BuletinIkatan
http://www.ismaweb.net
M e m b i n a
G e n e r a s i
Ikatan Muslimin Malaysia
B e r t a q w a
Untuk Ahli Sahaja
Tahun 4 | Bil. 30 | Harga RM0.20
Keluaran Khas AGM ke 10
Ke Arah Melakar Semula Peta Siasi : Berfikir Di Luar Kotak
MENARIK DI DALAM Carta Kepimpinan ISMA bagi sesi 2007-2009
muka 4
KONWANIS II
muka 6
Penukaran Status ISMA
muka 8
DIARI ISMA KEMBARA BPB ISMA HULU LANGAT Tarikh: 13-15 APRIL 2007. BENGKEL HRD WANITA NASIONAL Tarikh: 14 APRIL 2007.
Bangi – Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ISMA kali ke-10 telah berjaya dilangsungkan di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Nasional (NIOSH), Bangi pada 27 Januari 2007 yang lalu. Sepertimana lazimnya AGM sebelum ini, Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman telah menyampaikan ucapan dasarnya yang bertemakan “Ke Arah Melakar Semula Peta Siasi : Berfikir Di Luar Kotak” yang disaksikan oleh hampir 200 hadirin yang terdiri daripada perwakilan, pemerhati dan ahli ISMA yang hadir dari seluruh negara. Dalam ucapannya yang berlangsung hampir sejam itu, Abdullah menyeru ahli-ahli agar sama-sama menghayati semangat Mangsa ‘Teori Penipuan’ persaudaraan dan ukhuwwah Islam yang menjadi landasan perjuangan ISMA. Beliau turut mengimbas kembali kandungan ucapan dasarnya pada AGM yang lalu bahawa semangat cintakan Islam (iman), ukhuwwah dan beberapa aset warisan yang masih lagi wujud dalam diri masyarakat hari ini telah menjadi landasan iaitu tempat berpijaknya dakwah ISMA. Beliau menarik perhatian semua pihak supaya membuka minda masing-masing untuk melihat Islam secara menyeluruh sebagai agenda pembangunan bangsa. Sehubungan itu, beliau meminta agar segala isi kandungan ucapannya itu perlu difahami oleh ahli-ahli ISMA dan seterusnya bertindak memperjelaskannya kepada masyarakat. “Sebagai seorang muslim yang yakin dengan janji Tuhan (kemenangan yang pasti) kita memilih untuk tidak menyerah kalah. Kita memilih jalan perjuangan dan mempersiapkan diri untuk perjalanan yang panjang,” tegasnya. Sambil menempelak kempen demokrasi berat sebelah yang dicanangkan oleh pihak Amerika dan sekutu-sekutunya, beliau mengingatkan, kuasa besar dunia itu dengan sewenang-wenangnya boleh menjatuhkan kerajaan, mencampuri hal-ehwal negara umat Islam dan membunuh ribuan manusia atas dasar menyebarkan demokrasi. “Inilah yang sedang kita saksikan di pentas dunia hari ini. Di bawah slogan kempen demokrasi dan kebebasan, umat Islam tertipu dan membawa campur tangan musuh dalam negara sendiri,” ujarnya. Dengan mengambil contoh apa yang berlaku di Iraq dan Palestin, demokrasi yang diuar-uarkan oleh Barat tidak lebih sekadar topeng untuk menyembunyikan motif sebenar mereka bagi mengheret seluruh negara Islam terutama yang memusuhi Barat untuk mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah. bersambung di m/s 2
Buletin
Ikatan
1
Keluaran Khas
Ahli ISMA mengikuti Ucapan Dasar dengan penuh minat
Sebahagian lagi ahli ISMA yang menghadiri Mesyuarat Agung
bersambung dari m/s 1 Tanpa menafikan kepentingan demokrasi sebagai cara selamat untuk penggiliran kuasa, Abdullah menolak hegemoni Amerika atas nama kempen demokrasi yang palsu yang diibaratkan seperti senjata yang tajam terhunus yang akan melukai sesiapa sahaja yang mendekatinya. Justeru, seluruh umat Islam termasuk parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), ulama’, cendekiawan serta seluruh anggota masyarakat diseru supaya menyedari akan kewajipan memelihara hauzah (hegemoni) al-muslimin dan mengambil langkah wajar ke arah memperkasa pengaruh dan penguasaan muslimin tanpa terpengaruh atau terikut dengan rentak dan gaya yang ditentukan oleh musuh yang mahukan umat Islam lemah dan bermusuhan sesama sendiri. Bagi mencapai tujuan itu supaya ia menjadi satu gagasan yang praktikal, langkah-langkah berikut telah dicadangkan iaitu : 1. Kesatuan dan Perpaduan ISMA menyeru semua pihak agar berusaha secara bersungguh-sungguh ke arah mengukuhkan perpaduan di kalangan umat Islam dengan cara menyatukan kefahaman mereka terhadap Islam dan memperkukuhkan ikatan persaudaraan sesama mereka. Dalam hal ini, Imam al-Banna rahimahullah telah memulakan usaha ini dengan menyeru umat Islam supaya kembali kepada Islam yang mudah seperti yang diturunkan kepada Rasulullah SAW, mengambil pandangan sederhana dan pertengahan daripada ijtihadijtihad ulama’ dan berpegang kepada usul tanpa tenggelam dengan perbalahan masalah furu’. 2. Mencapai kata sepakat dalam masalah kepentingan umat Senario hari ini menyaksikan ancaman ke atas umat Islam bukan sahaja ketamakan orang bukan Islam untuk mengambil alih kedudukan atau campurtangan asing yang ingin mengambil kesempatan tetapi terdapat di kalangan umat Islam yang sanggup menjual kepentingan bangsa dan umat untuk kepentingan politik semata-mata. Maka adalah perlu semua pihak khususnya parti-parti politik Melayu-
Islam bersama NGO untuk duduk semeja berbincang tentang kepentingan umat dan menentukan pandangan terhadap tasawwur kesudahan masa depan. 3. Menghidupkan syura dan memperkasakan dialog. Syura adalah mekanisme terbaik untuk mencapai keputusan yang memihak kepada kepentingan umat yang menyeluruh. Justeru, dengan mengajak semua kumpulan Islam ke arah mewujudkan satu mekanisme syura yang dihormati oleh semua pihak, ISMA akan terus menyokong sebarang usaha ke arah menjayakan idea ini atas nama apa sekalipun demi mewujudkan wacana perbincangan di mana soal-soal yang berkaitan kepentingan umat boleh dihurai dan diperbincangkan secara telus, objektif dan jauh dari sentimen politik kepartian yang sempit. Dalam mengetengahkan cabaran supaya berfikir di luar kotak, Presiden turut membuat gesaan bahawa betapa perlu untuk umat Islam memahami tanggungjawab sebenar berdasarkan tuntutan maqasid syariah dalam masalah iqamatuddin yang memaksa mereka untuk merubah corak pemikiran yang sedia ada. “Kita tidak boleh lagi berfikir secara stereotype dan menari mengikut rentak yang menyebabkan kita berputar pada pusingan yang sama.” gesanya lagi. Tegasnya lagi, masalah umat Islam ialah masalah pemikiran yang terperangkap dalam kepompong demokrasi Barat. Mereka bertarung berjuang sesama sendiri, bergaduh, setiap kumpulan taksub dengan ideologi masing-masing, dengan sepanduk dan slogan yang pelbagai, akhirnya yang menang ialah sistem demokrasi. Maka cabaran yang paling besar ialah sejauh manakah mereka mampu berfikir mencari penyelesaian kepada masalah umat melalui kotak pemikiran yang berlainan? Lantaran itulah perlunya untuk mengubah rentak dan melakar semula peta siasi yang berasaskan kepada keupayaan bersama untuk menerapkan dalam kefahaman dan kepercayaan masyarakat bahawa autoriti adalah daripada Allah melalui syura muslimin bukan daripada keputusan demokrasi ala Barat. Sebagai hasilnya, umat Islam bersambung di m/s 3 Buletin
Ikatan
2
Keluaran Khas bersambung dari m/s 2 yang memahami dan memilih Islam sebagai sistem hidup akan memiliki kesedaran politik yang benar (wa’yu siasi), mengutamakan amal qawi menerusi pentarbiahan umat dan berjiwa penentang kepada propaganda Barat serta penyertaan yang positif dalam permasalahan umat. Bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan terhadap segala perancangan yang dibuat, Presiden turut membentangkan projek-projek yang akan diimplementasikan oleh ISMA iaitu; Projek Generasi Muda (PGM), Projek Generasi Wawasan (PGW), Projek Pengukuhan Organisasi, Projek Pembinaan Imej dan Projek Pembangunan Wanita. Sebagai kesinambungan kepada segala gerak kerja tersebut, ISMA memberi penekanan yang cukup rapi terhadap bidang-bidang yang
menuntut penglibatan ahlinya iaitu dalam bidang dakwah dan isu semasa, gerakan belia dan remaja, ekonomi, keusahawanan, kebudayaan dan kebajikan. Bagi meningkatkan muassasiah (keinstitusian) dan keberkesanan amal, Presiden mencadangkan ianya dilaksanakan dalam empat bentuk mekanisme iaitu melalui Lajnah Fanniyah (Jawatankuasa Teknikal), melalui Biro, melalui Agensi Tersendiri dan melalui Pentadbiran Negeri dan Kawasan. Sebagai peneguhan kepada ucapan dasarnya yang dihayati dengan penuh minat oleh para hadirin, Presiden mengajak ahli untuk berganjak sedikit ke depan pada kadar beberapa ‘sentimeter ’ berpadanan dengan tempoh pengembangan setahun. Ia juga melibatkan tuntutan perubahan paradigma dan cara
bertindak yang sekaligus meletakkan ISMA pada posisi tertentu dalam konteks menggerakkan perubahan dalam masyarakat. Sebagai peringatan penting sebelum mengakhiri ucapannya pada AGM kali ini, Abdullah mengingatkan bahawa cabaran umat Islam masih lagi pada keupayaan mereka untuk merobah gaya pemikiran, memecahkan mental block (kekangan mental) dan berfikir secara lateral dan kreatif. Tanpa meragui keikhlasan, kesungguhan dan kesediaan para pendokong dakwah untuk berkorban, apa yang dibimbangi oleh beliau ialah keupayaan umat Islam untuk memecah tradisi berfikir yang dibentuk suasana yang mengongkong kreativiti dan bertindak di luar kebiasaan.
Gambar Mesyuarat Agung ISMA ke 10
Suasana di Kaunter Pendaftaran
Salah seorang pembahas Ucapan Dasar
Presiden menyampaikan cenderahati kepada tetamu jemputan
Suasana semasa rehat & Makan tengah hari
Pembentangan oleh Setiausaha Agung
Proses pengundian sedang berlangsung
Sidang Redaksi Buletin Ikatan | Penasihat Ustaz Abdullah Zaik Bin Abdul Rahman | Ketua Pengarang Ustaz Engku Omar Amiruddin Bin Engku Ali | Timbalan Ketua Pengarang Ustaz Awang Suffian Bin Awang Piut | Editor Ahmad Tarmizi Bin Zakaria | Wartawan Mohd Jaini Bin Mohd, Azizuddin, Ahmad Amri Bin Zainal Adnan, Ustaz Nadzri Bin Musnman | Layout Mohd Azizuddin Sahiddin | Edaran Azizuddin | Laman Web www.ismaweb.net | Penerbit Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), No 27-1-1, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. | Tel 03-89261520 | Fax 03-89262520 | Kepada pembaca Buletin Ikatan, pihak Sidang Redaksi mengalualukan sebarang komen, cadangan dan juga sumbangan berita, iklan, artikel dan sebagainya untuk tujuan disiarkan di buletin ini. Sebarang komen, cadangan dan sumbangan bolehlah dikemukakan kepada pihak kami menerusi pos (Atas nama: Editor Buletin Ikatan) atau emelkan terus kepada editor di alamat
[email protected].
Buletin
Ikatan
3
Buletin
Ikatan
Buletin
Ikatan
Berita ISMA Konvensyen Wanita ISMA II (KONWANIS II) Mencatat Sejarah
Cherating – Konvensyen Wanita ISMA (KONWANIS) kali kedua telah diadakan pada 18-19 Febuari bertempat di Cherating Bay Resort, Cherating, Pahang. Konvensyen ini telah dihadiri seramai lebihkurang 250 orang dengan penyertaan dari setiap negeri. Program yang merupakan acara dwitahunan Biro Wanita dan Keluarga ISMA ini telah mencatatkan pertambahan penyertaan hampir seratus peratus pada kali ini dari konwanis kali pertama yang diadakan di NIOSH dahulu. Konvensyen kali ini bertemakan ’Keluarga Sejahtera Dakwah Perkasa. Tirai konvensyen dibuka dengan ucaptama Ketua Biro Wanita dan Keluarga ISMA, Puan Siti Khamnah Hashim yang menyatakan peri pentingnya kemantapan keluarga untuk memastikan kewujudan masyarakat yang diredhai Allah. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir. Agenda diteruskan dengan pembentangan mengenai Rumahtangga Dakwah dimana penceramah telah mengemukakan bagaimanakah cara untuk membentuk sebuah rumahtangga yang solehah, rumahtangga yang ahli-ahlinya mampu menjadi imam kepada orang-orang yang bertaqwa dan bertanggungjawab untuk berdakwah seterusnya berperanan
dalam pembangunan ummah. Penyampaian yang begitu objektif dan tersusun ini telah disampaikan oleh ustazah Norsoleha Mohd. Salleh. Slot seterusnya ialah tentang Kesihatan dan Pemakanan. Slot kesihatan yang disampaikan oleh Dr Zainon Yahya memperkatakan tentang peri pentingnya penjagaan kesihatan di kalangan wanita yang bergelumang dalam arena dakwah. Penceramah menekankan bahawa wanita daieyah perlulah sihat dalam seluruh aspek kehidupannya samada fizikal, mental, emosional dan spritual. Perbicaraan tentang kepentingan kesihatan ini di perkuatkan lagi dengan pembentangan selanjutnya bertajuk Amalan Makan dan Pemakanan Yang Sihat yang disampaikan oleh Puan Shazamawati Zam Hashari. Pada sebelah tengaharinya pula konvensyen diisi dengan slot Forum yang berbicara tentang Komunikasi Berkesan yang dikendalikan oleh Puan Norakhilah Baharin dan Puan Wan Nor Azilah. Para panel forum telah menyentuh secara detail tentang komunikasi dalam keluarga iaitu dengan suami dan anak-anak. Penyampaian yang cukup menarik itu disampaikan secara bersahaja tetapi sarat dengan contoh-contoh serta pengalaman dari tokoh-tokoh zaman silam mahupun semasa, kaedah-kaedah
yang praktikal serta ’tips-tips’ yang menarik yang perlu dijadikan panduan oleh setiap keluarga. Masa sebelah petangnya pula diperuntukkan untuk para peserta beriadhah dan beberapa program juga diatur untuk mereka saling mengenali antara satu sama lain. Malam Kesenian Dakwah mengisi slot pada malam itu dengan setiap kumpulan mempersembahkan kreativiti mereka berdasarkan tema konwanis kali ini. Program keesokannya diteruskan dengan slot Bengkel yang bertemakan Aktiviti Tarbiyyah Dalam Keluarga. Setiap kumpulan telah memberikan input yang cukup baik dan mereka telah menyampaikan pandangan, saranan dan buah fikiran yang amat bernas yang dapat memberikan idea baru tentang banyak perkara khususnya untuk merealisasikan sebuah ’Rumahtangga Dakwah’. Penggunaan slaid ketika pembentangan dilihat amat effisyen di mana dengannya para peserta mampu untuk memahami apa yang yang ingin disampaikan oleh setiap kumpulan dengan lebih jelas dan tersusun. Konvensyen diakhiri dengan ucapan penutup dari Presiden ISMA Ust Abdullah Zaik bin Abd.Rahman yang menyentuh tentang jatidiri yang perlu ada pada setiap ahli ISMA dan menekankan peri pentingnya ahli wanita untuk bersama-sama berganding bahu bagi menjayakan misi dan visi ISMA. Beliau juga menyatakan penghargaan kepada ISMA Pahang kerana telah menjayakan KONWANIS kali ini dengan baik dan jayanya. Tirai konvensyen dilabuhkan pada jam 1 tengahari dengan mainan lagu tema dan bacaan doa rabitah oleh Pengarah KONWANIS kedua, Puan Norhayati Ahmad Salleh.
Cabaran Berfikir Di Luar Kotak Bangi - Dalam mengetengahkan cabaran supaya berfikir di luar kotak, Presiden ISMA dalam ucapan dasarnya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-10 yang lalu telah membuat gesaan bahawa betapa perlu untuk umat Islam memahami tanggungjawab sebenar mereka berdasarkan tuntutan maqasid syariah yang memaksa mereka untuk merubah corak pemikiran yang sedia ada. “Kita tidak boleh lagi berfikir secara stereotype dan menari mengikut rentak yang menyebabkan kita berputar pada pusingan yang sama”, tegas Ustaz Abdullah Zaik. Bagi menjelaskan lagi lontaran ideanya itu katanya, pemikiran dalam
kotak demokrasi merupakan sesuatu yang songsang kerana demokrasi itu sendiri bersifat sekular yang membawa nilai-nilai yang liberal. Justeru, secara keseluruhannya tidak ada beza sama ada ianya dilaksanakan di Amerika atau di Malaysia. Ini kerana, nilai yang akan menguasai adalah nilai liberal yang berpaksikan kepada kebebasan individu. Menurutnya, walaupun telah dibuat pertahanan-pertahanan tertentu, namun peleburan nilai Islam dan iltizam akhlak dalam sistem demokrasi liberal adalah satu yang tidak boleh dihalang. Maka sudah tentulah usaha untuk menegakkan
Islam akan terbantut jika pemikiran kita masih lagi didominasi dengan nilai demokrasi. Masalah umat Islam hari ini menurut Abdullah ialah corak pemikiran yang terperangkap dalam kepompong demokrasi Barat. Masingmasing bertarung sesama sendiri dan setiap kumpulan dengan ideologi masing-masing ditambah dengan slogan yang pelbagai, namun akhirnya yang menang adalah sistem demokrasi. Justeru, cabaran yang paling besar ialah sejauh mana kita mampu berfikir mencari penyelesaian kepada masalah umat melalui kotak pemikiran yang berlainan. Buletin
Ikatan
6
Keluaran Khas Ulasan Ucapan Dasar Presiden ISMA MELAKAR SEMULA PETA SIASI
KEUTAMAAN DALAM AMAL (AMAL QAWI)
Permasalahan umat perlu diselesaikan. Namun Kesedaran yang wujud perlu disertai dengan amal. penyelesaian yang perlu dilakukan bukan dengan mengikut Namun amal manakah yang lebih utama? Di sinilah kita acuan demokrasi Barat yang sedia ada! Ramai yang berfikir, perlu memahami konsep amal qawi dan amal dhoif. Kita perlu cara penyelesaian adalah melalui kerangka yang sedia ada memahaminya agar kita dapat mengetahui keutamaan amal padahal kerangka itu jugalah yang menimbulkan masalah dan tidak terpecah-pecah melaksanakan amal berdasarkan dalaman mahupun luaran kepada umat. Justeru itu, dae’i minat dan pandangan tersendiri, terikut dengan rentak siasi perlu keluar daripada kongkongan acuan pemikiran tersebut, yang wujud atau berdasarkan dorongan memenuhi melakar semula peta siasi mengikut maqasid syariah bagi keperluan harian. memikul tanggungjawab iqamatuddin dan siasah urusan Amal qawi ialah kerja yang perlu diberikan tumpuan muslimin. penuh oleh para dae’i kerana ia merupakan tulang belakang Melakar semula peta siasi menjadi satu tuntutan, kejayaan perancangan mereka. Amal yang membawa nisbah lantaran matlamat siasi para dae’i ialah untuk menegak, kejayaan perancangan yang lebih tinggi dan lebih langsung memelihara dan mempertahankan hegemoni dan kesatuan itulah dinamakan amal qawi. Antara amal qawi yang perlu umat Islam. Sedangkan rentak siasi yang sedia ada ditekankan ialah: menyongsang matlamat ini. Walaupun zahirnya nampak rancak berdakwah, 1. Mentarbiah Umat berpolitik, berdemontrasi dan berdialog, hakikatnya umat Islam Penjinakan yang Projek Islam memerlukan pelaksana yang semakin lemah dan terancam, nilai dan kriteria tertentu. Bagaimana dimaksudkan ialah memiliki akhlak Islam melebur dan nilai liberal kejayaan boleh diharapkan jika ia umat terdidik untuk disandarkan kepada orang yang tidak Barat pula yang mendominasi. Para dae’i perlu terus konsisten merasa selesa dengan upaya, tidak setia, tidak sedia berkorban melakar semula peta siasi dan sama sekali sanggup menggadaikan prinsip? budaya menyerah, tidak bahkan Oleh jangan terfikir untuk menyerah kalah itu, perancangan Islam perlu mahu berfikir, acuh tak menjuruskan usaha mendidik dan atau mengambil jalan mudah bergabung dengan mana-mana aliran yang sedia acuh dalam segala menggarap masyarakat yang memiliki ada. Melakar semula peta siasi perlu keazaman yang tinggi, cintakan Islam, perkara, bahkan sese- kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia dilakukan berasaskan keupayaan dae’i tengahnya kagum dan berkorban untuk kepentingan umat, sebagai untuk menerapkan dalam kefahaman dan kepercayaan masyarakat bahawa seronok dengan budaya fokus utamanya bagi sesuatu tempoh autoriti adalah daripada Allah melalui tertentu. Usaha ini harus menjadi tumpuan merosakkan.... syura muslimin bukan daripada yang tidak boleh dilalaikan dengan kerja keputusan demokrasi ala Barat. lain, walaupun ia akan memakan masa.
“
“
KESEDARAN POLITIK YANG BENAR (WA’YU SIASI) Apakah kesedaran politik yang benar? Adakah dengan menggunakan taktik muslihat untuk menjatuhkan kumpulan lawan atau dengan merangka strategi menjatuhkan pihak lawan atau dengan menggunakan permainan kotor untuk mendapatkan kekuasaan? Sebenarnya semuanya ini merupakan tipu daya dan kepalsuan!. Kesedaran politik yang sebenarnya ialah kepekaan seseorang terhadap permasalahan yang dihadapi oleh umat, kepekaan terhadap cabaran survival dan ancaman masa hadapan. Paling utama ialah kesedaran atau kepekaan yang membuahkan rasa tanggungjawab untuk melakukan usahausaha menyelamat!. Seseorang yang mempunyai kesedaran politik yang benar akan memiliki: 1. Kejelasan visi dan misi dalam usaha membangunkan umat. 2. Beriman dengan kerja berfasa dan mengikut tertib amal yang jelas. 3. Beriman dengan kelebihan kerja-kerja untuk manfaat umum.
2.
Tsaqafah al-Muqawamah (Budaya Penentangan/ Tidak Menyerah)
Fasa mentarbiah umat sebelum ini melalui fasa penjinakan yang panjang. Penjinakan yang dimaksudkan ialah umat terdidik untuk merasa selesa dengan budaya menyerah, tidak mahu berfikir, acuh tak acuh dalam segala perkara, bahkan sesetengahnya kagum dan seronok dengan budaya merosakkan yang ‘disuapkan’ kepada mereka. Tiada lagi rasa maruah dan harga diri menolak hegemoni asing ke atas mereka. Keadaan ini tidak akan memungkinkan mereka bangkit memberi sokongan atau menjadi benteng kepada pembangunan Islam. Lantaran itu, usaha mentarbiah umat yang mantap memerlukan sokongan satu gagasan untuk membentuk public opinion yang dimuatkan dengan tsaqafah al-muqawamah. Budaya menentang dan daya fikir kritis ini akan mendorong umat untuk menolak sebarang bentuk penjajahan, penghinaan dan perancangan penjinakan yang dirancang ke atas mereka. Ia juga menjadi ‘antibodi’ kukuh melawan propaganda Barat yang cuba mencabut sensitiviti muslim terhadap kehormatan Allah dan cuba menanam kehinaan dalam jiwa muslim. Buletin
Ikatan
7
Keluaran Khas Penukaran Status ISMA Alhamdulillah berkat doa semua ahli dan inayah Allah s.w.t., permohonan ISMA untuk menukarkan status pentadbirannya dari berpusat kepada bercawangan telahpun diluluskan pada 24 Januari 2007. Ini juga bertepatan dengan usia ISMA yang telah meningkat kepada 10 tahun sejak penubuhannya pada 1997. Penukaran status ini adalah hasil dari perkembangan ISMA itu sendiri yang semenjak ia di tubuhkan dengan hanya beberpa orang ahli kini bilangannya telah bertambah kepada hampir 600 orang. Selepas Mesyuarat Agung Tahunan dan Konvensyen Wanita Isma (KONWANIS) yang diadakan barubaru ini, pihak ibupejabat telah menerima berpuluh-puluh borang baru yang memohon untuk menjadi ahli. Saya amat yakin dalam sedikit masa lagi ahli-ahli ISMA akan mencecah angka keramat 1,000 orang. Dengan perkembangan yang pesat ini maka sudah pasti pentadbiran berpusat sudah tidak berkesan lagi dalam menangani dinamisma ahli-ahli semua.
“
Saya amat yakin dalam sedikit masa lagi ahli-ahli ISMA akan mencecah angka keramat 1,000 orang. Dengan perkembangan yang pesat ini maka sudah pasti pentadbiran berpusat sudah tidak berkesan lagi dalam menangani dinamisma ahli-ahli semua.
“
Dapatkan Naskah Anda Sekarang!
Dengan kelulusan ini semua ahli di setiap negeri dan kawasan harus segera memikirkan pembentukan cawangan-cawangan di setiap negeri dan daerah. Menurut perlembagaan baru sekurang-kurangnya 10 ahli jawatankuasa perlu dilantik bagi menubuhkan sesebuah cawangan. Semua permohonan penubuhan cawangan perlulah mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Pusat yang akan menyerahkan sendiri permohonan itu kepada Pendaftar Pertubuhan. Jadikanlah medan ini untuk menubuhkan sebanyak mungkin cawangan ISMA di seluruh negara supaya setiap lorong dan jalan terpancar cahaya dakwah dari ahli-ahli ISMA. Dengan penubuhan cawangan ini, ia juga akan memberi cabaran baru kepada setiap negeri dan kawasan dalam mengendalikan pentadbiran organisasi. Ini kerana setiap cawangan akan mengendalikan sendiri mesyuarat agung di kawasan masing-masing dan menyerahkan laporan mesyuarat kepada pejabat Pendaftar Pertubuhan di negeri/kawasan masing-masing. Bagi mesyuarat agung pusat pula akan hanya dihadhiri oleh perwakilan-perwakilan dari setiap cawangan. Saya juga ingin menyeru kepada semua ahli untuk mencari beberapa orang ahli baru pada tahun 2007 ini supaya dengan itu perkembangan cawangan akan bertambah pesat dan akan banyak lagi cawangan-cawangan baru dapat ditubuhkan. Ini diharap akan menambahkan lagi kematangan kita semua. Sehubungan dengan itu saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua ahli dan bersiap sedia untuk menghadapi era baru ISMA.
Yang berusaha,
........................................ (Aminuddin Yahaya) Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia
Hubungi 03-8926 1520
Buletin
Ikatan
8