UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Anugerah Pengajar Cemerlang Dan Anugerah Pengajar Cemerlang (Muda)
Tahun 2014
ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG dan ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG (MUDA)
TUJUAN ANUGERAH UKM sebagai Universiti Penyelidikan harus lebih terbuka dan proaktif terhadap tuntutan daripada pihak berkepentingan dan bakal graduan (pelajar) yang menjadi pengguna utama pendidikan yang ditawarkan. Segala hasil penyelidikan semestinya dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkat dan memantapkan tahap kefahaman terhadap pelajar. Bagi menjadi Universiti terpilih di peringkat dunia yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan, seluruh kakitangan akademik UKM perlu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara berterusan dan konsisten. Kaedah serta pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran secara interaktif dan epembelajaran dapat mewujudkan budaya pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat. Sehubungan itu, universiti harus memikirkan secara terancang langkahlangkah untuk mengenal pasti, menganalisis dan seterusnya mengiktiraf secara rasmi usaha-usaha pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, berkualiti serta inovatif. Anugerah Pengajaran Cemerlang bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada kakitangan akademik yang telah menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran. Kesarjanaan pengajaran merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Kecemerlangan pengajaran merujuk kepada amalan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif, berasaskan falsafah/teori/prinsip pengajaran yang mantap untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.
SYARAT PERMOHONAN 1.
Kakitangan Akademik sepenuh masa yang telah disahkan dalam jawatan dan telah mengajar sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun di IPT, hanya seorang sahaja yang layak dianugerahkan setiap tahun.
2.
Untuk kakitangan Akademik yang perkhidmatan di bawah 10 tahun akan dikategorikan kategori ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG (MUDA).
3.
Pencalonan boleh dibuat oleh Fakulti/Institut/Pusat dan individu boleh juga mencalonkan diri sendiri untuk anugerah ini.
4.
Calon boleh memohon setiap tahun, tetapi seseorang calon hanya boleh menerima Anugerah Pengajar Cemerlang ini sekali seumur hidup.
5.
3 pemenang ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG (MUDA) mengikut kelompok, satu pemenang untuk satu kelompok.
6.
Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan butir diri (curriculum vitae) terkini dan lengkap.
Tahun 2014
KRITERIA PENILAIAN Penilaian bagi Anugerah Pengajar Cemerlang dan Anugerah Pengajar Cemerlang (Muda) adalah sama berdasarkan kriteria berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Ilmu pengetahuan tentang teori dan falsafah pengajaran dan pembelajaran yang menggambarkan kesarjanaan calon. Inovasi dan kreativiti dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kesan inovasi yang digunakan terhadap kualiti pembelajaran. Inovasi dan kreativiti dalam kaedah penilaian pembelajaran. Bukti usaha penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran melalui amalan reflektif dan penyelidikan. Perkongsian ilmu dan pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti bimbingan dan penyeliaan.
PROSEDUR PENILAIAN Penilaian dijalankan secara berperingkat seperti berikut: Peringkat 1: Penilaian portfolio Portfolio WAJIB mengandungi perkara-perkara berikut: 1.
Maklumat ilmu pengetahuan tentang teori dan falsafah pengajaran dan pembelajaran yang menggambarkan kesarjanaan calon. 1.1 Penyataan falsafah pengajaran yang tidak melebihi dua (2) muka surat. 1.2 Penyataan inovasi dan kreativiti yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.3 Maklumat mengenai kursus yang diajar. a. b. c. d.
2.
Senarai kursus yang pernah diajar Rangka kursus dan bilangan pelajar Teknik/pendekatan/strategi yang digunakan Contoh bahan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (seperti nota, modul pengajaran, bahan pembelajaran digital, CD, bahan bantu mengajar, blog, e-learning dan lain-lain).
Inovasi dan kreativiti dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Sertakan bukti inovasi dan kreativiti yang dilaksanakan dalam pengajaran seperti berikut: 2.1 2.2 2.3
Tahun 2014
Penyataan dan asas inovasi dan kreativiti yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bukti bagaimana inovasi dan kreativiti dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah merangsang dan memupuk pemikiran aras tinggi.
3.
Kesan inovasi yang digunakan terhadap kualiti pembelajaran. Sertakan bukti keberkesanan inovasi pengajaran terhadap meningkatkan kualiti pembelajaran seperti berikut: 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5
Peningkatan pencapaian pelajar. Hasil penilaian kursus. Contoh hasil kerja pelajar. Anugerah/ surat penghargaan/ testimonial daripada pelajar, rakan sejawat, universiti, masyarakat dan antarabangsa. Lain-lain bukti.
4.
Bahan bukti inovasi dan kreativiti dalam kaedah penilaian pembelajaran.
5.
Bukti usaha penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran melalui amalan reflektif dan penyelidikan.
6.
Perkongsian ilmu dan pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran.
7.
Aktiviti bimbingan dan penyeliaan 7.1 7.2 7.3
Tahap pengajian pelajar (prasiswazah/sarjana/PhD) yang dibimbing/diselia (sertakan bukti) Pernyataan dan asas inovasi dan kreativiti yang digunakan dalam bimbingan dan penyeliaan. Bukti bagaimana inovasi dan kreativiti dilaksanakan dalam bimbingan dan penyeliaan.
Kandungan portfolio hendaklah disusun mengikut urutan di atas. Portfolio calon yang mencapai markah 80% akan ke Peringkat 2 Peringkat 2: Temuduga dan Simulasi Pengajaran Temuduga dan simulasi pengajaran akan dijalankan bagi calon yang telah disenarai-pendek di Peringkat 1. 1.
Temuduga Temuduga akan merangkumi perkara berikut: 1.1 1.2 1.3 1.4
Tahun 2014
Falsafah pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Keunikan pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.
Simulasi Pengajaran Masa yang diperuntukkan bagi simulasi pengajaran adalah 15 minit dan diikuti dengan soal jawab. Perkara yang dinilai dalam simulasi pengajaran: 2.1
Keberkesanan komunikasi.
2.2
Kejelasan penyampaian 2.3 Keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar. 2.4 Keupayaan meyakini ‘pelajar’. 2.5 Keupayaan melibatkan ‘pelajar’ secara aktif dan berkesan. 2.6 Keupayaan memotivasikan ‘pelajar’.
KEPUTUSAN PENILAIAN Hanya calon yang mencapai markah tertinggi di Peringkat 2 bagi akan diperakukan untuk dipertimbangkan sebagai penerima: 1. 2.
Anugerah Pengajar Cemerlang Anugerah Pengajar Cemerlang (Muda)
KELOMPOK ANUGERAH Tiga (3) kelompok Anugerah Pengajar cemerlang dan contoh bidang adalah seperti berikut:
Kelompok Anugerah Sains
Sains Kesihatan
Sastera dan Sains Sosial
Fakulti Fakulti Sains dan Teknologi Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Fakulti Perubatan Fakulti Sains Kesihatan Fakulti Farmasi Fakulti Pergigian Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Fakulti Pengajian Islam Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Fakulti Pendidikan Fakulti Undang-Undang Pusat Pengajian Umum
Bidang pengajian yang tidak disenaraikan dalam 'Contoh Bidang' akan dimasukkan dalam kelompok berdasarkan fakulti/pusat pengajian/pusat/institut dimana pemohon mengajar.
Tahun 2014
NILAI ANUGERAH 1.
Nilai hadiah Anugerah Pengajar Cemerlang adalah RM10,000 (RM5,000 wang tunai dan RM5,000 berbentuk geran) berserta piala dan sijil penghargaan daripada Naib Canselor UKM.
2.
Calon yang sampai ke peringkat kedua akan diberikan sijil penghargaan dari Naib Canselor
3.
Anugerah Pengajar Cemerlang akan diberikan mengikut kelompok dan pemenang akan dicalonkan untuk Anugerah Pengajar ANUGERAH AKADEMIK NEGARA. Universiti akan membantu calon dalam persediaan mengemukakan permohonan ke ANUGERAH AKADEMIK NEGARA.
4.
Universiti akan mengangkat Pemenang Anugerah Pengajar ANUGERAH AKADEMIK NEGARA sebagai TOKOH AKADEMIK dan akan menerima hadiah wang tunai dari universiti bernilai RM10,000.
5.
Nilai hadiah Anugerah Pengajar Cemerlang (Muda) adalah wang tunai RM3,000 berserta sijil penghargaan daripada Naib Canselor.
Tahun 2014