Insurans Berkaitan Pelaburan
Zurich FlexiLife Perlindungan yang diperluas seiring dengan keperluan anda
ZUIN0224 FlexiLife Brochure_BM&TML_CS5_R2.indd 1
3/16/15 2:38 PM
“Hidup anda berharga kepada anda, orang yang anda sayangi, dan juga kami. Sebab itulah kami melindunginya.” Ketenangan fikiran sepanjang perjalanan hidup anda. Hidup ini suatu perjalanan. Dan sepanjang perjalanan itu, anda akan berubah dan melangkah jauh. Anda mungkin mengejar cita-cita. Mengembara ke tempat jauh yang eksotik. Atau anda akan jatuh cinta. Walau apa pun yang anda lakukan, bila anda merenungi perjalanan hidup anda, anda akan menyedari segala usaha yang anda lakukan untuk membina kehidupan yang sebaik mungkin untuk diri anda dan juga orang tersayang. Itu yang menjadikan hidup anda begitu BERHARGA. Tetapi perjalanan hidup ini penuh dengan pancaroba. Ada kalanya perkara yang tidak kita inginkan berlaku. Itulah sebabnya kami mengilhamkan Zurich FlexiLife. Jadi anda boleh melindungi kehidupan anda dan melabur untuk masa depan anda - dan dalam masa yang sama, menikmati ketenangan fikiran di mana jua anda berada, sepanjang perjalanan hidup anda.
2
ZUIN0224 FlexiLife Brochure_BM&TML_CS5_R2.indd 2-3
3
3/16/15 2:38 PM
“Apabila hidup anda berubah, Zurich FlexiLife anda turut berubah. Satu-satunya yang tidak berubah ialah ketenangan fikiran anda.”
“Pilih tahap Perlindungan, Simpanan dan Pelaburan yang anda perlukan, kesemuanya dalam satu polisi yang fleksibel.” Perlindungan, Simpanan dan Pelaburan.
Melindungi kepentingan anda. Apabila anda melalui peringkat yang berlainan dalam hidup anda, keutamaan anda mungkin berubah. Dengan Zurich FlexiLife, anda boleh menangani semua perubahan ini dengan satu polisi insurans.
Zurich FlexiLife
Memenuhi keperluan di setiap peringkat hidup anda
Dewasa Muda
Mula menabung untuk masa depan
Pasangan Muda
Melindungi keluarga daripada kos perubatan yang tinggi
Ibu Bapa Memiliki Anak
Membuat persediaan untuk pengajian kolej anak-anak
Perlindungan Apabila anda mendapatkan polisi insurans, anda boleh menentukan jumlah Perlindungan Insurans Hayat yang anda inginkan. Jumlah ini dinamakan Jumlah Asas Diinsuranskan dan boleh ditambah atau dikurangkan tertakluk kepada keperluan taja jamin semasa. Pelbagai pilihan Rider (seperti Kemasukan Hospital, Penyakit Kritikal, Kemalangan Diri, dan sebagainya) boleh ditambah kepada polisi anda.
Pelaburan Perlindungan yang anda perolehi di bawah polisi Zurich FlexiLife dibayar oleh premium anda. Premium yang anda bayar ditetapkan menurut kadar peruntukan premium. Baki premium anda yang tidak diperuntukkan bagi Perlindungan Insurans dilaburkan dalam satu atau beberapa Dana Berkaitan Pelaburan Zurich yang anda pilih dalam Akaun Pelaburan fleksibel.
Simpanan Zurich FlexiLife membolehkan anda menambah simpanan dalam Akaun Pelaburan anda menerusi dua cara: • Secara lazim dengan MaxSaver yang bermula dari serendah RM10 sebulan. • Pada bila-bila masa dengan premium sekali gus sekurang-kurangnya RM500. Anda juga boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk apa jua tujuan. Malah anda boleh menghentikan pembayaran premium lazim dan masih mendapat Perlindungan Insurans selagi terdapat nilai yang mencukupi untuk menjelaskan yuran dan caj anda.
Adakah Zurich FlexiLife sesuai untuk saya? Zurich FlexiLife adalah Polisi Insurans Berkaitan Pelaburan Berpremium Lazim yang matang apabila orang yang diinsuranskan mencapai umur 100 tahun. Ia memberikan perlindungan, simpanan dan pelaburan yang digabungkan dalam satu polisi. Ia juga amat fleksibel. Zurich FlexiLife membolehkan anda memilih jumlah diinsuranskan, premium, dan dana pelaburan untuk disesuaikan dengan Perlindungan, Simpanan dan Pelaburan yang anda perlukan untuk setiap peringkat dalam hidup anda. (Produk insurans ini terikat pada prestasi aset yang menjadi asasnya dan BUKAN produk pelaburan semata-mata seperti unit amanah.)
4
ZUIN0224 FlexiLife Brochure_BM&TML_CS5_R2.indd 4-5
Zurich FlexiLife sesuai untuk anda jika anda mencari polisi insurans yang: • Fleksibel dan boleh diubah seiring dengan kehidupan anda dan keperluan perlindungan yang sentiasa berubah. • Bersesuaian dengan objektif hidup anda; sama ada untuk simpanan pendidikan anak anda, melabur untuk mengumpul kekayaan, atau membuat persediaan untuk persaraan anda menerusi pelaburan lazim selain daripada memberikan perlindungan. • Memberi anda kebebasan untuk menambah Perlindungan Insurans opsyenal menerusi pelbagai pilihan Rider yang ditawarkan. • Memberi anda ganjaran Bonus Kesetiaan kerana membayar premium mengikut masa.
5
3/16/15 2:38 PM
Bonus Kesetiaan
Kami percaya bahawa apabila anda mengambil berat untuk memastikan orang yang tersayang sentiasa dilindungi dengan membayar premium anda tepat pada masanya, anda patut mendapat ganjaran.
Zurich FlexiLife menawarkan Bonus Kesetiaan sebanyak tambahan 2% atas premium terendah yang dikumpulkan dalam tempoh 3 tahun premium lepas yang terakhir dan akan dibayar dalam tahun premium yang keempat (ke-4). Dan selagi anda terus membayar premium mengikut masa, anda akan terus menikmati bonus ini dalam tahun premium keenam (ke-6), kelapan (ke-8), kesepuluh (ke-10), kedua belas (ke-12), keempat belas (ke-14) dan keenam belas (ke-16).
“Mengapa Zurich FlexiLife memberi begitu banyak pilihan? Kerana hidup ini sentiasa berubah, begitu juga dengan keperluan anda.” Apakah bentuk perlindungan yang ditawarkan oleh Zurich FlexiLife? Zurich FlexiLife menawarkan banyak manfaat supaya anda boleh menyesuaikannya dengan keperluan anda. Ini kami lakukan supaya anda tidak perlu mengubah hidup anda untuk disesuaikan dengan polisi insurans anda. Berikut merupakan beberapa contoh perlindungan di bawah pelan ini: Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan Kekal (HUKK) Jika orang diinsuranskan meninggal dunia atau mengalami HUKK, Jumlah Asas Diinsuranskan dan baki dalam Akaun Pelaburan akan dibayar. Tetapi jika HUKK berlaku sebelum umur 70 tahun, orang diinsuranskan boleh memilih untuk menerima Jumlah Asas Diinsuranskan sahaja, dan membiarkan Akaun Pelaburan diteruskan, dengan syarat terdapat unit yang mencukupi untuk menjelaskan caj yang dikenakan. Bakinya akan dibayar selepas kematian atau apabila polisi ditamatkan. Kad Perubatan Rider opsyenal ini memberi perlindungan yang luas untuk kemasukan hospital dan manfaat kemasukan hospital.
Berikut adalah contoh perlindungan Zurich FlexiLife untuk orang yang sama (Lelaki, Tidak Merokok) di peringkat hidup yang berlainan: Dewasa Muda Pasangan Muda Ibu Bapa Memiliki Anak (20 tahun) (30 tahun) (40 tahun) Jenis Perlindungan
Jumlah Manfaat
Jumlah Manfaat
Jumlah Manfaat
Kematian atau Hilang Upaya RM100,000 RM150,000 RM200,000 Keseluruhan Kekal (HUKK) Kad Perubatan 36 Penyakit Kritikal
RM160 sehari untuk RM210 sehari untuk RM210 sehari untuk bilik & makan bilik & makan bilik & makan RM50,000
RM80,000
RM100,000
Kematian & Kehilangan RM50,000 Anggota Akibat Kemalangan
RM80,000
RM100,000
Pengecualian Premium Akibat Penyakit Berbahaya
RM2,400 RM3,600 RM4,800
Premium Tahunan RM2,400 RM3,600 RM4,800 Dana Pelaburan
Dana Growth
Dana Growth
Dana Balanced
Contoh ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Kami mempunyai pelbagai pilihan Rider untuk anda meningkatkan perlindungan insurans anda. (Sila rujuk kontrak polisi anda dan ilustrasi jualan untuk butir-butir lanjut.)
Adakah saya layak untuk mendapatkan perlindungan Zurich FlexiLife? Anda boleh mendapat perlindungan Zurich FlexiLife jika anda berumur di antara 30 hari dan 69 tahun. Walaubagaimanapun, pemegang polisi mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
Adakah saya mampu untuk mendapatkan perlindungan Zurich FlexiLife? Anda boleh mendapat perlindungan Zurich FlexiLife dengan premium serendah RM150 sebulan atau RM1,800 setahun. Anda mempunyai pilihan untuk membuat bayaran premium anda secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan.
36 Penyakit Kritikal Rider opsyenal ini memberi perlindungan untuk penyakit kritikal. Kematian dan Kehilangan Anggota Akibat Kemalangan Rider opsyenal ini memberi manfaat tambahan sekiranya berlaku kematian, kehilangan daya penglihatan atau kehilangan anggota akibat kemalangan. Pengecualian Premium Akibat Penyakit Berbahaya Rider opsyenal ini mengecualikan segala premium asas pada masa hadapan jika orang diinsuranskan disahkan menghidap mana-mana satu daripada 36 penyakit berbahaya.
6
ZUIN0224 FlexiLife Brochure_BM&TML_CS5_R2.indd 6-7
7
3/16/15 2:38 PM
“Berapakah harga yang anda sanggup bayar untuk jaminan kewangan keluarga anda? Dengan Zurich FlexiLife, harganya sangat berpatutan.” Apakah yuran dan caj yang dikenakan? Caj Insurans Caj ini adalah berasaskan Usia dan Jantina anda serta Jumlah Asas Diinsuranskan. Contoh Caj Insurans Bulanan tidak termasuk Rider opsyenal (Umur 30 tahun; Lelaki; Hayat Biasa) untuk pelan Zurich FlexiLife dengan Jumlah Asas Dinsuranskan RM100,000 ialah RM11. Yuran Polisi Yuran polisi untuk satu polisi dengan kaedah bayaran premium tahunan ialah RM5 sebulan. Semua kaedah bayaran lain akan dikenakan Yuran Polisi RM6 sebulan. Pertukaran Dana Anda dibenarkan menukar dana pelaburan anda secara percuma sekali setahun. RM50 akan dikenakan untuk setiap pertukaran seterusnya. Tambahan Premium Tidak Diperuntukkan 5% untuk tambahan simpanan lazim dan bukan lazim. Tambahan simpanan bukan lazim akan juga dikenakan yuran perkhidmatan RM25.
Yuran Pengurusan Dana Bergantung pada pilihan dana, anda akan dikenakan caj 1%-1.5% setahun berdasarkan nilai aset bersih dana. Caj Pengeluaran Separa Caj RM50 akan dikenakan untuk setiap pengeluaran daripada Akaun Pelaburan anda. Jumlah pengeluaran minimum ialah RM1,000 dan anda mesti mempunyai baki minimum RM2,000 dalam semua dana dalam Akaun Pelaburan anda. Buat masa ini tiada caj untuk serahan penuh. (Sila rujuk kontrak polisi anda dan ilustrasi jualan untuk butir-butir lanjut tentang yuran dan caj.)
Bagaimana yuran dan caj dibayar? Seperti dinyatakan sebelum ini, Zurich FlexiLife adalah Polisi Insurans Berkaitan Pelaburan. Premium yang anda bayar akan diperuntukkan untuk membeli unit berdasarkan kadar peruntukan berikut (contoh ini adalah berdasarkan premium tahunan RM1,200):
Tahun
1
2
3
4
5
6
Selepas itu
Jumlah Premium (RM)
1,200
1,200
1,200
1,200
1,200
1,200
1,200
Peruntukan Premium (%)
40%
50%
70%
70%
90%
90%
100%
Premium Diperuntukkan (RM)
480
600
840
840
1,080
1,080
1,200
Premium Diperuntukkan akan digunakan untuk membeli unit dalam Dana Berkaitan Pelaburan Zurich yang anda pilih. Dalam contoh ini, pada tahun 5, RM1,080 akan digunakan untuk membeli unit-unit, yang mana sebahagian akan ditolak untuk membayar yuran dan caj di bawah polisi ini. Sebahagian daripada premium yang tidak diperuntukkan akan digunakan untuk membayar komisen kepada perantara.
Bagaimana untuk menentukan nilai Harga Unit anda? Harga unit dinilai pada akhir setiap hari perniagaan. Ia diperolehi dengan membahagi Nilai Aset Bersih pada hari perniagaan sebelum Tarikh Penilaian dengan bilangan unit terbitan Dana Berkaitan Pelaburan Zurich. Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai pilihan dana kami, sila rujuk lembaran fakta Dana Berkaitan Pelaburan kami.
“Anda boleh mula melindungi diri dengan premium dari serendah RM5 sehari. Lebih murah daripada harga secawan cappuccino!”
8
ZUIN0224 FlexiLife Brochure_BM&TML_CS5_R2.indd 8-9
9
3/16/15 2:38 PM
“Zurich berhasrat untuk menjadi syarikat insurans terbaik di dunia. Dan setiap hari, kami berusaha gigih untuk mendapatkan kedudukan tersebut di mata pelanggan kami.”
SUNGGUHPUN KAMI ADALAH EJEN INSURANS HAYAT, KAMI MENYIFATKAN DIRI KAMI SEBAGAI PENASIHAT INSURANS HAYAT. Perlukan bantuan untuk menentukan keperluan insurans anda?
Untuk mereka yang benar-benar prihatin. Zurich Insurance Group adalah salah satu kumpulan insurans terunggul di dunia. Ia juga adalah antara segelintir yang beroperasi secara global. Diasaskan lebih daripada 140 tahun dahulu di Zurich, Switzerland, syarikat ini kini memberi perkhidmatan kepada para pelanggan di 170 negara di seluruh dunia. Dengan kakitangan seramai lebih 55,000 orang, kedudukan kewangan yang teguh dan jenama yang bernilai tinggi, Zurich kini melangkah untuk menjadi penginsurans terbaik di dunia.
USD 4.7bn
Keuntungan operasi perniagaan (2013)
AA-/stable
Penarafan keteguhan kewangan Standard & Poor’s (31 Disember, 2013)
Penasihat Jualan Zurich sedia membantu anda untuk: • Memahami segala yang anda perlu tahu mengenai insurans dan mengapa ia penting. • Memilih manfaat yang paling sesuai untuk anda. • Membantu anda menentukan berapa banyak yang anda perlukan untuk melindungi diri anda dan yang tersayang. • Membuat perancangan mengikut kemampuan anda.
USD 32.5bn Ekuiti pemegang saham (31 Disember, 2013)
Di Malaysia, Zurich Insurance Malaysia juga sudah bertapak kukuh. Ia mempunyai pasukan pengurusan yang mantap, lebih 1,000 kakitangan yang komited dan berbakat di lebih daripada 40 cawangan di seluruh negara, 5,000 ejen Insurans Hayat dan 3,200 ejen Insurans Am. Menggabungkan warisan dan pengetahuan tempatan selama 40 tahun dengan kepakaran global, kecekapan operasi dan keteguhan kewangan, Zurich menawarkan apa yang diperlukan, di ketika ia diperlukan kepada rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut dan bantuan mengenai Zurich FlexiLife, sila hubungi Penasihat Jualan Zurich atau Pusat Panggilan Zurich di 1-300-888-622 atau e-mel kami di
[email protected] Sekiranya terdapat kekeliruan, kekaburan dan konflik dalam pentafsiran mana-mana terma atau syarat, versi Bahasa Inggeris adalah terpakai dan mengatasi versi Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
10
ZUIN0224 FlexiLife Brochure_BM&TML_CS5_R2.indd 10-11
11
3/16/15 2:38 PM
Zurich FlexiLife-
12
ZUIN0224 FlexiLife Brochure_BM&TML_CS5_R2.indd 12-13
13
3/16/15 2:38 PM
Zurich FlexiLife-
Zurich FlexiLife-
Zurich FlexiLife-
• RM10- MaxSaver -
Zurich FlexiLife
•
RM500-
Zurich FlexiLife
Zurich-
Zurich FlexiLife- Zurich FlexiLife 100
Zurich FlexiLife
14
ZUIN0224 FlexiLife Brochure_BM&TML_CS5_R2.indd 14-15
•
?
Zurich FlexiLife-
•
• •
15
3/16/15 2:38 PM
Zurich FlexiLife
(
20)
(
30)
(
40)
RM100,000
Zurich FlexiLife
RM150,000
& RM160
& RM210
RM200,000 & RM210
36
RM50,000 RM80,000 RM100,000
&
RM50,000
RM80,000
RM100,000
RM2,400
RM3,600
RM4,800
RM2,400
RM3,600
RM4,800
Zurich FlexiLife ? Zurich FlexiLife
Zurich FlexiLife
30 69 TPD
(TPD) TPD-
Zurich FlexiLife-
70
? Zurich FlexiLife18
?
RM1,800 RM150 Zurich FlexiLife
36
36
16
ZUIN0224 FlexiLife Brochure_BM&TML_CS5_R2.indd 16-17
17
3/16/15 2:38 PM
Zurich FlexiLife
RM1,200
Zurich FlexiLife
RM100,000 Zurich FlexiLife 30 RM11
2
3
4
5
6
(RM)
1,200
1,200
1,200
1,200
1,200
1,200
1,200
(%)
40%
50%
70%
70%
90%
90%
100%
(RM)
480
600
840
840
1,080
1,080
1,200
RM1,000 RM2,000
1%-1.5%
1
Zurich
RM50
RM1,080
5
RM5
RM6
RM50
Zurich
5%
RM5
18
ZUIN0224 FlexiLife Brochure_BM&TML_CS5_R2.indd 18-19
19
3/16/15 2:38 PM
Zurichேதைவகைளத்
Zurich •
For those who truly love.
•
உங்க�க்�த்
நற்பலன்கைளத் பா�காப்ப�ற்�த்
• ெதாைகையத்
140 170
USD 4.7
•
55,000
உங்கள் வசதிக்ேகற்ற ஒ� திட்டத்ைத அைமத்தல்.
USD 32.5
AA-/
31, 2013
(2013) 31, 2013
Zurich Insurance Malaysia 3,200
40 1,000 5,000
40 Zurich Zurich FlexiLife
[email protected]
20
ZUIN0224 FlexiLife Brochure_BM&TML_CS5_R2.indd 20-21
21
3/16/15 2:38 PM
Nota penting • Risalah ini untuk tujuan ilustrasi sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila rujuk lembaran pendedahan produk, ilustrasi jualan dan kontrak polisi. • Anda perlu memastikan bahawa pelan ini memenuhi keperluan anda dan premium yang perlu dibayar di bawah polisi adalah jumlah yang mampu anda bayar. • Pelan ini tidak melindungi kematian akibat bunuh diri dalam masa satu (1) tahun dari tarikh permulaan polisi atau tarikh peningkatan jumlah muka atau tarikh kuatkuasa semula, yang mana kemudian. Pengecualian standard Hilang Upaya Keseluruhan Kekal adalah terpakai. Sila rujuk kontrak polisi untuk maklumat penuh mengenai pengecualian tersebut. • Jika polisi ini dibatalkan dalam masa lima belas (15) hari tempoh percubaan percuma dari tarikh penghantaran polisi ini, premium yang tidak diperuntukkan, nilai unit (jika ada), apa-apa caj insurans dan yuran polisi yang telah ditolak perbelanjaan perubatan (jika ada) akan dikembalikan.
பாலிஸி ஒப்பத்தங்கைள�ம் ேதைவகைளச்
வ�லக்�கைளப்
ஒப்பந்தத்ைதக்
ரத்�ச் காப்��திக்
ெசய்யாதப்
• Jika polisi ditamatkan pada tahun-tahun awal, anda mungkin akan menerima pulangan kurang daripada jumlah premium yang telah dibayar. Membeli polisi insurans hayat memerlukan komitmen jangka masa panjang. Untuk menikmati manfaat yang maksimum untuk perlindungan berterusan, adalah berbaloi untuk meneruskan polisi. • Jika anda memilih untuk pemberhentian premium, pertama, ia mungkin menjejaskan strategi pelaburan anda; kedua, polisi anda mungkin luput jika unit-unit dalam akaun tidak mencukupi untuk membayar yuran polisi, caj insurans dan caj-caj lain.
வ�பரங்க�க்�த்
பா�காப்�த்
��க்கத்திற்�ச்
கட்டணங்க�க்�ச் ெச�த்�வதற்�க்
• Menambah pelbagai rider yang berbeza memastikan anda dilindungi untuk sebarang kemungkinan. Lebih banyak rider mungkin menyebabkan caj insurans yang lebih tinggi dan mungkin mengurangkan bilangan unit yang tersedia untuk pelaburan. • Manfaat polisi anda bergantung pada prestasi dana berkaitan yang anda laburkan. Nilai dana bergantung pada nilai pasaran semasa dan prestasi pelaburan asas bagi dana-dana yang berkaitan. Prestasi dana pada masa lalu mungkin tidak sesuai dijadikan panduan bagi prestasi masa depan yang mungkin berbeza. • Syarikat berhak untuk menggantung penerbitan atau penebusan unit-unit di bawah polisi ini untuk tempoh yang munasabah di bawah keadaan luar biasa, seperti dan termasuk kejadian gangguan yang menyebabkan penutupan sementara mana-mana bursa saham atau penggantungan saham tertentu di mana dana dilaburkan.
காப்��திக் ெசயைலப் ெசயைலக்
ெசயைலக்
பங்�கைளத் �ன�ட்கைளப்
• Untuk polisi dengan premium tahunan melebihi RM5,000, anda mungkin ingin mempertimbangkan pembelian produk alternatif/tambahan yang sesuai dengan keperluan anda. Antara alternatif yang mungkin sesuai termasuk pembelian produk berkaitan pelaburan berpremium tunggal atau memperuntukkan lebih premium sebagai premium tambah nilai. • Dana ini mungkin dilaburkan dalam sekuriti yang mematuhi syariah dan produk ini tidak direka berlandaskan prinsip syariah.
Cukai Barangan dan Perkhidmatan Malaysia Dimaklumkan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (‘GST’) akan dikuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia bermula pada 1 April 2015 pada kadar enam (6) peratus. Zurich Insurance Malaysia Berhad berhak memungut sejumlah amaun GST yang berpatutan ke atas yuran pemprosesan, yuran polisi, yuran perkhidmatan, premium atau caj insurans semasa tempoh polisi, atau sekiranya tempoh polisi bermula sebelum dan berakhir selepas 1 April 2015, memungut daripada pemegang polisi amaun GST ke atas yuran pemprosesan, yuran polisi, yuran perkhidmatan, premium atau caj insurans yang dikira secara pro-rata mulai 1 April 2015. Dengan pelaksanaan GST di Malaysia, kadar semasa GST ke atas mana-mana bekalan bercukai yang disenaraikan di bawah Akta GST, pembuatan semula, undang-undang dan sebarang perundangan lain akan dikenakan dengan sewajarnya. Kewajipan pembayaran GST adalah membentuk sebahagian daripada terma dan syarat polisi insurans anda. 22
ZUIN0224 FlexiLife Brochure_BM&TML_CS5_R2.indd 22-23
23
3/16/15 2:38 PM
Zurich Insurance Malaysia Berhad (8029-A) 11th Floor, Menara Zurich, No. 12, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: 03-2146 8000 Fax: 03-2142 5863 Call Centre: 1-300-888-622 www.zurich.com.my
2190/3/P/L/B/M
ZUIN0224 FlexiLife Brochure_BM&TML_CS5_R2.indd 24
3/16/15 2:38 PM