UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Anugerah Inovasi ICT
Tahun 2014
ANUGERAH INOVASI ICT 1.
Tujuan Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada Inovasi ICT yang dihasilkan oleh kakitangan yang memberi impak besar dan signifikan serta menyokong Fakulti/Pusat/Institut/ Bahagian/Unit khususnya dan UKM amnya.
2.
Skop Inovasi dalam bahasa yang mudah ialah pembaharuan. Pembaharuan biasanya lahir daripada idea seseorang pekerja dalam sesebuah organisasi. Muncul daripada pembacaan, pemerhatian, pengalaman, penandaarasan dan beberapa aktiviti lain. Idea boleh muncul daripada individu dan boleh juga muncul atau dizahirkan dalam bentuk kumpulan. Idea kakitangan perlu dimanfaatkan oleh organisasi untuk melakukan penambahbaikan ke atas input, proses atau sistem dan output atau perkhidmatan bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti. Inovasi atau pembaharuan yang diperkenalkan oleh kakitangan sesebuah organisasi boleh dilihat dan diukur mengikut dua kategori yang utama iaitu: a.
Inovasi Ia mewakili pencetusan idea baru yang boleh memberikan kesan positif dan mendorong kepada perubahan dalam aspek input, proses atau sistem dan perkhidmatan atau produk.
b.
Peningkatan/Penambahbaikan Kualiti Ia mewakili penambahbaikan kualiti ke atas input, proses atau sistem dan perkhidmatan atau produk yang sedia ada untuk memberi nilai tambah kepada tahap kepuasan pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan dan seterusnya memberi impak positif kepada organisasi.
Tahun 2014
Terdapat dua jenis inovasi yang boleh dipertimbangkan untuk kategori di atas: a.
Inovasi ke atas sistem - dilihat sejauh mana kaedah dan prosedur kerja baru yang diperkenalkan oleh kakitangan telah berupaya menambah baik sistem kerja yang sedia ada. Aspek ini termasuk usaha memudahkan borang dan carta alir kerja, memperkenalkan garis panduan dan proses kerja baru yang lebih berkesan, memperkenalkan cara kerja baru menerusi penggunaan ICT dan sebagainya.
b.
Inovasi ke atas output/perkhidmatan dan produk akhir dilihat sejauh mana perkhidmatan dan produk akhir yang diperkenalkan, hasil inovasi/perubahan telah meningkatkan kualiti dalaman organisasi serta memberikan kesan positif dalam aspek-aspek berikut:
3.
Meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan/produk kepada pelanggan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Meningkatkan/memudahkan proses kerja. Menjimatkan masa dan mengurangkan kos operasi serta karenah birokrasi. Memenuhi atau melampaui jangkaan pihak berkepentingan .
Syarat Penyertaan a.
Semua Individu dan Kumpulan Kakitangan (termasuk ahli yang terlibat membangunkan sistem) layak mencalonkan projek atau inovasi berbentuk ICT bagi anugerah ini dengan mendapat perakuan daripada Fakulti/ Institut/ Pusat/ Jabatan/ Unit;
b.
Inovasi ICT ini bermaksud pencetusan idea baru yang menggunakan ICT untuk menyokong Fakulti/Pusat/Institut/ Bahagian/Unit khususnya dan UKM amnya;
c.
Inovasi yang dicalonkan bukan projek yang di outsource dan bukan projek di bawah kategori Sistem Maklumat Bersepadu UKM seperti SMK, SKU, SMP, C-HetS tetapi sistem aplikasi sokongan terhadap Sistem Maklumat Bersepadu layan dicalonkan;
d.
Setiap projek yang dicalonkan mestilah telah terbukti pemakaiannya dan telah menjalani proses uji cuba dan kajian kepuasan pengguna;
e.
Inovasi ICT yang telah memenangi anugerah yang setaraf dan lebih tinggi daripada Anugerah Inovasi ICT ini tidak layak dicalonkan.
Tahun 2014
4.
Kategori Anugerah a. b.
5.
Kriteria Pemilihan a.
b. c.
6.
Individu. Kumpulan.
Penilaian dibuat berdasarkan kepada keaslian idea atau kaedah pencetusan idea serta keselamatan, kesepaduan, kekemasan dan kecekapan sistem yang dibangunkan; Penggunaan sumber yang optimum termasuk penggunaan sumber manusia, peralatan dan teknologi yang memanipulasi maklumat tersebut; Tahap sokongan pihak pengurusan Fakulti/Pusat/Institut/Jabatan/ Bahagian/Unit.
Prosedur Permohonan a) b) c) d) e)
Permohonan/Pencalonan hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan. Permohonan perlu dibuat melalui Dekan Fakulti/Pengarah Institut. Permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian yang ditubuhkan oleh Universiti dan sekiranya sesuai lawatan teknikal akan dijalankan. Keputusan Jawatankuasa Penilaian adalah muktamad. Borang yang telah lengkap hendaklah disampaikan kepada:
Urusetia Anugerah Inovasi ICT d/a Pusat Perancangan Korporat Aras 3, Bangunan Canselori (U/P: Puan Zaimi Binti Makhtar) 7.
Anugerah a) b)
8.
Kategori Individu - RM2,000 dan Sijil Kategori Kumpulan - RM4,000 dan Sijil
Penganugerahan Di Peringkat PTJ i.
Kaedah Menilai Panel penilai di peringkat PTJ harus menggunakan kreativiti masingmasing untuk memilih pemenang bagi keempat-empat kategori jawatan pada setiap tiga bulan sekali. Proses penilaian akan berjalan pada sepanjang tahun. Namun, PTJ disarankan mengguna pakai kaedah atau langkah seperti berikut:
Tahun 2014
ii.
a.
Pengerusi Pusat Pengajian atau Ketua Jabatan mencalonkan pemenang mengikut Pusat Pengajian dan Jabatan masingmasing untuk dipilih atau diputuskan oleh Panel Penilai peringkat Fakulti. Penilaian perlu diukur/dinilai dengan melihat kesan ke atas perubahan/inovasi yang dilakukan dalam aspek input, proses dan sistem ataupun perkhidmatan/produk.
b.
Inovasi perlu di dokumen agar ia boleh dilihat dan di tafsir sebagai sebuah projek sama ada projek peningkatan atau penambahbaikan kualiti inovasi atau produk baru.
c.
Bilangan pemenang di peringkat PTJ boleh mengikut budi bicara Panel Penilai dan pencapaian produk berkenaan. Pemilihan harus berdasarkan kepada Kriteria yang digunakan di atas;
Anugerah Pemenang untuk kesemua kategori pada prinsipnya layak menerima pengiktirafan seperti berikut:
Tahun 2014
a.
Sijil penghargaan yang ditandatangani oleh Dekan Fakulti/Pengarah Pusat atau Ketua PTJ (satu salinan sijil penghargaan perlu disimpan/dimuatkan ke dalam fail peribadi/UKM(PER) kakitangan yang berkenaan).
b.
Hadiah berbentuk plak/pen/buku atau cenderamata iringan yang sesuai mengikut kemampuan/kesesuaian PTJ.
BORANG PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ICT
1.
Kategori: Individu Kumpulan
2.
Butiran Individu / Kumpulan Tajuk Projek : …………………………………………………………………………………………………………….. Nama (Individu/ Kumpulan) : …………………………………………………………………………….......... Nama Ketua Kumpulan (bagi calon Kumpulan) : ……………………………………………………..... No. UKM (PER) : ………………………………………… No Telefon : …………………………………………. No. Faks : ………………………………………….… Jawatan : ……………………………………… Fak/Ins/ Pusat/ Jabatan : …………………………………...
3.
Maklumat Pencalonan Sebutkan pencapaian/ penemuan/ hasil, sama ada inovasi ke atas input, inovasi ke atas proses mahupun inovasi ke atas output. Sila taip hasil pencapaian inovasi antara 200 – 250 patah perkataan sahaja. Bandingkan keadaan sebelum dan selepas inovasi. Bukti kajian kepuasan pengguna hendaklah disertakan. Sila sertakan gambar, carta alir, garis panduan, prosedur dan sebagainya (mana-mana maklumat yang difikirkan perlu). Tunjukkan bukti yang sesuai dan senaraikan nama ahli kumpulan, No. UKM (PER) dan jawatan ( bagi projek inovasi secara Kumpulan).
Tahun 2014
4.
Pengakuan Calon Saya/kami mengaku bahawa inovasi ini adalah asli. Pada sepanjang pengetahuan saya, maklumat dalam laporan ini adalah benar. Tandatangan Calon/ Ketua Kumpulan: ………………………………………………………………………… Tarikh : ………………………………………….
5.
Pengesahan Dekan/ Pengarah/ Ketua PTJ
Saya menyokong permohonan ini
Saya tidak menyokong permohonan ini.
Ulasan: ____________________________________________________________ ____________________________________________________________
_________________________ Tandatangan Dekan/Pengarah/ Ketua Jabatan Dan Cop Rasmi
Tahun 2014
Tarikh :