M ONOGRAF ASASI PENGAJIAN ISLAM ISBN 978-983-44395-4-5
2010
PERANAN SIYASAH SYAR`IYYAH DALAM PENGURUSAN MASYARAKAT MAJMUK
1
Shukeri Mohamad
KARYA-KARYA BERKAITAN AL-QUR’AN DAN SAINS DI MALAYSIA: SUATU ANALISIS
17
Ahmad Najib Abdullah
PENDEKATAN DAKWAH DALAM KITAB TAFSIR AL-MISBAH OLEH M. QURAISH SHIHAB
29
Mohd Najib Abdul Kadir & Mazlan Ibrahim
SUMBANGAN SHEIKH AHMAD AL-FATANI TERHADAP PENGAJIAN ILMU NAHU DI KELANTAN: SUATU PENELITIAN
37
Mohd Alwee Yusoff
KEPENTINGAN DAKWAH TERHADAP UMMAT AL-IJABAH DAN UMMAT AL-DAKWAH
49
Syed Abdurahman Syed Hussin
REALITI PENGAJIAN ‘ULUM AL-HADITH DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TIMUR TENGAH (IPT): SUATU ANALISIS
71
Mohd Muhiden Abd Rahman & Abdul Latiff Abdul Haliff
AJARAN ILMU TAJALLI AHMAD LAKSAMANA: SATU ANALISIS
79
Nawi @ Mohd Nawi Haji Ismail
PELAKSANAAN PENGAJARAN ILMU BALAGHAH ARAB MELALUI TERJEMAHAN RETORIKA MELAYU
97
Azhar Muhammad
AYAT DAN STRUKTUR JUMLAH DALAM SURAH AL-FATIHAH
107
Wan Rohani Wan Mokhtar
HUBUNGAN ANTARA ILMU QIRAAT DAN FONETIK
119
Nor Hazrul Mohd Salleh
أخطاء في إهمال الهمزة:من األخطاء الشائعة في النظام الكتابي
محمد بخيت بن الحاج علي
Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri
127
5 Kepentingan Dakwah Terhadap Ummat al-Ijabah dan Ummat alDakwah Syed Abdurahman Syed Hussin1 Pendahuluan Sasaran dakwah ialah mereka yang ditujukan kepadanya mesej Islam oleh pendakwah. Mereka tergolong dalam dua kelompok besar sebagaimana yang telah dijelaskan oleh tokoh-tokoh dan penulis dibidang pengajian dakwah iaitu ummat al-dakwah dan ummat al-ijabah.2 Setiap kelompok itu pula terbahagi kepada pelbagai golongan yang berbeza pegangan dan aliran kefahamannya. Kelompok yang dikenali dengan ummat al-ijabah ialah mereka yang telah menerima dakwah Islamiyyah dan beriman dengan risalah Islam. Ummat al-Ijabah adalah kelompok yang ditugaskan untuk menyampaikan dakwah Islam kepada ummat al-dakwah agar mereka masuk ke dalam kelompok pertama dan bersama melaksanakan tugas dakwah terhadap ummat al-dakwah yang lain. Ummat al-dakwah pula ialah ialah golongan manusia yang belum menerima dakwah Islam. Belum diperdengarkan kepada mereka seruan dan ajakan ke arah menerima Islam sebagai anutan. Mereka terdiri dari pelbagai bangsa, bahasa, anutan dan kefahaman serta aliran pemikiran. Mereka yang belum menerima ini sama ada disebabkan belum sampai seruan kepada mereka atau kejahilan atau oleh pelbagai sebab lain.3 Peranan yang perlu dilakukan oleh ummat al-ijabah ke atas ummat al-dakwah ialah berusaha sedaya mungkin untuk menghilangkan segala bentuk halangan yang menyekat mereka dari menerima atau mendengar seruan Islam. Memberi peluang kepada mereka untuk memikir dengan baik dan secara bebas tanpa paksaan dan apa-apa hambatan yang mengongkong mereka dalam membuat pilihan dari hati dan pemikiran yang bersih. Ketiadaan halangan dan hambatan ini menjadikan penerimaan mereka terhadap Islam 1
2
3
Syed Abdurahman Syed Hussin, PhD adalah Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Muhammad Abu al-Fath al-Bayanuni, (1411H), al-Madkhal Ila `ilm al-Da`wah, Beirut: Muassasah alRisalah, h. 173-174 Dr. `Abd al-Karim Zaydan, (1976), Usul al-Da`wah, Baghdad: Maktabah al-Manar al-Islamiyyah, h. 368373.
49
lahir dari kerelaan dan keyakinan yang menguasai jiwa mereka. Dengan itu menjadi kewajipan kepada ummat al-dakwah untuk berusaha menghilangkan segala bentuk kejahilan dan kekeliruan dengan mengemukakan dalil-dalil dan hujjah-hujjah yang dapat menolak keingkaran dan kesombongan serta kedengkian juga membongkar bentuk nifaq mereka. Di kalangan ummat al-ijabah sendiri juga terdapat sasaran dakwah. Meskipun mereka telah beriman dengan risalah Islam tetapi terdapat di kalangan mereka orang yang memerlukan peringatan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar oleh kerana mereka kadang-kadang tersasul, terlupa, lalai dan lain-lain. Keadaan ini adalah disebabkan manusia tidak boleh lari dari terpengaruh dengan pelbagai keadaan dan suasana yang mengelilinginya. Pengaruh tersebut samada dalaman atau luaran. Pengaruh dalaman adalah yang lahir dari dalam diri disebabkan oleh pembawaan diri serta pendidikan juga godaan dari nafsu syahwat dan syaitan yang sentiasa menjalankan hasutan ke arah melakukan perkara yang bertentangan dengan fitrah yang suci. Manakala pengaruh luaran adalah hasil suasana persekitaran, pergaulan dan pelbagai perkara yang dialami sepanjang hidup. Keadaan tersasul, lupa, lalai dan lain-lain lagi itu memerlukan orang lain berdakwah kepada mereka untuk mengembalikannya ke pangkal jalan. Berusaha menetapkannya di atas landasan iman supaya mereka melaksanakan hidup di atas panduan risalah Islam dengan kefahaman yang tepat dan penghayatan yang betul berdasarkan ilmu dan basirah. Ramai di kalangan pendakwah maupun institusi dakwah yang tidak meletakkan perioriti utama dalam menjalankan dakwah ke dalam iaitu dakwah terhadap ummat alijabah sendiri dengan serius demi membentuk kader dakwah serta membetulkan penghayatan Islam ummat al-ijabah sendiri sehingga benar-benar menggambarkan masyarakat Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran Islam. Kewujudan masyarakat Islam yang mempamirkan gambaran Islam yang bergerak dan dapat dibaca serta dicontohi oleh ummat al-dakwah akan menjadi media dakwah paling berkesan tanpa perlu kepada berkata-kata. Ianya akan menjadi model yang memperakukan kebenaran Islam sebagai risalah yang membawa rahmat kepada seluruh umat. Keperluan Ummat al-Ijabah Kepada Dakwah Keperluan ummat al-ijabah kepada nasihat, peringatan dan lain-lain adalah berpijak di atas dasar-dasar dan konsep Islam yang diguna pakai bagi menguat dan menyatukan umat Islam serta menjadikan mereka sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk melaksanakan tugas membawa manusia kepada kesejahteraan hidup sejati di dunia dan akhirat. Dasar-dasar dan konsep ini menjadi pemangkin yang menunjangi kekuatan umat Islam sebagai umat contoh dan umat dakwah serta penyaksi kepada umat lain di hadapan Allah pada hari akhirat. Antara dasar dan konsep tersebut ialah konsep ukhuwwah fi Allah, (persaudaraan kerana Allah), al-Ta`awun `ala al-Birr (saling bekerjasama dalam kebaikan), al-tanasuh (saling menasihati), dan al-wilayah (memberi kepatuhan), menuntut ummat al-dakwah agar saling melengkapi dalam meningkatkan keimanan dan penghayatan terhadap Islam sehingga mereka benar-benar menjadi satu jasad dan umat. Firman Allah SWT:
50
ْ ْ ْ ْ َ ّ َ ت و َتواص ْو ۟ا ِبٱلح ّ ِقٟ ِلحٟٱلص وا ل م ع و وا ن ام ء ين ٱّل ّل ّ إ ﴾ ٢ ﴿ ْس خ ى ف ل نٟ نس ٱْل ﴾ ِإ ّ َن١﴿ وٱلع ْص ِر ِ ِ ِ ِ ِ ِ ُ َ ٍ َ ۟ ۟ ّ ُ ُ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ ْ ﴾٣﴿ ْب وتو ِ ٱلص َ ّ اصو ۟ا ِب َ ََ َ Maksudnya: Demi masa, sesungguhnya manusia semua berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan mereka pula berpesanpesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah al-`Asr: 1-3) Firman Allah SWT lagi:
ْ ْ ْ ْ ْ ٰ ْب وٱلت ْقو ﴾٢﴿... ۚ نٟ ٱْل َل ع وا ن او ع ت ّل و ٲ ى وا ع ََل ٱل وتعاون... ِ َ َ ِ ِ ْث َوٱل ُعد َو ِ ّ َ ّ ِ َ ۟ ُ َ ََ َ َ َ ۟ ُ َ ََ َ َ Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. (Surah al-Maidah: 2) Dalam mentafsirkan ayat ini Ibn Kathir mengatakan “Allah Ta`ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman supaya saling bekerjasama dalam melakukan segala kebaikan yang merupakan kebajikan, serta meninggalkan segala bentuk kemunkaran yang merupakan taqwa, juga mencegah mereka dari saling bermusuhan di atas kebatilan dan saling membantu dalam melakukan perkara yang berdosa yang diharamkan”.4 Firman Allah SWT:
ْ ْ ت ب ْعضُهْ أ ْوليٓاء ب ْعٍض ۚ يأْمرون بٱلْم ْْعوف وي ْْنٟوٱلْم ْؤمنون وٱلْم ْؤمن ﴾٧١﴿ ... ك ِر ع ن و َ ن ٱل ُمن ِ َ َ َ َ َ ِ ُ َ ِ َ ُ ُ َ ۢ َُ َ ِ َ ُ ُ َ ُ َ ِ ُ َ َ ُ ِ ُ َ Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong kepada setengah yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat kejahatan. (al-Taubah: 71) Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam rasa sayang, kasihan belas dan simpati mereka umpama satu jasad, apabila salah satu anggota jasad tersebut mengadu kesakitan maka seluruh anggota lain saling mengajak untuknya dengan berjaga malam dan merasa sakit sama”. 5 Dalam menghurai hadis ini, Imam al-Nawawi mengatakan “Hadis ini secara jelas menyatakan penghormatan yang besar kepada hak-hak orang Islam di kalangan mereka
4
5
Ibn Kathir, Abu al-Fida` Ismail bin `Umar bin Kathir al-Qurasyi (1986), Tafsir Ibn Kathir, Beirut: Dar alFikr, juz 2 h. 7. Imam al-Nawawi, Abu Zakariya, Yahya Ibn Syaraf al-Nawawi, (1981), Syarh Sahih Muslim, Beirut: Dar al-Fikr, kitab “al-birr wa al-silah wa al-adab” bab “tarahum al-mukminun wa ta`atufihim wa ta`adudihim”, juz 16 h. 160
51
di samping menggesa mereka supaya saling mengasihani, saling bersimpati, dan saling membantu dalam perkara yang tidak membawa kepada dosa dan dibenci”6. Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kemanisan iman; bahawa dia mengasihi Allah dan rasulNya lebih dari segala-galanya; dia mengasihi seseorang atas dasar kecintaannya terhadap Allah; dan dia tidak suka orang lain kembali kepada kekufuran sebagaimana dia tidak suka dirinya dicampakkan ke neraka”.7 Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Agama itu adalah nasihat”, lalu para sahabat bertanya “untuk siapakah nasihat itu wahai Rasulullah? Jawab baginda “bagi Allah, bagi rasulNya, bagi kitabNya, bagi pemimpin umat Islam dan bagi seluruh orang awam”. 8 Ayat-ayat serta hadis di atas menjelaskan dengan nyata konsep-konsep persaudaraan dalam Islam, saling bekerjasama, saling menasihati dan saling memberi kepatuhan yang dituntut di kalangan ummat al-ijabah sebagaimana yang telah dibincangkan. Pelaksanaan kepada konsep-konsep tersebut dalam umat ini dikenali atau disebut sebagai dakwah ke dalam atau muhasabah al-nafs (melihat ke dalam diri sendiri), serta menjadikan saudara mukmin sebagai cermin untuk membetulkan diri. Kesemua ini merupakan bahan yang dapat menjadikan umat ini sebaik-baik umat yang dikeluarkan oleh Allah untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Firman Allah SWT:
ْ ٓ َ ّ بٟ وِلۦ ٰ َ ٱّلى َن ّ َز َل ع كت وِلۦ وٱل وا ِب ٱّلين ءامن ُ ٓو ۟ا ءا ِمن ِ ِ َل رس ِ ِ ِ ٱ﵀ِ ورس ِ ِ َ ّ أ َ ّ ُّياٟي ِ َ ّ ۟ ُ َ َ ُ َ ُ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ ٓ ْ ﴾١٣٦﴿... ۚ ٱّلى أَنز َل ِمن َقب ُل كت وٱل ِ ِ َ ّ بٟ ِ َ َ َ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan kepada rasul-Nya, dan kepada kitab al-Quran yang diturunkan kepada hambaNya (Muhammad SAW), dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. (al-Nisa’: 136) Firman Allah SWT:
ٓ ْ ْ ٱّلين ءامنوا َ ّ أ َ ُّياٟي ﴾٢٤﴿ ... يك ْم ٲ ول ِإذَا دعاكُ ْم لِما يح ِي وا ِ ّ َ﵀ِ ولِلرس ٱست ِجيب ِ ِ ُ ۟ ۟ ُ َ َ َ َ َ ُ َّ َ ُ َ ُ َ َّ َ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sahut dan sambutlah (seruan) Allah, dan (seruan) rasul-Nya apabila dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna. (al-Anfal: 24)
6 7
8
Ibid., juz 16, h. 140. Ibn Hajar al-`Asqalani, Muhammad bin `Ali bin Hajar (t.t), Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar al-Fikr, kitab “al-iman” , bab “halawat al-iman” juz 1, h. 60. Ibid, kitab “al-iman”, bab “ qawl al-Nabi SAW al-din al-nasihah”, juz 1 h. 137
52
Dalam kedua-dua ayat di atas Allah telah menujukan tuntutannya kepada orangorang yang beriman agar sentiasa tetap berada di atas keimanan mereka kepada perkara-perkara yang telah disebut. Hanya dengan keimanan yang benar-benar terhadap Allah dan rasul-Nya – dengan mematuhi segala ajaran yang dibawa – akan dapat menyelamatkan manusia dalam kehidupan dunia dan akhirat. Pengertian Beriman Yang dimaksudkan beriman dengan Allah dan rasulNya ialah menerima ajaran Islam secara sepenuhnya tanpa ragu, tanpa diasing-asingkan atau di ambil sebahagian dan ditinggalkan sebahagian yang lain berdasarkan selera dan ketentuan manusia. Imam Ibn Kathir dalam mentafsirkan ayat 136 dari surah al-Nisa’ menyebut “Allah telah memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman supaya memasuki ke dalam seluruh tuntutan iman, cabang-cabang, rukun-rukun dan tiang-tiangnya. Tuntutan ini tidak bererti menghasilkan apa yang telah terhasil bahkan termasuk ke dalam bab penyempurnaan kepada yang telah sempurna dengan cara pengakuan, pengukuhan, dan penerusan di atasnya sebagaimana yang telah dikatakan oleh seorang mukmin dalam sembahyangnya “ Tunjukilah kami ya Allah jalan yang lurus”. Maksudnya perjelaskan penglihatan kami kepada jalan tersebut dan tambahkanlah kami dengan pertunjuk serta tetapkan kami di atasnya”.9 Dalam memahami maksud firman Allah )(لما يحييكم, (perkara yang dapat menghidupkan kamu), para ulama menyebut empat pengertian sebagaimana berikut; 1. Islam: mengikut pendapat al-Suddiy. Beliau menyatakan Islam yang menghidupkan manusia selepas mematikannya dan menghidupkan mereka selepas kekufuran. 2. al-haq (kebenaran): mengikut pendapat Mujahid. 3. Al-Quran: sebagaimana yang difahami oleh Qatadah yang menyatakan bahawa yang dimaksudkan ialah al-Quran ini kerana terdapat didalamnya kehidupan, kemuliaan serta pengawalan di dunia dan akhirat. 4. Peperangan: mengikut penafsiran yang dibuat oleh Ibn Ishak yang mengatakan “Peperangan yang Allah muliakan kamu melaluinya selepas kamu berada dalam kelemahan, serta mengawal kamu dari musuh-musuh kamu selepas mereka menindas kamu”.10 Dari keempat-empat pendapat di atas Ibn Jarir memilih pendapat Qatadah sebagai pendapat yang lebih tepat kerana ia merangkumi semua pengertian lain ke dalamnya. Ini adalah disebabkan penyahutan kepada berjihad, berhukum dengan al-Quran dan lain-lain adalah merupakan penyahutan kepada kebenaran yang mana melaluinya akan membawa kehidupan kepada orang yang menyahutinya sama ada di dunia melalui sebutan baik dan di akhirat pula mendapat kehidupan yang kekal abadi. 11 Pendapat beliau sama dengan pandangan Imam Fakhr al-Razi yang menyebut bahawa erti kepada maksud “ Perkara yang menghidupkan kamu” ialah segala jenis
9 10
11
Tafsir Ibn Kathir, op.cit., juz 1, h. 576. Abi Ja`afar Muhammad bin Jarir al-Tabari, (1958) Jame` al-Bayan `an Ta‟wil Ayi al-Quran, Tahqiq: Mahmud Muhammad Syakir dan Ahmad Muhammad Syakir, Kaherah: Dar al-Ma`arif, juz 13, h. 464. Ibid.
53
kebenaran dan ketepatan yang dapat dimasukkan ke dalamnya pengertian al-Quran, iman, jihad dan segala bentuk perbuatan baik dan ta`at”. 12 Tugas Pendakwah Terhadap Ummat al-Ijabah Di samping menekankan tugas mukmin terhadap diri sendiri dan melaksanakan tuntutan iman, penekanan yang sama penting perlu diberikan dalam menyatakan tugas utama orang-orang beriman untuk menjadi ejen penggerak dan pembawa perubahan. Menjadi tentera-tentera Allah dalam membawa kebenaran serta hidayah kepada manusia sejagat demi mengeluarkan mereka dari kegelapan kufur kepada cahaya iman. Tidak memadai bagi seorang mukmin untuk cukup dengan dirinya sahaja beriman tanpa menghiraukan saudara seagama dengan mereka tersasul dari landasan agama, atau terlalai melakukan tuntutan agama, atau cuai melakukan tuntutan agama, atau terjatuh ke dalam kemaksiatan, dibiarkan terus dengan kesilapan mereka. Tugas mengajak mereka kembali ke pangkal jalan dan iltizam di atas panduan Allah mestilah dilaksanakan sebagai menunaikan tanggungjawab persaudaraan dan tuntutan keimanan terhadap Allah. Tuntutan mengajak saudara seagama yang tersasar dari panduan wahyu mesti dilakukan selari dengan tuntutan mengeluarkan mereka yang kufur kepada cahaya iman. Membiarkan kemaksiatan terhadap Allah di kalangan ummat al-ijabah walau pun kecil dan sedikit pada tahap permulaannya akan membawa kepada bencana pada akhirnya. Ini kerana maksiat atau dosa kecil yang berlaku apabila dibiarkan akan menjadi kebiasaan dan membawa kepada menjadi dosa besar dan memudahkan pelakunya untuk melakukan dosa yang lebih besar tanpa merasa takut terhadap Allah. Di samping itu perbuatan membiarkan maksiat berlaku di kalangan mereka akan menyebabkan turunnya bala Allah serta merebaknya pelbagai bencana seperti lahirnya pelbagai penyakit sosial, bencana alam, dan terungkainya ikatan ukhuwwah yang kukuh yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan kehancuran masyarakat ummat alijabah. Sekiranya keadaan begini berlaku maka peranan mereka sebagai ummatan wasata tidak akan terhasil, sebaliknya akan dijadikan alasan untuk menolak ajaran yang baik disebabkan kerenah umatnya sendiri bukan kerana ajarannya. Keadaan inilah yang telah digambarkan oleh Syeikh Muhammad `Abduh dalam kata-kata beliau yang ringkas iaitu “ Islam terdinding oleh sebab umatnya”. Keadaan yang sama digambarkan oleh Syeikh Badi`uzzaman Sa`id al-Nursi, ketika beliau menjawab pertanyaan Syeikh Bakhit al-Muti`i (Mufti Mesir) dalam perjumpaan mereka berdua. Syeikh Muti`i mengajukan soalan kepada Sa`id Nursi untuk mendengar pandangan beliau tentang tamaddun Eropah. Jawab Syeikh Sa`id “Kerajaan Uthmaniyyah kini sedang mengandung bayi Eropah dan akan melahirkannya satu hari nanti, manakala Eropah sekarang sedang mengandung bayi Islam dan ia akan melahirkannya satu hari nanti”. 13 Kata-kata Syeikh Muhammad `Abduh itu jelas menunjukkan betapa penampilan kepada ajaran Islam melalui penghayatan yang nyata dalam semua aspek kehidupan oleh ummat al-ijabah memberi impak yang amat berkesan dalam menarik ummat alda`wah kepada Islam. Manakala Syeikh Sa`id al-Nursi menunjukkan pandangan yang 12
13
Fakhr al-Razi, Abu `Abdullah Muhammad bin `Umar b. Husein al-Qurasyi al-Tabaristani, (t.t) al-Tafsir alKabir, Matba`ah al-Bahiyyah, Kaherah, juz 15, h. 147. Dr. Muhammad Sa`id al-Wakil, (1994), Istimrariyyat al-Da`wah, Namazij min al-Dua`t min al-Qarn alSabe‟ ila al-Qarn al-Rabi` Asyar, Jeddah: Dar al-Mujtama’, h. 367-368.
54
tajam dan kritis beliau kepada umat Islam untuk menyatakan bahawa umat Islam telah mula dipengaruhi oleh pandangan hidup Barat dan mula menjauhkan diri dari anutan mereka. Keadaan ini boleh menjerumuskan jenerasi umat Islam ke dalam sistem hidup yang dicipta manusia dengan mengkesampingkan wahyu Allah dari mencorakkan kehidupan mereka. Sedangkan masyarakat Barat yang dilanda krisis pemikiran sedang mencari satu panduan yang sesuai dengan fitrah serta lengkap memenuhi segala tuntutan kehidupan mereka rohani, jasmani, emosi dan akal melihat kepada Islam sebagai penyelamat kerana memenuhi ciri-ciri tersebut. Islam adalah agama penyatuan yang menganjurkan kesatuan umat yang erat, kukuh dan utuh melalui kesatuan akidah dan syariah. Ikatan akidah ini menjadikan mereka semua saudara tanpa mengira bangsa, warna kulit, bahasa dan lain-lain pengenalan yang dijadikan ukuran oleh semua sistem hidup lain yang dicipta oleh manusia. Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadith baginda bermaksud “Manusia semua adalah dari Adam dan Adam adalah dijadikan dari tanah, tiada kelebihan kepada orang Arab ke atas bukan Arab kecuali dengan sebab taqwa”. Pernyataan terhadap keimanan yang utuh dan kepercayaan sejati terhadap akidah Islam tergambar dalam penghayatan terhadap enam rukun iman serta pengamalan kepada syariah Islam sebagai landasan perjalanan hidup mukmin dalam seluruh sektor kehidupannya sepanjang hayatnya di dunia ini. Penghayatan yang dilakukan dengan sepenuh kepatuhan dan keihklasan demi mendapat keredaan Allah Pencipta alam ini akan membawa kepada lahirnya akhlak yang merupakan buah kehidupan sebenar yang dikehendaki dari ubudiyyah manusia kepada Khaliqnya. Akhlak itu ditandai dengan kehidupan harmonis, sejahtera, damai, selesa, bukan sahaja dengan sesama manusia tapi dengan seluruh makhluk Allah yang lain. Keadaan begini lahir kerana tidak ada konflik antara manusia dan alam apabila peraturan hidup berdasarkan wahyu dilaksanakan kerana peraturan Allah kepada manusia adalah selaras dengan fitrah yang disemula jadikan dalam diri manusia dan selari dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh-Nya kepada perjalanan alam. Peraturan yang menyatukan seluruh perjalanan makhlukNya dalam satu sistem yang telah ditetapkan demi mencapai keharmonian dan kemanisan hidup sebenar bagi manusia dan seluruh kejadian alam yang lain ini dinamakan sunnah ilahiyyah. Dengan itu Islam amat mencela umatnya yang memisahkan antara teori dan praktis dalam beragama. Amat banyak sekali larangan keras al-Quran dan al-hadith terhadap mereka yang pandai menyatakan kebaikan atau pandai menyuruh orang lain melakukan kebaikan sedangkan mereka sendiri tidak melakukannya. Pemisahan antara kefahaman dan penghayatan merupakan punca kepada kerosakan sunnah ilahiyyah dalam kehidupan di muka bumi. Dengan itu Islam amat mencela orang yang mengaku beriman dengan Allah tetapi tidak melaksanakan tuntutannya. Firman Allah SWT:
ْ ْ ْ ْ ْ ﴾٤٤﴿ ب ۚ أَف َ ََل َتع ِقلُونٟكت نُتْ َتتلُون ٱل ك ْم وأ ْب و َتنس ْون أَنفُس أ َ َتأمرون ٱلنَّاس ِبٱل ِ َ ِ ِ ّ ُ ُ َ َ َ َ َ َ ُ ُ َ َ َ َ َ Maksudnya: Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, pada hal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (Surah al-Baqarah: 44)
55
Dalam ayat yang lain Allah Ta`ala berfirman:
ْ ْ ْ ٓ َ ّ أ َ ُّياٟي ﴾٣﴿ وا ما َّل َتفعلُون ٱ﵀ِ أَن َت ُقول ند ْب مق ًتا ِع ك ﴾٢﴿ وا لِم َت ُقولُون ما َّل َتفعلُون ٱّلين ءامن ِ ُ َ َ ّ ُ ۟ ۟ َ ُ ّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya?”. Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (Surah al-Saff: 2-3) Antara hadis Rasulullah SAW yang memperlihatkan larangan tegas agar seseorang itu tidak memisahkan antara teori dan praktis dalam pengamalan ajaran Islam ialah sabda baginda bermaksud “Seorang lelaki telah dibawa dan dicampakkan ke neraka oleh malaikat pada hari kiamat, lalu terburai keluar usus dari perutnya kemudian dia berputar-putar disekeliling usus tersebut sebagaimana kaldai mengelilingi kincir air untuk mengeluarkan air dari perigi. Para penghuni neraka berhimpun melihat lelaki tersebut, kemudian mereka semua mengatakan kepada lelaki itu “Tidakkah engkau semasa di dunia dahulu mengajar kami melakukan perkara makruf dan mencegah dari perkara mungkar?” jawab lelaki itu “ya dahulu aku menyuruh kamu berbuat perkara makruf tetapi aku tidak melaksanakannya, aku melarang kamu dari perkara mungkar tetapi aku melakukannya”.14 Tugas umat Islam yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya ialah meneruskan peranan yang telah dilaksanakan oleh para rasul dan anbiya’ dan disudahi dengan risalah Islam yang bersifat sejagat. Sudah tiada risalah dan utusan Allah lagi setelah ianya ditamatkan dengan pengutusan rasul terakhir dengan risalah terakhir. Dengan itu risalah ini akan terlaksana dalam kehidupan manusia disepanjang zaman menerusi pelaksanaan dakwah dan penghayatan berterusan oleh umat Islam di samping melaksanakan tugas menyebarkannya ke seluruh umat manusia. Dalam menyatakan tugas utusan Allah yang utama dan asasi, Allah telah menyebut dengan jelas dalam banyak ayat al-Quran. Antaranya Firman Allah:
ْ ْ ۠ ٓ ﴾٢٥﴿ ون وِح ِإلَ ْي ِه أ َ ّنَهُۥ ََل ِإل ول ِإ ّ َّل ن ك ِمن ّ َرس ومٓا أ َ ْرسلنَا ِمن َق ْب ِل ِ ِ د ٍ َ ُ ُ ه ِإ ّ ََل أ َ َنا فَٱعبٟ ُ َ َ ُ َ َ َ Maksudnya: Dan Kami tidak mengutus sebelum mu (wahai Muhammad) seorang rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya “Bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan aku; Oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu. (al-Anbia’: 25) Dalam ayat lain Allah berfirman:
ْ ْ ْ ً ْ ﴾٣٦﴿ ... وت ٲ ََ ّ وا ُ ُ َولَ َقد َب َعثنَا ِِف كُ ّ ِل أ ُ ّ َم ٍۢة ّ َر ُسوّل أ َ ِن ٱعب َ ُ غَٟ ّوا ٱلط ۟ ُ ٱ﵀ َوٱج َتنِب ۟ د
14
Ibn Hajar al-`Asqalani, op.cit., kitab “badi’ al-khalq”, bab “sifat al-nar wa annaha makhluqah”, no hadith: 3267.
56
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah utuskan kepada setiap umat itu seorang rasul untuk beliau menyeru mereka dengan mengatakan “sembahlah kamu akan Allah dan jauhilah kamu dari taghut. (al-Nahl: 36) Kekufuran sekiranya dibiarkan membiak dan seterusnya berleluasa akan menjadi punca segala kerosakan dan fitnah dalam hidup manusia. Dengan itu, ianya perlu disekat dan dihancurkan. Firman Allah:
ْ ﴾٣٩﴿ ... ۚ ِٱدلين كُ ّ ُّلۥ ِ ّ َ﵀ تلوُهْ حت ٰى ّل تكون فتنٍة ۭويكونٟوق ُ ُ ِّ َ ُ َ َ َ ِ َ ُ َ َ َ ّ َ ُ ُ ِ َ َ Maksudnya: Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama ini seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. (Surah al-Anfal: 39) Para ulama telah menyebut dalam tafsir mereka bahawa yang dimaksudkan dengan fitnah dalam ayat di atas ialah syirik. Tuntutan supaya memerangi golongan kuffar agar syirik terhadap Allah tidak berleluasa menguasai hidup manusia hingga menjadi fitnah iaitu membawa manusia ke jalan kufur yang menjauhkan mereka dari penciptanya menyebabkan manusia bertuhankan pelbagai gejala alam termasuk manusia sendiri. Mempertuhankan makhluk Allah yang menyesatkan manusia dari pertunjuk Penciptanya Yang Maha Berkuasa sehingga mereka sesat dalam mencari jalan menuju kebahagiaan, keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan hakiki di dunia. 15 Tugas seorang mukmin yang beriman dengan Allah dan rasulNya ialah mempastikan dirinya berada dilandasan pertunjuk yang dibawa oleh rasul sebagai utusan Allah, seterusnya mengajak orang lain untuk sama-sama berada pada landasan yang diredai Pencipta. Tugas mengajak tersebut merupakan tuntutan kepada umat Nabi terakhir yang mana risalah baginda adalah risalah terakhir yang bersifat sejagat. Tuntutan tersebut telah dipertegaskan Allah melalui firmanNya:
ْ ۠ ْ َل بصرية أن ۠ا ومن ٱتبعنى ٲ وس ٓ ذ ِهۦ سبيَل ٓ أ َ ْدعٟ ٱ﵀ِ ومٓا أ َ َنا ِمن نٟ ح ب ٰ ع ۚ ٱ﵀ َل إ ا و ه ل ِ ٍ ِ ِ ِ َ ِ ِ َ َ ُق َ َ َّ ِ َ َ َ َ َ َ َ َّ َ ِ ۟ ُ َ َ َّ َ َ ُ َ َ ْ ْ ﴾١٠٨﴿ َكني ِ ْش ِ ٱل ُم Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad), inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala iktikad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. (Surah Yusuf : 108) Tugas menguatkan keimanan dan penghayatan Islam sesama ummat al-ijabah agar sentiasa berada dilandasan yang diredai Allah dan rasulNya serta menjadi model 15
Ibn Kathir, op.cit., juz 2, h. 309
57
kepada Islam bergerak yang dapat dilihat oleh ummat al-da`wah dalam realiti hidup yang sempurna dan lengkap serta membawa rahmat kepada semua, telah dinyatakan Allah melalui firmanNya;
ْ وما كان ٱلْم ْؤ ِمنون لِين ِفروا كٓاف ٍۭة ۚ فل ْوّل نفر ِمن ك ّل فِ ْرقٍة ِم ْْن ين ٱدل ِف وا ه ق ف ت ي ل ٍة ف ٓائ ط م ۭ ِ ّ ِ َ َ َ َّ َ ۟ َ َ ّ ُِ ِ ّ ِ ۟ ُ َََ َِ ُ ّ َۢ ُ َ َ َ َ ُ َ َ ُ َ ََ ْ ْ ْ ْ ولينذروا ق ْومُه إذا رجع ٓوا إل ﴾١٢٢﴿ ْي ْم لَع ّلَ ُُه يح َذرون ِ ِ َ ُ َ َ ِ َِ ۟ ُ َ َ َ ِ ُ َ َ ۟ ُ ُ َ Maksudnya: Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaum mereka (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudahmudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (Surah al-Taubah: 122) Firman Allah di atas merupakan tuntutan nyata kepada orang mukmin agar tidak kesemua mereka memberikan tumpuan kepada berjuang dengan meninggalkan usaha memperkukuhkan ajaran Islam dan penghayatan di kalangan ummat al-ijabah sendiri. Allah Ta`ala sebaliknya mengarahkan agar sebahagian ummat tetap tinggal di tempat mereka untuk memperdalami ilmu agama supaya dapat mengajarkan ilmu tersebut kepada mereka yang keluar berjuang apabila mereka kembali. Tujuannya supaya mereka tidak terlepas dari mendapat panduan agama untuk menjadikan kehidupan mereka sentiasa teguh dan berada di atas jalan kehidupan yang ditunjuki oleh wahyu Allah. Keadaan ini menjelaskan kepentingan dakwah ke dalam untuk memperteguhkan ummat al-ijabah sendiri sebagai umat model terbaik yang dikeluarkan Allah untuk dicontohi oleh ummat al-dakwah sebagaimana yang dinyatakan Allah melalui firmanNya:
ْ ك ْم أم ٍۭة وسطۭا لتكونوا شهدٓاء عَل ٱلناس ويكون ٱلرسول علٟلك جع ْلنٟوكذ ك ْم ي َ َ ُ ُ َ ّ َ ُ َ َ ِ َ ّ َ َ َ َ َ ُ ۟ ُ ُ َ ِّ َ َ َ ّ ُ ُ ُ َ َ َ َ ِ َ َ َ ۭ شه ﴾١٤٣﴿ ...يدا ٳ ِ َ Maksudnya: Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu... (Surah al-Baqarah: 143) Dalam menjelaskan peranan ummat al-ijabah terhadap ummat al-da`wah, Allah Ta`ala telah menyatakan dengan jelas dalam banyak ayat al-Quran. Peranan tersebut merupakan peranan asasi yang telah dilaksanakan oleh para rasul dan nabi-nabi sehinggalah kepada nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad SAW. Usaha baginda ini terpikul dibahu umatnya yang dipilih Allah sebagai umat pembawa risalah Allah yang
58
terakhir yang merupakan risalah untuk seluruh umat manusia sehingga ke akhir umur dunia ini. Apabila Rustum ketua tentera Rome bertanya kepada Rib`ie bin `Amir –utusan dari penglima Islam- “Kenapa kamu mendatangi negeri kami?”, Rib`ie menjawab “Kami datang ke sini adalah untuk mengeluarkan hamba Allah dari memperhambakan diri kepada sesama hamba kepada memperhambakan diri kepada Allah pencipta hamba, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, dan dari kezaliman pelbagai pegangan hidup kepada keadilan Islam”. Siapa Sebenarnya Sasaran Dakwah Berdasarkan pembahagian umum yang telah dibicarakan, maka sasaran (mad`u) adalah keseluruhan manusia tanpa kecuali. Kenyataan ini berasaskan keyakinan bahawa Islam adalah risalah dari Pencipta alam yang Maha Esa dan diturunkan untuk seluruh manusia sebagai mengakhiri semua risalah yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu sehinggalah Nabi terakhir Muhammad SAW. Baginda diutuskan untuk seluruh umat manusia dan jin. Dengan itu risalah ini memiliki ciri-ciri kekekalan. Bersifat dengan sifat lengkap (takamul), dalam erti menyentuh dan mengatur setiap persoalan hidup manusia merangkumi persoalan roh, akal dan fizikal serta menggabungkan antara dunia dan akhirat. Bersifat merangkumi (syumul) dalam erti menyentuh setiap persoalan hidup manusia dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besarnya dengan membawa dasar-dasar syariah yang boleh dilaksanakan disetiap waktu dan tempat. Dasar-dasar tersebut ada yang bersifat tetap dan tidak berubah, serta dasar umum yang dapat berubah mengikut suasana dan keadaan perubahan hidup manusia. Tujuan kedua-dua dasar tersebut adalah bagi mengawal kemaslahatan mereka di dunia dan akhirat. Firman Allah dalam surah Saba‟ (34): 28 bermaksud “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang engkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. Firman Allah dalam surah al-Anbiya‟ (21): 107 bermaksud “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam”16. Sabda Rasulullah SAW “Perumpamaan antara aku dengan nabi-nabi sebelum ku adalah umpama seorang laki-laki yang membina rumah yang amat cantik, kecuali pada satu tempat yang sepatutnya terletaknya sekeping bata disatu bahagian sudut rumah tersebut tidak disempurnakan. Orang ramai mengelilingi rumah tersebut serta mengkagumi binaannya sambil mereka saling bertanya “kenapa tidak diletakkan bata di sini sehingga binaannya menjadi sempurna?” akulah yang yang dimaksudkan dengan bata itu kerana aku penamat para nabi”17. Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis lain “Aku dikurniakan dengan lima kelebihan yang tidak diberikan kepada sesiapa pun sebelum ku, aku diberi kemenangan dengan musuh yang berada dalam jarak sebulan perjalanan merasa gerun terhadap ku, 16
17
Antara ayat lain yang menjelaskan maksud yang sama ialah dalam surah al-Ahzab ayat 40 dan al-A`raf ayat 158. Muslim, op.cit., Kitab “al-Fadail”, bab “Zikr Kawnuhu SAW. Khatam al-Nabiyyin”, no hadis 2286, juz 4, h. 1790-1791.
59
dijadikan bumi sebagai tempat sujud yang bersih bagi ku, oleh itu sesiapa di kalangan umat ku yang tiba padanya waktu sembahyang maka hendaklah dia bersembahyang, dihalalkan kepada ku harta rampasan yang tidak dihalalkan kepada sesiapa sebelum ini, aku diberikan syafa`ah, dan adalah nabi-nabi sebelum ku diutuskan kepada kaumnya sahaja sedangkan aku diutuskan kepada seluruh manusia”. 18 Dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis di atas ternyata dengan jelas penegasan Allah serta pernyataan Rasulullah SAW bahawa baginda adalah pesuruh Allah yang terakhir yang membawa risalah untuk seluruh manusia. Dalam mentafsirkan ayat 28 dari surah Saba‟ imam al-Tabari mengatakan “ Allah Ta`ala menyatakan “ Dan Kami tidak mengutus engkau wahai Muhammad kepada mereka-mereka yang syirik dengan Allah dari kalangan umat engkau sahaja, akan tetapi Kami utuskan engkau kepada seluruh manusia Arab dan bukan Arab, yang merah dan yang hitam, sebagai pembawa berita gembira kepada sesiapa yang menta`ati engkau dan pemberi amaran kepada sesiapa yang mendustakan engkau” 19. Dalam menghuraikan pengertian rahmat ke seluruh alam yang dinyatakan dalam ayat 107 dari surah al-Anbiya‟ dan 158 dari surah al-A`raf , Ibn `Abbas menjelaskan bahawa ianya umum kepada mereka yang beriman dan yang engkar dimana sesiapa yang beriman akan mendapat rahmat di dunia dan akhirat dan sesiapa yang tidak beriman hanya akan mendapat rahmat di dunia sahaja dengan cara dilambatkan azab ke atas mereka serta dibebaskan dari penukaran bentuk, ditelan bumi, serta penghapusan secara total20. Dengan ini dapat difahami bahawa dakwah Islam adalah untuk seluruh manusia tanpa mengenal bangsa, negara, bahasa, warna kulit, lelaki dan perempuan serta lainlain perbezaan yang dijadikan batas perbezaan di kalangan manusia. Atas dasar inilah didapati dalam masyarakat Islam pertama anggotanya terdiri dari berbagai jenis bangsa dan taraf. Mereka semua hidup sebagai saudara tanpa ada perbezaan selain dari neraca ketaqwaan terhadap Allah. Abu Bakr al-Siddiq dari `Arab, Bilal dari Habsyah, Suhaib dari Rome, Salman dari Parsi, Khadijah seorang wanita, `Ali seorang kanak-kanak, `Uthman bin `Affan seorang kaya, `Ammar bin Yasir seorang miskin dan Khubaib seorang hamba.21 Dengan itu didapati al-Quran sentiasa mengajukan cakapnya kepada manusia dalam sifatnya sebagai manusia dan anak Adam yang menggabungkan mereka semua pada sifat asalnya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah (2): 21 bermaksud “Wahai sekelian manusia! Beribadatlah kamu kepada tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang terdahulu dari kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa”. Firman Allah dalam surah al-Nisa‟ (4): 1 bermaksud “Wahai sekelian manusia! Bertaqwalah kepada tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya-
Ibn Hajar al-`Asqalani, op.cit, kitab “al-Tayammum”, no hadis 335, juz 1, hlm: 435-436. Muslim, op.cit, kitab “ al-Masajid wa Mawadi` al-Salat”, no hadis 521, juz 1, h. 370-371. 19 Al-Tabari, Abu Ja`afar Muhammad bin Jarir, (1968), Jame` al-Bayan `An Ta‟wil Ayi al-Quran, Kaherah: Syarikat wa Matba`ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh, juz 25, h. 96. 20 Al-Baghawi, Abu Muhammad al-Husein bin Mas`ud al-Farra` (1993), Tafsir al-Baghawi al-Musamma bi Ma`alim al-Tanzil, c. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, juz 3, h. 228-229. 21 Sa`id bin `Ali bin Wahf al-Qahtani, (1998) Muqawwamat al-Daiyah al-Najihah fi Dawi al-Kitab wa alSunnah, Mafahim wa Nazar wa Tatbiq, h. 95. 18
60
Hawwa’) dan yang membiakkan dari keduanya –zuriat keturunan- lelaki dan perempuan yang ramai”. Firman Allah dalam surah al-A`raf (7): 27 bermaksud “Wahai sekelian anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka akan aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya dia dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungghnya Kami telah jadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman”. Firman Allah dalam surah al-A`raf juga (7): 31 bermaksud “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah terhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)”. Dalam ke empat-empat ayat di atas terlihat dengan jelas bahawa Allah telah mengajukan firmanNya kepada manusia dengan menggabungkan mereka semua di bawah sifat asal yang mempertemukan mereka semua pada sifat-sifat tersebut ketika menjelaskan tuntutan bahawa keperluan ibadat sebenarnya hanya bagi Allah. Allah lah yang mencipta mereka dan orang-orang sebelum mereka dari penciptaan satu makhluk iaitu Adam. Kemudian diciptakan pasangannya dari Adam, seterusnya membiakkan zuriat dari perkongsian hidup kedua mereka. Allah juga menyeru mereka dengan panggilan anak Adam ketika mengingatkan mereka agar tidak terpengaruh dengan tipu daya syaitan yang menjadi musuh kepada bapa mereka Adam dan seluruh zuriatnya. Begitu juga Allah menggunakan seruan yang sama ketika menuntut manusia menghiaskan diri ketika melakukan ibadat. Dengan kerana itu pendakwah hendaklah memahami tentang keumuman dakwah mereka serta berusaha bersungguh-sungguh untuk menyampaikannya kepada seluruh manusia dengan memulakan kepada masyarakat terdekat termasuk keluarga sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Memulakan dengan keluarga akan memudahkan penyampaian di samping pemahaman bahawa orang yang jauh tidak lebih utama dari yang dekat. Orang yang dekat lebih mudah bagi pendakwah menyampaikan dakwahnya kerana segala situasi yang melingkungi mereka difahami oleh pendakwah. Selain dari itu kemungkinan anggota keluarga juga akan menjadi pendakwah atau penyokong dan pelindung yang dapat membantu memudahkan penyampaian dakwah kepada ruang lingkup yang lebih luas.22 Firman Allah dalam surah al-Syu`ara‟ (26): 214 bermaksud, “Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabat mu yang dekat”. Selain dari itu anggota keluarga sendiri menjadi tanggungjawab seseorang lebih dari orang lain. Tanggungjawab ini mesti disempurnakan dalam bentuk makan minum, pakaian, tempat tinggal, dan yang lebih penting ialah penanaman akidah dan pengetahuan keagamaan di samping pengetahuan-pengetahuan lain. Hak Sasaran Antara hak sasaran dakwah ialah hendaklah mereka didatangi oleh pendakwah dan diseru. Hendaklah dihantar pendakwah kepada mereka oleh pihak berwajib atau institusi dakwah. Janganlah dakwah kepada mereka dilakukan secara secara sambil lewa atau ad hoc atau sempena sesuatu upacara dan munasabah keagamaan sahaja. Ini 22
Abdullah Nasih `Ulwan, (1987), Kaifa Yad`u al-Da`iyah, Dar al-Salam, h. 15
61
menjelaskan bahawa pendakwah tidak boleh tinggal setempat atau berada di rumahnya menunggu sasaran datang. Hal ini menuntut pendakwah berusaha supaya dakwahnya sampai kepada sasaran dimana sahaja mereka berada23. Kemajuan komunikasi moden kini memungkinkan usaha penyebaran dakwah lebih meluas dan merata berbanding masa-masa lalu. Nabi SAW telah menyampaikan dakwah baginda dengan masuk ke dalam pelbagai masyarakat melalui pelbagai cara dan teknik yang dibenarkan syara’ tanpa melepaskan sebarang peluang agar dakwah baginda dapat sampai kepada sebanyak mungkin sasaran dalam pelbagai lapisan dan tempat. Antara cara yang dilakukan oleh baginda ialah; 1.
Melalui hubungan individu
Hubungan individu ini merupakan saluran utama Rasulullah SAW dipermulaan dakwah baginda terutamanya dalam tiga tahun pertama yang dinamakan oleh kebanyakan pengarang sirah dengan tahap atau peringkat kerahsiaan (marhalah sirriyyah). Dalam masa ini Rasulullah SAW mendatangi orang-orang yang dipercayai dan diyakini di kalangan keluarga dan sahabat handai untuk menyatakan perkhabaran tentang pengutusan baginda serta mengajak mereka beriman dengan Allah secara berseorangan. Kemudian baginda meminta mereka menyembunyikan pertemuan tersebut samada orang itu menerima atau menolak seruannya. Orang yang mula-mula beriman dengan baginda ialah isterinya Khadijah binti Khuwailid yang sentiasa membantu dan menyokong baginda dari belakang dalam menghadapi kesusahan yang diterima dari kaumnya dalam menjalankan dakwah. Dengan itu Rasulullah SAW telah memberikan khabar gembira kepada Khadijah bahawa Allah telah menyediakan untuknya sebuah rumah yang dibuat dari batu permata dalam syurga.24 Kemudian diikuti oleh Islamnya Ali bin Abi Talib yang telah membesar dalam asuhan Rasulullah SAW sebagai membalas jasa bapa saudaranya Abu Talib yang memelihara baginda sejak kematian datuknya. `Ali datang sehari selepas Khadijah memeluk Islam dan mendapati Rasulullah SAW dan Khadijah sedang bersembahyang, lalu `Ali berkata “ Wahai Muhammad apa ini?”, jawab baginda “ Agama Allah yang dipilih sendiri untuk-Nya, dan diutuskan untuk agama ini rasul-rasulNya maka aku menyeru engkau kepada Allah sahaja tanpa menyengutui-Nya dan aku menyeru supaya beribadat kepada-Nya serta hendaklah engkau kufur dengan al-Latt dan al-`Uzza”, jawab `Ali “ Perkara ini tidak pernah aku dengar sebelumnya, oleh itu aku tidak boleh membuat apa-apa keputusan sehingga aku menyatakan perkara ini kepada Abu Talib”. Rasulullah SAW tidak suka rahsianya tersebar sebelum beginda diperintah menyatakannya secara terang-terangan, dengan itu baginda menyatakan “Wahai `Ali sekiranya engkau tidak menerima Islam maka sembunyikan perkara ini”. Pada malam itu `Ali mendiamkan diri sehinggalah Allah mencampakkan Islam ke dalam hatinya dan pada keesokan paginya dia mendatangi Rasulullah SAW dan memeluk Islam serta beribadat bersama baginda secara bersembunyi dari pengetahuan Abu Talib”. 25 23 24
25
Muhammad Abu al-Fath al-Bayanuni, op.cit, h. 170. Dr. `Abd al-Karim Zaydan, op.cit, h. 359-361 Ibn Hisyam, Abu Muhammad `Abd al-Malik bin Hisyam (t.t) al-Sirah al-Nabawiyyah, tahqiq Mustafa alSaqa, Ibrahim al-Abyari dan `Abd al-Hafiz Syalabi, Kaherah: Dar al-Kunuz al-Adabiyyah, bhgn 1, h. 240241. Abu al-Fida` Ismail bin `Umar bin Kathir al-Qurasyi, (1983), al-Bidayah wa al-Nihayah, Beirut: Maktabat al-Ma`arif, juz 3, h. 23-24. Ibn Hisyam, Ibid., bgh 1, h. 245-246. Ibn Kathir, Ibid., juz 3, h. 24-25
62
Menurut Ibn Ishak, `Ali bin Abi Talib merupakan lelaki pertama beriman dengan Rasulullah SAW selepas Khadijah.26 Selepas `Ali diikuti oleh Zaid bin Harithah, kemudian diikuti oleh Abu Bakr Ibn Abi Quhafah yang kemudiannya diberi gelaran al-Siddiq oleh kerana beliau tidak teragak-agak untuk terus menerima Islam apabila diseru oleh Rasulullah SAW sehingga baginda menyebut bahawa “ Tidak aku menyeru seseorang kepada Islam kecuali terdapat padanya perasaan teragak-agak, meneliti dan mengambil masa kecuali Abu Bakr yang tidak teragak-agak menerimanya”.27 Kemasukan Abu Bakr banyak membantu dan memperkembang serta meneguhkan kedudukan Islam pada peringkat awal dakwah. Melalui pengaruh dirinya beliau telah berjaya mengislamkan beberapa pemuda yang mempunyai kedudukan yang dimuliakan seperti Uthman bin `Affan, Zubair bin al-`Awwam, `Abd al-Rahman bin `Auf, Sa`ad bin Abi Waqqas, dan Talhah bin `Ubaidillah. Diikuti keesokan harinya dengan Abu `Ubaidah bin al-Jarrah, Abi Salamah bin `Abd al-Asad, al-Arqam bin Abi al-Arqam, `Uthman bin Maz`un, `Ubaidah bin al-Harithah, Sa`id bin Zaid, Fatimah binti alKhattab, Asma’ dan `Aisyah anak Abu Bakr yang ketika itu masih kecil, dan Khabbab bin al-Art.28 Kemasukan mereka ini ke dalam Islam adalah melalui hubungan individu yang digunakan oleh Nabi sebagai manhaj yang perlu diikuti dalam peringkat awal dakwah untuk menjaga dakwah yang baru diperkenalkan kepada manusia agar ianya tidak menggemparkan masyarakat serta dipukul sebelum ianya menjadi kuat dan mampu menghadapi badai”.29 2.
Hubungan secara umum
Hubungan secara umum ini ialah apa yang dinamakan oleh para penulis sirah dengan peringkat dakwah secara terang-terangan. Pada peringkat ini Rasulullah SAW menjelaskan dakwah kepada umum secara terbuka bukan lagi dengan cara sebelumnya. Cara ini dilakukan setelah bilangan penganut Islam mencapai angka empat puluh tiga orang. Dakwah secara terang-terangan ini juga dilakukan setelah Hamzah bin `Abd alMuttalib serta `Umar bin al-Khattab memeluk Islam iaitu setelah genap tiga tahun umur dakwah Rasulullah SAW. Perbezaan tepat kepada dua peringkat ini ialah dengan turunnya perintah Allah supaya baginda menyampaikan dakwahnya kepada keluarga terdekat melalui ayat 214 dari surah al-Syu`ara‟, 30 juga ayat yang memerintahkan supaya menjelaskan perintah Allah secara terang tanpa menghiraukan apa yang dilakukan oleh orang-orang musyrikin melalui ayat 15 dari surah al-Hijr.31 Untuk melaksanakan kedua-dua perintah tersebut baginda telah mengikuti pelbagai cara yang dibenarkan syara’ demi menyampaikan dakwah kepada semua. Antara cara yang dilakukan ialah;
26 27 28 29
30 31
Ibn Kathir, op.cit., juz 3, h. 24-25. Ibn Hisyam, op.cit., bhgn 1, h. 246. Ibid., h. 250-254. Hussein bin Muhammad bin `Ali Jabir, (1985), al-Tariq ila Jama`at al-Muslimin, Kaherah: Dar al-Wafa’, h. 160. Firman Allah وأنذر عشيزتك األقزبين Firman Allah فاصدع بما تؤمز وأعزض عن المشزكين
63
a)
Menghimpun keluarga yang terdekat dalam majlis makan di rumahnya dengan tujuan menyatakan bahawa baginda diutuskan oleh Allah menjadi rasul serta mengajak mereka beriman dan membantu beliau dalam menjalankan tugas ini, kerana mereka lebih patut membantu baginda berbanding orang lain. Dalam majlis itu baginda berucap dengan katanya “Segala puji bagi Allah, aku memuji, memohon pertolongan, beriman dan bertawakkal kepada-Nya, aku bersaksi tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa tanpa sekutu bagi-Nya”. Kemudian baginda menyambung “Sesungguhnya seorang pemimpin tidak akan mendustakan pengikutnya, demi Allah yang tiada tuhan kecuali Dia, sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu secara khusus dan kepada manusia semua secara umum. Demi Allah kamu pasti menemui kematian sebagaimana kamu tidur dan kamu pasti dibangkitkan semula sebagaimana kamu jaga dari tidur dan segala perkara yang kamu lakukan pasti dihitung oleh Allah, kemudian Dia menentukan sama ada kamu kekal di syurga untuk selama-lamanya atau di neraka untuk selama-lamanya”32.
b) Menghimpunkan orang ramai di berbagai tempat dan menyampaikan dakwah. Contohnya baginda telah naik ke bukit Safa dan menyeru orang ramai berhimpun di kaki bukit tersebut untuk baginda menyampaikan dakwahnya. Baginda telah menyeru semua keluarga Quraisy kemudian berpidato dengan katanya “ Apa pendapat kamu sekiranya aku memberitahu bahawa disebalik bukit sana ada tentera berkuda yang akan menyerang kamu, adakah kamu mempercayainya?”. Jawab mereka semua “ Kami tidak pernah dapati kamu berbohong”, lalu Rasulullah SAW menyambung “ Maka aku memberi peringatan kepada kamu tentang azab yang pedih menanti di hadapan kamu”. Abu Lahab segera menyampuk dengan mengatakan “ Celaka bagi engkau sepanjang hari ini, adakah kerana ini engkau menghimpunkan kami?”. Sebagai membalas cercaan Abu Lahab itu Allah menurunkan laknatNya melalui surah al-Masad.33 c)
32
33 34
Mendatangi tempat-tempat orang ramai untuk berdakwah. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dari Rabi`ah al-Daily tentang apa yang dilihatnya semasa jahiliah setelah beliau memeluk Islam katanya “ Aku melihat Rasulullah SAW semasa aku dalam jahiliyah di pasar Zu al-Majaz, baginda menyeru dengan mengatakan “ Wahai orang ramai ucaplah tiada tuhan selain dari Allah kamu pasti beroleh kejayaan”34. Rasulullah SAW juga mendatangi rumah-rumah kabilah `Arab untuk berdakwah sebagaimana yang diceritakan oleh Ibn Ishak dari `Ubaidillah bin `Abbas katanya “ aku mendengar Rabi`ah bin `Ubbad berkata “ Sesungguhnya semasa aku muda remaja bersama ayah ku di Mina, dan Rasulullah SAW berhenti di rumah-rumah kabilah `Arab sambil berkata “ Wahai bani fulan, sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu yang memerintahkan kamu supaya menyembahNya sahaja tanpa sedikitpun penyengutuan terhadapNya. Dia Ibn al-Athir, Abi al-Hasan `Ali bin Abi al-Karam Muhammad bin Muhammad bin `Abd al-Karim bin `Abd al-Wahid al-Syaibani, terkenal dengan panggilan Ibn al-Athir, (1965 ), al-Kamil fi al-Tarikh, Beirut: Dar Sadir, juz 2, h. 61. Ibn Hajar al-`Asqalani, op.cit, kitab “al-Tafsir”, bab “ wa Anzir `Asyirataka al-Aqrabin”, juz 8, h. 501. Imam Ahmad bin Hanbal (1313H), Musnad Imam Ahmad bin Hanbal wa Bihamisyihi Muntakhab Kanz al`Ummal fi Sunan al-Aqwal wa al-Af„al, Kaherah: Matba`ah Muhammad al-Babi al-Halabi, juz 3, h. 492.
64
memerintahkan kamu supaya meninggalkan segala perkara yang kamu sembah dari sekutu-sekutu kamu selain dariNya, dan hendaklah kamu beriman dengan aku, membenarkan aku dan mempertahankan aku sehingga aku mejelaskan perkara yang Allah utuskan aku kerananya”. Kata Rabi`ah “ Di belakang baginda terdapat seorang lelaki juling dan putih memiliki ekor cicak yang panjang serta memakai pakaian dari Aden. Apabila Rasulullah SAW selesai berkata-kata lelaki tersebut menyambung “ Wahai bani pulan sesungguhnya lelaki ini menyeru kamu supaya membebaskan diri dari tuhan Latta dan `Uzza, serta sekutu-sekutu kamu dari jin dan dari bani Malik bin `Uqais kepada apa yang dibawanya dari bid`ah dan kesesatan, oleh itu janganlah kamu mematuhinya dan mendengar darinya”. Aku bertanya ayah ku “Siapakah lelaki yang mengikuti di belakangnya serta menolak segala seruannya?”. Jawab ayahku “itulah bapa saudaranya `Abd al-`Uzza bin `Abd al-Muttalib, Abu Lahab”35. Rasulullah SAW juga akan mengekori setiap kabilah yang mengunjungi Makkah pada musim Haji untuk menyampaikan dakwah Islam, namun tidak mendapat sambutan sehinggalah pada tahun ke sebelas dari kebangkitan baginda. Semasa baginda berdakwah seperti biasa kepada kabilah-kabilah `Arab tiba-tiba baginda berjumpa dengan sekumpulan orang dari kaum Khazraj lalu baginda menyampaikan seruan Islam kepada mereka mereka telah menerima serta memeluk Islam sambil berjanji untuk memberitahu kaum mereka apabila kembali ke Yathrib”.36 d) Keluar dari kawasan Makkah untuk menyampaikan dakwah. Hal ini dapat dilihat dari usaha Rasulullah SAW datang berdakwah kepada Bani Thaqif di Taif. Tujuan baginda ke sana adalah untuk mencari tapak baru sebagai medan dakwah bagi menghasilkan tapak yang kukuh untuk dakwah Islam bertolak, apabila penduduk Makkah ternyata tidak dapat menerima dakwah baginda setelah sepuluh tahun baginda menyeru mereka. Hal ini lebih dirasakan setelah kematian isterinya Khadijah serta bapa saudaranya Abu Talib. Kedua-dua mereka marupakan benteng yang kuat berada di belakang baginda ketika baginda menjalankan dakwahnya. Tetapi usaha ini juga gagal mendapat sambutan sebaliknya para pemuka Bani Thaqif ini telah melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dengan menyuruh pengikut-pengikut serta anak-anak mereka melontarkan batu kepada Rasulullah SAW sehingga berdarah kaki baginda.37 3.
Menghantar surat dan utusan kepada ketua-ketua kabilah dan raja-raja
Selain dari cara yang telah disebutkan Rasulullah SAW juga berusaha menyampaikan dakwah baginda keluar dari semenanjung tanah `Arab melalui penghantaran surat dan utusan-utusan. Kitab-kitab sirah telah menyebut nama-nama utusan serta raja-raja yang diutuskan surat oleh Rasulullah SAW menyeru mereka kepada Islam. Rasulullah SAW telah mengutuskan Dihyah Ibn Khalifah al-Kalbi kepada Czar Rome, `Abdullah Ibn 35 36
37
Ibn Hisyam, op.cit., bhgn 1, h. 422-423. Abu al-Hasan `Ali al-Hasani al-Nadawi, (1979), al-Sirah al-Nabawiyyah, c. 2, Jeddah: Dar al-Syuruq, h. 129. Ibn Hisyam, op.cit., bhgn 1, h. 419-420. Abu al-Hasan al-Nadawi, op.cit., h. 122-123.
65
Huzafah al-Sahmi kepada Ceaser raja Parsi, `Amru Ibn `Umayyah al-Damari kepada alNajasyi raja Habsyah, Hatib Ibn Abi Balta`ah kepada Muqawqis raja Iskandariah, Sujja` Ibn Wahb kepada al-Harith bin Abu Syammar al-Ghassaniy, Salt Ibn `Amru al`Amiri kepada Hawzah Ibn Ali al-Hanafi, `Amru Ibn Al-`Ass al-Sahl kepada Jighar dan `Ubbad dua orang anak kepada al-Jalandi al-Asadiyyin raja `Amman, Salit Ibn `Umar dari bani `Amir bin Luay kepada Thumamah Ibn Athal raja Yamamah, dan al-A`la Ibn al-Hadrami kepada Munzir bin Sawa al-`Abdi raja Bahrain38. 4.
Menghantar pendakwah
Rasulullah SAW juga menghantar pendakwah untuk mengajar mana-mana kabilah yang telah memeluk Islam untuk mendalami ajarannya sebagaimana yang dilakukan oleh baginda pada tahun ke sebelas dari pengutusannya selepas berlakunya bai`ah al`Aqabah pertama dengan penduduk Yathrib. Baginda mengutuskan Mus`ab bin `Umair bersama rombongan tersebut untuk ke sana bagi mengajar dan menyibarkan Islam di kalangan penduduknya39. Kenapa Pendakwah Mesti Mendatangi Mad`u (Sasaran). a.
38 39 40
41
Kerana jawatan dan tugas rasul serta pendakwah selepasnya ialah menyampaikan dan bukan menentukan kejayaan serta hidayah. Hidayah merupakan ketentuan Allah. Tugas pendakwah berusaha semampu mungkin dengan menggunakan pelbagai uslub, wasail dan lain-lain supaya dakwah sampai dan didengari, selebihnya terserah kepada Allah. Firman Allah dalam surah al-Maidah (5): 67 bermaksud “ Wahai Rasulullah! Persampaikanlah apa yang diperturunkan kepada mu oleh tuhan mu, dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka (bermakna) tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya, dan Allah jualah akan memelihara mu dari (kejahatan) manusia”. Firman Allah dalam surah al-Nur (24): 54 bermaksud “ Dan (sebenarnya) Rasulullah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata”. Sabda Rasulullah SAW “Allah menyerikan wajah sesiapa yang mendengar perkataan ku lalu dia mengingatinya dan menjaganya kemudiannya menyampaikannya kepada orang lain sebagaimana yang didengarinya, kerana kadang-kadang orang yang disampaikan kepadanya perkataan itu lebih faham dari yangmendengarnya”.40 Sabda Rasulullah SAW lagi “ Oleh itu, hendaklah mereka yang hadir menyampaikannya kepada yang tidak hadir”. 41 Tuntutan penyampaian ini memestikan pendakwah bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk menyampaikan risalah Islam kerana berkemungkinan berita mengenai dakwah ini tidak sampai ke tempat tersebut, atau ianya sampai dalam bentuk tidak sebenar atau tidak sempurna. Ibn Jarir al-Tabari, Tarikh al-Tabari, juz 2, h. 645. Abu al-Hasan al-Nadawi, op.cit., h. 130. Ibn Hisyam, op.cit., bhgn 1, h. 431-434. Al-Tarmizi, Sunan al-Tarmizi, kitab “al-`Ilm”, bab “ma Jaa fi al-Hith `an Tabligh al-Sima`”, no hadith 2647. Abu Daud, Sunan Abu Daud, kitab “al-`Ilm”, bab “Fadl Nasyr al-`Ilm”, no hadith 2660. Ibn Hajar al-`Asqalani, op.cit., kitab “al`Ilm” bab “ Qawl al-Nabi Rubba Muballagh Aw`a min Sami`”, no hadith 67, juz 1, h. 157-158.
66
b.
Sifat kasihan belas Rasulullah SAW terhadap umatnya yang juga mesti menjadi sifat pendakwah kepada hamba Allah, di samping bersungguh-sungguh menjalankan usaha bagi memasukkan hidayah kepada mereka serta membebaskan mereka dari kekufuran. Semua ini memaksa pendakwah pergi ke tempat-tempat sasaran untuk menyampaikan risalah Islam. Sifat kasihan belas dan ingin membebaskan manusia dari kekufuran inilah yang telah menjadikan pendakwah dahulu, semenjak zaman awal Islam telah bertebaran ke merata pelusuk dunia demi menyampaikan ajaran Allah dan RasulNya sebagaimana pedagang-pedagang Arab dan Gujerat telah datang ke semenanjung tanah Melayu dan Nusantara demi menyebarkan Islam kepada penduduknya yang dahulunya beragama Hindu dan Animisma42.
c.
Mereka yang menjauhkan dirinya dari Islam sebenarnya hatinya berpenyakit. Orang yang hatinya berpenyakit tidak mengetahui penyakit mereka serta tidak merasainya sepertimana penyakit jasad. Oleh itu mereka berpendapat tidak perlu mengubatinya. Oleh kerana itu maka mereka mestilah diberitahu tentang penyakit mereka oleh rasul serta orang yang mengikuti jalan Allah yang dibawa oleh rasul tanpa menunggu mereka datang sebab antara tanda-tanda mereka terkena penyakit ialah memalingkan diri dari dakwah serta tidak mahu mendatangi atau mendekati pendakwah.43 Dengan itu menjadi kewajipan pendakwah mengikuti contoh Rasulullah SAW yang mendatangi sasarannya dalam menyampaikan dakwah. Imam al-Ghazali menyatakan: “ Setiap seorang alim menjaga satu kawasan negeri, atau jajahan atau daerah atau masjid, atau satu tempat perhimpunan ramai, kemudian dia mengajar penduduknya tentang agama. Menyatakan perkara yang memudaratkan mereka dari yang memanfa`atkan, yang memberi kecelakaan dari yang membahagiakan. Tidak patut bagi setiap orang alim bersabar (menunggu) sehingga dia ditanya mengenai agama, bahkan sepatutnya dia berkerja mengajak manusia kepadanya kerana mereka adalah pewaris nabi-nabi. Nabi-nabi pula tidak membiarkan manusia berada dalam kejahilan bahkan baginda mendatangi orang ramai di tempat-tempat perhimpunan mereka. Mendatangi rumah mereka satu persatu serta memberikan tunjuk ajar. Hal ini merupakan fardu `Ain ke atas seluruh ulama. Menjadi kewajipan kepada para pemerintah meletakkan pada setiap kampung dan mukim seorang faqih yang beragama dan dapat mengajar agama kepada orang ramai. Sesungguhnya manusia tidak dilahirkan kecuali dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa. Oleh
42
43
Lihat dengan lebih ditail tentang penyebaran Islam di Nusantara dalam Sir Thomas W. Arnold (1970), alDa`wah ila al-Islam Bahth fi Tarikh Nasyr al-`Aqidah al-Islamiyyah, terjemahan ke Bahasa `Arab, serta ulasannya oleh Dr. Hasan Ibrahim Hasan, Dr. `Abd al-Majid `Abidin dan Ismail al-Najrawi, c. 3, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, h. 401-448. Dr. `Abd al-Karim Zaydan, (1976), Usul al-Da`wah, c. 3, Baghdad, Maktabah al-Manar al-Islamiyyah, h. 260.
67
itu mestilah ada orang yang menyampaikan dakwah kepada mereka dalam perkara dasar dan cabang”44. Oleh kerana tabligh itu untuk semua manusia, maka semua mereka mempunyai hak yang sama dalam mendapat seruan dakwah dan tidak boleh diperkecilkan. Menjadi hak kepada setiap manusia untuk diseru. Boleh jadi mereka yang tidak diberi nilai oleh pendakwah akan mendapat satu penilaian yang besar di sisi Allah dengan khidmatnya terhadap Islam. Dengan sebab itu pernah Allah menegur Nabi SAW mengenai `Abdullah Ibn Ummi Maktum yang datang untuk bertanya mengenai sesuatu hukum di waktu Rasulullah SAW menyampaikan Islam kepada sekumpulan pembesar Makkah. Baginda tidak menghiraukan pertanyaan `Abdullah dengan memalingkan mukanya ke lain sehingga turunnya firman Allah melalui surah `Abasa (80): 1-11. Dalam hal yang sama Rasulullah SAW telah menolak untuk mengadakan majlis pengajian secara berasingan kepada kumpulan orang-orang kaya dan pemimpinpemimpin yang tidak ingin bercampur dengan orang-orang biasa yang beriman sebagai salah satu syarat untuk mereka menerima Islam. Penolakan oleh Rasulullah SAW ini kerana Allah telah memperingatkan baginda agar tidak membeza-bezakan serta tidak memberikan perhatian dan keistimewaan kepada yang belum beriman dengan yang telah beriman meskipun yang belum beriman itu orang-orang yang berpengaruh. Firman Allah dalam surah al-Kahf (18): 28 bermaksud “Dan jadikanlah diri mu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata, dan janganlah engkau memalingkan pandangan mu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang-orang yang Kami ketahui hatinya lalai dari mengingati dan mematuhi pengajaran-pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya adalah melampaui kebenaran”. Namun apa yang berlaku bukanlah memberi erti bahawa Nabi memperkecilkan `Abdullah Ibni Ummi Maktum, tetapi kadangkala Nabi mencari uslub dan peluang yang baik supaya dakwahnya lebih menyeluruh iaitu dengan menyeru ketua-ketua lebih dahulu. Lebih-lebih lagi Rasulullah SAW merasakan bahawa `Abdullah sudah beriman dan tidak akan goyah lagi kekuatan imannya, kalau dilewatkan sedikit jawapan tidak merugikan apa-apa. Tetapi kalau dilepaskan peluang berdakwah yang ada di hadapan pemimpin-pemimpin yang belum beriman, dikirakan satu kerugian, sebaliknya kalau mereka beriman akan memberi saham dalam memudahkan penyebaran Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan perhatian yang diberikan oleh Rasulullah SAW terhadap enam orang penduduk Yathrib dari Bani Khazraj berhampiran dengan `Aqabah meskipun keadaan mereka berkepala gondol kerana baru bercukur selepas mengerjakan ibadat Haji. Kesimpulan Dari ulasan di atas dapat difahami bahawa sasaran dakwah adalah seluruh manusia tanpa mengira bangsa, bahasa , warna kulit dan geografi kerana mereka semua adalah hamba Allah, manakala risalah Islam adalah risalah Allah yang terakhir dan bersifat sejagat untuk seluruh hambanya di setiap tempat dan zaman demi memandu mereka ke 44
Ibid.
68
jalan yang lurus bagi mencapai kebahagian hakiki di dunia dan di akhirat. Sasaran ini secara umumnya boleh dibahagikan ke dalam dua kelompok besar iaitu sasaran yang telah menerima dakwah Islam dikenali dengan ummat al-ijabah dan sasaran yang belum menjadikan ajaran Islam sebagai anutan dan panduan hidup mereka yang dikenali dengan ummat al-da`wah. Kelompok yang telah beriman juga perlu didakwahkan atau diislahkan dengan dakwah ke dalam, tujuannya untuk memperbetulkan kesilapan atau kegelinciran yang menyebabkan mereka tersasar dari landasan Islam yang dipegangi. Mereka perlu memantap dan menghayati serta meningkatkan tahap penghayatan Islamnya dari pelbagai sudut kehidupan untuk menjadi model dan bukti terhadap umat yang belum menerima Islam tentang kebenaran ajaran Islam. Kelompok kedua iaitu ummat al-dakwah pula terbahagi kepada pelbagai bentuk pegangan yang bercanggah dari dasar tauhid yang menjadi teras kepada ajaran langit semenjak rasul pertama sehinggalah kepada Nabi dan Rasul terakhir Muhammad SAW. Mereka perlu didakwahkan dengan pelbagai pendekatan yang dirangka dalam satu manhaj yang lengkap merangkumi cara pendekatan penyampaian yang terbaik, cara penggunaan saluran yang sesuai, dan lain-lain yang memungkinkan dakwah sampai kepada mereka dan tidak terhalang untuk mereka membuat penilaian secara bebas sama ada menerima atau menolak. Dengan itu menjadi kewajipan ke atas ummat al-ijabah berusaha bersungguh-sungguh serta menyiapkan diri dengan pelbagai kebolehan yang diperlukan demi memperkenalkan risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia dengan persembahan yang terbaik.
69
70