GARIS PANDUAN KELAB KEWANGAN PELAJAR SEKOLAH 1.
Nama kelab
2.
Matlamat KKPS
:
Kelab Kewangan Pelajar Sekolah (KKPS)
Mendidik pelajar supaya berkelakuan tertib, beretika dan bermoral tinggi, bersifat jujur dan amanah dalam segala urusan kewangan. Mengetahui selok-belok urusan institusi kewangan.
Mengamalkan tabiat suka menabung dengan cara yang lebih
sistematik, berbelanja dengan bijak dan tidak boros. 3.
Objektif KKPS Objektif KKPS hendaklah: 3.1
Menjadikan pelajar-pelajar sebagai penyebar maklumat kepada masyarakat mengenai pendidikan menabung dan perkara-perkara yang berkaitan dengan etika kewangan dan nilai moral yang murni.
3.2
Memberi pengetahuan, kefahaman dan kepekaan pelajar-pelajar sekolah mengenai sektor kewangan dan ekonomi negara.
3.3
Memberi peluang kepada pelajar-pelajar mempraktikkan pengetahuan dalam bidang kewangan yang diperolehi melalui pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.
3.4
Mewujudkan kerjasama dan perkongsian pintar di antara sektor kewangan dengan institusi pendidikan melalui Program Sekolah Angkat.
3.5
Membantu pelajar-pelajar dalam pengurusan kewangan dan bukan kewangan seperti penggunaan sumber-sumber dan peralatan sekolah.
3.6 4.
Menjadikan institusi kewangan sebagai bank angkat kepada Kelab ini.
Dasar penubuhan Kelab Kewangan Pelajar Sekolah (KKPS) 4.1
Penubuhan KKPS adalah tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 di bawah perkara penubuhan persatuan sekolah.
Page 1 of 1
4.2
Institusi yang terlibat dengan KKPS ialah:a.
Kementerian Pendidikan Malaysia;
b.
Urus Setia Perancangan Kewangan dan Tabungan di Bank Negara Malaysia;
5.
c.
Jabatan-jabatan pendidikan negeri;
d.
Institusi-institusi kewangan (seperti di lampiran); dan
e.
Persatuan ibu bapa dan guru di sekolah
Keahlian Kelab Kewangan Pelajar Sekolah 5.1
Pelajar-pelajar Peralihan hingga Tingkatan VI di sekolah-sekolah menengah.
5.2
Pelajar-pelajar Tahap 2 (Tahun IV hingga VI) di sekolah-sekolah rendah.
5.3
Dari segi keahlian semua pelajar adalah dibenarkan menjadi ahli Kelab, walau bagaimanapun pelajar-pelajar Tahap 1 (Tahun I hingga Tahun III) adalah ahli yang tidak mempunyai kuasa mengundi (non-voting member).
5.4
Setiap pelajar yang hendak menjadi ahli Kelab wajib membuka akaun tabungan dengan institusi kewangan yang terlibat dalam Program Sekolah Angkat.
6.
Pengurusan Kelab Kewangan Pelajar Sekolah hendaklah:6.1
Diawasi oleh sekurang-kurangnya seorang guru pembimbing.
6.2
Di antara tanggungjawab guru pembimbing ialah:a.
Menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh para pelajar yang akan menolong merancang dan mengurus aktivtiti Kelab.
b.
Membimbing melaksanakan
jawatankuasa
Kelab,
aktiviti-aktiviti
mempertingkatkan minat pelajar.
merancang,
yang
dapat
merangka memupuk
dan dan
Sehubungan dengan ini, guru
pembimbing seharusnya mempunyai pengetahuan yang diperlukan. c.
Mendapatkan sokongan institusi kewangan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian.
Page 2 of 2
d.
Membantu mengenalpasti masalah Kelab, menganalisa dan seterusnya mencari langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
e.
Hadir dalam semua perjumpaan dan aktiviti yang diadakan oleh Kelab.
f.
Memupuk keyakinan diri dan kesungguhan di kalangan ahli Kelab dalam usaha meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan kewangan di kalangan pelajar.
g. 6.3
Menyediakan penyata kewangan di akhir tahun.
Untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan guru pembimbing perlu didedahkan kepada pengetahuan seperti berikut:a.
Konsep dan falsafah kewangan dan tabungan.
b.
Sistem kewangan dan perbankan yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.
c.
Pengurusan Kelab Kewangan Pelajar Sekolah.
d.
Lain-lain kemahiran berkaitan dengan pengurusan kewangan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
6.4
Sebuah jawatankuasa hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada:Penasihat
:
Pengetua/Guru Besar
Pembimbing Kelab
:
Guru Pembimbing/ Wakil-wakil institusi kewangan/ PIBG
Pengerusi
:
Pelajar
Naib Pengerusi
:
Pelajar
Setiausaha
:
Pelajar
Penolong Setiausaha
:
Pelajar
Bendahari
:
Pelajar
Ahli Jawatankuasa
:
5 orang pelajar
Ahli-ahli
:
Pelajar
Juruaudit
:
Wakil Institusi Kewangan/
Page 3 of 3
Pelajar a.
Ahli Jawatankuasa perlu dibimbing dan dilatih untuk membolehkan mereka memainkan peranan penyeliaan dan membantu guru dalam kerja-kerja pengurusan Kelab.
b.
Pengiktirafan
tanggungjawab
dan
peranan
ahli
jawatankuasa
hendaklah diberi oleh pihak sekolah sebagai insentif kepada mereka. 6.5
Sebarang kutipan kewangan termasuk yuran keahlian Kelab hendaklah mendapat persetujuan Pengetua/Guru Besar dan kelulusan dari Pengarah Pendidikan Negeri.
6.6
Aktiviti:Aktiviti-aktiviti latihan adalah berasaskan kepada peningkatan minat pelajar untuk memperbaiki cara menguruskan kewangan seperti menabung, melabur dan sebagainya. Di antara kegiatan yang boleh dijalankan ialah:-
6.7
a.
Sudut Tabungan/Pelaburan
b.
Bank Sekolah
c.
Hari Tabungan
d.
Pertandingan Menabung
e.
Lawatan ke Institusi Kewangan
f.
Program perkhemahan mengenai pengurusan matawang
g.
Bengkel Penggunaan Buku Wang Saku
h.
Lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai dari semasa ke semasa.
Pelaksanaan:a.
Jawatankuasa
Kelab
perlulah
mendapatkan
kelulusan
merancang
daripada
aktiviti
Pengetua/Guru
tahunan Besar
dan
sebelum
menjalankannya. b.
Sebagai
gerak
kerja
kokurikulum,
hendaklah di luar jadual waktu sekolah.
Page 4 of 4
waktu
melaksanakan
aktiviti
c.
Aktiviti latihan yang dijalankan hendaklah bergantung kepada program sekolah yang sedia ada.
d.
Jika aktiviti tersebut dijalankan di luar sekolah, semua peraturan yang berkaitan hendaklah dipatuhi.
e.
Mesyuarat Agung hendaklah diadakan setiap tahun.
f.
Institusi kewangan yang diagihkan hendaklah melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti kelab kewangan.
g.
Pemantauan perjalanan Kelab perlu dilakukan oleh Pengetua/Guru Besar.
h.
Segala aktiviti yang dianjurkan oleh ahli Kelab akan dibiayai oleh ahliahli Kelab tersebut.
i.
Aktiviti Kelab yang dianjurkan oleh Kelab tersebut akan dibiayai oleh institusi kewangan berkenaan.
j.
Pihak
sekolah
hendaklah
menyediakan
laporan
tahunan
kepada
jabatan pendidikan negeri/pejabat pendidikan daerah.
7.
Kebajikan Pelajar Kepentingan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar hendaklah sentiasa diambilkira
dan
diutamakan
dalam
menjalankan
sebarang
kegiatan
Kelab,
umpamanya:a.
Pemilihan tempat aktiviti, perjalanan pelajar mesti dengan pengetahuan dan kebenaran Pengetua/Guru Besar.
b.
Kebenaran dan persetujuan bertulis dari ibu bapa/penjaga pelajar untuk mengikuti aktiviti.
Page 5 of 5
c.
Aktiviti yang dijalankan tidak mengganggu proses pengajaran-pembelajaran di kelas.
d.
Perlindungan insuran selain yang sedia ada diperlukan untuk pelajar semasa menjalankan aktiviti di luar sekolah yang dianjur oleh institusi kewangan berkaitan.
Bank-bank Perdagangan 1.
Affin Bank Berhad
2.
Alliance Bank Berhad
3.
AmBank Berhad
4.
Bumiputra-Commerce Bank Berhad
5.
EON Bank Berhad
6.
Hong Leong Bank Berhad
7.
Malayan Banking Berhad
8.
Public Bank Berhad
9.
RHB Bank Berhad
10.
Southern Bank Berhad
Bank-bank Islam 1.
Bank Islam Malaysia Berhad
2.
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Institusi Pembiayaan Pembangunan 1.
Bank Pertanian Malaysia Berhad
Institusi Tabungan 1.
Bank Rakyat
2.
Bank Simpanan Nasional
Syarikat Kewangan 1.
AFFIN-ACF Finance Berhad
2.
Alliance Finance Berhad
3.
AmFinance Berhad
4.
Bumiputra-Commerce Finance Berhad
Page 6 of 6
5.
EON Finance Berhad
6.
Hong Leong Finance Berhad
7.
Kewangan Bersatu Berhad
8.
Mayban Finance Berhad
9.
Public Finance Berhad
10.
RHB Delta Finance Berhad
11.
Southern Finance Berhad
Perniagaan Insurans Hayat 1.
AMAL Assurance Berhad
2.
Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
3.
Asia Life (Malaysai) Berhad
4.
EON CMG Life Assurance Berhad
5.
Great Eastern Life Assurance (Malaysia)Berhad
6.
John Hancock Life Insurance (Malaysia) Berhad
7.
Mayban Life Assurance Berhad
Perniagaan Insurans Hayat dan Am 1.
AmAssurance Berhad
2.
American International Assurance Company Ltd.
3.
Hong Leong Assurance Berhad
4.
ING Insurance Berhad
5.
MCIS Zurich Insurance Berhad
6.
Malaysia National Insurance Berhad
7.
Malaysian Assurance Alliance Berhad
8.
Prudential Assurance Malaysia Berhad
9.
Tahan Insurance Malaysia Berhad
Pengendali Takaful 1.
Takaful Nasional Sdn. Bhd.
Page 7 of 7