GARIS PANDUAN TATACARA MENGENAKAN HUKUMAN DAN TINDAKAN KEPADA PELAJAR – PELAJAR OLEH : TN. SYED KHAIRUL AZWI SYED MOKHTAR 26 OKTOBER 2016 019 2796900
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERINTAH AM BAB A Peraturan peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib ) 1993 Bahagian 1 , perengan 3 ; “ Pegawai “ ertinya seseorang anggota awam persekutuan… Sebagai penjawat awam dalam bidang pendidikan .. Kita di gelar “Guru” “cikgu” “Pendidik”…
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA “Guru” Yang dimaksudkan dalam kontek tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan rendah, menengah dan tinggi termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisai dan penyeliaan pendidikan.
SUMBER RUJUKAN DISIPLIN
KUASA GURU BESAR/ PENGETUA
Perintah Am Bab A Lantikan dan kenaikan Pangkat • “ Ketua Jabatan” :bermakna Ketua Setiausaha kepada Kementerian. Ketuan Jabatan, Ketuan Sesuatu Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan
PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 TANGGUNGJAWAB GURU BESAR ATAS DISIPLIN PERATURAN 4 :
• Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guru – guru dan murid – murid sekolah.
ORDINAN PELAJARAN 1957 PERATURAN PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH )1959
PERATURAN 6: • Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari masa ke semasa , tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut, mewakilkan kuasa disiplin seklah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada muridmurid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu
AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN ( PENDIDIKAN WAJIB )2002 Tafsiran : 2 • “ guru besar atau pengetua ertinya seorang pegawai dalam perkhidmatan pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan atau seseorang yang dilantik oleh lembaga pengelola sekolah suatu sekolah swasta , untuk bertanggungjawab bagi pentadbiran atau pengurusan sesuatu sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 10/2001 Semua Guru adalah Guru Disiplin Surat Siaran KPM Bil 17/2015 Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape Di Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 14/2002 Pelaksanaan Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah 2003
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1983 Hukuman Terhadap Murid
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 14/2002 PELAKSANAAN PENDIDIKKAN WAJIB DI PERINGKAT RENDAH 2003 • Akta pendidikan 1996 telah dipinda dengan memasukkan seksyen 29A • (2) setiap ibubapa yang merupakan warganegara malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai enam tahun pada hari pertama bulan januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib • (4) ibubapa yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh , apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Peraturan 5 • (1) bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau manfaat : dengan syarat bahawa : • (a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan • (b)hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.
REKOD HUKUMAN • 1.Menyatakan salah laku • 2.Bilangan sebatan • 3.Bahagian anggota yang dirotan • 4.Nama dan tandatangan perotan • 5.Saksi semasa hukuman dijalankan
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 10/2001 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN • Keterangan : ramai guru menyerahkan masalah disiplin sekolah kepda guru tertentu atau menyerah kepada pengetua atau guru besar. • Rujukkan : perengan 2 ; semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengandisiplin pelajar : • i. surat pekeliling profesional kementerian pelajaran bil 8/1968 mengenai tatatertib di sekolah-sekolah pada perenggan 5 menyatakan “……..tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakkan dari tatatertib…. • ii. Surat pekeliling ikhtisas bil 5/1975 mengenai disiplin di sekolah, peraturan-peraturan sekolah untuk murid-murid pula menyatakan” ….. Oleh yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah…
LARANGAN ROKOK ELEKTRONIK ATAU VAPE • Langkah ini adalah untuk membendung pengaruh dan budaya tidak sihat tersebut khususnya dalam kalangan murid-nurid sekolah • Larangan ini termasuk perbuatan membawa, menghisap, mengedar, menjual, memiliki, menyimpan, mempamerkan, menyiarkan, menyebarkan atau mengiklankan rokok elektronik atau vape termasuk eliquid dan sebarang alatan yang berkaitan dengannya.
• Tindakan : pihak sekolah hendaklah memanggil ibu bapa penjaga murid untuk i Memaklumkan Kesalahan Murid ii Melengkapkan borang aku janji iii Menyerah kembali rokok elektronik atau vape yang dirampas kepada ibu bapa/penjaga murid berkenaan
HUKUMAN
PENDEKATAN PENDEKATAN DISIPLIN KONSEP DISIPLIN Pencegahan Didikan
MENGIMBANGI KONSEP DISIPLIN Sifat prihatin Penyayang
Pembetulan Hukuman
Simpati Empati
PERATURAN-PERATURAN (DISIPLIN SEKOLAH)1959 Hukuman yang boleh dikenakan: (a) Pembuangan
Seorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang menganggu berulang-ulang kali dan didapati tidak berubah selepas tindakkan memulihnya diambil oleh guru besar atau tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada murid-murid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari sekolah
(b) Pengantungan Merupakan satu arahab di mana seseorang muird itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah atau menikmati sesuatu kemudahan sekolah.pengantungan bersifat sementara dalam jangka masa yang berpatutan. Dalam keadaan di mana seseorang murid itu berkelakuan liar dan menganggu sehingga perlu id diasingkan dari sekolah manakala menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapinya, Guru Besar boleh mengarahkan pengantungan murid tersebut
LAIN-LAIN HUKUMAN BIASA 1. Hukuman Dera (corporal punishment )
Rujuk peraturan 5
2. Penahanan ( detention )
-tujuan : untuk mengawal tingkahlaku murid pada masa akan datang diharap dapat dipngaruhi dan dibaiki dengan cara menafikan dari menikmati dan mengunakan masa lapang -arahan : penahanan tentukan masa dan jumlah jam -aktiviti : sesuatu yang berfaedah dan membina.
3. Denda
-Teliti dengan kemampuan murid untuk membayar denda -Sejajar dengan wang saku murid dan amat penting tidak dibayar oleh ibubapa tetapi oleh murid itu sendiri supaya ia boelh merasakan ia telah dihukum
4. Amaran
-Amaran ini sesuai setelah dipertimbangkan jenis salah laku dan kelakuan murid dan difikirkan kurang wajar untuk diambil hukuman yang lebih berat lagi.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 8/1983
• Mengenakan hukuman biasa terhadap muridmurid yang melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturanperaturan pelajaran
HUKUMAN YANG TIDAK SESUAI YANG MEMBAWA PELBAGAI IMPLIKASI-IMPLIKASI YANG TIDAK DIINGINI. • • • • •
Mengetuk/menyekel kepala murid Menampar Mencubit hingga lebam Memulas telinga Mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga • Mencela • Mendera seperti berlari keliling padang, menjemur atau menghukum murid secara berkumpulan atas alasan si pesalah enggan mengaku dan berbagai lagi.
HUKUMAN SEPATUTNYA…
BERSIFAT PENDIDIKAN
PERINTAH AM BAB D BAHAGIAN II ( TATAKELAKUAN ) • Perenggan 4 ( 2 ) Seseorang pegawai tidak boleh – (d)Berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; (e)Kurang cekap dan kurang berusaha ; (f)Tidak jujur da tidak amanah; (g)Tidak bertanggungjawab (I)Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah dan (J)Cuai dalam melaksanakan tugas.
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA • Kami,guru guru Malaysia,yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedar betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaianhasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi,kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
TANGGUNJAWAB TERHADAP PELAJAR 1. 2.
3. 4.
5. 6.
Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar dari hal-hal lain Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,mental,emosi,politik,keturunan atau agama. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhk mengetahui. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberi contoh yang baik kepada para pelajar Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,penyelidikan,lawatan,dan menghadiri kursus ikhtisas,persidangan, mesyuarat, tau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setingi-tingginya…
SEKIAN…TERIMA KASIH
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS