INTERIOR
Inspirasi
RALPH LAUREN
046 IMPIANA MEI 2013
Bertunjangkan sentuhan gaya Ralph Lauren, garapan ala klasik dan mewah berjaya mencorakkan sebuah ruang yang chic dan bergaya di kediaman ini. IMPIANA menyelami kediaman pemenang anugerah di London ini. PENULIS:
HAZIQUE ZULKIFLI
TERIMA KASIH:
MAURIZIO PELLIZZONI DESIGN LTD DAN HELEN EDWARDS PUBLIC RELATIONS
INFO KEDIAMAN NAMA: RUMAH BANDAR CHELSEA JENIS: TOWNHOUSE TIGA TINGKAT KONSEP: MODEN KLASIK SPESIFIKASI: 1 RUANG FOYER, 1 RUANG TAMU, 1 RUANG MAKAN, 1 RUANG PATIO, 1 RUANG DAPUR, 3 BILIK TIDUR, 2 BILIK AIR LOKASI: LONDON, UNITED KINGDOM PEREKA BENTUK DALAMAN: MAURIZIO PELLIZZONI DARI MAURIZIO PELLIZZONI DESIGN E-MEL:
[email protected] LAMAN WEB: WWW.MPDLONDON.CO.UK
Kombinasi sempurna antara Kemasan, perabot dan aksesori berjaya mencorakkan sebuah ruang yang memenuhi aspirasi dan gaya hidup pemilik kediaman ini. inilah kunci kepada suasana ruang yang chic dan bergaya di kediaman pemenang anugerah ini. Direka bentuk untuk pasangan muda yang terkenal di kota metropolitan itu, pereka maurizio pellizzoni mencetuskan suasana reka bentuk sederhana yang diinspirasikan daripada elemen gaya jenama ralph Lauren yang klasik dan mewah. Kekuatan reka bentuk kediaman ini terbukti apabila telah dinobatkan sebagai pemenang kategori reka bentuk Kediaman di bawah kos £25,000.00 (rm116,250.00) pada majlis anugerah reka bentuk antarabangsa sbiD 2012 anjuran Kesatuan pereka bentuk Dalaman british (sbiD). IMPIANA MEI 2013
047
KIRI ATAS: MEJA TULIS KAYU DIREKA BENTUK KHAS OLEH PEREKA YANG DITEMPATKAN DI SUDUT WINDOW BAY DI RUANG TAMU YANG DIPADANKAN DENGAN SEBUAH KERUSI CAMPAIGN. KANAN ATAS: BAGI MENYEMARAKKAN RUANG, SEBUAH POHON PALMA HIJAU TURUTZ DITEMPATKAN DI RUANG INI YANG DITEMPATKAN DALAM SEBUAH PASU PORSELIN. BAWAH: PEREKA MPD, MAURIZIO PELLIZZONI.
MANIPULASI RUANG TERBUKA Kediaman jenis townhouse ini telah dibeli oleh pasangan muda yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. sebelum ini mereka pernah mendiami pangsapuri dan kini merasakan rumah bertanah adalah pilihan terbaik untuk anak yang sedang membesar. sebab itulah mereka memutuskan untuk memiliki kediaman ini. inspirasi reka bentuk tentunya datang daripada gaya jenama terkenal, ralph Lauren khususnya koleksi musim bunga mayfair sekitar tahun 2007. Gaya yang diingini bukan sahaja tampak klasik bergaya, malah perlu glamor dan feminin dalam sebuah persekitaran yang terbuka dan lapang. PESONA BINAAN DAN RUANG Kediaman ini terletak di kejiranan Chelsea yang memang terkenal dengan kelab bola sepaknya. bagaimanapun lupakan tentang bola sepak seketika,kerana pesona reka bentuk kediaman ini pasti menggamit sesiapa sahaja bermula dari reka bentuk binaan luarnya. elemen rustik pada bahagian dinding melatari reka bentuk facade ala Victorian. Ditambah dengan suntikan elemen seni bina Greek pada kemasan tingkap dan balkoni, ia menonjolkan reka bentuk binaan ini dengan rona putihnya. melangkah masuk ke ruang interior melalui anak tangga, tetamu bakal disambut mesra dengan sebuah meja konsol kayu di ruang foyer. tidak lengkap andai tiada aksesori pasu bunga moden dan aksesori cermin muka klasik diserikan di ruang ini. Laluan sirkulasi seterusnya dipandu ke ruang tangga yang bakal membawa tetamu ke ruang tingkat atas kediaman. tumpuan pastinya tertumpu ke arah ruang sosial utama, iaitu ruang tamu di bahagian sebelah kiri pada tingkat ini.
048 IMPIANA MEI 2013
Inspirasi reka bentuk datang daripada gaya jenama terkenal Ralph Lauren, khususnya koleksi musim bunga Mayfair sekitar tahun 2007. Gaya yang diingini bukan sahaja tampak klasik bergaya, malah perlu glamor dan feminin dalam sebuah persekitaran yang terbuka dan lapang.
IMPIANA MEI 2013
049
KIRI: RUANG FOYER YANG CERIA MENYAMBUT TETAMU SEBAIK MELANGKAH MASUK SEBELUM LANGKAH DITERUSKAN KE RUANG TANGGA. KANAN: SELAIN CERMIN DINDING, RUANG FOYER INI TURUT DIPERINCIKAN DENGAN KEMASAN CERMIN BAGI MENCIPTA KESAN VISUAL IMEJ BERGANDA DI RUANG INI.
RUANG TAMU VERSATIL ruang tamu memanjang ini menggamit tetamu dengan ruangnya yang terbuka. ia digarap sempurna oleh pereka dengan menempatkan dua sudut lepak di ruang sosial ini. satu terletak di hadapan dan satu ialah di hadapan ruang menonton. ruang tamu di bumi Union Jack lazimnya tidak lengkap tanpa dilengkapi . ia merupakan antara elemen tumpu di ruang ini, ruang berhadapan dipadankan dengan dua buah kerusi armchair belang dengan meja sisi kayu. elemen feminin di sudut ini disuntik pada penggunaan aksesori anggun dan menarik. Cermin dinding Venetian diapit oleh dua buah pasu porselin China dari new York dengan dilatari simbahan cahaya dari candelier retro tahun 1960-an. tidak hanya tertumpu di sudut hadapan , ruang hadapan konsol televisyen turut diolah dengan berkesan oleh pereka. sebuah sofa fabrik three seater rona lembut digandingkan bersama armchair kulit rona hitam menawan. tambah menarik, ruang ini disuai padan dengan sebuah ottoman kulit digunakan sebagai meja kopi dan meja sisi kayu tinggi mencerminkan sentuhan klasik dan mewah. malah, sebuah lampu meja porselin turut mengulangi elemen unik di ruang . 050 IMPIANA MEI 2013
ATAS: RUANG DAPUR KERING TAMPAK RINGKAS DENGAN BINAAN DAPUR BERPULAU BAGI SESUAI BAGI SEBUAH KELUARGA KECIL SEPERTI PEMILIK KEDIAMAN INI. KIRI: SEBAGAI ‘JANTUNG HIJAU’ DI KEDIAMAN INI, RUANG PATIO DIMANFAATKAN SEPENUHNYA DENGAN RIUMBUNAN POKOK MENGHIJAU SELAIN DILENGKAPI PERABOT LUAR.
Bagi menyerlahkan elemen Ralph Lauren, pereka turut menempatkan sebuah kabinet Ralph Lauren Duke Bar yang terkenal itu. Rona kayu gelap mencipta kontras tersendiri yang turut diulang pada sudut window bay dengan sebuah meja tulis dicipta khas oleh pereka sendiri. Meskipun menekankan elemen klasik dan mewah gaya Ralph Lauren, elemen kolonial turut disuntik oleh pereka pada penggunaan kemasan lantai kayu, kemasan tingkap dan kerusi gaya campaign. Kehadiran elemen ini secara tidak langsung mempelbagaikan lagi karakter ruang kediaman ini. SENTUHAN RUANG PERIBADI Ruang bilik tidur utama memancing mata dengan aksen rona yang diterapkan. Warna glamor hitam perak digandingkan bersama langsir kemasan cashmere dari De Le Cuona. Percikan rona ini dapat dilihat pada segenap sudut yang disuai padan dengan baik. Kemasan rona kelabu turut dipadankan pada rekaan kepala katil yang ditempah khas, selain kemasan cadar dan karpet material wool mencipta suasana yang mendamaikan dan tentunya sebuah ruang yang clutter-free. IMPIANA MEI 2013
051
ATAS: GANDINGAN RONA KELABU DAN PUTIH MENCIPTA SUASANA MENDAMAIKAN DI RUANG BILIK TIDUR INI. KIRI BAWAH: SIMBAHAN CAHAYA SEMULA JADI MENYERLAHKAN SUASANA BILIK AIR INI DENGAN KEMASAN KANAN BAWAH: RONA BUMI LEMBUT MEMENUHI RUANG. PERABOT KATIL DAN MEJA SISI KAYU ALA RALPH LAUREN MENCIPTA KEUNIKAN TERSENDIRI DI RUANG BILIK TIDUR INI.
5 IDEA DEKORASI ALA RALPH LAUREN Jenama Ralph Lauren terkenal dengan koleksi fesyennya. Mungkin kurang diketahui ramai, koleksi perabot dan dekorasi Ralph Lauren telah menambat hati ramai dengan inspirasi reka bentuk dan dekorasi ala New England / Hamptons. 1. PENGGUNAAN PERABOT RALPH LAUREN YANG DAPAT DIKENALI MELALUI REKA BENTUK KERUSI SOFA KULIT, PERABOT KAYU AUTENTIK DAN KUSYEN THROW YANG EMPUK. 2. PENGGUNAAN PALET RONA ALAMI, DENGAN SIMBAHAN PENCAHAYAAN DAN RONA COKLAT KAYU MERUPAKAN KOMBINASI RONA RALPH LAUREN. 3. KEMASAN LANTAI KAYU DIPADANKAN BERSAMA HAMPARAN KARPET LEBAT MENCIPTA RUANG YANG MESRA DAN CHIC BERSAMA GANDINGAN PERABOT. 4. INSPIRASI VINTAJ RALPH LAUREN BOLEH DICERNA MELALUI PENGGUNAAN KEMASAN DINDING BATA DAN PERABOT KAYU. 5. KEMASAN FABRIK YANG LEBAT DAN LEMBUT DIGUNAKAN PADA KEMASAN SEPERTI KUSYEN, THROW, LANGSIR MENCIPTA SUASANA RUANG TERSENDIRI.
052 IMPIANA MEI 2013
KIRI: RONA MERAH JAMBU MENDOMINASI RUANG BILIK TIDUR ANAK PEREMPUAN PEMILIK YANG TAMPAK COMEL DAN CERIA. KIRI ATAS: KEMASAN DINDING CERMIN MENCERNA IMEJ YANG BERGANDA DI RUANG BILIK AIR UTAMA DENGAN GANDINGAN RONA SEGAR KELABU DAN PUTIH, DENGAN AKSESORI POKOK HIJAU. KIRI BAWAH: VARIASI KOLEKSI POTRET DAN BARANGAN KEGEMARAN PEMILIK DITEMPATKAN DI SUDUT DINDING INI MENCIPTA SUDUT YANG MENARIK DIJAMU MATA.
PENATAAN BILIK TIDUR UTAMA YANG TAMPAK MEMUKAU DENGAN CATURAN WARNA KELABU DAN PERAK METALIK MENCIPTA RUANG YANG LEBIH ELEGAN DAN BERKESAN
IMPIANA MEI 2013
053