BuletinIkatan
http://www.ismaweb.net
M e m b i n a
G e n e r a s i
Ikatan Muslimin Malaysia
B e r t a q w a
Untuk Ahli Sahaja
Tahun 4 | Bil. 31 | Harga RM0.20
Jun 2 0 0 7
Struktur Baru Beri Peluang JKP Mainkan Peranan Kepimpinan Lebih Berkesan Struktur organisasi adalah satu cara bagaimana kita mencapai objektif. Ia bukan suatu yang statik. Setiap tahun kita akan membuat penyesuaian struktur berdasarkan keperluan dan anggaran pencapaian strategi. Di samping itu perubahan struktur juga memperlihatkan satu peralihan fasa yang menuntut pengembangan fungsi sesuai dengan fasa baru. Pada tahun 2007 ini, kita telah membuat pengubahsuaian yang agak ketara. Ia bertujuan untuk memberi peluang lebih besar kepada Jawatan Kuasa Pusat (JKP) untuk memainkan peranan kepemimpinan dengan lebih berkesan. Mereka tidak lagi sibuk dengan rutin pengurusan kerja harian tetapi sebaliknya berfikir, mengkaji, turun medan, bergaul, dan bertemu masyarakat. Struktur tahun 2007 ini jika diteliti lebih bersifat “muassasi” (kerja dilakukan mengikut rencana secara berkumpulan), “empower” (mengurangkan elemen pengawalan dan lebih berpegang kepercayaan amanah dan kemampuan) dan “takhassusi” (keluar dari umumiyyat kepada saintifik). Kita berharap tiga ciri ini akan meletakkan ISMA pada tahap kematangan organisasi yang lebih baik. Ini kerana kejayaan kita menerap ciri-ciri tersebut membuktikan bahawa kita memiliki kualiti ahli yang baik, kemantapan amalan syura dan mampu memanfaatkan kemajuan ilmu terkini. Walaupun 2010 adalah tarikh sebenar kepada sasaran kemunculan hakiki ISMA sebagai sebuah organisasi yang mampu memainkan peranan sosial yang berkesan, namun persiapan perlu bermula secara beransur-ansur dari sekarang. Mutu kepemimpinan yang tinggi, kualiti perancangan dan organisasi yang baik dan budaya kerja yang matang dan berdaya maju harus mula diterap dari sekarang. Jelas sekali bahawa ia baru satu permulaan. Di sana akan ada pembaikan dan pengubasuaian yang berterusan. Yang penting kita faham bahawa struktur bukan suatu yang statik dan perubahan adalah satu keperluan berdasar maslahah atau sebagai penyesuaian kepada kemajuan dan perkembangan fasa. Oleh itu kita boleh membuat jangkaan awal bahawa perubahan sentiasa perlu dibuat dan harus sentiasa berlaku. Seperkara lagi yang perlu kita faham di sebalik pembentukan struktur ini ialah keseimbangan antara tuntutan tumpuan yang tinggi terhadap penyempurnaan binaan dalaman Ust. Abdullah Zaik bin Abd atau organisasi, dengan keperluan ISMA untuk memainkan peranan dan memikul tanggungjawab sosial. Dari segi usia organisasi ISMA adalah sebuah badan yang sangat muda Rahman dan memerlukan masa untuk menyediakan persiapan kendiri, namun tidak boleh difahami jika ia langsung tidak terlibat dalam isu semasa. Kesan buruk dari segi tarbawi juga akan berlarutan MENARIK DI DALAM jika siasah kuffu aidiyakum (berdiam diri) berterusan dalam tempoh yang lama tanpa sebarang khirqah (pengecualian). Oleh itu struktur ini harap dapat memberi peluang kepada JKP untuk memainkan peranan sosial pada kadar tidak menjejaskan tumpuan dalam binaan strategi yang utama. muka 2 Tribulasi “Syumul” Walaubagaimanapun kita percaya ia mampu menempatkan ISMA dan pemimpin ISMA sebaris dengan pemimpin organisasi lain. Sebenarnya tidak dapat dinafikan kadar sedikit yang kita muka 3 Halatuju ISMA sebutkan ini, sebenarnya tidak kurang dari kadar yang disumbangkan oleh organisasi lain, insya Allah. Berita Kejohanan Bagi menyempurnakan penjelasan ini, kita akan jelaskan beberapa istilah yang Bolasepak KRIM digunakan dalam struktur baru ini: muka 7 DHL Dunia lebih selamat tanpa Saddam!!!!
muka 8
DIARI ISMA
Pertama: Biro, yang kita maksudkan dengan biro ialah agen pelaksana dasar di peringkat JKP. Untuk sesi ini kita hanya ada dua biro iaitu Biro Wanita dan Biro Penerbitan. Selain itu, agensiagensi pelaksana turut diwujudkan dalam bentuk intitusi yang lebih bebas (independent) seperti koperasi untuk ekonomi, yayasan untuk kebajikan, persatuan belia untuk belia, kelab remaja (KRIM) untuk remaja dan lain-lain. Setiap satu intitusi ini memiliki struktur organisasi tersendiri (di bawah seliaan JKP).
SELANGKAH KE BUMI ANBIYA’ Tarikh: 1-3 JUN 2007.
Kedua: Lajnah faniyyah (teknikal), iaitu lujnah yang menasihatkan JKP dalam bidang-bidang kerja tertentu seperti pembangunan ahli, luar negara, pembangunan imej dan sebagainya. Lujnah-lujnah ini tidak punya peranan eksekutif.
KEM OUTDOOR REMAJA II Kaw. Shah Alam Klang Tarikh: 2-3 JUN 2007.
Ketiga: Sekretariat-sekretariat, iaitu komiti-komiti yang berperanan untuk memberi bantuan maklumat dan nasihat kepada JKP dalam bidang-bidang penglibatan tertentu seperti ekonomi, belia, isu antarabangasa, sosial, pendidikan dan sebagainya. Komiti ini tidak menjalankan aktiviti sebaliknya memberi input kepada JKP untuk melakukan apa-apa tindakan atau membuat dasar tertentu. Dengan itu JKP memiliki lebih masa untuk mengembangkan potensi dan memainkan peranan kepimpinan yang sewajarnya.
USAHAWAN neXt Tarikh: 2-3 JUN 2007
Buletin
Ikatan
1
Tarbiyyah Tribulasi “Syumul” Kewajipan Menjaga Percakapan DUA elemen penting yang sering diperingatkan Islam kepada manusia supaya menjaga dan memeliharanya dengan baik ialah penggunaan lidah (percakapan) dan tingkah laku (akhlak). Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah berpesan kepada umatnya iaitu sekiranya mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya maka hendaklah dia mengeluarkan tutur kata yang baik dan sekiranya tidak ada sesuatu yang baik yang hendak diucapkannya maka hendaklah dia berdiam diri sahaja. Lidah merupakan anggota yang kecil dan tidak bertulang. Namun begitu, ia mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Lidah boleh mengangkat seseorang. Lidah juga boleh menjatuhkan seseorang. Lidah boleh membawa kejayaan. Lidah juga boleh membawa kebinasaan. Lantaran itulah, Islam amat memberi perhatian yang serius kepada umatnya supaya menjaga tutur katanya agar tidak mengucapkan sesuatu yang buruk dan menyakiti hati orang lain. Ini kerana, tutur kata yang tidak baik akan membawa kepada krisis lain yang boleh menimbulkan permusuhan, kekacauan dan ada kalanya membawa kepada pertumpahan darah serta melibatkan nyawa manusia sendiri. Oleh sebab itulah, dengan menjaga lidah dan tutur kata, manusia akan dapat menjamin ketenteraman, kedamaian dan kesejahteraan masyarakat mereka sepanjang masa. Dalam konteks inilah Rasulullah SAW berpesan supaya menjaga lidah seterusnya menjaga tingkah laku dan perbuatannya agar tidak mengganggu dan melampaui batas sehingga menyentuh hak dan maruah orang lain melalui perbuatan dan gerak geri fizikalnya sendiri. Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Tidak ada gunanya pada kebanyakan dari bisikan-bisikan mereka melainkan sesiapa yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat baik atau pun mengadakan perdamaian antara bangsa manusia. Dan barangsiapa yang melakukan demikian kerana mengharapkan keredhaan Allah maka Kami (Allah) akan memberinya ganjaran yang besar.” (Surah An-Nisa’ : 114)
Islam adalah agama yang syumul yakni menyeluruh. Kebanyakan orang yang berpendidikan kini setuju dengan kenyataan tersebut tetapi tidak ramai yang dapat menghayati kepentingannya dari segi tarbiah, dakwah dan harakah. Faham syumuliah Islam ini merujuk kepada pemikiran mujaddid kurun 20 Imam As-Syahid Hasan Al- Banna yang banyak disebut dalam risalah-risalahnya. Sejak awal lagi kefahaman Islam syumul menjadi ciri penting fikrah Ikhwan Muslimin. Hasan Al Banna menubuhkan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928 H, empat tahun setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah. Sewaktu kejatuhan Khilafah 1924 H, suasana umat Islam terpecah kepada negara-negara kecil dan terbahagi mengikut puak-puak dan madrasah pemikiran dan masing-masing menumpu pada bidangbidang mengikut minat dan kepedulian masing-masing. Ikhwan yang mengambil tanggungjawab berjuang untuk menegakkan kembali Khilafah Islamiah faham bahawa ia tidak mungkin dilakukan jika kecelaruan, kepelbagaian dan kelemahan jiwa umat Islam tidak dapat bangun dan digabung semula di atas asas yang kukuh. Maka Islam adalah asas dan fahaman bahawa Ia satu agama yang syumul mampu melahirkan satu gagasan besar ke arah mengembalikan kuasa dan kesatuan umat Islam. Kita dapat melihat dengan jelas bagaimana faham kesyumulan Islam yang mantap telah mewarnai dan mempengaruhi gerak kerja Ikhwan Muslimin. 1.Visi yang jelas Faham kesyumulan memberi gambaran yang jelas terhadap visi perjuangan harakah di sisi anggota, bahawa ia berjuang untuk satu gagasan yang menyeluruh dan besar ke arah menegakkan sistem Islam yang sepadu dibawah naungan sistem khilafah Islamiah. 2. Kerja bermarhalah Menyedari terpuruknya keadaan umat Islam kini kerja-kerja menuju wawasan tersebut mesti dilakukan secara marhalah-marhalah dan berdasarkan step-step amal yang telah ditetapkan. Tidak mungkin digambarkan bahawa objektif agung seperti itu dapat dicapai tanpa terlebih dahulu melalui fasa-fasa awalan. 3. Tadarruj dan takamul bina’ tarbawi Mesti berpegang dengan pendekatan tarbiah mutadarrij (ansur maju) melalui takamul bina’ tarbawi (konfrehensif) diperingkat individu dan juga jamaah. Di atas asas keutuhan tarbawi berlaku pengembangan dari segi amudi (vertikal) dan juga ufuqi (horizontal). 4. Nafas Panjang Menyedari perjalanan yang agak jauh, usaha ini semua memerlukan nafas panjang dan minda yang tidak mudah lupa. Kita perlu terus berpegang dengan manhaj dan berkerja membina walau pun terpaksa menunggu 100 tahun lagi. Sebarang kegopohan, kelemahan himmah, cetek pandangan akan menyebabkan kita terbantut atau terseleweng dari landasan perjuangan kita yang sebenarnya. Begitu juga dari segi alamiah. Mengekalkan Negara Islam terpisah menjadi Negara-negara kecil berasas nasionalis masing- masing akan menghalang usaha ke arah mengembalikan semula khilafah Islamiah. Menyedari bahawa perjalanan sangat jauh dan laluan amat sukar, Imam alBanna dari awal lagi mengingatkan pengikutnya tentang keazaman yang tinggi, kesabaran, kesetiaan, kesediaan untuk berkorban dan menasihatkan sesiapa yang tidak sanggup untuk beredar lebih awal. Sepanjang tempoh hampir 80 tahun berlalu dapat disaksikan bahawa mereka yang lemah kehendak, gopoh dan ingin natijah yang cepat gugur dan menyeleweng seorang demi seorang, sekumpulan demi kumpulan. Mereka mudah mengalah dan merasakan bahawa mempertahankan faham kesyumulan dan alamiah adalah satu yang amat sukar dan sudah tidak relevan lagi. Ini tidak lain kecuali kerana kelemahan himmah mereka, tidak mantap tarbiah mereka apa lagi apabila melihat pengaruh globalisasi dan cengkaman kuasa besar yang amat kuat dari menyeluruh…… Buletin
Ikatan
2
Halatuju Sekretariat Pembangunan Belia
Ust. Mohamad Ismail Pengerusi Sekretariat Pembangunan Belia Apakah justifikasi penglibatan belia? ISMA meletakkan sasaran melengkapkan jentera organisasi ISMA di seluruh negara pada hujung 2010. Ini bagi membolehkannya memainkan peranan lebih efisyen dalam masyarakat. Sekaligus golongan belia adalah kelompok paling berpotensi untuk mengisi kekosongan dalam struktur ISMA tersebut, dengan tidak menafikan julat usia yang lain. Usaha menggarap tenaga belia bukan menjadi keperluan strategik ISMA sahaja, sebaliknya keperluan survival agama dan negara sendiri. Golongan belia adalah kelompok terbesar dalam masyarakat Malaysia. Mengikut perangkaan, 9.8 juta daripada 24 juta rakyat Malaysia berada dalam julat umur antara 15 hingga 40 tahun. Namun pada masa kini, hanya 2.9 peratus belia di Malaysia terlibat dengan persatuan atau organisasi. Pada ketika yang sama, belia Melayu Islam di negara ini dilanda krisis. Mereka berhadapan dengan masalah-masalah sosial yang seolaholah tiada jalan penghujungnya. Perangkaan yang telah dikeluarkan mengenai gejala sosial menunjukkan fakta yang sangat menakutkan mengenai belia kita: 66 peratus penghuni penjara terdiri daripada orang Melayu Islam, 70 peratus penagih dadah adalah orang Melayu Islam, 70 peratus kes-kes juvana melibatkan
remaja-remaja Melayu Islam dan 70 peratus daripada pelacur di negara ini merupakan gadis-gadis Melayu Islam. Terdapat 68,000 kes buang bayi yang melibatkan orang Melayu Islam dilaporkan pada 2005. Statistikstatistik ini untuk membuatkan kita menangis! Dalam konteks lebih besar, bangsa Melayu sendiri terkenal dengan sifat malas berusaha, lemah semangat, kerja sambil lewa, suka berehat, malas berfikir, mudah menyerah, cinta pada hiburan, hasad dengki dan sebagainya. Sifat-sifat ini seolah-olah sudah tidak dapat dipisahkan daripada bangsa Melayu, sedangkan mereka menganut agama Islam yang sangat asing dengan budaya tersebut. Barangkali, prinsipprinsip Islam yang murni dan agung masih belum mampu dihayati secara sempurna dan menyeluruh oleh bangsa Melayu, lalu menjadikan mereka terus lesu dan me-‘layu’. Di sinilah letaknya keperluan untuk segera menjana generasi baru yang mampu melaksana tanggungjawab mereka kepada bangsa mereka. Sebenarnya cabaran yang paling besar bagi sesebuah bangsa yang ingin bangkit adalah penyediaan generasi baru. Generasi muda mesti disiapkan untuk menggalas beban yang besar membawa bangsa ini ke puncak kejayaan. Bagaimana hasrat ini ingin dicapai? Sebenarnya penawar kepada penyakit bangsa Melayu ini ada pada mereka sendiri. Di sebalik kelemahan yang ada, bangsa Melayu sebenarnya masih mampu berubah. Mereka masih mampu bangkit daripada kemelut ini. Mereka masih punyai Islam bersamasama mereka sebagai sumber rujukan dan petunjuk. Al-Qur ’an dan hadis Rasulullah s.a.w. masih subur di hati mereka. Semangat keagamaan masih kukuh pada mereka. Apa yang perlu dilakukan adalah kembali menghayati Islam sebagai cara hidup dan
bersungguh-sungguh dalam melaksanakan prinsip-prinsip Islam dalam kehidupan. Bangsa ini amat perlu kepada generasi baru yang memiliki sifat-sifat tokoh yang sejati, sebagai dahan untuk bergantung. Generasi ini akan memimpin bangsa ini menuju ke puncak sedikit demi sedikit dengan pertolongan dan bantuan daripada Allah. Inilah sunnah Allah bagi kehidupan. Hanya dengan cara ini sahajalah bangsa ini mampu bangkit! Apakah Gerak kerja Sekretariat Pembangunan Belia (SPB)? SPB meletakkan beberapa bidang sebagai fokus penglibatannya bersama belia untuk mencapai misi SPB: “Membangunkan belia dengan berpaksikan Islam, keimanan, intelektual dan aktivism sehingga seluruh kehidupan umat tertegak di atas dasar dan prinsip Islam.” Bidang-bidang itu ialah: • • • • • •
Ilmu dan kemahiran Kesenian dan kebudayaan Rekreasi dan kesukanan Keterampilan dan kepimpinan Kerohanian dan pembangunan insan Khidmat masyarakat
SPB juga menggariskan beberapa panduan kerja agar perlaksanaan yang dibuat menuju kepada misi yang ditetapkan. Antara panduan tersebut ialah: • • • • • •
Membudayakan Islam dalam kehidupan dan organisasi Mengukuhkan bukan merobohkan Hormat-menghormati dan menjauhi permusuhan Non partisan Bekerjasama dalam perkaraperkara yang disepakati Tidak anti-establishment.
Sidang Redaksi Buletin Ikatan | Penasihat Ustaz Abdullah Zaik Bin Abdul Rahman | Ketua Pengarang Ustaz Engku Omar Amiruddin Bin Engku Ali | Timbalan Ketua Pengarang Ustaz Awang Suffian Bin Awang Piut | Editor Ahmad Tarmizi Bin Zakaria | Wartawan Mohd Jaini Bin Mohd, Azizuddin, Ahmad Amri Bin Zainal Adnan, Ustaz Nadzri Bin Musnman | Layout Mohd Azizuddin Sahiddin | Edaran Azizuddin | Laman Web www.ismaweb.net | Penerbit Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), No 27-1-1, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. | Tel 03-89261520 | Fax 03-89262520 | Kepada pembaca Buletin Ikatan, pihak Sidang Redaksi mengalualukan sebarang komen, cadangan dan juga sumbangan berita, iklan, artikel dan sebagainya untuk tujuan disiarkan di buletin ini. Sebarang komen, cadangan dan sumbangan bolehlah dikemukakan kepada pihak kami menerusi pos (Atas nama: Editor Buletin Ikatan) atau emelkan terus kepada editor di alamat
[email protected].
Buletin
Ikatan
3
Halatuju Lujnah Pembangunan Sumber Manusia
Pembangunan insan adalah cukup sinonim kepada mana-mana usaha perubahan dan pembinaan umat. Ia menjadi pra-syarat kepada mana-mana perubahan yang diidamkan sesuatu bangsa. “Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri.” (arRa’d: 11) Jelas difahami bahawa perubahan sesuatu bangsa adalah dengan cara perubahan terhadap diri manusia. Dan tarbiah adalah medium utama dalam agenda merubah diri manusia dan membangunkan mereka. Dalam rangka persiapan memainkan
peranan ini, ISMA memberi fokus utama kepada agenda membangunkan sumber manusia. Di peringkat Lujnah Pembangunan Sumber Manusia ISMA, suatu mekanisme tarbiah dan pembangunan insan yang mantap perlu diwujudkan. Untuk itu, Lujnah meletakkan dua sasaran utama dalam fasa dua tahun mendatang. Pertamanya, mewujudkan suatu kaedah pembangunan insan berorientasikan objektif. Apa yang dimaksudkan dengan kaedah ini ialah segala proses dan wahana pembangunan atau pendidikan insan adalah menjurus kepada sejauh mana objektif pendidikan dicapai dan dilaksanakan dalam bentuk sikap dan tingkah laku setelah difahami dan dihayati dengan baik. Dalam istilah pendidikannya ialah bagaimana aspek kognitif dihayati sehingga kepada penghayatan afektif dan seterusnya dilaksanakan dalam bentuk tindak tanduk psikomotor. Atau dalam bahasa mudahnya, ilmu, iman dan amal. Kita mengharapkan dengan orientasi ini, pembangunan ahli-ahli ISMA akan lebih terpandu dan teliti dan
penilaian pencapaian dapat dilakukan dengan kemas dan objektif, bukan lagi secara congak dan agak-agak. Semoga tidak berlaku lagi fenomena di mana proses pendidikan berjalan, tetapi tiada peningkatan atau perubahan yang ketara dapat dilihat daripada mereka yang melalui proses tersebut. Sasaran kedua yang kita letakkan ialah melahirkan tenaga pendidik dan pelatih ISMA yang mantap. Kerana kita sedar 70% kejayaan pembangunan insan bergantung kepada kemantapan pendidik atau pelatih. Tanpa pendidik atau pelatih yang berkemampuan dan berpengalaman, proses pendidikan akan pincang dan objektif pendidikan sukar dicapai. Oleh itu kursus dan latihan secara berterusan akan dilakukan untuk mencapai hasrat ini. Kita berdoa kepada Allah semoga hasrat ini diperkenankan-Nya, sekaligus membolehkan ISMA berfungsi dengan lebih baik dalam menjayakan pembangunan bangsa dan negara berpaksikan ajaran Islam. Di samping itu, kerjasama semua pihak dalam ISMA adalah penting untuk menjayakan usaha ini.
Fokus Biro Wanita ISMA Pusat 2007 5.
Menyediakan Prosedur Operasi Standard untuk semua aktiviti wanita
Kelima-lima agenda ini ditekankan untuk memastikan objektif Biro Wanita yang telah ditetapkan akan tercapai. Sebarang pengabaian atau kelonggaran akan merencatkan usahausaha Biro Wanita untuk melangkah lebih jauh dan memacu dakwah dengan lebih cepat. Biro Wanita ISMA Pusat memberi tumpuan kepada 5 agenda yang telah digariskan bersama di Konvensyen Wanita ISMA II (KONWANIS II) di Kuantan 18-19 Februari yang lalu. Agenda tersebut ialah: 1. 2. 3. 4.
Pembentukan Keluarga Tarbawi Kajian Kekeluargaan 2 Dakwah Umum Kepada Wanita Tarbiyah Aulad
Objektif Biro Wanita adalah seperti berikut: 1.
2.
Memantapkan Biro Wanita melalui unit dan aktiviti yang diwujudkan di bawah struktur organisasi pusat, negeri dan kawasan bagi mencapai objektif ISMA Mencapai kesimbangan antara tanggungjawab terhadap Allah, rumahtangga dan tanggungjawab sosial.
Pada tahun ini juga medan penglibatan Biro Wanita telah ditambah dengan satu lagi medan iaitu keluarga yang sebelum ini dibawah portfolio Biro Keluarga. Justeru medan penglibatan Biro Wanita akan merangkumi hal ehwal wanita, keluarga dan aulad. Manakala Cabaran yang perlu ditangani oleh Biro Wanita adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Jurang perbezaan aktiviti antara ibu dan anak-anak Penglibatan yang tidak berterusan Memperkasakan “sense of belonging” kepada ISMA sebagai wadah dakwah Urusan kerjaya mengangu kerjakerja dakwah Rumah tidak menjadi institusi tarbiyah kerana pendekatan tarbiyah tidak dititik beratkan Hubungan yang tidak intim antara anak dan ibu Kurang mendapat sokongan dan dorongan suami
Buletin
Ikatan
4
Halatuju Kelab Remaja ISMA (KRIM) Dari sudut keahlian, untuk tahun 2007-2008 ini, usaha-usaha mengumpul remaja akan terus digiatkan ke tahap maksima, sekurang-kurangnya 35% daripada sasaran akan cuba dicapai. Pendekatan Kepada Remaja
Sasaran KRIM 2007-2008 KRIM akan terus komited dengan usaha untuk mencapai sasaran takungan keahlian remaja seramai 15,000 orang pada tahun 2010. Kita yakin bahawa aktivis ISMA negeri dan kawasan memahami bahawa fasa ini adalah fasa berkerja untuk melaksanakan matlamat bukan lagi berbincang wawasan dan perancangan strategi. Oleh itu untuk tahun 2007-8 ini, setiap negeri dan kawasan haruslah melihat semula dan melaksanakan pelan tindakan projek Generasi Muda (Remaja) yang telah digariskan. Suka disebutkan semula bahawa 60% daripada tenaga aktivis perlulah ditumpukan kepada usaha pembangunan belia dan remaja.
Sekretariat Remaja ISMA dibawah pimpinan Ust. Wan Hisham Wan Embung dan pasukan KRIM pusat sedang merangka pendekatan baru mengumpulkan remaja. Pendekatan ini bersifat ‘tajmie wasie’ atau ‘Takungan Meluas’ yang diolah dengan mengambil kira pengalaman dakwah yang terdahulu. Ada beberapa pemahaman dalam merangka pendekatan ini, di antaranya ialah memahami realiti tenaga aktivis yang terhad dan memahami kecenderungan remaja yang boleh berubah-ubah. Pendekatan ‘Takungan Meluas’ ini akan membawa imej KRIM yang baru. Ia akan menggabungkan aspek pembangunan fizikal, kemahiran dan kerohanian. Ia juga mampu menggarap remaja dengan lebih ramai dengan menggunakan tenaga yang terhad.
Pendekatan ini akan memasukkan program-program pembangunan remaja yang komprehensif, sesuai dengan tuntutan realiti hari ini. Para remaja akan didedahkan dengan latihan-latihan kemahiran yang bermanfaat untuk kesinambungan dakwah ISMA. Sejajar dengan asas logo KRIM itu sendiri iaitu kalimah ‘waaiddu’ yang dipetik dari ayat 60 surah al-anfal. InsyaAllah pendekatan Takungan Meluas ini akan dilengkapkan tidak berapa lama lagi. Cabaran Dalam mana-mana usaha dakwah, cabaran yang utama ialah komitmen dan kesungguhan para murabbi. Para murabbi juga perlu meningkatkan kemahiran untuk berinteraksi dengan remaja. Untuk menangani cabarancabaran ini, beberapa program training of trainers akan disusun untuk para aktivis remaja. Di samping itu juga, usaha-usaha pembangunan murabbi perlu digiatkan oleh ISMA negeri dan kawasan bagi menampung keperluan madu’ yang ramai di masa hadapan.
Perancangan Isma Intrepreneurship Program (IEP) 2007-2008
Halatuju IEP IEP meletakkan halatujunya ke arah membangunkan kesedaran di kalangan untuk umat Islam akan kepentingan membina kekuatan ekonomi di kalangan mereka sebagai salah satu tonggak utama kekuatan umat Islam. Dalam jangka masa sehingga tahun 2010, sasaran IEP adalah untuk menarik minat 200 remaja supaya memilih Keusahawanan sebagai kerja masa depan mereka.
IEP merangka beberapa objektif seperti berikut: 1) Memberi kesedaran keperluan dan tuntutan membina minda keusahawanan di kalangan ahli ISMA dan anak-anak serta saudara mereka dan kepada masyarakat Islam di Malaysia amnya
Golongan Sasaran IEP
2) Program IEP juga boleh memberi pengenalan ISMA kepada masyarakat sekaligus membina imej Islam yang holistik, yang mencerminkan dimensi Islam yang dinamis dan seimbang. 3) Membangkitkan kesedaran tentang kemunduran umat Islam dalam satu aspek kehidupan dan perjuangan Islam dalam ekonomi serta seterusnya menambah pintu masuk keahlian ISMA.
Cabaran
4) Membangunkan modul IEP yang menarik, berkesan, lengkap dan berterusan
Golongan sasaran adalah terdiri dari golongan berikut: (i) Remaja antara 13 hingga 19 tahun (ii) Pemuda-pemuda (iii) Anak-anak ahli ISMA
Antara cabaran awal yang dihadapi adalah seperti berikut: Sikap belum mahu mencebur dalam keusahawanan masih kuat dikalangan umat Islam. Golongan ibubapa tidak cenderung mengalakkan anak-anak mereka berkecimpung dalam bidang perniagaan Kesukaran menanam rasa kepentingan ekonomi dalam pembangunan tamadun Islam serta rasa tuntutan jihad ekonomi. Buletin
Ikatan
5
Berita ISMA Program penyerahan anak angkat ISMA GOMBAK dengan kerjasama Sek Men Sg Pusu telah melancarkan program anak angkat sessi 2007 – 2008 pada 24 Mac 2007 dengan penyertaan daripada Ibubapa, pelajar dan pihak sekolah sendiri. Pemilihan anak angkat pada tahun ini berbeza berbanding dengan tahun lepas dengan memberi tumpuan kepada pelajar yang mempunyai bakat kepimpinan yang menyerlah dan mempunyai latar belakang akademik yang baik. Semasa sesi pengenalan program, wakil ISMA telah dihujani
dengan pelbagai soalan daripada Ibubapa pelajar yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang latarbelakang dan aktiviti yang di jalankan oleh ISMA. Rata-rata mereka pernah mendengar tentang ISMA tetapi tidak mengetahui tentang aktiviti dan latarbelakang pemimpin ISMA itu sendiri. Penyertaan ibubapa dalam program pelancaran anak angkat kali ini mendapat sambutan kerana mereka serius dengan program yang ingin dijalankan oleh ISMA ke atas anak mereka. Semua ibubapa mempunyai latar belakang pekerjaan bertaraf
profesional dan mereka memberi harapan yang tinggi kepada ISMA untuk mendidik dan memastikan anak mereka akan menjadi pemimpin generasi hadapan. Wakil ISMA berjanji akan menjalankan program untuk anak angkat pada kali ini dengan bersungguh-sungguh dengan kerjasama pihak sekolah. Secara keseluruhan, ibubapa menerima program ini dan tiada halangan untuk menghantar anak-anak mereka ke semua program anjuran ISMA kawasan dan ISMA Pusat.
Kembara ke Johor berjaya jalinkan silaturrahim
Bergambar dihadapan masjid tempat berlangsungnya majlis Maulidur Rasul
PENGUMUMAN 1) Buku Modul Pembangunan Insan terbitan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sudah berada di pasaran. Semua Ketua Perhubungan Negeri / Kawasan diminta agar dapat memastikan buku tersebut berada di Negeri / Kawasan masingmasing untuk kegunaan ahli. Sebarang pesanan buku tersebut boleh dibuat terus ke Pustaka Salam Sdn. Bhd. melalui Ustaz Wan Hisyam Wan Embong 013-3334746. 2) Daurah Ulum Syar ’iyyah (dwi bulanan) bagi golongan non asatizah telah pun bermula pada pertengahan bulan April. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikutinya sila daftarkan nama anda pada Ustaz Anuar Fakhri 0192163466.
Menikmati jamuan ringan di Rumah Saudara Kamsani Hulu Langat, Bandar Baru Bangi – Seperti mana yang dirancangkan pada 13 – 15 April yang lalu, Kembara Kelab PEMBINA Generasi Belia ISMA kawasan Hulu Langat telah berjaya menarik penyertaan seramai 21 orang untuk menyertainya. Seperti yang telah dirancangkan kembara kali ini menuju ke Johor Baharu. Antara objektif kembara kali ini ialah merapatkan ukhuwah di antara peserta dan menziarahi beberapa destinasi dan rumah yang telah ditetapkan. Disamping itu peserta akan lebih mengenali hati budi masing-masing. Kembara memulakan langkahnya di Pejabat ISMA Pusat di Bangi kira-kira jam 11.00 malam 13 April 2007. Rombongan terdiri daripada 4 kenderaan tiba dengan selamatnya di Johor Baharu kira-kira jam 3.00 pagi. Setelah bermalam di pejabat ISMA Johor Baharu bermulalah aktiviti yang
Mandi manda di kaki Gunung Ledang dirancangkan. Sepanjang program setiap peserta diberikan tugasan khas mengikut kumpulan. Antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan ialah riadah bersama ahli ISMA Johor Baharu dan berkelah di Hutan Lipur Gunung Ledang. Selain itu Rombongan kembara juga terlibat dengan Program Sambutan Maulidur Rasul di Taman Seri Kenanga, Kampung Paya Luas, Batu 6, Segamat. Seperti yang dirancangkan kembara kali ini turut berkesempatan menziarahi 2 buah rumah peserta iaitu rumah Saudara Dr. Ahmad Kamsani di Tangkak, Johor dan rumah Saudara Majid Jantan di Bukit Rambai, Melaka. Alhamdulillah semua aktiviti yang diatur dapat disempurnakan dengan jayanya. Selepas pembentangan tugasan dan upacara penutup, rombongan kembara bertolak pulang ke Bangi kira-kira jam 5.00 petang dan tiba kira-kira jam 7.00 petang. Buletin
Ikatan
6
Berita ISMA 10 Pasukan berentap di Padang UKM
Peserta bergambar sebelum perlawanan
Antara ibubapa yang turut hadir
KELAB REMAJA ISMA Daerah Hulu Langat telah menganjurkan satu kejohanan bolasepak remaja pada hari Ahad, 6 Mei 2007 yang lalu. Kejohahan yang diberi nama Kejohanan Bolasepak 9 sebelah Remaja DHL tersebut telah diadakan di padang bolasepak B dan C Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi dan telah berjaya menarik minat 10 pasukan remaja. Proses undian dan taklimat kejohahanan telah diadakan sehari sebelum kejohahan. Pada pagi hari kejohanan tersebut, perlawanan terpaksa bermula lewat 20 minit daripada jadual asal disebabkan hujan. Walaupun begitu kemeriahan kejohahan jelas kelihatan sebaik sahaja perlawanan pertama dimulakan. Tidak dapat dinafikan kelancaran program ini telah
banyak dibantu oleh petugas-petugas kejohanan yang berdedikasi disamping pengadil-pengadil professional iaitu Abg Din dan En Hasbullah yang telah berjaya mengawal perjalanan perlawanan dengan baik. Tahniah juga kepada para pemain semua pasukan yang mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi disamping ucapan terima kasih kepada para ibubapa yang hadir memberi sokongan kepada anakanak mereka. Setelah mengharungi perlawanan-perlawanan yang sengit di dalam kumpulan, 2 pasukan teratas bagai setiap kumpulan iaitu Sekolah Menengah Teknik Sepang dan Bangi 3 bagi Kumpulan 1 serta Pasukan Al ‘Amirin (Bangi 4/9) dan Pasukan Teratai United ( Bangi 4/7) bagi kumpulan 2 telah layak ke peringkat separuh akhir.
Pasukan Sek. Men. Teknik Sepang menetang Pasukan Al ’Amirin dan Pasukan Teratai United menetang Bangi 3 Kedua-dua perlawanan berlangsung dengan sengit dan berkesudahan dengan pasukan Sek. Men. Teknik Sepang menang ke atas pasukan Al ‘Amirin (Bangi 4/9) dengan jaringan 2- 1 dan layak ke perlawanan akhir. Sementara itu keputusan penuh separuh akhir kedua pula berkesudahan dengan Pasukan Teratai United ( Bangi 4/7) tunduk kepada Bangi 3 dengan jaringan 1 – 2 dan sekadar berpuas hati untuk bermain di perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. Perlawanan akhir dan perlawanan menentukan tempat 3 dan 4 telah dijalankan secara serentak. KEPUTUSAN AKHIR Johan : Sekolah Menengah Teknik Sepang , Naib Johan : Bangi 3, Ketiga : Teratai United ( Bangi 4/7) Keempat : Al ‘Amirin (Bangi 4/9) Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disem-purnakan oleh Naib Yang Di Pertua ISMA Hulu Langat iaitu Ustaz Muhamad Ismail diiringi oleh Saudara Azib selaku ketua KRIM DHL.
Kejohanan Futsal ISMA Kawasan Petaling Jaya KEJOHANAN FUTSAL ISMA Petaling Jaya ’07, Piala Dr. Tengku Shahrom telah berjaya dijalankan pada hari Ahad lepas, 13 Mei 2007. Pasukan yang menyertai kejohanan pada kali ini bagi kategori Terbuka adalah sebanyak 16 pasukan dan Remaja 14 pasukan apabila bagi kategori remaja 2 pasukan menarik diri pada saat akhir. 4 pasukan Senior dan 4 pasukan Kanak-Kanak (12 tahun ke bawah) turut mewarnai pertandingan pada tahun ini. Jumlah peserta dan hadirin pada hari itu melebihi 300 orang. Alhamdulillah, kita dapat memperkenalkan nama ISMA kepada lebih ramai ahli masyarakat. Kejohanan kali ini juga mendapat penyertaan dari Gombak,
Bangi dan Shah Alam. Pasukan dari Gombak menunjukkan tahap permainan yang agak kemas dan cantik. Kita berharap agar ISMA kawasan lain akan turut serta kejohanan ini di masa yang akan datang. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Ketiga: Sek. Men. Agama Kuala Lumpur (SMAKL) Penjaring terbanyak dan Pemain Terbaik: Sham (ISMA Gombak)
1. Kategori Terbuka Johan : ISMA Gombak Naib Johan: ROKET (PINTAR MEDIA) Ketiga: BIT Penjaring Terbanyak dan Pemain Terbaik : Aizat (ISMA Gombak)
4. Kategori Kanak-Kanak Johan: Kota Damansara 1 Naib Johan: Kota Damansara 2
2. Kategori Remaja Johan : Remaja ISMA Gombak Naib Johan: Remaja Kota Damansara 1
3. Kategori Senior Johan : Senior Nusa Subang Naib Johan: Senior Shah Alam 2
Semoga program sebegini dapat mencapai matlamat ikhwah yang aktif sihat dan dapat menyuburkan ukhwah antara ahli ISMA serta rakan-rakan ISMA.
Buletin
Ikatan
7
Isu Semasa BENARKAH DUNIA LEBIH SELAMAT TANPA SADDAM ? “Dunia lebih selamat tanpa Saddam” ujar Bush apabila tenteranya gagal mencari Senjata Pemusnah Besar-besaran yang menjadi punca utama Amerika menyerang Iraq. Walaupun bekas mantan Setiausaha Agung PBB Koffi Annan membantah kata-kata Bush tersebut dengan menganggap dunia semakin berbahaya, tetapi sedikit pun tak diendahkan oleh Bush. Bagaimanapun, Bush nampaknya terpaksa menelan kata-katanya apabila jumlah tenteranya yang terbunuh di Iraq terus meningkat dengan mendadak sejak beberapa bulan lepas. Sebahagian besar terbunuh di medan pertempuran dan selebihnya akibat kemalangan. “Peperangan ini adalah trajedi yang dahsyat dan sudah tiba masa untuk menghentikannya” kata wakil Republican James Mc Govern. “Selama 4 tahun lamanya kita melalui tahun-tahun berdarah ini, pentadbiran negara dan sekutunya di Kongress melakukan kesilapan besar di Iraq” tambahnya lagi.
“
Bagaimanapun, Bush nampaknya terpaksa menelan katakatanya apabila jumlah tenteranya yang terbunuh di Iraq terus meningkat dengan mendadak sejak beberapa bulan lepas. Sebahagian besar terbunuh di medan pertempuran dan selebihnya akibat kemalangan.
“
Dapatkan Naskah Anda Sekarang!
Tekanan dari dalam dan luar negara yang berterusan menyebabkan Bush terus berada dalam kebimbangan dan tidak tentu arah. Strategi barunya dengan menukar Setiausaha Pertahanan dan komander tentera baru di Iraq nampaknya belum menampakkan hasil. Strategi baru Bush dengan mengerahkan tentera tambahan ke Iraq untuk meningkatkan rondaan di jalan-jalan telah membawa padah dengan mendedahkan mereka kepada serangan pejuang-pejuang Iraq. Amerika terus menanggung perbelanjaan peperangan yang meningkat akibat penentangan yang berterusan daripada pejuang Iraq. Wakil Republican yang menentang peperangan di Iraq James Mc Govern berkata Bill peperangan yang di minta oleh Presiden Bush menunjukkan peperangan ini menuju ke jalan yang salah. Amerika nampaknya tidak akan dapat bertahan lebih lama lagi di Iraq. Peperangan yang tidak popular ini telah jelas merugikan Amerika dan rakyatnya mula sedar mereka telah membuat pilihan yang salah. Bush terpaksa berpura-pura dengan berkata strategi beliau berada di landasan yang betul dan pengunduran tentera dari Iraq bukan jalan penyelesaian terbaik. Begitulah Bush dengan ego dan sombongnya, beliau akan terus mempertahankan peperangan di Iraq biarpun hanya isteri dan anjingnya sahaja yang akan tinggal menyokongnya.
Hubungi 03-8926 1520 Buletin
Ikatan
8