AJARAN SESAT HASSAN ANAK RIMAU: SATU SOROTAN NAWI @ MOHD. NAWI BIN HAJI ISMAIL
Abstrak Islam ialah agama suci yang diwahyukan oleh Allah SWT berasaskan akidah tauhid. Sebarang ajaran atau amalan yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang suci tergolong dalam ajaran sesat yang akan mengganggu kemurnian akidah umat Islam pada setiap zaman dan juga situasi. Artikel ini membincangkan tentang latar belakang, pegangan, dan aktiviti ajaran Hassan Anak Rimau serta faktor-faktor mengapa ia dianggap satu ajaran sesat yang wajib dibendung dan dihapuskan. Pendahuluan Ajaran Hassan Anak Rimau adalah salah satu daripada ajaran sesat yang wujud di negeri Kelantan. Ia berselindung di sebalik nama tarekat tasawuf yang menyeleweng daripada akidah Islam yang sebenar. Ada bermacam-macam nama yang diberikan kepada ajaran sesat ini. Antaranya ialah Tarekat Zikrullah Hassan Anak Rimau, Ratib Kuat Tok Ayah Hassan, Ilmu Isi, Tarekat Batin Pak Chu Hassan, Zikir Kuat Haji Hassan, Ilmu Hakikat,dan Ilmu Sejati. Hakikatnya ia hanya berbeza pada nama disebabkan bertapaknya di kawasan yang berbeza sedangkan kandungan ajaran serta prinsipnya sama. Ajaran tersebut ialah gabungan daripada banyak fahaman yang bercampur aduk. Antaranya Animisme, Batiniah, konsep Nur Muhammad, dan Wandatul Wujud. Ciri-ciri khas ajaran ini ialah ia sering menghina kemuliaan Allah SWT, mencaci dan merendah-rendahkan martabat kerasulan Nabi Muhammad SAW, mencaci dan merendahkan alim ulama daripada kalangan ahli sufi serta fiiciaha Islam. Mereka menuduh para
61
Jurnal Penyelidikan Islam
ulama Islam telah menyembunyikan kebenaran demi kepentingan peribadi mereka. Ulama Islam juga dikatakan `ulama kulit' yang tidak mengetahui apa-apa tentang kebatinan dan hakikat. Ajaran ini juga jelas menghina al-Quran dan hadis yang merupakan sumber hukum utama dalam syariat Islam. Tasawuf dan Sufisme menjadi sasaran sebagai saluran ajaran sesat ini. Kononnya, membersihkan diri dan meninggalkan urusan keduniaan merupakan salah satu ajarannya. Apa yang dilakukan bertujuan mencapai ina'rifatullah. Apabila sampai pada tahap tertentu, penganut ajaran tersebut tidak perlu lagi melakukan ibadat solat, puasa, zakat, dan ibadat-ibadat lain kerana mereka telah diredai, disebabkan kedudukan mereka yang terlalu dekat dengan Allah SWT serta disayangi-Nya. Segala amalan hanya dengan niat sahaja tanpa ada gerakan anggota. Pembohongan terhadap hukum dan amalan Islam iaitu dengan mengada-adakan perkara yang tiada serta menafikan perkaraperkara yang fardu ialah suatu pendustaan terhadap hukum Allah SWT. Mendustai hukum Allah SWT dengan mengadakan sesuatu ibadat yang lain daripada yang telah disyariatkan, boleh menyebabkan mereka yang terlibat terdedah kepada amalanamalan yang terpesong daripada akidah Islam yang diredai oleh Allah SWT. Pengasas Ajaran Ajaran Hassan Anak Rimau ini adalah salah satu daripada ajaran yang berasaskan tarekat Wujudiah Batiniah. Ia diasaskan secara rasminya pada tahun 1980 oleh Hassan bin Yaakob. Di kalangan pengikutnya beliau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ayah Hassan atau Pak Chu Hassan atau Pak Teh Hassan. Panggilan yang popular di kalangan masyarakat umum ialah Hassan Anak Rimau.' Hassan dilahirkan di Kampung Chetok, Pasir Mas,
1 Mohd. Ramzi Omar e.t. (1995), Ajaran Sesat Sant Ancaman Terhadap Negara, Kor Agama Angkatan Tentera, Kuala Lumpur, him 101. 62
Ajaran Sesat Hassan Anak Rimau: Satu Sorotan
Kelantan pada tahun 1914. Kemudian dia berpindah ke Kampung Bukit Gading dan berpindah pula ke kampung Bukit Mas di jajahan Tanah Merah. Di sanalah dia mula memperkenalkan ajaran serta fahaman tarekat tersebut dan disebarkan kepada masyarakat setempat. Hassan sememangnya seorang yang tidak berpendidikan agama, malah jauh sekali untuk digelar sebagai alim. Ini kerana dia tidak pernah mempelajari ilmu agama di pusat pengajian Islam sama ada di pondok, sekolah agama, atau ditempat-tempat lain. Kejahilannya dalam ilmu agama jelas terbukti apabila Hassan sendiri pernah mengakui bahawa beliau jahil dalam hal-hal agama kerana tidak pernah belajar dengan sesiapa pun pada masa mudanya. Dia mendakwa bahawa tarekat yang dikembangkannya itu diambil (diterima) daripada Tuan Guru Haji Husin,2 Padang Tok La, Pasir Mas. Menurut Tuan Guru Haji Husin, pengakuan Hassan itu adalah dusta. Tuan Guru Haji Husin telah membuat penafian ini dalam satu majlis pertemuan dengan Pegawai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan di rumahnya di Kampung Padang Tok La pada 4 Rejab 1399H, bersamaan 3 Mei 1979M. Menurut beliau, Hassan tidak pernah mempelajari sebarang ilmu agama daripadanya dan beliau tidak mempunyai tarekat sebagaimana yang diamalkan dan disebarkan oleh Hassan bin Yaacob itu. Beliau amat kesal kerana namanya telah diperalat oleh Hassan untuk menyebarkan ajarannya dalam masyarakat.3 Pada zaman mudanya, Hassan merupakan seorang yang banyak terlibat dengan perkara-perkara yang tidak baik, maksiat, dan dosa 2 Tuan Guru Haji Husin Padang Tok La berpendidikan agama pondok, mahir dalam pengajaran ilmu-ilmu Usuluddin, Fekah dan Tasawuf, merupakan tokoh agama yang dihormati oleh masyarakat setempat. 3 Fail Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kota Bharu, bertarikh: 29 April 1980. Ia menerangkan mengenai ajaran yang dibawa oleh Hassan bin Yaacob, Kg. Bukit Mas, Tanah Merah yang secara jelas menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.
63
Jurnal Penyelidikan Islam
seperti tidak mendirikan sembahyang, tidak berpuasa, mencuri, melakukan pembunuhan, dan perkara-perkara lain. Dia juga telah pergi ke Selatan Thailand dan tinggal di sana dalam tempoh yang agak panjang serta turut terlibat dalam beberapa kes jenayah. Apabila kembali semula ke Kampung Chetok, Pasir Mas dia juga telah melakukan beberapa jenayah seperti mencuri dan terlibat dalam pergaduhan.4 Pusat Kegiatan Tarekat Zikrullah Hassan Anak Rimau cuba menunjukkan pergantungannya kepada al-Quran dan hadis. Segala hujah yang digunakan dalam mempertahankan doktrin-doktrin yang dikemukakan cuba disokong dengan ayat- al-Quran dan hadis yang telah diselewengkan nas dan maksudnya. Ia satu ajaran baharu yang dicetuskan sendiri oleh Hassan bin Yaacob dengan bertujuan untuk mendapatkan kesenangan dan kedudukan duniawi semata-mata dengan memperalat agama Islam bagi menarik minat pengikut-pengikutnya. Perkara ini jelas sekali kerana sebelum munculnya ajaran tersebut tidak ada satu pun ajaran tarekat yang bernama demikian. Pusat utama penyebaran ajaran tarekat ini terletak di Kampung Bukit Mas yang terletak di Jajahan Tanah Merah. Dari sini pengaruhnya tersebar luas termasuklah ke negeri-negeri lain. Setelah kematian Hassan, tugas menyebar serta mengetuai ajaran tersebut telah diteruskan oleh anak lelakinya yang bernama Yusof bin Hassan. Dia terkenal di kalangan pengikutnya hari ini sebagai `Nabi Yusof'. Pusat ajaran tarekat yang terletak di Kampung Bukit Mas ini berkeluasan tujuh hektar dan dikelilingi oleh kawat berduri berwarna hijau. Menurut Yusof, tujuan kawasan tersebut
4 Fail Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Op. Cit.
64
Ajaran Sesat Hassan Anak Rimau: Satu Sorotan
dipagari dengan kawat adalah bagi memastikan kawasan ini tidak dicerobohi oleh pihak luar dan untuk menyusun rumah-rumah kediaman di dalam kawasan itu dengan lebih teratur. Dalam kawasan itu juga terdapat sebuah surau yang digunakan sebagai tempat melakukan program tetap kumpulan itu, khususnya amalan ratib yang diadakan pada setiap malam Jumaat. Selain itu, terdapat sebuah rumah peninggalan Hassan (sekarang ini didiami oleh ahli keluarganya), 10 buah rumah ahli keluarga Hassan dan pengikut-pengikutnya, sebuah Pejabat Pos Mini, sebuah kedai runcit, sebuah kedai makan, dua buah perigi, tempat mengambil wuduk, dua buah tandas awam, dan tiga bilik mandi. Di samping itu, terdapat tiga buah kubur (kubur Hassan dan dua kubur pengikut setianya, iaitu sepasang suami isteri dikenali sebagai Ayah Man dan isterinya,Esah).Yusof serta pengikut-pengikutnya menamakan kawasan tersebut Perkuburan Sri Mahligai'. Keahlian Keanggotaan atau keahliannya bersifat terbuka. Sungguhpun begitu is tidak mendapat sambutan daripada kalangan penduduk tempatan jajahan Tanah Merah. Kebanyakan ahli datang dari j aj ahan lain seperti j aj ahan Bachok, Pasir Puteh dan j aj ahan-jaj ahan lain. Ramai juga di kalangan ahli atau pengikut ajaran tersebut datang dari pantai barat Semenanjung Malaysia berdasarkan loghat percakapan dan plat kenderaan yang digunakan.5 Keahliannya berkembang menerusi keluarga terdekat seperti suami, isteri, dan anak ahli mereka yang sedia ada selain sahabat-sahabat rapat. Setiap individu yang hendak menyertai kumpulan ajaran Hassan Anak Rimau terlebih dahulu mestilah memenuhi syarat-syarat menjadi ahli. Antaranya ialah: 6
5 Hal ini terbukti melalui temu bual penulis dengan beberapa orang bekas pengikut ajaran Hassan Anak Rimau serta pengamatan semasa pergi beberpa kali ke pusat ajaran tersebut di Kampung Bukit Mas. 6 Fail Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Op. Cit.
65
Jurnal Penyelidikan Islam
a. hendaklah terlebih dahulu mengikuti majlis ratib beberapa kali. Setelah dipercayai oleh mahaguru, baharulah diterima dan diberi tauliah sebagai ahli, b. setelah diberi tauliah, bolehlah diajarkan sesuatu amalan yang tertentu, c. tidak boleh memberitahu kepada sesiapapun tentang kemasukan menjadi ahli kumpulan tersebut, melainkan kepada sesama ahli. Ini kerana dibimbangi kemungkinan akan menimbulkan fitnah. Mereka mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW dahulu pun tidak memberitahu kepada orang-orang munafik,dan d. kemuncak menjadi ahli ini hendaklah datang ke Madrasah Tok Ayah Hassan di Kampung Bukit Mas bagi mengikuti majlis tahlil dan zikir tarekat yang diadakan pada setiap malam Jumaat, dan di sana dapat mereka bertemu wajah dengan mahaguru (mursyid). Bayaran untuk menjadi ahli tidak ditetapkan. Aktiviti dan Pengaruh Kawasan yang khusus digunakan bagi menjalankan segala aktiviti ajaran tersebut. Kebiasaannya, majlis ratib kuat akan bermula sebaik sahaja selepas solat Maghrib dan berakhir bila masuk waktu Isyak. Selepas solat Isyak berjemaah, mereka mengadakan `majlis takalim' dalam jangka masa yang sederhana lamanya. Dalam `majlis takalim' inilah sedikit sebanyak para pengikut diisi dengan kefahaman mereka. Sungguhpun begitu, perbincangan yang lebih sulit tidak dibincangkan secara umum serta tidak diperkatakan di hadapan pengikut-pengikut mereka yang baharu. Hasil pemerhatian dan temu bual dengan bekas-bekas pengikut Tarekat Zikrullah Hassan Anak Rimau, didapati ajaran ini juga bercampur aduk antara pengajaran yang terdapat dalam tarekat
66
Ajaran Sesat Hassan Anak Rimau: Satu Sorotan
Ahmadiah, Naqsyabandiah dan pelbagai ajaran lain. Manakala sebahagian besar ialah ajaran serta amalan yang direka cipta sendiri oleh guru ajarannya. Ajaran yang dikembangkan oleh Hassan pada mulanya dipopularkan melalui cara bomoh. Setelah didapati orang yang tertentu terpengaruh dengan cara bomohnya, maka dia diajak menyertai kegiatan meratib kuat. Ini kerana meratib kuat ialah cara bagi mengubati satu-satu penyakit. Ajaran dan kegiatan meratib yang dilakukan secara kuat sehingga larut malam pada satu-satu tempat telah menimbulkan gangguan dan kegelisahan kepada masyarakat tempatan. Ini membuat masyarakat sekeliling tidak menyenangi ajaran atau kumpulan ini. Ajaran yang dilakukan oleh kumpulan tarekat tersebut dikenali dengan tiga bentuk: a. Ratib Maghrib (Zikir Maghrib), iaitu amalan ratib yang dilakukan selepas solat Maghrib, b. Ratib Isyak (Zikir Isyak), iaitu amalan ratib yang dilakukan selepas solat Isyak, dan c. Ratib Subuh (Zikir Subuh), iaitu amalan ratib yang dilakukan selepas solat Subuh. Meratib kuat dilakukan secara beramai-ramai di pusat ajarannya di Bukit Mas dan juga di rumah ahli-ahlinya secara bergilir-gilir. Mereka meratib dengan kuat seolah-olah telah lupa diri. Majlis meratib kuat ini diketuai oleh Hassan sendiri atau sesiapa sahaja yang difikirkan layak sebagai orang kanan. la diadakan sehingga larut malam, dengan irama perlahan pada mulanya kemudian
67
Jurnal Penyelidikan Islam
menjadi semakin kuat.' Majlis zikir dan tahlil yang mereka lakukan pada setiap malam Jumaat pada awalnya dilihat tidak ada percanggahan dengan syariat Islam. Ia dilakukan di bawah sinaran lampu kalimantang yang terang-benderang. Pengikut lelaki juga diasingkan daripada pengikut perempuan. Mereka menggunakan lafaz-lafaz yang suci lagi mulia seperti bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir. Tetapi ia dilakukan dengan suara yang amat kuat. Menurut bekas pengikut kumpulan itu, ia semata-mata untuk mengaburi mata ahli dan pengikut-pengikut yang baharu, menjaga tanggapan masyarakat setempat serta pihak Majlis Agama Islam, dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Sudah menjadi kelaziman apabila mereka dituduh sesat, mereka tidak mudah melenting. Sebaliknya mereka menjemput pihak yang menuduh ajaran itu sesat supaya datang menyaksikan sendiri majlis-majlis yang diadakan. Dengan cara itu, mereka telah mendapat perhatian pihak media tempatan dan segala apa yang berkaitan dengan ajaran kumpulan ini telah didedahkan di dada akhbar. Untuk mendapatkan isi-isi pengajarannya adalah amat rumit. Setakat ini, masih belum didapati butir-butir yang lengkap disebabkan para ahlinya merahsiakan isi pengajaran tersebut daripada orang lain, kecuali setelah menjadi ahli dan dipercayai terlebih dahulu. Sungguhpun begitu, dengan kerjasama dan jasa baik pihak-pihak berkaitan seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, dan jabatan-jabatan lain, Beberapa maklumat berhubung dengan isi pengajaran dan amalan-amalan tersebut telah diperolehi. Ajaran ini menitikberatkan amalan berzikir, di mana tidak jauh bezanya dengan amalan ajaran lain.
7 Fail Mahkamah Kadi Jajahan Tanah Merah, Kelantan mengenai Ajaran Hassan Anak Rimau, bertarikh 30 September 1992 / 4 Rabi'ul Akhir 1413 Hijrah
68
Ajaran Sesat Hassan Anak Rimau: Satu Sorotan
Zikir dalam tarekat ini dilakukan dengan dua cara, iaitu: a. Cara khafi ( Ls-it& ). Cara ini biasanya dilakukan secara berkumpulan pada malam Jumaat dan malam Selasa, dan b. Cara Tawajuh (may). Cara ini juga dilakukan secara berjemaah tetapi pada malam Jumaat sahaja. Kedua-dua amalan ini hendaklah dipimpin oleh ketua (Imam). Sebenarnya ajaran Hassan Anak Rimau tidak mendapat sambutan di kalangan masyarakat setempat kerana mereka telah mengenali secara dekat peribadi serta latar belakang pendidikan pengasasnya. Hanya orang yang belum kenal secara dekat selalunya terperangkap dengan pengajaran dan kegiatan agama yang dianjurkan oleh Hassan. Majlis zikir yang diadakan pada setiap malam Jumaat di Madrasah Bukit Mas juga dihadiri oleh orang luar sama ada dari kampung lain atau dari negeri lain . Ramai daripada kalangan pengikut yang setia kepada guru ajarannya telah berpaling tadah dan keluar dari kumpulan ajaran tersebut. Ini menyebabkan rahsia ajaran dan kegiatan yang dibawanya bocor, seterusnya diketahui pihak yang berkenaan. Mereka yang berpaling tadah ini keluar dari kumpulan tersebut setelah berasa yakin bahawa ajaran yang dibawa oleh Hassan tidak benar sebagaimana yang dikehendaki oleh agama Islam dari segi akidah dan syariat (amalannya).
Bentuk-Bentuk Penyelewengan Melalui penyelidikan terhadap ajaran Hassan Anak Rimau, jelas sekali is mempunyai hubung kait yang rapat dengan Tasawuf Teosofi, Tasawuf Wandatul Wujud, konsep Martabat Tujuh, dan
69
Jurnal Penyelidikan Islam
konsep Nur Muhammad' yang menjadi punca utama kepada penyelewengan dalam ilmu tasawuf dan kemunculan ajaranajaran sesat. Di kalangan pengamal ilmu hakikat seperti juga ajaran Hassan Anak Rimau yang telah dibincangkan pada awalnya, wujud satu amalan nikah batin yang pada asalnya lahir daripada konsep batin yang disebar oleh kumpulan Syiah Batiniah. Nikah batin ialah satu amalan misteri bagi golongan pengikut Hassan Anak Rimau. Mereka merahsiakan amalan ini daripada pengetahuan masyarakat umum yang tidak mengikuti ajaran tersebut. Antara kepercayaan yang menjadi asas iktikad dalam ajaran Batiniah ialah fahaman Vittlur, yang memberi erti penyerapan Tuhan dengan hamba atau makhluk. Oleh itu, ajaran ini menyatakan bahawa Allah SWT akan bersebati di dalam jiwa manusia; dimaksudkan dalam kepercayaan ini ialah Tuhan akan bersebati dengan manusia yang membawa kepada manusia itulah yang dikatakan `Tuhan'. Sememangnya iktikad dan kepercayaan sebegini terdapat dalam ajaran Tarekat Zikrullah Hassan Anak Rimau yang jelas terpesong daripada akidah Islam yang suci lagi diredai Allah SWT. Penyelewengan Terhadap Rukun Iman Mengikut kajian, ajaran Tarekat Zikrullah Hassan Anak Rimau yang menjadi amalan pengikut-pengikutnya telah sampai ke peringkat yang sangat serius dan mengancam akidah individu dan masyarakat Islam yang mempercayai serta mengamalkannya. Mereka mengkhianati rukun Islam dan rukun Iman dengan membuat pelbagai dakwaan yang karut dan menyeleweng tentangnya. Sesungguhnya amalan dan iktikad seperti ini tidak ada
8 Di sini penults menganalis fahaman dan kepercayaan ajaran tersebut yang menyeleweng daripada akidah Islamiah sebenar bagi membuktikan bahawa kepercayaan itu juga terdapat dalam amalan dan kepercayaan Ajaran Hassan Anak Rimau.
70
Ajaran Sesat Hassan Anak Rimau: Satu Sorotan
bezanya dengan perlakuan jenayah penyelewengan akidah yang membawa kepada murtad melalui akidah yang dilakukan dengan cara ikrar dengan lisan mahupun dengan tulisan. Ini kerana keduaduanya telah memesongkan akidah setiap individu muslim yang terlibat. Ajaran tarekat ini menyamakan Allah SWT dengan makhluk-Nya iaitu dengan mendakwa bahawa diri kita sendiri ialah Tuhan. Ini terbukti dengan apa yang dinyatakan oleh Hasan Anak Rimau: "Bahawa diri kita itulah Tuhan, atau Allah SWT".9 Pernah suatu ketika, apabila seorang muridnya mengatakan bahawa dia melihat mukanya sendiri di dalam cermin di hadapannya itu, maka kata Tok Hassan, "Itulah Tuhan".1° Dalam peristiwa yang lain, Tok Hassan pernah mengaku bahawa dia telah mikraj sampai ke sebelah sana' (Sidratul Muntaha), dan apabila ditanya adakah dia melihat Tuhan, maka jawabnya: "Tuhan itu adalah kita sendiri"." Selain itu, terdapat juga dalam ajarannya yang mendakwa, "Mu Tuhan, aku Tuhan dan diri kita itulah Tuhan atau Allah SWT". Seterusnya ajaran ini menegaskan bahawa manusia mempunyai dan memiliki sifat seperti yang dimiliki oleh Allah SWT seperti katanya, "bahawasanya din kita ini adalah sifat diri Tuhan semesta alam, tiada diri kita sebenarnya hanya diri-Nya sematamata. Kita datang dan alam ghaibul ghaib' pada martabat andah. Nyata dan zahimya kita sebagai sifat-Nya pada martabat alam insan (tubuh manusia itu sendiri), jadi dengan memahami secara mutlak perbincangan kita, maka sudah pastilah kita mengetahui asal kita adalah Tuhan pada
9 Panel Penyelidik Majlis Agama Islam Kelantan (1987), Memerangi Ajaran Sesat, Cet. I, Majlis Agama Islam Kelantan, Kota Bharu, hlm 3. 10 Panel Penyelidik Majlis Agama Islam Kelantan, Op. Cit., him 6. 11 Ibid.
71
Jurnal Penyelidikan Islam
martabat andah dan nyatanya kita sebagai sifat-Nya pada martabat alam insan. Dan sesungguhnya dari martabat alam insan inilah, kita harus mengorak langkah menyucikan sifat diri kita ini dari martabat sifat kepada martabat Tuhan kembali iaitu martabat asal diri kita itu sendiri".12 Sudah tentu dakwaan seperti ini amat bercanggah dengan akidah Islamiah yang suci, kerana ia bertentangan dengan sifatAllah SWT yang Maha Agung. Ini kerana sifat Allah SWT tidak menyerupai sesuatu yang lain daripada-Nya (makhluk). Ternyata bahawa katakata sedemikian itu terkeluar daripada ajaran agama Islam yang maha suci. Setiap hamba wajib beriman dengan kewujudan Allah SWT dan Maha Suci Allah SWT daripada menyamai makhluk, apatah lagi sebati dengan manusia seperti yang terdapat dalam ajaran tarekat yang disebarkan oleh Hassan Anak Rimau. Allah SWT tidak mempunyai anak dan tidak pula diperanakkan seperti yang dijelaskan di dalam firman-Nya:
L-44._1 f'411
p
5
I 411 ;16 33
pfi , A A 64
r
---N 54ki (Surah al-Ikhlaas, ayat 1 - 4)
Terjemahan: Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; tiada beranak, dan is pula tidak diperanakkan;"Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".
12 Penyelidik Majlis Agama Islam Kelantan, Op. Cit., hlm 3-8.
72
Ajaran Sesat Hassan Anak Rimau: Satu Sorotan
Ajaran ini mencampuradukkan sifat makhluk dengan sifat Khalik yakni Allah SWT dalam usaha mencari kesucian diri. Pembawa ajaran ini telah menyeleweng dengan beranggapan bahawa manusia akan sampai ke satu martabat yang paling tinggi mengikut perkiraannya sehingga mengaku diri manusia sama seperti Tuhan atau diri Tuhan. Iktikad seperti ini jelas sekali salah dan sesat serta menyeleweng daripada hakikat ajaran Islam yang sebenar yang diredai oleh Allah SWT, kerana Dia bukan baharu; sepertimana firman-Nya:
fi O fi (Surah Asy-Syura, ayat 11) Terj emahan: ...tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Dzat-Nya, Sifat-Sifat-Nya dan Pentadbiran)Nya, dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. Ajaran ini juga menyamakan Allah SWT dengan makhluk-Nya iaitu dengan mendakwa bahawa Muhammad itu Allah SWT dan Allah SWT itu Muhammad. Di camping itu, ajaran ini mendakwa bahawa mahagurunya setaraf dengan Muhammad SAW kerana Muhammad SAW juga ialah makhluk. Dakwaan ini jelas dengan ucapan Hassan iaitu, "Bahawa kita tidak perlu beriman kepada Nabi Muhammad SAW sebab baginda manusia seperti kita juga, dan kita juga boleh mengatasinya".B Hassan sendiri telah menyatakan bahawa beliau sama kedudukannya dengan Muhammad SAW, malah lebih tinggi lagi maqamnya daripada maqam Muhammad SAW.
13
Panel penyelidik Majlis Agama Islam Kelantan, Op.Cit.,hlm4
73
Jurnal Penvelidikan Islam
Dengan dakwaan seperti ini, maka ajaran tersebut telah menafikan keterangan Allah SWT yang telah menegaskan bahawa Nabi Muhammad SAW ialah penyudah sekalian nabi yang diutuskan ke alam ini. Firman-Nya:
,
, "1it
cle
L.
(Surah al-Ahzaab, ayat 40) Terj emahan: Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi is adalah Rasul Allah SWT dan kesudahan segala nabi-nabi. Dan ( Ingatlah Allah SWT adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu). Dengan menafikan kenabian Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul, maka ajaran Hassan Anak Rimau juga termasuk dalam kumpulan ajaran sesat yang tidak mempercayai salah satu daripada rukun iman. Seseorang Islam yang beriktikad demikian; iaitu menafikan rukun iman ini, akan terlibat dengan amalan-amalan yang membatalkan iman. Pada scat itu, mereka tidak lagi dikira sebagai Muslim. Ajaran Hassan Anak Rimau juga menafikan kewujudan malaikat yang menjadi salah satu rukun iman yang enam. Ia membawa perkara yang bertentangan dengan akidah lslamiah iaitu tidak mempercayai kewujudan para malaikat yang dijadikan Allah SWT. Mereka yang terlibat dengan ajaran ini, secara jelas tidak beriman dengan malaikat. Dengan itu jelaslah bahawa kepercayaan demikian boleh memesongkan akidah kepada mempercayai rukun iman yang merupakan hukum yang thabit di sisi hukum agama. Apa yang lebih jelas lagi bahawa seseorang Muslim yang
74
Ajaran Sesat Hassan Anak Rimau: Satu Sorotan
beranggapan dan berkepercayaan demikian telah menjatuhkan diri mereka ke lembah syirik dan kufur. Menolak atau mendakwa bahawa dosa boleh dihapuskan hanya dengan cara dimandikan oleh orang tertentu yang dianggap mahaguru ialah sato konsep atau kepercayaan yang salah terhadap Islam. Kepercayaan dan amalan seperti ini meletakkan seseorang yang terlibat mempunyai kekuasaan yang setaraf dengan Allah SWT yang boleh mengampunkan segala dosa hambaNya. Dakwaan ini menggambarkan sikap takbur seseorang hamba terhadap penciptanya iaitu Allah SWT. Kepercayaan ini menyebabkan mereka terlibat dengan perbuatan syirik. Perbuatan syirik tidak diampunkan oleh Allah SWT seperti amaran yang telah dijelaskan dalam firman-Nya:
.;.154 *j/ -LT c..)1
t:31 Lrc--fir ci-77) (Surah An-Nisaa, ayat 48) Terjemahan: Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya is telah melakukan dosa yang besar.
75
✓urnal Penyelidikan Islam
Ajaran Hassan Anak Rima0 juga menafikan berlakunya hari kiamat dengan membuat dakwaan bahawa Allah SWT tidak bodoh hendak memusnahkan sesuatu selepas dijadikannya.15 Beliau ada mengeluarkan kenyataan yang menyentuh pegangan tentang kiamat, katanya, "Bahawa kiamat tidak akan berlaku, sebab Allah SWT tidak bodoh hendak memusnahkan sesuatu selepas dijadikan".'' Katanya lagi, "Dunia dan akhirat adalah diri kita sendiri; dunia adalah anggota lahir, dan akhirat adalah semua anggota bahagian dalam tubuh manusia. Bila seseorang anak Adam hendak mati, Allah SWT datang bersalam dengannya". Ajaran tersebut mendakwa bahawa Hassan telah mikraj ke langit sebanyak tujuh kali. Antara dakwaannya iala, "Bahawasanya beliau telah mikraj ke langit sebanyak tujuh kali dan beliau `duduk' di alas `Arasy, satu pemberian Tuhan yang tidak dikurniakan kepada orang lain, selain daripadanya". )akm aan Hassan bahawa dia telah duduk di atas Arasy semasa ittikraj ke langit itu ialah sesuatu yang mustahil mengikut apa yang clifahamkan oleh nas-nas agama, kerana `arasy itu adalah untuk dinisbahkan kepada Tuhan, bukan dinisbahkan kepada makhluk. rmati-Nya: 1
Ibu Pejabat Polis Di Raja Malaysia, Daerah Tanah Merah, Kelantan, OP. Cit., Peja bat Penyelia Agama Kerajaan Kelantan (1979), Pengakuan Dari 3ebt- "apa Orang Pengikut ajaran Hassan Anak Rimau, bertarikh 5. LC 79, [Imam Besar Masjid Pasir Putehlm PP. Ruj. no. 10/79, Kelantan]. ='ejab at Penyelia Agama Kerajaan Kelantan, Op. Cit.
76
Ajaran Sesat Hassan Anak R mau: Satu Sorotan
it Z
.w
,;
:iC.1 19.1,
%)I1 414
ct; CAJ j l
- Jo
* -'1 L541
(7) (Surah al-Baciarah, ayat 255) Terjemahan: Allah SWT, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selamalamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa'at (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah SWT melainkan apa yang Allah SWT kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah SWT (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah
77
Jurnal Penyelidikan Islam
SWT menjaga serta memelihara keduanya.'7 Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemulian-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya). Penyelewengan Terhadap Ibadah Fardu Dalam keghairahan untuk menarik kepercayaan dan perhatian orang ramai terhadap ajaran yang dibawa, Hassan bin Yaakob telah memperkenalkan bentuk-bentuk ibadat tertentu bertujuan untuk menarik minat pengikut-pengikutnya kerana didakwa ia lebih benar, mudah, dan ringkas daripada apa yang telah ditetapkan oleh syarak; iaitu seperti ibadat-ibadat yang diterima dan diamalkan oleh seluruh umat Islam dari dahulu hingga kini. Melalui anal isis ini, didapati ajaran Tarekat Zikrullah Hassan Anak Rimau menamakan ibadat sembahyang dengan nama sembahyang hakikat'. Sembahyang hakikat ini dilakukan dengan cara hanya memejamkan mata dan bemiat. Mengikut ajaran ini lagi, sembahyang boleh dilakukan awal sedikit iaitu sebelum masuk waktu sekadar satu dua minit jika mustahak. Untuk menunjukkan keangkuhannya, Hassan mendakwa bahawa hukum kefarduan sembahyang, puasa, zakat, dan haji ialah ciptaan pemerintah, ia tiada kena mengena dengan Tuhan. Pada satu ketika yang lain, Hassan juga turut mendakwa bahawa sembahyang Jumaat tidak wajib dan seterusnya mendakwa sembahyang lima waktu juga tidak wajib.'8 Untuk menaikkan imej ajarannya, Hassan membuat dakwaan bahawa ajaran Islam yang diajar oleh guru-guru atau ustaz-ustaz lain selain dia hanya ajaran kulit sahaja.' Selain menyelewengkan ibadat sembahyang, ajaran sesat yang disebarkan oleh Hassan Anak Rimau turut memesongkan ibadat
17 Yakni langit dan bumf serta seisinya. 18 Panel Penyelidik Majlis Ugama Islam Kelantan, Op. Cit, him 1113. 19 Ibid.. hlm 15-17.
78
Ajaran Sesat Hassan Anak Rimau: Satu Sorotan
zakat yang difardukan oleh Allah SWT kepada umat Islam dengan mengadakan amalan-amalan yang berbeza daripada yang dituntut oleh syarak. Penyelewengan ini dilakukan baik dari segi pengertian mahupun dari segi amalan. Dia mendakwa bahawa amalan zakat sebenarnya hanya memberitahu atau bersyarah kepada orang ramai sahaj a, sedangkan zakat mengikut syarak ialah orang Islam perlu mengeluarkan sebahagian daripada harta benda yang dimiliki apabila mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. Ibadat haji yang menjadi rukun Islam yang kelima juga tidak sunyi dari diselewengkan oleh mereka yang membawa ajaran sesat ini. Antara penyelewengan yang dilakukan terhadap ibadat haji ialah dakwaan Hassan Anak Rimau bahawa ibadat haji tidak perlu pergi ke Mekah, memadailah dengan mengerjakannya di negeri sendiri; iaitu hanya memakai niat di dalam hati sahaja. Lagi pun ibadat haji tidak wajib dikerjakan kerana is sudah ada pada diri kita. Ibadat haji tidak perlu ditunaikan secara fizikal, tetapi memadai dilakukan secara niat.20 Mengkafirkan Orang Islam Oleh sebab mahu mempertahan dan memperhebat ajaran yang dibawa di mata pengikutnya, Hassan Anak Rimau mendakwa bahawa di dalam persekutuan ini (negara Malaysia) tidak ada orang Islam selain daripada pengikutnya sahaja. Ajaran ini juga mendakwa bahawa tidak sah keislaman seseorang Muslim kalau tidak diislamkan oleh guru ajaran ini. Selain itu, dia juga mendakwa perkahwinan ahli mereka dengan orang yang bukan mengikut ajaran ini tidak sah kerana mereka belum Islam lagi. Pasangan suami isteri yang baharu memasuki kumpulan ajaran ini mestilah dikahwinkan semula oleh Tok Guru secara batin. Sementara itu, Hassan Anak Rimau dengan berani mengakui,
20 Panel Penyelidik Majlis Agama Islam Kelantan, Op. Cit, hlm 1619.
79
Jurnal Penyelidikan Islam
"Bahawa anak kunci Syurga berada di tangannya sahaja (bermakna bahawa siapa yang hendak masuk Syurga mestilah menjadi murid Hassan Anak Rimau)".2' Ajaran yang jauh terpesong dari landasan agama Islam yang sebenar ini telah meletakkan ajaran dan martabat gurunya di tempat yang amat tinggi, mengatasi ketinggian agama Islam yang diturunkan oleh Allah SWT melalui junjungan besar, Nabi Muhammad SAW sebagai agama anutan manusia sejagat. Hanya Islam sahajalah agama yang diredai-Nya sampai ke hari kiamat." Jelaslah ajaran Hassan Anak Rimau ini tidak bertunjang kepada asas-asas yang kukuh dan benar seperti al-Quran, Hadis, ijmak dan kias yang merupakan sumber utama yang menentukan benar atau salahnya sesuatu perkara itu. Oleh itu temyatalah bahawa ajaran yang diajar dan disebarkan oleh Hassan bin Yaakob ini jauh terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar. Penutup Seseorang Muslim boleh terbatal akidahnya dan menjadi murtad melalui percakapan, apabila dia mengakui dirinya kafir, atau menafikan Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Esa. Begitu juga jika mengakui ada tuhan yang lain selain Allah SWT, atau menafikan salah satu daripada sifat Allah SWT; seperti mendakwa Allah SWT mempunyai anak atau mendakwa dirinya setaraf dengan Allah SWT atau mendakwa dirinya menjadi nabi, atau membenarkan orang lain mendakwa dirinya menjadi nabi, atau menafikan kewujudan para nabi atau malaikat, atau menafikan alQuran atau kandungannya. Oleh sebab banyak penyelewengan terhadap akidah dan juga ayatayat al-Quran serta hukum-hukum syarak yang ditaklifkan yang
21 Unit Penyelidikan Islam, JAKIM, Op. Cit. 22 Perkara ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Antaranya Surah Ali Imran, ayat 85.
80
Ajaran Sesat Hassan Anak Rimau: Satu Sorotan
terdapat dalam ajaran Tarekat Zikrullah Hassan Anak Rimau ini, maka ini bermakna seseorang yang menganuti dan mengamalkan ajaran ini telah murtad dan terkeluar daripada Islam. Dengan melakukan penyelewengan tersebut, maka ternyata ajaran ini telah membuat pelbagai dakwaan yang palsu dan dusta terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya.
81
Jurnal Penyelidikan Islam
Rujukan Abdullah Basmeih (Sheikh), Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Kuala Lumpur: Darul Fikir Catatan Bancian Bagi Tahun 1991, Jabatan Tanah Dan Perangkaan Negeri Kelantan. Fail (29 April 1980), Kota Bharu: Pejabat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Fail (30 September 1992), Kota Bharu: Mahkamah Kadi Jajahan Tanah Merah, Kelantan. Fail Pengakuan Dari Beberapa Orang Pengikut Ajaran Hassan Anak Rimau (1979), Pejabat Penyelia Agama Kerajaan Kelantan. Haji Muhammad bin Haji Ya (1990) Fail Laporan Penyebaran Tariqat Zikrullah Hassan Anak Rimau Di Kampar, Perak, Kuala Lumpur: Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Mohd. Ramzi Omar (1995), Ajaran Sesat Satu Ancaman: Terhadap Negara, Kuala Lumpur: Kor Agama Angkatan Tentera. Shams al-Din Muhammad bin Abi Bakr bin Qayyim al-Jauziyyah (1982), Tariq al-Hijratayn Wa Bab al-Sa'datayn, Beirut.
82