KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Julai 2013)
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Julai 2013)
2
MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU Matlamat kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.
OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYU Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah, murid dapat: i.
melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;
ii.
mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;
iii.
menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;
iv.
mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera;
v.
melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan
vi.
menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Julai 2013)
3
PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Julai 2013)
4
TAFSIRAN o
Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o
Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu.
o
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi ( qualifier ) menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan standard hasil pembelajaran.
o
Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard kualiti yang dapat ditaksir dan dicapai.
o
Evidens :
o
Murid
-
Instrumen
-
Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Julai 2013)
5
TAFSIRAN BAND BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MISALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada sesuatu situasi.
2
TAHU DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukarkan bentuk komunikasi atau menterjemahkan serta menjelaskan perkara yang telah dipelajari.
1
TAHU
Murid mengetahui perkara asas, atau dapat melakukan kemahiran asas ataupun memberikan respons terhadap perkara yang asas.
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Julai 2013)
6
BAND
PERNYATAAN STANDARD
6
Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
5
Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
4
Membuat penjelasan terhadap maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
3
Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
2
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
1
Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Julai 2013)
7
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
B1: Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
Tahu
DESKRIPTOR
EVIDENS
Bersoal jawab dan menyambung bicara tentang sesuatu isu
B1 DL1 E1: Menyambung bicara tentang sesuatu isu dengan menggunakan bahasa yang sesuai
B1 DL1 :
B1 DB1: Membaca petikan daripada pelbagai bahan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai
B1 DB1 E1: Membaca petikan prosa atau puisi dengan sebutan dan intonasi yang sesuai
B1 DT1:
B1 DT1 E1:
Menulis ayat yang gramatis
Mengenal pasti ayat-ayat majmuk (Ayat Majmuk Gabungan, Ayat Majmuk Pancangan, Ayat Majmuk Campuran)
B1 DT1 E2 Menulis pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Julai 2013)
8
BAND
PERNYATAAN STANDARD
2
B2: Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
Tahu dan Faham
DESKRIPTOR
EVIDENS
Mendengar dan memberikan pendapat tentang sesuatu isu
B2 DL1 E1: Memberikan pendapat yang logik secara spontan tentang sesuatu isu yang didengar
B2 DL1:
B2 DB1: Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam petikan
B2 DB1 E1: Menyatakan maklumat yang daripada petikan yang dibaca
penting
B2 DT1:
B2 DT1 E1:
Menulis ayat-ayat dalam perenggan
Mengenal pasti serta menyusun ayat topik dan ayat huraian bagi membentuk perenggan yang lengkap
B2 DT1 E2: Menulis ayat-ayat yang telah disusun dalam perenggan yang lengkap
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Julai 2013)
9
BAND
PERNYATAAN STANDARD
3
B3: Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
Tahu, faham dan boleh buat
DESKRIPTOR
EVIDENS
B3 DL1: Berbincang untuk menerima menolak pendapat pihak lain
B3 DL1 E1: atau
B3 DB1: Membaca dan menghubungkaitkan fakta dengan pandangan sendiri
Mengemukakan pendapat yang rasional untuk menerima atau menolak pendapat pihak lain
B3 DB1 E1: Menyatakan fakta daripada bahan yang dibaca
B3 DB1 E2: Mengemukakan pandangan sendiri untuk dihubungkaitkan dengan fakta yang diperoleh
B3 DT1:
B3 DT1 E1:
Membina kerangka penulisan bukan kreatif
Membina kerangka penulisan bukan kreatif yang lengkap
B3 DT2: Memetakan jalan cerita bagi penulisan kreatif
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Julai 2013)
B3 DT2 E1: Memetakan jalan cerita (membina plot) bagi penulisan kreatif yang lengkap
10
BAND
PERNYATAAN STANDARD
4
B4: Membuat penjelasan terhadap maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
Tahu, faham, boleh buat dengan beradab
DESKRIPTOR
EVIDENS
B4 DL1:
B4 DL1 E1:
Berunding tentang secara rasional
sesuatu
perkara
Menjelaskan pendapat yang rasional secara berhemah ketika berunding
B4 DB1:
B4 DB1 E1:
Membaca dan mentafsirkan maklumat untuk membuat inferens
Membuat tafsiran terhadap bahan grafik untuk mendapatkan beberapa maklumat
B4 DB1 E2 Membuat inferens yang relevan tentang maklumat yang telah diperoleh
B4 DT1 E1:
B4 DT1: Menulis lengkap
karya
bukan
kreatif
B4 DT2: Menulis karya kreatif yang lengkap
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Julai 2013)
yang
Menulis karangan berformat atau tidak berformat dengan laras bahasa yang betul
B4 DT2 E1: Menulis cerita atau cerpen menggunakan plot yang lengkap
dengan
11
BAND
PERNYATAAN STANDARD
5
B5: Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
Tahu, faham, boleh buat dengan beradab terpuji
DESKRIPTOR B5 DL1: Meneliti pelbagai pendapat dan membuat inferens yang sesuai dengan mengemukakan alasan yang rasional
EVIDENS B5 DL1 E1 Membuat inferens yang sesuai terhadap pelbagai pendapat yang dikemukakan
B5 DL1 E2 Menjelaskan alasan yang munasabah terhadap inferens yang telah dibuat secara bertatasusila
B5 DB1:
B5 DB 1 E1:
Membaca pelbagai bahan dan membuat ulasan dengan alasan yang kukuh
Membuat ulasan secara umum (idea, bahasa dan pengolahan) tentang karya bukan kreatif yang dibaca dengan mengemukakan contoh yang relevan
B5 DB 1 E2: Membuat ulasan tentang aspek kajian sastera dalam karya kreatif yang dibaca dengan mengemukakan contoh yang relevan
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Julai 2013)
12
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
B5 DT1:
B5 DT1 E1:
Menghasilkan pelbagai jenis karya kreatif dan bukan kreatif yang baik dan menarik
Menghasilkan karangan berformat dan tidak berformat dengan gaya penulisan yang baik (idea relevan, pengolahan menarik, bahasa lancar)
B5 DT1 E2 Menghasilkan 2 jenis puisi yang mempunyai ciri-ciri puisi yang menarik (tema, nilai, gaya bahasa)
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Julai 2013)
13
BAND
PERNYATAAN STANDARD
6
B6: Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis secara kritis dan beradab untuk mempengaruhi pihak lain..
Tahu, faham, boleh buat dengan beradab misali.
DESKRIPTOR
EVIDENS
B6 DL1:
B6 DL1 E1:
Menilai kekuatan dan kelemahan idea yang dikemukakan
Menilai kekuatan dan kelemahan idea yang dikemukakan dengan alasan yang kukuh
B6 DL1 E2: Menggunakan ungkapan dan gaya pengucapan (sebutan, kefasihan, intonasi dan nada) yang betul dan dapat meyakinkan pihak lain
B6 DB1:
B6 DB 1 E1:
Membaca dan menilai keseluruhan bahan kreatif dan bukan kreatif
Menilai aspek kekuatan dan kelemahan (idea, bahasa dan pengolahan) dua bahan bukan kreatif yang dibaca dengan mengemukakan alasan yang munasabah
B6 DB 1 E2: Menilai aspek kekuatan dan kelemahan (aspek kajian sastera) dua bahan kreatif yang dibaca dengan mengemukakan alasan yang munasabah
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Julai 2013)
14
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
B6 DT1:
B6 DT1 E1:
Memurnikan karya kreatif dan bukan kreatif
Memurnikan penulisan bukan kreatif dari aspek idea dan tatabahasa sehingga boleh dijadikan contoh
B6 DT1 E2: Memurnikan penulisan kreatif dari aspek ciri-ciri dan gaya bahasa sehingga boleh dijadikan contoh
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Julai 2013)
15