GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 KEPADA PELAJAR DAN IPT
GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA 2015 1.
PENDAHULUAN Pada 10 Oktober 2014, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I di dalam pembentangan Bajet tahun 2015 telah meluluskan peruntukan sejumlah RM325 juta untuk pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M). Semua 1.3 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dijangka menerima manfaat daripada program ini.
2.
OBJEKTIF Pemberian BB1M 2015 adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini untuk memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
3.
KRITERIA KELAYAKAN Pelajar yang layak menerima BB1M 2015 ini mestilah memenuhi kriteria seperti berikut : a) Warganegara Malaysia; b) Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M 2015; c) Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada 31 Disember 2014. d) Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; e) Menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; dan f) Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa.
Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia 2015 Kepada Pelajar Dan IPT
2
4.
TEMPOH PELAKSANAAN BB1M 2015 ini sah diguna pakai sehingga 30 Jun 2015.
5.
KADAR Setiap pelajar yang layak akan menerima BB1M 2015 berjumlah RM250.
6.
TANGGUNGJAWAB JABATAN 6.1 Kementerian Pendidikan Malaysia a) Menyedia dan mengedar Surat Siaran dan Garis Panduan Pemberian BB1M tahun 2015; b) Mengemukakan enrolmen pelajar mengikut IPT kepada Kementerian Kewangan dan Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) bagi tujuan cetakan BB1M 2015; c) Mengemukakan data pelajar yang layak mengikut IPT kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tujuan penyelarasan dengan BR1M tahun 2015; dan d) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pemberian BB1M 2015 mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
6.2 Agensi Penyelaras a) Mengemukakan data pelajar yang layak kepada Urus Setia BB1M 2015 di Bahagian Kewangan, KPM; i.
Keseluruhan IPT harus mengemukakan data pelajar yang layak selewat-lewatnya pada 10 Januari 2015. Pihak Urus Setia tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan pihak IPT mengemukakan data tersebut pada tempoh yang telah ditetapkan oleh KPM.
ii.
Data bagi pelajar yang berada atau meneruskan pengajian di IPT yang lain/bukan IPT yang asal, perlu dimasukkan dalam data IPT asal pelajar tersebut.
b) Memaklumkan kepada semua pelajar pelaksanaan pemberian BB1M 2015;
Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015
yang
layak
mengenai
3
c) Menyelaras pengagihan BB1M 2015 untuk semua sekolah/kolej/kampus/cawangan di negeri masing-masing (Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menyelaras pengagihan BB1M 2015 meliputi Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Swasta/Persendirian); d) Memastikan pelajar menandatangani Senarai Penerimaan/Penolakan BB1M 2015 seperti di Lampiran 1;
Akuan
e) Mengecop BB1M 2015 dengan cop rasmi IPT pada ruang yang telah ditetapkan; f) Memastikan pelajar mengisi pada ruangan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon pada setiap keping BB1M 2015 sebaik sahaja menerima BB1M 2015 tersebut; g) Menyimpan Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan BB1M 2015 dan buku keratan BB1M 2015 bagi tujuan penyemakan dan pengauditan; dan h) Melaporkan Ringkasan Akuan Penerimaan/Pengagihan BB1M 2015 seperti di Lampiran 2 kepada Urus Setia seperti di Jadual 1:
Jadual 1 PERINGKAT PENGAJIAN/ INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
AGENSI PENYELARAS
Kolej Matrikulasi
Bahagian Matrikulasi (BM)
Tingkatan 6
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Institut Pendidikan Guru (IPG)
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)
Kolej Vokasional Politeknik
Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Hospital Pengajar
Pejabat Bendahari/ Pejabat Kewangan IPTA
Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015
4
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Bahagian Governans IPTS (JPT)
Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kementerian lain/Kerajaan Negeri
Pejabat Kewangan Agensi
Kolej Komuniti
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
i) Agensi Penyelaras hendaklah mengumpul Ringkasan Akuan Penerimaan/Pengagihan BB1M 2015 di bawah tanggungjawab masing-masing dan mengemukakannya kepada Urus Setia BB1M 2015 di Bahagian Kewangan KPM sebelum 1 Ogos 2015; dan j) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan BB1M 2015 mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
7.
TATACARA PENYALURAN DAN PENEBUSAN BB1M 2015 Tatacara penyaluran dan penebusan BB1M 2015 adalah seperti berikut : 7.1 BB1M 2015 akan dicetak dan diedarkan terus oleh Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) kepada Agensi Penyelaras; 7.2 IPT bertanggungjawab membuat semakan ke atas BB1M 2015 yang diterima dan melaporkan terus kepada Urus Setia BB1M 2015 sekiranya berlaku ketidakcukupan BB1M 2015 yang diterima daripada pihak PNMB; 7.3 IPT perlu mengagihkan BB1M 2015 kepada pelajar selepas mendapat arahan daripada pihak KPM; 7.4 Pelajar perlu mengisi nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon dengan jelas pada BB1M 2015 semasa menuntut BB1M 2015 di IPT; 7.5 Pelajar juga perlu memastikan BB1M 2015 telah dicop dengan cop rasmi IPT berkenaan; 7.6 Pelajar perlu menggunakan BB1M 2015 di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini dengan mengemukakan BB1M 2015 dan kad pengenalan; 7.7 Pelajar hendaklah menggunakan kesemua BB1M 2015 bernilai RM250 untuk tujuan pembelian buku-buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah serta merangkumi segala jenis bahan bacaan yang memberi manfaat dan berkaitan dengan bidang pengajian pelajar sahaja;
Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015
5
7.8 Pembelian yang melebihi RM250 adalah di bawah tanggungan pelajar dan tuntutan tambahan tidak boleh dibuat kepada KPM; 7.9 BB1M 2015 tidak boleh dipindah milik, ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga; 7.10 Tempoh sah laku BB1M 2015 adalah enam (6) bulan sahaja sehingga 30 Jun 2015; dan 7.11 Pembelian e-book adalah dibenarkan kepada pelajar tetakluk kepada syarat asas di para 7.7.
8.
PELAJAR BERPINDAH ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI 8.1 Pihak IPT hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada IPT asal pelajar mengenai status pemberian BB1M 2015 bagi mengelakkan pertindihan agihan; dan 8.2 Pelajar yang telah berpindah ke IPT yang lain dan belum menerima BB1M 2015, hendaklah menuntut BB1M 2015 di IPT asal pelajar tersebut.
9.
KEROSAKAN 9.1
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI a) IPT perlu memastikan BB1M 2015 yang diterima berstatus baik; b) Sekiranya berlaku kerosakan pada BB1M 2015, pihak bertanggungjawab perlu memaklumkan kepada pihak Urus Setia BB1M 2015 dan mengemukakan BB1M 2015 tersebut dalam kadar yang segera bagi tujuan pencetakan semula BB1M 2015 oleh pihak PNMB; dan c) Kerosakan BB1M 2015 adalah seperti; I.
Nombor siri bertindih;
II.
Ketidaksempurnaan dalam pencetakan; dan
III.
Lain-lain kerosakan kepada memerlukan pencetakan semula.
Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015
BB1M
2015
yang
6
9.2
PELAJAR a) Pelajar hendaklah memastikan BB1M 2015 yang diterima daripada IPT masing-masing berada dalam keadaan yang baik; dan b) IPT dan KPM berhak untuk menolak sebarang tuntutan pengantian BB1M 2015 sekiranya berlaku sebarang kerosakan disebabkan kecuaian pelajar sendiri.
10.
KEHILANGAN/ KECURIAN BB1M 2015 10.1
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
a) Berikut merupakan tindakan yang perlu diambil oleh IPT sekiranya berlaku sebarang kehilangan atau kecurian BB1M 2015:
10.2
i.
IPT hendaklah membuat laporan polis dengan segera dalam tempoh masa 24 jam dari masa kehilangan/kecurian diketahui;
ii.
Mengemukakan laporan kehilangan/kecurian kepada Urus Setia BB1M 2015 beserta laporan polis dalam tempoh dua (2) hari dari masa kehilangan telah diketahui; dan
iii.
BB1M 2015 yang hilang dalam simpanan IPT tidak akan diganti dan pihak IPT perlu bertanggungjawab sepenuhnya.
PELAJAR
a) Sebarang kehilangan/kerosakan BB1M 2015 selepas pengagihan adalah di bawah tanggungjawab pelajar.
11.
KEKURANGAN/LEBIHAN BB1M 2015 11.1 Sekiranya berlaku lebihan BB1M 2015, IPT hendaklah mengembalikannya kepada Urus Setia BB1M 2015 melalui IPT masing-masing sebelum 30 Mei 2015.
Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015
7
12.
PENYALAHGUNAAN BB1M 2015 12.1 BB1M 2015 yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga; 12.2 Setiap pelajar hanya diperuntukan BB1M 2015 berjumlah RM250. Sebarang penebusan melebihi nilai BB1M 2015 yang diperuntukan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Pelajar yang menerima lebih daripada RM250 BB1M 2015 perlu memulangkan lebihan tersebut kepada IPT 12.3 Adalah menjadi tanggungjawab pihak IPT dan Penjual/Pekedai Buku untuk mematuhi tatacara dan prosedur dalam pelaksanaan pemberian BB1M 2015 bagi mengelakkan sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan; dan 12.4 Mana-mana pihak atau pelajar yang didapati menyalahgunakan BB1M 2015 ini boleh dikenakan tindakan senaraihitam dan tidak akan diberikan kemudahan dalam menyertai program BB1M pada masa hadapan.
13.
Garis panduan ini tertakluk kepada sebarang pindaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
14.
Garis Panduan ini akan berkuatkuasa sehingga garis panduan baru dikeluarkan pada tahun berikutnya.
Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015
8
15.
URUS SETIA BB1M 2015 15.1 Sebarang urusan surat-menyurat berkenaan BB1M 2015 hendaklah dialamatkan kepada: Urus Setia BB1M 2015 Bahagian Kewangan, Sektor Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 12, No. 2 Menara 2 Jalan P5/6, Presint 5 62200 Putrajaya. 15.2 Untuk pertanyaan lanjut, boleh melalui e-mel ke
[email protected] atau menghubungi pegawai-pegawai seperti berikut: a) Sektor Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS/Politeknik/Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kementerian/Kerajaan Negeri/Kolej Komuniti) i.
En. Mohd Redzuan bin Masnan No. Telefon : 03-88705334
ii.
Cik Nor Shafidatul Adila binti Abd Aziz No. Telefon : 03-88705339
iii.
En Wan Hazaman bin Wan Hassin No. Telefon : 03-88704363
iv.
Cik Norhidayah binti Rizuem No. Telefon : 03-88704361
b) Sektor Pelajaran (Sekolah/Kolej Matrikulasi/Kolej Vokasional/Institut Pendidikan Guru)
i.
Encik Mohd Yusof bin Rosli No. Telefon : 03-88847616
ii.
Puan Hasnah binti Ismail No. Telefon : 03-88847081
iii.
Norzilah binti Kadir No. Telefon : 03-88847081
Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015
9
LAMPIRAN 1 SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 (Borang ini dikemaskini dan disimpan oleh Institusi Pengajian Tinggi masing-masing)
NAMA INSTITUSI PENGAJIAN/SEKOLAH : ...................................................................... KOD INSTITUSI PENGAJIAN/SEKOLAH : ……………....................................................... ALAMAT : ........................................................................................................................................................................................... NO. TELEFON
: ………………...…..
JUMLAH BB1M 2015 DITERIMA : .........................................
NO FAKS
: .............................
JUMLAH BB1M 2015 DIAGIH
: .........................................
JUMLAH LEBIHAN / KURANGAN : ……………………….........
BIL
NAMA PELAJAR
NO. KAD PENGENALAN
MENERIMA / MENOLAK BB1M 2015
TARIKH TERIMA
Disediakan Oleh
:
Disahkan Oleh
:
Tandatangan Nama Jawatan Tarikh
: : : :
Tandatangan Nama Jawatan Tarikh
: : : :
NO SIRI BB1M 2015
TANDATANGAN
LAMPIRAN 2 RINGKASAN AKUAN PENERIMAAN/PENGAGIHAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 (Borang ini dikemaskini oleh Institusi Pengajian Tinggi dan dihantar kepada Agensi Penyelaras)
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI/ AGENSI PENYELARAS
:
ALAMAT
:
NO TELEFON
:
NO FAKSIMILI
:
BIL
INSTITUSI PENGAJIAN/ AGENSI PENYELARAS
BB1M 2015 DITERIMA
BB1M 2015 DIAGIH
JUMLAH KESELURUHAN
Disediakan Oleh Tandatangan Nama Jawatan Tarikh
:
Disahkan Oleh Tandatangan Nama Jawatan Tarikh
:
LEBIHAN / KURANGAN (NO SIRI)