1- 15 Mei 2017 / Bil.26 / Tahun Ke-2 / Edaran Percuma /
[email protected]
Jauhar
Suara Hati Bangsa Johor
Bersama wakil rakyat anda > 13
laporan di muka 2 & 3
BUDAYA KERJA BERPASUKAN TEAM JOHOR TERPANCAR • KPI AWAM DIPERLUASKAN • 57 KETUA JABATAN NEGERI DIBERI PETUNJUK PRESTASI UTAMA RASMI • PROGRAM GAGASAN JOHOR BERKEMAJUAN DIRANCANG IKUT KEPERLUAN RAKYAT • KERAJAAN NEGERI AKAN TERBIT KAD LAPORAN PRESTASI cerita DI MUKa 15
APA YANG UNIK MENGENAI MEREKA
2 BERITA
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
BUDAYA KERJA BERPASUKAN TEAM JOHOR TERPANCAR DALAM PROJEK PENGERANG & INSIDEN KEBAKARAN HSA OLEH SITI NOOR SEPEE
Sebahagian kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan membaca Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada Majlis Perasmian i-Move Kerajaan Johor di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Iskandar Puteri.
KPI AWAM DIPERLUASKAN MB turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Dokumen Pelan Pertumbuhan Strategik mengikut daerah kepada 10 Pegawai Daerah di negeri ini
OLEH SITI NOOR SEPEE ISKANDAR PUTERI – Aspek petunjuk prestasi utama (KPI) telah diperluaskan kepada semua agensi dan kakitangan awam di bawah Kerajaan Negeri dan menjadi pengisian utama dalam Program i-Move 2017 bertujuan memperkasakan sektor itu selaras dengan hasrat kearah Johor Berkemajuan. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, pengisian KPI dalam program berkenaan adalah bertujuan memperkasakan kakitangan awam Johor kerana kelompok terbabit memainkan peranan penting dalam merealisasikan segala perancangan dan dasar yang telah ditetapkan. Menurutnya, pelaksanaan KPI berkenaan adalah selaras dalam amanatnya sebelum ini supaya semua agensi Kerajaan Negeri memulakan budaya kerja berasaskan prestasi atau pencapaian sebagai kayu ukur kecemerlangan. “Kita sebenarnya telah memulakan perkara ini di peringkat Ahli Jawatankuasa Kerajaan Negeri atau Exco dengan menetapkan KPI yang mesti mereka capai. Ia kemudian diperluaskan kepada semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC). “Mereka telah diberikan beberapa sasaran besar yang mesti dicapai dalam tempoh-tempoh tertentu. Justeru, saya kira sudah tiba masanya
untuk kita memperluaskan dasar ini kepada setiap kakitangan awam pula. “Dengan meletakkan sasaran serta KPI yang jelas kepada semua kakitangan awam ia bukan sahaja akan menjadikan mereka lebih fokus malah akan mengangkat martabat Johor sebagai negeri yang mempamerkan kesungguhan dalam memperkasakan sistem perkhidmatan awam,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program i-Move Kerajaan Johor di Studio Pinewood Iskandar Malaysia, di sini, pada 25 April lalu. Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azmi Rohani. Mohamed Khaled berkata, selain aspek KPI, program i-Move turut meletakkan agenda Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai perhatian utama iaitu satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Katanya, IBR memberi penekanan kepada ikrar dan janji oleh kepimpinan dan warga sesebuah organisasi atas kapasiti individu. Ia diperkenalkan bagi memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar dan janji dibuat secara sukarela. “IBR dapat memastikan setiap penjawat awam lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripa-
da sebarang perlakuan rasuah sepanjang memegang jawatan dalam kerajaan. “Oleh itu, saya menggalakkan semua organisasi dan agensi di Johor agar memanjangkan IBR, melalui kesedaran tersebut kita juga berharap negeri ini bersih serta bebas daripada rasuah,” katanya lagi. Pada Majlis berkenaan, Mohamed Khaled turut menyaksikan Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri yang diwakili Azmi selaku Setiausaha Kerajaan dengan dua buah universiti awam dan Institut Tadbiran Awam Negara atau INTAN. Dua buah universiti tersebut ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (UTHM). Ia bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional di institusi-institusi berkenaan. Selain itu, beliau juga turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Dokumen Pelan Pertumbuhan Strategik mengikut daerah kepada 10 Pegawai Daerah di negeri ini. Pelan tersebut disediakan sebagai pemandu arah pertumbuhan setiap kawasan di negeri ini berlandaskan kebitaraannya tersendiri. Ia dilakukan sedemikian kerana kerajaan negeri sedar setiap daerah mempunyai keistimewaan dan keunikan masing-masing.
JOHOR BAHRU – Budaya kerja berpasukan yang diaplikasi dalam kerangka TeamJohor menjadi faktor salah satu penyumbang utama dalam kejayaan Kerajaan Negeri. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin memaklumkan dua kejayaan TeamJohor yang boleh disebut di sini adalah projek Kompleks Petroleum Bersepadu (PIPC) Pengerang, Kota Tinggi dan tragedi kebakaran di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah, di sini, pada 25 Oktober lalu. Menurutnya, kejayaan dan pencapaian Johor tidak akan boleh dikecapi hanya dengan ikhtiar mahu pun tindakan oleh seorang individu sahaja atau ‘one man show’. “Contoh pertama kejayaan melalui kerangka TeamJohor adalah bagaimana kita menjayakan pembangunan PIPC daripada salah satu komponen kawasan berkeluasan 6,242 ekar sebenarnya bukan di atas tanah kosong. “Sebaliknya ia melibatkan tanah yang telah mempunyai penduduk atau dipanggil ‘brownfield’. Namun demi menjayakan pelaburan terbesr bernilai AS$27 bilion Kerajaan Negeri menggalas tanggungjawab yang amat sukar dan mencabar ini dengan jayanya. “Cabaran berkenaan termasuk mengalihkan penempatan sedia ada meliputi tujuh perkampungan dengan populasi penduduk seramai 3,122 orang dan 1,000 kediaman, selain perlu memindahkan sebanyak 2,151 kubur orang Islam dan 3,286 kubur kaum Cina yang dikira ‘taboo’ dan boleh mengundang kemarahan tetapi kita berjaya selesaikannya sebaik yang mungkin,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Exco Awayday 2017, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, pada 2 Mei lalu. Pemukiman Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Exco Awayday adalah satu acara penting tahunan dalam kalendar pentadbiran Kerajaan Johor. Segala pencapaian dan laporan dibentangkan pada majlis berkenaan adalah rumusan serta kompilasi pencapaian semua Pengerusi Jawatankuasa Negeri atau Exco mengikut Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi tahun 2016. Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, contoh kedua ialah bagaimana pelbagai gerakan sukarela, petugas beruniform, unit pemimpin masyarakat sehinggalah kepada orang perseorangan dan masyarakat umum hadir menghulurkan bantuan ketika kebakaran di wad ICU HSA tahun lalu. “Kita semua berasa sedih dan bersimpati kepada ahli keluarga enam mangsa yang terkorban namun di sebalik musibah berkenaan kita dapat melihat munculnya sikap murni dan jiwa mulia Bangsa Johor. “Harapan saya, kita akan terus mencari jalan bagi memantapkan budaya muafakat di kalangan TeamJohor supaya ia menjadi ikatan terkuat untuk menjadikan Johor sebagai negeri terbaik,” katanya.
KPI TENTUKAN PRESTASI BUKAN UNTUK MENGHUKUM JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri menegaskan bahawa sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) merupakan satu sistem berfokus untuk menentukan berlakunya pencapaian dan peningkatan prestasi, bukannya satu sistem untuk menghukum mana-mana pihak. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, pelaksanaan sistem KPI itu adalah hasil perbincangan dan persetujuan di antara semua Pengerusi Jawatankuasa Negeri atau Exco secara bersama. “Setiap Exco menetapkan pelan dan perancangan yang ingin dilaksanakan, jika KPI tersebut terlalu rendah atau terlalu tinggi kita akan perbetulkan berdasarkan
keupayaan Exco itu. “Tetapi, apabila sesuatu KPI tidak dapat dicapai, kita akan berbincang semula untuk menyelesaikannya supaya kita tahu apakah isu yang menjadi halangan atau jabatan mana yang belum melaksanakannya,” kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ucapan di Majlis EXCO Awayday 2017, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, dekat sini, pada 2 Mei. Mengulas mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemandu Ekonomi Masa Hadapan, beliau berkata kertas cadangan penubuhannya sedang dalam peringkat akhir. “Saya mensasarkan seramai 13 orang
pakar ekonomi dari dalam dan luar negara yang akan terlibat, manakala nama-nama mereka sedang dikenal pasti hasil perbincangan secara bersama dengan semua Exco. “Mereka akan membantu dalam memberi idea dan pandangan untuk meletakkan kedudukan negeri Johor bagi berhadapan dengan ekonomi digital selain sektor ekonomi masa hadapan,” katanya lagi. Tambah Mohamed Khaled, Kerajaan Negeri melalui kerjasama Bait Al-Amanah juga telah menyiapkan ‘Johor Development Report 2016’ yang merupakan dokumen penting yang merekodkan segala prestasi, kedudukan serta pencapaian neg-
eri. “Penyediaan laporan itu dilaksanakan oleh Bait Al-Amanah melalui sumbangan secara percuma kepada Kerajaan Negeri untuk mengkaji perkara-perkara dan penambahbaikan yang perlu dilakukan. “Ia mengandungi rumusan mengenai pencapaian Kerajaan Negeri yang antaranya menyentuh mengenai isu perumahan, sekolah dan sebagainya yang boleh dijadikan rujukan oleh rakyat. Menurutnya lagi, dengan adanya laporan tersebut ia dapat menerangkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Negeri adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, berfokus dan mempunyai agenda yang tersusun.
BERITA 3
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
PROGRAM GAGASAN JOHOR BERKEMAJUAN DIRANCANG IKUT KEPERLUAN RAKYAT JOHOR BAHRU – Pelan Pertumbuhan Strategik Johor (PPSJ), Agenda Johor Mahir, Johor Prihatin, Johor Lestari, Johor Islami, Keusahawanan Johor serta pelbagai lagi dasar dan program, yang kesemuanya dihimpunkan di bawah Gagasan Johor Berkemajuan merupakan kerangka pemikiran, dasar dan pendekatan Kerajaan Negeri yang dirancang serta disusun mengikut keperluan rakyat. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, ia merupakan antara cabaran yang memerlukan perhatian dan fokus Kerajaan Negeri, agar kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan. Menurut beliau, Kerajaan Negeri bukan sekadar menguruskan operasi negeri, tetapi perlu menjadi arkitek, katalis dan pen-
dukung kepada potensi setiap rakyat. “Kita mencari jalan membongkar kebitaraan dan keperluan segenap penjuru negeri dan pada masa yang sama, memastikan sumber kewangan diguna dan dibelanjakan dengan berhemah. “Justeru, kita perkenalkan Pelan Pertumbuhan Strategik Johor (PPSJ), Agenda Johor Mahir, Johor Prihatin, Johor Lestari, Johor Islami, Keusahawanan Johor serta pelbagai lagi dasar dan program, yang kesemuanya kita himpunkan di bawah Gagasan Johor Berkemajuan. “Dalam tempoh hampir empat tahun ini, segala usaha ini membuahkan pelbagai hasil dan pulangan yang memberangsangkan,” katanya ketika berucap pada Pemukiman Majlis Mesyu-
arat Kerajaan Negeri (EXCO Awayday) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, dekat sini, pada 2 Mei. Mohamed Khaled berkata, pertumbuhan ekonomi Johor yang pesat turut membawa cabaran-cabaran besar kepada rakyat seperti isu pemilikan rumah, pekerjaan berkualiti serta peningkatan kos sara hidup. Namun, jelasnya Kerajaan Negeri bukan sekadar meneka untuk menentukan isu kehidupan rakyat, tetapi menyelami masalah dan harapan mereka. “Adalah tidak tepat untuk pihak Kerajaan Negeri sekadar meneka dan menentukan apakah enigma dan isu kehidupan rakyat Johor yang mesti difokuskan. “Maka, kita santuni dan selami masalah, keperluan dan hara-
pan rakyat melalui Pelan Suara Hati Johor, yang menjadi asas kepada perancangan dasar serta agenda pembangunan kita,” ujar beliau lagi. Kira-kira 600 tetamu, terdiri daripada para pegawai Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) hadir pada majlis EXCO Awayday tersebut. EXCO Awayday merupakan acara tahunan yang diadakan selepas Kerajaan Negeri memperkenalkan Agenda Kepimpinan Berpretasi pada tahun 2014. Pada majlis sama, Mohamed Khaled turut berkongsi mengenai kemajuan semasa hasil pelaksanaan Agenda Kepimpinan Berprestasi, kepentingan budaya kerja berpasukan dan keutamaan dalam memastikan keberhasilan
atau delivering real results. Menurut beliau, melalui Agenda Kepimpinan Berpretasi, Kerajaan Negeri telah berjaya memastikan setiap Exco Negeri Johor mempunyai Pentunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing dan pendekatan itu juga telah diperluaskan kepada beberapa Majlis, Perbadanan dan GLC negeri Johor. Tambah beliau, Kerajaan Negeri melalui Bait Al-Amanah juga sedang menyiapkan Johor Development Report 2016 sebagai rujukan kepada pelbagai pencapaian pembangunan Johor pada tahun lalu. Laporan tersebut bukan sahaja menganalisis pelbagai aspek pembangunan negeri, tetapi turut memuatkan saranan serta kajian kes yang boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri.
57 KETUA JABATAN NEGERI DIBERI PETUNJUK PRESTASI UTAMA RASMI Sepanjang empat pembentangan Bajet Johor dari tahun 2014 sehingga 2017, sebanyak 436 titik sentuhan telah diumumkan dan 199 daripadanya telah melebihi 85 peratus kemajuan berbanding sasaran tahunan. Seluruh jentera kerajaan yang berkaitan telah bekerja keras memastikan setiap titik sentuhan yang diumumkan dilaksanakan dengan tersusun dan mendatangkan manfaat terbaik JOHOR BAHRU – Agenda Kepimpinan Berprestasi Johor terus diperkasa dengan memperluaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ke setiap aspek tadbir urus termasuk tanah, pentadbiran peringkat daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Setelah dimulakan di peringkat Exco Negeri, beberapa agensi, Badan Berkanun serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Johor, Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, momentum itu kini diteruskan kepada semua pegawai kanan negeri Johor. “Sebagai permulaan, seramai 57 orang ketua Jabatan dari ka-
langan Pegawai Tadbir Negeri Johor telah diberikan KPI rasmi. “Ini termasuklah Pegawai Kewangan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pembangunan dan Pengurusan, Pegawai-pegawai Daerah, Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah dan YDP-YDP,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis EXCO Awayday 2017, acara kemuncak Agenda Kepimpinan Berprestasi Kerajaan Negeri yang merumuskan pencapaian semua Exco mengikut KPI masing-masing bagi tahun lalu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, dekat sini, pada 2 Mei ba-
ru-baru ini. Ujar Mohamed Khaled, budaya kerja berprestasi dan berfokus itu telah mendapat sambutan dan maklum balas yang baik atas dasar memastikan hala tuju pentadbiran Kerajaan Negeri mempunyai wawasan yang jelas. Justeru, perluasan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri akan memantapkan lagi gerakan pengurusan bidang kerja masing-masing. “Ia akan memantapkan sinergi, kebersamaan serta kerjasama antara Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, para pelaksana,
penjawat-penjawat awam dari agensi negeri mahupun persekutuan serta syarikat berkaitan Kerajaan Negeri,” katanya. Tambah beliau, selepas 12 suku tahun pelaksanaan, bilangan Exco yang memperolehi skor 86 peratus ke atas adalah sembilan Exco bagi tahun 2014 dan tujuh Exco masing-masing bagi tahun 2015 dan 2016. Mohamed Khaled juga memaklumkan bahawa sepanjang empat pembentangan Bajet Johor dari tahun 2014 sehingga 2017, sebanyak 436 titik sentuhan telah diumumkan dan 199 daripadanya telah melebihi 85 peratus kemajuan berbanding sasaran tahu-
nan. “Seluruh jentera kerajaan yang berkaitan telah bekerja keras memastikan setiap titik sentuhan yang diumumkan dilaksanakan dengan tersusun dan mendatangkan manfaat terbaik. “Kerajaan Negeri bukan sekadar menguruskan operasi negeri, tetapi ia perlu menjadi arkitek, katalis dan pendukung kepada potensi setiap rakyat, mencari jalan membongkar kebitaraan dan keperluan negeri dan pada masa yang sama, memastikan sumber kewangan diuruskan dengan berhemah,” tegas beliau.
KUTIPAN HASIL TAHUNAN LEBIH RM1.5 BILION ANTARA YANG TERTINGGI DI M’SIA Kita akan mengeluarkan satu kad laporan Kerajaan Negeri tidak lama lagi bagi membolehkan seluruh rakyat Johor menyemak dan menilai sendiri prestasi dan kemampuan kerajaan dalam mengotakan janji semasa pilihan raya yang lalu - MB JOHOR BAHRU – Keputusan Kerajaan Negeri menerapkan Agenda Kepimpinan Berprestasi dalam melaksanakan setiap perancangan, dasar serta urus tadbirnya sejak 2014 ternyata tepat, apabila membuahkan beberapa pencapaian membanggakan. Pentadbiran Kerajaan Negeri telah berjaya merekodkan beberapa pencapaian dari segi disiplin fiskal dan kemasukan pelabur, antaranya kutipan hasil tahunan melebihi RM1.5 bilion bagi empat tahun terkini, antara jumlah yang tertinggi di Malaysia.
Menurut Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, agenda itu yang mementingkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam setiap pelaksanaan tugas, turut menyaksikan Kerajaan Negeri berupaya menguruskan fiskal dengan lebih terancang serta berdisiplin, sehingga mencatatkan lebihan tahunan atau surplus. Katanya, ini dapat dibuktikan menerusi baki Akaun Disatukan Kerajaan Negeri yang berjumlah RM1.1 bilion, setakat 31 Disember tahun lalu. Kecemerlangan Johor, tambahnya, berterusan terserlah
apabila menerima jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM66.6 bilion, terbesar di Malaysia bagi sektor perkilangan untuk empat tahun berturut-turut. “Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) adalah contoh yang menunjukkan kedudukan Johor sebagai destinasi pilihan,” katanya berucap pada majlis EXCO Awayday 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, hari ini. Mohamed Khaled menjelaskan, antara syarikat yang
melabur dengan jumlah amat besar di negeri ini ialah PETRONAS, Khazanah Nasional, Dyson Manufacturing dari United Kingdom dan Lotte Chemical Titan dari Korea. Dalam aspek lain, katanya, Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan Manifesto Negeri Johor yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Manifesto bertemakan ‘Mensejahterakan Rakyat’ itu mencakupi 20 perkara utama yang diperincikan melalui 84 akujanji.
“Apabila laporannya siap dalam sedikit masa lagi, kita akan mengeluarkan satu kad laporan Kerajaan Negeri bagi membolehkan seluruh rakyat Johor menyemak dan menilai sendiri prestasi dan kemampuan kerajaan negeri dalam mengotakan janji,” katanya. Agenda Kepimpinan Berprestasi yang diperkenalkan Kerajaan Negeri bermatlamat untuk menterjemahkan segala visi dan misi kepada pelaksanaan dasar dan program yang berpaksikan prestasi dan berorientasi kepentingan rakyat.
4 BERITA
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
5,600 CALON SPM BOLEH SERTAI TUISYEN E-LEARNING JOHOR
Penerima Biasiswa Kenangan Dato’ Onn Yayasan Pelajaran Johor.
JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM400,000 bagi membantu 5,600 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyertai tuisyen secara digital melalui Program E-Learning Johor menggunakan platform Classruum.com. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukkan bagi program tuisyen yang telah bermula sejak tahun 1997 disediakan melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan kerjasama dua yayasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dua yayasan PBT itu ialah Yayasan Penyayang Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan Yayasan Pasir Gudang dibawah Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).
“Bayaran dikenakan sebanyak RM11.60 sebulan bagi empat subjek utama dalam pakej yang disediakan melalui Classruum. com jauh lebih rendah berbanding jika mereka mengikuti kelas tuisyen di luar. “Program E-learning Johor bertujuan membantu golongan kelas pertengahan yang mempunyai pendapatan sederhana tidak melebihi RM10,000 sebulan. Pelajar boleh menyertai tuisyen di mana-mana secara digital kerana proses pembelajaran pada hari ini tidak tertaluk hanya di bilik darjah atau dewan kuliah. “Pelajar yang berminat boleh mendaftar menerusi online Classruum.com manakala tempoh pembelajaran adalah bermula pada Mei hingga Oktober,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran E-Learning anjuran YPJ di Dewan Maktab Sultan Abu Bakar, di sini pada 27 April lalu. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat dan Pengarah Pendidikan Johor, Shaharudin Sharif. Mohamed Khaled berkata, mengikut sejarahnya program tuisyen YPJ telah bermula sejak tahun 1997 namun telah ditambah baik dan diperluaskan dari semasa ke semasa serta akan memulakan tuisyen ini lebih awal pada tahun depan. Pada tahun 2014, program berkenaan dkenali sebagai Tuisyen SPM YPJ dan fokusnya
lebih menyediakan bantuan dan pendedahan lebih baik kepada pelajar aliran sains. Program Tuisyen YPJ telah berjaya membantu kira-kira 65,000 pelajar dari seluruh Negeri Johor dengan melibatkan perbelanjaan keseluruhan kira-kira RM13.4 juta. Classruum.com telah dibangunkan oleh Kulim Berhad sejak dua tahun tahun lalu dan berjaya menarik minat ribuan pelajar sekolah untuk menggunakan platform digital itu. Pengerusi Classruum Technologies Sdn Bhd, Jamaluddin Md Ali, berkata, platform tuisyen atas talian itu menampilkan konsep pembelajaran yang dinamik, unik dan menyeronokkan untuk membantu meningkatkan minat pelajar.
“Platform ini, dapat menggalakkan interaksi antara pelajar bagi mewujudkan pesaingan sihat dan menyediakan akses kepada kandungan pembelajaran tambahan untuk melahirkan generasi akan datang yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif,”katanya. Sementara itu pada majlis yang sama, menteri besar turut menyampaikan hadiah Biasiswa Kenangan Dato’ Onn kepada para pelajar yang terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan tetapi cemerlang dalam akademik. Pelajar-pelajar ini meliputi murid tingkatan satu sehingga tingkatan enam. Sejumlah 1,400 orang pelajar telah menerima bantuan biasiswa ini yang bernilai RM600 seorang.
KERAJAAN NEGERI SUMBANG RM700,000 KEPADA KAUM SIKH JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan berjumlah RM700,000 kepada Guadwara Sahib Negeri Johor bagi tujuan pembangunan dan pendidikan pada tahun ini. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan Negeri bersetuju memberi peruntukan permulaan berjumlah RM300,000 bagi pembinaan sebuah pusat komuniti masyarakat kaum Sikh di Kulaijaya. Beliau menyeru agar sebuah jawatankuasa pembinaan projek dapat diwujudkan secepat mungkin. Selain itu, Kerajaan Negeri turut akan meneruskan sumbangan tahunan kepada Gurdwara Sahib yang terdapat di Negeri Johor. “Sebanyak RM50,000 disumbangkan kepada Guarwara Sahib Johor Bahru manakala RM30,000 bagi setiap Gurdwara Sahib di Daerah Pontian, Segamat, Kluang, Muar dan Batu Pahat. “Bukan itu sahaja, Kerajaan Negeri juga menyumbang RM100,000 bagi tujuan pendidikan anak-anak kaum Sikh oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan RM100,000 kepada Guarwara
Sahib Johor Bahru bagi menjayakan sambutan Hari Vaisakhi 2017. “Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian dan bersama-sama masyarakat Sikh di negeri ini memastikan kebajikan dan juga aktiviti mereka terpelihara,” jelas Mohamed Khaled dalam ucapannya di Majlis Muafakat Bersama Kaum Sikh Negeri Johor Sempena Hari Vaisakhi 2017 di Restoran Loon Sing, Bukit Indah pada 29 April baru-baru ini. Dalam ucapannya, beliau turut menyeru masyarakat Sikh di negeri ini supaya menjadi sebahagian daripada Team Johor untuk menjayakan aspirasi Johor sebagai kuasa ekonomi baru Malaysia. Sementara itu, Presiden Gurdwara Sahib Johor Bahru, Sardar Manjeet Singh berkata, pihaknya serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan terus mengadakan aktiviti dan program-program berasaskan permuafakatan, kebajikan dan kesukanan di kalangan masyarakat Sikh Johor. Gurdwara Sahib Negeri Johor dan Kelab Sukan Sikh Johor bekerjasama memulakan inisiatif untuk menarik golongan muda
Mohamed Khaled menyampaikan replika cek peruntukan tahunan kepada Presiden Gurdwara Sahib Johor Bahru di Majlis Muafakat Bersama kaum Sikh Negeri Johor.
dalam aktiviti kesukanan. Katanya, Bangsa Johor adalah rakyat yang sentiasa memelihara budaya dan tradisi serta menanam rasa cinta terhadap tanah air dan juga negeri mereka. “Walaupun negeri ini berada dalam arus pembangunan yang pesat, identiti serta jati diri tetap sesuatu kaum harus dikekalkan
untuk memastikan hasrat dan matlamat menuju ke arah Johor berkemajuan dapat dicapai. “Masyarakat Sikh juga melangkah seiring bersama bangsa lain dalam mewujudkan nilainilai murni, persefahaman serta toleransi antara satu sama lain. “Keunikan kesepakatan ini mampu menterjemahkan seman-
gat muafakat yang dilaungkan oleh Menteri Besar,” kata Sardar Manjeet Singh. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Besar atas sumbangan dan keperihatinan yang tidak putus-putus kepada masyarakat Sikh di negeri ini.
BERITA 5
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
BARISAN PENTADBIRAN TERTINGGI NEGERI LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH
Barisan pentadbiran Kerajaan Johor melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR), sambil disaksikan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad.
ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis bersama barisan kepimpinan dan pegawai tertinggi negeri di Kota Iskandar, dekat sini, pada 20 April lalu. Ikrar berkenaan turut dilafazkan barisan Exco Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Azmi Rohani; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Ishak Sahari dan Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Nasir Abd Salam. Majlis itu disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad dan Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias. Ikrar itu adalah inisiatif baharu SPRM bagi menggantikan Ikrar Integriti Korporat (CIP).
Ia memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Pada sidang media setelah selesai majlis itu, Dzulkifli berkata Johor merupakan negeri kelapan yang menandatangani ikrar itu sejak diperkenalkan oleh SPRM pada tahun ini. “Ini merupakan usaha SPRM untuk memastikan pentadbiran disemua negeri memberikan komitmen yang tegas, telus dalam memastikan pentadbiran mereka bebas daripada sebarang unsur-unsur rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.
BARISAN EXCO KEKAL
Aktiviti menanam pokok bersama penduduk.
JLAND DAN MPPG RAIKAN ‘OUR EARTH, OUR HOME’ BERSAMA PENDUDUK TAMAN BUKIT DAHLIA JOHOR BAHRU - Lebih 100 orang penduduk Taman Bukit Dahlia memeriahkan program ‘Our Earth, Our Home’ sebagai inisiatif Johor Land Berhad (JLand) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) bagi memperingati Hari Bumi Sedunia yang disambut pada 22 April lalu. Sambutan Hari Bumi Sedunia ini diadakan di seluruh dunia sebagai tanda cinta dan sayang kepada alam sekitar. Naib Presiden Kewangan Kumpulan dan Bisnes JLand Berhad, Mariana Sidi berkata, program ini merupakan kali pertama yang diadakan oleh pihak JLand dan MPPG sempena Hari Bumi Sedunia. “Dengan adanya program seperti ini, ia dapat memberi galakan kepada masyarakat supaya mewujudkan persekitaran kawasan rumah yang lebih mesra alam dan ditumbuhi dengan tanaman hijau. “JLand juga berhasrat untuk menjadikan program ini sebagai acara tahunan bersama MMPG,” katanya di Majlis Pelancaran Rumah Teres Dua Tingkat Idaman 2 dan 3 di Taman Bukit Dahlia, di sini.
Tambah Mariana, kawasan rumah adalah ruang paling sesuai dan hampir dengan kita untuk berbakti pada tanah dan menjadikan tumbuhan hijau sebagai penyeri landskap rumah. Yang Dipertua MPPG, Hasrin Kamal Hashim (gambar) pula berkata, sebanyak 30 peratus daripada keseluruhan kawasan tanah Daerah Pasir Gudang di bawah pentadbiran MPPG adalah kawasan hijau. “Walaupun daerah ini pesat membangun dengan projek-projek perumahan, namun kawasan tumbuhan hijau juga menjadi kepentingan bagi memastikan setiap penduduk dapat menikmati penempatan dengan udara yang segar dan bersih. “Bukan itu sahaja, masyarakat juga perlu mewujudkan budaya kitar semula untuk bersama-sama membantu bagi mengelakkan dan mengurangkan pencemaran alam,” katanya ketika ditemubual. Salah seorang penduduk yang turut serta, Suzeliana Selamat, 50, berkata, aktiviti-aktiviti seperti ini perlu diperbanyakkan untuk memberikan kesedaran kepada mas-
yarakat tentang kepentingan memelihara bumi daripada berlaku kemusnahan. “Aktiviti menanam pokok bukan sahaja dapat mengelak daripada berlakunya hakisan tanah, tetapi secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah penipisan lapisan ozon,” ujar Suzeliana. Seorang lagi penduduk, Siti Halijah Enjah, 40, menyatakan bahawa budaya kitar semula ini telah lama diperkenalkan namun masih ramai yang tidak melakukannya. “Jadikan amalan kitar semula sebagai rutin dalam kehidupan kita tidak kira dimana sahaja kita berada. Oleh yang demikian, kita dapat mengurangkan jumlah sisa pepejal ke tapak pelupusan serta mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula,” kata Halijah. Antara jenis pokok yang ditanam adalah pokok kedondong, pokok buah jambu lohan, pokok buah cempedak, pokok nangka dan pelbagai jenis pokok buah-buahan dan pokok bunga. Program tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti pertandingan mewarna kanak-kanak dan pengumpulan barang-barang kitar semula yang disertai oleh lebih 50 orang peserta.
PASIR GUDANG – Tiada rombakan Exco akan dibuat ekoran peletakan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Latif Bandi baru-baru ini. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, perubahan portfolio yang dibuat ketika Abd Latif mula bercuti pada bulan lepas akan dikekalkan. “Portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan dipertanggungjawabkan kepada Datuk Md. Jais Sarday manakala perubahan portfolio Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi melibatkan Datuk Ayub Rahmat dan Ismail Mohamed akan dikekalkan,” katanya. Ditanya tentang kedudukan Abd Latif selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, beliau berkata Abd Latif masih menjalankan tugas itu kerana beliau belum disabitkan dengan sebarang kesalahan buat masa ini. Berkenaan jawatankuasa khas yang dibentuk bagi memantapkan soal permohonan, pengecualian dan pelepasan lot bumiputera, Mohamed Khaled berkata jawatankuasa itu telah bermesyuarat dan pengumuman berkaitan akan dibuat apabila sampai masanya. “Pada masa yang sama kita tahu bahawa kesan daripada isu ini, pihak SPRM memang mengkaji dan membuat syor serta cadangan kepada Kerajaan Negeri bagaimana sewajarnya kita mengemaskini proses dan prosedur. “Kerajaan Negeri menyambut baik saranan dan cadangan itu kerana ia bertepatan dengan hasrat dan matlamat kita membuat perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat,” ujarnya lagi.
6 BERITA
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
MASYARAKAT DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) GAMBIR TERIMA BENIH DURIAN DAN KELAPA PANDAN MENERUSI PROGRAM PERTANIAN RAKYAT OLEH KHAIRUN HANEFFA TANGKAK - Program Pertanian Rakyat yang dicetuskan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam pembentangan Bajet 2017 memberi manfaat kepada sebahagian masyarakat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir apabila menerima anak benih durian Musang King dan kelapa pandan. Wakil rakyatnya, Datuk M Asojan berkata pengagihan 200 anak benih durian dan 145 kelapa pandan itu dilaksanakan Jabatan Pertanian Daerah Tangkak kepada 23 Ketua kampung, empat Ketua Masyarakat Cina dan seorang Ketua Masyarakat India dalam DUN Gambir. “Mewakili rakyat di kawasan ini, saya berterima kasih kepada Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi, Ismail Mohamed yang menyahut cetusan idea berkenaan untuk kesejahteraan dan memberi peluang penduduk di kawasan Gambir menikmati manfaat program ini. “Walaupun program pertama ini tidak semua masyarakat di kawasan DUN Gambir yang menerima agihan berkenaan namun ia diharap dapat mengurangkan kebergantungan isi rumah membeli apabila pokok yang ditanam mengeluarkan hasil nanti,” katanya pada majlis mengagihkan benih berkenaan kepada penerima di Pejabat Khidmat Wakil Rakyat DUN Gambir di Dewan Serbaguna Bukit Gambir. Hadir sama, Pegawai Pertanian Daerah Tangkak, Mohd Hafizh Hussain dan Penghulu Mukim Grisek, Ishak Abu Bakar. Asojan berkata, menerusi Program Per-
tanian Rakyat itu Jabatan Pertanian Negeri Johor sudah mengagihkan sebanyak 8,405 benih pokok durian dan 5,946 benih kelapa pandan kepada masyarakat di 38 buah DUN dalam negeri ini. Ketua Kampung Sengkang Batu 20, Azaman Ahmad berkata program pengagihan benih durian dan kelapa pandan itu dapat mendekatkan lagi masyarakat dengan pemimpin serta jabatan kerajaan. Katanya, program ini perlu dibawa ke kampung-kampung pada masa akan datang supaya matlamat merakyatkan pertanian ini dapat sampai ke akar umbi malah kebanyakan petani tiada masa untuk bersama dalam program seumpama itu. Saad Adnan, 56, dari Kampung Parit Jarum Darat berkata program merakyatkan pertanian itu sangat baik untuk melibatkan sebahagian masyarakat untuk menanam sendiri pokok durian dan kelapa pandan di kawasan rumah masing-masing. Katanya, kawasan rumah atau kebun yang mereka miliki boleh ditanam dengan pokok berkenaan supaya apabila ia mengeluarkan hasil nanti generasi keluarga mereka dapat menikmatinya tanpa membeli di luar. “Usaha ini sangat baik jika diteruskan pada masa akan datang dan kerjasama erat antara wakil rakyat, Jabatan Pertanian dan pemimpin setempat memudahkan kejayaan program ini. “Mereka yang terpilih dalam program pertama ini diharap menjadi pemacu semangat kepada peserta akan datang,” katanya.
ORGANISASI, AGENSI JOHOR DIGALAK TANDATANGAN IBR ISKANDAR PUTERI - Semua organisasi dan agensi di negeri ini digalakkan untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi mewujudkan Johor yang bersih serta bebas rasuah. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap penjawat awam perlu memberi penekanan kepada soal integriti bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab serta bebas daripada sebarang perlakuan rasuah. “IBR dapat memastikan agar setiap penjawat awam lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama memegang jawatan dalam kerajaan. Setiap penjawat awam mestilah menjadi yang paling amanah, boleh dipercayai dan kukuh peribadinya. “Oleh itu, saya menggalakkan kepada semua organisasi dan agensi di negeri Johor agar memanjangkan IBR ini ke setiap anggota di organisasi dan agensi masing-masing. Melalui keseda-
ran ini kita berharap negeri Johor akan menjadi antara sebuah negeri yang bersih dan bebas daripada rasuah,” katanya. Mohamed Khaled berkata demikian ketika merasmikan program i-MOVE Kerajaan Johor di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, di sini, pada 25 April lalu. Beliau berkata, agenda itu adalah satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para pemimpin organisasi dan warganya atas kapasiti sebagai individu. Ia diperkenalkan bagi memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar dan janji dibuat secara sukarela,” tambahnya. Yang turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Azmi Rohani, barisan Exco Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Datuk M Asojan (kiri) menyerahkan benih kelapa pandan kepada penduduk kampung pada Program Pertanian Rakyat DUN Gambir di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Tangkak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Datuk M Asojan (kanan) menyerahkan benih durian Musang King dan kelapa pandan kepada Ketua Masyarakat Cina pada Program Pertanian Rakyat DUN Gambir di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Tangkak.
88,000 HARTANAH BUMIPUTERA TIDAK TERJUAL ATAS PELBAGAI SEBAB PASIR GUDANG – Sehingga kini terdapat kira-kira 88,000 unit hartanah status bumiputera yang tidak terjual di seluruh Negeri Johor atas pelbagai sebab. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, ia melibatkan pelbagai jenis hartanah seperti rumah kedai, kilang, apartmen dan sebagainya. “Kita akan cari jalan bagaimana hendak bantu pemaju dan bagaimana cara-cara hendak tawarkan kepada bumiputera dan sebagainya. Harga hartanah yang mahal adalah antara punca utama berlakunya masalah ini. “Mahal...Dan pasa masa yang sama apa sahaja pemaju buat termasuk kalau dia buat rumah RM10 juta sebanyak 10 unit, empat peratus kena jual kepada bumiputera. “Sebab itu ada pelepasan dan pemaju kena bayar dan kita ambil duit itu untuk kita bina untuk bumiputera di tempat lain. Itu memang strategi Kerajaan,” katanya selepas majlis Pecah Tanah Penempatan Semula Kampung Senibong dan Majlis Perasmian Mesyuarat Koperasi Kampung Senibong di sini, pada 1 Mei baru-baru ini. Berkenaan majlis penempatan semula itu, beliau berkata, penduduk yang terlibat dengan proses pemindahan akan berpindah ke satu kawasan yang akan diban-
gunkan semula di sekitar kawasan itu. Katanya, penempatan itu membabitkan kira-kira 100 penduduk kampung berkenaan. Penduduk dari kawasan berkenaan ditawarkan sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 1,400 kaki persegi berharga RM300,000 yang sebahagian besarnya ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan dijual kepada penduduk pada harga yang istimewa iaitu RM25,000. Katanya, selain rumah, turut akan dibina adalah lot-lot perniagaan yang akan dikelolakan oleh koperasi serta 200 unit rumah pangsa untuk generasi kedua kampung berkenaan. “Pada masa yang sama, koperasi di sini diberikan lot-lot perniagaan supaya dapat diteruskan restoran makanan laut dan koperasi ini akan mengelolakannya. “Kita menjangkakan fasa pertama projek ini akan bermula Oktober ini dan akan siap akhir tahun hadapan dan fasa kedua dijangka siap pada 2019, termasuk rumah-rumah untuk generasi kedua,” katanya. Yang turut hadir pada majlis itu ialah Datuk Bandar Johor Bahru, A.Rahim Nin dan Pengerusi Koperasi Kampung Warisan Senibong Johor Bahru Berhad, Yacob Sahadan.
BERITA 7
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
DAPAT ILHAM DAN INSPIRASI BUKA IMCOOP MELALUI AKHBAR JAUHAR
Pelanggan menggunakan Kad keahlian imCoop untuk mendapatkan diskaun.
YAYASAN PASIR GUDANG TAJA 100 KAD AHLI IMCOOP PASIR GUDANG - Yayasan Pasir Gudang menaja 100 buah keluarga berpendapatan rendah memiliki kad keahlian Kedai Harga Patut Muafakat Johor (imCoop). Penajaan kad keahlian ini diberi kepada keluarga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 yang juga penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM). Penolong Pegawai Tadbir Yayasan Pasir Gudang, Riyana Rabu (atas) berkata, senarai nama keluarga yang layak menerima tajaan ini dikumpulkan melalui data yang disimpan di dalam sistem serta bantuan dari pihak jawatankuasa penduduk kawasan ini. “Pihak Yayasan Pasir Gudang ingin membantu mereka yang kurang berkemampuan seperti golongan berpendapatan rendah, ibu-ibu tunggal serta orang kelainan upaya (OKU) mendapatkan kad keahlian secara percuma. “Ini adalah salah satu bentuk keperihatinan pihak Yayasan Pasir Gudang membantu mereka yang menetap ataupun berasal dari daerah ini. “Bagi orang awam yang ingin menjadi ahli imcoop, mereka perlu membayar yuran RM25 setiap seorang sekali seumur hidup. “Mereka yang menerima tajaan pada hari ini adalah penduduk yang tinggal di Taman Cendana dan Taman Bukit Dahlia. “Saya berharap agar lebih banyak cawangan imCoop dibuka di daerah ini bagi memudahkan masyarakat yang tinggal di kawasan-kawasan lain merasai kemudahan yang sama,” kata Ri-
yana. Riyana turut memberitahu, ruang dan keadaan kedai yang selesa serta berhawa dingin memberi keselesaan kepada setiap pengunjung yang datang. Salah s e o r a n g penerima tajaan Kad Keahlian imCoop yang juga peniaga kecil-kecilan, Zaleha Ali, 45, (bawah) berkata tambahan diskaun tiga peratus yang diberikan kepada setiap pemegang kad ahli imCoop sangat membantu dalam mengurangkan perbelanjaan untuk perniagaannya. “Kebiasaannya, saya akan membeli ba ra n g - ba ra n g keperluan niaga seperti bawang, gula dan minyak dengan kuantiti yang banyak dan oleh sebab itu saya memilih untuk berbelanja di sini. “Apabila perbandingan harga dibuat dengan kedai runcit lain, ternyata di imCoop adalah lebih murah dan pilihan yang ditawarkan juga lebih
Kad keahlian imCoop.
pelbagai,” ujar Zaleha. Sebagai ibu tunggal, Tumini Yusof, 67, (bawah) berkata, dia sangat beruntung kerana tidak perlu membayar yuran keahlian dan sekali gus dapat membeli barang dengan harga yang lebih rendah. “Pembukaan kedai harga patut ini banyak membantu dari segi kos harian kerana saya hanya bergantung kepada pemberian bulanan dari anak-anak setelah kematian suami,” ujar Tumini. Seorang lagi penerima Kad Keahlian imCoop, Nur Aiyna Abdullah Jali, 35, (bawah) bersyukur kerana cawangan imCoop ini dibuka berdekatan dengan rumahnya. “Saya rasa amat bertuah apabila kedai harga patut imCoop dibuka berdekatan dengan kediaman kami dan memudahkan saya untuk berbelanja barangan keperluan harian,” katanya. Penyerahan Tajaan Kad Keahlian imCoop kepada 100 keluarga disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Majlis Perasmian Kedai Harga Patut Muafakat Johor (imCoop) Taman Bukit Dahlia, dekat sini, pada 21 April lalu.
PASIR GUDANG – Pengendali Kedai Harga Patut Muafakat Johor (imCoop) Cawangan Bukit Dahlia, di sini berkata, dia tertarik dengan konsep perniagaan yang diperkenalkan melalui imCoop selepas membacanya menerusi hasil liputan oleh akhbar Jauhar. “Saya amat tertarik dengan konsep perniagaan yang ditawarkan oleh imCoop selepas membaca liputan dalam akhbar Jauhar lebih setahun lalu dan mengambil keputusan untuk membuka sebuah outlet di sini yang telah beroperasi sejak 3 April lalu. “Sejak dibuka, kami menerima respons yang positif daripada para pelanggan kerana ada pelanggan yang terkejut adakah syarikat saya masih boleh mendapat keuntungan dan mampu bertahan sedangkan harga barangan yang dijual di sini boleh dianggap lebih murah daripada pasaraya terkenal. “Sebagai anak jati Pasir Gudang, hasrat saya melalui pembukaan cawangan imCoop untuk membantu masyarakat di sini khususnya golongan kurang berkemampuan dengan membuat pilihan berbelanja barangan basah mahupun keperluan lain dengan harga amat berpatutan,” kata Khairul Azli Alias (gambar) ketika ditemui Jauhar. Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pembukaan Outlet imCoop ke-13 di Taman Bukit Dahlia pada 21 April lalu yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin. Khairul yang pernah bertugas di luar negara sebagai jurutera, terpanggil mengusahakan rangkaian kedai harga patut miliknya sendiri untuk membantu masyarakat setempat khususnya golongan kurang berkemampuan membeli barangan keperluan harian dengan harga jauh lebih rendah. Menggunakan modal sendiri tanpa sebarang bentuk sokongan kewangan daripada mana-mana institusi, Khairul Azli berharap langkah yang dipelopori South East Lion sebagai outlet milikan pertama beroperasi melalui syarikat sendiri akan menarik minat dan keyakinan pihak lain untuk membuka cawangan imCoop yang baharu. Ia selaras sebagai menyokong aspirasi penubuhannya iaitu bertujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat di negeri ini manakala Cawangan Bukit Dahlia merupakan outlet kedua dibuka di kawasan Pasir Gudang selepas Kebayan Nenas yang dirasmi-
kan pada 28 November 2015. Khairul Azli menambah, selepas dua minggu beroperasi, barangan komoditi seperti tepung, gula dan beras memberikan impak jualan memberansangkan oleh penduduk setempat. Cawangan imCoop Taman Bukit Dahlia dengan jumlah barangan melebihi 1,359 jenis mampu mengutip anggaran jualan RM700 hingga RM1,000 sehari. Sementara itu, Pengerusi Koperasi Iskandar Malaysia Berhad Syed Salim Syed Mohamed berkata, pembukaan outlet imCoop Bukit Dahlia ini yang merupakan outlet milik syarikat sendirian berhad membuktikan bahawa konsep perniagaan imCoop mampu menarik minat pelabur dan usahawan tempatan melalui beberapa pilihan perkongsian perniagaan yang ditawarkan. “Perasmian outlet imCoop ini oleh Menteri Besar telah menzahirkan kesungguhan beliau bagi memastikan kejayaan imCoop dan memenuhi inspirasi sosial untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat berbelanja barangan keperluan harian dengan harga patut. “Di atas kesungguhan ini, Kerajaan Negeri melalui bajet 2017 telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM2 juta untuk memperbanyakkan pembukaan kedai imCoop oleh koperasi asas seluruh Johor. “Dana diperuntukkan Kerajaan Negeri juga turut disertai kemudahan pembiayaan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui tabung modal pusingan,” katanya. Semua strategi digariskan mampu menggalakkan pertumbuhan imCoop seterusnya merealisasikan sasaran pembukaan 150 outlet imCoop di seluruh Johor. Mohamed Khaled pada sidang media selepas majlis berkenaan berkata, sebanyak dua lagi outlet akan dibuka di Desa Mutiara dan Desa Rakyat dalam masa terdekat.
8 BERITA
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
JABATAN PERIKANAN BANTU TINGKATKAN PENDAPATAN NELAYAN TRADISI MELALUI PROJEK TERNAKAN IKAN AKUAKULTUR Pendapatan hasil daripada projek ini mencecah RM30,000 bagi tempoh empat bulan dan menunjukkan peningkatan yang memberansangkan dari semasa ke semasa GELANG PATAH - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Perikanan berganding bahu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup nelayan tradisi melalui aktiviti ternakan ikan akuakultur yang juga menyumbang kepada kecukupan bekalan makanan negara. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, kerajaan mensasarkan purata pendapatan nelayan akan meningkat sebanyak 70 peratus menjelang tahun 2020. “Projek ternakan ikan akuakultur dilihat dapat membantu para nelayan tradisi menangani ketidakstabilan punca pendapatan terutamanya semasa musim tengkujuh yang menjadi kekangan kepada nelayan untuk menjalankan aktiviti penangkapan di laut. “Industri akuakultur ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan pengeluaran ikan pada masa hadapan. “Jaminan bekalan ikan akan terus menjadi cabaran yang besar di masa hadapan akibat daripada perubahan iklim, faktor pembangunan, perdagangan dan kenaikan harga input. “Kesinambungan bekalan ikan yang mencukupi bergantung
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ahmad Shabery Cheek (dua dari kiri) melepaskan anak-anak ikan ke dalam sangkar ternakan.
kepada daya maju perusahaan ini untuk menjamin pendapatan kepada nelayan dan penternak ikan,” jelas Ahmad Shabery pada sidang media semasa melawat Projek Ternakan Ikan Sangkar Marin Koperasi Permodalan Nusajaya Johor Berhad di Perairan Muara Sungai Pendas pada 22 April lalu. Tambahnya lagi, usaha ini adalah intervensi kerajaan untuk menangani cabaran
tersebut melalui pelaksanaan projek akuakultur mengikut kategori sistem ternakan seperti kluster sangkar ikan laut serta kupang dan kerang secara berkelompok. Setiausaha Projek Ternakan Ikan Sangkar Marin, Abdul Halim Abdullah (gambar) ketika ditemui menjelaskan, menerusi projek akuakultur ini, pihak Koperasi Permodalan Nusajaya Johor Berhad melaksana dan menyediakan bekalan ikan segar terus kepada pemborong. “Projek ini dilaksanakan bagi
menyahut seruan kerajaan dan secara tidak langsung dapat membantu menangani masalah yang sering dihadapi oleh nelayan, penternak dan juga pemborong. “Ia bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan para nelayan malah turut memberi manfaat kepada ahli-ahli koperasi melalui pulangan dividen,” katanya ketika ditemui Jauhar. Abdul Halim berkata, pihaknya memperoleh geran dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak
RM400,000 dan dipecahkan mengikut beberapa kelompok yang terdiri daripada infrastruktur sangkar, benih ikan, makanan ikan dan juga latihan. “Projek tersebut telah mula dijalankan pada Mei tahun lalu dan ia menunjukkan kesan yang amat positif kepada kami. “Pendapatan projek tersebut mencecah RM30,000 bagi tempoh empat bulan dan menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa. “Kami bukan sahaja memasarkan ternakan tetapi turut membantu para nelayan menjual hasil tangkapan mereka terus kepada pembeli. “Pihak Jabatan Perikanan turut bersama-masa menyokong usaha ini dengan memberikan khidmat nasihat dan bimbingan teknikal kepada peserta-peserta projek,” ujarnya. Terdapat 45 unit petak sangkar bersaiz 144 kaki persegi setiap satu yang diusahakan oleh pihak koperasi. Antara spesis ikan yang diternak adalah ikan kerapu hibrid, ikan siakap, ikan merah dan juga ikan gerung belang. Konsep pelaksanaan projek tersebut dilakukan secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Kerajaan Negeri, Jabatan Perikanan, Pertubuhan Peladang Kawasan dan Persatuan Nelayan Kawasan serta Syarikat Peneraju.
Ikan Kerapu ialah salah satu jenis ikan yang diternak.
Ikan Merah yang diternak di dalam sangkar.
Anak Ikan yang akan dilepaskan ke dalam sangkar.
Ahmad Shabery menandatangani plak perasmian Projek Ternakan Ikan Sangkar Marin, Koperasi Permodalan Nusajaya Johor Bhd.
BERITA 9
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
NASIR BAWA PULANG RM10,000 & IKAN KURAU 16 KILO KOTA TINGGI - Penganjuran pertandingan memancing di Sungai Johor - Kulim Kota Tinggi Boat Fishing Challenge diteruskan untuk tahun kelima berturut-turut oleh Pejabat Daerah Kota Tinggi dan Johor Corporation melalui Kulim (Malaysia) Berhad yang berlangsung di Kulim Eco Trail Retreat, Ladang Basir Ismail (Nam Heng) di sini, 22 April lalu. Pertandingan Kulim Kota Tinggi Boat Fishing Challenge 2017 menyaksikan lebih 100 pemancing yang menaiki 75 bot memulakan cabaran tepat pukul 8 pagi dan tamat jam 1 petang bagi merebut hadiah wang tunai RM20,000 yang ditawarkan. Majlis perasmian pertandingan ini telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Fizwan Rashidi. Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, penganjuran pertandingan memancing ini adalah untuk mempromosi serta memperkenalkan Kulim Eco Trail Retreat sebagai sebuah destinasi pelancongan eko yang terulung di Negeri Johor. “Penganjuran pertandingan ini juga menjadi satu daripada tanggungjawab korporat Johor Corporation menerusi Kulim (Malaysia) Berhad dalam usaha mengajak lebih ramai masyarakat beriadah dengan cara sihat sambil berkongsi idea dan pendapat berkenaan potensi Sungai Johor yang dilihat mempunyai pelbagai
produk yang boleh dikomersialkan ke peringkat nasional mahupun antarabangsa,” ujarnya. Pertandingan kali ini menyaksikan Nasir Yahya, dari Sungai Tiram muncul sebagai juara dengan kejayaan menaikkan ikan Kurau seberat 16.31 kilogram. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta hamper. Tempat kedua pula dimenangi oleh Ismail Abdullah, dari Ladang Basir Ismail Kota Tinggi, yang berjaya membawa naik ikan Siakap seberat 1.23 kilogram sekali gus meraih hadiah wang tunai RM3,000. Tempat ketiga menjadi milik Jafar Shahadan dari Sungai Tiram dengan ikan Sembilang seberat 1.19 kilogram membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000. Sebuah motosikal yang ditawarkan sebagai hadiah utama cabutan bertuah menjadi milik Muhammad Fariez Alimintono dari Kampung Tenang, Sungai Tiram. Selain memancing, acara sampingan lain yang turut diadakan ialah Pertandingan Kulim Badang Man Challenge yang disertai 11 orang kuat dari seluruh Malaysia. Hadiah utama bernilai RM1,000 menjadi milik Abd Rasyid Abdul Rahman, 30, dari Pontian. Badang merupakan sebuah produk keluaran Edaran Badang Sdn Bhd syarikat dalam Kumpulan Kulim (Malaysia) Berhad. Badang atau mechanical buffalo mer-
Pemenang Kulim Kota Tinggi Boat Fishing Challenge 2017 bersama hadiah masing-masing.
upakan jentera ringan untuk kegunaan di ladang kelapa sawit Kulim di mana Badang ini turut dijual ke seluruh Malaysia. Memeriahkan lagi acara adalah Sukan Rakyat yang diadakan khas untuk masyarakat sekitar dengan penyertaan dari 100 peserta mewakili beberapa kampung dari mukim sama. Sebanyak 4 jenis aktiviti dipertandingkan iaitu Terompah Gergasi,
Panjat Tiang Licin, Tarik Tali dan Boling Kelapa dengan hadiah wang tunai bagi setiap aktiviti ditawarkan kepada pemenang. Turut bersama menjayakan acara adalah Majlis Daerah Kota Tinggi, Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ), Convenue Marketing Sdn Bhd, Joran Bagus dan Kelab Sukan & Rekreasi Tiram (KSRT).
KARNIVAL MUAFAKAT TANI DUN KEMELAH CAPAI SASARAN SEGAMAT – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dan juga ADUN Kemelah, Datuk Haji Ayub Rahmat yakin dengan potensi pembangunan industri asas tani menjadi nadi penggerak ekonomi Segamat. Usaha kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menganjurkan Karnival Muafakat Tani Johor Daerah Segamat yang telah berlangsung bermula pada 21 hingga 23 April 2017. Sebagai sebuah daerah yang menjadi tumpuan utama bagi sektor pertanian dan industri asas tani, Segamat merupakan lokasi yang ideal bagi para usahawan, dan penduduk sekitar bergiat secara aktif dalam industri ini. Turut hadir sama merasmikan majlis adalah Ismail Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Kedudukan strategik, bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Pahang, Segamat telah dipilih menjadi perintis bagi program Agro Mix Farm atau Kebun Nukleus yang telah diumumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin pada Mac lalu. Sejumlah RM1.25 juta telah diperuntukkan bagi projek ini, yang bertujuan untuk membantu dan mendidik peserta yang berumur di bawah 40 tahun dan yang menubuhkan perniagaan pertanian di daerah Segamat. Objektif program ini ialah mewujudkan platform pemasaran dan promosi untuk petani tempatan untuk meningkatkan hasil makanan negara dan untuk membentuk satu daya tarikan agro-pelancongan di Segamat Ini merupakan projek perintis yang memberi penekanan kepada pengeluaran produk berasaskan pertanian, penternakan dan akuakultur. Projek yang
Ayub Rahmat dan Ismail Mohamed ketika merasmikan Karnival Muafakat Tani DUN Kemelah baru-baru ini.
merangkumi tanaman makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan bahkan ternaikan ikan tilapia merah dan ternakan rusa. Seramai lebih 5,000 pengunjung daripada sekitar daerah Segamat dan daerah-daerah berhampiran telah mengunjungi program yang diadakan selama 3
hari ini dengan sasaran pulangan melebihi RM50,000 melalui kutipan jualan daripada lebih 40 lot jualan produk usahawan dan pameran agensi yang disediakan. Program yang dijayakan bersama dengan lebih daripada 20 agensi kerajaan negeri Johor ini telah memperlihatkan
kepelbagaian inovasi, produk dan perkhidmatan industri asas tani kepada para pengunjung di Dewan Taman Pelangi, Segamat. Karnival ini juga turut menyajikan dengan pelbagai program dan aktiviti sepanjang tiga hari berlangsung serta persembahan daripada artis jemputan.
10 GALERI
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
‘RIDE FOR JALIL’ BERJAYA KUTIP LEBIH RM850,000 PROGRAM amal ‘Ride For Jalil’ yang bermula dari Muar ke Pasir Gudang pada 29 April lalu berjaya mengumpul dana melebihi RM850,000. Pelbagai pihak tampil menyo-
kong program amal itu yang menyaksikan lebih 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi berkonvoi sejauh 238km diketuai Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.
Acara yang julung kali diadakan ini turut disertai paduka adinda, Tunku Abu Bakar dan Tengku Temenggong Terengganu, Tengku Dato’ Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah.
Acara anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor ini, selain untuk mengumpul dana bagi membantu pesakit kanser, adalah untuk memberi kesedaran tentang penyakit berkenaan kepada masyarakat.
Ketibaan Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar serta penunggang motosikal yang lain di Batu Pahat.
Tunku Abdul Rahman berkenan mencuba permainan lumba motosikal ketika di Kluang.
Tunku Abdul Rahman menerima ‘mock cheque’ hasil kutipan dana sebanyak RM850,170 untuk disalurkan ke tabung Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.
Tunku Panglima Johor beramah mesra bersama rakyat di Muar.
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
GALERI 11
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mewakili Sultan Johor di Majlis Multaqa Ulamak Darul Ta’zim Ke-5 di Persada Johor, Johor Bahru pada 27 April lalu.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tengah) dan Tungku Idris Al-Haj (kanan sekali) bersama Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan Exco Agama, Abd Mutalip Abd Rahim (kiri sekali) pada Majlis Multaqa Ulama’ Darul Ta’zim.
Orang ramai yang menghadiri Majlis Multaqa Ulama’ Darul Ta’zim. - Foto ihsan Official Sultan Ibrahim.
12 FOKUS
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
INSTITUSI KELUARGA ASAS KEUTUHAN MASYARAKAT PERHIMPUNAN Multaqa Ulama sebagai sebuah wadah yang gemilang dalam membina insan yang bermoral dan bersahsiah terpuji. Baginda Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud bahawa terdapat dua golongan dari kalangan manusia iaitu jika baik mereka, maka baiklah umat manusia. Dan jika buruk mereka, maka buruklah umat manusia. Dan kedua-dua golongan tersebut adalah, ulama (yakni ahli agama) dan umara’ (iaitu pemerintah) Berbekalkan pesanan tersebut saya yakin Multaqa Ulama adalah sebuah medium dalam membawa lonjakan serta pacuan baharu kepada kedua-dua peranan ulama dan umara’ dalam membina dan membentuk masyarakat kita. “Memperkasa Institusi Keluarga Muslim” merupakan tema yang sangat signifikan dalam menjayakan program sebegini kerana dengan ikatan yang erat antara satu sama lain, hasrat Johor menjadi sebuah negeri yang berkesejahteraan akan lebih mudah tercapai sekaligus akan membentuk gandingan yang akrab dengan para ulama dan umara’ untuk membentuk sebuah komuniti yang sihat dan beriltizam tinggi. Pada pendirian saya, untuk menjadi negeri dan masyarakat yang terbaik, ia bukan hanya tanggungjawab sang pemerintah, malah ianya perlu didorong oleh seluruh masyarakat termasuklah
unit paling kecil dan asasi, iaitu institusi keluarga. Menjejaki pengajaran peradaban dunia yang telah berlaku zaman silam, keluarga telah menjadi unit asas yang sangat penting dalam membina kehebatan zaman dan modal insan mereka. Tiada satupun peradaban dunia yang berjaya dibina tanpa sokongan padu daripada unit asasi iaitu institusi keluarga. Sesungguhnya keluarga adalah tulang belakang dalam mencapai setiap inci pembangunan khususnya pembangunan modal insan dan masyarakat. Institusi keluarga adalah unit asas dalam masyarakat yang berkait rapat dengan jalinan hubungan para ulama dan umara’ dalam sesebuah institusi pemerintahan bagi membolehkan sesebuah kawasan atau wilayah itu ditadbir sempurna dengan tanpa kecacatan yang ketara. Saya pasti nurani semua umat Islam juga mengakui, bahawa umat Islam pada waktu ini berada di persimpangan yang san-
gat getir iaitu kita diancam oleh cabaran untuk keberlangsungan dan pengaruh entiti barat yang membuncahkan lagi kehidupan berbudaya Islam dan Melayu kini. Terkadang setiap inci kehidupan kita dinihari semua adalah hasil cedokan total ‘The blueprint of western modernisation’ lantas itu, majlis Multaqa Ulama diadakan dengan jayanya bagi memberikan ruang dan peluang buat semua masyarakat menyedari dan menyelami isi sebenar kehidupan kita dalam membina agama, bangsa dan negara yang tercinta dengan jalan dan ruang kuasa yang berteraskan Islam sejati. Multaqa Ulama memberikan segala suluhan, pencerahan dan mengemukakan segala pemikiran tentang bagaimana institusi sepenting keluarga boleh menjadi sebuah benteng paling unggul dalam mempertahankan umat Islam dari kempen sistematik, imperialisasi budaya dan pemikiran barat.
Dengan tegasnya saya berkeyakinan tinggi jika institusi keluarga diperkukuhkan maka tidak syak lagi Johor bergelar negeri berkesejahteraan yang aman dan sentosa. Ramai kini yang giat menyalahkan pemerintah jika perjalanan kalangan keluarga mereka tersasar terutama anak-anak kini yang mudah terjebak dalam pelbagai agenda negatif sosial tetapi tanpa disedari sebenarnya kesemua itu bermula daripada didikan keluarga daripada rumah, bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Justeru, lenturan itu perlu dipergiat oleh kaum keluarga sendiri untuk menjamin kehidupan kita kondusif dalam erti kata bertetapan dengan norma Islam yang sejati. Secara khususnya kita perlu membangunkan keluarga yang sakinah dan itu adalah amanat Allah SWT yang diutuskan buat kita terutama dalam konteks membina keluarga yang bahagia. Multaqa Ulama adalah penting dalam memainkan peranan dalam menyebarluaskan erti sebenar tema dan mauduk yang ingin dihebahkan kepada segenap masyarakat terutama yang beragama Islam. Peranan utama yang harus dimainkan adalah memastikan bahawa institusi keluarga boleh diperkasakan bukan sahaja sebagai unit asas dalam masyarakat. Sebaliknya, sebagai unit yang benar-benar berfungsi untuk memacu pembangunan bang-
sa dan negara. Peranan kedua ialah institusi keluarga muslim yang berupaya melahirkan individu-individu berpewatakan dan berketahanan unggul yang tidak terjerumus dengan nilai, budaya dan citra asing. Multaqa Ulama juga memainkan peranan yang ketiga iaitu memartabatkan institusi keluarga menjadi benteng terkuat masyarakat. Bukan sahaja bagi mengelakkan ahli keluarga daripada terlibat dalam masalah sosial. Tetapi, menjadikan keluarga sebagai entiti yang berupaya untuk menerima, merawat dan memulihkan kembali mereka yang tersasar haluan hidup. Peranan yang seterusnya ialah sebuah institusi keluarga boleh menjadi tempat tersemai dan suburnya segala aspirasi baik yang kita perkenal dan pertahankan selama ini, sejujurnya supaya dapat kita bersama-sama membina sebuah negeri yang inklusif dan membangun daripada segenap aspek terutama moral dan nurani dalam konteks kehidupan umat islam kini. Menjadi kebanggaan kita sebagai seorang Bangsa Johor yang beragama Islam, ialah pemikiran Johor berkemajuan dan kemahuan untuk hidup secara bermuafakat. Sesebuah nilai yang baik akan menjadi pengangan dan panduan kita di negeri Johor, yang mesti terus disemai dan disuburkan melalui institusi keluarga.
DELEGASI DARI CHINA BERMINAT JALINKAN KERJASAMA PERNIAGAAN DI JOHOR JOHOR BAHRU - Seramai 45 orang delegasi dari Negara China mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan pada 25 April lalu. Dalam pertemuan itu delegasi berkenaan terlah diberi taklimat mengenai pembangunan pesat yang sedang berlaku di Johor serta tayangan video mengenai kebudayaan negeri. Tee Siew Kiong berkata, delegasi ini berminat untuk menjalinkan kerjasama dua hala bersama Malaysia terutama dengan usahawan dari Johor kerana tertarik dengan pembangunan, lokasi strategik serta persekitaran yang menarik. “Usahasama yang bakal terjalin ini akan mencapai sasaran menjadikan perniagaan dan usahawan dari negeri ini menghasilkan produk untuk dipasarkan keperingkat global. Johor yang terletak berhampiran Singapura dengan pelabuhan yang strategik serta komunikasi yang tidak menjadi masalah bagi delegasi ini antara penyebab mereka tertarik untuk jalinkan usahasama ini,” ujar Tee. Salah seorang delegasi yang ditemui Lirong (kanan) berkata, beliau begitu tertarik untuk menjalankan perniagaan bersama usahawan dari negeri ini kerana melihat terlalu banyak peluang yang belum diterokai.
Para Delegasi usahawan dari China bergambar bersama Tee Siew Kiong.
“Semalam saya telah membeli sebuah rumah bernilai RM2.2 juta di Forest City dan akan jadikan Johor rumah kedua saya kerana terlalu banyak peluang perniagaan yang boleh dilakukan bersama perniaga atau usahawan dari negeri ini. “Tidak mustahil usahawan dari negeri ini mampu memasarkan barangan keluaran mereka sehingga ke peringkat global dengan jalinan kerjasama ini,” kata Lirong. Presiden Persatuan Usahawan Malaysia - China, Ray Wong (kanan) berkata, kesemua delegasi ini pertama kali men-
jejakkan kaki ke negeri ini dan mereka sudah melihat banyak peluang yang terbuka untuk dibawa ke negara mereka. “Kebanyakkan mereka adalah dari sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang mampu menjana pendapatan tinggi kerana hasil pengeluaran produk mereka mendapat permintaan yang tinggi. “Pada usahawan IKS yang mempunyai produk yang menarik mereka boleh menghubungi kami untuk memperkenalkan produk mereka kepada delegasi ini atau pun dibawa produk mereka ke China,” ujar beliau. Tee Siew Kiong juga menegaskan,
dengan penduduk Negara China yang melebihi 1.3 bilion orang sudah cukup untuk usahawan dari negeri ini memasarkan barangan keluaran mereka ke negara tersebut secara besar-besaran. “China terkenal dengan pelbagai produk malahan banyak produk mereka memasuki negara kita dan terdapat di seluruh negeri. “Kita juga mempunyai produk yang boleh memasuki pasaran mereka seperti nenas, durian dan buah-buahan yang telah diproses sebagai ‘dry food’ atau sebagainya selain produk pembuatan,” kata Tee Siew Kiong.
BERSAMA WAKIL RAKYAT ANDA 13
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
MASYARAKAT YANG BERILMU DAN BIJAKSANA AGENDA SAYA - ADUN KEMPAS KAWASAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas dikategorikan sebagai kawasan bandar dan mempunyai populasi penduduk yang hampir seimbang dengan Melayu 53.5 %, Cina 38.2 % India 7.3 % dan lain-lain 1 %. Pendapatan utama bagi penduduk di kawasan ini adalah bekerja dengan kerajaan dan pihak swasta tidak kurang juga yang bekerja di negara jiran, Singapura. Masyarakat Kempas begitu selesa dengan wakil rakyat mereka Datuk Tengku Putra Harun Aminurrashid Tengku Abdul Hamid Jumat yang sentiasa bertindak dalam kadar segera apabila masalah mereka dimaklumkan. Sebagai seorang wakil rakyat Tengku Putra menyelesaikan segala permasalahan rakyat tanpa mengira waktu dan beliau tidak mengamalkan protokol yang membebankan dalam urusan bersama masyarakat terutama apabila melibatkan permasalahan. Semua permasalahan dalam Kempas yang tidak melibatkan masalah teknikal dapat diselesaikan termasuk lebih 1,900 aduan yang diterima sejak tahun 2013 dan lebih 94 peratus telah pun diselesaikan. Seorang penduduk yang mengenalkan dirinya sebagai Lim dan enggan gambarnya dirakam menunjukkan pesanan bergambar melalui whatsapp tentang masalah jalan yang berlubang dimaklumkan kepada Tengku Putra hanya melalui pesanan ringkas tersebut. “Dalam masa tidak sampai empat hari masalah yang saya sampaikan melalui telefon telah pun diambil tindakan segera. “YB Tengku Putra memang seorang wakil rakyat yang bagus dan beliau begitu mengambil be-
rat masalah masyarakat dalam kawasan Kempas,” ujar Lim. Seorang ketua masyarakat India, Ramakrishnan Appana, 66, berkata Tengku Putra adalah seorang pemimpin yang senang ditemui dan tidak perlu membuat temujanji terlebih dahulu untuk berjumpa dengan beliau. “Saya selalu datang ke pejabat YB Tengku Putra apabila ada perkara penting melibatkan permasalahan masyarakat India atau pun berkenaan kuil. “Beliau sentiasa ada di Pejabat Pusat Khidmat Adun Kempas sehingga malam jika tidak ada program dan apabila bertemu beliau tidak pernah menghampakan hasrat masyarakat,” kata Ramakrishnan. Seorang pesakit buah pinggang, Mohd Razali Mohd Taib, 55 yang ditemui berkata, Tengku Putra seorang pemimpin yang berjiwa besar dan sentiasa peduli kepada masalah masyarakat dalam kawasan Kempas. “Beliau seorang pemimpin yang ikhlas dan membantu masyarakat Kempas tanpa mengira waktu malah beliau akan memastikan setiap apa yang beliau lakukan akan membuahkan hasil. “Beliau banyak membantu saya dan jika saya tidak datang ke pejabat beliau lebih dari dua minggu, beliau sendiri akan menelefon saya bertanyakan khabar. Inilah sifat kepimpinan terpuji yang ada pada beliau,” katanya. Bagi Tengku Putra Haron Amirnurrashid, masalah masyarakat adalah tugas hakiki yang wajib beliau laksanakan sebagai seorang wakil rakyat dan tak perlu untuk dihebohkan kepada umum. “Pusat Khidmat dibuka setiap hari kecuali pada hari Sabtu dan setiap orang dalam kawasan Kempas boleh menelefon saya
Bersama anak muda Kempas memberi sokongan kepada pasukan JDT.
Lawatan kerumah orang-orang tua Tampoi.
pada setiap masa dan saya akan jawab atau akan telefon kembali jika pada waktu itu saya ada tugas atau pun dalam dewan. “Telefon bimbit saya dibuka 24 jam malahan rumah saya di no 15, Jalan Waspada, Marine Vista, Straits View sentiasa terbuka untuk masyarakat jika mereka tidak dapat hubungi saya malahan pagar rumah sentiasa terbuka jika saya ada dirumah. “Masih banyak perkara penting yang melibatkan masyarakat Kempas yang menjadi agenda saya dan menjadikan mereka insan yang berilmu, bijaksana dan antaranya tentang undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan,” ujar Tengku Putra. Beliau telah berusaha mencetak sebanyak 1000 naskhah buku Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor yang di tulis dalam ‘jawi’. Buku-buku ini diberikan kepada ketua-ketua kampung, ketua masyarakat dan pemimpin dalam kawasan Kempas sebagai rujukan agar mereka menjadi pemimpin yang berilmu. Ini juga adalah saranan Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin yang mahukan Bangsa Johor yang berilmu dan
Tengku Putra mengambil saranan Mohamed Khaled sebagai satu amanah yang harus dilaksanakan oleh beliau sebagai salah seorang dari wakil rakyat yang mewakili Kerajaan Negeri. Bagi usahawan yang mempunyai minat dan berbakat Tengku Putra akan membantu mereka mendapatkan tempat atau pun kedai agar mereka dapat memberikan sepenuh komitmen kepada usaha mereka dan menjadi usahawan yang berjaya. Beliau akan melawat mereka apabila ada kelapangan untuk bertanya khabar dalam masa yang sama memberikan kata-kata semangat dan bertanya jika ada apa-apa masalah lain semasa menjalankan perniagaan. Usahawan yang cenderung kepada perniagaan digital juga dibantu dengan memberikan mereka peruntukan membeli kamera digital untuk mereka gunakan dengan bijaksana mencari sumber pendapatan terutama dalam majlis keraian atau pun majlis perkahwinan. Masyarakat Kempas mengenali Tengku Putra sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat kerana beliau sendiri turun padang apabila berlaku musi-
bah atau pun bencana alam yang melibatkan masyarakat dalam kawasannya. Perjumpaan dengan masyarakat, golongan belia, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan NGO-NGO sering diadakan termasuk makan santai bersama pemandu teksi dipinggir jalan tanpa ada perasaan kekok atau malu. Bagi Tengku Putra, pemimpin dan masyarakat tidak perlu ada jurang dan sebagai pemimpin beliau harus turun ke bawah berjumpa masyarakat dan merasai serta menghayati denyut nadi mereka. Tengku Putra juga berkata, beliau dianggap lantang dalam menyuarakan hak rakyat termasuk ketika di dalam Dewan Undangan Negeri kerana bagi beliau itu adalah satu amanah dan tanggungjawabnya kepada Allah S.W.T dan rakyat yang memilih beliau di DUN Kempas. Beliau mewarisi sifat Almarhum ayahanda beliau,Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat bekas Timbalan Ketua Menteri Singapura merangkap Menteri Perumahan dan Tanah Singapura dari tahun 1955 sehingga 1959. Ayahanda beliau juga adalah tokoh pemimpin UMNO dengan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO Malaya bersama Tun Dr Ismail Abd Rahman dan Dato’ Sulaiman Abd Rahman pada tahun 1957 sehingga 1959 sebelum di lantik menjadi Duta Besar Malaysia ke 10 buah negara dari tahun 1963 sehingga 1972. Beliau telah dibesarkan di 10 buah negara tersebut dari usia beliau tiga bulan sehingga beliau berusia 9 tahun dan antara negara yang Almarhum ayahanda beliau berkhidmat adalah Jerman Barat, Filipina, Mesir, Maghribi, Sudan, Lebanon, Belanda, Belgium, Luxemburg dan Denmark.
14 KEUSAHAWANAN JOHOR
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
PROGRAM GALAKAN USAHAWAN BANTU PENGUSAHA DI DAERAH OLEH NUR SHIQAH HASNGADON PONTIAN - Penolong Pegawai Pertanian Daerah Pontian, Syazwani Sapari berkata, Bantuan Projek Industri Kecil (PIK) adalah salah satu usaha di bawah Program Galakan Usahawan (PGU) bagi membantu dan membangunkan pengusaha industri kecil tempatan. “Nilai keseluruan bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi kawasan ini adalah berjumlah RM57,200. Secara puratanya, setiap pengusaha yang layak akan menerima bantuan pertanian bernilai RM7,000. “Skop bantuan PGU meliputi semua projek industri hiliran yang berasaskan tanaman, ternakan dan juga aktiviti memproses makanan,” jelas Syazwani. Tambah beliau, ia bertujuan membantu para usahawan industri kecil mempergiat pengeluaran produk-produk mereka dengan lebih efisen dan berkualiti tinggi. “Bagi PIK, bantuan diberikan dalam bentuk mesin, peralatan serta kelengkapan perniagaan lain yang diperlukan oleh mereka. “Pemohon bantuan PIK haruslah mencapai nilai pengeluaran sekurang-kurangnya RM20,000 hingga RM100,000 setahun bagi melayakkan mereka sebagai penerima. Permohonan dilakukan melalui Pejabat Pertanian Daerah dan seterusnya keputusan dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Johor,” katanya. Salah seorang penerima bantuan pertanian ini, Kamalon Basir, 55, ketika ditemui berkata, permohonan memiliki sebuah mesin penghiris kerepek akhirnya berjaya apabila pihak dari Pejabat Pertanian Daerah Pontian menghubunginya memaklumkan
Mohamed Khaled menyampaikan surat bantuan Projek Industri kecil kepada Kamalon. - FOTO OLEH AIDIL HUSSAIN
perkara itu baru-baru ini. “Mesin tersebut akan memudahkan saya menjalankan proses menghiris dengan cepat dan berskala besar pada satu-satu masa. Sebelum ini, ia dilakukan secara manual dan memerlukan penelitian yang sepenuhnya kerana proses tersebut agak merumitkan,” katanya. Seorang lagi penerima, Hamidah Tabek, 46, melahirkan rasa gembira kerana penyediaan ayam segarnya kini dapat dijalankan dengan lebih efisien serta mudah
berbanding sebelum ini. “Mesin merebus ayam yang diperolehi menerusi skim bantuan ini telah membolehkan saya memproses sehingga 20 ekor ayam dalam satu-satu masa. “Bukan itu sahaja, mesin ini juga berfungsi bagi menghilangkan bakteria dan kuman yang terdapat pada ayam serta dapat mengekalkan kesegarannya,” kata Hamidah. Pengusaha kek dan roti pula, Azni Selamat, 39, berkata bantuan ketuhar dua tingkat yang
Syazwani Sapari (tengah) bergambar bersama penerima bantuan Projek Industri Kecil yang lain.
diterimanya telah berjaya mempertingkatkan hasil pengeluaran produknya. “Syukur dan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana mewujudkan skim bantuan seperti ini untuk membantu pengusaha industri kecil dan sederhana seperti saya ini berkembang maju. “Saya berharap agar dengan adanya bantuan seperti ini, ia dapat mendorong lebih ramai pengusaha yang terpilih menjadikan bantuan ini sebagai satu suntikan semangat untuk
mengembangkan perniagaan masing-masing,” jelas Azni. Antara agensi dan jabatan yang terlibat adalah Jabatan Pertanian, Agro Bank, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin telah menyampaikan surat Bantuan PIK ini kepada sembilan penerima dalam Majlis Perasmian Dewan Muafakat Johor, Taman Saujana, dekat sini, pada 10 April lalu.
Azni Selamat menerima surat bantuan Projek Industri Kecil daripada Mohamed Khaled.
RENCANA
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
15
UNIKNYA ORKESTRA DARUL TA’ZIM HANYA TERDIRI DARI KALANGAN PARA REMAJA & KANAK-KANAK OLEH SITI NOOR SEPEE UNIKNYA Orkestra Darul Ta’zim (ODT) yang ditubuhkan dua tahun lalu ialah ia bukan sahaja menjadi platform buat anak-anak muda di negeri ini menggilap bakat mereka dalam seni muzik malah orkestra ini turut dipimpin oleh konduktor yang berusia 18 tahun serta pemain biola cilik berumur tujuh tahun. Pendek kata orkestra ini hanya diwakili oleh para remaja yang menjadikan hobi ini sebagai satu bentuk kegiatan sosial di bawah Sukarelawan Darul Ta’zim (SDT). Faktor usia tidak menghalang 40 pemuzik muda berbakat besar ini untuk terus aktif dalam bidang muzik malah mereka telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan pentas di hadapan golongan kenamaan dalam pelbagai majlis sekitar negeri ini. Walaupun ODT dipimpin oleh pemuzik muda namun kualiti persembahan mereka tidak pernah mengecewakan malah mereka mampu membuat penonton berasa kagum dengan kemampuan mereka berkat kesungguhan dan disiplin yang diterapkan dalam kumpulan ini. Menceritakan sejarah penubuhan ODT, Naqib Naimullah Zairul Nizam, 18, selaku tutor biola dan konduktor ODT, mengakui orkestra ini mengambil inspirasi daripada program Permata Seni Muzik yang disertainya ketika berada di tingkatan satu. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU) ini berkata, pada mulanya dia mengumpulkan lima rakan sekolah yang turut aktif dalam kelas muzik sekolah untuk menubuhkan orkestra yang kemudiannya dinamakan ODT pada tahun 2015. ODT ditubuhkan pada tahun 2015 dibawah Sukarelawan Darul Ta’zim (SDT), malah kebanyakkan pemuzik dalam orkestra berkenaan ada yang bermula daripada asas dan kini mampu beraksi di atas pentas umpama pemuzik profesional. “Idea untuk menubuhkan ODT ini dengan mengambil inspirasi daripada orkestra Permata Seni Muzik memandangkan ia hanya berada di Kuala Lumpur tetapi masih belum ada platform seperti itu bagi anak muda di negeri menyertai sebuah orkestra. “Bermula daripada lima orang ahli, orkestra kami bertambah, malah berjaya mengumpulkan rakan-rakan yang bermain instrumen seperti biola, dram dan percussion, kemudiannya ia menjadi sebahagian dalam sukarelawan Darul Ta’zim,” katanya. Beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan, Dato’ Zulkurnain Kamisan kerana telah merealisasikan hasrat anak muda yang meminati muzik selain menyediakan tempat untuk kumpulan itu berlatih.
Anak-anak muda yang berbakat dalam Orkestra Darul Ta’zim. - FOTO OLEH AIDIL HUSSAIN
ODT juga berperanan sebagai sukarelawan dalam seni persembahan muzik terdiri daripada komuniti di sekitar Daerah Johor Bahru dan kawasan sekitar manakala para pemuzik orkestra semuanya menggunakan instrumen mereka sendiri. Menurut Naqib yang turut menyertai Orkestra Sri Temasik Singapura pada tahun 2015, melalui pengalaman yang dikutip dengan orkestra luar negara itu, dia kini turut berkongsi bersama rakan-rakan lain dalam ODT. Naqib yang bakal menduduki ujian gred lapan biola memaklumkan dia berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) namun ahli ODT yang lain akan meneruskan kesinambungan perjuangan mereka walaupun tanpanya nanti. Sementara itu, pemain dram ODT, Ahmad Mizan Shah Noraizam, 11, berkata, dia bermain muzik sejak tahun dua dan kini sudah mampu membaca not dan bermain lagu ‘Joget Burung Merpati’ pada sesi latihan orkestra itu. Walaupun bukan pemain dram utama ODT namun bakat anak bongsu daripada tiga beradik ini semakin menyinar malah dia mengakui penglibatan dalam orkestra ini membantu pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2 ini lebih berdisplin selain memupuk bakat kepimpinan. Penyertaan dalam ODT tidak menghalang Mellanie Unti Jospa, 18, untuk mendapat keputusan cemerlang iaitu 7A, 2C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini malah bermain muzik membantunya menghilangkan stres ketika belajar.
Naqib Naimullah Zairul Nizam
“Selain menjalani latihan untuk ODT setiap Jumaat saya juga mengikuti kelas muzik di sekolah sejak di tingkatan satu dan kini saya berada di gred tiga bagi biola. “Walaupun menjalani jadual harian yang ketat namun saya berasa sangat seronok dan berasa bangga apabila diberi peluang beraksi dipentas. Malah hubungan dengan rakan dalam ODT juga amat akrab seperti sebuah keluarga yang besar ,” katanya lagi. Pemain biola termuda dalam ODT, Iman Saleha Abdul Qayyam, 7, kelihatan tidak kekok dan begitu yakin untuk berlatih bersama pemuzik lebih senior daripadanya. Pelajar tahun satu Sekolah Kebangsaan Taman Kota Puteri, Kulai ini menyertai orkestra berkenaan atas galakan rakan-rakan dan ibu bapa. Menurut ibu kepada kanakkanak ini, Maizatul Akma Abu Bakar yang bekerja sebagai Pega-
Ahmad Mizan sebagai pemain Dram dalam Kumpulan Orkestra Darul Ta’zim.
Iman Saleha (kanan) pemain muzik termuda dalam Orkestra Darul Ta’zim.
wai Psikologi di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), anaknya itu tidak berasa janggal meskipun dia adalah pemuzik paling junior dalam ODT. “Saya lihat dia sangat seronok menyertai ODT malah aktiviti ini
berjaya membentuk kemahiran tambahan pada dirinya seperti berkeyakinan tinggi dan berani untuk kehadapan jika diberi tugasan melibatkan pelbagai program di sekolah mahupun dalam okestra ini.
16 PENDIDIKAN
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
BANTUAN TABUNG PENDIDIKAN SARJANA PERMODALAN DARUL TA’ZIM (PDT) RINGANKAN BEBANAN PELAJAR OLEH SITI NOOR SEPEE BATU PAHAT – Penerima bantuan tabung pendidikan sarjana Permodalan Darul Ta’zim (PDT) mahu memanfaatkan dana yang diperolehi daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM5,000 untuk menyiapkan kajian yang bakal dilaksanakan nanti. Penuntut Sarjana Syariah Ekonomi, Universiti Malaya (UM), Mohamad Aidil Firdaus Selamat, 26, (bawah) berkata, bantuan diberikan amat bermakna buat dirinya untuk menampung kos kajiannya yang bakal dilakukan di Mesir. Menurutnya, bantuan tabung pendidikan sarjana PDT amat bermakna buat pelajar sepenuh masa sepertinya sekali gus meringankan bebanan yang ditanggung keluarga. “Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang menyediakan skim ini kerana ia mampu mengurangkan beban golongan pelajar khususnya daripada golongan kurang berkemampuan seperti saya. “Dengan bantuan ini, saya dapat memanfaatkan untuk urusan ke Mesir pada Ogos nanti bagi
Mohamed Khaled bergambar bersama penerima Bantuan Tabung Pendidikan Sarjana Permadaian Darul Takzim.
menyiapkan kajian saya. Jika tidak kerana bantuan seperti ini keluarga saya terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri sekiranya tidak dapat mencari penaja,” katanya. Mohamad Aidil berkata demikian ketika ditemui Jauhar selepas Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT,
oleh Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam di sini 19 April lalu. Sementara itu, pe nu ntu t Sarjana Pe n d i d i k a n Psikologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Farah Nabilah Abdul Rashid (kiri) pula berkata, beliau bersyukur kerana terpilih untuk mener-
ima bantuan berkenaan. “Saya hanya mampu untuk mengucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada Keraj a a n Negeri di atas bantuan yang terlalu bermakna disaat saya amat memerlukannya,” kata Farah. Bagi penuntut Sar-
jana Kejuruteran Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Khuzairi Masrakin, 24, (bawah) yang berasal dari Felda Ulu Belitong, Kluang, usaha Kerajaan Negeri menyediakan tabung berkenaan adalah salah satu inisiatif melahirkan golongan rakyat Johor yang berilmu. “Sebagai rakyat Johor sudah tentu saya berbangga kerana Kerajaan Negeri amat prihatin dan memahami keperluan penuntut di peringkat Sarjana yang kebanyakkannya menjalani mod pengajian sepenuh masa dan memerlukan wang untuk menampung perbelanjaan di universiti,” katanya. Penuntut Sarjana Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) Nasihah Jalal Fahmey, 24, (kiri) pula berkata, tabung pendidikan ini dapat digunakan untuk menampung yuran pengajian dan dapat mengurangkan perbelanjaan pengajiannya meskipun beliau mempunyai pendapatan sendiri. “Saya bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta dan kini menjalani pengajian di universiti secara sepenuh masa. Wang bantuan ini sangat bermakna bagi saya untuk menampung kos kehidupan dan pengajian di kampus,” katanya.
TRANSFORMASI PERPUSTAKAAN AWAM JOHOR SUSUN SEMULA INFRASTRUKTUR BANGUNAN DAN PERKHIDMATAN JOHOR BAHRU - Mesyuarat Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) pada 17 April lalu telah meluluskan cadangan awal transformasi perpustakaan bagi memperkemaskan lagi perkhidmatannya. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Dato’ Ayub Rahmat yang telah mengambil beberapa keputusan termasuk memperkemaskan perkhidmatan bangunannya. Ayub berkata, keputusan memperkemaskan perkhidmatan tersebut bertujuan memenuhi tugas utama perpustakaan sebagai pusat komuniti pelajaran sepanjang hayat. “Untuk muncul sebagai negara maju, kita perlu memberi tum-
puan kepada transformasi perpustakaan. Justeru Mesyuarat Lembaga Pengarah PPAJ telah meluluskan cadangan awal transformasi terhadap perpustakan di negeri ini bagi memperkemaskan lagi perkhidmatannya. “Statistik menunjukkan seramai 1.1 juta orang telah berkunjung ke semua perpustakaan milik PPAJ pada 2016 dengan kekerapan seorang pengunjung adalah sebanyak lima kali. “Pinjaman buku pada tahun 2016 adalah sebanyak 617,622 bahan disebabkan polisi perpustakaan yang membenarkan pinjaman buku sebanyak 15 buah naskhah bagi seorang pengguna,” katanya. Beliau berkata, dasar berkenaan telah menjadikan Perpustakaan Awam Johor sebagai yang tertinggi menawarkan pinjaman buku berbanding perpustakaan
Ayub (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Perpustakaan Awam Johor.
awam lain. Ayub berkata, Keahlian perpustakaan adalah percuma sejak tahun 2004 lagi justeru beliau menyeru seluruh bangsa Johor untuk merebut peluang yang tidak didapati di tempat lain sekali gus menjadikan aktiviti membaca sebagai amalan harian. Dalam perkembangan lain, Ayub memaklumkan, Perpustakaan Awam Johor akan terus
menyediakan program kesedaran amalan membaca supaya aktiviti ini terus subur. Bagi bulan April, pihaknya turut melancarkan Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit. Ia diadakan serentak di seluruh negara pada 25 April jam 11.00 pagi. Program ini dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia bersama dengan semua perpustakaan awam negeri.
“Lebih 600,000 pelajar sekolah di seluruh Negeri Johor bersama-sama berganding bahu menjayakan program ini,” katanya. Ahli-ahli Lembaga Pengarah PPAJ ialah Datuk M Asojan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Gambir; Norshida Ibrahim (ADUN Buloh Kasap); Teoh Yap Kun (ADUN Paloh) dan Pengarah PPAJ, Ungku Noorakmal Ungku Sulaiman.
AGAMA 17
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
TEKS OLEH NUR SHIQAH HASNGADON FOTO OLEH AIDIL HUSSAIN JOHOR BAHRU - ‘Memperkasakan Institusi Keluarga Muslim’ tema Majlis Perasmian Multaqa Ulama’ Darul Ta’zim Kali Ke-5 Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 27 April lalu. Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli sebagai wakil rasmi Tuanku Sultan hadir merasmikan majlis tersebut. Tunku Ismail turut diiringi Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Al-haj dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Alhaj. Tunku Ismail dalam titah ucapan baginda menyeru seluruh umat Islam menyayangi institusi keluarga dan memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan pengisian Sakinah, Mawaddah dan Rahmah. Tunku Ismail turut berharap semoga majlis ini dapat mencetuskan kembali semangat cintakan keluarga dengan memperkasakan keluarga muslim di Negeri Johor melalui pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. “Penerapan kaedah-kaedah tertentu dalam membentuk sebuah keluarga harmoni dan berkualiti adalah penting untuk menghindari perkara-perkara yang boleh membawa keruntuhan serta kepincangan dalam institusi kekeluargaan muslim,” titah Tunku Ismail. Tunku Ismail menegaskan kualiti kehidupan keluarga ke arah melahirkan insan lebih sempurna dan seimbang dapat dimantapkan sebagai satu institusi sosial yang berjaya di dunia dan akhirat. Baginda menyeru seluruh
SAKINAH, MAWADDAH, RAHMAH TERAS MEMPERKASA INSTITUSI KELUARGA MUSLIM
Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Mohamed Khaled bergambar bersama tetamu terhormat di Majlis Multaqa Ulama Darul Takzim.
rakyat negeri ini mempelajari ilmu kekeluargaan Islam melalui sumber-sumber yang bertauliah dan mengambil model keluarga Baginda Rasulullah S.A.W dalam melayari bahtera kehidupan berumahtangga. Sementara itu Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dalam ucapannya berkata, majlis yang diadakan ini merupakan medium khusus untuk membawa lonjakan serta pacuan baharu kepada kedua-dua peranan ulama dan amara’ dalam kalangan masyarakat. Beliau yakin dan percaya apabila ulama dan umara’ menjalankan kewajipan serta peranan mereka dengan istiqamah, maka Johor akan berupaya menjadi negeri dan masyarakat yang terbaik. “Untuk mencapai hasrat terse-
but, ia bukan hanya tanggungjawab sang pemerintah malah harus didorong oleh seluruh masyarakat termasuk unit paling kecil dan asasi, iaitu institusi keluarga. “Tidak ada peradaban di dunia yang berjaya dibina tanpa kewujudan institusi keluarga yang kukuh kerana ia adalah nafas, nadi dan roh sebenar sesebuah masyarakat,” katanya. Dengan tema ‘Memperkasakan Institusi Keluarga Muslim’, Mohamed Khaled menyatakan bahawa Multaqa Ulama yang dianjurkan ini menyentuh dan membahaskan beberapa aspek penting. “Keluarga boleh diperkasakan bukan sahaja sebagai asas dalam masyarakat sebaliknya sebagai unit yang benar-benar berfungsi untuk memacu pembangunan
bangsa dan negara. “Seterusnya, masyarakat perlu memastikan institusi keluarga muslim berupaya melahirkan individu-individu yang berperwatakan dan berketahanan unggul serta tidak terjerumus dengan nilai, budaya dan citra asing,” ujar Mohamed Khaled. Tambahnya lagi, umat Islam harus mencari jalan untuk memastikan keluarga menjadi benteng terkuat dalam masyarakat. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan ahli keluarga daripada terlibat dalam masalah sosial tetapi menjadikannya sebagai entiti yang berupaya untuk menerima, merawat dan memulihkan kembali mereka yang tersasar haluan. “Akhir sekali, kita juga mesti mencari jalan untuk memastikan kelurga menjadi tempat tersemai
dan suburnya segala aspirasi baik yang diperkenal dan pertahankan selama ini. “Kesemua ini adalah sistem nilai baik yang menjadi pegangan dan panduan kita di Negeri Johor yang mesti terus disemai dan disuburkan melalui institusi keluarga,” jelas Mohamed Khaled. Pada majlis berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Abd Mutalip Abd Rahim menyerahkan Resolusi Multaqa Ulama’ kepada Tunku Ismail. Yang turut hadir ialah Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja, Dato’ Abdul Rahim Ramli, Speaker Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Mohamad Aziz, Ahli-Ahli Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Azmi Rohani serta para peserta persidangan.
SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BAKAL TERIMA SURAU BARU YANG LEBIH SELESA BATU PAHAT - Sebuah surau baru akan dibina di Sekolah Menengah Agama Parit Raja oleh Kerajaan Negeri bagi memenuhi permintaan pihak sekolah tersebut pada tahun ini. Berikutan jumlah pelajar yang semakin meningkat di sekolah ini, keadaan surau yang kecil tidak dapat lagi menampung keseluruhan pelajar dalam satu-satu masa. Melihat keadaan itu, Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menyalurkan peruntukan RM200,000 kepada Sekolah Menengah Agama Parit Raja bagi menggantikan surau yang sedia ada. “Kerajaan Negeri memahami keperluan kepada soal keselesaan dan kesejahteraan para pelajar sekolah lebih-lebih lagi soal kemudahan wajib seperti surau. “Oleh yang demikian, saya berharap selepas ini para pelajar dapat menggunakan kemudahan surau yang baru ini sebaik-baiknya untuk tujuan dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat,” katanya dalam ucapan di Perkarangan Surau Felcra Sri Wangi, 17 April lalu. Penolong Kanan Sekolah Menengah
Agama Parit Raja, Muhammad Othman (gambar) berkata, jumlah keseluruhan pelajar sekolah tersebut adalah seramai 500 orang yang terdiri dari 428 orang pelajar asrama. “Berikutan jumlah pelajar yang sangat ramai, surau yang sedia ada tidak dapat menampung semua pelajar untuk berjemaah menunaikan solat disamping aktiviti keagamaan yang dijalankan. “Sebelum ini, pihak sekolah berkongsi surau tersebut bersama orang kampung dan hasil daripada perbincangan, mereka bersetuju memberi sepenuhnya surau tersebut kepada kami,” ujar Muhammad ketika ditemui. Muhammad menambah, sebagai wakil dari pihak sekolah, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri yang prihatin dan memahami keadaan kami di sini. “Saya berharap agar pembinaan surau yang lengkap dengan prasarana yang lebih baik dapat berfungsi sebagai pelengkap kepada pendidikan menyeluruh di sekolah ini selain menjadi pusat ibadat secara khusus. “Kemudahan surau adalah sangat pent-
Mohamed Khaled mendengar taklimat mengenai menaiktaraf Surau Sekolah Menengah Agama Parit Raja.
ing bagi pelajar-pelajar kerana kebanyakkan program keagamaan sekolah seperti solat hajat, solat tarawih, bacaan yasin, ceramah bulanan dan sebagainya dijalankan di dalam dewan. “Ia juga dapat memberi keselesaan ke-
pada ibu bapa mendirikan solat apabila datang menziarahi anak mereka,” katanya. Mohamed Khaled turut melawat keadaan surau di sekolah tersebut semasa lawatan kerjanya ke Parlimen Sri Gading pada hari yang sama.
18 SENI DAN BUDAYA
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
KARYAWAN LEDANG KUMPUL BIODATA PENULIS KELAHIRAN TANGKAK UNTUK DIDOKUMENTASIKAN OLEH KHAIRUN HANEFFA TANGKAK - Setiap bahan bacaan yang dihasilkan golongan penulis sering mendapat tatapan masyarakat pembaca namun ramai yang tidak sedar karyawan itu lahir atau berasal dari daerah mereka sendiri. Ramai kalangan generasi hari ini tidak mengetahui sebenarnya daerah Tangkak banyak melahirkan golongan penulis dan karyawan yang menghasilkan pelbagai genre penulisan sama ada berbentuk kreatif atau ilmiah. Sehubungan itu, dalam usaha untuk menghargai sumbangan golongan penulis berasal dari daerah ini yang banyak menghasilkan bahan bacaan untuk tatapan pembaca, Karyawan Ledang mengambil inisiatif mengumpulkan biodata penulis sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Pengerusi Karyawan Ledang, Mohd Isnin Tawaf berkata inisiatif untuk mengumpulkan biodata serta karya milik penulis kelahiran daerah ini mahupun yang bermastautin atau bekerja di Tangkak bertujuan memperkenalkan mereka kepada masyarakat pembaca. Katanya, langkah permulaan Karyawan Ledang untuk merealisasikan hasrat menerbitkan Direktori Karyawan Ledang yang mengandungi sekurang-kurangnya 50 penulis kini telah berhasil apabila seramai 25 biodata penulis berjaya dikumpulkan. Menurutnya, ramai tidak menyedari nama-nama besar yang telah menghasilkan pelbagai bentuk karya penulisan malah antaranya turut menceburi bidang perfileman merupakan anak kelahiran Tangkak. “Untuk permulaan, kita berjaya mendapatkan biodata penulis kelahiran Tangkak yang telah meninggal dunia antaranya Allahyarham Prof Dr Atan Long, kela-
Ahli Karyawan Ledang bergambar bersama Penasihat persatuan itu, Abd Jalil Ali (duduk dua kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom Abd Razak Minhat (tiga kanan) pada Program Pameran Penulis-penulis Tangkak dan Sembang Karya Membakar Mentari Karya Ruzaini Yahya di Perpustakaan Kolej Komuniti Ledang (KKL) dekat Tangkak. - Foto Khairun Haneffa.
hiran Tanjung Gading; Allahyarham Nora (Haji Ali Ahmad) dari Sungai Mati; Allahyarham Salleh Ghani (tokoh perfileman) yang lahir di Kampung Belemang, Serom dan Allahyarham SM Salim (Mohd Salim Saman) anak jati Bukit Gambir. “Selain itu, beberapa nama-nama besar yang berkecimpung dalam dunia penulisan dan kewartawanan juga akan dihimpunkan dalam direktori itu antaranya Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali yang berasal dari Bukit Gambir; Dr Rajiee Hadi; Datuk Ghafar Nin; Dr Shamsuddin Othman; Cikgu Salleh Hashim dan ramai lagi,” katanya. Mohd Isnin berkata biodata 25 orang penulis itu turut dipamerkan sempena Program Pameran Penulis-penulis Tangkak dan Sembang Karya Membakar Mentari Karya Ruzaini Yahya di Perpustakaan Kolej Komuniti Ledang (KKL) dekat Tangkak, baru-baru ini.
Perasmian program itu disempurnakan Datuk Abd Jalil Ali yang juga penasihat Karyawan Ledang. Turut hadir, Penasihat Karyawan Ledang, Datuk Ghafar Nin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abd Razak Minhat dan Pengarah KKL, Mohd Amin Ali. Sementara itu, Datuk Ghafar pula berkata Karyawan Ledang sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menganjurkan aktiviti seni untuk meningkatkan martabat bidang kesenian dan golongan karyawan di daerah Tangkak. Katanya, bagi menjalankan aktiviti yang dirancang Karyawan Ledang turut mendapat kerjasama erat daripada Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak, Kolej Komuniti Ledang dan syarikat swasta selain sokongan masyarakat setempat. “Karyawan Ledang bercadang untuk menerbitkan sekurang-kurangnya sebuah buku bagi setiap ahlinya. Kami telah berjaya menerbitkan dua buah antologi
puisi persendirian karya ahli iaitu Penunggu Waktu karya Mohamed MN dan Mengukir Laut karya ZA Mahsuri,” katanya. Ketika merasmikan program itu, Datuk Abd Jalil yang juga penulis kelahiran Bukit Gambir berkata sumbangan penulis terhadap pembangunan negara dan masyarakat amat tinggi apabila karya mereka berjaya membangkitkan minda dan mendidik insan ke arah yang lebih baik. Menurutnya, beliau yang telah lama berkecimpung dalam bidang penulisan menyatakan bahawa bentuk penulisan sama ada kreatif atau pemberitaan
mampu memberi sumbangan kepada pendidikan negara. “Pelajar perlu memahami kandungan dan maksud yang hendak disampaikan oleh penulis menerusi karya kreatif sama ada berbentuk cerpen atau novel. Dalam setiap karya yang dihasilkan mengandungi banyak panduan dan pedoman yang tersirat. “Program sembang karya buku himpunan cerpen tulisan Ruzaini Yahya dapat memberi manfaat kepada golongan sasaran khususnya pelajar sekolah yang jelas memberikan panduan menghasilkan penulisan yang bermutu,” katanya.
Pengerusi Karyawan Ledang, Mohd Isnin Tawaf (kiri) bersama Penasihat Karyawan Ledang, Abd Jalil Ali (tengah) dan Ghafar Nin (kanan).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abd Razak Minhat (kiri) bersama Abd Jalil Ali (kanan) melihat pameran biodata penulis kelahiran Tangkak sempena Program Pameran Penulis-penulis Tangkak dan Sembang Karya Membakar Mentari Karya Ruzaini Yahya di Perpustakaan Kolej Komuniti Ledang (KKL) dekat Tangkak.
Pameran Biodata Penulis-penulis Tangkak diadakan di Perpustakaan Kolej Komuniti Ledang dekat Tangkak.
SUKAN 19
JAUHAR | 1 - 15 Mei 2017
1,500 ATLET SERTAI SUKAN MUAFAKAT JOHOR 2017 KLUANG – Kira-kira 1,500 atlet daripada 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Negeri Johor berkampung di Daerah Kluang yang menjadi tuan rumah Kejohanan Sukan Muafakat Johor 2017 yang berlangsung pada 21 dan 22 April lalu. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, kejohanan anjuran Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) itu yang memasuki edisi keempat adalah sebahagian daripada pembangunan sukan melibatkan komuniti daripada semua kaum. Menurutnya, terdapat tiga jenis sukan utama yang dipertand-
ingkan iaitu futsal, bola jaring dan sepak takraw manakala dua kategori diperkenalkan pada Sukan Muafakat Johor tahun ini masing-masing kabbadi dan bola keranjang. “Penganjuran Sukan Muafakat membuktikan Kerajaan Johor mengambil berat tentang perkembangan semua kaum di negeri ini dalam aktiviti bersukan. Ia menjadi salah satu platform semua kaum berkumpul dan bersukan bersama, sekali gus mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. “Muafakat bukan sahaja menghormati dan bertolak ansur, malah ia mengajak kita untuk berasa bangga dengan kepelbaga-
ian kaum. Ini adalah pendekatan Muafakat Johor yang kita bawa secara menyeluruh dalam semua aspek,” katanya. Yang turut hadir ialah Timbalan Speaker DUN Johor, Datuk Baderi Dasuki, Pengarah MSNJ, Mohd Ghadaffie Abd Aziz dan Pegawai Daerah Kluang, Mohd Noh Ibrahim. Zulkurnain berkata, Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada usaha membangunkan sukan negeri ini ke arah yang lebih cemerlang. Pihaknya juga amat positif dengan hasrat untuk merealisasikan impian Johor sebagai hub
Zulkurnain bergambar bersama atlet Dun Tanjung Puteri yang turut beraksi dalam Sukan Muafakat Johor 2017.
pembangunan sukan di rantau ini. “Demi mencapai kecemerlangan, kita harus mempunyai satu pakej lengkap, termasuklah atlet berbakat, jurulatih berkaliber, pengurusan efisien dan kemudahan sukan yang lengkap serta kedudukan kewangan stabil. “Oleh itu, saya menyarankan supaya satu kaedah pencarian
menyeluruh atlet digerakkan secara maksimum selain mempergiatkan lagi usaha untuk melahirkan atlet cemerlang secara konsisten. “Antaranya, pencarian bakat diperingkat umbi perlu diperbanyakkan terutamanya yang melibatkan anak-anak di bawah umur 13 tahun,” katanya.
NUSAJAYA KEKALKAN KEJUARAAN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT OLEH SITI NOOR SEPEE KLUANG – Kontinjen Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya terus mengekalkan memontum kejayaan apabila sekali lagi dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Sukan Muafakat Johor 2017 yang berlangsung pada 21 dan 22 April lalu di Dataran Tasek Kluang. Berbekalkan slogan ‘Muafakat Nusajaya, Kejayaan Nusajaya,’ kontinjen itu telah berjaya mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut dalam temasya tahunan yang disertai oleh 56 wakil DUN dari seluruh Negeri Johor. Berkongsi strategi bagi mengekalkan kejuaraan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Dr. Zaini Abu Bakar berkata, beliau memberi komitmen 100 peratus terhadap temasya itu bermula daripada pembentukan pasukan, latihan sehinggalah sokongan moral untuk atlet bertanding. Mengadakan perbincangan, mengatasi emosi peserta, mempertingkatkan latihan serta sentiasa berinteraksi secara positif dalam mencapai matlamat mengekalkan kejuaraan adalah strategi yang membuahkan kejayaan berganda bagi kontijen Dun Nusajaya. Beliau mengakui strategi berkenaan juga adalah kunci kejayaan buat kontinjen Dun Nusajaya dengan mengambil inspirasi terhadap komitmen dan semangat kesukanan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berjaya membawa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke tahap membanggakan pada hari ini. “Saya memberikan komitmen sepenuhnya terhadap Sukan Muafakat Johor 2017 sejak dari awal dengan mengadakan pertandingan futsal diperingkat Dun sebagai persediaan membentuk pasukan terbaik. Kita percaya untuk mengekalkan kejuaraan adalah satu tugas paling getir.
Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Md Jais Sarday menyerahkan piala dan hadiah iringan kepada Zaini.
“Ini kerana setiap pasukan bertanding sudah tentu mempunyai hasrat merampas ‘takhta kejuaraan’ kami, jadi saya sendiri turun padang ketika sesi latihan malah setia menemani semua atlet ketika perlawanan berlangsung. “Pada saya itulah kunci kejayaan kami, dari segi potensi dan kekuatan semua pasukan adalah sama sahaja, namun mungkin sokongan daripada saya yang sentiasa ada bersama mereka bukan selama dua hari dua malam itu menyebabkan semangat mereka begitu luar biasa,”katanya. Kali pertama dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Sukan Muafakat Johor Edisi 2016, Zaini mengakui pada mulanya mereka di anggap sebagai pasukan pilihan berbanding kontinjen lain. Namun tanggapan itu ternyata meleset apabila Dun Nusajaya berjaya melakar sejarah tersendiri. “Pada tahun 2015 pasukan sepak takraw DUN Nusajaya berjaya sebagai naib johan, dari situ
Zaini bergambar bersama atlet Dun Nusajaya yang mengambil bahagian.
Dun Nusajaya menjadi Johan Futsal Sukan Muafakat Johor 2017.
saya telah melihat potensi pada team berkenaan dan meletakkan sasaran sama kepada team lain termasuk futsal,” katanya kepada Jauhar. Selain bergelar ‘juara bertahan’, pasukan DUN Nusajaya juga turut melakarkan satu lagi kejayaan pada tahun ini selepas pemain futsal mereka, Muhammad Syakir Rosnan dinobatkan pemain terbaik anak Johor kategori Futsal. DUN Nusajaya berjaya mengenepikan 55 pasukan lain yang bersaing dalam Sukan Muafakat Tahun 2017 dengan 12 Mata selepas menjuarai Futsal dan tempat ke dua bagi pertandingan Sepak Takraw namun pada edisi kali ini kontinjen itu tidak mengantar team bola jaring. Tangga kedua menjadi milik Dun Mahkota dengan lapan mata selepas menjadi naib johan bagi pertandngan bola jaring dan ketiga bagi perlawanan futsal. DUN Johor lama dikedudukan ketiga selepas menjadi johan pertandingan bola jaring dengan tujuh mata.
1 - 15 Mei 2017 / Bil.26 / Tahun Ke-2 / Edaran Percuma
Jauhar Sukan
SOUTHERN TIGERS LANCAR OLA, TELEFON PINTAR RASMI TEKS DAN FOTO OLEH SITI NOOR SEPEE JOHOR BAHRU – Southern Tigers Sdn. Bhd. (STSB) melancarkan produk baharu berjenama OLA iaitu telefon pintar rasmi pertama bagi Pasukan Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada 15 April lalu. Pengarah Pemasaran STSB, Romain Gilbert Biesse berkata, telefon pintar OLA yang dijual dengan harga RM599 didatangkan dengan dua model iaitu JDT FC Black Matte Special Edition dan JDT FC White Rose Gold Special Edition hasil kolaborasi dengan sebuah syarikat pengeluar telefon bimbit, EX Mobile Menurutnya, pelancaran telefon pintar berkenaan juga bertujuan mengiktiraf lebih 1.5 juta penyokong Harimau Selatan yang sering melayari platform media sosial dan digital JDT menggunakan peranti mudah alih sekali gus memberi peluang untuk mereka berhubung secara lebih dekat lagi dengan kelab bola sepak itu.
“Pelancaran kedua-dua model telefon pintar OLA di bawah tanda dagangan JDT adalah selaras dengan pendekatan pemilik kelab bola sepak ini, iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi pembangunan gaya hidup produk dan perkhidmatan kelab. “Keluaran baharu ini juga menandakan penglibatan pertama JDT dalam kategori telefon pintar. Ia adalah bukti fokus dan pelaburan kelab ke arah pembangunan dalaman reka bentuk, kualiti, pembuatan dan rantaian bekalan dengan rakan kongsi eksklusif kami. “Sejak perbincangan setahun lalu antara Southern Tigers dengan EX Mobile telah menjalinkan kerjasama terbaik untuk memberi peluang kepada penyokong JDT satu produk mampu milik dan sinonim dengan rekabentuk, sambungan (connectivity) dan persembahan (performance),” katanya pada sidang media, di sini. Yang turut hadir ialah Ketua Jabatan Pembangunan EX Mobile,
Yap Choong Leng. Biesse menambah, kedua-dua model telefon pintar OLA ini dijual di seluruh outlet EX Mobile bermula 15 April lalu dan turut mula dijual di Stadium Larkin pada hari sama sebelum perlawanan berlangsung antara JDT dan PKNS FC sempena hari pelancarannya. Selain itu, peminat JDT juga boleh mendapatkan telefon pintar OLA ini melalui pembelian secara online dengan melayari Official Johor Southern Tiger’s tidak lama lagi. “Kedua-dua telefon pintar edisi istimewa OLA ini akan memulakan penghantaran secara atas talian mulai 23 April merangkumi kawasan Malaysia Timur, Semenanjung Malaysia selain beberapa Negara AsEAN lain seperti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Thailand. “Kita juga merancang untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pembeli telefon bimbit ini di negara lain yang bakal menyusul pada masa akan datang,” katanya.
Romain Gilbert Biesse (kiri) dan Yap Choong Leng menunjukkan OLA JDT Fc Whie Rose Gold Special Edition dan Ola JDT FC Black Matte Special Edition.
nusajaya kekalkan kejuaraan > 19