April 2010 untuk
Program Bahasa Malaysia Edubest Cerita Pilihan – “Harta Di Ladang Anggur Seorang petani tua yang telah bekerja selama berpuluh-puluh tahun memiliki sebuah ladang anggur yang besar berkat usahanya. Malang tidak berbau, petani itu menghidap sejenis penyakit. Penyakitnya semakin hari semakin serius. Akhirnya, doktor mengesahkan penyakitnya tidak boleh disembuhkan lagi. Akibat sakit tenatnya, petani tua itu meninggal dunia. Sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir, dia mewasiatkan hartanya yang menurutnya disembunyikan di ladang anggurnya kepada anak-anaknya. Setelah menguruskan jenazah ayah kesayangan mereka, anak-anak petani itu pun mula menggali tanah di ladang setiap hari untuk mencari harta. Mereka bekerja pagi dan malam untuk mendapatkan harta tersebut. Kadangkala, mereka terasa hendak berhenti sahaja untuk menggali tanah kerana agak kecewa dengan usaha mereka tidak menunjukkan tanda-tanda ada harta di ladang tersebut. Tanah di ladang itu semakin gembur setelah digali. Mereka menggali tanah itu dengan dalam. Namun, mereka tidak menjumpai sebarang harta. Walau bagaimanapun, tanah itu menjadi subur akibat kerja galian mereka. Hampir tanah di seluruh ladang digemburkan oleh mereka. Oleh itu, pokokpokok anggur di ladang mereka semakin subur dan berbuah lebat berbanding dengan tahun-tahun yang lalu. Setelah menjual hasil tanaman mereka, barulah mereka sedar bahawa harta yang dimaksudkan oleh ayah mereka sebenarnya ialah pokok-pokok anggur yang ditanamnya di ladang. Pokok-pokok anggur itu hanya akan berbuah lebat jika tanah di ladang itu dikerjakan sehingga subur. Ayah mereka berbuat demikian kerana khuatir anak-anaknya akan membiarkan ladang anggur yang merupakan hasil titik peluhnya begitu sahaja. Dia mahu anakn-anaknya meneruskan usahanya mengerjakan ladang anggur tersebut. Pengajaran : Rajin dan usaha tangga kejayaan. Kata-kata hikmat : Mengajar seseorang memerah susu lebih baik daripada memerah susu untuknya.
Isi Kandungan Bahagian
m/s
Cerita Pilihan
1
Pengetahuan Am Klinik Bahasa
2
Kuiz Khazanah Bahasa Karya Pelajar Notis
2 3 3 4-7 8
Pengetahuan Am
-
Rumah Tradisional Melayu
Rumah tradisional Melayu banyak terdapat di kampung. Rumah-rumah ini berkaki tinggi dan dinding rumah yang rendah. Selain itu, rumah tradisional Melayu juga mempunyai banyak tingkap dan bumbung rumah yang tinggi. Hal ini adalah untuk memastikan udara di rumah dapat mengalir dengan baik. Rumah tradisional dibahagi kepada bahagian utama rumah dan dapur. Bahagian utama rumah digunakan untuk bertemu dengan kawan, berehat, membuat kejra rumah, tidur dan sebagainya. Dapur pula tempat kaum wanita memasak dan mencuci pinggan mangkuk. Biasanya, dapur dibina di bahagian yang lebih rendah.
Klinik Bahasa Penggunaan imbuhan meN- dan beR- : Imbuhan meNPenggunaan diikuti dengan kata nama Abang menceritakan cerita kejadian yang berlaku pagi tadi. Cikgu membincangkan bincang soalan ujian dengan murid-murid.
beRdiikuti dengan kata sendi Abang bercerita tentang kejadian yang berlaku pagi tadi. Cikgu berbincang tentang soalan ujian dengan murid-murid.
Kuiz
Tarikh Tutup : 30 April 2010
Tahap SR1A
SR1B SR2A
SR2B
SR3A
SR3B
Soalan Pekerjaan: 1. _____ memadamkan api. 2. _____ membantu doktor. 3. _____ menghantar surat ke rumah. Berikan antonim (lawan erti) : 1. luas 2. kaya 3. kuat Berikan sinonim (sama erti): a. berkumpul b. beratur c. berdekatan bergaduh Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai: a. kita ______ internet untuk mencari maklumat. b. Kapal ______ di lautan . c. Kapar terbang akan ____ di lapangan terbang. Betulkan kata hubung berikut : 1. Adik membaca buku manakala menunggu ibu pulang. 2. Perlawanan bola sepak tetap diteruskan tetapi hujan turun. 3. Kamarul berkereta mewah ke pejabat kerana dia hanyalah seorang kerani. Berikan simpulan bahasa untuk maksud berikut: 1. meninggikan suara 2. tidak berpihak kepada mana-mana pihak 3. orang yang tidak berguna
Khazanah Bahasa
a. Simpulan Bahasa • • •
banyak akal : banyak idea / muslihat banyak mulut : suka bercakap berat tulang : malas
b. Perumpamaan • bagai kambing putus tali : amat cepat • bagai aur dengan tebing: tolong menolong antara satu sama lain • bagai mencencang air : melakukan perbuatan yang sia-sia
Karya Pelajar : Catatan Harian Oleh: Yong Yentze, 7 tahun
Oleh: Ng Shu Qi, 8 tahun
Semasa guru sedang mengajar di kelas, tiba-tiba saya terdengar bunyi loceng. Loceng itu “menyuruh “ kami semua berbaris di padang. Selepas kami sampai, Guru Besar berkata bahawa kami menggunakan masa lima minit tetapi sepatutnya kami harus menggunakan masa tiga minit sahaja.
Saya mengikut ibu ke kedai runcit untuk membeli roti. Saya membayar RM2.30 kepada pekedai untuk harga roti itu. Semasa pulang dari kedai itu, ibu ternampak sekeping wang kertas bernilai sepuluh ringgit. Ibu mengambil wang itu lalu bertanya siapa yang kehilangan wang.
Oleh: Tan Ling Ying, 7 tahun Ibu membawa saya ke kelas muzik kelas saya tamat pada pukul 9.00 malam. Saya menangis sebelum pergi ke sekolah kerana rindu akan ibu. Oleh: Gan Jie-En, 10 tahun
Oleh: Truvea Teo, 10 tahun
Hari ini, Cikgu Wong yang mengajar kami Pendidikan Sivik tidak hadir. Pengawas menyuruh kami membaca buku atau membuat kerja rumah. Selepas itu, dua orang pengawas datang untuk mengutip derma untuk tabung sekolah. Saya mendermakan tiga puluh sen. Saya berasa gembira kerana dapat memberikan sumbangan kepada sekolah.
Mak Cik Kreenah dan Pak Cik Yap mahu membelanjai keluarga sepupu dan kami sekeluarga. Mak Cik Kreenah berputus untuk pergi ke Restoran Spagetti Grill yang terletak di Pusat Beli-belah Midvalley. Pada pukul 7.15 malam, kami pun tiba di restoran tersebut. Saya ternampak dua orang bayi di dalam kereta tolak itu sangat comel. Saya teringin mahu mendukung bayi yang montel itu. Tidak lama kemudian, menu makanan pun diletakkan di atas meja. Di dalam menu, saya ternampak banyak pilihan makanan yang sedap kegemaran sepupu dan saya.
Oleh: Khoo Sulyn, 10 tahun
Oleh: Yu Yi Xiu, 11 tahun
Saya mengikuti aktiviti pancaragam di sekolah. Oleh sebab itu, saya perlu berada di sekolah hingga pukul 4.30 petang. Selepas makan, saya turun ke bilik pancaragam. Nama guru kami ialah Cikgu Teng, Cikgu Lim, Cikgu Tan dan Cikgu Lee. Nama Cikgu yang mengajar kami ialah Cikgu Lim. Saya dipilih untuk bermain seruling. Saya sangat suka akan aktiviti pancaragam kerana saya dapat menggubah muzik sendiri.
Hari ini ialah Hari Iklim Sedunia. Bumi kita telah “jatuh sakit”. Banyak gejala menunjukkan cuaca seluruh dunia sudah berubah. Sesetengah tempat mengalami hujan batu dan hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir yang serius. Sesetengah tempat pula dilanda kemarau. Binatang akan mati manakala tanaman tidak dapat tumbuh. Kita mestilah menghargai bumi yang unik ini.
Karya Pelajar : Karangan Oleh: Grace Chan, 10 tahun Karangan Jenis Melengkapkan Cerita Cuaca hari itu panas sekali. Aku sedang melintasi jalan dengan sebuah jejantas. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi dentuman. Aku terperanjat. Aku melihat dari jejantas. Sebuah bas sekolah terlanggar sebuah kedai kasut. Aku terdengar ramai orang menjerit dan keadaan menjadi kelam-kabut.
Aku segera pergi ke tempat kejadian itu untuk menolong mangsa yang cedera dan terperangkap di dalam bas. Sejurus kemudian, aku menelefon pihak ambulans untuk mendapatkan bantuan polis dan pihak bomba. Dalam keadaan yang kelamkabut, aku ternampak bas terbakar. Aku menjerit supaya orang ramai
melarikan diri dari tempat itu. Ketika itu, aku terdengar suara jeritan dari bas. Aku pandang ke belakang dan ternampak sedang murid terperangkap di dalam bas. Dengan segera, orang ramai cuba memadamkan api itu dan beberapa orang cuba menyelamatkan murid itu. Mereka gagal kerana tidak dilengkapi alat-alat. Seketika kemudian, pihak polis dan bomba pun tiba. Akhirnya, mereka berjaya menyelamatkan murid itu dan terus memadamkan api itu. Aku hampir cedera kerana tidak berpengalaman tetapi pihak polis dan bomba memujikan keberanian aku. Peristiwa ini, memberi aku suatu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan.
Oleh: Teo Jin Yeet, 11 tahun, Autobiografi
Saya sebuah basikal. Nama saya BMX. Warna badan saya merah. Saya sejenis basikal biasa. Saya diperbuat daripada logam dan plastik. Saya dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Jepun. Selepas saya dilahirkan, saya dibalut dengan plastik lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan dibawa ke dalam sebuah kapal terbang. Di dalam kapal terbang, saya berbual-bual dengan kawan saya di tepi saya. Selepas dua belas jam perjalanan, kami pun dikeluarkan lalu dipamerkan di sebuah kedai. Kami pun dilabel dengan harga. Harga saya ialah RM299. Setiap hari, orang yang lalu-lalang memuji kecantikan dan kecanggihan saya tetapi saya masih tidak mendapat seorang tuan pun. Selepas satu bulan, seorang wanita membawa seorang budak lelaki datang ke dalam kedai. Budak lelaki itu berkata bahawa dia mahu membeli sebuah basikal. Dia memilih saya ! Selepas emaknya membayar harga saya, dia pun membawa saya balik. Tuan saya menunggang saya ke sekolah setiap hari. Dia menunjuk-nunjukkan kecantikan saya kepada kawannya. Saya gembira apabila tuan saya menunjukkan keistimewaan saya. Hingga kini, sudah tiga tahun saya telah berkhidmat untuk tuan saya. Saya masih dalam keadaan baik. Saya berharap saya dapat terus berkhidmat untuk tuan saya sehingga akhir hayat saya. Saya bangga kerana dapat berkhidmat untuk manusia. Oleh: Zoe Eng, 12 tahun, Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi 76, Jalan Awan Cina, Taman Gembira, 58000 Kuala Lumpur. 3 Mei 2010.
Cikgu,
Menemui Cikgu Lim yang berada di Seremban, semoga dalam keadaan sihat.
Apa khabar cikgu ? Saya berharap cikgu dalam keadaan sihat. Rakan Sekelas bertanyakan cikgu. Setelah dua bulan cikgu berpindah, kami mulai terasa kehilangan cikgu. Ketiadaan cikgu diganti oleh guru baru, iaitu Cikgu Zhao. Beliau ialah seorang guru lepasan maktab perguruan. Sifatnya yang rajin dan penuh kasih sayang dipuji oleh seluruh warga sekolah. Kami menerima guru tersebut dengan senang hati. Walaupun sedih, kami cuba menyesuaikan diri dengan pengajaran beliau. kami telah menunaikan janji yang dilafazkan. Ramai antara kami telah menunjukkan kemajuan dalam akademik dan berjaya dalam kokurikulum. Antaranya, Sharon muncul sebagai johan dalam pertandingan badminton peringkat negeri. Kejayaannya telah mengharumkan nama sekolah. Kami berjanji akan rajin berusaha untuk menghadapi UPSR dengan penuh keyakinan demi memperoleh kejayaan. Kami juga tidak ingin mengecewakan ibu bapa dan guru. Diharap cikgu akan menjenguk kami jika senang. Setakat ini dahulu surat saya kepada cikgu yang dirindui. Sekian. Muridmu yang jauh,
Zoe Eng
Koleksi Karya Pelajar – Lim Li Ann, 12 tahun Faktor-faktor Kegiatan Jenayah dalam Kalangan Remaja Kegiatan jenayah kian lama kian menjadi di negara kita. Kegiatan ini melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah. Sebagai anggota masyarakat, kita patut mengetahui punca kegiatan jenayah berlaku. Salah satu punca kegiatan jenayah berlaku ialah keruntuhan institusi keluarga. Keluarga merupakan asas yang paling penting dalam sesebuah negara. Kepincangan keluarga terjadi kerana kesibukan ibu bapa dalam berjaya masingmasing. Akibatnya, pelajar-pelajar tidak mendapat kasih sayang yang diperlukan . Mereka akan mula melakukan sesuatu sesuka hati. Di samping itu, pengaruh media massa juga merupakan salah satu faktor kegiatan jenayah berlaku dalam kalangan pelajar. Misalnya rancangan televisyen dan internet. Kedua-dua media massa ini dapat mengakibatkan seseorang terlibat dalam kegiatan jenayah. Pelajar-pelajar juga akan terpengaruh dengan perkara yang tidak senonoh seperti yang disiarkan dalam internet. Rakan sebaya juga dikenal pasti sebagai punca utama kegiatan jenayah berlaku. Rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dengan seseorang selain daripada keluarga masing-masing . Secara tidak langsung, mereka akan terikut-ikut aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kawan mereka. Contohnya, menagih dadah, merokok, merompak dan sebagainya. Pendidikan agama juga penting untuk mengelakkan diri daripada kegiatan jenayah. Kecuaian ibu bapa dalam penjagaan anak juga merupakan salah satu kemungkinan kegiatan jenayah berlaku dalam kalangan pelajar. Akibatnya, mereka tidak dapat membezakan aktiviti-aktiviti yang berdosa ataupun tidak. Pendek kata, semua pihak harus menggemblengkan tenaga untuk menangani kegiatan jenayah untuk melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.
Notis: 1. Pelajar yang karyanya disiarkan dalam Buletin Edubest akan diberi kupon. Sila dapatkan kupon di kaunter. a. Catatan Harian
: 1 kupon
b. Karangan
: 3 kupon
2. Sila dapatkan borang penyertaan Kuiz dari peti kuiz. 3. Selepas mengisi borang, sila masukkan borang penyertaan di bekas yang disediakan di kaunter pejabat.
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius 2-1 Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. 03-7983 7650 www.edubest.com.my