Lampiran 1 FAQ’s LMPK 1)
Siapa yang perlu menjalani LMPK? Pelajar-pelajar dari program Bacelor Pendidikan pada semester akhir. Setelah selesai mengikuti semua kursus wajib, major dan minor serta lulus kursus perkaedahan mengajar major dan minor.
2)
Sekiranya salah satu kertas perkaedahan tidak lulus, bolehkah LMPK dijalankan? Tidak boleh bagi calon bukan guru. Walau bagaimanapun, bagi calon lepasan maktab, mereka perlu lulus kursus perkaedahan major untuk membolehkan calon membuat LMPK. Bagi calon bukan lepasan maktab, mereka perlu lulus kedua-dua kursus perkaedahan. Kelulusan untuk membuat praktikum tidak akan diberi kepada calon yang gagal kedua-dua subjek tersebut. Walau bagaimanapun, Penyelaras program yang akan menentukan siapa yang boleh menjalani LMPK atau tidak.
3)
Berapa lama tempoh LMPK? Kepada pelajar lepasan Maktab Perguruan Malaysia dan Diploma Pendidikan dari IPTA, mereka hanya perlu menjalani LMPK selama 6 minggu (pengkhususan yang diambil semasa di maktab tidak diambil kira) KECUALI pelajar program Bimbingan dan Kaunseling perlu membuat 12 minggu walau pun calon adalah seorang guru. Bagi pelajar yang memohon dengan kelulusan STPM, Diploma dari Institusi Pengajian Awam dan Swasta, mereka perlu menjalani LMPK selama 12 minggu. Bagi calon yang mempunyai sijil kelulusan perguruan dari institusi swasta/luar negara, mereka juga dikehendaki menjalani LMPK selama 12 minggu.
4)
Berapakah tempoh/waktu mengajar semasa LMPK? Bagi calon yang membuat Tumpuan Pertama (major), mereka perlu mengajar 10-12 waktu untuk major dan 5-6 waktu untuk minor selama seminggu.
5)
Perlukah pemohon menjalani aktiviti Ko-Kurikulum di sekolah terbabit? Pelajar perlu mengikuti pelaksanaan segala aktiviti ko-kurikulum di sekolah memandangkan pelajar dikira sebagai pelatih sepanjang Latihan Mengajar berlangsung. Satu borang penilaian akan diberi kepada pihak sekolah yang akan memberi penilaian secara keseluruhan tentang penglibatan pelatih.
6)
Sekiranya pemohon adalah seorang guru yang sedang berkhidmat, maka bolehkah kelonggaran atau pengecualian LMPK diberikan? Tidak. Wajib mengikuti LMPK untuk melayakkan pelajar bergraduat.
7)
Di sekolah manakah LMPK akan dijalankan? Para pelajar dikehendaki mengadakan latihan di sekolah menengah. Walau bagaimanapun, bagi pelajar B&K, mereka boleh membuat latihan untuk subjek Pendidikan Moral/Sivik di sekolah rendah dan praktikum kaunseling di sekolah menengah.
8)
Berapa kali penyeliaan akan dijalankan? Bagi pelajar yang membuat Latihan Mengajar selama 6 minggu, minimum pelajar akan diselia sebanyak dua kali untuk major dan sekali untuk minor. Bagi pelajar yang membuat Latihan Mengajar selama 12 minggu, penyeliaan adalah sebanyak 2 kali untuk major dan 2 kali untuk minor. Bagi pelajar B&K, boleh rujuk kepada Penyelaras bagaimana penyeliaan dilakukan.
9)
Siapa yang akan menjalankan penyeliaan? Pihak Pusat Pendidikan Luar akan melantik penyelia yang bertauliah untuk menyelia para pelajar. Antaranya ialah pensyarah maktab, guru-guru yang mempunyai Ijazah Sarjana yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan para pensyarah dari UPM sendiri. Pun begitu, para pelajar boleh menamakan penyelia sekiranya berkelayakan dan pihak UPM Education & Training Sdn. Bhd. akan mempertimbangkan permohonan tersebut.
10)
Bilakah waktu penyelia akan menjalankan penyeliaan? Kebiasaan, penyelia akan menghubungi pelajar terlebih dahulu sebelum penyeliaan dijalankan. Dinasihatkan, pelajar harus mempunyai komunikasi yang baik dengan penyelia bagi memastikan keberkesanan dan kelancaran sesi latihan.
11)
Perlukah guru pembimbing? Ya. Guru pembimbing akan menyelia untuk latihan minor pada mereka yang membuat latihan selama 6 minggu dan bayaran akan dibuat mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
12)
Bagaimana gred pelajar ditentukan? Gred akan ditentukan berdasarkan markah yang diberi oleh para penyelia dan pihak sekolah. Markah dari penyelia adalah sebanyak 80% dan sekolah 20%. Pengesahan markah akan dilakukan oleh penyelaras program dan seterusnya di hantar ke Bahagian Rekod. Para pelajar perlu mendapat sekurang-kurangnya gred C+ untuk dikira lulus subjek EDU 3096/EDU 3097. Bagi pelajar yang mendapat gred C, mereka dikira gagal dan perlu mendaftar semula subjek tersebut dan menjalani Latihan Mengajar semula.
13)
Apakah dokumen yang diperlukan semasa latihan dijalankan dan Bagaimana para pelajar boleh mendapatkannya? Setiap pelajar akan dibekalkan dengan Buku Persediaan Mengajar dan dokumen yang berkaitan sebelum latihan dijalankan. Dokumen tersebut akan di hantar terus kepada pelajar. Sila pastikan alamat yang diberi semasa mengisi borang permohonan adalah betul dan sekiranya terdapat perubahan, sila hubungi Urusetia dengan kadar segera.
14)
Perlukah Buku Persediaan Mengajar di hantar ke Bahagian LMPK untuk disemak oleh pensyarah? Tidak perlu melainkan kes-kes yang mana dirasakan perlu. Contoh seperti fakulti kurang berpuas hati dengan pemarkahan yang diberi oleh penyelia LMPK.
15)
Bilakah tarikh LMPK?
LMPK akan dilakukan pada setiap awal tahun, dijangka bermula pada bulan Februari atau Mac bagi kumpulan 1 dan selepas peperiksaan akhir bagi kumpulan 2. 16)
Bagaimana cara untuk memohon menjalani latihan praktikum? Semua borang berkaitan diwebkan di laman web UPMET. Para pelajar perlu memuat turun (download) borang-borang berkenaan dan hantarkan ke urusetia sebelum 16 Januari 2012.
Sebarang pertanyaan atau surat menyurat, sila hubungi pihak Urusetia seperti maklumat di bawah:
URUSETIA LMPK UPM Education & Training Sdn. Bhd. Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan. (u.p : Puan Rohaiza binti Salleh /Puan Sakinah binti Saad) Tel : 03-89468830 / 8046
UPM Education & Training Sdn. Bhd. Universiti Putra Malaysia
Gambar terkini
BORANG PENDAFTARAN
berukuran
Latihan Mengajar
pasport
Semester ………………………………..
1. Nama Penuh
2. No. Telefon untuk dihubungi
3. Alamat Semasa/SEK (jika guru)
4. Nama Waris terdekat yang boleh dihubungi
5. No. Telefon Waris untuk dihubungi
10. Adakah anda mendaftar kursus
6. Jantina anda? (
) Lelaki
(
) Perempuan
(
7. Taraf perkahwinan? (
) Bujang
Semester Kedua 2011/2012?
(
) Ya
(
) Berkahwin
8. Adakah anda mengandung antara Februari hingga Ogos 2012? 9. Adakah anda pernah menjadi guru / guru sandaran/guru sementara*?
11. Tempoh pengajian anda? …………… tahun
) Tidak
12. Purata timbunan anda sekarang? ……………….
15. Negeri yang ingin ditempatkan? ………………………………
13. Jumlah jam kredit untuk bergraduat? ……………….
14. Jumlah jam kredit yang telah disempurnakan? ………………. No. Matrik:
……………………
Program:
BTESL
Major:
……………………
Minor:
…………………..
Saya _____________________________ mengaku bahawa semua maklumat yang diberikan di atas adalah benar.
Tandatangan:
……………………………………...
No. Matrik:
……………………
Tarikh:
……………………
Saya penyelaras program mengesahkan semua kursus-kursus wajib telah disempurnakan kecuali kursus mengulang dan kursus elektif (sertakan salinan transkrip yang telah disah)
Tandatangan:
……………………………………
Nama & Cop Rasmi: Tarikh:
……………………..
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PUSAT PENDIDIKAN LUAR
BORANG MAKLUMAT SEKOLAH BAGI PENDAFTARAN LATIHAN MENGAJAR PROGRAM BACELOR PENDIDIKAN TESL MAKLUMAT PELAJAR Program
: ............................................................................................................
Nama Pelajar
: ………………………………………………………………………………
No. Kad Pengenalan:
……………………………………….
No. Matrik: ……………….
Alamat Surat Menyurat:……………………………………………………………….. (Alamat Sekolah Jika guru)
………………………………………………………………..
………………………………………………………………..
………………………………………………………………..
No. Telefon (R): ...………………………………… (P): ….…………………………………
(H/P): …………………………………
E-Mail: ……………………………………………..
___________________________________________________________________
MAKLUMAT SEKOLAH Adalah saya seperti nama dan No. Matrik di atas ingin memohon untuk mengikuti Latihan Mengajar di sekolah yang tertera di bawah. Saya dengan ini mengaku tidak akan membuat sebarang perubahan tempat kecuali dengan kebenaran daripada pihak UPM Education & Training Sdn. Bhd. Universiti Putra Malaysia.
Nama Sekolah: ………………………………………………………………………...
Alamat Sekolah:
………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………...
No. Telefon:
……………………………… No. Faks: …………………………....
Tandatangan Pelajar:
…………………………………………….
Tarikh:
……………………………….
/k.ros-:LMPK:2010:Pakej LMPK
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM Education & Training Sdn. Bhd.
BORANG CADANGAN GURU PEMBIMBING LATIHAN MENGAJAR PROGRAM BACELOR PENDIDIKAN [BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)]
MAKLUMAT PELAJAR
Program
: ............................................................................................................
Nama Pelajar: …………………………………………………………………………………
No. Kad Pengenalan:
……………………………………….
No. Matrik: ……………….
No. Telefon (R): ...………………………………… (P): ….…………………………………
(H/P): …………………………………
E-Mail: ……………………………………………..
___________________________________________________________________
MAKLUMAT GURU PEMBIMBING Nama Guru:
…………………………………………………………………………………
No. Kad Pengenalan:
……………………………………….
Nama Sekolah: ………………………………………………………………………...
Alamat Sekolah:
………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………...
No. Telefon:
……………………………… No. Faks: …………………………....
(H/P): …………………………………
E-Mail: ……………………………………………..
PENGESAHAN:
Adalah saya Pengetua/Guru Besar di sekolah ini mencadangkan guru di atas sebagai guru pembimbing pelajar ini.
Tandatangan Pengetua/Guru Besar/Cop Sekolah:
Tarikh: …………………………….
/k.ros-:LMPK:2010:Pakej LMPK
……………………………………...
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM Education & Training Sdn. Bhd.
BORANG CADANGAN PENYELIA MAJOR (EDU3096) LATIHAN MENGAJAR PROGRAM BACELOR PENDIDIKAN [BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)]
Nama Penyelia……………………………………………………………………………... No. Kad Pengenalan:
……………………………… Kelulusan Terakhir : ..............................
Alamat Surat Menyurat
…………………………………………………………………………….…. …………………………………………………………………………….…. …………………………………………………………………………….…. …………………………………………………………………………….….
No. Telefon (R) …………………………….. No. Telefon (P) …………………………….. No. H/P
……………………………..
Nama Pelajar
……………………………………………………………………………...
No. Matrik
J ……………………….
Alamat Sekolah LM
……………………………………………………………………………... ……………………………………………………………………………... ……………………………………………………………………………... ……………………………………………………………………………...
No. Telefon (R) …………………………….. No. Telefon (P) …………………………….. No. H/P
……………………………..
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM Education & Training Sdn. Bhd.
BORANG CADANGAN PENYELIA MINOR (EDU3097) LATIHAN MENGAJAR PROGRAM BACELOR PENDIDIKAN [BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)]
Nama Penyelia……………………………………………………………………………... No. Kad Pengenalan:
……………………………… Kelulusan Terakhir : ..............................
Alamat Surat Menyurat
…………………………………………………………………………….…. …………………………………………………………………………….…. …………………………………………………………………………….…. …………………………………………………………………………….….
No. Telefon (R) …………………………….. No. Telefon (P) …………………………….. No. H/P
……………………………..
Nama Pelajar
……………………………………………………………………………...
No. Matrik
J ……………………….
Alamat Sekolah LM
……………………………………………………………………………... ……………………………………………………………………………... ……………………………………………………………………………... ……………………………………………………………………………...
No. Telefon (R) …………………………….. No. Telefon (P) …………………………….. No. H/P
……………………………..
NOTA:
-
SILA SERTAKAN SALINAN SIJIL GURU YANG TELAH DISAHKAN
-
KEMBALIKAN BORANG-BORANG DI ATAS SEBELUM 16 Januari 2012 KEPADA;
Urusetia LMPK Unit Pendaftaran dan Hal Ehwal Kursus UPM Education & Training Sdn. Bhd. Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor. (u.p: Sakinah binti Saad) Tel: 03-8946 8830 / 8046 (Puan Rohaiza binti Salleh / Puan Sakinah binti Saad)