seni antara berbagai kaum atas dasar hormat-menghormati, tanpa menolak kemungkinan mendapatkan unsur-unsur positif dari seni asing. 1.2 Karya-karya seni yang dihasilkan oleh berbagai kaum mengandungi banyak ciri sama yang saling berkaitan meskipun bentuk ekspresi mereka berbeza kerana ciri istimewa sesuatu kaum itu. Persamaan tersebut wujud kerana kaum-kaum di negara ini tinggal bersama-sama dalam satu alam sekitar atau realiti dan karya seni pula adalah ekspresi serta cerminan hidup, pemikiran dan emosi hidup kita. Pendeknya, persamaan yang timbul dari semangat cintakan negara di kalangan seniman inilah yang menggambarkan hidup dan pemikiran rakyat, menggalakkan rakyat menuju ke arah kemajuan dan kebaikan secara positif dan berusaha membina sebuah negara yang lebih sempurna. Persamaan seperti inilah yang membezakan seni Melayu daripada seni Indonesia, seni Cina Malaysia dari seni Cina di China dan seni India Malaysia daripada seni di India. Sebarang langkah untuk mengetepikan
64
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
atau menafikan persamaan ini akan menyebabkan seni kaum-kaum tertentu disingkirkan dari lingkungan seni negara. 1.3 Bentuk atau ciri khusus ekspresi seni sesuatu kaum bukanlah penghalang bagi perkembangan seni. Sebaliknya, sejarah seni dunia telah dengan jelas membuktikan bahawa langkah menggalakkan penggunaan bentuk ekspresi khusus bagi sesuatu kaum untuk mencipta seni, memupuk interaksi kebudayaan dan seni berbagai kaum serta saling menerima ciri-ciri terbaik seni kaum lain adalah salah satu pendorong untuk memperkaya dan mengembangkan kebudayaan kebangsaan. Sebarang percubaan yang membuta tuli untuk menghapuskan ciri khusus sesuatu kaum yang terdapat dalam seni dan menafikan nilai ciri khusus itu, serta menekankan dasar yang hanya mengembangkan satu kebudayaan sahaja adalah merugikan perkembangan seni yang sihat dan menjejaskan perpaduan kebangsaan. 1.4 Penciptaan seni adalah satu kegiatan otak yang sangat kompleks. Seseorang seniman itu memerlukan usaha yang gigih untuk mengkaji karya-karya seni negara-negara dan kaum-kaum lain secara mendalam sekiranya ia ahu mempertingkatkan daya ekspresinya dan menambah daya penarik karyanya, sesuai dengan kandungan yang ingin ditonjolkannya. Oleh itu, adalah tidak wajar penciptaan seni itu diganggu oleh kuasa pentadbiran atau dijadikan seni “rojak” dengan mengeratngeratkan dengan sewenangan seni sesuatu kaum itu dan dicampurarukkan dengan seni kaum lain. 1.5 Selain karya-karya yang mencerminkan realiti tempatan, kaum-kaum di negara ini juga mewarisi seni tradisional, seperti tarian tradisional India, tarian singa dan kuntau (silat) bagi orang Cina. Seni jenis ini harus dibenarkan berkembang secara bebas malah dbenarkan berkembang di kalangan kaum lain asalkan ia (seni) mempunyai nilai yang baik.
65
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
II. PANDANGAN KAMI MENGENAI DASAR YANG DILAKSANAKAN SEKARANG 2.1 Dasar-dasar Kerajaan sekarang dalam bidang muzik dan tarian telah digubal berdasarkan rumusan-rumusan Kongres Kebudayaan Nasional 1971. Kongres tersebut langsung tidak disertai oleh wakil-wakil kaum Cina, India, Kadazan, Dayak dan kaum-kaum lain. Perjalanan seluruh kongres itu dari permulaan sehingga tamat adalah tidak selaras dengan prinsip dan semangat kesamarataan ras, saling menghormat dan rundingan demokratk. 2.2 Di satu pihak, Kerajaan mengambil sikap yang agak terbuka dan liberal terhadap pembelajaran dan penyebaran seni Barat. Di pihak lain pula, Kerajaan mengabaikan sni tradisional rakyat bukan-Melayu di negara ini. Bukan sahaja Kerajaan menaruh prasangka terhadap seni bukan-Melayu ini dan tidak membantu memperkembangkannya, malah Kerajaan kadang-kala mengenakan sekatan-sekatan yang tidak munasabah. Tindakan seperti ini, selain membantutkan perkembangan sihat seni berbagai etnik, juga menjejaskan perpaduan kebangsaan.
III. PERMINTAAN-PERMINTAAN KAMI 3.1 Kerajaan harus bersikap terbuka dan adil dalam usahanya membantu mengembangkan dan memupuk interaksi seni berbagai kaum, khususnya:3.1.1Kerajaan harus menyediakan semua jenis kemudahan, bahan dan peluang bagi persembahan, pameran dan penciptaan seni semua kaum yang mempunyai kandungan yang sihat; 3.1.2 Sebaran am rasmi hendaklah sentiasa memperkenalkan seni semua kaum menerusi pesta kebudayaan yang tetap dan menaja persembahan dari pertubuhan-pertubuhan semua kaum; 3.1.3 Menubuhkan pusat penyelidikan dan bahan seni semua kaum di samping mengupah pakar-pakar dati berbahai kaum
66
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
mengumpulkan, menyusun, menyelidiki ciptaan seni dan menerbitkan hasil pengyelidikan mereka dalam berbagai bahasa; 3.1.4 Mengadakan kursus-kursus seni (bagi setiap kaum) di universitiuniversiti tempatan untuk dipelajari dan diselidiki oleh pelajar setiap kaum, dan menyediakan biasiswa bagi mereka yang berkebolehan (dalam bidang seni itu) melanjutkan pelajaran ke luar negeri. 3.2 Kerajaan juga harus mengadakan insentif untuk menggalakkan pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan dan syarikat-syarikat swasta menaja kegiatan-kegiatan seni. 3.3 Seni dari semua kaum harus diberi peluang memainkan peranannya dalam semua upacara rasmi supaya ciri berbilang kebudayaan negara ini dapat dicerminkan. Kami juga mencadangkan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menubuhkan kumpulan tarian setiap kaum untuk mewakili negara dalam upacara-upacara rasmi. 3.4 Kerajaan harus menggalakkan perkembangan karya-karya seni yang mempunyai kandungan yang sihat, untuk mengelakkan pengaruh buruk dari kebudayaan yang meleset dan dengan tegas membasmi kebudayaan dan seni yang lucha dan meleset supaya fikiran belia tidak diracuni. 3.5 Kerajaan tidak harus membataskan bentuk-bentuk ekspresi seni dari kacamata satu agama atau satu kebudayaan. Selain faktor-faktor praktis, rekabentuk dan bentuk pembinaan (bangunan dan lain-lain) harus juga mencerminkan ciri khusus berbilang kebudayaan negara ini, dan menghormati ciri-ciri agama, kebudayaan atau nilai moral yang berlainan. 3.6 Kerajaan harus melonggarkan syarat pemberian permit persembahan, termasuk bagi persembahan tarian singa di tempat awam dan persendirian. Selain itu, sekatan terhadap persembahan-persembahan kumpulan dan perseorangan seni asing yang terkemuka juga harus diberi kelonggaran.
67
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
LAMPIRAN IV
Agama
(Dikemukankan oleh YBAM)
Persatuan Belia-Belia Buddhist Malaysia (YBAM) berpendapat bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan harus mencerminkan sifat berbilang kaum dan berbilang agama Malaysia. Dari segi agama, YBAM mengemukankan cadangan-cadangan berikut untuk pertimbangan Kementerian-Kementerian yang berkenaan.
68
I.
KEMENTERIAN PELAJARAN
1.
Dalam sukatan pelajaran sekolah dan maktab, perkataan “agama” atau “ugama” haruslah jangan hanya dikhaskan kepada agama Islam. Ia haruslah menurut pengertian dalam kamus dan bermaksud segala agama.
2.
Dalam melaksanakan pendidikan moral dalam sekolah, ajaran moral pelbagai agama yang diamalkan di Malaysia, terutamanya nilai-nilai moral bersama, harus diajarkan kepada semua pelajar di sekolah.
3.
Tamadaun dan kebudayaan agama lain haruslah diajarkan bersama dengan Tamadun Islam di pusat pengajian tinggi.
4.
Pertubuhan pelbagai kepercayaan haruslah digalak ditubuhkan secara bebas di sekolah-sekolah menengah.
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
II. KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN (KKBS) 5.
KKBS memberi tekanan kepada latihan dakwah bagi belia Islam Malaysia. Program latihan agama lain juga harus diberikan kepada belia agama yang lain.
6.
KKBS haruslah memberi bantuan kewangan kepada segala badan belia agama.
7.
Pembinaan Kebudayaan Kebangsaan haruslah dimasukkan juga unsurunsur agama lain yang diamalkan di Malaysia.
III. KEMENTERIAN PENERANGAN 8.
RTM harus memberi lebih banyak masa bagi program agama lain di Malaysia di samping Islam.
9.
Ceramah agama lain yang diberikan harus disiarkan dalam siaran daerah dan kebangsaan seperti Islam (Dakwah). Ini akan mewujudkan salingmengerti dan hormat-menghormat antara rakyat yang berbeza agama.
IV. KEMENTERIAN HAL-EHWAL DALAM NEGERI 10. Sekatan-sekatan yang dikenakan kepada pengembang-pengembang agama dari luar ke Malaysia haruslah dilonggarkan, selaras dengan kebebasan beragama dan perkembangan semua agama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
V. JABATAN PERDANA MENTERI 11. Undang-undang Moral yang dicadangkan mungkin akan menjejaskan hak asasi kehidupan individu dalam masyarakat demokratik moden. Pendidikan moral tidak wajar dijalankan melalui perlaksanaan undang-
69
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
undang, Kerajaan patutlah memberi bantuan kepada pelbagai badan agama dalam negara ini untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti yang merupakan latihan dan bimbingan-moral kepada pengikut-pengikutnya. Dengan cara ini, sikap moral yang positif dapat ditanam dan dibentuk dengan lebih berkesan. 12. Undang-undang yang digubal untuk mengawal kelakuan moral sebahagian rakyat tidak semestinya dapat diterima oleh bahagian rakyat yang lain. Sebaliknya, ia mungkin menimbulkan kekacauan fikiran atau kesan yang buruk. Dalam keadaan begini, adalah lebih baik jika diteruskan sahaja keadaan sekarang.
70
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
RESOLUSI-RESOLUSI KONGRES KEBUDAYAAN ANJURAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN CINA YANG UTAMA DI MALAYSIA 1)
Kongres ini menyeru kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan supaya memandang berat serta memberi pertimbangan saksama terhadap Memorandum yang di luluskan dengan sebulat suara oleh Kongres, yang mengandungi pandangan dan pendirian asas, serta permintaan dan saranan masyarakat keturunan Cina tentang masalah kebudayaan kebangsaan, untuk menunjukkan penghormatan kepada kebudayaan dan kaum Cina yang merupakan salah satu kumpulan kebudayaan yang utama di negara kita.
2)
Kongres ini menyeru kepada Kerajaan Barisan Nasional supaya memberi perhatian penuh terhadap ketidak-puasan yang meluas, terutamanya di kalangan masyarakat bukan-Melayu, yang tertimbul akibat daripada pelaksanaan dasar-dasar bahasa, pelajaran dan kebudayaan kebangsaan yang berfahaman Melyau-sentrik serta bercenderung asimilasi, dan kesan-kesan buruknya terhadap perpaduan kebangsaan dan ketentetaman social. Kerajaan haruslah berusaha untuk menyekat polarisasi ras yang semakin buruk itu, untuk menjamin keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum demi kepentingan perpaduan negara.
3)
Kongres ini menyeru kepada Kerajaan Barisan melaksanakan dasar-dasar bahasa, pelajaran kebangsaan yang liberal, progresif, demokratik dan semua kaum, demi endorong perpaduan tulen di perkembangan menyeluruh bagi negara kita.
4)
Kongres ini menyeru masyarakat keturunan Cina, termasuk pertubuhanpertubuhan Cina dan partu-parti politi yang kebanyakan ahlinya terdiri daripada kaum Cina, supaya bersatupadu dan bekerjasama untuk memperjuangkan kepentingan bersama kaum Cina dalam bidangbidang bahasa, pelajaran dan kebudayaan.
Nasional supaya dan kebudayaan sama rata kepada antara kaum dan
71
LAMPIRAN 2
Menjawab Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan:
Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan PERTAMA: LATAR BELAKANG MESYUARAT INI DIADAKAN Sejak Dasar Kebudayaan Kebangsaan (National Culture Policy) dijunjung sebagai prinsip tertinggi dalam kebudayaan dan pentadbiran Malaysia pada tahun 1971, pihak kerajaan tetap menjadikan etnosentrisme Melayu dan budaya Islam sebagai asas kepada dasar kebudayaan, pendidikan dan bahasa rasmi negara sepanjang tempoh 45 tahun ini. Langkah sedemikian jauh ketinggalan dari multi-culturalism yang didukung di seluruh dunia pada zaman moden ini. Dengan latar-belakang sedemikian, dewan perhimpunan Cina di setiap negeri, bersama Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan pertubuhan-pertubuhan Cina lain telah mengemukakan Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 30 Mac 1983. 33 tahun telah berlalu. Pembangunan masyarakat kita pada hari ini secara keseluruhannya jelas berbeza daripada apa yang berlaku pada zaman tahun 1980-an. Kementerian yang berkenaan pun telah dirombak. Ledakan teknologi maklumat telah mengenyahkan sempadan tradisional. Kebangkitan negara
72
Lampiran 2: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan
China juga telah mengubah lanskap politik Asia Tenggara dan antarabangsa. Konteks sosial sama ada dalam mahupun luar negara telah berubah. Justeru itu, masyarakat Cina Malaysia harus mengambil kesempatan ini untuk mengkaji semula Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan. Sempena Pesta Kebudayaan Cina Malaysia ke-33 pada tahun 2016, Jawatankuasa Kebudayaan dan Pendidikan Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (singkatan KLSCAH) telah memanggil satu mesyuarat untuk mengkaji semula masalah dan dilema yang dihadapi penggiat seni persembahan sepanjang puluhan tahun kebelakangan. Penggiat seni yang berusaha untuk mempromosi seni persembahan ini berasal dari pelbagai bidang, misalnya teater, tarian, alat muzik, nyanyian, loghat tempatan, sukan rakyat dan lain-lain. Mereka telah berkumpul untuk menghalusi dilema dan peluang yang sedia ada, malah mencari halatuju yang sejajar dengan perkembangan zaman. Seminar Kebudayaan adalah acara terakhir Pesta Kebudayaan Cina Malaysia pada tahun 2016. Ia merangkumi tiga peringkat, iaitu Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan (12 November), Seminar Akademik Antarabangsa (3-4 Disember) dan “Merangka Kertas Cadangan Kebudayaan”. Mesyuarat ini mengumpulkan pandangan penggiat seni yang selama ini mencurahkan usaha untuk mempromosi seni persembahan komuniti Cina, merangkumi tinjauan dan penilaian terhadap situasi sekarang, cabaran dan masa depan yang dihadapi, disusuli dengan langkah-langkah penyelesaian dan cadangan pembangunan masa depan. Digabungkan dengan wacana baru dalam Seminar Akademik Antarabangsa, satu Kertas Cadangan Kebudayaan dirangka, untuk rujukan kerajaan ketika mengendalikan pengagihan sumber, menggubal dasar kebudayaan, latihan pendidikan dan sebagainya, agar kumpulan dan individu penggiat kebudayaan dibantu untuk mengatasi kebuntuan, memperkembangkan potensi yang ada dan memantapkan pembangunan pelbagai budaya di Malaysia.
73
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
KEDUA: MAKNA MEMORANDUM BERSAMA TENTANG KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1983 adalah satu dokumen pemisah zaman, mengkaji secara terperinci dasar kebudayaan kebangsaan yang berlandaskan mono-kulturalisme. Antaranya, dokumen ini menekankan hakikat bahawa Malaysia sebagai sebuah masyarakat berbilang budaya, malah mengetengahkan pandangan terhadap empat unsur utama, iaitu pendidikan, kesasteraan, kesenian dan agama, selain dasar-dasar negara. Perbincangan Mesyuarat Meja Bulat ini tidak merangkumi kesemua kandungan Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan, tetapi hanya tertumpu kepada bahagian seni persembahan. Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan mengkategorikan kesenian kepada tiga bahagian utama, iaitu seni persembahan, seni pendengaran dan seni visual, mendefinisikan ciri-ciri keistimewaan seni Malaysia dan melakar halatuju pembangunan. Teks asalnya dipetik seperti berikut:-
74
I.
Seni pelbagai etnik di negara kita, sama ada seni persembahan (teater, tarian dsb), seni pendengaran (muzik, nyanyian) atau seni visual (lukisan, kaligrafi, ukiran, rekaan dsb), sungguhpun memiliki asal-usul yang berbeza, melalui perkembangan sejarah masing-masing, namun saling melengkapi untuk memperkayakan kebudayaan tempatan. Justeru itu, halatuju pembangunan kesenian negara kita seharusnya digaris berlandaskan interaksi seni-budaya pelbagai etnik atas dasar saling menghormati, pada masa yang sama tidak menolak penerapan unsur seni dari luar negeri.
II.
Karya seni pelbagai etnik Malaysia sungguhpun memperlihatkan perbezaan dari segi penyampaian yang menampakkan ciri-ciri etnik masing-masing, hakikatnya ia terikat dengan jalinan kesamaan dalamannya. Seni adalah penjelmaan hidup realiti, sentimen dan pemikiran. Etnik berbilang yang hidup bersama dalam realiti semestinya menjelmakan kesamaan dalam karyanya. Ringkasnya, kesamaan ini berlandaskan semangat patriotisme, memperlihatkan hidup dan
Lampiran 2: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan
pemikiran rakyat, menyuntik semangat agar rakyat menuju kebaikan, dan bertekad untuk membina sesebuah negara yang lebih baik. Kesamaan inilah yang membezakan antara karya seni Melayu dengan kesenian Indonesia, antara karya seni Cina Malaysia dengan kesenian China, antara karya seni India Malaysia dengan kesenian India. Seandainya kesamaan ini diabaikan atau dinafikan, maka seni etnik tertentu akan dikecualikan dari lingkungan kebudayaan kebangsaan. III.
Ciri-ciri keistimewaan etnik bukanlah kongkongan perkembangan kesenian. Sebaliknya, sejarah kesenian dunia memperlihatkan bahawa, karya yang menyerlahkan keistimewaan etnik, interaksi antara budaya etnik yang berbeza, saling menerapkan keistimewaan masing-masing untuk dijadikan sebahagian dalam diri, merupakan salah satu daya untuk memperkaya dan memperkembangkan kebudayaan sesebuah negara. Sebarang langkah untuk menghapuskan ciri-ciri keistimewaan etnik, atau dasar yang memaksakan dominasi etnik tunggal ke atas etnik yang lain, bukan sahaja tidak memanfaatkan pembangunan kesenian, tetapi juga menjejaskan perpaduan rakyat.
IV.
Karya seni adalah satu perburuhan otak berkelas tinggi yang rumit. Ia menuntut dedikasi karyawan yang berterusan, kajian yang terperinci, untuk mengimbangi persoalan sejauh mana unsur karya negara asing dan etnik lain diterap untuk mempertingkatkan daya penyampaian dan tarikan karya sendiri. Ia juga ditentukan kandungan mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang seniman. Justeru itu, sebarang campur tangan dari pihak pentadbiran ke atas penghasilan karya seni, atau mencampur-adukkan kesenian untuk menghasilkan karya alarojak, dengan hanya mementingkan bentuk luaran tanpa penghayatan kandungan kesenian etnik tertentu, adalah langkah yang tidak sesuai.
V.
Selain karya yang mencerminkan realiti tempatan, etnik-etnik di Malaysia juga mewarisi kesenian tradisional dari nenek moyang, seperti tarian India tradisional, tarian singa dan Wushu oleh etnik Cina. Selagi kesenian ini memiliki nilai estetika dan menyuntik semangat yang memberangsangkan, maka ia harus diberi kebebasan untuk berkembang, malah dipromosi di kalangan etnik yang lain.
75
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
DUA pandangan terhadap pentadbiran negara: I.
Dasar yang dilaksanakan sekarang dalam bidang seni seperti muzik, tarian dan sebagainya, digubal berasaskan kesimpulan yang agak cetek dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan Tahun 1971. Kongres ini berlangsung tanpa penyertaan Cina, India, Kadazan, Iban mahupun pertubuhan atau perwakilan yang signifikan. Proses ini langsung tidak memperlihatkan prinsip dan semangat saling menghormati, atau permuafakatan yang setara antara etnik.
II.
Pihak pentadbiran mengambil pendekatan yang agak terbuka terhadap penyebaran dan pembelajaran kesenian Barat, tetapi pada masa yang sama, mengabaikan kesenian tradisional bukan Melayu yang diwarisi pelbagai etnik. Kesenian etnik bukan Melayu dipandang serong, bukan sahaja tidak dipromosi, malah dihalang perkembangannya dengan sekatan yang tidak wajar. Langkah sedemikian telah menghalang pembangunan normal kesenian pelbagai etnik, juga menjejaskan perpaduan rakyat.
Berasaskan definisi dan pandangan di atas, ENAM cadangan diketengahkan: I.
76
Kerajaan harus mengambil sikap yang terbuka dan adil untuk memantapkan pembangunan dan interaksi kesenian pelbagai etnik. Secara konkritnya:a.
Kerajaan harus menyediakan kemudahan dan informasi yang diperlukan, serta peluang untuk pengkaryaan, pameran dan seni persembahan yang sihat daripada pelbagai etnik.
b.
Media penyiaran awam harus memperkenalkan seni pelbagai etnik di negara kita dari masa ke masa, di samping mengadakan Pesta Kebudayaan Nasional setiap tahun, menaja acara kesenian untuk dipersembahkan oleh kumpulan penggiat seni dari pelbagai etnik.
c.
Menubuhkan Pusat Informasi dan Penyelidikan Kesenian Pelbagai Etnik, membiayai pakar dari pelbagai etnik untuk mengumpul
Lampiran 2: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan
maklumat, mengemaskini, menyelidik, dan hasil penyelidikan harus disebarkan melalui bahan cetakan pelbagai bahasa. d.
Menyediakan kursus atau penyelidikan kesenian pelbagai etnik di kampus institusi tinggi dalam negara, terbuka untuk pengajian penuntut semua etnik. Biasiswa disediakan kepada penggiat seni dari pelbagai etnik yang berbakat untuk melanjutkan pengajian di luar negeri.
II.
Kerajaan harus merangka langkah-langkah penyelesaian yang konkrit untuk menggalakkan penajaan aktiviti kesenian rakyat oleh pertubuhan sosial dan institusi swasta.
III.
Aktiviti rasmi yang dianjurkan harus mengandungi acara kesenian dari pelbagai etnik untuk mencerminkan ciri-ciri keistimewaan negara kita yang berbilang budaya. Dicadangkan agar Kementerian Belia dan Sukan menubuhkan satu pasukan seni tradisional yang terdiri daripada pelbagai etnik untuk mewakili Malaysia, dengan persembahannya di upacara rasmi kerajaan.
IV.
Pihak berkenaan harus menggalakkan karya seni dengan kandungan yang positif, untuk menangkis kesan buruk dari budaya yang melalaikan. Budaya lucah dan picisan harus dibanteras supaya jiwa generasi muda tidak dicemari.
V.
Kerajaan tidak boleh menyekat corak persembahan seni hanya berlandaskan nilai agama mahupun budaya yang tunggal. Dari segi rekaan dan rupa-bentuk bangunan, ia harus memperlihatkan ciri-ciri keistimewaan kepelbagaian budaya, selain faktor praktikalnya. Batas moral agama dan budaya yang lain juga harus dihormati.
VI. Kerajaan harus melonggarkan peraturan persembahan, termasuklah tarian singa sama ada di tempat awam mahupun swasta, dan juga sekatan yang dikenakan terhadap kumpulan seni atau artis asing yang unggul ketika mengadakan persembahan di negara kita.
77
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
KETIGA: SITUASI SEKARANG Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan adalah maklum balas pertubuhan Cina seperti dewan perhimpunan Cina setiap negeri, Dong Jiao Zong dan lain-lain kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dikemukakan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Ia adalah satu dokumen yang digunakan oleh wakil pertubuhan Cina untuk berinteraksi dengan pihak kerajaan pada zaman 1980-an. Mesyuarat Meja Bulat ini melanjutkan semangat Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1983. Ia bukan sahaja dialog antara rakyat dengan kerajaan, malah meneliti masalah yang dihadapi penggiat seni persembahan dalam konteks budaya masyarakat keseluruhannya, di samping menerokai peluang-peluang di sebaliknya. Secara keseluruhannya, ia boleh terbahagi kepada tinjauan dan tuntutan terhadap dasar dan pentadbiran negara, pembangunan sosial dan sumber (termasuk pertubuhan Cina dan kumpulan seni persembahan). Masalahnya dikategorikan seperti yang berikut:-
78
I.
Dasar Negara dan Pentadbiran
a.
Sejak Dasar Kebudayaan Kebangsaan digariskan sebagai prinsip tertinggi oleh pihak pentadbiran pada tahun 1971, pembentukan budaya arus perdana telah berteraskan budaya Melayu dan budaya Islam sebagai unsur penting, malah menuju ke arah matlamat untuk menyerap bukan Melayu ke dalam sistem kebudayaan Melayu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan melambangkan pendekatan mono-kulturalisme pada abad yang lalu. Ia telah dihuraikan dalam Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1983, tetapi nampaknya ia masih belum diperbaiki sehingga hari ini. Isu seperti hubungan etnik, konflik agama, hubungan kaum dan sebagainya semakin meruncing.
b.
Sistem pentadbiran awam tidak mempunyai satu perancangan yang menyeluruh. Justeru itu, unit pentadbirannya sering bertukar lantaran pertukaran dasar yang kerap sehingga menjejaskan kesinambungannya. Penggiat seni yang kerap berurusan dengan jabatan berkenaan
Lampiran 2: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan
menghadapi kesukaran untuk mengetahui selok-belok operasi pentadbiran tersebut, juga saluran untuk mendapatkan sumber.1 c.
Sumber pentadbiran yang berlainan peringkat gagal diselaraskan. Wujudnya perbezaan pandangan antara kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan dalam dasar kebudayaan. Ini menyebabkan penggiat seni sukar menyesuaikan diri dalam usaha memohon sumber dari kerajaan.
d.
Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan tidak memandang berat matapelajaran atau kursus yang berkaitan dengan seni. Rakyat memandang serong kepada seni persembahan, dan ia memberi kesan negatif kepada pembangunan seni untuk jangka panjang.
e.
Peruntukan kerajaan dan pengagihan sumber yang berat sebelah dalam pemeliharaan dan penyebaran budaya untuk etnik yang berlainan telah mengakibatkan fenomena pembaziran dan ketidakadilan.
f.
Kurangnya dialog antara kerajaan dengan rakyat, begitu juga dengan penguasaan informasi. Maka situasi sebenar seni persembahan di kalangan rakyat gagal dikuasai.
II.
Pembangunan dan Sumber Masyarakat
a.
Pemahaman yang cetek terhadap seni persembahan telah menzahirkan imaginasi dan harapan yang salah terhadap kumpulan atau individu penggiat seni. Sering kali penggiat seni merasai kepakaran dirinya tidak
1
Mengambil contoh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang melatih, membimbing, menyebarkan, menggalakkan dan mempromosi usaha seni-budaya, ia ditubuhkan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat pada tahun 1950-an; ditukar ke Kementerian Penerangan pada tahun 1964; dipindah ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1972; dialih ke Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada tahun 1987; diletak di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 1992 dan kemudian Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Pada tahun 2005, ia dinaik taraf kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Dalam tempoh kira-kira 10 tahun sehingga 2013, JKKN bernaung di empat unit yang berbeza, iaitu ditukar untuk menjadi salah satu agensi di bawah Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan pada tahun 2008; bernaung di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pada tahun 2009; dan seterusnya menjadi satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada tahun 2013.
79
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
dilayan dengan penghormatan yang memadai, misalnya upah yang rendah, tempat persembahan yang tidak sesuai, kemudahan pentas yang tidak lengkap dan sebagainya. Situasi sebegini akan menjejaskan perkembangan seni persembahan untuk jangka panjang.2 b.
Suku etnik dialek yang berlainan memiliki budaya tradisional yang unik. Ia boleh dilihat sebagai modal kebudayaan. Namun, budaya tradisional ini tidak disebarkan dan diwarisi secara sistematik, sehingga berlakunya situasi ketandusan pelapis.3
c.
Penyelarasan pengagihan sumber dan dialog yang melangkaui suku etnik dialek jarang berlaku. Pertubuhan suku etnik dialek hanya menggerakkan aktiviti budaya masing-masing, dan jarang-jarang mempromosi aktiviti budaya dengan perspektif masyarakat Cina secara keseluruhannya.
d.
Kurangnya usaha yang sistematik untuk penyebaran dan warisan dari segi pendidikan budaya tradisional seperti dialek, pemakanan, penyembahan dan lain-lain. Pertubuhan Cina tidak mencurahkan sumber secara efisien, malah generasi muda pula tidak fasih dengan budaya tradisional, dan tidak beridentitikan dirinya dengan suku etnik dialeknya.
e.
Indentiti kebudayaan Cina Malaysia tidak jelas. Berdepan dengan gelombang globalisasi, ia terperangkap untuk bersaing dengan China, Taiwan dan Hong Kong, di samping gagal menyerlahkan intipati ciri-ciri keistimewaan kebudayaan tempatannya di Malaysia.
f.
Kurangnya saluran untuk kumpulan atau individu penggiat seni persembahan menyuarakan pandangan mereka. Untuk sekian lama mereka bergerak secara “solo”, menghabiskan kebanyakan sumber dan tenaga mereka untuk merebut peluang persembahan dan sokongan dana, sama ada daripada pihak kerajaan mahupun masyarakat.
2
3
80
Merujuk kepada tulisan Chock Yau Yen di Sin Chew Daily, http://www.sinchew.com.my/ node/237487 Usaha mempromosi loghat seperti bahasa dialek dihentikan, mengakibatkan terpupusnya opera dialek tradisional.
Lampiran 2: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan
KEEMPAT: LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN I.
Dasar Negara dan Pentadbiran
a.
Kerajaan mesti memandang berat dialog bersama rakyat: Pada tahun 1971, kerajaan menerima pendekatan mono-kulturalisme yang dianjurkan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Usaha untuk mengemukakan Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1983 memperlihatkan bahawa komuniti Cina di Malaysia tidak pernah berputus asa untuk berdialog dengan kerajaan. Namun, kerajaan tidak memberi maklum balas kepada cadangan mahupun tuntutan yang diketengahkan terhadap dasar kebudayaan. Sebagai penggiat seni persembahan dalam masyarakat, kami tetap berprihatin untuk membincangkan dasar berkenaan. Kumpulan mahupun individu penggiat seni komuniti Cina akan terus mempromosi seni-budaya persembahan. Usaha ini akan berkembang dengan formula rakyat mendahului kerajaannya. Pada masa yang sama, kami sentiasa bersedia untuk berdialog dengan kerajaan.
b.
Menyeru agar kerajaan memandang berat nilai industri senibudaya: Untuk sekian lama, dasar kebudayaan kurang menampakkan kesinambungan. Fenomena ini memperlihatkan pengertian yang terbatas kerajaan terhadap nilai industri budaya. Kami menyeru agar kerajaan merangka satu sistem pentadbiran jangka panjang, untuk mengelakkan fenomena dasar berubah apabila pemimpin bertukar. Ia akan menyebabkan penggiat seni gagal mengikut jejak langkah kerajaan yang sentiasa bertukar arah, dan seterusnya menambat langkah pembangunan industri kebudayaan negara kita.
c.
Membina sistem pendidikan yang lengkap: Mengkaji semula kursus pendidikan seni dalam sistem pendidikan, menerima hakikat bahawa negara kita terdiri daripada masyarakat berbilang budaya. Pendidikan seni persembahan pelbagai budaya harus dipromosi. Batas perkauman perlu diruntuhkan dengan seni-budaya, agar kita mencapai matlamat hidup berbilang, makmur bersama.
81
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
82
d.
Pengagihan sumber negara secara adil: Pengagihan sumber yang tidak adil adalah hakikat di Malaysia yang berlaku untuk sekian lama. Mukadimah Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan menyatakan, “Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya. Untuk mencapai perpaduan rakyat, kita mesti terlebih dahulu mengakui dan menerima hakikat kemajmukan masyarakat kita.” Sekali lagi kami menyeru di sini, agar kementerian berkenaan mengkaji semula dasar yang memperlihatkan pendominasian komuniti tertentu, agar semua rakyat Malaysia dilayan dengan adil dan saksama.
e.
Menubuhkan Jawatankuasa Seni-Budaya Persembahan rasmi: Sumber dari pihak kerajaan harus digariskan piawaian. Jawatankuasa Seni (Art Council) yang rasmi perlu ditubuhkan, untuk menyelaraskan pengagihan sumber antara kementerian, dalam hal dasar seni persembahan, pendidikan seni persembahan, industri seni persembahan dan sebagainya. Jawatankuasa ini harus mendominasi pembangunan jangka panjang seni persembahan Malaysia.
f.
Menambah saluran dialog bersama rakyat: Pembangunan seni persembahan rakyat sering diketepikan di luar sistem, dan menelusuri formula pembangunan dari bawah ke atas. Saluran dialog antara kerajaan dengan rakyat boleh dipiawaikan melalui Jawatakuasa Seni yang rasmi, dan pembangunan seni-budaya persembahan boleh dimajukan dengan mengambil pandangan dari masyarakat.
II.
Pembangunan dan Sumber Masyarakat
a.
Memantapkan penyelarasan pengagihan sumber dalam masyarakat: Untuk sekian lama seni-budaya persembahan komuniti Cina terpaksa berkembang di luar sistem kerana diketepikan oleh kerajaan. Pertubuhan Cina yang memiliki sumber telah menjadi tiang yang menyokong pembangunan seni persembahan. Kedua-duanya berhubungan rapat. Penggiat seni menganggap pertubuhan Cina sebagai incubatornya, dan ia berkembang serta menyumbang dalam kekangan sumber. Memandangkan pihak kerajaan masih belum mengubah dasarnya, penggiat seni persembahan terpaksa berdiri atas kaki sendiri,
Lampiran 2: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan
atau terus bergantung kepada sumber masyarakat seperti pertubuhan Cina. Interaksi dan penyelarasan agihan sumber adalah amat penting. b.
Kenali profesional seni persembahan: Seandainya pendidikan seni persembahan tidak dilengkapi, ia bakal memberi kesan negatif terhadap penafsiran nilai profesional industri ini. Pada hakikatnya, seni persembahan merangkumi berkarya, latihan, persembahan dan sebagainya, juga mencakupi bidang seperti pementasan, pakaian (costume), pencahayaan, bunyi dan sebagainya. Setiap rantaian ini memerlukan curahan kepakaran dan modal pembikinan. Namun pemahaman cetek orang awam terhadap seni persembahan telah mengakibatkan penggiat seni terpaksa menurunkan taraf persembahannya, demi kelangsungan seni persembahan, dan mengekalkan hubungan dengan pertubuhan Cina. Keadaan sedemikian telah menjejaskan pembangunan bidang seni ini.
c.
Menerokai dan mempromosi keistimewaan kebudayaan suku etnik dialek: Suku etnik dialek yang berbeza mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Pertubuhan suku etnik dialek seharusnya menerokai semula budaya berkenaan dan berusaha untuk mempromosinya, misalnya opera tradisional yang telah memperkayakan kebudayaan Tionghua.
d.
Menerima nilai budaya dialek, mempromosi pendidikan bahasa dialek: Bahasa adalah pembawa budaya. Masyarakat Cina di Malaysia terdiri daripada puluhan komuniti dialek di bahagian selatan China. Kempen penggunaan bahasa Cina di sekolah Cina pada tahun 1980an telah menggugat warisan dialek, sehingga kebudayaan yang dibawa melalui dialek terhakis dengan ketara. Pertubuhan Cina dari suku etnik dialek yang berlainan seharusnya mengambil inisiatif untuk mengumpul maklumat loghat dan dialek, menyelamatkan budaya bahasa dialek yang semakin terpupus. Selain itu, kerjasama harus dijalin bersama sekolah untuk mempromosi bahasa dialek, demi mewarisi kebudayaan tradisional komuniti Cina.
e.
Menerokai saluran dialog antara pertubuhan Cina: Kini, interaksi antara suku etnik dialek, nama keluarga dalam komuniti Cina amat kerap. Sungguhpun berbeza sifat pertubuhan (dari segi hubungan darah, geografi dsb), namun pertubuhan ini tidak harus membataskan
83
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
dirinya, sebaliknya harus melangkaui batas dan menjalinkan hubungan kerjasama, menyelaraskan pengagihan sumber kebudayaan, bersama membangunkan kebudayaan tradisional masyarakat Cina. III. Muhasabah Penggiat Seni Persembahan 1.
84
Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Seni-Budaya Persembahan rakyat (bukan kerajaan) a.
Pertubuhan profesional untuk mengendalikan pengagihan sumber masyarakat: Kami mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Kerja Seni-Budaya Persembahan Rakyat, yang menggabungkan budaya tradisional dari pelbagai suku etnik dialek, dan juga dijadikan sebagai platform interaksi untuk kumpulan penggiat seni persembahan. Dari segi fungsi, ia amat mirip dengan Jawatankuasa Seni (Art Council), termasuk sebagai pengkalan data, penubuhan tabung seni persembahan dan sebagainya, namun ia adalah pertubuhan yang diinisiatif oleh rakyat. Selain penyelarasan agihan sumber, ia juga berperanan sebagai jambatan untuk interaksi antara penggiat seni persembahan dengan pihak kerajaan dan media.
b.
Sebagai tingkap untuk interaksi antara kaum oleh penggiat seni persembahan: Jawatankuasa Kerja SeniBudaya Persembahan Rakyat juga merupakan tingkap untuk interaksi antara kaum, mendorong agar kumpulan penggiat seni persembahan komuniti Cina berinteraksi dengan komuniti Melayu, India dan Kaum Asli, untuk menggerakkan perkembangan senibudaya persembahan dalam negara.
c.
Merancang pertandingan dan pementasan persembahan untuk jangka panjang secara makro: Seandainya diteliti sejarah perkembangan seni-budaya persembahan, akan didapati banyak pertandingan dan pementasan persembahan (teater, nyanyian, sukan rakyat dsb) yang berkualiti ditamatkan kerana kekurangan sumber untuk jangka panjang, atau usaha susulan yang tidak
Lampiran 2: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan
diwarisi. Berlatar-belakangkan kekurangan sumber kerajaan untuk jangka panjang, Jawatankuasa Kerja Seni Persembahan Rakyat ini memainkan peranan yang besar, iaitu menyelaras pengagihan sumber dari masyarakat, dan merancang untuk mengadakan pertandingan atau pementasan berperingkat tempatan, kebangsaan, antarabangsa dari perspektif yang lebih makro.
2.
d.
Menggerakkan kerja pendidikan seni: Mempromosi pendidikan seni secara sistematik melalui pertubuhan, memupuk pemahaman dan penghayatan orang ramai terhadap seni persembahan.
e.
Menyuburkan interaksi secara horizontal antara kumpulan seni persembahan: Untuk penggiat seni persembahan, penubuhan Jawatankuasa Kerja Seni-Budaya Persembahan Rakyat agak mendesak, kerana untuk tempoh beberapa dekad yang lalu, penggiat seni-budaya persembahan bergerak secara “solo”, dan jarang berinteraksi secara horizontal. Mereka memerlukan satu pertubuhan yang boleh menyuburkan interaksi sesama diri, menyelaraskan pengagihan sumber untuk mengurangkan pembaziran yang tidak perlu.
Peningkatan Profesional a.
Mempertingkatkan taraf karya: Untuk sekian lama kerajaan mengabaikan pembangunan seni persembahan rakyat, namun ia tidak bermakna penggiat seni persembahan komuniti terus melepas tangan, sebaliknya penggiat seni ini harus mempertingkatkan taraf karya dan persembahan, melakar gambaran yang lebih besar, malah melangkah ke persada antarabangsa.
b.
Menerokai lebih sumber: Merombak situasi di mana pertubuhan Cina mendominasi sumber. Penggiat seni persembahan harus menyasarkan sumber selain pertubuhan Cina, termasuk korporat, NGO dan lain-lain, menerokai hubungan kerjasama melangkaui sektor yang lebih majmuk, memperjuangkan sumber dan ruang perkembangan yang lebih besar.
85
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
c.
Mengiktiraf unsur dan nilai tempatan di negara kita: Intipati seni persembahan adalah budaya dan mindanya yang kreatif. Penggiat seni persembahan harus meneroka dan menyebarkan unsur budaya Cina tempatan, memperbanyakkan karya yang sarat denga unsur tempatan, mengurangkan peniruan karya yang tidak memperlihatkan ciri-ciri keistimewaan negara kita, agar kumpulan penggiat seni persembahan kita boleh memahat nama di antarabangsa.
d.
Membentuk imej profesional seni persembahan: Penggiat seni persembahan harus yakin dengan karya sendiri. Penggiat seni persembahan seharusnya mempertahankan profesional sendiri, menghentikan kompromi yang merendahkan martabat diri (misalnya memberi tiket percuma), untuk mengubah persepsi orang ramai bahawa seni persembahan adalah murah dan tidak profesional.
KELIMA: KESIMPULAN Kertas cadangan ini telah mengumpulkan pandangan berharga daripada 37 orang penggiat seni persembahan yang berasal dari ENAM sektor utama, iaitu muzik, alat muzik, tarian, teater, loghat dan sukan rakyat. Ia mewarisi semangat multi-budaya yang terkandung dalam Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan, membincangkan secara terperinci dalam isu mempromosi pendidikan seni persembahan, interaksi antara sektor, peningkatan profesional dan kreativiti budaya tempatan dan sebagainya. Dari segi politik dan pentadbiran negara, peserta bersetuju bahawa isu kebudayaan dan pendidikan yang diberi perhatian untuk sekian lama oleh komuniti Cina tidak dipandang berat pihak kerajaan. Pelbagai cadangan yang diketengahkan dalam Memorandum Tentang Kebudayaan Kebangsaan masih belum diterapkan sebagai sebahagian daripada kebudayaan kebangsaan. Walau bagaimanapun, kami tetap tidak berputus asa, sebaliknya bertekad untuk berdialog dengan kerajaan. Memandangkan kerajaan gagal memahami tekad komuniti Cina dalam dasar kebudayaan, jadi komuniti Cina harus
86
Lampiran 2: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan
mengambil inisiatif untuk memahami, malah mengambil berat isu dan dasar berkenaan. Bahkan komuniti Cina sentiasa bersedia untuk berinteraksi dengan pihak berkenaan pada bila-bila masa. Inilah sikap komuniti Cina yang tidak berubah untuk tempoh berdekad-dekad. Selain itu, dengan pertubuhan seperti ASEAN, peluang interaksi antara negara semakin bertambah. Pada masa yang sama, ia membawa lebih persaingan. Misi yang terdesak sekarang adalah menerokai, memelihara dan menyebarkan pendidikan tentang unsur kebudayaan Cina Malaysia. Untuk ini, peserta yang mewakili pelbagai sektor sebulat suara mencadangkan satu platform interaksi, sebagai pertubuhan yang berfungsi untuk menyelaraskan pengagihan sumber, mempromosi pendidikan, interaksi melangkaui batas kaum, mempertingkatkan profesional. Ia diberi nama sementara sebagai Jawatankuasa Kerja Seni-Budaya Persembahan Rakyat. Jawatankuasa Kerja Seni-Budaya Persembahan Rakyat yang disebut dalam kertas cadangan ini adalah satu pertubuhan yang beroperasi secara bebas dan profesional. Ia berfungsi untuk menyelaras pendidikan seni-budaya persembahan, mengkaji perundangan dan sistem pentadbiran kebudayaan, mengumpul sejarah dan maklumat situasi masa kini kumpulan seni-budaya persembahan komuniti Cina, menerokai unsur-unsur kebudayaan komuniti Cina di Malaysia yang istimewa, menyelaras sumber pengagihan antara pertubuhan yang berbeza, merangka satu halatuju pembangunan senibudaya persembahan komuniti Cina, mempertingkatkan profesional pelbagai sektor persembahan. Dikemaskini Jawatankuasa Kebudayaan dan Pendidikan KLSCAH 28 November 2016
87
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga
JAWATANKUASA MESYUARAT MEJA BULAT PENGGIAT SENI PERSEMBAHAN Perancang: Penyelaras dan Penulis: Penolong Setiausaha: Pencatat:
Lee Shok Jing Thong Meng Wei, Ng Sui Thye Soo Khai En Ang Bee Lian (Kumpulan Muzik), Soo Khai En (Kumpulan Instrumen), Vincy How (Kumpulan Tarian), Heng Hui Yi (Kumpulan Drama), Tan Wan Cheng (Kumpulan Loghat), Wong Khai Chee (Kumpulan Rakyat)
Wakil Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor: Datuk Ong Seng Khek (Presiden), Cheng Su Chean (Naib Presiden), Lee Shok Jing (Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pendidikan), Thong Meng Wei, Ng Sui Thye, Chang Siang Min (Ahli Jawatankuasa Kebudayaan dan Pendidikan) Hadirin: Muzik Ngim Tai Woei Wong Chee Wei Liu Ban Hong Yong Wen Hwang Ang Mei Foong Chow Kam Leong Tan Kai Jong Yii Kah Hoe
Instrumen Yeo Kwi Seng Chen Kham Chien Chin Cheong Hen Lim Chin Chai Tan Keng Sing
Tarian Anthony Meh Chong Woan Leng Lim Tai Sun*
Drama Goh You Ping Leong Chi Sin Alan Chooi Tan Eng Heng Liang Ka En Wong Oi Min Ho Shih Phin *
Loghat Chong Keat Aun Yong Wee Hong Lew Bon Hoi Tan Ai Boay Toh Teong Chuan
Sukan Rakyat Chin Hoong Iap Albert Fong Ng Sui Thye* Tay Keng Sin Chan Chee Ee Tan Tzu Sheng Woo Chee Heong Siow Ho Phiew* Wong Kim Swee*
* Tetamu yang tidak dapat menghadiri Mesyuarat Meja Bulat akan menyediakan cadangan bertulis.
88
ISBN 978-967-12553-7-7
9 789671 255377
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017) Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor
Kebudayaan Berakar Kepelbagaian Berbunga