HAJJATU AL-WADA‘: HADIS JABIR , FIQH DAN FAEDAHNYA Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri1 Tn. Hj. Lukmanul Hakim Hj. Hanafi2 Syed Najihuddin Syed Hassan3
Abstrak Kertas kerja ini bertujuan menerangkan dan menjelaskan kedudukan hajjatu al-wada„ Rasulullah berdasarkan hadis Jabir dari sudut fiqh dan faedahnya. Beberapa isu timbul, apabila beberapa pihak mendakwa bahawa ibadat haji jemaah haji Malaysia yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia di Tanah Suci Makkah telah terkeluar daripada landasan Hajjatu al-Wada Rasulullah sama ada dari sudut pergerakan hari tarwiyyah, waktu melontar jamrah, hadyu, jenis haji yang dibenarkan Rasulullah dan tempoh nusuk. Persoalannya adakah pelaksanaan ibadat haji jemaah haji Malaysia tidak seiringan dengan ibadat haji Baginda . Kertas kerja ini akan menerangkan bahawa kedudukan ibadat jemaah haji Malaysia adalah seiringan dengan hajjatu al-wada„ Rasulullah sepertimana sabda Baginda “Ambillah daripadaku ibadat haji kamu”. Diharapkan, perbincangan yang disampaikan dalam kertas kerja ini tidak hanya menjadi bahan rujukan dan perdebatan akademik atau menjadi seminar semata-mata, malah menjadi satu langkah untuk menyimpulkankannya. Kesimpulan dan keputusan ini adalah sebagai panduan dan bimbingan kepada umat Islam yang lain di dalam menghadapi isu permasalahan dan persoalan hukum-hakam berkaitan ibadah haji demi mencapai keredaan Allah S.W.T. 1.0 MUQADDIMAH Ibadat haji merupakan kemuncak perhambaan manusia kepada Tuhannya dan melaksanakannya, seolah-olah telah sempurnalah sudah lima rukun Islam. Dalam ibadat, Rasulullah menggesa umatnya supaya menerima pakai apa yang dilakukan olehnya tanpa sebarang bidaah dan rekaan yang disandarkan kepada logik akal semata-mata.
Dr. Muhammad al-Zuhaili di dalam kitabnya al-Mu„tamad berkata: Riwayat hadis Jabir berkenaan perlaksanaan hadis Nabi adalah sebagai tatbiq amali atau praktikal
1
Karyawan Tamu Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan, Ahli Majlis Fatwa Negeri Terengganu, Penasihat Ibadat Haji, Lembaga Tabung Haji Malaysia 2 Pensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia merangkap Ketua Penyelidik Bimbingan Haji, Lembaga Tabung Haji Malaysia dan Penyelaras Seminar dan Wacana, Unit Politik dan Masyarakat, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD). 3 Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah merangkap Ketua Program Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat, Universiti Sains Islam Malaysia
1
secara langsung daripada Rasulullah kepada para sahabat sebagai Mu„allim, Mursyid, Imam dan Qudwah. Benarlah sabdanya kepada mereka seperti yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, al-Nasa‟i dan al-Baihaqi:
Maksudnya: “Ambillah daripadaku ibadat haji kamu”. Ibadat haji secara khususnya juga terbukti dengan sabda Rasulullah supaya umat Islam mengambil daripadanya secara langsung. Hal ini jelas terbukti apabila Rasulullah mewar-warkan keberangkatannya ke Kota Makkah pada tahun 10 Hijrah untuk perlaksanaan ibadat haji, justeru ramai sahabat yang meriwayatkan hadis berkenaan dengan haji Rasulullah . Menariknya riwayat Jabir mengesahkan nostalgia Rehlah Rohaniah Rasulullah dalam menyahut seruan Ilahi untuk haji. 2.0 PENGENALAN HAJI DAN HIKMAHNYA 2.1 Takrif Haji Haji dari segi bahasa bererti kunjungan atau menuju ke sesuatu tempat. Manakala dari segi syara‟ bermaksud mengunjungi Makkah untuk melakukan ibadat yang tertentu, dengan syarat-syarat yang khusus. Syeikh Abdul Rahman al-Jaziri menyatakan haji bererti, amalan-amalan yang khusus ditunaikan pada zaman yang khusus di tempat yang khusus atas tatacara yang khusus. Wahbah al-Zuhaili mengulas takrif haji tersebut dengan berkata: Menziarahi tempat tertentu dalam masa tertentu untuk pekerjaan tertentu. Sebutan ziarah bermaksud pergi, tempat tertentu pula bermakna Kaabah dan Arafah. Masa tertentu pula ialah pada bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah khususnya 10 hari bahagian awal dalam bulan tersebut. Perbuatan tertentu pula bermaksud: Datang ke tempat dengan berihram dan berniat untuk mengerjakan haji.
2.2 Tarikh Pensyariatan Haji Kemungkinan pendapat yang lebih kuat menyatakan bahawa tarikh pensyariatan haji adalah pada tahun 9 Hijrah. Hal ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:
2
Sabda Rasulullah kepada rombongan Abd al-Qais yang menemui Baginda pada awal tahun 9 Hijrah, dan bertanya tentang perintah yang wajib mereka lakukan:
Maksudnya: “Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah SWT, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menyerahkan 1/ 5 daripada harta rampasan perang”. Justeru, sekiranya haji telah difardukan sebelum tarikh tersebut tentulah Baginda menyebutkannya bersama-sama perintah yang diarahkan kepada mereka.
2.3 Hukum Dan Dalil Wajib Haji
Seperti yang dimaklumi, haji adalah salah satu dari rukun Islam yang wajib kepada orang Islam yang cukup syarat dan berkemampuan. Antara dalil kewajipannya ialah firman Allah :
Maksudnya: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. (Surah ali-Imran: 97)
2.4 Hikmah Dan Faedah Haji Allah mensyariatkan beberapa syariat kepada hamba-Nya dan memperincikan hukum-hukum untuk kepentingan mereka dari segi agama dan kehidupan di dunia pada masa ini dan akan datang. Apabila menyebut tentang haji, al-Quran mengisyaratkan bahawa ibadat tersebut mempunyai faedah dan kebaikan yang banyak untuk manusia.
3
Hal ini berdasarkan firman Allah :
Maksudnya: Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah , pada hari-hari yang tersebut, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternakan (untuk dijadikan korban) dan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatangbinatang korban itu dan berilah makan kepada orang-orang yang susah, yang faqir miskin. (Surah al-Haj: 28) Secara umumnya antara hikmah haji itu ialah : 1. Perhimpunan orang islam 2. Persaudaraan sesama islam 3. Kesatuan umat islam 4. Persamaan di kalangan umat islam 5. Mengimbau peristiwa lampau 6. Mengambil iktibar wasiat Rasulullah dalam hajjatu al-wada‟ 7. Memperoleh rezeki 8. Pendidikan jasmani dan rohani 3.0 BIOGRAFI RINGKAS JABIR BIN `ABDILLAH Jabir bin Abdullah bin Amru bin Haram bin Ka‟ab bin Ghanam bin Ka‟ab bin Salamah al-Ansari al-Salami . Digelar dengan kuniyyah Abu Abillah, Abu Abdul Rahman dan Abu Muhammad. Merupakan sahabat dan anak kepada sahabat Rasulullah . Termasuk di kalangan yang banyak meriwayatkan hadis Nabi . Begitu juga ramai di kalangan sahabat meriwayatkan daripadanya. Dalam riwayat yang sahih, bahawa beliau
4
termasuk di kalangan yang menyertai perjanjian Aqabah. Mengikut riwayat al-Bukhari dalam Tarikhnya dengan sanad yang sahih daripada Abu Sufian daripada Jabir katanya: Aku memberi minum kepada sahabat-sahabatku dalam perang Badar. Beliau berkata bahawa Rasulullah telah berperang sebanyak dua puluh satu peperangan dan aku menyertainya sebanyak sembilan belas peperangan. Jabir berkata: Aku tidak menyertai perang Badar dan Uhud kerana bapaku menegahnya. Antara sifat Jabir ialah keprihatinan beliau terhadap adik-adik dan kakak perempuannya. Justeru, apabila ayahnya mati syahid dalam peperangan Uhud, beliau telah berkahwin dengan perempuan yang tua, lantas Nabi bertanya kepadanya: “Kenapa engkau tidak memilih perempuan muda dan dara?” Beliau memberi alasan bahawa ayahnya meninggalkan anak-anak perempuan yang jika dipilih isterinya sebaya dengan adik beradiknya yang perempuan, sudah pasti tidak dapat mengurus rumah tangga dengan baik. Meninggal dunia di Kota Madinah selepas 70 Hijrah ketika usia 94 tahun. Yahya bin Bukair berkata: Jabir meninggal pada tahun 78 Hijrah. Mengikut Qatadah, beliau adalah sahabat yang paling akhir meninggal dunia di Kota Madinah.
4.0 FIQH DAN FAEDAH HADIS Imam al-Nawawi berkata: Hadis Jabir ini merupakan hadis yang besar dan agung mengandungi banyak faedah, mutiara dan kaedah yang penting dan ia termasuk dalam Afrad Muslim sahaja. Tidak diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam sahihnya. Tetapi diriwayatkan oleh Abu Daud seperti riwayat Muslim. Al-Qadi berkata: Ulama‟ telah berbincang berkenaan dengan hadis ini dari segi fiqh dan mereka memanjangkannya termasuk Ibn al-Munzir sehingga menyebut lebih daripada seratus lima puluh masalah. Dan kalau dikira nescaya ia lebih daripada itu.
Pertama: Muqaddimah Hadis
5
Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ishaq bin Ibrahim menceritakan kami, kesemuanya meriwayatkan daripada Hatim, Abu Bakar berkata, Hatim bin Isma`il al-Madani menceritakan kami daripada Ja`far bin Muhammad daripada ayahnya katanya: Aku masuk bertemu Jabir bin ``Abdillah , lalu dia bertanya kami satu persatu, siapa nama kami masing-masing. Sampai giliranku, aku sebutkan namaku Muhammad bin Ali bin Husein. Lalu dibukanya kancing bajuku yang atas dan yang bawah, kemudian diletakkannya telapak tangannya antara kedua susuku (dadaku). Ketika itu aku masih muda belia. Lantas dia berkata: Selamat datang wahai anak saudaraku! Tanyakanlah apa yang hendak engkau tanyakan. Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Lafaz ح َّد َثنَا َ adalah setinggi-tinggi darjat penyampaian hadis yang menunjukkan secara langsung dan tallaqi antara murid dan gurunya dan dalam satu majlis. ii. Bermusafir atau rehlah ilmiah dalam mengutip mutiara ilmu merupakan sunnah para salaf al-saleh dan juga ahli hadis. iii. Beradab dan bersopan dengan memahami adab tetamu amat penting lebih-lebih lagi apabila mengunjungi para ulama‟ dan yang lebih tua daripadanya. iv. Ta`aruf atau salam perkenalan adalah muqaddimah bicara supaya kemesraan dapat dipupuk di samping mengenali salasilah atau asal-usul keturunan seseorang. v. Memperkenalkan nama hendaklah dengan menasabkan kepada yang makruf supaya mudah dikenali. vi. Menyentuh seseorang adalah merupakan tanda lambang kemesraan di samping untuk merasakan hubungan yang erat tanpa rasa gentar dan bimbang. Kedua: Pengalaman Haji Ketika itu aku masih muda belia. Lantas dia berkata: Selamat datang wahai anak saudaraku! Tanyakanlah apa yang hendak engkau tanyakan. Kemudian aku bertanya kepadanya. Sedangkan dia telah buta, ketika waktu solat tiba, dia berdiri di atas sehelai sejadah yang selalu dibawanya. Tiap kali sejadah itu diletakkan ke bahunya, pinggirnya selalu lekat padanya kerana kecilnya sejadah itu. Kemudian dia solat bersama kami. Aku
6
bertanya kepadanya: Ceritakanlah kepadaku bagaimana caranya Rasulullah melakukan ibadah haji. Lalu dia bicara dengan isyarat tangannya sambil menunjukkan bilangan sembilan jarinya. Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Belajar dan menuntut ilmu amat sesuai pada usia muda. ii. Ucapan selamat datang dan mempersilakan kepada tetamu amat dituntut bahkan termasuk dalam adab Islam yang baik. iii. Membahasakan kepada anak-anak kecil dengan gelaran anak saudaraku sebagai lambang dan adab bahawa ukhuwah Islamiyah merupakan ikatan yang padu dan kukuh. iv. Sebagai seorang guru, selayaknya memahami maksud kedatangan muridnya bertujuan mengutip mutiara ilmu dengan menyuruh bertanya. Mudah-mudahan dia dapat memberi ilmu dan manfaat yang berguna kepada generasi seterusnya. v. Sifat muslim sejati sentiasa mendirikan solat dan mengerjakan pada awal waktu walaupun dalam musyaqqah dengan sebab uzur atau buta tetapi menjunjung panggilan Ilahi untuk bermunajat kepadanya merupakan lambang `ubudiyyah yang tinggi. vi. Sifat zuhud para sahabat dan qana‟ah jelas menjadi pakaian mereka. Hal seperti ini telah diterjemahkan di dalam realiti kehidupan Jabir . vii. Sewajarnya bertanya kepada yang tahu dan para ulama‟ yang thiqah juga dikenali sebagai ahlu al-Zikr viii. Bertanya dengan ilmu dan pengalaman haji bersama Rasulullah adalah pertanyaan yang tepat pada orangnya sebagai sahib al-qissah atau al-riwayah. ix. Menjawab persoalan dengan bahasa dan isyarat tangan seperti bilangan jari sembilan menunjukkan masa dan tempoh hijrah Rasulullah ke Madinah. Jawapan seperti ini akan mudah diingati oleh yang bertanya. Ketiga: Pemberitahuan Haji Rasulullah
7
Beliau berkata: Sembilan tahun lamanya Baginda menetap di Madinah, namun dia belum pernah menunaikan haji. Kemudian Baginda memberitahu bahawa tahun yang kesepuluh Baginda akan menunaikan haji. Kerana itu, ramailah orang datang ke Madinah untuk mengikut Nabi untuk beramal seperti amalan Rasulullah . Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Marhalah hijrah pada peringkat awal tidak difardhukan haji. ii. Mengikut riwayat, haji difardhukan pada tahun sembilan hijrah dan ada pendapat menyatakan pada tahun enam hijrah. iii. Rasulullah menunaikan haji hanya sekali sahaja dalam hidupnya yang dikenali dengan nama hajjatu al-wada‟ dilakukan pada tahun sepuluh hijrah. iv. Rasulullah mewar-warkan matlamatnya untuk menunaikan haji kepada umat Islam supaya mereka dapat bersama-sama menunaikannya bersama Rasulullah di samping mengambil segala manasik haji dari Sahib al-Risalah. v. Sahabat menyahut seruan Rasulullah dengan menyertainya dari seluruh pelusuk negeri berhampiran dengan Madinah dan penduduk Madinah sendiri. vi. Sunat mengiklankan kepada rakan taulan dan sahabat handai jika ingin bermusafir lebih-lebih lagi dalam mengerjakan ibadah haji sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah . Al-Qadi `Iyadh berkata: Ini menunjukkan bahawa mereka berihram haji kerana Nabi berihram haji dan mereka sekali-kali tidak menyalahinya. vii. Diriwayatkan hasil dari undangan dan dakwah Nabi untuk melakukan ibadat haji itu, maka keluarlah seramai 90,000 orang sahabat telah mengikut Nabi . Setengah riwayat menegaskan bahawa Nabi bersama-sama sahabat Baginda menunaikan haji itu adalah seramai 120,000 orang. Tetapi riwayat yang masyhur mengatakan seramai 114,000 orang. Nabi menunggang untanya yang bernama al-Qaswa‟. Keempat: Rehlah Haji Lalu kami berangkat bersama-sama dengan Baginda . Ketika sampai di Zu alHulaifah, Asma‟ binti `Umais melahirkan puteranya, Muhammad bin Abu Bakar, lalu dia menghantar seseorang menemui Rasulullah untuk menanyakannya: “Apa yang harus
8
aku lakukan.” Sabda Rasulullah : “Mandilah dan pakai kain pembalutmu, kemudian pakai pakaian ihrammu kembali.” Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Mengikut ahli sejarah, berpetapan pada hari khamis bersamaan 25 Zulkaedah tahun ke-10 Hijrah selepas mengerjakan sembahyang Zuhur bersama-sama dengan para sahabat Baginda, maka berangkatlah Nabi ke Makkah dengan rombongan umat Islam yang hebatnya. Semua sahabat-sahabat yang terkemuka turut serta termasuklah semua isteri-isteri Baginda. ii. Sunat musafir berjemaah dan memilih rakan taulan yang baik seperti kata pepatah arab: Pilihlah rakan sebelum musafir dan jiran sebelum membina rumah. iii. Hendaklah mempelajari adab Safar dan melantik seorang ketua atau amir dalam musafir. iv. Miqat terbahagi kepada dua: Makani (tempat) dan Zamani (masa). v. Miqat Makani ialah beberapa sempadan tertentu melingkungi kawasan tanah haram Makkah dari berbagai-bagai arah. Hal ini telah ditentukan oleh Rasulullah SAW bagi mereka yang datang dari kawasan yang jauh menuju ke Makkah. Mereka yang sampai di tempat tersebut dan belum berihram wajib memulakan ihram di situ serta beriltizam dengan syarat dan wajibnya yang akan dihuraikan nanti. Sempadansempadan tersebut adalah seperti berikut: Zu al-Hulaifah ( )ذو انحهيفة, Al-Juhfah ()انجحفة, Yalamlam ()يهًهى, Qarnu al-Manazil ()قرٌ انًنازل, Zatu `Irqin ()ذات عرق, dan kediaman atau rumah sendiri. vi. Hadis ini menunjukkan sunat mandi ihram bagi orang yang nifas dan memakai alat untuk menghalang darah keluar kepada pakaiannya seperti kata Imam al-Nawawi Rahimahullah. vii. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Ini menunjukkan sah ihram orang yang bernifas secara ijma‟. viii. Hadis ini juga menunjukkan bahawa orang yang hamil boleh melakukan ibadat haji. Kelima: Di Abyar `Ali atau di Zu al-Hulaifah
9
Kemudian Rasulullah
solat dua rakaat di Masjid Zu al-Hulaifah, selepas itu
Rasulullah menaiki untanya bernama al-Qaswa‟. Setelah sampai di Baida‟, aku melihat di sekelilingnya, alangkah ramainya orang mengiringi Baginda sama ada yang menunggang atau yang berjalan kaki. Begitu juga di kanan dan di kirinya sama seperti itu dan di belakangnya. Sedangkan Rasulullah berada di tengah-tengah kami (para sahabat). Ketika itu turun al-Quran (wahyu) di mana Rasulullah mengerti maksudnya iaitu sebagai petunjuk amal yang harus dilakukan. Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Sunat solat dua rakaat ihram selepas selesai mandi ihram dan berpakaian ihram. ii. Boleh menamakan binatang dengan nama-nama tertentu seperti Nabi menamakan untanya dengan nama al-Qaswa‟. iii. Abu `Ubaid berkata: Al-`Adhba‟ adalah nama bagi unta Rasulullah . iv. Ramainya para sahabat yang melakukan ibadah haji bersama Rasulullah . v. Pengarang kitab al-Rahiq al-Makhtum berkata: Allah menghendaki agar RasulNya melihat sendiri keberhasilan dakwah yang dijalankannya, setelah melalui pahit maung selama lebih dua puluh tahun. Di Makkah ramailah kabilah Arab dan wakilwakilnya yang datang kepada Nabi untuk mengambil daripada Baginda sendiri syariat-syariat dan hukum-hakam agamanya. Baginda pula mengambil daripada mereka persaksian bahawa Baginda telah menunaikan amanah, menyampaikan risalah dan menasihati umat manusia. vi. Harus menunaikan haji dengan cara berjalan, menunggang, berkenderaan secara ijma‟. Ulama‟ khilaf yang mana afdal antara berjalan atau menunggang kepada dua pendapat: Jumhur ulama‟ berpendapat menungang lebih afdal kerana mengikut Rasulullah dan boleh membantu dalam melaksanakan ibadah haji. Manakala Daud al-Zahiri berpendapat sebaliknya kerana masyaqqahnya lebih. vii. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Makna diturunkan al-Quran kepadanya sedangkan dia mengetahui tafsirnya iaitu dengan menggesa supaya berpegang dengan apa yang diberitakan kepadamu dari perbuatannya dalam ibadah haji tersebut.
10
viii. Imam al-Ghazali berkata: Sunat bagi yang mengerjakan haji, mandi kerana untuk ihram di samping memakai wangian sebelum ihram adalah disunatkan juga. Keenam: Talbiyah Kemudian Rasulullah membaca talbiyah dengan kuat:
Maksudnya: Aku menyahut seruan-Mu dan panggilan-Mu, aku lakukannya. Tidak ada sekutu bagi Engkau wahai Tuhan. Semua kerajaan adalah milik Engkau wahai Tuhan. Bahawasanya segala puji dan segala nikmat dan segala kerjaan adalah milik Engkau wahai Tuhan. Aku penuhi wahai Tuhan. Maka orang yang ada di situ mengikut talbiyah seperti Nabi SAW. Rasulullah SAW tidak melarang mereka membacanya, bahkan terus menerus membacanya. Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Sunat mengangkat suara ketika talbiyah. ii. Sunat mengangkat suara hanya bagi lelaki tidak kepada perempuan kerana dibimbangi fitnah. Ini berdasarkan kepada hadis riwayat Abu Daud, al-Nasa‟i, Ibn Majah, Malik dan al-Baihaqi di mana Rasulullah SAW bersabda: Telah datang kepadaku Jibril AS seraya berkata yang bermaksud: Hai Muhammad! Perintahkanlah sahabatmu supaya mengangkat suara mereka dengan talbiyah kerana ia merupakan syiar haji. iii. Talbiyah adalah lambang ahli tauhid sebagai mukhalafah dengan talbiyah jahiliyah yang penuh dengan syirik. Dengan talbiyah dapat menguatkan tauhid yang mengesakan Allah dengan ibadat serta meyakini keesaan tersebut pada zat, sifatsifat dan perbuatan-Nya. iv. Makna talbiyah ialah menyahut seruan Ilahi. Makna َ“ َن َّب ْيكaku menyahut seruanmu dua kali” dengan maksud tunduk dan patuh dengan sepatuh-patuhnya kepada-Mu.
11
v. Qadi `Iyadh berkata: Isyarat menunjukkan ramainya manusia bertalbiyah memuji dan berzikir sebagaimana riwayat daripada Umar . vi. Yang paling afdhal ialah mengikut talbiyah Rasulullah . Inilah pendapat Imam Malik dan Imam al-Syafie. Boleh menambahkan lafaz talbiyah seperti yang diungkap oleh Umar :
َك وَيَرغُىبًا إِنَيك َ سٍِ َنّبَيكَ يَرْهُىبًا يِن َ َضمِ انح ْ َك ذَا اننَعًَْا ِء وَانف َ ; َنّبَيIbn
Umar menambah:
ُك وَانعَ ًَم َ غّبَاءُ اَن َي َ ك وَانر َ ك وَانخَي ُر ِب َيّدَي َ ك وَسَ ْعّدَي َ ; َنّبَيAnas pula
menambah: َنّبَيكَ حَقًا تَع ُّبّدًا وَرِقًا. vii. Syeikh al-Syirazi dalam al-Muhazzab berkata: Disunatkan membanyakkan talbiyah dan dalam perjalanan, begitu juga selepas solat menjelangnya pagi malam dan siang. Hal ini kerana mengikut amalan Rasulullah . Ketujuh: Pembetulan Niat Niat kami hanya untuk mengerjakan haji dan kami belum mengenal umrah. Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Niat pada bahasa bermaksud qasad atau tuju. Pada istilahnya pula qasad sesuatu beserta dengan perbuatan. ii. Syarat niat mestilah ikhlas Mufassir berkata bahawa ibadah kepada Allah yang Esa, mengikhlaskan ketaatan kepada Allah , menjauhi syirik dan pendokongpendokongnya, mendirikan solat, menunaikan zakat itulah agama yang benar. Pendeknya, ciri agama yang benar ialah akidah yang bersih dalam hati. Dan ibadah yang tulus ikhlas kepada Allah itu adalah jurubahasa yang menterjemahkan aqidah itu. iii. Dinukilkan daripada al-Rahiq al-Makhtum menyebut bahawa Baginda meneruskan perjalanannya hingga menghampiri Makkah, lalu Baginda bermalam di Zi Tuwa. Setelah itu, barulah Baginda masuk ke Makkah selepas solat Subuh dan mandi pada pagi Ahad bersamaan 4 Zulhijjah tahun 10 Hijrah. Baginda mengambil masa lapan hari untuk perjalanannya di mana ianya adalah jarak pertengahan.
12
iv. Ibn Qudamah al-Maqdisi dalam Mukhtasar Minhaj al-Qasidin berkata: Bahawa tidak sampai kepada Allah kecuali dengan tajarrud dan infirad semata-mata berkhidmat kepadanya. Justeru, haji dijadikan sebagai Rahbaniyah bagi umat ini. Kelapan: Permulaan Acara Ibadah di Makkah Setelah kami sampai di Baitullah, Baginda cium salah satu sudutnya (Hajar alAswad), kemudian Baginda tawaf, lari-lari kecil tiga kali pusingan dan berjalan biasa empat kali pusingan yang berbaki. Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Baitullah dengan maksud rumah Allah ialah Kaabah yang merupakan rumah Allah yang pertama didirikan di bumi ini untuk beribadah. ii. Sunat kucup Hajar al-Aswad ketika mula melihat Kaabah. iii. Penghormatan kepada Kaabah dengan tawaf, dan jika mula datang digelar sebagai tawaf qudum atau tawaf umrah mengikut niat ihram masing-masing. Adapun empat pusingan berikut hendaklah berjalan seperti biasa. iv. Sunnah Nabi berlari anak pada tiga pusingan pertama ketika tawaf. Perbuatan berlari anak dikenali sebagai al-raml iaitu seperti tafsiran ulama‟ berjalan cepat dengan langkah yang pendek. v. Sunat membuka sebelah bahunya ketika tawaf bagi melambangkan kekuatan dan yang lebih utama mengikut sunnah Nabi . Ia dikenali dengan nama al-Idhtiba‟ yang menjadi sunat pada masa tawaf. vi. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Orang yang berihram apabila masuk Makkah sebelum wuquf di Arafah, sunat baginya tawaf qudum secara ijma‟. vii. Tawaf hendaklah dengan tujuh pusingan sebagai syarat sah tawaf. viii. Mengikut sebahagian ulama Syafie tidak sunat berlari anak kecuali pada tawaf yang satu pada haji atau umrah. Adapun jika tawaf selain daripada haji atau umrah, maka tiadalah sunat lari anak atau al-raml.
13
ix. Di dalam sunan Abu Daud dan al-Tirmidhi menyebut cara al-Idhtiba‟ iaitu memakai ihram dalam keadaan bahu kanan dinampakkan bagi tawaf yang diikuti oleh sa‟ie bagi lelaki sahaja. x. Berkenaan dengan istilam pula maksudnya menyentuh dengan tangannya pada rukun yamani dan ia sunat pada setiap kali tawaf. xi. Istilam Hajar al-Aswad dan kemudian mengucup tapak tangan atau isyarat ((إشارةdengan tapak tangan ke arahnya sambil bertakbir lalu mengucup tapak tangan tersebut pada setiap permulaan tawaf. Kesembilan: Maqam Ibrahim dan Solat Sunat Kemudian Baginda tawaf, lari-lari kecil tiga kali pusingan dan berjalan biasa empat kali pusingan yang berbaki. Kemudian Baginda terus menuju ke Maqam Ibrahim , lalu Baginda membaca ayat suci al-Quran: ( واتخذوا هي هقام إبراهين هصلىyang bermaksud: Jadikan maqam Ibrahim sebagai tempat solat). Lalu di tempatkan maqam itu di antaranya dengan Baitullah. Sementara itu, ayahku berkata: “Dan aku tidak mengetahui apa yang disebutnya kecuali daripada Nabi ”. Baginda membaca dalam solatnya surah قم هى اهلل أحّدdan surah ٌ قم يأيها انكافروhingga akhirnya. Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Maqam Ibrahim merupakan seketul batu yang dijadikan tempat berpijak oleh Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah. Maqam Ibrahim adalah salah satu tanda kekuasaan Allah dan juga mukjizat Nabi Ibrahim . Diriwayatkan bahawa batu yang pejal dan keras telah menjadi lembut sehingga membentuk kesan tapak kaki Nabi Ibrahim . ii. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Ini merupakan dalil secara ijma‟ bahawa disyariatkan seusai tawaf agar bersolat di belakang Maqam Ibrahim AS dua rakaat tawaf.
14
iii. Ulama‟ khilaf adakah dua rakaat itu wajib atau sunat. Terdapat tiga pendapat: sunat, wajib, dan mengikut hukum tawaf: wajib jika tawaf itu wajib, serta sunat jika tawaf itu sunat. iv. Sunat membaca surah al-Kafirun dan al-Ikhlas kerana mengandungi wala‟ (penyerahan hanya kepada Allah SWT) dan bara‟ (berlepas diri daripada syirik dan kekufuran). Kesepuluh: Sa‟ie di Safa dan Marwah Kemudian Baginda kembali ke sudut Baitullah (Hajar al-Aswad) lalu diciumnya pula, kemudian melalui pintu, Baginda pergi ke Bukit Safa. Setelah dekat dengan Bukit Safa, ( إى الصفا والوروة هي شعائر اهللyang bermaksud:
Baginda membaca ayat suci al-Quran:
Sesungguhnya sa‟ie antara Safa dan Marwah adalah termasuk lambang-lambang kebesaran agama Allah). Kemudian Baginda berkata: “Aku memulakan dengan apa yang dimulai Allah .” Selepas itu dia mula melaksanakan perintah Allah dengan menaiki Bukit Safa sehingga Baginda melihat Baitullah, lalu dia mengadap ke kiblat seraya mentauhidkan Allah dan mengagungkan-Nya. Ujarnya:
Kemudian Baginda berdoa. Ucapan tahlil itu diulanginya sampai tiga kali. Kemudian Baginda turun ke Marwah. Ketika sampai di lembah, Baginda berlari-lari kecil. Dan sesudah itu, Baginda menuju ke Marwah, sambil berjalan kembali. Setelah sampai di puncak Bukit Marwah, Baginda buat seperti mana yang di buat di Bukit Safa. Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
15
i. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Ini menjadi dalil dalam mazhab al-Syafie bahawa sunat bagi orang yang tawaf dengan tawaf qudum apabila selesai tawaf dan solat di belakang maqam hendaklah kembali ke Hajar al-Aswad untuk istilam. ii. Ulama‟ telah bersepakat bahawa istilam tidaklah wajib, bahkan sunat sahaja. iii. Doa Nabi atau bacaannya ketika berada di Safa dan Marwah. Seraya berpaling ke arah kiblat dan menyebutnya:
Ini adalah lafaz daripada jenis manasik. iv. Sa‟ie disyaratkan mula dari Safa. Inilah pendapat Imam al-Syafie, Malik dan Jumhur Ulama‟. v. Sayugia menaiki Bukit Safa dan Marwah, apabila sampai di kakinya, jumhur Syafieyyah berpendapat hukumnya sunat bukan syarat dan wajib. vi. Ketika berada di Safa dan Marwah, hendaklah mengadap kiblat, berzikir kepada Allah dan berdoa. vii. Perkataan ُح َّده ْ َب و َ وَهَسَوَ األَحْسَاiaitu Allah mengalahkan mereka tanpa berperang dan bukan daripada sebab manusia. viii. Maksud َ األَحْسَابialah mereka yang membina barisan bersekutu untuk mengalahkan Rasulullah dalam peperangan Khandak pada bulan Syawal tahun keempat atau kelima hijrah. ix. Al-Qadhi `Iyad berkata: Dalam naskhah yang lain ada menyebut tentang bahawa Nabi berlari anak di Batnul Wadi. Inilah juga yang disebut oleh al-Humaidi dalam menghimpun antara dua sahih dan dalam Muwatta‟. x. Sunat berlari anak ketika di Batnul Wadi dalam masa sa‟ie. xi. Sunat berzikir ketika bersa‟ie. xii. Pergi dari Safa dan Marwah dianggap sekali dan kembali ke Safa di anggap kali kedua. Justeru mula dari Safa dan berkesudahan di Marwah.
16
Kesebelas: Jenis Haji Rasulullah Tatkala Baginda mengakhiri sa‟ienya di Bukit Marwah, ujar Baginda : “Kalau aku belum lakukan apa yang telah kuperbuat, nescaya aku tidak membawa hadyu, dan menjadikannya sebagai umrah. Maka siapa yang di kalangan kamu tiada membawa hadyu, maka hendaklah dia bertahallul dan menjadikannya umrah. Antaranya ialah: i. Nabi melakukan haji Qiran iaitu haji yang disekalikan dengan umrah. ii. Alasan Nabi ialah kerana Baginda membawa hadyu iaitu binatang korban. Haji mempunyai tiga jenis: Ifrad, Tamattu„ dan Qiran iii. Ulama‟ khilaf yang mana paling afdal. Syafie berpendapat yang paling afdhal ialah haji Ifrad. Ahmad ibn Hanbal berpendapat haji Tamattu‟ lebih afdal manakala Malik berpendapat yang haji Qiran lebih afdal. Kedua Belas: Fardhu Haji Hanya Sekali Lalu Suraqah bin Malik bin Ju`syum bertanya: Ya Rasulullah , apakah untuk tahun ini saja atau untuk selama-lamanya? Rasulullah memasukkan antara jari-jari tangannya yang satu ke jari-jari tangannya yang lain seraya berkata: Telah masuk umrah ke dalam haji. (dijawab sebanyak dua kali) Tidak! Bahkan untuk selama-lamanya. Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Keberanian sahabat Rasulullah . ii. Bertanya dan meminta fatwa daripada Rasulullah . iii. Buat sesuatu amalan dengan yakin dan pasti. iv. Haji difardhukan sekali sahaja seumur hidup kecuali nazar. v. Jangan bertanya apa yang tidak ditaklifkan jika membawa kepada kemudaratan kepada yang lain. vi. Pada mazhab al-Syafie berpendapat bahawa haji dan umrah kedua-duanya adalah wajib.
17
Ketiga Belas: Minta Fatwa Berkenaan Haji Sementara itu, Ali datang dari Yaman membawa haiwan korban Nabi . Didapatinya Fatimah termasuk orang yang bertahallul, dia mengenakan pakaian bercelup dan bercelak mata. Ali melarangnya berbuat demikian. Jawab Fatimah : Ayahku sendiri yang menyuruhku berbuat demikian. Ali berkata: “Aku pergi menemui Rasulullah untuk meminta fatwa Baginda terhadap perbuatan Fatimah itu.” Aku menjelaskan kepada Baginda bahawa aku mencegahnya berbuat demikian. Sabda Baginda : Fatimah benar! Fatimah benar! Kemudian tanya Baginda : “Apa yang engkau baca ketika hendak melakukan haji?” Jawab Ali : Aku membaca “Ya Allah! Aku niat menunaikan ibadah haji seperti yang diniati oleh Rasul-Mu”. Tanya Ali : “Tetapi aku membawa haiwan korban, bagaimanakah hal itu?” Jawab Baginda : “Engkau jangan tahallul.” Kata Jabir : Jumlah hadyu yang dibawa oleh Ali dari Yaman dan yang dibawa oleh Rasulullah ada seratus ekor. Antaranya ialah: i. Baitu al-Nabawi yang menjadi suri teladan dan uswah hasanah. ii. Ali datang dari Yaman untuk menunaikan haji bersama Rasulullah . iii. Fatimah melakukan haji Tamattu‟ dengan mendahului umrah. iv. Bertanya kepada yang tahu. v. Wajib rujuk kepada sumber yang asli iaitu al-Quran dan hadis. vi. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Harus suami ingkar kepada isterinya jika merasakan kekurangan dan tidak terdapat dalam agama. vii. Boleh berniat mengikut niat seseorang seperti Sayyidina Ali berniat seperti niat Nabi dalam haji. viii. Harus ta‟liq ihram dengan ihram yang lain. ix. Sifat Nabi membenarkan tindakan Fatimah .
18
Keempat Belas: Jenis Haji Para Sahabat Para jemaah telah bertahallul dan bergunting semuanya, melainkan Nabi dan orang yang membawa hadyu bersama Baginda. Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Ramai sahabat melakukan haji Tamattu‟. ii. Bercukur adalah cara tahallul. iii. Tahallul dengan bercukur adalah lebih afdhal daripada bergunting bagi lelaki. iv. Bagi yang membawa binatang korban atau hadyu afdhal baginya melakukan ibadat haji dengan cara qiran atau ifrad. v. Bagi wanita, disunatkan bergunting rambut sepanjang seruas jari dari mana-mana sudut kepala. vi. Bagi yang tidak mempunyai rambut, adalah sunat melalukan mata pisau cukur di atas kepala. vii. Mulakan cukuran atau guntingan di bahagian kanan, kemudian di bahagian kiri dengan mengadap ke arah kiblat, diiringi dengan bacaan doa semasa bercukur atau bergunting sambil memegang rambut kepala. Kelima Belas: Acara Ibadah Hari Tarwiyah Apabila hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) menjelang, mereka berangkat menuju ke Mina untuk melakukan ibadah haji. Rasulullah SAW menunggang kenderaannya. Di sana Baginda solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isya‟ dan Subuh. Kemudian Baginda menanti sebentar hingga matahari terbit, sementara itu Baginda menyuruh para sahabat terlebih dahulu pergi ke Namirah untuk mendirikan khemah di sana. Kemudian Rasulullah menuju ke sana, sedangkan orang Quraisy menganggap bahawa Baginda tentu akan berhenti di Masy`ari al-Haram (sebuah Bukit di Muzdalifah) sebagaimana biasanya orang-orang jahiliyah. Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
19
i. Hari Tarwiyah ialah hari ke-8 Zulhijjah. ii. Pada mazhab al-Syafie: Sesiapa yang berada di Makkah dan hendak berihram haji, afdhal baginya ihram pada Hari Tarwiyah. iii. Sunat bagi seseorang datang ke Mina lebih awal daripada Hari Tarwiyah. Imam Malik menyatakan hukumnya adalah makruh, manakala mazhab al-Syafie ia khilaf sunnah. iv. Afdal berkenderaan ketika berada di tempat Manasik seperti Mina, Muzdalifah dan lain-lain. v. Sunat bermabit di Mina pada malam 9 Zulhijjah. vi. Solat di Mina iaitu pada 8 Zulhijjah dan malamnya. vii. Sunat berkhemah di Namirah. viii. Mukhalafah ibadat haji Rasulullah dengan amalan ibadat jahiliyah. Keenam Belas: Wuquf di Arafah dan Khutbah Baginda SAW Ternyata Rasulullah terus saja menuju ke Arafah. Sampai ke Namirah didapatinya khemah-khemah telah didirikan oleh para sahabat, lalu Baginda berhenti untuk berehat di situ. Ketika matahari telah condong, Baginda menaiki untanya, al-Qaswa‟ meneruskan perjalanan. Sampai di tengah-tengah lembah, Baginda berucap, sabdanya: “Sesungguhnya menumpahkan darah dan merampas harta antara kamu adalah haram, sebagaimana haramnya berperang pada hari ini, pada bulan ini dan di negeri ini. Ketahuilah! Semua yang berbau jahiliyah telah dihapuskan di bawah undangundangku termasuk tebusan darah masa jahiliyah. Tebusan darah yang pertama aku hapuskan ialah tebusan darah Ibn Rabi`ah bin Harith yang disusukan oleh Bani Sa`ad, lalu ia dibunuh oleh Huzail, begitu juga kuhapuskan riba jahiliyah. Yang mula-mula aku hapuskan ialah riba kami iaitu yang ditetapkan oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya riba itu dihapuskan semuanya. Kemudian jagalah dirimu terhadap wanita. Kamu boleh mengambil mereka sebagai amanah Allah dan mereka halal bagimu dengan mematuhi peraturan-peraturan Allah. Setelah itu kamu punya hak atas diri mereka, iaitu supaya mereka tidak membolehkan orang lain menduduki tikarmu (rumah tanggamu). Jika mereka melanggar, pukullah mereka dengan cara yang tidak membahayakan. Sebaliknya mereka ada hak terhadapmu iaitu nafkah dan pakaian. Aku
20
wariskan kepadamu sekelian suatu undang-undang yang jika kamu pegang teguh, kamu tidak akan tersesat sepeninggalku iaitu kitabullah! Kamu semua akan ditanya mengenai diriku. Apakah jawabmu?” Jawab mereka: “Kami menjadi saksi bahawa engkau telah menyampaikan risalah ini kepada kami, telah menunaikan tugasmu dan telah memberi nasihat kepada kami.” Lalu Baginda bersabda sambil mengangkat telunjuknya ke langit dan menunjuk kepada orang banyak. Ya Allah! Saksikanlah! (Nabi menyebut sebanyak tiga kali). Sesudah itu, diazan, kemudian iqamat lalu Baginda solat Zuhur, kemudian solat Asar tanpa solat sunat antara keduanya. Sesudah itu Baginda meneruskan perjalanan menuju ke tempat wuquf. Sampai di sana, dihentikannya unta alQaswa‟ di tempat-tempat yang berbatu dan orang yang berjalan kaki berada di hadapannya. Baginda mengadap ke kiblat dan sentiasa wuquf sampai matahari terbenam dan mega merah hilang Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Sunat tidak berada di Arafah kecuali selepas gelincir matahari atau masuk waktu Zuhur. ii. Sunat jama‟ solat antara Zuhur dan Asar. Khilaf dari segi mazhab. iii. Sunat mandi sebelum masuk Arafah untuk berwuquf. iv. Wuquf adalah rukun haji. Wuquf disyaratkan di Padang Arafah dan bermula waktunya selepas Zuhur hingga terbit fajar pada hari kesepuluh Zulhijjah. Jika seseorang sempat berada di Padang Arafah pada waktu tersebut maka dia dikira telah melaksanakan rukun haji iaitu berwuquf. v. Antara wasiat Rasulullah dalam khutbah Arafah ialah seperti dalam Hajjatu alWada‟. Pertama: Haram membunuh, menumpahkan darah, mencedera dan menceroboh hak orang lain. Kedua: Sistem dan undang-undang jahiliyah dimansuhkan dengan undang-undang Islam. Ketiga: Ancaman daripada sistem ekonomi yang berpaksi kepada riba. Ini kerana riba adalah dosa yang amat besar dan memerah keringat manusia dengan sistem yang zalim. Justeru, balasannya cukup besar di sisi Allah . Keempat: Wasiat supaya menjaga kehormatan dan amanah berkenaan wanita atau institusi kekeluargaan. Adab rumahtangga dipaparkan dengan jelas. Kelima: Wajib berpegang dengan pedoman Ilahi dan
21
Nabawi daripada al-Quran dan al-Sunnah. Keenam: Rasulullah meminta para sahabat menjadi saksi. Ketujuh Belas: Menuju Muzdalifah dan Acara Ibadah Kemudian Baginda teruskan pula perjalanan dengan memboncengkan Usamah di belakangnya dan Baginda sendiri memegang kendali. Baginda tarik tali kekang unta al-Qaswa‟ sehingga kepalanya hampir menyentuh tempat pemijak. Baginda bersabda dengan isyarat tangannya: “Hai manusia! Bertenanglah!” Setiap kali Baginda
sampai di kaki bukit, Baginda akan kendurkan tali unta sedikit untuk memudahkan al-Qaswa‟ mendaki hingga sampai di Muzdalifah. Kemudian Baginda solat Maghrib dan Isya‟ dengan sekali azan dan dua kali iqamat, tanpa membaca sebarang tasbih di antara kedua-duanya. Kemudian Rasulullah
berbaring sehinggalah fajar terbit.
Ketika ternyata waktu Subuh, di azan dan iqamah seterusnya Baginda menunaikan solat Subuh. Kemudian Baginda menunggang semula al-Qaswa‟ meneruskan perjalanan sampai ke Masy`ari al-Haram. Sampai di sana Baginda mengadap kiblat, berdoa, takbir, tahlil dan membaca kalimah tauhid. Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Bermabit di Muzdalifah termasuk dalam wajib haji. ii. Acara ibadat haji selepas wuquf di Arafah ialah menuju ke Muzdalifah atau Masy`ari al-Haram. iii. Rasulullah berkenderaan dengan menaiki unta bernama al-Qaswa‟ bersama Usamah. iv. Nasihat Rasulullah supaya bertenang ketika menuju ke Muzdalifah. v. Sunat jama‟ takhir bagi solat Maghrib dan Isya‟ pada malam 10 Zulhijjah dengan sekali azan dan dua kali iqamat tanpa membaca sebarang tasbih antara keduanya. Inilah juga pendapat Ahmad bin Hanbal, Abu Thaur, Abdul Malik al-Majisyun dan al-Tahawi.
22
vi. Imam Malik berpendapat hendaklah azan dan iqamat bagi solat yang pertama, begitu juga azan dan iqamat bagi solat yang kedua. Inilah pendapat Umar dan Ibn Mas‟ud. vii. Mengikut pendapat Abu Hanifah dan Abu Yusuf hanya perlu di azan dan iqamat sekali sahaja. viii. Mengikut mazhab Hanafi bahawa dijama„kan dengan sebab nusuk haji dan harus bagi penduduk Makkah dan Muzdalifah serta Mina untuk solat jama„. Tetapi yang sahih di sisi mazhab al-Syafie jama„ dengan sebab musafir. ix. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Bagi Imam al-Syafie mempunyai pendapat yang dhaif bahawa harus jama„ pada setiap musafir sekalipun jaraknya dekat. x. Sunat berzikir kepada Allah ketika sampai di Masy‟ari al-Haram di samping berdoa. xi. Bagi yang meninggalkan mabit di Muzdalifah hajinya sah tetapi hendaklah dibayar dam kerana ia termasuk dalam wajib haji. xii. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Ada pendapat di kalangan sahabat kita yang menganggap mabit di Muzdalifah sebagai rukun haji. Tidak sah tanpanya sama seperti wuquf di Arafah. Antara mereka yang berpendapat seperti ini iaitu Ibn Binti Syafie, Ibn Khuzaimah dan lima orang di kalangan tabi‟in iaitu Alqamah, alAswad, al-Sya‟bi, al-Nakha‟ie dan al-Hasan al-Basri. xiii. Rasulullah SAW berdoa selepas subuh hingga hampir keluar matahari. Kelapan Belas: Perlaksanaan Amar Makruf dan Nahi Mungkar Dengan Berhikmah Baginda wuquf di sana sehingga langit kekuningan dan berangkat sebelum matahari terbit sambil memboncengkan Al-Fadl Ibn Abbas .. Beliau seorang lelaki berambut indah dan berwajah putih. Ketika Baginda berangkat, beberapa orang wanita bersama tunggangan lalu di situ. Al-Fadl Ibn Abbas melihat kepada mereka, lalu mukanya dipalingkan oleh Rasulullah dengan tangannya. Tetapi Al-Fadl Ibn Abbas menoleh ke arah lain untuk melihat. Rasulullah memalingkan mukanya dengan tangannya yang lain, sehingga al-Fadl mengarahkan pandangannya ke tempat lain.
23
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Gesaan supaya menundukkan pandangan antara lelaki dan perempuan antara ajnabi. ii. Dalam hadis ini menunjukkan Rasulullah memalingkan leher al-Fadl ibn Abbas daripada melihat wanita ajnabi. iii. Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah menegahnya sama ada dengan tangan atau lisan. iv. Fitnah wanita dan godaan yang amat sukar bagi lelaki menghadapinya. Kesembilan Belas: Sejarah di Lembah Muhassir Sampai di Lembah Muhassir, dipercepatkan untanya melalui jalan tengah yang langsung menembus ke Jamratul Kubra. Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Wadi Muhassir dinamakan begitu kerana ashab al-fil dikalahkan di situ. ii. Sunat bersegera apabila melalui kawasan yang pernah ditimpa bala oleh Allah . iii. Mengambil iktibar daripada kisah silam. iv. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Jalan ini berbeza daripada pergi dan pulang daripada Arafah yang dikenali sebagai jalan Dhab ketika pergi dan jalan Mazimin ketika pulang sebagai satu Tafa‟um supaya ditukarkan keadaan. v. Hal ini juga dilakukan oleh Rasulullah ketika masuk Makkah melalui Thaniyatul `Ulya dan pulang melalui Thaniyatu Sulfa. Kedua Puluh: Acara Ibadah di Mina Sampai di Jamrah yang dekat dengan sebatang pokok, Baginda melempar dengan tujuh biji batu kerikil sambil bertakbir pada setiap lemparan. Kemudian Baginda terus ke tempat penyembelihan korban. Di sana, Baginda menyembelih enam puluh tiga haiwan korban dengan tangannya dan bakinya diserahkan kepada Ali untuk menyembelihnya, iaitu sebagai haiwan korban bersama-sama dengan anggota jemaah
24
yang lain. Kemudian Baginda menyuruh supaya mengambil dari setiap haiwan korban itu sepotong kecil, lalu disuruh masak dan kemudian Baginda makan dagingnya serta menghirup kuahnya. Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Jamrah ialah tempat melontar. Dan Jamrah al-Aqabah ialah Jamrah al-Kubra yang terdapat di sisinya sepohon kayu. ii. Sunat bagi yang melakukan haji apabila berangkat dari Muzdalifah dan sampai ke Mina memulakan melontar di Jamrah al-Aqabah. iii. Melontar di Jamrah al-Aqabah sahaja pada hari kesepuluh hijrah dengan sebanyak tujuh biji anak batu seperti biji kacang. iv. Antara cara melontar hendaklah dilontar sebiji-sebiji dan jika dilakukan sekaligus dengan tujuh biji maka dianggap sebiji batu sahaja. v. Mengikut sunnah Rasulullah berdiri ketika melontar di Batnul Wadi dengan Mina dan Arafah serta Muzdalifah di sebelah kanannya dan Makkah di sebelah kirinya. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Inilah yang sahih berdasarkan kepada riwayat hadis-hadis sahih. vi. Melontar di Jamrah al-Aqabah pada hari Raya Haji adalah disyariatkan dengan ijma„. Tetapi mazhab kita ia adalah wajib dan bukan rukun haji dan jika ia meninggalkan hendaklah membayar dam. vii. Sunat sembelih korban pada hari raya. Rasulullah menyembelih 63 ekor haiwan korban dengan tangannya dan bakinya disuruh Sayyidina Ali . viii. Ini menjadi dalil tempat sembelihan korban mempunyai tempat yang tertentu. ix. Sunat membanyakkan sembelihan korban. x. Boleh mewakilkan seseorang korban bagi pihaknya. xi. Sunat membahagikan daging korban kepada orang ramai.
Kedua Puluh Satu: Menuju Makkah dan Wasiat Rasulullah
25
Sesudah itu Baginda menuju ke Baitullah untuk tawaf. Baginda solat Zuhur di Makkah. Sesudah itu Baginda menemui Bani Abdul Mutalib yang sedang menimba dari telaga Zam-zam. Baginda bersabda kepada mereka: “Hai Bani Abdul Mutalib! Berilah kami minum. Kalaulah orang ramai tidak akan salah tanggap, tentu aku akan menolong kamu menimba bersama-sama.” Lalu mereka timbakan dan Baginda minum daripadanya. Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah: i. Tawaf haji adalah rukun. Ia juga dikenali dengan tawaf ifadah. ii. Rasulullah solat Zuhur di Kota Makkah. Mengikut riwayat Ibn Umar , Nabi solat Zuhur di Mina. Imam al-Nawawi Rahimahullah berpendapat Baginda melakukan solat dua kali iaitu sekali di Makkah dan sekali di Mina. iii. Rasulullah mengunjungi Bani Abdul Mutalib. iv. Kelebihan air zam-zam. v. Kelebihan memberi minum kepada manusia. vi. Rasulullah menjaga zan dan prasangka manusia. vii. Dinamakan zam-zam kerana banyak airnya dan dikatakan juga kerana airnya dikumpulkan. viii. Mengimbas kembali peristiwa Hajar ibu Nabi Ismail . 5.0 PENUTUP Dalam al-Rahiq al-Makhtum menyebut: Baginda menetap di Mina pada hari-hari Tasyriq sambil menunaikan ibadat-ibadat haji, mengajarkan syariat-syariat, menegakkan sunnah-sunnah petunjuk yang diwarisi daripada agama Nabi Ibrahim serta menghapuskan kesan-kesan syirik dan mercu tandanya. Pada sesetengah hari-hari Tasyriq itu, Baginda turut menyampaikan khutbahnya. Abu Daud meriwayatkan sebuah hadis dengan sanad yang hasan daripada Sarra‟ binti Nabhan yang berkata: Rasulullah menyampaikan khutbahnya kepada kami pada hari al-Ru‟us (hari Tasyriq yang kedua). Baginda bersabda: “Bukankah hari ini adalah hari Tasyriq yang pertengahan?”. Khutbah yang disampaikan oleh Baginda pada hari itu adalah sama khutbahnya pada hari korban. Khutbahnya ini disampaikan sebaik sahaja turunnya Surah al-Nasr.
26
Pada hari Nafar al-Thani 13 Zulhijjah, Nabi bertolak meninggalkan Mina lalu singgah di cerun Bukit Bani Kinanah dalam kawasan al-Abtah. Baginda menetap di situ menghabiskan saki baki hari tersebut dan malamnya. Di situ Baginda menunaikan solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya‟. Kemudian Baginda tidur sekejap. Setelah itu, Baginda menunggang binatang tunggangannya pergi ke Kaabah lalu melakukan tawaf Wada‟. Setelah selesai semua ibadat hajinya, Baginda mengarahkan semua rombongannya untuk balik ke Kota Madinah yang suci, tetapi bukan balik untuk berehat, malah untuk meneruskan semula perjuangan dan jerih payah kerana Allah dan di jalan Allah . Menurut riwayat Imam al-Bukhari dalam sahihnya dari Amr ibn Salamah katanya: Sebaik sahaja dikuasainya (Fath al-Makkah) negeri Makkah, setiap kaum segera menemui Rasulullah untuk menyatakan keislaman mereka. Qabilah-qabilah arab sebelum itu memang menunggu-nunggu dikuasainya Kota Makkah untuk menyatakan keislaman mereka. Kata mereka: “Biarkanlah dia (Muhammad) dengan kaumnya, jika dia dapat menundukkan mereka, maka itulah tanda dia seorang Nabi”. Riwayat ini adalah sesuai dengan keterangan surah ini yang memberi isyarat bahawa satu peristiwa akan berlaku selepas turunnya ayat ini, dan mengarahkan Nabi SAW supaya bertasbih, bertahmid dan beristghfar apabila berlakunya berita menggembirakan itu dan timbul alamatnya. Mungkinlah kepada Rasulullah apabila Baginda melihat alamat daripada Tuhannya, Baginda terus memahami bahawa tugasnya di bumi telah pun selesai dan Baginda tidak lama lagi akan menemui Tuhannya. Inilah maksud Ibn Abbas , “Itulah ajal Rasulullah yang diberitahu Allah kepadanya”.
BIBLIOGRAFI Abdul Basit bin Abdul Rahman. 1424H. Makkah al-Mukarramah: Kelebihan dan Sejarah. Maktabah al-Rasyid. Cetakan Pertama.
27
Ahmad Mustafa al-Maraghi. 2001.Tafsir al-Maraghiy. Jilid 1, Juzuk 1 dan 2. Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Pertama. Ahmad Sonhaji Mohamad. t.t. Tafsir al-al-Quran juz 1,2,3. Pustaka Salam. al-Alusi, Abi al-Fadhil Syihabuddin Mahmud al-Baghdadi. 1999. Ruh al-Ma‟ani. Dar Ahya‟ al-Turath al-Arabi. Cetakan pertama. Al-„Asqalany, Ibn Hajar. t.t. Al-Isobah fi Tamyiz al-Sahabah. Maktabah Mesir. al-Dhahaby, Imam al-Hafiz Muhammad bin Ahmad bin Usman. 2004. Al-Kaba‟ir (DosaDosa Besar). Pustaka Nasional PTE LTD. Singapura. Cetakan Kelima al-Ghazali, Muhammad bin Muhammad bin Muhammad. 1997. Al-Wasit fi al-Mazhabi. Dar al-Salam. Cetakan Pertama. al-Jaziri, Abdul Rahman. Kitab al-Fiqh `Ala al-Mazahib al-Arba‟ah. Maktabah alTaufiqiyah. al-Khin, Mustafa, al-Bugha, Mustafa, al-Syarbaji, Ali. 2004. Manhaj Fiqh al-Syafi‟e. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri . Negeri Sembilan. Cetakan Pertama. al-Maqdisi, Al-Imam Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman bin Qudamah. t.t. Mukhtasar Minhaj al-Qasidin. Dar al-Manar. al-Mubarakfuri, Safiyyu al-Rahman. 2006. Al-Rahiq al-Makhtum, Sirah Nabawiyah . Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Cetakan Kedua. al-Nawawi, Yahya bin Syaraf. Sahih Muslim Syarah Imam Nawawi. 1929. Maktabah al`Ulum Wa al-Hukmi. Jilid 7. Cetakan Pertama. al-Zuhaili, Muhammad. 2001. Al-Muhazzab Fi Fiqh al-Imam al-Syafi‟e Li Abi Ishaq alSyirazi. Dar al-Qalam, Damsyiq. Cetakan Kedua . al-Zuhaili, Muhammad. 2007. Al-Mu`tamad fi Fiqh al-Syafi‟e. Dar al-Qalam, Damsyiq. Cetakan Pertama. Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, 2007. Lembaga Tabung Haji. Cetakan Pertama. Sayyid Qutb. 2000. Tafsir Fi Zilalil Quran (Tafsir di Bawah Bayangan al-Quran). Jilid 17. Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Cetakan Pertama. Tarikuddin bin Haji Hassan. 2005. Sejarah Rasul Ulul Azmi Terbesar: Nabi Muhammad . Perniagaan Jahabersa. Cetakan pertama. Sya‟rawi, Muhammad Mutawalli. 1991. Tafsir al-Sya‟rawi. Cetakan Akhbar al-Yaum.
28