• FASA 1: HBEF2503 (Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan) • FASA 2: HBEF3603 (Amalan Profesional) • FASA 3: HBEF4303 (Projek Kajian Tindakan)
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0
1
RASIONAL PERLAKSANAAN KURSUS ATAS TALIAN Education Portal for Internet Courses (EPiC)
Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (atau Kementerian Pelajaran Malaysia, ketika itu) telah menyediakan satu Standard Program Pensiswazahan Guru semasa program ini dimulakan dalam tahun 2011. Termaktub dalam Standard ini adalah reka bentuk kurikulum yang WAJIB dipatuhi oleh semua pembekal latihan termasuk OUM. Reka bentuk kurikulum MESTI merangkumi kursus-kursus seperti: • •
• • • •
Kursus wajib merangkumi elemen Dasar Negara, Hubungan Etnik, LINUS, MBMMMI, TITAS,PENDIDIKAN INKLUSIF; Kursus Pengajian Profesional/Ilmu Pendidikan seperti Falsafah Pendidikan dan Perkembangan Pendidikan, Psikologi Pendidikan, Sosiologi Pendidikan, Pedagogi Pendidikan,PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU BERTERUSAN (BINA INSAN GURU); Kursus major Kursus minor atau elektif mata pelajaran sekolah AMALAN PROFESIONAL Sukan dan KOKURIKULUM sekolah
OUM telahpun merangka kursus tambahan berasaskan experiental learning dan atas talian melalui portal EpiC untuk memenuhi syarat Standard iaitu: 1. 2. 3. 4.
HBEF2703 HBEF3503 HBEF2803 HBEF3603
Kokurikulum Pendidikan Inklusif Perkembangan Profesionalisme Keguruan ( Bina Insan Guru) Amalan Profesional (Praktikum)
BPG juga telah menyediakan Standard Bina Insan Guru (HBEF2803) yang mewajibkan semua guru menjalani tiga siri aktiviti yang berlainan seperti perkhemahan, ceramah, seminar, bengkel, lawatan, tugasan, kolokium, kerja lapangan, khidmat masyarakat dan lain-lain. OUM telah menyediakan tugasan dan seminar untuk para pelajar. BPG juga telah menyediakan Standard Amalan Profesional dimana setiap pelajar PPG WAJIB menjalani praktikum (HBEF3603) mengikut syarat-syarat dalam Standard. Mengambilkira pengalaman guru, maka OUM telah merangka kursus Amalan Profesional yang digabungkan dengan kursus HBEF2503 dan HBEF4303. Harap semua pelajar PPG mengambil maklum tentang kursus-kursus mengikut kehendak Standard Program Pensiswazahan Guru.
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0
2
CARTA ALIR PELAKSANAAN KURSUS HBEF2503, HBEF3603 dan HBEF4303 FASA 1 - HBEF2503 – Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan Penyediaan Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan: • •
Cadangan strategi/teknik PdP baru untuk satu topik dalam major yang diikuti di OUM. Rujuk panduan kursus HBEF2503 untuk penyediaan cadangan (proposal) kajian tindakan.
FASA 2 - HBEF3603 – Amalan Profesional Terdapat 2 tugas : Tugas 1: (a) Melaksanakan PdP seperti yang dicadangkan dalam HBEF2503 (b) Melengkapkan kesemua aktiviti (A1-A4) dalam HBEF3603 Tugas 2: (a) Kumpul data untuk penyediaan laporan kajian tindakan di Fasa 3 (HBEF4303) mengikut kaedah/metodologi yang dicadangkan dalam HBEF2503 Contoh : guna soalselidik, temubual untuk mendapatkan pandangan responden yang telah diajar mengikut strategi PdP dalam HBEF3603 tentang strategi baru ini. Nota: Pelajar WAJIB mengemaskini maklumat Guru Pembimbing yang telah dipilih ke dalam “e-portfolio: dengan tepat dan terkini bagi tujuan rekod pihak OUM-BPG-KPM. • Rujuk panduan kursus HBEF3603 untuk pelaksanaan PdP.
FASA 3 - HBEF4303 – Projek Kajian Tindakan Penulisan Laporan Kajian Tindakan: • Analisis data yang dikumpul daripada praktikum Amalan Professional HBEF3603). • Penyediaan laporan berdasarkan format panduan penulisan yang diberikan. • Rujuk panduan kursus HBEF4303 untuk penyediaan laporan kajian tindakan.
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0
3
FASA 1 PANDUAN KURSUS HBEF2503 (KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN) A. TANGGUNGJAWAB TUTOR PENYELIA (a)
Membimbing pelajar untuk menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan.
(b)
Mencadangkan kepada pelajar sumber-sumber untuk memperolehi bahan bacaan yang berkaitan dengan kajian yang dibuat.
(c)
Memeriksa cadangan (proposal) kajian tindakan mengikut skema markah yang disediakan.
(d)
WAJIB mengatur perjumpaan/perbincangan dengan pelajar sekurang-kurangnya DUA (2) kali; 2 jam / pertemuan.
(e)
Tarikh dan masa perjumpaan adalah mengikut perbincangan di antara tutor penyelia dengan pelajar masing-masing.
(f)
Laporan Kemajuan Penyeliaan (Lampiran A – HBEF2503_01) perlu diisi pada setiap kali perjumpaan diadakan.
(g)
Mengisi Borang Pemarkahan Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan (Lampiran A HBEF2503_02) dan memasukkan markah berkenaan ke skrin Project Supervisor dalam Online Marks Entry System (OMES) mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan.
(h)
Perlu menyimpan salinan cadangan (proposal) kajian tindakan supaya dapat terus menyelia pelajar bagi kursus Amalan Profesional (HBEF3603) dan Projek Kajian Tindakan (HBEF4303).
B. TANGGUNGJAWAB PELAJAR (a) Pelajar perlu menghadiri tutorial bersemuka yang dikendali oleh tutor bersemuka yang dilantik. (b) Pelajar dikehendaki menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan yang bercirikan inovasi dan kreativiti dalam PdP. (c) Peperiksaan akhir adalah berdasarkan modul HBEF2503 yang dibekalkan. (d) Pelajar WAJIB berjumpa dengan tutor penyelia sekurang-kurangnya DUA (2) kali; 2 jam/pertemuan; (e) Tarikh, tempat dan masa perjumpaan adalah mengikut persetujuan di antara tutor penyelia dengan pelajar.
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0
4
C. KEPERLUAN KURSUS Kursus ini memerlukan pelajar untuk: (i)
Menghadiri tutorial bersemuka
(ii)
Menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan
(iii)
Berjumpa tutor penyelia
(iv)
Menduduki peperiksaan akhir
1. Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan (a) Sediakan satu cadangan (proposal) kajian tindakan berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam kelas/sekolah sendiri. (b) Untuk mendapatkan tajuk/permasalahan yang hendak dikaji, pelajar perlu menilai situasi PdP yang sedang/telah dibuat di bilik darjah sendiri. (c) Tajuk/permasalahan penyelidikan yang dikenalpasti mestilah berkaitan dengan inovasi dan kreativiti dalam PdP dimana pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi selama belajar di OUM akan diaplikasikan. (d) Inovasi dalam PdP merangkumi pedagogi baru/terkini; kaedah baru; strategi dan/atau teknik baru dalam mengajar sesuatu topik/sub topik dalam bidang pelajar. Inovasi dalam PdP ini akan dilaksanakan melalui kursus HBEF3603. (e) Contoh cadangan (proposal) kajian tindakan pelajar yang berunsurkan inovatif dan kreatif boleh dirujuk di (Lampiran A - HBEF2503_04). (f) Kriteria untuk memilih topik/permasalahan kajian: i.
Topik/sub topik bagi opsyen major yang sedang diikuti di OUM; BUKAN opsyen mengajar di sekolah (jika berlainan). Misalnya: Pelajar mengajar Matematik di sekolah tetapi opsyen di OUM adalah Bahasa Inggeris, maka pelajar perlu cadangkan inovasi dalam mengajar satu topik/sub topik Bahasa Inggeris.
ii. Bagi pelajar yang bukan guru seperti pegawai JPN/PPD, pelajar perlu juga mencadangkan satu inovasi PdP mengikut opsyen di OUM. iii. Untuk menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan, pelajar akan dibimbing oleh seorang tutor penyelia yang dilantik. Tajuk kajian yang dipilih dan diterima oleh tutor penyelia akan digunakan dalam Fasa 2(HBEF3603) dan Fasa 3 (HBEF4303).
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0
5
2. Format Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan pelajar hendaklah mengikuti format yang
•
disediakan seperti berikut: NO
PERKARA
MARKAH
Lebih kurang 21 – 24 halaman (tidak termasuk muka surat
o
tajuk, abstrak, rujukan dan lampiran) o
1.5 langkau (spacing) dan font New Times Roman saiz = 12 poin
o
‘comb’ binding dengan kulit nipis (soft cover) warna bebas.
i
Muka surat Tajuk (Title Page)
ii
Abstrak (Abstract)
1.
PENDAHULUAN
5
Refleksi Pengalaman Yang Lalu/Refleksi sorotan Literatur 2. 3.
ISU / FOKUS KAJIAN OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
4 3
4.
KUMPULAN SASARAN
2
5.
TINDAKAN YANG DICADANGKAN 3
5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data
3
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
3
5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian
5
•
Jadual Pelaksanaan
•
Kos Kajian
BIBLIOGRAFI / RUJUKAN
6. •
5.1 Perancangan Tindakan
2
Rujuk panduan penulisan cadangan (proposal) kajian tindakan (HBEF2503) (Lampiran A - HBEF2503_05)
Nota: MAJOR
BAHASA PENGANTAR BI
BM
Bahasa Inggeris
√
X
Sains / Matematik
√
Lain-lain Major
X
√
ATAU
√
3. Penilaian Kursus
PENILAIAN
%
Individu yang Bertanggungjawab
Kerja Kursus: •
Cadangan Penyelidikan
•
Laporan Kemajuan Penyeliaan
(Berdasarkan Dua (2) Kali Perjumpaan) Peperiksaan Akhir JUMLAH KESELURUHAN
30% 10% 60%
Tutor Penyelia Tutor Penyelia
OUM
100% Panduan Kursus/PEL/Version 3.0
6
FASA 2 PANDUAN KURSUS HBEF3603 (AMALAN PROFESIONAL) Bagi melengkapkan kursus ini, pelajar perlu melakukan kesemua aktiviti (Aktiviti 1 - 4) mengikut keperluan/kehendak tugasan seperti yang diterangkan. Baca dengan teliti dan fahamkan kehendak tugasan sebelum melakukannya. Sekiranya pelajar kurang memahami kehendak tugasan tersebut, gunakan FORUM untuk perbincangan dengan EOS. Tutor penyelia akan dilantik sebagai EOS kecuali keadaan tidak membenarkan.
A. TANGGUNGJAWAB PELAJAR (a) Pelajar perlu aktif dalam forum bersama EOS. (b) Pelajar WAJIB melaksanakan PdP yang dicadangkan dalam HBEF2503. (c) Semua pelajar PPG perlu mengajar minimum dua (2) waktu subjek major dalam seminggu disamping tugas hakiki sepanjang tempoh praktikum (6 – 8 minggu). (d) Pelajar (guru) hanya perlu memilih 2 WAKTU untuk tujuan penilaian oleh guru pembimbing. (e) Pelajar perlu merakam video sesi praktikum selama 20 minit yang bercirikan strategi/teknik inovasi dan kreativiti PdP yang dicadangkan. (f) Segala perbelanjaan sepanjang menjalankan latihan mengajar adalah dibawah tanggungan pelajar. (g) SYARAT WAJIB: Pelajar (guru) mesti membuat latihan inovasi PdP bagi satu topik/sub topik dalam bidang/opsyen major yang diikuti di OUM. (h) Pelajar (guru) PERLU mengumpul data sewaktu melaksanakan PdP untuk penyediaan laporan akhir kajian di Fasa 3 (HBEF4303) mengikut kaedah/metodologi yang dicadangkan dalam HBEF2503.
B. KATEGORI PELAJAR Terdapat 4 kategori pelajar (guru) yang terlibat dalam menjalankan latihan Amalan Profesional iaitu: (a) Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang sama dengan opsyen major di OUM. (b) Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang tidak sama dengan opsyen major di OUM; tetapi major tersebut ada di ajarkan di sekolah. Mereka perlu menguruskan dengan pihak sekolah memohon untuk mengajar subjek mengikut opsyen major di OUM. (c) Pelajar (guru) yang mengajar di sekolah yang tidak menawarkan subjek sama dengan opsyen major di OUM; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum.
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0
7
(d) Pelajar yang tidak mengajar sebagai contoh pegawai di JPN, PPD atau PKG; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum.
C. PEMILIHAN RESPONDEN Sebagai contoh: Dalam cadangan HBEF2503, pelajar telah memilih responden murid Tahun 3. Tetapi pada 2014, murid-murid Tahun 3 yang dipilih telah naik ke Tahun 4, maka pelajar boleh memilih responden baru iaitu murid-murid Tahun 3 sekarang ataupun jika strategi/teknik PdP yang dipilih sesuai digunakan kepada murid-murid Tahun 4 sekarang maka boleh guna murid-murid Tahun 4 ini. Malah pelajar dibenarkan memilih responden daripada mana-mana tahun sama ada Tahun 1 ATAU Tahun 2 ATAU Tahun 3 ATAU Tahun 4 ATAU Tahun 5. Murid Tahun 6 TIDAK BOLEH digunakan sebagai responden.
D. SYARAT PEMILIHAN GURU PEMBIMBING (a) Guru pembimbing yang dipilih mestilah dalam kalangan guru besar/guru panitia/ketua bidang, atau (b) Guru sekolah yang mempunyai kelulusan minimum sekurang-kurangnya peringkat ijazah, atau (c) Guru besar/ guru panitia/ ketua bidang yang tidak mempunyai ijazah tetapi mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun, atau (d) Guru sekolah (yang berlainan bidang / bidang yang sama) yang tidak mempunyai ijazah tetapi mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun.
E. PENILAIAN KURSUS Bagi memenuhi kursus HBEF3603, pelajar dikehendaki melaksanakan kesemua aktiviti tersebut. Pemberatan markah adalah seperti berikut: Aktiviti 1 (T1A1)
Laporan Pemantauan Guru Pembimbing
20 Markah
Aktiviti 2 (T1A2)
Rakaman Video Sesi Praktikum
20 Markah
Aktiviti 3 (T1A3)
Pelaporan Praktikum
30 Markah
Aktiviti 4 (T1A4)
Reflektif Jurnal
20 Markah
Forum
Penglibatan atas talian
10 Markah
JUMLAH KESELURUHAN
100 Markah
Aktiviti 1 (T1A1) – Praktikum dan Laporan Pemantauan Guru Pembimbing Pelajar akan melaksanakan inovasi PdP seperti mana yang dicadangkan dalam HBEF2503. Sesi ini akan dipantau/selia oleh Guru Pembimbing. Guru pembimbing dikehendaki melengkapkan Borang Pemantauan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01) seperti format (template) yang disediakan.*
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0
8
*Sila dapatkan lampiran 'Borang Pemantauaan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01)' pada bahagian Assignment (T1A1)
Peringatan: Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) (Lampiran B - HBEF3603_01) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A1.
Aktiviti 2 (T1A2) - Rakaman Video Sesi Praktikum Semasa menjalani sesi praktikum, pelajar dikehendaki merakam video yang menunjukkan aplikasi PdP dicadangkan (HBEF2503) yang bercirikan inovasi dan kreatif. Format video rakaman mestilah dalam youtube (Rujuk panduan dalam portal EPiC).
Peringatan: Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A2.
Nota: Pelajar yang menjalankan latihan mengajar yang menggunakan selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris DIKEHENDAKI menyediakan ‘transcribe’ untuk rakaman video tersebut.
Aktiviti 3 (T1A3) – Pelaporan Praktikum Pelajar dikehendaki menyediakan laporan mengenai inovasi PdP yang dijalankan seperti format dibawah: BIL 1.
PERKARA Refleksi PdP lalu •
•
Pelajar perlu mengaitkan pengalaman PdP lepas dengan 4 perkara utama PdP: o
Guru
o
Murid
o
Isi kandungan pelajaran
o
Persekitaran
Bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara di atas, pelajar boleh merujuk bahanbahan seperti markah ujian, buku latihan, bahan pengajaran dan lain-lain yang berkaitan.
2.
3
4.
Isu / Fokus Kajian •
Tentukan tema / isu keprihatinan kajian / masalah.
•
Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi PdP lalu yang dibuat.
Kumpulan sasaran •
Nyatakan dengan terperinci bilangan murid yang dikaji
•
Terangkan secara ringkas latarbelakang pendidikan murid yang dikaji
Perlaksanaan inovasi PdP •
Pelajar perlu menyediakan PdP yang berteraskan inovasi sebagai contoh: TEKNIK ‘COMIL’ : SATU KAEDAH UNTUK MENGUASAI SUBTOPIK SIFAT KIMIA SEBATIAN KARBON Panduan Kursus/PEL/Version 3.0
9
• 5.
Jelaskan mengenai perlaksanaan inovasi dan aktiviti-aktiviti yang terlibat
Laporan perlaksanaan inovasi PdP berpandukan perkara-perkara berikut: •
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
•
Kebaikan dan kekurangan inovasi PdP yang dijalankan.
•
Laporkan kaedah yang digunakan yang digunakan untuk menilai inovasi PdP yang telah dijalankan. (Tidak perlu lapor analisis data, hanya kaedah yang digunakan sahaja. Contohnya: guna soal selidik, temubual pelajar, ‘pre-test’ dan ‘post-test’ Data yang diperolehi daripada kaedah yang digunakan perlu dilaporkan dalam HBEF4303.
6.
Lampiran •
Lampirkan soalan/aktiviti yang dijalankan
•
Bukti penilaian selepas dan sebelum PdP
Laporan ini: •
Ditaip dengan menggunakan saiz font 12 "Times New Roman" dan langkau baris 1.5
•
Terhad kepada 10 muka surat sahaja (tidak termasuk lampiran)
Peringatan: Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A3.
Aktiviti 4 (T1A4) – Jurnal Reflektif Sebagai penamat kepada kursus ini, anda perlu membuat aktiviti terakhir iaitu menulis Jurnal Reflektif. Jurnal Reflektif merupakan catatan luahan perasaan/emosi; reaksi; fikiran anda semasa membuat aktiviti 1 hingga 3. Penulisan Jurnal Reflektif anda haruslah dalam bentuk karangan esei. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif kepada 3-5 muka surat sahaja.(Font 12, Times New Roman, TIADA langkau baris).
Peringatan: Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A4.
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 10
FASA 3 PANDUAN KURSUS HBEF4303 (PROJEK KAJIAN TINDAKAN)
A. TANGGUNGJAWAB TUTOR PENYELIA (a)
Membimbing pelajar semasa analisis data dan penulisan laporan kajian tindakan mengikut perancangan dalam cadangan (proposal) (HBEF2503).
(b)
WAJIB Mengadakan perjumpaan/ perbincangan dengan pelajar sekurang-kurangnya EMPAT (4) KALI; 2 jam/pertemuan di sepanjang tempoh pelaksanaan kajian, penganalisisan data dan penulisan laporan kajian tindakan.
(c)
Laporan Kemajuan Penyeliaan (Lampiran C – HBEF4303_01) perlu diisi pada setiap kali perjumpaan diadakan.
(d)
Memeriksa laporan kajian tindakan berdasarkan Borang Pemarkahan (Lampiran C HBEF4303_02) yang disediakan.
(e)
Memasukkan markah ke dalam skrin Project Supervisor dalam Online Marks Entry System (OMES) mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan.
B. TANGGUNGJAWAB PELAJAR (a) Pelajar akan didaftarkan kursus HBEF4303 selepas selesai menjalani kursus HBEF2503 dan HBEF3603. (b) Pelajar WAJIB berjumpa dengan tutor penyelia sekurang-kurangnya EMPAT (4) KALI; 2 jam / pertemuan. (c) Pelajar akan menganalisis data dan melaporkan hasil analisis seperti yang telah dirancang dalam cadangan (proposal) kajian tindakan (HBEF2503). (d) Pelajar perlu menghasilkan laporan kajian tindakan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak Universiti. (e) Pelajar dikehendaki mengisi ‘Borang Pengesahan Penerimaan (Lampiran C – HBEF4303_04)’ untuk penyerahan Laporan Kajian Tindakan kepada tutor penyelia dan pihak fakulti dalam bentuk: i.
Softcopy (CD) – (untuk simpanan fakulti)
ii. Hardcopy – (untuk simpanan tutor penyelia)
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 11
C. PENILAIAN KURSUS PENILAIAN
%
Individu yang Bertanggungjawab
20
Tutor Penyelia
80
Tutor Penyelia
Laporan Kemajuan Penyeliaan (Berdasarkan Empat Kali Perjumpaan) Laporan Kajian Tindakan (Jumlah markah akan ditukar kepada 80%) JUMLAH KESELURUHAN
100%
D. KEPERLUAN KURSUS Format Laporan Kajian Tindakan Laporan Kajian Tindakan hendaklah mengikuti format seperti berikut: NO
PERKARA
i
Isi Kandungan
ii
Penghargaan
iii
Abstrak (Abstract)
MARKAH
PENDAHULUAN 1.
Refleksi PdP Yang Lalu / Refleksi Sorotan Literatur
2.
ISU / FOKUS KAJIAN
20
3.
OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
10
4.
KUMPULAN SASARAN
5
PERLAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Tindakan Yang Dijalankan 5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian 5.5 Refleksi Kajian CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
5 5 5 5 5 5
5.
•
5
6. 7. PENGOLAHAN / KEJELASAN PENULISAN 20 5 8. BIBLIOGRAFI 5 9. LAMPIRAN Rujuk panduan penulisan kajian tindakan (HBEF4303) (Lampiran C – HBEF4303_05)
- TAMAT -
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 12