Haji Awang Ibrahim Bin Haji Awang Ismail. Guru Agama Pertama Brunei Oleh: Zaemul Khairi Zamhari
Allahyarham Cikgu Haji Awang Ibrahim bin Haji Awang Ismail adalah salah seorang guru ugama tempatan pertama di Negara Brunei Darussalam. Ketika sistem pendidikan ugama di Brunei berkembang dengan pesat dan banyak sekolah sekolah ugama dibuka, kerajaan telah memberi peluang kepada rakyat tempatan, yang berpengetahuan dalam selok-belok agama untuk menjawat jawatan Guru Ugama.1 Latar belakang Beliau dilahirkan pada tahun 1916 di Kampung Senggarang, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak kedua dari lima orang adik beradik. Bapa beliau bernama Haji Awang Ismail bin Mohammad Tahir dan ibunya bernama Siti Fatimah binti Imam Mohammad Yusuf. Abang beliau bernama Haji
1
Haji Abdul Hamid Mohd Daud, Perkembangan Persekolahan Agama Di Negara Brunei Darussalam Dari Tahun 1956 – 1984 Masihi, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Bandar Seri Begawan, 2004, h. 60
1|Page
Awang Abdul Rahman, manakala adik adik beliau ialah Haji Awang Ahmad, Haji Awang Mohammad dan Haji Awang Suhaimi. Sejak kecil, beliau dan adik-beradik dijaga oleh datuknya yang tinggal di Kampong Sumbiling Lama, Bandar Brunei (sekarang dikenali sebagai Bandar Seri Begawan). Datuk beliau, Awang Mohammad Yusof, adalah seorang imam yang pernah bertugas di Masjid Senggarang, Batu Pahat, Johor dan sekembalinya ke Brunei, beliau bertugas di Masjid Pekan Muara. Pada tahun 1964, beliau berkahwin dengan Che Hajah Zahrah binti Encik Ahmad, yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau kembali ke Brunei bersama isterinya sebulan kemudian. beliau dan isterinya telah dikurniakan 6 orang cahayamata, iaitu Haji Awang Zamhari, Hajah Dayang Barizah, Awang Zambahri, Dayang Lily Rabizah, Hajah Dayang Ruzaimah dan Awang Heilmey. Beliau dan isteri kini mempunyai 25 orang cucu. Pendidikan Awal Sebelum mendapat pendidikan formal, beliau bersama adik beradiknya yang lain telah mendapat didikan informal dalam bidang agama dari datuk beliau. Melalui didikan datuknya, beliau mempelajari selok-belok yang berhubungkait dengan agama Islam. Disamping pendidikan agama, beliau juga mendapat pendidikan formal di Sekolah Melayu Pekan Brunei. Kerjaya Beliau telah memulakan kerjaya sebagai polis hutan sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. Selepas perang tamat, beliau bekerja sebagai dresser di Rumah Sakit Besar, Bandar Brunei (sekarang dikenali sebagai Bandar Seri Begawan). Pada tahun 1952, kerajaan Negeri Brunei telah memberi peluang kepada beliau dan beberapa orang yang lain bagi menjawat jawatan guru ugama tidak terlatih 2|Page
Antara anak-anak tempatan yang ditawarkan jawatan tersebut selain beliau ialah Haji Awang Abdullah bin Panglima Raja Osman, Haji Omar bin Panglima Raja Osman, Haji Awang Ahmad bin Awang Hassan, Haji Awang Abdul Rahman bin Awang Hassan, Haji Apong bin Abdul Latif, Haji Piut bin Abu Bakar, Haji Tengah bin Sulaiman, Haji Juned bin Jaluddin (kemudian dikenali sebagai Yang Dimuliakan Pehin Udana Khatib Haji Juned bin Jaluddin) dan Haji Abdul Hamid bin Parali.2 Disepanjang perkhidmatannya, beliau telah bertugas sebagai guru ugama, mengajar di beberapa buah sekolah ugama di Negara ini. Beliau pernah menjawat jawatan guru penolong di Sekolah Melayu Lela Mencanai. Beliau juga pernah menjawat jawatan guru kanan di Sekolah Ugama Pekan Muara. Beliau menjawat jawatan penolong Guru Besar sebanyak dua kali, iaitu semasa bertugas di Sekolah Ugama Bunut dan Sekolah Ugama Haji Mohammad Salleh, Kampong Sungai Hanching. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di Sekolah Ugama Mulaut dan Sekolah Ugama Sengkurong, sehinggalah beliau bersara pada tahun 1971. Selepas persaraannya, beliau diambil kembali bekerja secara kontrak di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampong Mulaut sehinggalah beliau menamatkan perkhidmatannya dengan Kerajaan pada tahun 1980an. Diantara anak-anak didik beliau adalah seperti Yang Mulia Dato Seri Setia Ustaz Haji Adam (mantan Pengarah Pusat Dakwah Islamiah), Yang Mulia Dato Seri Setia Ustaz Haji Kasim
2
Haji Abdul Hamid Mohd Daud, Perkembangan Persekolahan Agama Di Negara Brunei Darussalam Dari Tahun 1956 – 1984 Masihi, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Bandar Seri Begawan, 2004, h. 60.
3|Page
bin Haji Lamat (mantan Pengarah Jabatan Pengajian Islam) dan Allahyarham Cikgu Haji Ahmad bin Abu Bakar (mantan Pemangku Pengarah Jabatan Pengajian Islam) dan ramai lagi. Kelas Dewasa Ugama Selain bertugas mengajar di Sekolah Ugama Kerajaan, beliau juga mengajar Kelas Dewasa Ugama, di Mardasah Jabatan Ugama Brunei, berhampiran dengan Masjid Omar Ali Saifuddien. Selain itu, beliau juga pernah mengajar di kelas-kelas dewasa di kawasan pendalaman di Daerah Brunei dan Muara. Jasa dan sumbangan Semasa hayatnya, beliau sangat aktif dalam bidang keugamaan. Beliau sering menjadi tempat merujuk bagi saudara-mara, penduduk kampong dan masyarakat sekitar jika mereka ada kemusykilan dalam hal yang berkaitan dengan ugama. Beliau sering diundang bagi mengepalai bacaan tahlil dan doa selamat oleh kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai beliau. Selain itu, beliau dan isteri juga membuka kelas didikan bacaan Al-Quran di rumahnya, di Jalan Ban 4, Kampong Mulaut, Mukim Kilanas. Ianya adalah bagi memenuhi permintaan penduduk-penduduk Kampong ingin belajar dan menghantar anak-anak mereka untuk belajar mengaji Al Quran. Kelas mengaji Al Quran secara percuma ini diadakan pada setiap hari Jumaat dan Ahad. Setiap murid-murid yang belajar di Kelas didikan ini diajar oleh Isteri beliau, yang juga adalah seorang guru mengajar mengaji Al-Quran. Kelas didikan ini mendapat sambutan dari jiran tetangga dan penduduk Kampong Mulaut.
4|Page
Kembali ke Rahmatullah Beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 7 Ramadhan 1414 Hijrah bersamaan 18 Februari 1994. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampong Mulaut Lampaki. Jejak langkah beliau dalam menabur bakti kepada bangsa dan negara, diteruskan oleh anak-anaknya yang menceburi bidang Agama dan pendidikan. Sumber Haji Awang Zamhari bin Haji Awang Ibrahim (anak) Rujukan Haji Abdul Hamid Mohd Daud, Perkembangan Persekolahan Agama Di Negara Brunei Darussalam Dari Tahun 1956 – 1984 Masihi, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Bandar Seri Begawan, 2004, h. 60.
5|Page
Allahyarham ketika sedang mengajar di Sekolah Ugama Sungai Hanching sekitar tahun 1960an. (Gambar ehsan dari ahli keluarga Allahyarham Haji Awang Ibrahim bin Haji Awang Ismail)
Allahyarham (kiri) ketika satu majlis yang diadakan di Sekolah Ugama Sungai Hanching sekitar tahun 1960an. Pada waktu itu, beliau bertugas sebagai salah seorang guru di sekolah tersebut. (Gambar ehsan dari ahli keluarga Allahyarham Haji Awang Ibrahim bin Haji Awang Ismail)
6|Page
Allahyarham (tengah, empat dari kiri) ketika menghadiri kursus di Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Brunei pada tahun 1965. (Gambar ehsan dari ahli keluarga Allahyarham Haji Awang Ibrahim bin Haji Awang Ismail)
Allahyarham (tiga dari kiri) bersama rakan-rakan yang lain bergambar di hadapan bangunan lama Pejabat Hal Ehwal Ugama Brunei. Gambar ini diambil sekitar tahun 1960an. (Gambar ehsan dari ahli keluarga Allahyarham Haji Awang Ibrahim bin Haji Awang Ismail)
7|Page
Allahyarham (empat dari kanan) bergambar bersama rakan-rakan yang lain ketika menghadiri satu acara keagamaan. (Gambar ehsan dari ahli keluarga Allahyarham Haji Awang Ibrahim bin Haji Awang Ismail)
8|Page