FUNGSI PENERBIT UNIVERSITI Penerbit Universiti merupakan sebuah PTj yang berfungsi untuk menerbitkan bahan ilmiah, bahan umum, perkhidmatan reka letak, reka bentuk, percetakan, pemasaran dan penerbitan elektronik.
JENIS PENERBITAN UNIVERSITI Klasifikasi penerbitan Universiti adalah seperti berikut – 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Karya Asli; Karya Terjemahan; Karya Suntingan; Monograf; Penerbitan Jurnal; Penulisan Modul; dan Karya Kreatif dan Inovatif
Bidang fokus penerbitan Universiti adalah seperti berikut: 1.
Karya Kejuruteraan yang merangkumiKejuruteraan Pembuatan; Kejuruteraan Mekanikal; Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer; dan Kejuruteraan Elektrik.
2. 3. 4. 5.
Karya Teknologi Maklumat dan Komputer. Karya Keusahawanan dan Pengurusan Teknologi. Karya Pembangunan Insan. Karya Seni Kreatif dan Inovatif.
Setiap permohonan untuk manuskrip hendaklah disertakan dengan maklumat tertentu dengan mengisi borang penerimaan manuskrip. Bagi Penulis yang berminat dengan karya terjemahan, mereka hendaklah terlebih dahulu mengemukakan surat permohonan terjemahan terus kepada : Pengarah Penerbit Universiti Universiti Teknikal Malaysia Melaka Hang Tuah Jaya 76100 Durian Tunggal Melaka
Karya Asli 1.
Mengajukan permohonan kepada Penerbit Universiti dengan mengemukakan judul yang dicadangkan, senarai kandungan dan jadual perancangan penulisan. Maklumat ini diperlukan bagi membolehkan Penerbit Universiti membuat pemantauan dan mengelakkan berlaku pertindihan dengan judul lain yang ada dalam perancangan.
2.
Semua illustrasi seperti fotografi, gambar rajah, carta, graf, peta dan lukisan hendaklah diserahkan dalam warna hitam putih (kecuali dalam kes-kes tertentu) dan boleh dikemukakan secara berasingan daripada teks atau meletakkan terus di dalam teks. Sekiranya illustrasi berkenaan disediakan secara berasingan, dinasihatkan supaya setiap illustrasi berkenaan diberikan tajuk dan nombor di bahagian belakang. Tajuk dan nombor yang dicatatkan hendaklah sama dengan yang tercatat di dalam ruangnya yang terdapat di dalam halaman teks.
3.
Manuskrip yang diserahkan dengan menggunakan tulisan tangan TIDAK akan diterima.
4.
Penulis bertanggungjawab untuk mendapatkan izin hak cipta berkenaan sebarang maklumat dalam manuskrip asli, yang memerlukan izin hak cipta.
5.
Penulis akan dibayar royalti sebanyak 15 peratus untuk cetakan pertama (500 naskah), 17 peratus untuk cetakan kedua dan 19-20 peratus untuk cetakan ketiga. Penulis tidak dibayar upah menulis manuskrip berkenaan, sebaliknya itu dikira sebagai tanggungjawab Penulis dalam bidang penerbitan. Pembayaran royalti akan dibuat secara penuh kepada Penulis setelah manuskrip berkenaan selesai dicetak.
6.
Penghasilan karya asli yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti, akan diambil kira sebagai tujuan kenaikan pangkat dan Penunjuk Prestasi Utama [Key Performance Indicator (KPI)] terutamanya di kalangan staf akademik. Langkah ini bertujuan untuk memperbanyakkan jumlah penerbitan ilmiah oleh Universiti serta meningkatkan imej UTeM dalam penerbitan ilmiah.
CARTA ALIR PROSES PENERBITAN (110 hari = 3 bulan 20 hari)
PROSEDUR AWAL Penulis wajib menyerahkan manuskrip kepada JKPF untuk disahkan/diluluskan bagi tujuan penerbitan. JKPF dianggotai oleh: i. Pengerusi, Dekan yang dilantik oleh mesyuarat JKTSPIHI; ii. Setiausaha, Staf akademik dilantik/Penolong Pendaftar; dan iii. Pensyarah Kanan (sekurang-kurangnya 3 orang) termasuk seorang wakil JKPU. Setelah selesai diperingkat JKPF, Setiausaha JKPF akan membawa manuskrip kepada Jawatankuasa Penerbitan (JKP), seterusnya akan dibawa ke Mesyuarat JKPU.
AJK JKPF FTMK • • • • • •
PROFESOR MADYA DR FAAIZAH BINTI SHAHBODIN PROFESOR MADYA DR SAZILAH BINTI SALAM DR. SABRINA BINTI AHMAD ENCIK NOR AZMAN BIN ABU DR. NORZIHANI BINTI YUSOF DR. NURUL AKMAR BINTI EMRAN
Karya Terjemahan 1.
Setiap permohonan terjemahan, Penulis hendaklah menyertakan halaman judul, halaman hak cipta dan halaman kandungan buku asal kepada Penerbit Universiti.
2.
Penilaian keperluan judul terjemahan berkenaan mesti disertakan bersama-sama dengan permohonan terjemahan. Penterjemahan itu sama ada dibuat oleh pihak fakulti atau pihak lain melalui Penerbit Universiti.
3.
Antara maklumat yang diperlukan adalah: Bahasa Sumber dan Bahasa Sasaran; Justifikasi kepada terjemahan iaitu: i.Jumlah Perkataan; dan ii.Jenis Teks [Umum atau Khusus (Teknikal)]. Unjuran Kebolehpasaran Karya Terjemahan.
4.
Penerbit Universiti akan mengusulkan cadangan dan justifikasi judul terjemahan ke JKTSHEA. Setelah mendapat kelulusan, Penerbit Universiti bertanggungjawab mendapatkan izin menterjemah dan hak cipta penerbitan daripada penerbit asal.
5.
Bayaran hak cipta terjemahan kepada penerbit asal akan diurus dan ditanggung oleh Penerbit Universiti pada jumlah yang ditetapkan oleh JKTSHEA.
6.
Penulis yang mana karya terjemahan mereka diterbitkan oleh Penerbit Universiti, akan dibayar royalti berdasarkan kadar yang diluluskan oleh Universiti. Manakala, penterjemah yang mana karya mereka telah diterbitkan oleh Penerbit Universiti, akan juga dibayar honorarium berdasarkan kadar yang diluluskan oleh Universiti.
Karya Suntingan 1.
Kertas kerja pilihan daripada persidangan dan koleksi artikal jemputan yang menjurus kepada sesuatu tema dikenali sebagai Karya Suntingan.
2.
Karya suntingan diuruskan oleh seorang atau lebih tiga penyelenggara, yang mengemukakan cadangan penerbitan kepada Penerbit Universiti. Lazimnya karya suntingan memuatkan satu artikel oleh penyelenggara.
3.
Nama penyelenggara akan tercatat pada kulit buku dan dalam pengkatalogan-dalampenerbitan.
4.
Karya yang dihasilkan oleh lebih daripada seorang, pembayaran dibahagikan sama rata atau apa-apa persetujuan lain oleh Penulis. Sekiranya buku mengandungi satu koleksi esei yang dikumpulkan oleh seorang penyunting, pembahagian akan mengikut kadar 25:75 iaitu 25% adalah untuk penyunting manakala 75% adalah dikongsi bersama oleh semua penyumbang dalam bentuk honorarium RM250.00-RM1000.00 berdasarkan keperincian tugas penyunting bagi kategori kertas pilihan persidangan. Manakala honorarium RM500.00-RM1000.00 berdasarkan keperincian tugas bagi kategori koleksi artikel jemputan.
Monograf 1.
Monograf ialah penulisan yang mengkhusus kepada suatu kajian empirikal yang terperinci, yang dilihat sebagai sumbangan yang penting kepada sesuatu bidang ilmu.
2.
Cadangan penerbitan monograf lazimnya disalurkan melalui JKPF.
3.
Penilaian diuruskan oleh JKPF sebelum manuskrip dibentangkan kepada JKTSPIHI.
4.
Penulis siri monograf tidak menerima royalti.
Penerbitan Jurnal 1.
PTj boleh menubuhkan Jawatankuasa Editorial peringkat PTj untuk menerbitkan jurnal.
2.
Pengantarabangsaan penerbitan jurnal PTj dalam SCOPUS dan ISI Thompson, mesti mematuhi beberapa perkara iaitu: Melibatkan sidang editorial antarabangsa, sekurang-kurangnya 2 orang atau seimbang dengan jumlah sidang editorial tempatan. Memastikan konsistensi keluaran tahunan jurnal iaitu jika keluaran 2/3 kali setahun maka perlu dipastikan konsistensinya. Membangunkan laman web jurnal berkenaan. Memaparkan edaran awal hingga terkini dan maklumat terkini penulis dalam web secara konsisten.
3.
Memastikan kestabilan rangkaian online jurnal boleh dilayari dalam masa 24 jam.
4.
Setiap keluaran mesti dihantar melalui pos kepada pihak SCOPUS atau ISI Thompson 2 minggu sebelum tarikh edaran.
5.
Penulis artikel jurnal tidak menerima royalti tetapi diberi lima salinan off-print dan naskah percuma seperti yang ditetapkan oleh jurnal berkenaan. Namun begitu, keadaan ini bergantung sama ada seseorang Penulis jurnal layak atau tidak untuk peroleh peratusan komisyen tertentu yang dipersetujui Universiti.
Penulisan Modul 1.
Penulisan modul ialah penerbitan untuk kegunaan pelajar dan tidak melalui proses penilaian formal (penilai bidang).
2.
Jangka hayat bagi penulisan modul lebih sesuai untuk kursus yang faktanya sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
3.
Jangkamasa penerbitan dari tarikh diterima manuskrip adalah tiga puluh hari.
4.
Penulisan modul tidak mempunyai International Standard Book No.(ISBN). Ia dipasarkan oleh pensyarah sendiri kepada pelajarnya.
5.
Honorarium kepada Penulis adalah sebanyak RM2.00 bagi senaskah modul. Tiada royalti diberikan.
6.
Penulis perlu mengemukakan tuntutan honorarium modul. Tuntuan ini adalah di bawah tanggungjawab Penulis.
Karya Kreatif dan Inovatif 1.
Karya kreatif dan inovatif berbentuk manuskrip untuk terbitan coffee table book tidak akan mendapat sebarang honorarium sebaliknya hanya dikira markah KPI untuk kenaikan pangkat kecuali ada permintaan untuk jualan maka pembayaran royalti mengikut kiraan terbitan buku karya asli akan digunakan untuk pembayaran tersebut.
2.
Bagi karya kreatif berbentuk hasil seni replika untuk cenderamata atau perhiasan, lukisan mural, hasil seni fotografi, atau yang seumpamanya, bayaran honorarium mengikut kiraan harga jualan karya tolak jumlah kos pembuatan, bakinya dibahagikan 80:20 iaitu 80% untuk Penulis manakala 20% adalah untuk Universiti.
3.
Bayaran kepada Penulis akan dijelaskan oleh Penerbit Universiti setelah Penerbit Universiti mendapat bayaran dari pembeli karya kreatif tersebut.
STATISTIK PENERBITAN BUKU BERDASARKAN BENGKEL YANG DIJALANKAN TAHUN 2009 FAKULTI FKEKK FKE FKM FKP FTMK FPTT PBPI JUMLAH
KARYA ASLI 3 1
KARYA SUNTINGAN
1 4 9
1 1
MODUL 10 3 1 1 3 8
MONOGRAF
26
1
1
JUMLAH 13 4 1 2 4 8 5 37
STATISTIK PENERBITAN BUKU BERDASARKAN BENGKEL YANG DIJALANKAN TAHUN 2009 Bilangan Buku Yang Diterbitkan
12 10 8 KARYA ASLI
6
KARYA SUNTINGAN 4
MODUL MONOGRAF
2 0 FKEKK
FKE
FKM
FKP Fakulti
FTMK
FPTT
PBPI
PEMASARAN Sasaran Pasaran
Bagi penerbitan buku ilmiah sasaran pasaran adalah di kalangan pelajar dan staf dari IPTA/IPTS lain di samping pasaran umum. Bagi penerbitan modul sasaran utama adalah pelajar Universiti kerana penerbitan modul lebih memenuhi matlamat untuk keperluan pelajar mengikut subjek.
Kadar diskaun bagi buku terbitan Universiti adalah seperti berikut:
Kategori Pembeli
Kadar Diskaun
Pembeli secara tunggal / Pelajar
15%
Semasa Tarikan Pelanggan bagi acaraacara tertentu (Pameran Buku)*
20%
Pelanggan Pukal / Pembekal Pensyarah dan Staf Universiti Pengedar yang memetrai perjanjian dengan Penerbit Buku terbitan sebelum tahun 2004 (yang tiada daya pasaran)
20% 30% 30% 40%
70% atau dijadikan hadiah / sumbangan
Catatan / Jumlah Naskhah yang dibeli 1 – 15 naskhah Diskaun hanya sah sehingga tarikh yang ditetapkan oleh Penerbit Universiti < 5 naskah > 6 naskah 16 naskah atau lebih Tertakluk kepada perjanjian yang ditandatangani -
Sekian Terima Kasih Sekiranya terdapat apa-apa jua cadangan @ permasalahan berkaitan penerbitan boleh menghubungi: Pn Ruziah binti Ali
:
En. Mohd Hafizuddin
:
Pn Siti Muhaini
:
06 283 3377 ruziah @utem.edu.my 06 283 3381
[email protected] 06 283 3381
[email protected]