Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
24/10/09
2:03 G52
Page 2
Maklumat Am
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.insuranceinfo.com.my atau lawatilah kios kami di kebanyakan pejabat cawangan syarikat insurans dan pengendali takaful atau hubungi ejen anda
Program pendidikan pengguna oleh:
Berurusan dengan Pengantara Insurans
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
Kandungan Perihal buku kecil ini Siapakah pengantara insurans? Kelayakan pengantara insurans Keperluan pelesenan/pendaftaran Piawaian perkhidmatan yang minimum Perilaku asas pengantara insurans Tip untuk berurusan dengan pengantara insurans Cara membuat aduan dan saluran penyelesaian yang ada Soalan-soalan yang sering ditanya
4
01 05 08 10 12 15 17 20
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
Perihal buku kecil ini Buku kecil ini ditulis sebagai panduan bagi urusan anda dengan pengantara insurans apabila membeli produk dan perkhidmatan insurans. Anda juga boleh mendapatkan maklumat daripada laman web kami di www.insuranceinfo.com.my
Siapakah pengantara insurans? Pengantara insurans ialah individu atau firma yang membantu anda membeli insurans. Kumpulan berikut merupakan pengantara insurans: •
ejen insurans
•
broker insurans
•
penasihat kewangan
1
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
Ejen insurans mewakili syarikat insurans (prinsipal) dan tugas utamanya adalah seperti yang berikut: •
Menerangkan ciri-ciri produk insurans kepada pelanggan;
•
Menjual produk insurans bagi pihak prinsipal; dan
•
Memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pembaharuan atau pelanjutan sesuatu polisi. (Catatan: Ejen insurans hayat menjual produk hayat manakala ejen insurans am menjual produk selain produk hayat) Broker insurans mewakili pelanggan dan menjalankan tugas utamanya seperti yang berikut:
•
Menasihati pelanggan tentang perlindungan dan syarat polisi insurans yang paling sesuai dan menguntungkan yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans;
•
Mencari sebut harga terbaik untuk pelanggan; dan
•
Membantu pelanggan mendapatkan atau memperbaharui perlindungan insurans daripada syarikat insurans.
2
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
Ejen insurans mewakili syarikat insurans manakala broker insurans mewakili pelanggan
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
Penasihat kewangan ialah pihak bebas yang menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan profesional kepada pelanggan bagi produk seperti insurans, amanah saham, bon atau saham. (Catatan: Dalam buku kecil ini, perkhidmatan perancangan kewangan yang diberikan oleh penasihat kewangan adalah terhad kepada konteks produk insurans sahaja). Penasihat kewangan memberikan perkhidmatan utama seperti yang berikut: •
Menganalisis keperluan perancangan kewangan pelanggan yang berkaitan dengan produk insurans;
•
Mencari produk insurans yang sesuai, yang dapat memenuhi keperluan dan kemampuan pelanggan dengan tepat; dan
•
Mengatur kontrak insurans antara syarikat insurans dengan pelanggan. Pengantara insurans lazimnya dibayar komisen (atau bayaran pembrokeran bagi broker) bagi setiap polisi yang dijual berdasarkan peratusan premium yang dibayar.
4
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
Kelayakan pengantara insurans Pengantara insurans dikehendaki mempunyai tahap kelayakan berikut sebelum dibenarkan untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan:Mesti memenuhi kesemua syarat berikut: Ejen Insurans Am
Ejen Insurans Hayat
•
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (S.P.M)/ Malaysian Certificate of Education (M.C.E)
•
Lulus Peperiksaan Prakontrak untuk Ejen Insurans (Pre-Contract Examination for Insurance Agents, PCEIA)
•
Mengikuti program Pembangunan Profesional secara Berterusan (Continuous Professional Development, CPD): 20 jam setiap tahun
•
Memiliki S.P.M/M.C.E
•
Lulus PCEIA
•
Mengikuti program CPD: 30 jam setiap tahun 5
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
Broker Insurans
Penasihat Kewangan
•
Memiliki Sijil Peperiksaan Insurans Hayat Berkaitan Pelaburan (Certificate Examination in Investment-Linked Life Insurance, CEILLI) sekiranya terlibat dalam penjualan produk berkaitan pelaburan
•
Memiliki S.P.M/M.C.E
•
Memiliki Sijil Asas Kursus Pembrokeran Insurans
•
Memiliki S.P.M/M.C.E
•
Mengikuti program CPD: 30 jam setiap tahun
•
Perancang Kewangan Berdaftar/Perancang Kewangan Bertauliah
•
Mengikuti latihan lanjutan tentang produk insurans hayat: 20 jam dalam masa enam bulan selepas pelantikan
6
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
Penasihat kewangan menganalisis keperluan perancangan kewangan pelanggan yang berkaitan dengan produk insurans 7
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
Keperluan pelesenan/pendaftaran •
Ejen insurans am: – mesti berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). – mesti mempunyai Kad Pendaftaran Ejen yang dikeluarkan oleh PIAM, yang mengandungi maklumat seperti nama syarikat insurans yang diwakili ejen, dan tempoh sah pendaftaran ejen. – boleh mewakili sehingga dua syarikat insurans am. – mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh PIAM bagi ejen insurans am.
•
Ejen insurans hayat: – mesti berdaftar dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Life Insurance Association of Malaysia, LIAM). – mesti mempunyai Kad Pendaftaran Ejen yang dikeluarkan oleh LIAM, yang mengandungi maklumat seperti nama syarikat insurans yang diwakili ejen, dan tempoh sah pendaftaran ejen. – boleh mewakili satu syarikat insurans hayat sahaja. – mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh LIAM bagi ejen insurans hayat.
8
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
•
Ejen yang menjual produk insurans hayat dan insurans am: – mesti berdaftar dengan LIAM dan PIAM, dan mempunyai Kad Pendaftaran Ejen yang berkenaan. – boleh mewakili satu syarikat insurans hayat, dan sehingga dua syarikat insurans am. – mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh LIAM dan PIAM.
•
Broker insurans: – mesti mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Lesen tersebut tertakluk kepada kajian semula secara berkala sehingga dua tahun. – mesti menjadi ahli Persatuan Broker-Broker Insurans dan Takaful Malaysia (Malaysia Insurance and Takaful Brokers Association, MITBA). – mesti merupakan badan korporat dengan dana pemegang saham minimum sebanyak RM500,000. – mesti memiliki polisi insurans indemniti profesional dengan perlindungan minimum sebanyak RM500,000.
•
Penasihat kewangan: – mesti mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh
9
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
Bank Negara Malaysia. Lesen tersebut tertakluk kepada kajian semula secara tahunan oleh Bank Negara Malaysia. – mesti menjadi ahli Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (Malaysia Financial Planning Council, MFPC). – mesti merupakan badan korporat dengan dana pemegang saham minimum sebanyak RM100,000. – mesti memiliki polisi insurans indemniti profesional dengan perlindungan minimum sebanyak RM200,000.
Piawaian perkhidmatan yang minimum Pengantara insurans dikehendaki memenuhi piawaian minimum yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia, LIAM, PIAM, MITBA, dan MFPC. Ini bagi memastikan pengantara insurans menjalankan urusan pada tahap tanggungjawab dan keprofesionalan yang tinggi. •
Ejen insurans am: – tertakluk kepada Tataamalan yang ditetapkan oleh PIAM. – mesti mematuhi piawaian minimum keperluan pendedahan yang dikeluarkan oleh Bank Negara
10
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
Malaysia, yang menghendaki ejen memberikan penjelasan kepada bakal pelanggan tentang ciri-ciri utama produk yang ingin dibeli, butir lengkap tentang kos yang dikenakan, dan prosedur untuk membuat tuntutan dan aduan semasa penjualan. •
Ejen insurans hayat: – tertakluk kepada Tataetika dan Tatakelakuan yang ditetapkan oleh LIAM. – mesti mematuhi piawaian minimum nasihat betul yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, yang menghendaki ejen mendapatkan maklumat yang mencukupi tentang bakal pelanggan terlebih dahulu sebelum memberikan nasihat berhubung dengan insurans.
•
Broker insurans: – tertakluk kepada Piagam Pelanggan berhubung dengan Tataamalan Perniagaan yang Baik, dan Tataetika dan Tatakelakuan yang ditetapkan oleh MITBA. – mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta Insurans 1996. – mesti memenuhi kriteria 'layak dan sesuai' bagi pengurusan kanan dan ahli lembaga pengarah seperti yang dikehendaki oleh Akta Insurans 1996. 11
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
•
Penasihat kewangan: – mesti mematuhi surat pekeliling dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan MFPC. – mesti memenuhi kriteria 'layak dan sesuai' seperti yang dikehendaki oleh Akta Insurans 1996. – mesti memenuhi piawaian minimum nasihat betul yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, yang menghendaki penasihat kewangan mendapatkan maklumat yang mencukupi tentang bakal pelanggan terlebih dahulu sebelum memberikan nasihat berhubung dengan insurans.
Perilaku asas pengantara insurans Apabila berurusan dengan pengantara insurans, anda boleh mengharapkan mereka memenuhi piawaian perilaku yang tertentu apabila mengendalikan keperluan insurans anda. Sebagai contoh, pengantara dikehendaki untuk: •
Menunjukkan Kad Pendaftaran Ejennya kepada anda apabila diminta berbuat demikian (berkaitan dengan ejen insurans sahaja).
•
Memperlihatkan pengetahuan mendalam tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat insurans. (selain itu, broker insurans dan
12
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
penasihat kewangan dikehendaki memperlihatkan pengetahuan mendalam tentang produk yang ada dalam pasaran). •
Berusaha untuk memahami keperluan insurans anda, dan membantu anda memilih produk dan perkhidmatan insurans.
•
Menerangkan dengan jelas kepada anda, jenis maklumat yang diperlukan dalam borang cadangan, dan juga tentang betapa mustahaknya untuk memaklumkan fakta yang penting.
•
Menerangkan dengan jelas, terma dan syarat utama kontrak insurans yang dicadangkan untuk membantu anda memahami produk yang anda beli.
•
Menarik perhatian anda kepada apa-apa sekatan dan pengecualian yang berkenaan di bawah kontrak insurans yang dicadangkan.
•
Membuat susulan dan memberikan perkhidmatan yang berterusan kepada anda, seperti memperbaharui polisi, dan memberitahu anda maklumat terkini produk baru yang berkaitan.
•
Memberikan bantuan apabila anda membuat tuntutan terhadap syarikat insurans.
13
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
Jadual ini meringkaskan perbezaan penting antara tiga kategori pengantara ini: Ejen Insurans Mewakili:
Dilesenkan /Didaftarkan oleh:
Broker Insurans
Penasihat Kewangan
Syarikat Pelanggan Insurans
Pelanggan
PIAM (ejen am) atau LIAM (ejen hayat)
Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia
Pengantara insurans hendaklah menerangkan dengan jelas kepada anda, terma dan syarat utama kontrak insurans yang dicadangkan
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
Tip untuk berurusan dengan pengantara insurans •
Berurusanlah dengan ejen, broker atau penasihat kewangan yang mempunyai ciri berikut: – Mempunyai pengetahuan mendalam tentang produk insurans. – Memahami keperluan dan kepentingan anda. – Memastikan anda faham apa yang anda beli. – Tidak menjual berdasarkan janji manis atau muslihat. – Menjual berdasarkan fakta, tanpa mendesak atau menakut-nakuti. – Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan tepat pada masanya.
•
Lindungi kepentingan dan hak anda: – Berurusanlah hanya dengan pengantara yang berdaftar/berlesen. – Berurusanlah dengan pengantara yang mempunyai rekod pencapaian yang terbukti atau pengantara yang dicadangkan oleh rakan-rakan dan saudara-mara anda.
15
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
23/10/09
– Berikan maklumat diri anda secara jujur dan dedahkan fakta-fakta penting. – Jangan termakan pujuk untuk menandatangani borang kosong atau apa-apa yang tidak anda fahami. – Jangan termakan pujuk untuk meluputkan polisi yang sedia ada untuk membeli polisi hayat yang baru. – Pastikan anda memahami produk yang anda beli. – Baca manfaat dan syarat-syarat polisi dengan teliti, dan bandingkannya dengan produk lain yang serupa. – Cari dan kaji beberapa pilihan untuk mendapatkan produk yang berpadanan dengan harga. – Beli hanya apa yang anda perlukan dan mampu. – Minta bahan-bahan jualan, contohnya, ilustrasi jualan, risalah produk atau borang carian fakta pelanggan (bagi produk hayat sahaja), dan simpan kesemua dokumen ini di tempat yang selamat. – Apabila anda ragu-ragu, dapatkan maklumat lanjut daripada pengantara tersebut atau minta penjelasan daripada syarikat insurans yang menawarkan produk insurans tersebut. – Minta resit sebagai bukti pembayaran premium dan simpan di tempat yang selamat.
16
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
Cara membuat aduan dan saluran penyelesaian yang ada Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, maklum balas atau aduan tentang ejen insurans, broker atau penasihat kewangan, rujuk hal ini kepada syarikat insurans, syarikat pembrokeran atau penasihat kewangan yang berkenaan terlebih dahulu. Anda juga boleh mengemukakan perkara ini kepada: Bagi ejen insurans am Pendaftar Lembaga Agensi Persatuan Insurans Am Malaysia Tingkat 3, Wisma PIAM 150, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur Tel: 03-2274 7399 Faks: 03-2274 5910 Laman web: www.piam.org.my E-mel:
[email protected]
Dapatkan maklumat lanjut daripada pengantara apabila anda ragu-ragu
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
23/10/09
Bagi ejen insurans hayat Pendaftar, Lembaga Agensi, Persatuan Insurans Hayat Malaysia, No. 4, Lorong Medan Tuanku Satu, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur Tel: 03-2691 6168 Faks: 03-2691 7978 Laman web: www.liam.org.my E-mel:
[email protected] Bagi broker insurans Pengerusi, Persatuan Broker-Broker Insurans dan Takaful Malaysia, Unit 303, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II, No. 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya, Selangor Tel: 03-7960 8191/ 7960 9475 Faks: 03-7954 3954 Laman web: www.mitba.org.my E-mel:
[email protected]
18
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
Bagi penasihat kewangan Pengerusi, Lembaga Etika dan Kepatuhan, Majlis Perancangan Kewangan Malaysia, No. 4, Lorong Medan Tuanku Satu, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur Tel.: 03- 2693 1900 Faks: 03- 2693 1700 Laman web: www.mfpc.org.my E-mel:
[email protected] Jika anda masih tidak berpuas hati dengan penyelesaian aduan tersebut, anda boleh menulis kepada: BNMTELELINK, Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara Malaysia, Peti Surat 10922, 50929 Kuala Lumpur Tel: 1-300-88-5465 Faks: 03-2174 1515 E-mel:
[email protected]
19
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
23/10/09
?
Soalan-soalan Yang Sering Ditanya
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
S. Bagaimanakah boleh saya pastikan bahawa saya berurusan dengan ejen berdaftar? J. Anda bolehlah meminta untuk melihat Kad Pendaftaran Ejen yang mengandungi maklumat seperti nama syarikat insurans yang diwakili oleh ejen itu, dan tempoh sah pendaftarannya. Sekiranya anda ragu-ragu, anda bolehlah menghubungi syarikat insurans berkenaan, PIAM atau LIAM untuk mengesahkan kedudukan ejen itu.
21
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
S. Apakah yang boleh saya harapkan daripada pengantara apabila beliau mencadangkan produk insurans hayat kepada saya? J. Pengantara bertanggungjawab untuk melakukan sekurang-kurangnya perkara berikut: •
Mendapatkan maklumat yang mencukupi tentang anda, seperti butir-butir peribadi dan kewangan anda.
•
Memahami keperluan kewangan anda yang berkaitan dengan rancangan perlindungan, persaraan, pendidikan anak-anak, tabungan, dan pelaburan.
•
Memastikan produk yang dicadangkannya bersesuaian dengan keperluan anda, dengan mengambil kira maklumat yang anda berikan.
•
Menerangkan mengapa produk yang dicadangkannya itu bersesuaian untuk anda.
•
Memberikan anda maklumat dan bantuan yang mencukupi untuk membolehkan anda membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi sebelum membuat komitmen yang muktamad untuk membeli sesuatu polisi hayat.
22
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
S. Saya telah dinasihati oleh pengantara untuk membatalkan polisi insurans hayat saya yang sedia ada dan membeli polisi yang baru. Apakah yang harus saya lakukan sebelum membuat keputusan? J. Sebelum membuat keputusan untuk membatalkan polisi yang sedia ada dan membeli yang baru, anda harus mempertimbangkan perkara berikut: •
Bandingkan ciri-ciri dan manfaat polisi yang sedia ada dengan polisi yang baru.
•
Memahami kos yang terlibat bagi pembatalan, seperti bayaran penamatan polisi yang sedia ada, bayaran kemasukan bagi polisi baru, kerugian nilai tunai, dan apa-apa kehilangan manfaat akibat pembatalan polisi yang sedia ada.
•
Minta nasihat syarikat atau ejen insurans hayat yang telah menjual polisi insurans yang sedia ada untuk mengkaji semula kos dan manfaat yang terlibat.
Mungkin tidak begitu bermanfaat bagi anda untuk membatalkan polisi insurans hayat yang sedia ada dan membeli yang baru. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan bahawa anda akan memperoleh manfaat, dan untuk memastikan anda tidak kerugian, anda boleh menulis kepada syarikat insurans yang menjual polisi baru itu untuk mendapatkan pengesahan bertulis bahawa penukaran tersebut tidak akan merugikan anda. 23
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
S. Saya telah membeli polisi insurans daripada pengantara. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menghantar dokumen polisi kepada saya? J. Syarikat insurans bertanggungjawab untuk menghantar dokumen polisi terus kepada anda. Walau bagaimanapun, terdapat juga syarikat insurans yang menghantar dokumen tersebut melalui pengantara yang menjual insurans itu kepada anda. Jika anda tidak menerima polisi dalam masa sebulan selepas membayar premium, anda harus menghubungi syarikat insurans tersebut. S. Saya telah membuat bayaran premium melalui ejen saya. Adakah ini selamat? J. Apabila membuat bayaran premium, elakkan daripada membayar secara tunai kepada ejen. Anda dinasihati supaya membayar terus kepada syarikat insurans, sama ada melalui cek, kiriman wang, arahan tetap atau potongan kad kredit. Jika anda mengambil keputusan untuk membayar premium melalui ejen anda, pastikan cek atau kiriman wang anda dibuat atas nama syarikat insurans tersebut, dan bukan atas nama ejen tersebut. Pastikan anda meminta resit dengan serta-merta sebagai bukti pembayaran.
24
23/10/09
11
Dealing_with_ins(BM)_290109:Dealing_with_ins(BM)_290109
Penafian Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat guaman. Tarikh: 2009
Design Copyright © 2009 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.
23/10/09
11