Duit-Duit Di Mana Kau Duit Oleh : Zaidi Ismail Artikel ini tujukan kepada saya dan rakan-rakan yang mengenali saya tidak kira dimana anda berada dan semoga kita semua mendapat sedikit ilmu dan pengajaran daripadanya. Insyaallah kita semua saling ingat-mengingati dan berpesan-pesan dengan kebaikan kepada satu sama lain. Sekali lagi diingatkan bahawa saya bukan perancang kewangan, jurujual insuran atau kena mengena dengan mana-mana institusi kewangan. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya. Fuhhh lega, punya la susah nak menulis balik, dah hampir 2 tahun tak menulis di RJ atau manamana blog. Ada diantara anda yang mengenali saya dan ada yang tak kenal saya. Saya Zaidi Ismail, beberapa tahun dulu saya merupakan salah seorang moderador RJ. Tapi diatas alasan kesibukan atau sebenarnya bawak diri sebab kecewa bercinta saya bawak diri jauh merantau ke Amerika Syarikat. Itu cerita lawak yang mungkin saya akan ceritakan suatu hari nanti. Terlebih dulu saya ingin memohon maaf pada moderator RJ yang ada sekarang ini, ada orang lama dan ada orang baru. Saya mintak maaf sebab saya masih ada kelebihan sebagai moderador. Dengan kata lain saya boleh edit dan meluluskan artikel. Saya telah pun meluluskan artikel versi Inggerís saya terlebih dahulu. Saya tidak lagi mahu bertopengkan “nikname” atau nama pena saya. Biarlah kali ini saya menulis tanpa perlu berselindung. Saya masih mempunyai kelebihan sebagai seorang moderador RJ. Kelebihan ini diberikan oleh Owner RJ sendiri dan hanya beliau yang boleh menarik balik kelebihan moderador yang saya ada. Itu terpulanglah lepada DD , sorry bro tak bagi tahu awal-awal , saja buat kejutan sikit. Semua orang perlukan kejutan dalam hidup kita dari masa ke semasa. It’s make us sharp , hidup ini pun kena asah jugak macam asah parang kontot tu .... Bukan niat saya untuk buat translasi dari artikel bahasa ingerís saya kepada bahasa malaysia , mula-mula nak menulis memang liat, maklumlah dah berkarat, selepas balik dari Taiwán hampir dua bulan lepas, saya sibuk menguruskan latihan teknikal Asia Pacific yang dianjurkan di Genting Highland pada December 2005 yang lepas, seperti biasa, bulan December adalah bulan lengang di syarikat saya yang ibupejabatnya terletak di Milpitas, California , aallahhh kat Silcon Valley yang Cyberjaya nak cuba tiru tapi tak jadi tu, sementara menunggu pengeluaran product baru, apa lagi duduk melepaklah kat umah sebulan, Bila duduk melepak mula la pikir dan buat benda-benda yang bukan-bukan dan merapu, rasanya dalam bulan December dan January saja dah berjaya kumpul 8 girlfriend baru … one new girl avery week ..ahhaaaks, maaf cakap tapi nak cari girlfriend zaman sekarang amat mudah, terutama bila ada duit …ahakksss bukan niat saya menuduh wanita sekarang mata duitan tapi siapa yang nak susah ..yaa tak??? Dan saya memahami keperlukan sekuriti atau keselamatan dan keselesaan yang diperlukan oleh kaum Hawa. So gents, it’s a challenge to us to be a better provider to our women. Bila tergerak hati nak menulis balik mula-mula rasa hati nak menulis pasal apa yang dah terjadi kepada saya sepanjang dua tahun kebelakangan ini, tapi rasa tak menarik pulak dan tidak ada orang nak ambil tahu, lepas tu saya mula draft artikel yang mengutarakan sikap manusia yang lazim terutama nafsu dan kesabaran, lagi la topik boring, tetiba masa menulis tu melalut pulak cerita pasal duit (topik yang semua orang nak tahu dan semua orang nak ambik tahu), nak buat macam mana ide datang tak diundang. Ketika saya menulis artikel ini, saya berada didalam bus Aeroline dari Kuala Lumpur ke Singapura. Sempat juga saya ketuk-ketuk papan kekunci laptop saya bagi menghasilkan sebuah artikel. Terima kasih kepada Asrul dan Andak diatas pandangan anda tentang “Respon saya dan azha – Let’s Talk about money”, saya terpanggil untuk mengulas tentang pandangan mereka. Pertama kali saya menulis “Let’s Talk About Money” niat saya adalah untuk memberikan pengenalan terhadap artikel saya yang seterusnya berkisar tentang sikap buruk orang kita terhadap wang, seperti yang “senior” RJ sedia maklum, artikel saya biasanya agak provokatif kerana ingin menarik perhatian pembaca supaya dapat berfikir dan respon seterusnya dapat menghasilkan satu diskusi berilmu. Saya tidak menyangka yang artikel saya dilihat sebagai mencabar golongan tertentu di RJ, jika saya ditempat mereka juga saya mungkin akan melakukan tindakan melulu sedemikian, maklumlah mungkin artikel “Let’s Talk About Money” dilihat sebagai mencurah pasir kedalam periuk nasi seseorang. Untuk itu saya memohon maaf jika artikel “Let’s Talk a about money” menimpulkan keresahan segelintir dari pembaca RJ. Cukup pengenalan setakat ini, let us go to the real issue.
Mengurus hidup Perkara ini tidak diajar disekolah, jadi perkara pertama yang anda harus lakukan ialah mencari ilmu cara nak uruskan hidup. Ini penting kerana kalau anda tidak tahu menguruskan hidup anda maka tak perlulah untuk baca tulisan seterusnya. Seseoarng individu perlu ada asas mengurus kehidupanya antara lainnya seperti:-
Mempunyai Agama Mempunyai matlamat hidup mempunyai perancangan kehidupan Tahu nilai dan fungsi menjadi seorang manusia Tahu membezakan antara perkara penting dan tidak didalam kehidupan Tahu mengukur kejayaan sendiri tanpa perlu membandingkan dengan orang lain Tahu tahap kepuasan diri Tahu menjaga dan mengawal diri Tahu membezakan antara keperluan dan kehendak hehidupan Tahu harga diri Tahu membezakan antara perkara baik dan buruk
dan banyak lagi perkara yang harus diketahui sebagai seorang manusia yang hidup dimuka bumi ini. Seperkara lagi yang penting didalam menguruskan hidup adalah mengenal diri sendiri yakni kekuatan , kelemahan dan tahap emosi diri. Ini adalah antara faktor penting yang harus diambil kira didalam kita mengurus kewangan kita. Ada masanya kita memerlukan sokongan luaran semasa kita mengurus kewangan, terutama ketika berhadadapan dengan tekanan emosi. Maka carilah ilmu mengenal diri dan Insyaallah anda pasti berjaya didalam apa jua perkara yang ingin anda lakukan. Wang Ada Di Sekeliling Kita
“Duit-duit dimana kau duit, ada yang panggil dollar, ada yang panggil rupiah dan ada yang panggil ringgit .. “ itulah antara lirik lagu yang yang pernah dipopularkan oleh M.Nasir dan seperti artikel saya didalam siri “Let’s Talk About Money” saya dengan ringkas telah membincangkan fungsi dan peranan duit. Kali ini saya ingin membicarakan sikap manusia terhadap duit atau wang. Manusia bila sudah dapat wang selalunya lupa diri dan hanya segelintir manusia yang tahu menghargai wang dengan ertikata sebenar bejaya mengurus wang dengan baik. Ramai diantara kita yang terlalu mengejar wang sampai lupa tanggungjawab kita sebagai khalifah diatas muka bumi ini. Walaubagaimanapun kita memerlukan wang untuk hidup bukannya hidup untuk wang (money to live not live for money). Wang merupakan satu alat untuk meneruskan kehidupan, keperluannya hampir sama dengan udara dan tanpa wang kita kita mampu untuk mendapatkan sumber makanan untuk hidup. Duit atau wang penting untuk kesinambungan hidup yang lebih selesa. Terdapat beberapa fakta tentang wang yang kita perlu ketahui dan antaranya adalah :- Wang boleh ditukar nilai dan dibentuk didalam pelbagai nilai - Nilai wang boleh susut disebabkan oleh factor ekonomi dan inflasi - Wang boleh bertukar tangan atau dipndah milik - Wang boleh dipinjamkan - Wang tidak boleh menjana atau mengganti masa tetapi masa boleh digunakan untuk menjana wang. - Wang boleh membeli dan boleh dibeli - Wang boleh digunakan untuk menjana lebih banyak wang
Penggunaaan wang tidak terhad hanya kepada urusan jual beli, wang juga boleh digunakan sebagai alat gadaian atau gantian kepada sesuatu perkhidmatan, wang juga boleh digunakan sebagai cagaran atau colleteral untuk mendapatkan wang lain yang boleh digunakan untuk menjana lebih banyak wang. Kepercayaan Karut Masyarakat Tentang Wang. Kepercayaan karut pertama yang biasa kita dengar adalah wang sukar ducari, wang tidak sukar untuk dicari, seperti yang saya perkataan didalam artikel yang terdahulu, jual besi buruk pun boleh dapat wang, jual jambu air tepi jalan pun boleh dapat wang atau keja kat kedai mamak pun boleh dapat wang, jangan ada lagi alasan kononnya sukar untuk mendapat wang. Sebenarnya yang sukar bukan untuk mendapatkan wang, kesukaran menahan nafsu dan tidak sabar adalah merupakan perkara sebenar disebalik alasan kesukaran mendapatkan wang. Kesukaran untuk mengekalkan wang yang sedia ada adalah kepercayaan karut kedua masyarakat, terutama masyarakat Melayu, kita biasa dengar “aku tak tahu la duit aku pergi mana, tak pernah cukup, dapat gaji abis bayar hutang, kalau tak hutang pun duit abis macam tu juga”. Ini adalah rungutan yang biasa kita dengar. Pertama yang harus kita semak, saya mengingatkan diri saya sendiri, kita dah bayar zakat atau belum ? yang bukan Islam dah bayar income tax ke belum, ahakss? , ini penting bagi tujuan pembersihan harta atau wang yang kita ada. Kalau belum bayar zakat, cepat-cepat bayar zakat, takut mati nanti kita tak sempat bayar hutang kita dengan tuhan. Kalau tak bayar hutang Along atau hutang credit card takpa, jangan tak bayar hutang tuhan. Kedua yang kita nak kena periksa, termasuk diri saya sendiri, kita bersyukur atau tidak dengan pemberian rezeki Allah selama ini? So, kalau yang tak pernah solat tu, pie la solat, kalau tak pernah bagi duit kat mak bapak, mula la bagi kat depa, kalau tak pernah sedekah tu, pie la sedekah seringgit dua. Bersyukur itu penting, sebab ia akan mengingatkan kita yang kita nie kecil dan kerdil di mata tuhan dan kalau kita rasa susah, ada orang lain yang lebih susah dari kita, sekurangkurangnya kita tak kebulur atau makan siput babi. Ketiga, kalau dah selesai yang dua perkara yang diatas baru kita tengok sikap atau perangai kita tentang wang, kita harus tahu membezakan antara keperluan dan kehendak:-
Bila dah tahu bezakan antara keperluan dan kehendak, maka perkara seterusnya yang harus dilakukan adalah process pengubahan sikap. Ini adalah process yang paling berat kerana kita kena keluar dari zon selamat atau zon keselesaan kita “confort zone” yang kita mungkin dah bertahun terbiasa, maklumlah nak ubah cara hidup atau “lifestyle” memang susah, tapi kalau berjaya dilakukan anda pasti berjaya mengurus wang dengan baik. Pernahkah anda terfikir atau teringat zaman kanak-kanak atau remaja anda? Adakah ketika pada zaman itu anda memerlukan apa yang anda rasa perlukan hari ini? Masih perlukan contoh? (contoh yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman saya pada zaman kanak-kanak dan remaja saya, sekitar 15 tahun dulu) 1. Pernahkah anda terfikir tentang status ketika anda masih kanak-kanak atau remaja? Saya rasa tidak bukan. Jadi kenapa anda harus ambil berat tentang status anda sekarang? Adakah sebagai
seorang executive harus memiliki kereta? Atau harus naik motor, atau memiliki kad kredit, makan direstoran dan sebagainya? 2. Pernahkah anda terfikir tentang kemudahan semasa anda kanak-kanak atau remaja? Kalau masa remaja mampu jalan kaki kemana-mana, kenapa tidak sekarang? Kalau zaman remaja agak fit (bertenaga dan sihat) kenapa tidak sekarang? Kalau dulu mampu berbasikal, kenapa tidak sekarang? Masih mempunyai pelbagai alasan? 3. Pernahkah anda berfikir tentang keenakan pada zaman kanak-kanak atau remaja? Apa yang mak bapak kita kasi makan, itulah yang kita makan bukan? Kenapa sekarang dah pandai makan sup ekor? Cheeze cake? Coffee bean? Tom yam dan lain-lain? Hanya kerana tuntutan moden? atau sebenarnya nafsu semata-mata? 4. Pernahkah anda terfikir tentang gaya semasa kanak-kanak atau remaja? Apa saja baju dan pakaian yang mak bapak kita belikan itulah yang kita pakai, kenapa sekarang dah pandai tentang branding atau jenama? Dah tahu apa itu Levi, jeans , tops, skirt dan lain-lain? Kenapa sekarang kita tidak boleh hidup seperti dulu? Terutama bila sekarang kita sudah mempunyai kuasa memilih, pendapatan sendiri dan kononnya dah pandai hidup berdikari sendiri. Kenapa kita tidak boleh mengamalkan nilai-nilai yang diajarkan oleh mak bapak kita dulu? Adakah kita telah tewas dengan tuntutan nafsu? Kepercayaan karut ketiga adalah kepercyaan bahawa kita lebih memerlukan wang lebih dari wang memerlukan kita. Cuba anda fikirkan, tanpa wang kita masih boleh berfungsi sebagai manusia, tetapi tanpa manusia wang tidak berguna, jadi siapa lebih memerlukan siapa? Tanpa manusia tiada perdagangan, jadi tiada keuntungan. Maka wang cuma alat untuk kita memperalalatkan bagi kepentingan kita sebagai manusia. Jangan takut pada wang atau melihat wang sebagai suatu yang rumit dan kompleks. Jadi kembalilah kepada asas, atau basic keperluan kehidupan. Tentukan apa yang perlu dan apa yang tidak, berubah dan hadapi perubahan itu dengan sabar. Mengurus Wang Adakah anda mula rasa lebih yakin untuk mengurus wang anda dengan lebih bijak dan effective? Manusia mempunyai pelbagai gaya serta corak kehidupan. Bagi saya, yang penting adalah basic atau yang asas, gaya pemikiran saya dibentuk kearah itu. Sikap saya adalah pentingkan diri sendiri dan beringat (selfish but thoughfull). Lain orang lain corak pemikirannya jadi terserahlah kepada anda. Tersapat pelbagai disiplin atau kaedah menguruskan wang. - Mesti ada objektif atau matlamat pengurusan (anda mengurus wang untuk apa? Bukan untuk siapa) - Guna wang bila perlu (untuk keperluan hidup sahaja) - Pastikan tiada kos untuk mengurus (kalau wang kita berada diinstitusi tertentu, pastikan tiada kos pengendalian. Percuma lagi baik. “The best thing in life is a free thing” - Be selfish, dahulukan anda, kerana tiada orang lain yang akan mendahulukan anda dari mereka. - Tahu mengurus aliran tunai (cashflow management), tahu kemana dan dimana wang anda di belanjakan. - Jangan berhutang kalau anda tak tahu cara nak bayar hutang (wang dari mana nak digunakan) - Jangan meminjam wang jika tidak tahu cara nak bayar pinjaman - Simpan. Simpan, simpan, simpan, simpan, simpan wang sebanyak yang boleh (peratusan yang paling tinggi yang boleh diambil dari pendapatan, simpan wang anda sebanyak mungkin) - Simpan wang anda di satu tempat yang senang diurus, elakkan terlalu banyak akaun bank atau tempat simpanan (kecuali anda sudah mempunyai wang yang banyak dan sudah cukup dijadikan modal bagi pengagihan asset atau asset allocation. - Tidak menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan (wang simpanan digunakan sebagai modal bukan untuk dibelanjakan) - Pastikan tempat wang anda disimpan mempunyai jaminan (diMalaysia hanya ada dua institusi yang dijamin kerajaan , bank simpanan nasional dan Permodalan National Berhad, mugkin ada tempat lain yang saya tak tahu) - Elak dari melakukan kesalahan jika tidak mahu disaman (kalau taknak keluar duit jangan buat
kesalahan) - Elakkan pembaziran - Wang harus mudah cair atau mudah tunai. Setiap individu mempunyai gaya pengurusan wang yang berbeza-beza, ada yang agresif dan ada juga yang konservatif, ianya tergantung kepada sikap seseorang itu. Saya seorang yang agresif dan kadang kala buat perkara yang gila-gila bila berhadap dangan wang, saya sudah banyak kali tertipu kerana sikap saya yang agresif dan kurang sabar dan kadang kala tamak. Saya juga telah banyak melakukan kesilapan pada suatu ketika dahulu bila terlalu ghairah melabur. Biarpun saya masih bersikap agresif tapi sekarang saya telah menumpukan sepenuh tenaga saya pada simpan (savings), ketika ini lebih dari 60% pendapatan saya ditumpukan pada simpanan dan selebihnya pada pengurangan hutang dan perbelanjaan harian. “Cash is king” itu moto saya. Pada artikel “Let’s talk about money” saya menyatakan bahawa anda boleh buat duit atau jumpa duit dimana-mana, baru-baru ini kenalan saya mencari dan mengumpulkan semua wang yang beliau ada dimerata tempat, beliau menutup semua akaun anak-anaknya, akaun isteri dan semua akaun yang tidak produktif termasuk tabung haji, dan beliau berjaya mengumpul lebih dari RM10, 000 dari wang yang saya panggil bersepah dan merata-rata, wang tersebut kemudiannya dimasukkan kedalam akaun ASB isteri beliau, dengan kadar purata sekitar 7-8% setahun, paling kurang beliau akan menerima RM700 hingga RM800 setahun duit percuma (free money), paling kurang “free money” ini dapat digunakan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak beliau. Teman saya itu berumur 40 tahun, berpendapatan bersih RM1,600 sebulan, mempunyai 6 orang anak yang masih kecil dan bersekolah, mempunyai isteri yang menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, hanya mempunyai satu hutang rumah sebanyak RM350 sebulan dan hutang yang lainnya telah langsai termasuk hutang kereta dan lain-lain. Bagaimana beliau berjaya hidup tenang tanpa hutang yang banyak dan mampu menyekolahkan anak-anak beliau? Ini kerana beliau mempunyai sikap berikut. -
Pakai baju ikut badan sendiri Rendah diri Mendengar kata, terutama nasihat yang baik Beringat Jujur Sabar Berjimat Berbaik sangka dan baik hati Mempunyai sikap yang terpuji yang lain.
Sekarang setelah penstrukturan semula hutang dan pengumpulan semua wang beliau yang dulunya bersepah-sepah, beliau kini mempunyai potensi untuk beli rumah baru, kumpul asset (rumah lama disewakan), lebih banyak tunai dan mempunyai lebih banyak keupayaan untuk membiayai pendidikan anak-anak beliau Jadi, siapa kata tak boleh financial free dalam apa jua umur anda. Balik kepada sikap kita terhadap wang, terutama orang melayu terbahagi kepada dua golongan. >Golongan pertama ialah golongan bujang atau golongan muda. Bagi yang masih bujang atau muda (dibawah 30 tahun), inilah masa yang paling sesuai untuk mengumpul wang atau modal, kerana masih kurang tanggungjawab dan masih boleh berusaha gigih demi kerjaya anda. Orang bujang tidak memerlukan :- Handphone (kecuali kerjaya anda memerlukannya dan syarikat akan membayar bill telefon bimbit anda) - Tidak perlu makan makanan yang mahal dan tidak perlu untuk makan kerap atau makan kat kedai mamak yang mahal - Tidak memerlukan pakaian mahal atau berjenama - Tidak memerlukan kenderaan sendiri (kecuali kerjaya anda memerlukannya dan syarikat anda membayar kos pengangkutan anda) - Tidak memerlukan hiburan luar (tgk tv, wayang dll) kerana anda sibuk bekerja
tidak memerlukan credit card (kecuali kerjaya anda memerlukannya dan syarikat anda membayar perbelanjaan anda) - Tidak ada teman wanita atau teman lelaki kecuali teman wanita atau teman lelaki mengeluarkan belanja. - Ttidak perlu membazir dengan berbelanja sembarangan - Tidak perlu berhutang - Tidak perlu merokok dll Persoalannya boleh ke orang bujang tahan sabar untuk tidak melakukan perkara diatas? Ada juga yang bertanya dengan saya, berapa lama nak tahan sabar, saya kata seumur hidup, ramai yang tak sangup, tapi saya sanggup dan alhamdullillah dah menampakkan hasil, hasilnya saya kini memiliki beberapa buah rumah, ada kereta, wang tunai dll (separa jutawan), so I’m not just talk the talk but also walk the walk. Sebagai contoh betapa kedekut atau berjimatnya saya, saya cuma ada beberapa helai jeans hitam (RM70 setiap satu) dan hanya dibeli baru atau diganti setiap 2 tahun sekali (2 helai setiap dua tahun). Itu cara saya berbelanja, saya tahu siapa diri saya dan saya memang seorang yang agresif dan extreme pada kewangan anda pula bagaimana? Golongan kedua ialah golongan bekerluarga atau separa umur Bagi golongan yang bekerluarga pula cabarannya lebih hebat, kerana anda perlu berubah dan belajar untuk:- Mengaku yang anda tidak tahu mengurus wang anda (langkah pertama) - Mengubah cara hidup (tidak merokok, berseronok dll) - Belajar untuk berkata TIDAK pada keluarga anda (paling susah) - Tidak mengalah pada kehendak suami / isteri - Tidak mengalah pada kehendak anak-anak (no games, no allowances, basically nothing) - Memekakkan telinga pada umpatan saudara mara - Tidak tercabar dengan rakan-rakan dengan apa yang mereka miliki (terutama hutang) - Bersikap pentingkan diri dan keluarga (anda dan keluarga diutamakan terlebih dahulu sebelum mengutamakan orang lain) - Tidak lupa diri dan ingat kepada keluarga dirumah - Tidak membazir (TV, Astro, DVD, dll merupakan satu pembaziran) - Minta pertolongan Perancangan Kewangan Bertauliah (jumpa certified financial planner) persoalan yang sama timbul, boleh ke orang kita (terutama melayu yang bekeluarga) melakukan perkara diatas dan berubah. Bagi kebanyakan orang memang susah Saya kata boleh, abang-abang saya boleh dan alhamdullilah mereka dah jadi separa jutawan dan ada yang dalam proses nak jadi jutawan senyap insyaallah. Kalau dilihatkan daripada contoh yang saya bagi, fomula yang senang nak kaya atau jadi jutawan ialah ubah sikap dan sabar. Ini saya rasa formula yang paling senang tapi susah nak dilaksanakan, ini kerana purata orang kita (melayu), layu kebelum kembang dan kurang sabar. Maaf saya bukan Melayu (malu nak mengaku dan associate dengan bangsa yang dianggap lemah), saya seorang anak minang tapi bukan melayu ahakss. Ada juga yang bertanyakan tentang bagaimana saya menambah nilai wang saya, pelaburan apa yang saya lakukan dan sebagainya. Bagi saya semua itu cuma alat atau tools, baik saham amanah, OD, shares, land banking, properties, rental, leasing, refinancing, any form of investment atau asset allocation, semuanya tidak penting kalau kita tidak ubah sikap kita. Macam yang saya katakan sebelum ini, kalau nak cari wang bukan susah, anda usaha insyaallah adalah rezeki, jual besi buruk pun boleh dapat wang. Tapi yang susah adalah mengurus wang yang anda dapat. Ramai diantara kita kalah dengan kehendak kita dan masih ramai yang keliru antara keperluan dan kehendak hidup. Ada juga yang bertanya kepada saya, kalau ada duit banyak tak dibelanjakan buat apa, bila lagi nak rasa nikmat hidup. Benar, kalau dah duit banyak, anda boleh buat apa yang anda suka bila dah ada duit yang banyak (bila mencapai objektif pengurusan kewangan), kalau dah ada duit anda berhak melaksanakan objektif kewangan anda. Masalahnya sekarang anda tidak punya wang, so macam mana nak dibelanjakan? Betul tak? Maka cari dan kumpullah wang anda dulu. Tips percuma dari saya (bagi yang bumiputera sahaja). Bagi bumiputera yang ingin menyimpan wang anda, saya syorkan disimpan di ASB, kerana ASB :-
- Dijamin oleh kerajaan Malaysia (ringgit to ringgit, kalau masuk seringgit paling kurang boleh bawak keluar seringgit) tiada dana ynag diberikan jaminan oleh mana-mana kerajaan didunia kecuali ASB oleh kerajaan malaysia (ini bermakna wang anda selamat). - Mempunyai kemudahan seperti akaun simpanan dan mempunyai pulangan seperti saham amanah - Sijil ASB diterima pakai sebagai sandaran (colleteral) maklumlah tak semua orang ada tanah atau property yang boleh disandar di bank. Sijil ASB laku beb. - Pelaburan atau simpanan minima ialah RM10 dan paling banyak RM200K bagi individu. - Tiada had waktu exit (tidak seperti fixed deposit) - Daily rest calculation (lebih kerap simpan lebih baik dan lebih banyak pulangan) - Instrument tabungan paling efective untuk golongan bumiputera.