20 Julai 2016 Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard Sila harap maklum bahawa perubahan berikut telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard anda. Fasal
Fasal baru/pindaan
PENERIMAAN KAD
2.3.
Pihak Bank akan mengeluarkan PIN untuk Kad tersebut kepada Ahli Kad bagi tujuan menguatkuasakan transaksi ATM dan Pemindahan Wang Elektronik di Terminal Elektronik Tempat Jualan.
KEMUDAHAN KAD
3.2.
Ahli Kad boleh memperolehi Pendahuluan Tunai dalam jumlah yang boleh diterimapakai oleh pihak Bank dari masa ke semasa, tertakluk kepada budibicara mutlak pihak Bank melalui cara-cara berikut: a. Penyerahan Kad di mana-mana Cawangan pihak Bank ataupun institusi ahli MasterCard International atau VISA International bersama dengan bukti identiti Ahli Kad dan menandatangani rekod transaksi yang perlu / atau memasukkan PIN 6 digit beliau di Terminal Elektronik Tempat Jualan, atau b. menggunakan Kad di mana-mana ATM pihak Bank atau mana-mana bank atau institusi yang lain yang mempunyai perjanjian dengan pihak Bank bagi tujuan penggunaan ATM bank atau institusi tersebut, atau c. Mana-mana Saudagar yang ditetapkan oleh pihak Bank untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.
PENGUNAAN KAD
4.1.
a. Ahli Kad dikehendaki menurunkan tandatangan di atas Resit Transaksi yang disediakan oleh Saudagar Berkuasa / atau memasukkan PIN 6 digit beliau di Terminal Elektronik Tempat Jualan untuk menguatkuasakan sesuatu pembelian kredit melalui penggunaan Kad. b. Ahli Kad dikehendaki menurunkan tandatangan ke atas Deraf Pendahuluan Tunai / atau memasukkan PIN 6 digit beliau di Terminal Elektronik Tempat Jualan untuk menguatkuasakan sesuatu Pendahuluan Tunai. Deraf Pendahuluan Tunai tersebut akan disifatkan oleh pihak Bank sebagai betul dan dianggap sebagai Transaksi Kad yang telah dibenarkan. c. Ahli Kad dikehendaki menggunakan PIN untuk mendapat akses kepada Akaun Kadnya bagi menguatkuasakan Pendahuluan Tunai melalui ATM. Dokumentasi yang dirakamkan ekoran daripada penggunaan PIN oleh Ahli Kad bagi tujuan memperolehi Pendahuluan Tunai daripada ATM akan dianggap oleh pihak Bank sebagai satu Transaksi Kad yang digunakan secara berpatutan. Hakcipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)
Page 1 of 6
Fasal
Fasal baru/pindaan 4.5.
Walau apa pun yang terkandung dalam Fasal 4.1 di atas, pembelian juga boleh dilakukan dengan memberikan Saudagar Berkuasa Nombor Kad bersama butir-butir lain seperti yang tercatat pada Kad dan tanpa keperluan tandatangan Ahli Kad / atau PIN seperti dalam kes pembelian yang dibuat melalui Dagangan Elektronik, Pesanan Mel, Pesanan Telefon. dan di Terminal Tempat Jualan khusus, termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi di stesen minyak dan/atau melalui cara lain yang mungkin diperkenalkan/dilaksanakan dari masa ke semasa.
PIN & BAYAR - PIN 5.1. DAN PENGGUNAAN KAD YANG MANA BERKENAAN 5.2.
Pihak Bank akan memperuntukkan PIN Sementara kepada Ahli Kad melalui Mel PIN. Mel PIN akan di hantar ke alamat berdaftar Ahli Kad melalui Mel biasa.
5.3.
5.4.
5.5.
5.6.
Ahli Kad setelah menerima PIN Sementara hendaklah menukar PIN Sementara di ATM pihak Bank sendiri dan/atau di saluran lain yang dijamin yang dibenarkan oleh pihak Bank. Sekiranya Ahli Kad terlupa PIN beliau, pihak Bank akan mengeluarkan PIN Sementara baru kepada Ahli Kad atas permintaan Ahli Kad. Sekiranya Kad hilang atau dicuri, Ahli kad hendaklah dengan segera melaporkan kepada pihak Bank dan diikuti dengan notis bertulis berserta dengan laporan polis. Kad baharu dan PIN akan dikeluarkan apabila diminta oleh Ahli Kad. Ahli Kad tidak boleh menggunakan PIN yang sedia ada untuk Kad gantian. Ahli Kad perlu merahsiakan PIN dan tidak boleh mendedahkan PIN kepada mana-mana pihak di bawah mana-mana keadaan. Sekiranya PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak, Ahli Kad hendaklah dengan segera melaporkan kepada pihak Bank dan diikuti dengan notis bertulis berserta dengan laporan polis. Dalam memilih PIN, Ahli Kad TIDAK BOLEH memilih PIN yang jelas atau mudah diramal, termasuk:5.6.1 mewakili tarikh lahir beliau; 5.6.2 selaku PIN abjad, sebahagian di mana namanya dikenali; 5.6.3 terdiri daripada nombor urutan (contohnya 123456, 654321 dan sebagainya; 5.6.4 terdiri daripada semua nombor yang sama (contohnya 111111); 5.6.5 terdiri daripada nombor yang berulang (contohnya 112233, 123123).
Hakcipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)
Page 2 of 6
Fasal
Fasal baru/pindaan
TANGGUNGJAWAB
5.7.
Ahli Kad hendaklah memastikan bahawa amaun transaksi adalah betul sebelum menandatangani sebarang Resit Transaksi atau rekod transaksi dan sebelum memasukkan PIN Ahli Kad pada mana-mana Terminal Elektronik Tempat Jualan yang memerlukan kemasukan PIN Ahli Kad. Dengan menandatangani Resit Transaksi atau rekod transaksi atau memasukkan PIN Ahli Kad atau sebaliknya menggunakan Kad Ahli Kad pada mana-mana terminal elektronik tempat jualan, Ahli Kad dianggap telah bersetuju dengan transaksi dan mengesahkan amaun adalah betul.
5.8.
Ahli Kad memberi kebenaran dan bersetuju bahawa PIN adalah sebagai satu cara untuk mengesahkan transaksi Ahli Kad di bawah terma-terma dan syarat-syarat di terminal elektronik tempat jualan.
7.12.
Aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang - Ahli Kad tidak dibenarkan menggunakan kad beliau untuk apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pertaruhan di dalam talian. Pihak Bank berhak, mengikut budi bicaranya mutlaknya, pada bila-bila masa, dengan notis terlebih dahulu yang mencukupi, memutuskan untuk tidak memperbaharui, membatalkan atau memansuhkan Kad, atau menggantung atau mengehadkan penggunaan Kad oleh Ahli Kad dan /atau Kad Tambahan sekiranya Ahli Kad didapati telah menggunakan kad untuk perbuatan yang menyalahi undang-undang. Aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang - Ahli Kad tidak dibenarkan menggunakan kad beliau untuk apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pertaruhan di dalam talian. Pihak Bank berhak, mengikut budi bicaranya mutlaknya, pada bila-bila masa, dengan notis terlebih dahulu yang mencukupi, memutuskan untuk tidak memperbaharui, membatalkan atau memansuhkan Kad, atau menggantung atau mengehadkan penggunaan Kad oleh Ahli Kad dan /atau Kad Tambahan sekiranya Ahli Kad didapati telah menggunakan kad untuk perbuatan yang menyalahi undang-undang. Di mana terpakai, Ahli Kad hendaklah patuh dengan Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berkaitan dengan transaksi luar negara.
8.6.
TRANSAKSI NEGARA
LAIN-LAIN
LUAR 19.4.
21.13
FASAL PRIVASI a. Ahli Kad dengan ini mengesahkan bahawa Ahli Kad telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Bank dan klausa ini, sebagaimana yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadinya. Bagi mengelakkan keraguan, Ahli Kad bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut hendaklah dianggap sebahagian daripada Hakcipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)
Page 3 of 6
Fasal
Fasal baru/pindaan Perjanjian ini. Ahli Kad dan Ahli Kad Tambahan mengesahkan dan bersetuju dengan terma-terma Notis Privasi di dalam laman sesawang pihak Bank. c. Sekiranya Ahli Kad memberi maklumat peribadi dan / atau maklumat kewangan yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan saudara mara atau tanggungan atau maklumat berkaitan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi sekuriti ( bagi syarikat), bagi tujuan pembukaan atau operasi akaun/ kemudahan dengan pihak Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan pihak Bank, Ahli Kad: i. mengesahkan bahawa dia telah mendapat persetujuan mereka dan / atau selainnya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada pihak Bank bagi tujuan mengikut perjanjian ini; ii. bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; dan iii. bersetuju untuk mengemaskini maklumat kepada Bank secara bertulis sekiranya berlaku apa-apa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan kewangan tersebut. b.
d.
e.
Dimana Ahli Kad mengarahkan pihak Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi merentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkaitan dengan transaksi merentas sempadan (termasuk maklumat berkaitan kepada mereka yang terlibat di dalam transaksi tersebut) boleh diterima daripada atau dihantar ke luar negara, di mana ia boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) dengan pengawal selia luar negara dan pihak berkuasa yang mempunyai kewajipannya yang sah (pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan pihak Bank atau ejen-ejennya untuk memasuki apa-apa transaksi merentas sempadan bagi pihak Ahli Kad, Ahli Kad dengan ini bersetuju pendedahan yang disebut di atas bagi pihaknya dan lain-lain yang terlibat dalam urus niaga merentas sempadan tersebut. Selain itu, tetapi sentiasa tertakluk kepada sebarang undangundang (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan / atau obligasi) berkaitan dengan Bank (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa Bank dan syarikat-syarikat lain dalam Kumpulan Affin Holdings Berhad, dan peniaga, rakan kongsi strategik, ejen dan penasihat profesional Bank boleh menghubungi Ahli Kad mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang Hakcipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)
Page 4 of 6
Fasal
Fasal baru/pindaan
f.
g.
mungkin menarik minat Ahli Kad atau memberi manfaat kepada mereka dari segi kewangan. Pihak Bank boleh berkomunikasi dengan Ahli Kad melalui pelbagai saluran, termasuk telefon, komputer atau surat menyurat dengan menggunakan maklumat hubungan yang telah anda berikan. Ahli Kad boleh ‘opt-out’ dengan memberitahu pihak Bank pada bila-bila masa jika dia tidak mahu menerima komunikasi pemasaran daripada pihak Bank, ahli-ahli lain di dalam Kumpulan Affin Holdings Berhad, dan peniaga, rakan kongsi strategik, ejen dan penasihat profesional Bank dengan menulis kepada mana-mana Pengurus Cawangan Perkhidmatan atau Pengurus Perhubungan atau dengan menulis kepada Jabatan Perniagaan Kad: AFFIN BANK BERHAD Cards Business Department 301 Block C, Level 3 Menara Glomac Kelana Business Centre 97 Jalan SS7/2 47301 Kelana Jaya, Selangor
h.
Ahli Kad dengan ini mengakui bahawa komunikasi tertentu seperti penyata akaun dan laman sesawang Bank yang mengandungi maklumat standard mengenai produk dan perkhidmatan lain Bank yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan penghantaran / perkhidmatan dan / atau produk-produknya, operasi akaun Ahli Kad dan / atau kemudahan dengan Bank, dan / atau kos tambahan kepada Bank. i. Pihak Bank boleh menggunakan agensi rujukan kredit untuk membantu membuat keputusan, contohnya apabila ada keperluan untuk: i. menyemak butiran pada permohonan kredit dan berkaitan kredit atau lain-lain kemudahan; ii. menguruskan kredit dan akaun atau kemudahan berkaitan kredit, termasuk menjalankan ulasan portfolio Ahli Kad; dan / atau; iii. mendapatkan semula hutang. j.
Ahli Kad akan dihubungkan oleh agensi-agensi rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang mungkin digunakan atau telah digunakan, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Pihak Bank juga boleh berkongsi maklumat tentang Ahli Kad dan bagaimana pengurus beliau menguruskan akaun/ kemudahan dengan agensi-agensi rujukan kredit yang berkaitan. Hakcipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)
Page 5 of 6
Fasal
Fasal baru/pindaan k.
Ahli Kad tidak boleh menahan pihak Bank untuk bertanggungjawab ke atas mana-mana semakan kredit yang pihak Bank langgani.Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab untuk mengemaskini kepada agensi laporan kredit sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam status kredit mereka seperti yang dinyatakan di dalam laporan kredit. Ahli Kad bersetuju bahawa pihak Bank tidak akan bertanggungjawab sekiranya laporan kredit mereka diterbitkan tanpa sebarang kecuaian di pihak Bank.
Pihak Bank berhak untuk meminda klausa ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya dan hendaklah memberikan notis 21 hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad secara bertulis dan meletakkan pindaan tersebut pada laman sesawang Bank dan / atau dengan meletakkan notis di ruang perbankan atau di tempat yang mudah dilihat dalam cawangan-cawangan Bank. Nota: Walau apa pun yang tersebut di atas, apabila permintaan dibuat oleh anda untuk mendapatkan versi dalam Bahasa Malaysia, Bank hendaklah menyediakan anda dengan versi dalam Bahasa Malaysia dengan sewajarnya.
Hakcipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)
Page 6 of 6