GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM
No. Isu
No. Semakan
Tarikh Kuatkuasa
01
00
01/01/2015
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM
KANDUNGAN PERKARA
Muka surat
1.0
BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN)
3
2.0
BAHAGIAN 2 (PENILAIAN)
7
3.0
BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN)
7
4.0
BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN)
8
5.0
BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN)
9
6.0
BAHAGIAN 6 (PERANAN)
10
7.0
BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR)
11
DOKUMEN INI ADALAH DOKUMEN TERKAWAL. PENYALINAN TANPA KEBENARAN BERTULIS PENGURUSAN UKM ADALAH TIDAK DIBENARKAN
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM 1.
BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN)
1.1.
Pengenalan Dana Top Down UKM telah diperkenalkan dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Bil. 6/2014 bertarikh 8 April 2014.
1.2.
Objektif Tujuan geran ini adalah untuk menggalakkan penyelidik menjalankan penyelidikan bersifat multidisiplin yang memberikan impak kepada UKM, wilayah dan negara.
1.3.
Kategori Dana ini terbahagi kepada empat (4) kategori iaitu: i. Tindakan dan Strategik ii. Industri dan Komuniti iii. Akal Budi Melayu iv. Multidisplin & Multi Stakeholder (Pemegang Taruh)
1.4.
Syarat Permohonan 1.4.1. Geran ini terbuka kepada semua kakitangan akademik UKM. 1.4.2. Keutamaan diberikan kepada penyelidikan yang merentas disiplin
1.5.
Tempoh Penyelidikan Jangka masa projek tidak melebihi dua (2) tahun.
1.6.
Tatacara Permohonan 1.6.1. Pemohon perlu mengemukakan kertas konsep mengikut format yang telah ditetapkan kepada Naib Canselor UKM. Format adalah seperti di Lampiran A; 1.6.2. Permohonan yang diperakukan oleh Naib Canselor perlu mengisi proposal penuh melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) – www.ukm.my/smpu_v2; 1.6.3. Jawatankuasa Penilai yang dilantik oleh Universiti akan mempertimbangkan permohonan yang telah diperakukan.
Page 3 of 12
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM 1.7.
Peraturan Perbelanjaan 1.7.1. Vot 11000 (Upah dan Elaun)
Melantik Pembantu Penyelidik (RA) atau Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh UKM. Pelantikan ini diuruskan oleh CRIM. 1.7.2. Vot 21000 (Perjalanan dan Pengangkutan)
i. ii.
iii.
Perbelanjaan merangkumi semua perjalanan dan pengangkutan dalam negara yang berkaitan dengan projek. Perjalanan ke luar negara perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah:a) Perjalanan ke luar negara dibenarkan tertakluk kepada kecukupan geran yang telah dipohon. Hanya ketua penyelidik dan ahli sahaja yang dibenarkan bagi tujuan tersebut. Pembantu penyelidik dan Pembantu Penyelidik Siswazah hanya dibenarkan untuk mengikuti persidangan, seminar atau bengkel yang berkaitan dengan penyelidikan mereka di dalam negara sahaja. b) Perjalanan ke luar negara untuk tujuan menghadiri persidangan adalah tertakluk kepada Garis Panduan Menghadiri Persidangan c) Untuk menghadiri persidangan dan lain-lain aktiviti selain kerja lapangan, sebanyak 20% dari jumlah peruntukan projek dibenarkan. Jumlah perbelanjaan untuk perjalanan tidak boleh melebihi 40 peratus (40%) daripada jumlah keseluruhan projek.
1.7.3. Vot 24000 (Sewaan)
Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan. 1.7.4. Vot 27000 (Bekalan dan Bahan Penyelidikan)
Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja yang dibenarkan. 1.7.5. Vot 28000 (Baik Pulih Kecil dan Ubahsuai)
Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan pengubahsuaian yang kecil terhadap bangunan, makmal, peralatan atau lain-lain barang yang
Page 4 of 12
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM berkaitan dengan penyelidikan dibenarkan. Kos penyelenggaraan peralatan sedia ada semasa projek dilaksanakan adalah dibenarkan. Selepas projek selesai kos penyelenggaraan ini tidak akan ditanggung lagi oleh geran ini. 1.7.6. Vot 29000 (Perkhidmatan Ikhtisas)
Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti, honorarium, perkhidmatan profesional, konsultansi, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan projek penyelidikan. (Perkhidmatan Khas / Belanja Pakai Habis) Perbelanjaan perkhidmatan khas merangkumi kos menghadiri kursus, program sangkutan jangka pendek (sekali (1) sahaja) untuk mempelajari teknik - teknik khusus yang berkaitan dengan projek penyelidikan. Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi tiga (3) bulan. Jumlah perbelanjaan tidak melebihi 10% daripada jumlah keseluruhan geran. 1.7.7. Vot 35000 (Aksesori dan Peralatan)
Pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan projek penyelidikan sahaja. Senaraikan jenis peralatan dan justifikasi permohonan. Jumlah yang dipohon tidak melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan geran. Pembelian aset/inventori perlu mengikut prosedur universiti dan dilaksanakan dengan teratur. Setiap aset/inventori perlu dikawal dengan baik dari segi rekod dan dilabel Hak Kerajaan Malaysia dan No. Siri Pendaftaran. Setiap aset perlu dikembalikan kepada pihak CRIM setelah selesai projek penyelidikan tersebut atau penyelidik cuti belajar. Ini termasuklah laptop, kamera, ipad, smartphone, printer, projector serta lain‐lain peralatan penyelidikan.
Page 5 of 12
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM
1.8.
Hasil Penyelidikan 1.8.1. Penerbitan Penyelidik perlu menghasilkan penerbitan mengikut jumlah peruntukan yang telah diluluskan seperti berikut: i. RM10,000.00 – RM29,000.00, 1 jurnal terindeks SCOPUS/ERA ii. RM30,000.00 – RM49,000.00, 1 jurnal terindeks ISI WoS / 4 bab dalam buku / buku penyelidikan dari penerbit yang diiktiraf oleh universiti. iii. Setiap RM50,000.00, 1 jurnal Quartile 1 atau Quartile 2 (Impak faktor >=2.5) atau kertas Polisi atau Dasar yang diterima pakai di peringkat kebangsaan. Penghargaan kepada Universiti dan geran penyelidikan mestilah dinyatakan dengan jelas dalam setiap penerbitan. 1.8.2. Harta intelek dan Hasil Pengkomersilan
Proses pendaftaran harta intelek dan pengkomersilan perlu melalui Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK)
Page 6 of 12
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM
2. 2.1.
BAHAGIAN 2 (PENILAIAN)
Penilaian 2.1.1. Jawatankuasa
Penilai
yang
dilantik
oleh
Universiti
akan
mempertimbangkan permohonan yang telah diperakukan oleh Naib Canselor. 2.1.2. Hasil daripada penilaian tersebut akan dimajukan ke Jawatankuasa
Penilaian dan Penerbitan untuk kelulusan; 2.1.3. Keputusan adalah muktamad; 2.1.4. Carta alir adalah seperti di Bahagian 7 (muka surat 11)
3. 3.1.
BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN)
Pemakluman Keputusan 3.1.1. Keputusan permohonan projek Dana Top Down UKM akan dimaklumkan
kepada pemohon selepas kelulusan mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan. 3.1.2. Sekiranya lulus, surat kelulusan akan dikeluarkan kepada penyelidik.
Penyelidik perlu mengembalikan Surat Pengakuan Menjalankan Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK01-L01) kepada CRIM dengan salinan kepada Bahagian Kewangan Penyelidikan (BKP), Bendahari. 3.1.3. Sekiranya Penyelidik tidak mengembalikan Surat Pengakuan Menjalankan
Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK01-L01) kepada CRIM, penggunaan kewangan akan tertangguh.
Page 7 of 12
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM 4. 5.1.
BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN) 5.
Laporan Kemajuan Laporan kemajuan perlu dihantar seperti yang telah dijadualkan seperti berikut: Penghantaran Laporan Kemajuan Laporan Julai Januari / dari tarikh mula projek - Jun Januari Julai / dari tarikh mula projek - Disember Laporan kemajuan perlu menggunakan Borang Laporan Penilaian Prestasi dan Kemajuan Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-PK02-BO01) yang boleh dicapai di laman web CRIM (http://research.ukm.my)
5.2.
Laporan Akhir Laporan akhir perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tamat projek. Laporan akhir perlu menggunakan Borang Laporan Akhir Dana UP (UKMSPKP-CRIM-PK02-BO02) yang boleh dicapai di laman web CRIM (http://research.ukm.my)
Page 8 of 12
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM
6. 6.1.
BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN)
Ketua Projek Berhenti
Fakulti perlu memaklumkan kepada CRIM tentang ketua projek yang telah /akan berhenti perkhidmatan di UKM. Projek yang diluluskan akan terus kekal di F/I/P berkenaan dan tidak boleh dipindahkan ke F/I/P lain.
6.2.
Tambah Masa Tempoh Penyelidikan
Permohonan tambah masa boleh dipertimbangkan sekiranya projek masih aktif dan terdapat aktiviti yang masih belum tercapai. Permohonan perlu menggunakan Borang Permohonan Tambah Masa Projek Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK03-BO01). Syaratsyarat permohonan adalah: i. ii. iii. iv.
6.3.
Permohonan mestilah dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat projek. Permohonan tidak boleh melebihi dua (2) kali sahaja. Tempoh tambah masa maksimum adalah selama 6 bulan bagi setiap permohonan. Setiap permohonan perlulah disokong dengan Borang Laporan Penilaian Prestasi dan Kemajuan Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-PK02-BO01).
Kes Khas Pertimbangan dan pengecualian dalam kes-kes tertentu boleh diberikan berdasarkan keperluan Universiti.
Page 9 of 12
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM
7. 7.1.
BAHAGIAN 6 (PERANAN)
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM) Memaklumkan pelawaan permohonan geran penyelidikan kepada fakulti / institut / pusat. (jika ada); Menerima dan memproses permohonan yang dihantar dan di bawa ke sesi penilaian; Memaklumkan keputusan penilaian kepada Penyelidik; Membuat pemantauan terhadap kemajuan projek penyelidikan.
7.2.
FAKULTI / INSTITUT / PUSAT Memaklumkan kepada Penyelidik sebarang perubahan dan perkembangan terbaru mengenai geran penyelidikan di UKM; Merekod setiap kelulusan projek penyelidikan; Memaklumkan kepada CRIM berkaitan sebarang perubahan melibatkan projek penyelidikan/penyelidik.
7.3.
PENYELIDIK Meneliti garis panduan geran penyelidikan sebelum memohon; Memenuhi syarat-syarat permohonan seperti dikehendaki; Memastikan projek penyelidikan berjalan dengan efektif untuk mencapai objektif penyelidikan dan jejak kunci mengikut masa yang ditetapkan dengan jumlah peruntukan yang diberi; Mengemukakan laporan kemajuan penyelidikan setiap 6 bulan sekali dan menghantar laporan akhir selepas projek tamat.
Page 10 of 12
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM
8.
BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR) 9. Mula Permohonan kertas konsep penyelidikan kepada Naib Canselor Penilaian kertas konsep
Tidak
Peraku?
Ya Penyelidik mengisi proposal penuh penyelidikan di SMPU Penilaian Jawatankuasa Penilai Universiti Adakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan Maklum kepada penyelidik
Tidak Lulus?
Ya Menyediakan kod projek penyelidikan Maklum Keputusan Penilaian kepada Penyelidik dan BKP Daftar projek penyelidikan dalam SMPU Fail dan rekod Tamat
Page 11 of 12
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM
-TAMAT-
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 UKM BANGI SELANGOR NO. TEL: 03‐89213184/5102/5631/4679/4064 NO. FAKS: 03‐89254550 LAMAN SESAWANG: http://research.ukm.my
Page 12 of 12