GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM VTO/VTE/VTM SECARA FAST TRACK DAN SINGLE-TIER OLEH FeMAC DENGAN KERJASAMA CIAST
1. PENDAHULUAN Pihak FeMAC telah dibenarkan semula mengendalikan program VTO/VTE/VTM secara fast track dan single-tier dengan kerjasama CIAST pada 9 Januari 2013. Kaedah pelaksanaan program yang dijalankan oleh FeMAC adalah berpandukan kepada Garis Panduan yang dikeluarkan oleh pihak JPK (Rujuk Garis Panduan 2013 ) dengan sedikit penambahan dari sepi persiapan calon diperingkat “Pra Permohonan” sebelum calon memohon dan mendaftar di bahagian MOSQ unit PPT untuk persijilan.
2. OBJEKTIF PERLAKSANAAN PROGRAM Membantu dan penambahbaik dalam pelaksanaan atau kaedah penilaian diperingkat “Pra Permohonan” untuk persiapan dan “Pembangunan Portfolio” agar calon dapat memahami dan mengenalpasti kehendak dan kaedah penilaian. Seterusnya calon yang berkelayakan mampu menyediakan bukti dan dapat “Membangunkan Portfolio” yang lengkap bersesuaian dengan kehendak program yang dipohon dengan bimbingan dan penyeliaan facilitator atau panel yang dilantik oleh FeMAC
3. KAEDAH PENILAIAN DALAM PELAKSANAAN PROGRAM FeMAC mengunakan konsep “Mentor dan Mentee” dimana setiap calon akan diserahkan kepada facilitator yang dilantik oleh FeMAC. dan facilitator tersebut akan membimbing / menyelia calon daripada prosess “Penilaian Kendiri” hingga “Analisa Jurang Kompetensi” diperingkat Pra Permohonan seterusnaya memberi khidmat nasihat dan penyeliaan dalam proses “ Pembangunan Portfolio”.
Calon- calon yang telah berkeyakinan dan dapat memberi bukti-bukti dan dapat “Membangunkan Fortfolio” dengan lengkap akan didaftarkan kebahagian persijilan MOSQ untuk proses seterusnya.
FeMAC mengambil pendekatan bahawa semua calon yang telah melepasi proses “Pra Permohonan” berupaya melepasi proses temuduga untuk prosess “Pengesahan Kompetensi” yang dijalankan oleh pihak CIAST melalui panel-panel yang dilantik. (RUJUK CARTA ALIR PELAKSANAAN PROGRAM OLEH FeMAC)
4. KRITERIA PERMOHONAN Pemohon hendaklah memenuhi criteria permohonan mengikut program yang dipohon seperti dalam Garis Panduan yang ditetapkan oleh JPK (Rujuk Garis Panduan 2013) dengan tambahan syarat berikut
4.1 : Program VTO 4.1.1 Calon program VTO hendalah berumur sekurang-kurangnya 25 tahun keatas dengan sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman mengajar program latihan kemahiran dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JPK 4.1.2
Telah mengikuti kursus Induksi pentauliahan oleh JPK
4.2 : Program VTE 4.2.1 Calon program VTE hendalah berumur sekurang-kurangnya 25 tahun keatas dengan sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman mengajar dan menyelia program latihan kemahiran seperti yang ditetapkan dalam syarat kelayakkan oleh JPK 4.2.2 Telah mengikuti kursus Induksi pentauliahan oleh JPK
4.3 : Program VTM 4.3.1 Calon program VTM hendalah berumur sekurang-kurangnya 25 tahun keatas dengan sekurang-kurangnya 4 tahun pengalaman mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran program latihan kemahiran seperti yang ditetapkan dalam syarat kelayakan oleh JPK 4.3.2 Telah mengikuti kursus Induksi pentauliahan oleh JPK
(Pihak FeMAC akan menganjurkan kursus Induksi Pentauliahan jika ramai calon masih belum mengikuti kursus tersebut)
5. PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT Calon-calon yang berminat mengikuti program melalui FeMAC dikehendaki mengisi borang JPK/PPT/1001(VT)EM-Fast Track) PI yang dikeluarkan oleh JPK dan hendaklah dihantar terus kepada sekretariat FeMAC berserta dengan resume calon dan bayaran Pendaftaran bagi tahun 2013 akan hanya dibuka setiap 2 bulan, bermula ambilan April seperti jadual berikut, i) Batch 1 - Tarikh tutup permohonan pada 25hb. April 2013 ii) Batch 2 – Tarikh tutup permohonan pada 25hb. Jun 2013, iii) Batch 3 – Tarikh tutup permohonan pada 26hb. Ogos 2013 dan iv) Batch 4 – Tarikh tutup permohonan pada 25hb Oktober 2013 Calon yang memohon dan layak, akan dipanggil untuk sessi taklimat dan kaunseling selama 2 hari yang dikendalikan oleh pihak CIAST dan FeMAC seperti berikut (jika perlu) Hari Pertama : Taklimat oleh pihak CIAST Hari Ke 2
: Taklimat facilitator dan agihan calon kepada facilitator serta sessi kaunseling.
(Tarikh taklimat adalah seminggu selepas tarikh tutup permohonan dan akan dimaklumkan kepada calon)
6) BAYARAN YURAN DAN PERSIJILAN Bayaran yuran oleh setiap calon untuk program ini adalah seperti berikut; i) Bayaran sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja) (bayaran adalah untuk Pengurusan FeMAC, Facilitator dan lain-lain (jika ada) ~ Kursus pemantapan atau kursus tambahan VTO/E/M (jika diperlukan) dan kursus Induksi Pentauliahan tidak termasuk dalam bayaran diatas)
ii) Bayaran sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratu Sahaja) (bayaran adalah untuk pendaftaran kepada JPK untuk persijilan ~ Bayaran kepada pihak JPK untuk pendaftaran persijilan akan diurus oleh FeMAC)
Jumlah bayaran keseluruhan adalah RM800.00 (Ringgit Malaysia : Lapan Ratus Sahaja). Bayaran melalui cek hendaklah atas nama SEKRETARIAT FeMAC dan hendaklah dihantar ke pejabat sekretariat FeMAC berserta borang permohonan dan resume) (bayaran sekali sahaja bagi setiap persijilan mengikuti tahap tertinggi yang dipohon dan layak untuk dipersijilkan) Nota; Calon-calon yang menarik diri atau gagal semasa prosess “Pra Permohonan” bayaran RM500.00 tidak akan dikembalikan. Bayaran RM300.00 untuk persijilan akan dikembalikan dengan syarat calon belum didaftarkan kepada JPK untuk persijilan.
7) LAIN-LAIN Semua syarat dan kaedah pelaksanaan program oleh FeMAC adalah mengikut syarat dan ketetapan oleh pihak JPK dan CIAST dan tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan kelak. Garis Panduan dan semua dokumen permohonan dan penilaian adalah perpandukan kepada Garis Panduan yang dikeluarkan oleh JPK dan CIAST dengan melayari Laman Sesawang : www.ciast.gov.my ( rujuk kepada Program VTO/VTE/VTM Fast Track 2013)
8) PENUTUP FeMAC mengalu-alukan program yang dijalan oleh FeMAC dengan kerjasam CIAST ini tercapai seterusnya mencapai objektif membantu “Mempersijilkan individu yang berkelayakan dalam metodologi latihan dengan VTO/VTE/VTM secara fast track dan single-tier” selaras dengan objektif program oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Terima kasih Presiden Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) 20 Mac 2013
CARTA ALIR PELAKSANAAN PROGRAM VTO, VTE DAN VTM SECARA FAST TRACK DAN SINGLE- TIER OLEH FeMAC DENGAN KERJASAMA CIAST Mula PENILAIAN KENDIRI Borang Permohonan Hantar dan Diterima oleh FeMAC dengan Bayaran
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Permohonan ditolak /kembali kepada pemohon
Semakan Borang Permohonan & Kelayakkan
PERINGKAT PRA PERMOHONAN
Taklimat CIAST / FeMAC Lantikan Facilitator kepada Calon
Lengkapkan Duti dan / atau kursus (jika perlu)
Gap ≤ 30%
Penilaian Analisa Jurang Kompetensi & Keputusan
Pengumpulan Bukti dan Pembangunan Portfolio
PENYELIAAN OLEH FASILITATOR FeMAC Gap ≥ 30%
Pendaftaran Calon untuk Persijilan ke Bahagian MOSQ diurus oleh FeMAC -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Temuduga dan Penilaian oleh CIAST
SESSI PENILAIAN (CIAST)
Pengesahan Kompetensi
Persijilan (SKM) Tamat
PERSIJILAN (MOSQ)