KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan Negara & Objektif Kementerian Pendidikan 4 Visi dan Misi Sekolah 5 Ikrar Pelajar 6 Ucapan 7 Takrif Disiplin & Tujuan 9 Bab A : Peraturan Datang dan Pulang dari Sekolah 10 Perkara 1 : Datang Perkara 2 : Menghadiri Kelas Tambahan atau Gerak Kerja Kokurikulum Perkara 3 : Kenderaan (Basikal atau Motosikal) Perkara 4 : Pulang Bab B : Peraturan Persekolahan 12 Perkara 1 : Masa Persekolahan Perkara 2 : Perhimpunan Perkara 3 : Di dalam bilik darjah Perkara 4 : Peraturan waktu rehat Perkara 5 : Peraturan membeli di kantin Perkara 6 : Kantin Perkara 7 : Peraturan penggunaan bilik air Perkara 8 : Tandas Perkara 9 : Kebersihan Perkara 10 : Peraturan Pelajar dan Guru Bab C: Peraturan Pakaian 16 Perkara 1 : Pakaian Seragam (Lelaki) Perkara 2 : Pakaian Seragam (Perempuan) Perkara 3 : Tudung / Telekung Mini Perkara 4 : Kasut dan sarung kaki Perkara 5 : Rambut, Misai, Janggut, Kuku Perkara 6 : Barangan Kemas / Solekan
1
Perkara 7 : Peraturan Cermin Mata dan Jam Tangan Bab D: Buku Teks Pinjaman (SPBT) Bab E: Sistem Markah Salah Laku Bab F: Peraturan Am Bab G: Tegahan Khas Bab H: Peraturan Tambahan Perkara 1 : Pergerakan, tingkahlaku dan Pergaulan di Sekolah Perkara 2 : Pembawaan Barangan Larangan Bab I: Tugas Khas Perkara 1 : Pengawas Perkara 2 : Ketua Darjah atau Penolong Ketua Darjah Bab J: Hukuman Lampiran 1,2,3 & 4 Akuan Ibu Bapa / Penjaga
2
22 22 27 32 34
36
37 69 74
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta suatu yang adil diamana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisitradisi kebuduyaan yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami, untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
3
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA PENDIDIKAN di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, negara dan masyarakat.
OBJEKTIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersepadu Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
4
VISI SMCC SMJK Chung Cheng akan menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum bagi melahirkan pelajar-pelajar yang bersahsiah tinggi, berilmu, berketrampilan dan mahir berfikir.
MISI SMCC Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi pelajar. Meningkatkan pencapaian akademik ke tahap yang cemerlang melalui proses P & P yang berkualiti dan berkesan. Membimbing pelajar-pelajar ke arah pencapaian yang cemerlang dalam penguasaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Meningkatkan kemahiran penggunaan Teknologi Maklumat ( ICT ) dalam kalangan staf dan pelajar. Membina sahsiah pelajar melalui pelbagai program bina insan dan kokurikulum.
5
Ikrar Pelajar Bagi menjamin dan memastikan sekolah ini dapat menuju ke arah kecemerlangan dan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara, kami pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Cheng Kota Bharu, berikrar akan Mematuhi Prinsip-prinsip Rukun Negara Sentiasa menjaga nama baik sekolah, guruguru dan ibu bapa kami Sentiasa patuh kepada peraturan-peraturan sekolah untuk menjadi pelajar-pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab Sentiasa menghormati guru-guru dan rakan tanpa mengira kaum dan agama Sentiasa berkelakuan baik dan berakhlak mulia Sentiasa bersikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum Sentiasa bekerjasama dengan guru-guru dan mengamalkan sikap untuk menjaga kebersihan dan harta benda sekolah
6
PENDAHULUAN Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya Buku Peraturan Disiplin sekolah dapat disiap dan diterbitkan hasil pemurnian Buku Peraturan Disiplin Sekolah oleh AJK Badan Disiplin. Diharapkan buku ini dapat menjadi panduan kepada anak-anak kita, ibu bapa atau penjaga, guru-guru serta mereka yang terlibat dalam usaha meningkatkan mutu disiplin sekolah.. Anak-anak hendaklah sentiasa disedarkan akan undang-undang dan peraturan. Ibu bapa pula boleh membantu dengan meminta anak-anak mematuhi segala peraturan, sementara guru-guru boleh bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Semoga usaha yang murni ini akan diberkati Allah jua. Sekian, terima kasih.
Hj.Abd.Rashid Che Abd.Rahman PK.HEM, SMJK Chung Cheng, Kota Bharu
7
KATA ALU- ALUAN Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Peraturan Disiplin Sekolah kurang telah berjaya mengemaskini Buku Peraturan Disiplin Sekolah untuk kegunaan guru-guru, ibu bapa / penjaga dan para pelajar SMJK Chung Cheng. Sekolah adalah institusi pendidikan yang berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, berwawasan, berakhlak mulia serta berdaya saing. Para pelajar merupakan modal insan negara dan pembangunan potensi pelajar harus dibuat secara menyeluruh untuk mengembangkan minda, kemahiran berfikir dan pembentukan sahsiah pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, usaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi harus diutamakan. Diharap buku ini dapat menjadi panduan yang berguna kepada guru-guru, ibu bapa / penjaga serta pelajar-pelajar memahami setiap aspek peraturan sekolah dan seterusnya mempertingkatkan mutu disiplin dalam kalangan pelajarpelajar sekolah ini. Sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya para ibu bapa / penjaga, guru-guru dan pelajar amat diperlukan supaya kita dapat membentuk pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia dan cemerlang dalam pelajaran “ DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN “
TEO SOON SENG Pengetua SMJK Chang Cheng Kota Bharu, Kelantan
8
TAKRIF DISIPLIN Disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok atau kumpulan masyarakat bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan hidup bermasyarakat. Ia juga adalah cara berfikir yang teratur untuk melahirkan sifat rasional, kenyakinan diri dan ketabahan hati seseorang. Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran, Disiplin ialah :a)
Kesanggupan individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerenahan sendiri. b) Kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib. c) Kesanggupan menghormati hak individu yang lain. d) Kesanggupan mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak menggangu kepentingan orang lain. e) Kesanggupan hormat-menghornati antara satu sama lain. f) Mempunyai semangat tolong-menolong dan sanggup membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat. TUJUAN Supaya dapat melahirkan individu yang bertanggungjawab, ( sama ada kepada diri, ibu bapa, masyarakat, agama, bangsa dan negara ) menjadi insan yang sempurna, berilmu ( dan dapat menggunakan ilmu yang ada untuk diri dan orang lain ) serta berpandangan positif. Ini penting sebagai memenuhi hasrat bangsa, agama dan negara yang inginkan rakyatnya sempurna. Oleh itu sekolah sebagai agen pendidikan tentunya memikul tugas yang mencabar ini.
9
PINDAAN 3(95) BAB A : PERATURAN DATANG DAN PULANG DARI SEKOLAH Perkara 1: DATANG 1.1
1.2
1.3
1.4
Pelajar-pelalar datang pada hari persekolahan dan mengikut waktu yang ditetapkan kecuali dengan sebab tertentu dan munasabah. Pelajar yang tidak hadir mestilah memberitahu kepada guru tingkatan atau Pengetua dengan cara menghantar surat akuan sakit atau surat yang ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga atau datang sendiri dengan membawa surat pohon cuti yang ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga Jika pelajar tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau 3 hari dalam seminggu atau banyak hari tidak hadir tanpa sebarang sebab atau alasan, guru tingkatan akan menghubungi ibu bapa atau penjaga melalui surat peringatan sehingga 3 kali ulangan, dan jika pelajar tersebut masih tidak hadir maka pelajar tersebut akan diberhentikan persekolahannya. Pelajar tidak dibenarkan datang lewat dari waktu yang telah ditetapkan (sila rujuk Bab B Perkara 1). Jika datang lewat tanpa alasan yang munasabah akan dikenakan tindakan disiplin.
Perkara 2: MENGHADIRI KELAS TAMBAHAN ATAU GERAK KERJA KOKURIKULUM 2.1 2.2
Pelajar-pelajar diwajibkan menghadiri kelas-kelas tambahan atau gerakerja kokurikulum yang diadakan. Hendaklah datang dengan berpakaian sekolah atau pakaian beruniform atau pakaian sukan mengikut mana yang sesuai atau mengikut arahan guru.
10
2.3
Patuhi arahan guru yang mengendalikan kelas tambahan atau gerakerja kokurikulum.
Perkara 3: KENDERAAN (Basikal & Motosikal) 3.1 3.2 3.3
3.4 3.5
3.6
3.7
Basikal dan motosikal hendaklah disimpan di tempat yang disediakan. Motosikal dan basikal hendaklah berkunci. Tidak dibenarkan meletak atau meyimpan kenderaan mereka di luar kawasan sekolah. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab jika kenderaan tersebut hilang atau dicuri atau sebagainya. Hendaklah mematuhi PERATURAN LALU/ LINTAS sama seperti kenderaan lain juga. Pelajar-pelajar yang berbasikal atau bermotosikal ke sekolah hendaklah memastikan basikal atau motosikal yang diguna lengkap dan sah di sisi undang-undang lalu/ lintas. Pengguna motosikal mesti mempunyai lesen memandu dan topi keledar. Setiap pengguna basikal atau motosikal hendaklah turun apabila sampai di pintu pagar sekolah dan menolaknya masuk sampai ke tempat letak basikal atau motosikal yang ditetapkan. Penggunaan motosikal pada waktu petang mestilah mematuhi had laju yang ditetapkan iaitu tidak melebihi 5Km/j.
Perkara 4: PULANG 4.1 Sila angkat kerusi dan letakkan di atas meja apabila loceng akhir berbunyi, kemudian beratur di luar kelas dalam keadaan senyap. 4.2 Pelajar-pelajar hendaklah berjalan pulang dalam keadaan berbaris hingga ke pintu pagar sekolah/ tempat basikal / motosikal. 4.3 Sentiasa patuhi peraturan lalu/ lintas di jalan raya. 4.4 Ketua kelas mesti mengunci pintu kelas sewaktu pulang.
11
BAB B PERATURAN PERSEKOLAHAN Perkara 1 : MASA PERSEKOLAHAN (TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN ) 1.1
1.2
Pelajar-pelajar mestilah berada di sekolah sebelum 7.25 pagi dan berbaris di hadapan bilik darjah masingmasing. Masa pulang mengikut jadual persekolahan.
Perkara 2: PERHIMPUNAN 2.1
2.2
2.3 2.4 2.5
Pelajar-pelajar mesti beratur di luar bilik darjah masing-masing pada jam 7.25 pagi menunggu arahan pengawas-pengawas bertugas untuk berbaris ke tempat perhimpunan. Semasa menyanyi lagu-lagu rasmi, pelajar mesti menyanyi dengan penuh semangat dan menunjukkan cinta kepada sekolah dan negara. Semasa Pengetua atau Guru-guru berucap, pelajar dikehendaki menumpukan perhatian sepenuhnya. Selepas perhimpunan, pelajar mestilah beredar dengan teratur mengikut arahan pengawas-pengawas bertugas. Semua pelajar diwajibkan menghadiri perhimpunan sekolah dan andainya terpaksa berada di dalam kelas (kerana sakit) pelajar berkenaan mesti memberitahu guru bertugas.
Perkara 3: DI DALAM BILIK DARJAH 3.1
Sila berdiri dengan perintah Ketua atau Penolong Ketua Darjah apabila guru atau mana-mana guru atau pegawai pendidikan atau mana-mana orang yang difikirkan perlu untuk berbuat demikian dan mengucapkan salam atau selamat pagi atau sebagainya.
12
3.2 3.3
3.4
3.5 3.6 3.7 3.8
Pelajar hendaklah mematuhi arahan guru atau Ketua Darjah atau Pengawas. Sila ikuti arahan guru dalam kelas atau mana-mana tempat yang dianggap kelas dengan tekun dan penuh minat. Mana-mana pelajar yang engkar atau mengejek atau melakukan perbuatan yang mengganggu pengajaran guru atau menyakiti hati guru adalah satu kesalahan berat dan boleh dikenakan hukuman sewajarnya. Sentiasa mengurus dan menjaga kebersihan bilik darjah dan keselamatan alat-alat dan perabot dalam bilik darjah. Tidak dibenarkan makan minum di dalam bilik darjah. Jangan bising sama ada guru berada atau tidak berada di dalam kelas. Sentiasa berkelakuan sopan antara pelajar lelaki dan perempuan. Apabila keluar dari bilik darjah, pelajar mesti mendapat kebenaran guru dan mesti memakai
vest. 3.9
3.10 3.11 3.12
3.13 3.14
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menukarkan kerusi dan meja. Mereka adalah bertanggungjawab bagi menjaganya supaya tidak rosak dan sentiasa bersih. Tulisan-tulisan di papan hijau atau putih mestilah dipadam sebelum guru lain masuk ke dalam kelas. Pelajar-pelajar hendaklah duduk di tempat yang ditetapkan oleh guru. Jimatkan penggunaan elektrik. Suis lampu dan kipas hendaklah sentiasa ditutup jika tidak ada pelajar dalam kelas. Mana-mana pelajar yang merosakkan harta benda di dalam kelas dikehendaki membuat ganti rugi. Jangan tinggalkan barang-barang berharga di dalam kelas seperti wang dan sebagainya semasa waktu rehat, PJ, Pelajaran Sains di makmal.
13
Perkara 4: PERATURAN WAKTU REHAT 4.1 4.2 4.3 4.4
Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah. Dilarang berada dalam bilik darjah. Dilarang bermain permainan (sukan) di gelanggang atau stadium. Pelajar hanya boleh berada di kantin, stadium mini dan kawasan yang dibenarkan oleh pihak sekolah sahaja.
Perkara 5: PERATURAN MEMBELI DI KANTIN 5.1 5.2 5.3 5.4
Jangan berebut-rebut dan jangan berbuat bising. Membeli hanya di tempat yang dikhaskan. Hendaklah makan di tempat yang disediakan dan bertertib. Bungkusan, kulit makanan atau sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Pinggan, cawan dan sudu yang digunakan hendaklah diletakkan di atas meja atau ke dalam bekas yang disediakan.
Perkara 6: KANTIN 6.1
6.2 6.3
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan kantin sepanjang masa persekolahan (termasuk selepas Pendidikan Jasmani ) kecuali pada masa rehat rasmi sahaja. Minuman dan makanan dari kantin dilarang bawa ke bilik darjah. Pelajar-pelajar ditegah masuk ke dalam bilik kantin untuk membeli makanan. Jangan bersikap kasar dengan pekerja-pekerja kantin. JANGAN MENCURI makanan di kantin. Bayar setiap makanan yang diambil.
14
Perkara 7: PERATURAN PENGGUNAAN BILIK AIR 7.1 7.2 7.3 7.4
7.5 7.6 7.7
Pelajar lelaki dan perempuan menggunakan bilik air yang berasingan. Tinggalkan bilik air dalam keadaan bersih dan paip air tertutup. Gunakan segala kelengkapan bilik air dengan cermat. Jangan menconteng mana-mana bahagian bilik air. Jangan jadikan bilik air sebagai tempat ponteng atau sebagainya. Pelajar dilarang menggunakan bilik air guru. Pelajar diwajibkan menulis nama di buku yang disediakan di luar bilik air. Pelajar dikehendaki memakai selipar semasa masuk ke bilik air.
Perkara 8: TANDAS 8.1 8.2
8.3
Menjaga kebersihan tandas adalah tanggungjawab bersama semua pelajar. Semua jenis tisu atau pembalut gula-gula atau sebarang benda yang boleh menyebabkan saluran paip air tersekat tidak dibenarkan membuangkannya ke dalam sinki. Hanya pada masa rehat atau selepas Pendidikan Jasmani (dengan tujuan menyalin pakaian) sahaja pelajar-pelajar dibenarkan menggunakan tandas. Pada masa belajar, pelajar mesti mendapat kebenaran guru dan memakai vest.
Perkara 9: KEBERSIHAN 9.1 9.2
Semua pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah dan sekitar kawasan sekolah. Setiap pelajar dikehendaki menjalankan tugas membersihkan bilik darjah mengikut Jadual Giliran
15
9.3
9.4 9.5 9.6 9.7
Bertugas yang ditetapkan, dan kerja membersih mesti selesai SEBELUM loceng masa pertama dibunyikan. Tong sampah khas mesti dialaskan dengan beg plastik hitam yang disediakan dan beg plastik ini mesti dibuang dan digantikan dengan yang baru sebelum masa pertama juga. Laci meja setiap pelajar mesti sentiasa bersih daripada sampah. Tong-tong sampah di kawasan sekolah mesti digunakan untuk membuang sampah. Jangan meludah di merata-rata tempat. Jangan melukis atau menconteng di atas mana-mana meja, dinding, di dalam tandas dan di bangunan sekolah.
Perkara 10: PERATURAN PELAJAR DENGAN GURU 10.1 Sentiasa mematuhi segala arahan, teguran atau perintah guru. 10.2 Apabila berjumpa guru, sila beri salam atau ucap selamat. 10.3 Berdiri tegak, tangan ke bawah bila bercakap dengan guru. 10.4 Sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa. 10.5 Tanamlah sikap suka membantu guru apabila diperlukan.
BAB C PERATURAN PAKAIAN 1.1 Baju 1.1.1 Baju kemeja putih berlengan pendek dengan satu poket yang tidak bertudung di sebelah kiri, berlencana sekolah (jenis kain di bahagian atas poket) dan memakai tag nama. 1.1.2 Kaki baju mestilah dimasukkan ke dalam seluar sepanjang masa.
16
1.1.3
Butang baju perlu dikancing sehingga butang kedua sepanjang waktu persekolahan. 1.1.4 Hanya singlet atau kemeja -T putih berlengan pendek ( tidak berkolar dan tanpa corak ) dibenarkan dipakai di dalam kemeja sekolah. 1.1.5 Baju kemeja yang terlalu ketat adalah dilarang. Segala bentuk peralatan perhiasan tidak boleh dilekatkan pada pakaian sekolah. 1.2 Seluar 1.2.1. Seluar pendek atau panjang berwarna hijau kehitam-hitaman (dari olive) yang tidak terlalu ketat atau terlalu besar bersesuaian dengan tubuh badan. 1.2.2 Ukuran seluar panjang di pergelangan kaki mestilah di antara 41cm-46cm keliling iaitu 20cm-23cm ukuran lintang dan panjangnya tidak mencecah lantai tetapi menutupi buku lali/mata kaki (ankle). 1.2.3. Jenis seluar “Jean” atau yang berfesyen dilarang sama sekali. 1.2.4 Pinggang seluar mesti berada di lilitan paras pusat dan jangan dilondehkan 1.2.5 Pelajar lelaki Tingkatan Peralihan ,Satu dan Dua mesti memakai seluar pendek kecuali pelajar beragama Islam dibenarkan memakai seluar panjang.
1.3 Tali Pinggang 1.3.1 Tali pinggang yang berwarna hitam atau coklat, saiz tidak melebihi 2.5 cm lebar dengan kepala yang tidak berhias. Ukuran panjang sesuai dan kemas sahaja dibenarkan.
17
1.4 Pakaian Pendidikan Jasmani dan Sukan 1.4.1 Singlet atau baju T bercop SMJK Chung Cheng atau yang berwarna putih keseluruhan sahaja boleh dipakai semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani.Baju T berwarna –warni berunsur iklan tidak dibenarkan. Seluar mestilah samada biru, hitam, atau putih sahaja. 1.4.2 Semasa menghadiri kegiatan kokurikulum, pelajarpelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah, mana-mana baju T yang bercop SMJK Chung Cheng atau pakaian kegiatan berkenaan.Baju T yang berunsur iklan tidak dibenarkan langsung.
Perkara 2: PAKAIAN SERAGAM (PEREMPUAN) 2.1
Blouse berwarna putih dan pinafore berwarna biru“turquoise” dengan lencana sekolah (jenis kain ) di sebelah kiri dan memakai tag nama. Labuh pinafore hendaklah sampai ke lutut.
2.2
Pelajar-pelajar perempuan beragama Islam mestilah memakai baju kurung jenis kain biasa,labuh ke paras lutut mengikut potongan tradisional, leher teluk belanga,. Potongan selain daripada ini tidak boleh digunakan. Kain tudung kepala mestilah berwarna putih, berbentuk segitiga kaki sama dan berukuran sesuai.
2.3
Baju kurung yang berkain jarang, nipis , berjalur atau berkilat tidak dibenarkan.
2.4
Lengan baju tidak boleh dilipat kecuali di makmal dan bengkel.
2.5 “Camisole” dan anak baju perlulah berwarna putih atau berwarna kulit (skin colour ) dan perlu dipakai.
18
2.6
Kain sarung perlulah dipakai kemas, disusun tepi dan tidak melebihi paras buku lali.
2.7
Pakaian Pendidikan Jasmani dan Sukan 2.7.1 Baju T bercop SMJK Chung Cheng atau berwarna putih keseluruhan sahaja dan seluar pendek atau “Track Bottom” yang berwarna gelap mesti dipakai pakaian yang berunsur iklan tidak dibenarkan. 2.7.2 Pelajar perempuan beragama Islam mestilah memakai “Track Bottom” panjang berwarna gelap dan T shirt berlengan panjang. Stokin Tangan hendaklah dipakai jika T Shirt yang dipakai oleh pelajar tersebut berlengan pendek. 2.7.3 Semasa menghadiri kegiatan-kegiatan Ko Kurikulum (Perkara Bab C, Perkara 1 No. 1.7 ) di atas juga dikenakan ke atas pelajar-pelajar perempuan.
Perkara 3 : TUDUNG /TELEKUNG MINI 3.1
3.2 3.3 3.4
Pelajar perempuan Islam mesti memakai tudung /telekung mini putih dan labuhnya menutupi rambut, dada dan belakang. Tudung dan telekung mini hendaklah tidak berbunga dan berfesyen. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang bentuk pin pada telekung mini/tudung. Anak tudung penuh berwarna hitam atau putih mesti dipakai.
19
Perkara 4: KASUT DAN SARUNG KAKI 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6
4.7
Semua pelajar mesti berkasut putih sahaja. Jenis “zapon” dibenarkan. Sebarang warna lain dan lukisan atau garisan berwarna (hitam / biru dll) pada kasut dilarang. Tali kasut yang berwarna-warni juga dilarang. Kasut buatan kulit dilarang sama sekali. Kasut yang dipakai mesti sentiasa dalam keadaan bersih dan diikat dalam keadaan biasa dengan kemas. Sarung kaki berwarna putih keseluruhan jenis biasa mesti dipakai oleh semua pelajar. Panjangnya mesti melebihi 8 cm di atas buku lali / mata kaki (angkle). Kasut pengawas tertakluk kepada Lembaga Disiplin.
Perkara 5: RAMBUT, MISAI , JANGGUT, KUKU 5.1
Rambut ( Lelaki ). 5.1.1 Rambut pelajar lelaki hendaklah sentiasa pendek (crew-cut no. 2). 5.1.2 Rambut berwarna (diwarnakan) tidak dibenarkan. 5.1.3 Tidak dibenarkan bermisai atau berjanggut. 5.1.4 Semua jenis jel atau sebarang bahan yang berfungsi seperti jel tidak dibenarkan.
5.2
Rambut (Perempuan) 5.2.1 Rambut pelajar perempuan hendaklah pendek dan tidak mencecah bahu. 5.2.2 Rambut berfesyen atau dikerinting tidak dibenarkan. 5.2.3 Rambut diwarnakan tidak dibenar. 5.2.4 Pin rambut yang bersaiz kecil dan berwarna hitam sahaja dibenarkan.
20
5.3
Kuku 5.3.1 Kuku pelajar lelaki dan perempuan hendaklah sentiasa pendek dan bersih. 5.3.2 Sebarang inai kuku tidak dibenarkan.
Perkara 6: BARANG KEMAS / SOLEKAN 6.1
6.2 6.3
Semua pelajar dilarang memakai barang kemas dan perhiasan diri seperti cincin, gelang tangan, gelang kaki, rantai leher dan anting-anting. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan bersolek. Pelajar yang memakai azimat atau sebagainya dengan tujuan melindungi diri dibenarkan dengan syarat ia tidak terdedah (tersembunyi dalam pakaian ).
Perkara 7: PERATURAN PEMAKAIAN CERMIN MATA DAN JAM TANGAN 7.1
Peraturan Pemakaian cermin mata 7.1.1 Semua pelajar tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berfesyen. 7.2 Saiz bingkai cermin mata dan warna cermin perlu mematuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut : 7.2.1 Bingkai plastik hitam atau bingkai logam berwarna emas atau perak, silver dan coklat. 7.2.2 Warna-warna lain tidak dibenarkan. 7.2.3 Bingkai yang memagar kaca mata juga perlu bersaiz nipis. 7.2.4 Kaca mata hendaklah berwarna putih(lutsinar). 7.3. Pelajar dilarang memakai jam tangan yang berfesyen.
21
BAB D : BUKU TEKS PINJAMAN (SPBT) 1. 2. 3. 4. 5. 6.
7. 8. 9.
Segala butir seperti nama peminjam, tingkatan dan tahun hendaklah dituliskan pada ruang yang dikhaskan. Pelajar-pelajar hendaklah menentukan agar buku-buku teks pinjaman dalam keadaan baik. Pelajar-pelajar MESTI membalut setiap buku teks dengan hanya plastik lut sinar. Jangan meninggalkan buku teks di sekolah atau di meratarata tempat. Jangan memberi pinjam buku teks kepada orang lain kecuali dengan kebenaran daripada Guru SPBT. Sebarang kerosakan dan kehilangan buku teks akan dikenakan denda ganti rugi: a. Mengganti dengan buku baru, atau b. Membayar dengan kos harga buku baru. Setiap kali meminjam atau memulangkan buku teks mestilah melalui Guru Tingkatan atau Guru SPBT. Peminjaman dan pemulangan buku teks hendaklah disahkan dengan menandatangai Borang SPBT (G). Sebarang pelanggaran terhadap peraturan-peraturan yang disediakan ini boleh menyebabkan buku teks pinjaman ditarik balik.
BAB E : SISTEM MARKAH SALAH LAKU Bagi setiap kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Sekolah, markah tatatertib akan dicatat dalam REKOD MARKAH SALAH LAKU HARIAN DAN FAIL PELAJAR berkenaan. Dalam sistem ini, setiap pelajar dimulakan dengan markah 0. Setiap kesalahan pelajar akan direkodkan mengikut salah laku disiplin seperti berikut:-
22
(Markah Salah laku 20 ) 1. 2. 3.
4.
5. 6. 7. 8.
9. 10. 11.
12. 13.
Bersikap biadap terhadap guru / engkar perintah/ menggelar guru. Berdua-duaan / berkhalwat dalam kawasan sekolah. Bergaduh / bertumbuk / memukul pelajar lain di dalam kawasan sekolah dengan menggunakan senjata / alat dan menyebabkan kecederaan pelajar lain. Ponteng sekolah. a) Keluar sekolah tanpa kebenaran semasa waktu persekolahan. b) Didapati datang pada waktu pagi tetapi tidak hadir ke sekolah. Mewarnakan rambut. Bermain mercun atau membawa mercun dalam kawasan sekolah. Berjudi dalam kelas / kawasan sekolah. Peras ugut pelajar lain/ melakukan buli, penderaan/paksaan yang membawa kepada ketakutan atau kehilangan harta benda. Merokok/membawa, mengedar atau menyimpan rokok di dalam atau di luar kawasan sekolah. Membawa bahan lucah ke sekolah. Meminjam duit/ memberi pinjam duit sehingga menimbulkan pertelingkahan / pergaduhan / masalah kewangan. Mengeluarkan kata-kata lucah, kesat dan melakukan tindakan yang bersifat lucah kepada guru dan pelajar. Bersubahat dalam melakukan kes-kes disiplin yang berat.
23
(Markah Salah laku 10) 1. 2. 3. 4. 5.
6. 7. 8. 9.
Merosakkan harta benda sekolah (pelajar tersebut juga dikehendaki membayar ganti rugi). Memakai barang kemas, cermin mata / jam tangan yang tidak dibenarkan. Datang ke sekolah selepas 8.00 pagi. Ponteng kelas. Dikenakan berdiri di luar kelas / kakilima kelas oleh guru tetapi menghilangkan diri tanpa kebenaran daripada guru berkenaan. Berinai / bertatu. Ejek-mengejek antara satu sama lain / bergurau senda yang keterlaluan sehingga menyebabkan perkelahian. Menipu pengetua atau guru. Meniru dalam peperiksaan atau membenarkan rakan-rakan meniru jawapan (tidak jujur).
(Markah Salah laku 5) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Rambut panjang / rambut berjel. Bercakap / berbual-bual semasa guru sedang mengajar dan mengganggu P & P dalam kelas. Bercakap-cakap semasa perhimpunan di stadium. Keluar kelas tanpa kebenaran / merayau-rayau di luar bilik darjah. Tidak beratur semasa berpindah ke makmal / bengkel / perpustakaan / bilik seminar. Membuang sampah di merata-rata tempat. Tidak menjalankan tugas harian untuk membersihkan kelas. Tidak berpakaian kemas seperti:a) Separuh daripada baju sengaja dikeluarkan daripada seluar. b) Sengaja memakai stoking yang pendek (di bawah buku lali). c) Tiada tag nama.
24
9.
Bergurau dalam kelas sehingga memecahkan kaca tingkap (ganti rugi juga dikenakan). 10. Membuat bising dalam kelas semasa ketiadaan guru. 11. Tidak hadir sekolah pada hari Isnin (hari perhimpunan) tanpa surat sakit (MC) atau maklum dari ibu bapa / tidak hadir ke sekolah tanpa sebab terutamanya hari Khamis. 12. Kuku panjang. 13. Berselipar tanpa surat kebenaran daripada PK HEM. 14. Lewat ke sekolah (tiba sebelum pukul 8.00 pagi). 15. Tingkah laku lain yang melanggar peraturan disiplin yang dianggap ringan.* *Kes-kes salah laku yang berat yang tidak disenaraikan akan diputuskan rekod markahnya oleh Badan Disiplin Sekolah.
Kes-kes Khas 1.
2.
Tidur dalam kelas semasa guru sedang mengajar. Guru berkenaan perlu mencatatkan kelakuan ini dan mengambil tindakan sendiri. Selepas 3 kali baru serahkan kepada PK HEM / PKP / Pengetua untuk tindakan selanjutnya.(salinan kepada SU Disiplin untuk direkod). Sentiasa tidak membuat kerja rumah. Guru berkenaan perlu mengambil tindakan sendiri. Jika potongan markah mencapai 30 mata, maka guru berkenaan perlu menyerahkan salinan fotostat rekod penghantaran buku latihan kepada Guru Kanan berkenaan dan PKP untuk tindakan selanjutnya.
(1 salinan diserahkan kepada SU Disiplin untuk direkod).
25
TINDAKAN TATATERTIB Tindakan Tatatertib yang setimpal dengan jenis kesalahan akan diambil ke atas setiap pelajar mengikut Markah Salah Laku Melonggok (Jumlah markah terkumpul). 1. Jika mata mencapai 60, ibu bapa akan dipanggil ke sekolah untuk perbincangan. Walau bagaimanapun, jika pelajar pelajar melakukan kesalahan BERAT( markah salah laku belum mencapai 60 ), ibu bapa akan dpanggil ke sekolah. dirujukkepada kaunselor untuk sesi kaunseling. 2.Jika pelajar masih melakukan kes-kes disiplin yang serius atau markah mencapai 100 mata, ibu bapa akan dipanggil semula ke sekolah untuk menandatangani satu surat perjanjian untuk berlakuan baik. Pelajar bersama ibu bapanya akan diruju kepada kaunselor untuk kaunseling selanjutnya. 3. Jika mata terus meningkat lagi atau melakukan kesalahankesalahan berat, pelajar akan digantung persekolahan dan tindakan selanjutnya.
CATATAN: Bagi kesalahan-kesalahan lain yang tidak disenaraikan dalam buku panduan disiplin ini yang menurut budi bicara Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib, markah tatatertib setimpal dengan kesalahan akan ditentukan oleh Pengetua.
26
BAB F : PERATURAN AM 1.
2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.
12.
13.
14.
Sentiasa membina diri dengan nilai dan ajaran agama / moral serta tingkahlaku yang baik supaya menjadi insan yang berakhlak mulia. Pelajar hendaklah sentiasa mengamal dan mematuhi peraturan sekolah. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan pakaian yang menggambarkan kesucian dan keimanan seseorang. Sentiasa menjaga nama baik sekolah. Bekerjasama / saling memahami dan hormatmenghormati sesama rakan sebaya. Mengambil bahagian dalam lapangan sukan dengan semangat kesukanan. Menjadi ahli persatuan atau kelab serta mematuhi peraturannya. Sentiasa menjaga alat dan harta kepunyaan sendiri dan sekolah. Bekerjasama dalam menjaga kebersihan sekolah dan bilik darjah. Dilarang menconteng mana-mana bahagian sekolah. Mematuhi segala arahan Pengetua / Pen.Kanan / Pen.Kanan HEM / Guru-guru / Ketua Pengawas / Pengawas / Ketua Darjah / Pen. Ketua Darjah atau manamana orang yang memangku jawatan tersebut. Pelajar-pelajar mesti sampai ke sekolah selewatlewatnya 5 minit sebelum masa persekolahan bermula. Pelajar yang sampai selepas 7.30 pagi ditakrifkan LEWAT. Pelajar-pelajar tertakluk kepada peraturan sekolah semasa berada di sekolah atau waktu belajar dan pihak sekolah berhak mengambil tindakan jika pelajar melakukan apaapa kesalahan. Setiap pergerakan dari bilik darjah ke makmal sains, bilik KH dan sebarang pertukaran kelas dan sebaliknya, pelajar-pelajar hendaklah bergerak dalam satu barisan yang kemas dan teratur.
27
15.
16. 17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
Pelajar-pelajar mesti beratur di luar bilik darjah masingmasing sebelum loceng pertama dan loceng waktu selepas rehat dibunyikan sementara menunggu ketibaan guru. Pelajar-pelajar dilarang berkeliaran di luar dan di dalam bilik darjah sepanjang masa persekolahan. Pelajar-pelajar dilarang membuat bising di dalam bilik darjah dan mengusik rakan-rakan sedarjah ketika ketiadaan guru di dalam bilik darjah. Duduk di dalam bilik darjah dan buat sesuatu yang berfaedah: masa itu emas. Pelajar-pelajar dilarang sama sekali makan gula- gula atau sebarang makanan dan minuman dalam kelas walaupun semasa rehat. Pelajar-pelajar digalakkan bertutur dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris. Jangan menggunakan bahasa loghat daerah. Pelajar-pelajar TIDAK dibenarkan keluar dari kelas semasa pelajaran sedang dijalankan, melainkan mendapat kebenaran dari GURU. Hanya SEORANG pelajar sahaja dibenarkan keluar ke tandas atau urusan lain semasa pembelajaran dengan memakai vest dan mendapat kebenaran dari guru. Jika lebih daripada seorang pelajar terpaksa keluar kerana urusan tertentu, surat kebenaran Pengetua diperlukan. Pelajar-pelajar TIDAK dibenarkan berada dalam kelas semasa Pendididkan Jasmani dijalankan di luar bilik darjah. Pelajar-pelajar dilarang memasuki Pejabat Sekolah, Bilik Guru, makmal Sains, bilik KH dan Setor Sukan tanpa kebenaran guru. Semua pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan basikal atau motosikal atau motokar sepanjang masa persekolahan. Pelajar tidak dibenarkan membawa majalah / buku hiburan, alat permainan eletronik, radio, “walkman”, pita video, VCD, CD, MP3/4, PDA/ kamera dan lain-lain
28
26.
27.
28.
29.
30. 31. 32.
33.
34.
35.
yang tidak kena-mengena dengan pembelajaran ke sekolah. Setiap pelajar yang tidak hadir ke sekolah hendaklah menghantar satu surat rasmi yang ditandatangani oleh ibu bapa / penjaga yang sah di sisi undang-undang dengan menyatakan dengan jelas sebab-sebab kenapa ia tidak dapat hadir ke sekolah, atau dengan surat doktor. Kegagalan berbuat demikian akan ditafsirkan sebagai Ponteng Sekolah dan boleh diambil tindakan tatatertib. Sekiranya seorang pelajar tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut tanpa berita, alasan atau surat rasmi, persekolahannya akan DITAHAN dan ibu bapa / penjaganya mesti memberi keterangan yang boleh diterima sebelum ia dibenarkan bersekolah semula. Pelajar-pelajar dilarang mengatur / menganjur sesuatu lawatan/perjumpaan/perkelahan/perkhemahan dan sebagainya atas nama sekolah tanpa kebenaran pengetua. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengadakan sebarang majlis, jamuan perpisahan, perayaan keraian atau sebagainya tanpa kebenaran pengetua. Dilarang menjual atau berniaga dalam kawasan sekolah. Segala apa yang dipinjamkan dari pihak sekolah hendaklah dipulangkan mengikut masa yang ditetapkan. Melaporkan sebarang kejadian, pergaduhan, kecederaan atau kemalangan kepada Pengetua/guru-guru disiplin/guru-guru bertugas. Penglibatan dengan kegiatan jenayah; Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap pelajar yang terlibat dengan kejadian jenayah di luar sekolah. Para pelajar hendaklah menghormati para pelawat atau sesiapa jua yang datang ke sekolah. Oleh itu, adalah menjadi kesalahan jika mengganggu atau berkelakuan tidak sopan pada waktu berkenaan. Jika ibu bapa/penjaga dipanggil oleh pihak sekolah bagi menyelesaikan kes disiplin. Pelajar itu hendaklah dengan segera memberitahu ibu bapa/penjaga supaya hadir ke sekolah sebagaimana yang diberitahu secara lisan atau
29
dinyatakan dalam surat yang dikirim melalui pelajar dan sebagainya. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pelajar itu tidak dibenarkan hadir ke sekolah sehingga ibu bapa/penjaga hadir atau tindakantindakan sewajarnya boleh diambil ke atas pelajar berkenaan. 36. Pelajar hendaklah menghormati guru dan mematuhi arahan guru termasuk Ketua Pengawas, Pengawaspengawas serta Ketua Tingkatan. 37. Kecemasan /Kebakaran Arahan-Arahan Am 1. Sesiapa sahaja yang mengetahui berlakunya kebakaran di bangunan sekolah hendaklah melaporkan dengan segera kepada pengawas / guru / guru bertugas / pentadbir. 2. Apabila loceng sekolah dibunyikan secara pendek dan berturut-turut semua kakitangan dan murid mesti meninggalkan kelas tanpa membawa beg. 3. Murid mesti beratur dan menuju ke tempat berhimpun dengan diawasi oleh guru. 4. Pihak sekolah hendaklah serta merta berhubung terus dengan pihak bomba atau penyelamat melalui nombor 999. 5. Jangan memekik-mekik atau merasa takut atau cemas. Ini adalah untuk mengelakkan kekecohan dan kelam kabut. Arahan Untuk Murid 1. Hendaklah keluar dari bangunan sekolah atau kelas dengan cepat dan senyap tetapi dalam keadaan tenang ke tempat berkumpul. 2. Jalan-jalan tertentu hendaklah mengikut pelan yang telah diedarkan . 3. Semasa berada di tangga atau tempat sempit jangan bertolakan dan berasak-asak.
30
4. Semasa sampai di tempat berhimpun hendaklah berkumpul separti yang di arahkan dalam latihan kebakaran. 5. Guru kelas atau guru yang mengajar hendaklah mengambil kedatangan murid kelas tersebut. 6. Bersurai balik ke kelas apabila loceng dibunyikan.
Tindakan guru Dan Murid 1. Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dihentikan sebaik loceng kebakaran dibunyikan. 2. Semua murid dikehendaki keluar dari kelas,makmal,perpustakaan dan lain-lain tempat dengan serta merta dan beratur dengan baik menghala ke tangga yang akan digunakan untuk meninggalkan tempat itu.Pastikan semua suis,gas,pintu kelas ditutup. 3. Pengawas bertanggungjawab mengawal ketenteraman semas murid keluar ke tempat berhimpun. 4. Dengan kawalan guru semua murid harus berjalan dengan cepat ke tempat berhimpun mengikut jalan kecemasan yang ditetapkan. 5. Kerani sekolah akan menghantar buku kedatangan murid kepada guru-guru melalui pembantu pejabat. Guru memanggil nama murid dan membuat senarai murid yang hilang dan masih berada di kelas. Senarai nama murid harus dihantar kepada guru yang bertanggungjawab mengenai kebakaran.
31
Tindakan Guru Bertugas 1. Berada segera di tempat berkumpul. 2. bekerjasama dengan guru tingkatan mengawal dan mententeramkan murid-murid masing-masing. 3. Mengambil butir-butir mengenai bilangan murid dan nama murid yang tercicir dalam tiap-tiap kelas daripada guru-guru tingkatan.
Tindakan Kakitangan Sekolah 1. Mestilah bersedia mengarahkan kereta bomba yang datang memberi bantuan. 2. Bersedia juga dengan kunci-kunci yang diperlukan 3. Bertindak dengan segera dan pantas mengambil alat-alat pemadam api dan alat mestilah dibuat pemeriksaan supaya pemadam api berfungsi dengan baik untuk digunakan sebelum kedatangan pihak bomba. BAB G: TEGAHAN KHAS Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah ditentukan oleh Surat Pekeliling Iktisas Bil.9/1975 seperti di bawah : 1. Menjadi ahli pertubuhan haram. 2. Membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat. 3. Memukul guru. 4. Mengancam guru-guru atau Pengetua. 5. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak Sekolah dan Kementerian Pendidikan. 6. Menulis atau SMS atau membuat kenyataan kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak sekolah. 7. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau pelajar-pelajar.
32
8. Sengaja merosakkan harta kerajaan /sekolah. 9. Mencuri. 10. Mangacam pelajar-pelajar lain-ancaman serius dan berbahaya. 11. Menghisap rokok, menghidu gam dan mengambil dadah ( Surat Pekeliling Iktisas Bil.6/75 dan 7/75 ). 12. Berjudi. 13. Membawa, menyimpan, mengedar,meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah. 14. Masih membantah hukuman guru - sekalipun sudah dua atau tiga kali amaran. 15. Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru atau Pengetua. 16. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum. 17. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat. 18. Membawa, membaca, menunjuk atau menyebarkan bahanbahan dan gambar lucah. 19. Menipu (misalnya meniru dalam ujian / peperiksaan, mengubah markah meniru tandatangan ibu bapa / penjaga ). 20. Bergaduh dan bertengkar. 21. Ponteng sekolah atau ponteng kelas. 22. Memasuki persatuan / pertubuhan luar tanpa kebenaran bertulis dari pihak sekolah / PPD / JPN. 23. Mencalar/mencederakan diri sendiri secara sengaja 24. Mengusik / mempersenda pelajar dan guru. 25. Masuk ke dalam tandas guru/ tandas yang tidak dikhaskan untuknya. 26. Membuat sebarang pungutan wang tanpa kebenaran pihak sekolah. 27. Sengaja tidak membawa buku teks atau buku latihan dan lain-lain keperluan pelajaran. 28. Menghalang atau menggagalkan usaha untuk menyiasat pelajar yang bersalah.
33
BAB H: PERATURAN TAMBAHAN Perkara 1: Pergerakan, Tingkah Laku dan Pergaulan di Sekolah. 1. Dilarang meludah merata-rata. 2 Dilarang berlari, bergurau, berbual (yang menganggu kawan atau kelas lain ) dalam bilik darjah. 3. i. Dilarang membuat hubungan cinta atau mengutus surat cinta antara sesama pelajar atau orang luar. ii. Pelajar lelaki ditegah berdua-dua dengan pelajar perempuan sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. iii. Pelajar lelaki ditegah duduk bersama pelajar perempuan pada bangku sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. iv. Pelajar lelaki dan perempuan dilarang mengadakan kakak angkat atau abang angkat di dalam sekolah atau di luar sekolah kecuali setelah mendapat kebenaran rasmi daripada kedua-dua ibu bapa. v. Pelajar lelaki atau perempuan dilarang mengadakan hubungan surat menyurat, hubungan telefon atau sebagainya dengan orang luar yang bukan warisnya. Pihak sekolah dengan kuasa yang diberikan oleh pengetua tidak teragak-agak membuka mana-mana surat yang dihantar kepada pelajar sekolah ini tanpa terlebih dahulu memberitahu pelajar. 5. Dilarang berjumpa dengan pelawat tanpa kebenaran guru /Pengetua. 6. Dilarang menyimpan / membawa risalah yang salah di segi undang-undang negara, kaset politik atau berpolitik, buku cerita yang berunsur cinta, gambar atau lukisan yang mengghairahkan /lucah atau apa-apa bahan yang dianggap lucah. 7. Dilarang membawa radio / kaset, sebarang alat / benda yang bertujuan untuk hiburan semasa bersekolah. 8. Dilarang berada di sekitar/berdekatan makmal sains. 9. Dilarang berada di sekitar bangunan Kemahiran Hidup.
34
10. Dilarang berada di tempat letak kereta guru, basikal guru atau motosikal guru pada bila-bila masa. 11. Dilarang berada di kantin sekolah semasa persekolahan sedang dijalankan. 12. Dilarang berada di kawasan hijau atau mana-mana taman yang boleh merosakkan kecantikan semulajadi kawasan tersebut. 13. Dilarang berada di Bilik Guru (tanpa kebenaran guru ),Bilik Persediaan,Pusat Sumber sekolah,Bilik APD, Bilik Pengakap, Musalla (hanya waktu tertentu ) dan manamana bilik yang dilarang.
Perkara 2:Pembawaan Barang Larangan 2.1 Telefon Bimbit 1. 2.
3.
Pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Jika didapati bersalah, telefon bimbit berkenaan akan dirampas dan hanya boleh dituntut pada atau selepas 31hb. Disember tahun semasa. Hanya penjaga dan ibu bapa boleh membuat tuntutan selepas tarikh penahanan di atas.
2.2 Mercun 1. 2.
Pelajar-pelajar dilarang membawa sebarang bentuk/ jenis mercun ke sekolah. Pelajar-pelajar yang didapati membawa mercun, membakar mercun di kawasan sekolah akan dikenakan hukumam yang berat.
35
CATATAN Panduan Disiplin sekolah (pindaan) ini tidak termasuk Pekeliling Kementerian dan boleh dipinda pada bila-bila masa jika difikirkan perlu oleh Pengetua, Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi Sekolah asalkan tidak bercanggah / berubah dari matlamat asal undang-undang ini digubal.
BAB I: TUGAS KHAS PENGAWAS 1. Pengawas dilantik oleh Lembaga Disiplin sekolah berdasarkan kebolehan, kepimpinan dan sebagainya. 2. Ia bertanggungjawab membantu guru untuk mengekalkan disiplin sekolah berada di tahap yang memuaskan. 3. Sila jalankan tugas seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Disiplin Sekolah / Badan Pengawas. 4. Gunakan budi bicara apabila berdepan dengan pelajar yang melanggar disiplin sekolah dan melaporkan kepada guru apabila ada pelajar yang engkar perintah / lawan arahan pengawas. 5. Pengawas sentiasa dilindungi oleh undang-undang sekolah kecuali pengawas tersebut melanggar disiplin sekolah maka tindakan susulan terserah kepada Lembaga Disiplin Sekolah.
36
KETUA DARJAH /PENOLONG KETUA DARJAH 1 2 3.
4.
5. 6. 7.
Dilantik oleh guru tingkatan berdasarkan kebolehan kepimpinan seseorang pelajar. Bertanggungjawab mengawasi kelas terutama bila tiada guru supaya kelasnya berada dalam keadaan tenang. Sila menegur mana- mana pelajar yang nakal / liar yang mengganggu ketenteraman kelas. Sila laporkan kepada guru kelas jika ada pelajar yang engkar perintah. Mengawasi pelajar yang keluar masuk kelas ketika ketiadaan guru (Peraturan ini akan dikemaskinikan setiap masa). Sila jemput guru yang lewat masuk ke kelas. Pastikan kelas dalam keadaan bersih setiap masa, aman dan tenteram, sesuai dengan tempat belajar. Sentiasa bekerjasama dengan guru kelasnya terutama untuk mengekalkan disiplin pelajar kelasnya di tahap yang tinggi.
BAB J: HUKUMAN Hukuman akan dikenakan kepada pelajar yang melanggar peraturan sekolah seperti di bawah :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Sistem Markah Tatatertib dilaksanakan. Nasihat /Kaunseling. Amaran Lisan /Bertulis. Denda atau merotan (terserah kepada Lembga Disiplin sekolah atau Pengetua. Menghantar surat kepada ibu bapa Memanggil ibu bapa ke sekolah Perjanjian tatatertib Gantung Persekolahan sehingga 2 minggu Buang sekolah
37
Hukuman ini akan dilaksanakan mengikut keadaan dan jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Misalnya jika pelajar berkenaan melakukan kesalahan BERAT maka nasihat dan amaran tidak perlu. Oleh itu tindakan yang sesuai akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin. Sukalah dinyatakan bahawa sebarang tindakan yang dikenakan adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Setiap kesalahan dan hukuman akan diberitahu kepada ibu bapa / penjaga dan laporan juga dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri. Dalam keadaan tertentu ibu bapa / penjaga dijemput ke sekolah untuk berunding dengan Pengetua sebelum tindakan atau hukuman diambil.
Contoh Potongan Rambut & Pakaian Seragam : sila rujuk kepada muka surat 69,70,71 &72 Akuan ibu bapa / penjaga: sila rujuk kepada muka surat 73
38
39