KP (PP) 0137/47 (2))
KEMENT TERIAN PELAJARA P AN MALA AYSIA ______________________________________ ______ PEKELILING PERKHIDM P MATAN KEMENTE K ERIAN PEL LAJARAN N MALAYS SIA B BILANGA AN 1 TAHU UN 2011
__________________________________________ BAYARA AN INSEN NTIF TAWA ARAN BA ARU DI BA AWAH BID DANG KEBE ERHASILA AN UTAM MA NEGAR RA (NKRA A) PENDID DIKAN DI SEKOLAH HSEKO OLAH KE EMENTER RIAN PELA AJARAN MALAYSI M IA
TUJUAN N
1.
Pekeliling Perkhidmatann ini bertujjuan untuk menggariskkan pelaksaanaan pembberian
Bayaran Insentif Taw waran Baru (BITB) ( kepaada Pengetuua, Guru Bessar dan guru-guru di sekkolahK n Pelajaran Malaysia. M sekolah Kementerian
NG LATAR BELAKAN
2.
gan pelaksanaan NKR RA Pendiddikan iaitu Meluaskann Akses Keepada Selaras deng
t emppat (4) sub-N NKRA Penddidikan dan salah Pendidikkan Berkualitti dan Berkeemampuan, terdapat satu sub-NKRA Pen ndidikan terrsebut adalaah untuk meengadakan Tawaran T Baaru (New Deals) D kepada Pengetua P daan Guru Bessar berdasarrkan Penilaiian Berasaskkan Pencapaaian yang dibuat d melalui Bai’ah B atau Kontrak K Perjjanjian.
3.
Sub-NKRA Tawaran T Baaru ini diperkkenalkan baagi menunjuukkan pengikktirafan Kerrajaan
ke atas kepentingaan peranann dan tangggungjawab Pengetua dan Guruu Besar dalam d membanggunkan mod dal insan minda m kelas pertama dem mi mencapaai matlamat Wawasan 2020. 2
1
Tawaran Baru ini juga bertujuan untuk mewujudkan iklim persaingan sihat dalam kalangan Pengetua, Guru Besar dan guru-guru untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah.
TAFSIRAN
4.
Tawaran Baru merupakan suatu usaha baru Kerajaan bagi memberi insentif kewangan
kepada Pengetua dan Guru Besar yang menunjukkan peningkatan pencapaian yang cemerlang melebihi sasaran yang ditetapkan berdasarkan kepada Penilaian Berasaskan Pencapaian (Performance Based Assessment).
5.
Kontrak Perjanjian merupakan satu persetujuan yang dibuat antara Pengetua atau Guru
Besar dengan Kerajaan (Kementerian Pelajaran Malaysia) dalam memastikan peningkatan prestasi sekolah-sekolah di bawah KPM. Pengenalan Kontrak Perjanjian ini adalah supaya setiap Pengetua dan Guru Besar menyedari kepentingan dan tanggungjawab mereka dalam memajukan dan meningkatkan prestasi sekolah. Kontrak Perjanjian ini perlu diperbaharui setiap tahun supaya setiap Pengetua dan Guru Besar mengetahui sasaran yang ditetapkan dan berusaha untuk mencapainya.
6.
Jawatankuasa Induk BITB bermaksud Jawatankuasa Tawaran Baru kepada
Pengetua dan Guru Besar yang mempunyai ahli-ahli dan terma rujukan seperti ditetapkan di para 13.1 dan 13.2 Pekeliling Perkhidmatan ini. 7.
Jawatankuasa BITB Guru bermaksud Jawatankuasa Tawaran Baru kepada guru-
guru yang mempunyai ahli-ahli dan terma rujukan seperti ditetapkan di para 13.3, 13.4 dan 13.5 Pekeliling Perkhidmatan ini.
2
PELAKSANAAN
Syarat dan Kelayakan
8.
BITB layak diberi kepada Pengetua dan Guru Besar yang memenuhi syarat-syarat
berikut:
8.1.
pegawai bertaraf tetap dan kontrak (contract of service);
8.2.
melepasi sasaran yang ditetapkan (Exceed Target) atau menunjukkan lonjakan kecemerlangan berdasarkan Kontrak Perjanjian yang telah ditetapkan;
8.3.
berkhidmat genap enam (6) bulan atau lebih di sekolah yang melayakkannya menerima BITB pada tahun penilaian;
8.4.
markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 90%;
8.5.
mendapat Laporan Audit Tanpa Teguran pada tahun penilaian;
8.6.
pencapaian Literasi dan Numerasi (LINUS) seperti yang ditetapkan pada tahun penilaian (khusus untuk Sekolah Rendah);
9.
8.7.
bebas daripada tindakan tatatertib pada tahun penilaian; dan
8.8.
diluluskan oleh Jawatankuasa Induk BITB.
Guru-guru di sekolah yang melayakkan Pengetua atau Guru Besar menerima BITB layak
diberikan BITB sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:
9.1.
pegawai bertaraf tetap, sementara dan kontrak (contract of service);
9.2.
berkhidmat genap enam (6) bulan atau lebih pada tahun penilaian;
9.3.
berada dalam kedudukan 95% daripada guru-guru di sekolah yang mempunyai markah LNPT tertinggi mengikut susunan merit;
9.4.
LNPT dinilai oleh Pegawai Penilai di sekolah yang melayakkan Pengetua atau Guru Besar menerima BITB;
9.5.
bebas daripada tindakan tatatertib pada tahun penilaian; dan
9.6.
diluluskan oleh Jawatankuasa BITB Guru.
3
Pengetua atau Guru Besar dan Guru-guru Yang Tidak Layak
10.
Pengetua atau Guru Besar dan guru-guru yang tidak layak dibayar BITB adalah seperti
berikut:
10.1.
Pengetua atau Guru Besar dan guru-guru lantikan contract for service, sandaran dan sambilan;
10.2.
Pengetua atau Guru Besar dan guru-guru yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam atau demi kepentingan perkhidmatan awam dalam tahun penilaian; dan
10.3.
Pengetua atau Guru Besar dan guru-guru yang telah dikenakan hukuman tatatertib atau masih dalam siasatan Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tahun penilaian.
Pengetua atau Guru Besar dan Guru-guru Yang Ditangguhkan Pemberian BITB
11.
Pengetua atau Guru Besar dan guru-guru yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat
pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib, ditangguhkan pemberian BITB. Pengetua atau Guru Besar dan guru-guru hanya layak sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.
Kadar
12. Bil. 1. 2.
3.
BITB akan dibayar mengikut kadar seperti berikut: Penerima Pengetua atau Guru Besar yang diluluskan oleh Jawatankuasa Induk BITB. 5% daripada jumlah guru di sekolah yang mencapai markah LNPT tertinggi (di sekolah yang melayakkan Pengetua atau Guru Besar menerima BITB) dan diluluskan oleh Jawatankuasa BITB Guru. 90% daripada jumlah guru di sekolah yang mencapai markah LNPT tertinggi berikutnya yang diluluskan oleh Jawatankuasa BITB Guru.
4
Kadar (RM) 7,500.00 1,800.00
900.00
Mekanisme Pelaksanaan Dan Pentadbiran 13.
Bagi tujuan pelaksanaan dan pentadbiran pembayaran BITB ini, dua (2) jawatankuasa
telah diwujudkan seperti berikut:
13.1.
Jawatankuasa Induk BITB
(i).
Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(ii).
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
(iii).
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan)
(iv).
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan)
(v).
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan)
(vi).
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan)
(vii).
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
(viii). Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (ix).
Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
(x).
Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan
(xi).
Ketua Akauntan Bahagian Akaun
(xii).
Setiausaha Bahagian Bahagian Audit Dalam
(xiii). Setiausaha Bahagian Bahagian Audit Sekolah
5
- Pengerusi bersama
(xiv). Ketua Unit NKRA Urus setia: Unit NKRA 13.2.
Terma Rujukan Jawatankuasa Induk BITB
(i).
mempertimbang dan meluluskan senarai nama Pengetua dan Guru Besar yang layak menerima BITB;
(ii).
mempertimbangkan hal-hal yang berkaitan dengan dasar dan pelaksanaan BITB;
(iii).
kehadiran ahli mesyuarat hendaklah sekurang-kurangnya dua per tiga daripada jumlah keahlian jawatankuasa; dan
(iv).
bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun atau mengikut keperluan.
13.3.
Jawatankuasa BITB Guru (sekolah harian)
(i).
Pegawai Pelajaran Daerah
(ii).
Pengetua atau Guru Besar
- Pengerusi
Urus setia: Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
13.4.
Jawatankuasa BITB Guru (sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Bahagian)
(i).
Pengarah Bahagian
- Pengerusi
(ii).
Pengetua atau Guru Besar Urus setia: Bahagian-bahagian berkenaan.
13.5.
Terma Rujukan Jawatankuasa BITB Guru
(i).
mempertimbang dan meluluskan senarai nama guru-guru yang layak menerima BITB;
6
(ii).
kehadiran ahli mesyuarat hendaklah sekurang-kurangnya dua per tiga daripada jumlah keahlian jawatankuasa; dan
(iii).
bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun atau mengikut keperluan.
KAEDAH PEMBAYARAN
14.
15.
Perkiraan kadar pemberian BITB bagi Pengetua dan Guru Besar adalah seperti berikut:
14.1.
tidak layak BITB sekiranya berkhidmat kurang daripada enam (6) bulan;
14.2.
layak BITB pada kadar separuh sekiranya berkhidmat genap enam (6) bulan; dan
14.3.
layak BITB pada kadar penuh sekiranya berkhidmat melebihi enam (6) bulan.
Bagi Guru Penolong Kanan yang diarah menanggung kerja jawatan Pengetua atau Guru
Besar bagi tempoh genap enam (6) bulan atau lebih di sekolah yang layak menerima BITB, perkiraan kadar BITB adalah seperti di para 14.2 dan 14.3 di atas mengikut kadar BITB untuk Pengetua dan Guru Besar.
16.
Guru-guru di sekolah yang melayakkan Pengetua atau Guru Besar menerima BITB hanya
boleh menerima satu BITB sahaja di sekolah terakhir guru berkhidmat. 17.
Pengetua atau Guru Besar dan guru-guru yang bersara/ meninggal dunia/ letak jawatan/
tamat perkhidmatan/ tamat kontrak yang memenuhi syarat di para 8.1 hingga 8.8 (bagi Pengetua atau Guru Besar) atau para 9.1 hingga 9.6 (bagi guru-guru), perkiraan BITB adalah seperti di para 14.2 dan 14.3 di atas. 18.
Pegawai yang mengambil cuti tanpa gaji/ dipinjamkan ke agensi lain tetapi tidak
sepanjang tahun dalam tahun penilaian yang memenuhi syarat di para 8.1 hingga 8.8 (bagi Pengetua atau Guru Besar) atau para 9.1 hingga 9.6 (bagi guru-guru), perkiraan BITB adalah seperti di para 14.2 dan 14.3 di atas.
7
Edaran Luar: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Blok C1-C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan Aras 3, Blok Selatan, Kompleks Kementerian Kewangan No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 PUTRAJAYA Akauntan Negara Malaysia Jabatan Akauntan Negara Kompleks Kementerian Kewangan No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2 62595 PUTRAJAYA Ketua Audit Negara Jabatan Audit Negara Malaysia Pejabat Ketua Audit Negara Aras 9, Blok D2, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62518 PUTRAJAYA
“1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
9