INSURANS BERKAITAN PELABURAN
PRUlife partner Sehati sejiwa, dilindungi bersama
Ketika anda dan pasangan anda menjejakkan kaki ke jinjang pelamin, memeterai ikatan perkahwinan, lembaran baru bermula. Membina kehidupan baru bersama merupakan satu perjalanan sepanjang hayat yang penuh dengan harapan dan keseronokan. Walaupun permulaan baru ini menjanjikan kegembiraan dan kebahagiaan, kehidupan boleh berubah dengan tiba-tiba, justeru ada baiknya bersiap sedia untuk menghadapi peristiwa tersebut.
PRUlife partner adalah pelan perlindungan hayat yang unik yang melindungi sehingga dua nyawa. Dengan PRUlife partner, anda dan pasangan anda kini boleh meraikan peristiwa penting dalam kehidupan dengan kami – daripada perkahwinan, membeli rumah baru, menimang cahaya mata pertama dan seterusnya. Ia direka untuk berkembang bersama anda berdua ketika menempuh pelbagai peringkat hidup, memberikan anda ketenangan fikiran dan nilai terbaik untuk wang dengan pelbagai manfaat dan perlindungan insurans - menjadikannya hadiah kasih sayang yang sempurna. Jalinan kasih yang sempurna bermula dengan PRUlife partner kerana anda berdua akan sentiasa berada di sisi satu sama lain dalam menempuh suka duka kehidupan.
Berikrar untuk melindungi satu sama lain hari ini dengan PRUlife partner !
Manfaat sepintas lalu
Perlindungan untuk Dua Hayat PRUlife partner memberikan peluang kepada pasangan suami isteri untuk dilindungi di bawah satu polisi berkaitan pelaburan yang sama.
Nikmati Diskaun PRUlife partner menawarkan diskaun pasangan ke atas premium dan caj insurans Manfaat Asas1 supaya anda dan pasangan anda dilindungi bersama. Diskaun jumlah diinsuranskan yang besar juga diberikan ke atas premium dan caj insurans Manfaat Asas bagi memberi nilai terbaik untuk wang apabila keperluan perlindungan anda meningkat sepanjang perjalanan hidup anda.
Jaminan Peningkatan Jumlah Asas Permulaan Diinsuranskan2 dengan Peringkat Hidup Pengganda PRUlife partner membolehkan anda meningkatkan perlindungan anda dengan menyediakan jaminan peningkatan Jumlah Asas Permulaan Diinsuranskan tanpa pengunderaitan, tertakluk kepada premium tambahan, ketika menghadapi peristiwa penting dalam hidup anda, seperti menerima ijazah, berkahwin, memperolehi hartanah, hamil atau mengambil anak angkat yang sah di sisi undang-undang.
Manfaat Asas merangkumi Manfaat Kematian, Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD), Manfaat Kematian dan Hilang Upaya akibat Kemalangan (ADDB) dan Manfaat Pendapatan Hilang Upaya. 2 Jumlah Asas Permulaan Diinsuranskan adalah amaun yang bersamaan dengan setiap Manfaat Kematian, Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD), Manfaat Kematian dan Hilang Upaya akibat Kemalangan (ADDB) dan Manfaat Pendapatan Hilang Upaya yang Hayat yang Diinsuranskan masing-masing dilindungi, pada tarikh Hayat yang Diinsuranskan berkenaan mula-mula dilindungi di bawah Polisi ini. Minimum Jumlah Asas Permulaan Diinsuranskan bagi setiap Hayat yang Diinsuranskan dalam setiap polisi ialah RM100,000, kecuali Manfaat Pendapatan Hilang Upaya yang minimum jumlah diinsuranskannya bermula dari RM5,000. 1
Nikmati Ketenangan Fikiran dengan Jaminan Tanpa Luput PRUlife partner akan sentiasa bersama anda tanpa mengira keadaan pasaran asalkan semua premium dibayar tanpa tunggakan dan tiada pengeluaran dibuat sepanjang tempoh polisi.
Perlindungan Berganda untuk Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Akibat Kemalangan (ADDB) PRUlife partner menggandakan perlindungan anda jika anda mengalami kematian atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) akibat kemalangan.
Manfaat Pendapatan Hilang Upaya PRUlife partner prihatin terhadap anda apabila anda tidak lagi dapat menyara kehidupan orang tersayang disebabkan anda mengalami TPD. Bayaran pendapatan tahunan akan diberikan selama 10 tahun dan akan digandakan jika TPD itu disebabkan oleh kemalangan.
Luaskan Perlindungan Anda dengan Rider Opsyenal PRUlife partner membolehkan anda meningkatkan lagi perlindungan anda dengan rider opsyenal seperti rider Penyakit Kritikal dan rider pembayar untuk lebih memberi ketenangan fikiran.
Contoh ilustrasi tentang bagaimana Peringkat Hidup Pengganda dalam PRUlife partner berfungsi
Menghamili anak
Memperolehi Hartanah Semak semula polisi selepas setiap 3 tahun polisi RM500k
Menghamili anak Jumlah Diinsuranskan yang Berkuat Kuasa
RM450k
Pengijazahan RM400k RM350k
RM250k LA1: RM150k LA2: RM100k
RM300k LA1: RM180k LA2: RM120k
LA1: RM210k LA2: RM140k
LA1: RM240k LA2: RM160k
LA1: RM270k LA2: RM180k
LA1: RM300k LA2: RM200k +20%
+20%
+20%
+20%
+20%
Policy bermula
Tahun Polisi (LA=Hayat yang Diinsuranskan)
PRUlife partner berkembang dan meningkat bersama anda dan pasangan anda. Ia meraikan pencapaian anda berdua dalam hidup melalui Peringkat Hidup Pengganda yang memberikan anda berdua jaminan peningkatan sebanyak 20% daripada Jumlah Asas Permulaan Diinsuranskan3 tanpa pengunderaitan perubatan dan kewangan, tertakluk kepada bayaran premium tambahan. Pilihan untuk meningkatkan Jumlah Asas Permulaan Diinsuranskan boleh digunakan apabila menempuh peristiwa penting tertentu dalam peringkat hidup seperti menerima ijazah, berkahwin, memperolehi hartanah, hamil atau mengambil anak angkat yang sah di sisi undang-undang atau pada setiap 3 tahun polisi, maksimum 5 kali setiap polisi. PRUlife partner memberi nilai terbaik untuk wang melalui diskaun pasangan sebanyak 10% ke atas premium dan caj insurans bagi Manfaat Asas untuk anda dan pasangan anda dalam polisi dua hayat ini. Anda berdua juga akan menikmati diskaun jumlah diinsuranskan yang besar sebanyak 10% lagi ke atas premium dan caj insurans bagi Manfaat Asas apabila Jumlah Diinsuranskan yang Berkuat Kuasa yang digabungkan (bagi manfaat kematian) dalam polisi ini adalah RM250,000 atau lebih. 3
Peningkatan maksimum jumlah diinsuranskan bagi setiap Hayat yang Diinsuranskan, untuk satu peristiwa setahun bagi setiap polisi, adalah dihadkan pada RM100,000 bagi Manfaat Kematian, Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD), Manfaat Kematian dan Hilang Upaya akibat Kemalangan (ADDB), kecuali Manfaat Pendapatan Hilang Upaya yang dihadkan pada maksimum RM5,000. Pilihan ini perlu dilaksanakan sebelum Tarikh Ulang Tahun Polisi umur Hayat yang Diinsuranskan yang ke-60 tahun hari jadi berikutnya. Premium tambahan akan dikenakan bagi peningkatan jumlah diinsuranskan itu. Manfaat ini akan dihentikan untuk Hayat yang Diinsuranskan berkenaan apabila dia menghidapi Penyakit Kritikal atau mengalami TPD, dan akan dibatalkan bagi polisi ini jika rider pembayar dilaksanakan.
Tentang PRUlife partner 1) Apa itu PRUlife partner? PRUlife partner adalah pelan insurans berkaitan pelaburan tempoh terhad yang melindungi Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) sebelum Tarikh Ulang Tahun Polisi umur Hayat yang Diinsuranskan yang ke-70 tahun hari jadi berikut dan kematian Hayat yang Diinsuranskan. Ia menawarkan perlindungan ke atas dua hayat yang membolehkan anda, pada bila-bila masa sepanjang tempoh polisi, untuk memasukkan dan melindungi pasangan4 anda bersama-sama dalam satu polisi berkaitan pelaburan.
2)Bagaimana perlindungan akan diberikan di bawah PRUlife partner? i. Manfaat Kematian Apabila berlaku kematian, kami akan membayar yang berikut, mana-mana yang lebih tinggi: a) 100% daripada Jumlah Diinsuranskan yang Berkuat Kuasa bagi Manfaat Kematian5; atau b) Nilai berkadar unit di dalam Akaun Unit Asas (BUA) bagi Hayat yang Diinsuranskan berkenaan6. Jika kematian disebabkan oleh kemalangan yang berlaku sebelum Tarikh Ulang Tahun Polisi umur Hayat yang Diinsuranskan berkenaan yang ke-70 tahun hari jadi berikut, sebanyak 100% lagi daripada Jumlah Diinsuranskan yang Berkuat Kuasa bagi Manfaat Kematian dan Hilang Upaya akibat Kemalangan (ADDB)7 akan dibayar di samping pembayaran di atas. Selain itu, semua baki nilai polisi (jika ada) juga akan dibayar apabila berlaku kematian. Bagi polisi dua hayat, ini akan dibayar apabila berlaku kematian pasangan yang masih hidup. ii. Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) Apabila berlaku TPD sebelum Tarikh Ulang Tahun Polisi umur Hayat yang Diinsuranskan berkenaan yang ke-70 tahun hari jadi berikut, kami akan membayar yang berikut, mana-mana yang lebih tinggi: a) 100% daripada Jumlah Diinsuranskan yang Berkuat Kuasa bagi Manfaat TPD5; atau b) Nilai berkadar unit di dalam Akaun Unit Asas (BUA) bagi Hayat yang Diinsuranskan berkenaan6. Jika TPD disebabkan oleh kemalangan, sebanyak 100% lagi daripada Jumlah Diinsuranskan yang Berkuat Kuasa bagi Manfaat Kematian dan Hilang Upaya akibat Kemalangan (ADDB)7 akan dibayar di samping pembayaran di atas. Sila rujuk Lampiran Pendedahan Produk dan Huraian Jualan untuk definisi TPD.
Hayat yang Diinsuranskan yang kedua perlu diunderait sepenuhnya semasa endorsemen polisi. Jumlah Diinsuranskan yang Berkuat Kuasa bagi Manfaat Kematian/ TPD untuk Hayat yang Diinsuranskan berkenaan merujuk kepada jumlah diinsuranskan keseluruhan, mengambil kira Jumlah Asas Permulaan Diinsuranskan bagi Manfaat Kematian/TPD dan sebarang peningkatan jumlah diinsuranskan daripada pelaksanaan Peringkat Hidup Pengganda. Selain daripada itu, ia juga akan dipengaruhi oleh sebarang endorsemen yang dibuat untuk jumlah diinsuranskan Manfaat Asas, sebarang bayaran awal yang dibuat untuk manfaat dipercepat seperti TPD dan/atau Crisis Shield dan sebarang pelarasan jumlah diinsuranskan yang disebabkan oleh pengeluaran separa dari BUA. 6 Bagi polisi satu hayat, nilai berkadar unit di dalam BUA adalah 100% daripada nilai unit. Bagi polisi dua hayat, nilai berkadar unit di dalam BUA untuk Hayat yang Diinsuranskan berkenaan apabila berlaku kematian/TPD = 4 5
Nilai unit di dalam BUA X
Jumlah Diinsuranskan yang Berkuat Kuasa bagi Manfaat Kematian/TPD untuk Hayat yang Diinsuranskan berkenaan Jumlah Diinsuranskan yang Berkuat Kuasa Keseluruhan bagi Manfaat Kematian
Tentang PRUlife partner iii. Manfaat Pendapatan Hilang Upaya Apabila Hayat yang Diinsuranskan berkenaan mengalami TPD (berlaku sebelum Tarikh Ulang Tahun Polisi umur ke-70 tahun hari jadi berikut), kami akan membayar Manfaat Pendapatan Hilang Upaya selama 10 tahun berikutnya yang akan bersamaan dengan 5% daripada Jumlah Diinsuranskan yang Berkuat Kuasa bagi ADDB7 setahun. Jika TPD ini disebabkan oleh kemalangan, amaun manfaat ini akan digandakan. Sila rujuk Lampiran Pendedahan Produk dan Huraian Jualan untuk definisi TPD.
3)Apa yang akan berlaku kepada polisi ini selepas mana-mana seorang daripada Hayat yang Diinsuranskan membuat tuntutan Kematian? Polisi ini akan terus melindungi pasangan yang masih hidup. Premium masa depan akan dibayar oleh Prudential jika Special Payor rider (manfaat opsyenal) dilampirkan pada polisi ini. Jika tidak, semua premium dan caj insurans akan terus dikenakan berdasarkan perlindungan pasangan yang masih hidup.
4)Apa itu Peringkat Hidup Pengganda? Peringkat Hidup Pengganda menawarkan tambahan 20% daripada Jumlah Asas Permulaan Diinsuranskan secara Tawaran Terbitan Terjamin tanpa pengunderaitan perubatan dan kewangan, tertakluk kepada premium tambahan, untuk maksimum 5 kali sepanjang tempoh polisi. Ia terpakai: a) apabila menempuh peristiwa penting dalam peringkat hidup yang termasuk menerima ijazah, berkahwin, memperolehi hartanah, hamil atau mengambil anak angkat yang sah di sisi undang-undang; atau b) pada selang masa tetap setiap 3 tahun polisi dari tarikh permulaan polisi. Peringkat Hidup Pengganda terpakai untuk polisi satu hayat dan dua hayat. Dalam polisi dua hayat, peratusan tambahan boleh terpakai untuk kedua-dua hayat apabila mana-mana pasangan menempuh peristiwa penting dalam hidup.
5) Apa itu diskaun pasangan? Diskaun pasangan hanya terpakai untuk polisi dua hayat dan menawarkan diskaun 10% ke atas premium dan caj insurans Manfaat Asas untuk kedua-dua Hayat yang Diinsuranskan.
6)Apa itu diskaun jumlah diinsuranskan yang besar? Diskaun jumlah diinsuranskan yang besar terpakai untuk polisi satu hayat dan dua hayat dan menawarkan diskaun 10% ke atas premium dan caj insurans Manfaat Asas apabila Jumlah Diinsuranskan yang Berkuat Kuasa yang digabungkan (bagi Manfaat Kematian) polisi ini adalah sekurang-kurangnya RM250,000.
7) Apa itu Jaminan Tanpa Luput? Jaminan Tanpa Luput memastikan kesinambungan polisi anda walaupun nilai unit di dalam Akaun Unit Asas (BUA) jatuh di bawah sifar. Jaminan Tanpa Luput akan dibatalkan apabila premium tidak dibayar atau pengeluaran separa daripada BUA. 7
Jumlah Diinsuranskan yang Berkuat Kuasa bagi Manfaat Kematian dan Hilang Upaya akibat Kemalangan (ADDB) untuk Hayat yang Diinsuranskan berkenaan merujuk kepada jumlah diinsuranskan keseluruhan, mengambil kira Jumlah Asas Permulaan Diinsuranskan bagi Manfaat Kematian/TPD dan sebarang peningkatan jumlah diinsuranskan daripada pelaksanaan Peringkat Hidup Pengganda. Ia juga akan dipengaruhi oleh sebarang endorsemen yang dibuat untuk jumlah diinsuranskan Manfaat Asas dan sebarang pelarasan jumlah diinsuranskan yang disebabkan oleh pengeluaran separa dari BUA.
8) Apa itu Special Payor rider? Special Payor rider adalah manfaat opsyenal yang membayar premium bagi pihak anda jika mana-mana seorang daripada Hayat yang Diinsuranskan didiagnosis menghidapi mana-mana satu daripada 36 Penyakit Kritikal, mengalami TPD atau meninggal dunia. Rider ini hanya terpakai untuk polisi dua hayat dan mestilah dilampirkan pada kedua-dua Hayat yang Diinsuranskan apabila ia dipilih. Nota: Dalam polisi satu hayat, Enhanced PRUpayor rider boleh dilampirkan.
9) Siapa yang boleh menyertai pelan ini? PRUlife partner boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang berumur di antara 19 hingga 50 tahun pada hari jadi berikut. Umur Penyertaan (Hari Jadi Berikut) Minimum Maksimum
Umur Tamat Tempoh Polisi (Hari Jadi Berikut) 60 70 80 19 19 19 40 50 50
Apabila polisi ini matang atau diserah balik, kami akan membayar anda nilai unit dalam polisi anda.
10) Berapakah premium tetap yang perlu saya bayar? Jumlah premium yang anda perlu bayar mungkin berbeza bergantung pada keperluan pengunderaitan kami. Premium perlu dibayar sepanjang tempoh pelan sehingga umur tamat tempoh polisi yang dipilih.
11) Bagaimanakah premium tetap saya dilaburkan? Untuk kemudahan anda, kami akan mengimbangkan portfolio pelaburan anda secara automatik menurut tempoh polisi pilihan anda. Pada permulaan polisi, premium akan dilaburkan dalam PRUlink equity income fund dan PRUlink bond fund menurut campuran aset seperti yang ditunjukkan di bawah. Baki Tempoh Pembayaran Premium (tahun), X
PRUlink equity income fund (%)
PRUlink bond fund (%)
X > 45 40 < X ≤ 45 35 < X ≤ 40 30 < X ≤ 35 25 < X ≤ 30 20 < X ≤ 25 15 < X ≤ 20 10 < X ≤ 15 5 < X ≤ 10 0<X≤5
70% 65% 60% 55% 50% 45% 40% 35% 30% 25%
30% 35% 40% 45% 50% 55% 60% 65% 70% 75%
Kami berhak mengubah campuran aset dalam jadual di atas dan/atau membuat penukaran antara siri PRUlink fund pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak kami dengan memberi anda notis bertulis sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum perubahan tersebut dibuat. Untuk maklumat lanjut mengenai dana ini, sila rujuk Lembaran Fakta Dana PRUlink equity income fund dan PRUlink bond fund. Anda boleh memantau prestasi dana anda dengan menyemak harga unit yang disiarkan setiap hari di laman web kami di www.prudential.com.my.
Tentang PRUlife partner 12) Apakah tempoh tangguh yang perlu saya ketahui? Tiada tempoh tangguh bagi perlindungan asas di bawah PRUlife partner8. Walau bagaimanapun, Peringkat Hidup Pengganda hanya boleh dilaksanakan setahun selepas tarikh permulaan Manfaat Asas. Bagi rider yang menyediakan perlindungan Penyakit Kritikal seperti Crisis Shield, Crisis Defender dan rider pembayar, manfaat tidak akan dibayar bagi mana-mana Penyakit Kritikal jika gejala penyakit telah muncul sebelum atau: a) dalam masa enam puluh (60) hari bagi Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, Kanser atau Penyakit Arteri Koronari yang serius; atau b) dalam masa tiga puluh (30) hari bagi Penyakit Kritikal yang lain.
13) Apakah caj yang terlibat? Jenis Caj Insurans
8
Butiran Caj insurans bulanan dikenakan bergantung pada umur hari jadi berikut, jantina, status merokok, kelas pekerjaan, jenis manfaat, keadaan perubatan dan fizikal anda.
Caj Pengurusan Dana
PRUlink equity income fund: Maksimum 1.5% setahun daripada aset dana PRUlink bond fund: Maksimum 0.5% setahun daripada aset dana
Caj Perkhidmatan
RM6 sebulan untuk bayaran secara tunai atau cek. RM5 sebulan untuk kad kredit atau debit terus. Tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6%.
Yuran Tokokan
Yuran tokokan adalah RM25 dan tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6%.
Kami tidak akan membayar Manfaat Kematian untuk Hayat yang Diinsuranskan berkenaan jika kematiannya disebabkan oleh membunuh diri dalam tempoh satu tahun dari tarikh permulaan Manfaat Kematiannya atau mana-mana tarikh polisi itu dihidupkan semula, mana-mana yang kemudian. Sebaliknya, kami akan membayar nilai unit pada tarikh penilaian selepas kami menerima notis tuntutan termasuk dokumen dan maklumat yang diperlukan.
Nota-nota Penting: •
PRUlife partner bukan produk patuh Syariah.
•
Risalah ini adalah bagi tujuan penjelasan sahaja. Anda dinasihatkan supaya merujuk Lampiran Pendedahan Produk Prudential dan Huraian Jualan sebelum membeli pelan ini serta merujuk terma dan syarat dalam dokumen polisi untuk butir-butir mengenai ciri-ciri penting pelan ini.
•
Anda hendaklah menilai kemampuan bayar dan kesesuaian produk (termasuk manfaat opsyenal) selaras dengan matlamat kewangan dan ketahanan risiko anda. Untuk mencapainya, kami mengesyorkan anda berbincang dengan ejen atau Perancang Kewangan anda yang akan melakukan analisis keperluan dan membantu anda membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diterima.
•
Tempoh semakan percuma selama 15 hari diberikan selepas polisi ini diserahkan kepada anda bagi membolehkan anda mengkajinya semula bagi memastikan ia memenuhi keperluan anda. Jika polisi dibatalkan dalam tempoh ini, kami akan membayar balik kepada anda nilai unit (pada tarikh penilaian harga unit yang berikutnya) serta premium yang tidak dilaburkan, caj insurans, caj perkhidmatan, caj pemprosesan (jika ada), Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST, jika ada) yang telah kami potong, tolak perbelanjaan perubatan yang mungkin telah kami bayar atau bersetuju untuk bayar. Selain itu, jika tokokan dibuat, 5% daripada premium yang tidak diperuntukkan akan dibayar balik. Tokokan tidak dikenakan sebarang caj insurans.
•
Kadar premium dan caj insurans bagi Manfaat Asas pelan ini adalah dijamin. Kadar premium dan caj insurans bagi manfaat tokok lain adalah tidak dijamin. Kami berhak menyemak kadar premium dan caj insurans yang tidak dijamin ini pada ulang tahun polisi dengan memberi anda notis terdahulu sekurang-kurangnya 90 hari. Jika kami menaikkan caj insurans selepas tempoh bayaran premium, anda mungkin perlu membayar premium tambahan atau tokokan.
•
Tidak membayar premium boleh menyebabkan polisi ini luput. Sekiranya anda berhenti membayar premium, polisi ini akan berterusan selagi terdapat unit yang mencukupi di dalam akaun masing-masing. Oleh itu, bergantung pada jumlah unit yang ada di dalam akaun terpilih ini, manfaat pelan ini boleh luput dan tidak lagi berkuat kuasa pada masa-masa yang berlainan.
•
Jika anda membatalkan polisi pada tahun-tahun awal, anda mungkin tidak dapat memperoleh nilai penuh daripada amaun yang telah anda bayar kepada kami. Apabila anda menyerahkan polisi, semua manfaat di bawah polisi ini akan luput.
•
Prudential Assurance Malaysia Berhad adalah syarikat insurans berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA INI ADALAH PRODUK INSURANS YANG DIKAITKAN DENGAN PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKANNYA PRODUK PELABURAN TULEN SEPERTI UNIT AMANAH.
Prudential Assurance Malaysia Berhad Ahli PIDM Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Sebagai ahli PIDM, sebahagian daripada manfaat yang diinsuranskan di bawah polisi insurans yang ditawarkan oleh PAMB adalah dilindungi daripada kerugian sebahagian atau keseluruhan manfaat insurans oleh PIDM, sekiranya berlaku kegagalan penginsurans. Untuk maklumat lanjut mengenai had perlindungan dan skop perlindungan, sila dapatkan risalah maklumat PIDM dari PAMB atau layari laman web PIDM (www.pidm.gov.my) atau hubungi talian bebas tol PIDM (1-800-88-1266).
Prudential Assurance Malaysia Berhad (107655-U) Menara Prudential, 10 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
www.prudential.com.my
Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.
10/2016
Tel: 03-2116 0228 Faks: 03-2032 3939 Emel:
[email protected]