SURAH AL HUJURAT
1
2
3
TERJEMAHAN SURAH AL HUJURAT
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu memandai-mandai melakukan satu perkara yang MENDAHULUI Allah dan Rasul Nya; Bertaqwalah kamu pada Allah, sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.(1)
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan sekali-kali kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan jangan kamu memekik suara kamu semasa berbual dengan Rasul, sebagaimana sesetengah dari kamu memekik-mekik kan suara kamu sewaktu bercakap antara satu sama lain; Dengan ini, agar pahala amal-amal kamu tidak terhapus, sedang kamu tidak menyedarinya.(2)
Sesungguhnya, orang-orang yang merendahkan suaranya ketika mereka berada disisi Rasulullah; maka mereka itu sebenarnya orang yang telah di bersihkan Allah hati-hati mereka untuk bertaqwa; Mereka diberi pengampunan dan pahala yang besar.(3) 4
Sesungguhnya, orang-orang yang memanggil Mu dari luar bilik mu itu, kebanyakkan mereka tidak beradab.(4)
Kalau mereka bersabar menunggu Engkau keluar menemui mereka, itu lah yang terbaik bagi mereka; Ingat lah! Allah itu Maha Pengampun lagi Mengasihani.(5)
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidiki lah kebenarannya, supaya tidak menimbulkan perselisihan dengan satu kaum lain, kerana kejahilan kamu itu, dan akan menyesali nanti atas kelalaian kamu itu.(6)
Dan ketahui lah, dalam kalangan kamu itu ada Rasulullah, (Ketua Pentadbir) maka jangan lah kamu mendahului pendapatnya, kalau dia menurut kehendak kamu dalam banyak perkara, tentulah kamu akan menghadapi kesukaran. Tetapi Allah telah menetapkan IMAN ke dalam hati-hati kamu dan menanam
5
rasa benci pada kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan. Mereka ini di kategorikan sebagai orang-orang yang mendapat petunjuk.(7)
Ianya adalah sebagai limpah kurnia dan nikmat dari Allah. Ingat lah Allah Maha Mengetahui dan Berkuasa.(8)
Dan jika terdapat dua kumpulan orang yang beriman berperang, damaikan lah mereka: jika didapati satu kumpulan itu menzalimi kumpulan yang lain, maka perangi lah yang zalim itu sehingga mereka kembali patuh perintah Allah. Jika keduanya itu telah kembali patuh maka damaikan lah mereka dengan penuh keadilan (mengikut hukum Allah). Berlaku adil lah (dalam urusan kamu) sesungguhnya Allah sangat suka (dan menghormati) orang-orang berlaku adil.(9)
Sesungguhnya, orang-orang beriman semuanya adalah bersaudara: maka uruskan perselisihan kedua-dua saudara kamu itu, bertaqwalah kamu dengan Allah, semuga kamu mendapat rahmat Nya.(10)
6
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaknya jangan ada satu puak lelaki mencemuh-mengejek satu kumpulan yang lain: mungkin kumpulan yang di ejek itu lebih baik dari kamu; Jangan pula ada kumpulan perempuan mencemuh-mengejek satu kumpulan perempuan yang lain; ada kemungkinan kumpulan yang diejek itu lebih baik dari kamu: jangan pula ada yang membuka aib yang lain: jangan kamu menggunakan gelaran buruk kepada yang lain. Perangai ini, mencacatkan seseorang itu setelah dia beriman. Sesiapa yang telah melakukanya dan tidak bertaubat, maka mereka di kategorikan sebagai orang zalim.(11)
Wahai orang-orang yang beriman, hendak lah kamu menjauhi banyak prasangka buruk kepada yang lain; sesungguhnya sebahagian prasangka buruk itu berdosa. Jangan kamu mengintai-intai (ehwal peribadi orang lain), dan jangan pula mengumpat di antara satu sama lain: Perbuatan ini samalah dengan kamu cuba memakan daging saudara kamu sendiri yang telah mati! Sukakah kamu berbuat demikian? Pasti ianya sangat menjijikan; bertaqwalah pada Allah. Sesungguhnya Allah itu maha Penerima Taubat dan Maha Mengasihani.(12)
7
Wahai semua manusia! Sesungguhnya Kami telah mencipta kamu yang terdiri dari lelaki dan perempuan; dan Kami jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak; semata-mata untuk kamu kenal mengenali satu sama lain. Ingat! Sesungguhnya, yang termulia di antara kamu disisi Allah ialah orangorang yang paling bertaqwa di antara kamu; Allah itu, sesungguhnya Maha Mengetahui dan Maha Mendalam Pengetauan Nya.(13)
Orang-orang Arab Badwi berkata: “ Kami ini orang beriman”. Jawab lah pada mereka: “ kamu semua sebenarnya tidak beriman!”. (janganlah kata sekasar itu!) akan tetapi katalah “ Kita semuanya telah menjadi Islam dan masih perlu masuknya Iman itu ke dalam hati-hati kami!”( dengan yakin pada Allah dan Rasul Nya); Jika kamu semua taat dan patuh pada Allah dan Rasul Nya, maka sedikit pun pahala dari amal-amal baik kamu itu tidak dikurangkan. Sesungguh nya, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.(14)
Sesungguhnya, orang-orang yang beriman itu adalah orang-orang yang beriman dengan sepenuh yakin pada Allah dan Rasul Nya kemudian mereka sedikit pun tidak merasa syak (dalam iman mereka itu); mereka sanggup 8
berkorban ke jalan Allah dengan harta benda mereka dan juga dengan jiwaraga mereka; Mereka ini dikenali sebagai 0rang-0rang Yang Benar dan Membenarkan ( As Siddiqiyyun).(15)
Katakan lah pada mereka (Wahai Muhammad)!: “ Adakah sengaja kamu nak beritahu Allah tentang agama kamu itu (dengan perkataan’ kami ini orang beriman’) sedangkan Allah mengetahui (hakikat sebenarnya) apa yang ada di langit dan di bumi; dan Allah itu Maha Mengetahui tiap segala sesuatu.(16)
Mereka anggap berbudi pada mu (wahai Muhammad) kerana sikap mereka menyerah, tidak melawan dan menentang kamu: Jawab lah pada mereka; ‘ jangan lah kamu beranggapan berbudi begitu pada aku, kerana pengakuan kamu itu; Hanya Allah sahaja yang boleh menerima budi kamu itu untuk memberi petunjuk pada kamu supaya beriman pada Nya, itu pun, jika kamu benar-benar yakin dan percaya.(17)
Sesungguhnya, Allah itu maha Mengetahui semua perkara ghaib di langit dan di bumi: dan Allah Maha Tajam Penglihan Nya atas semua perlakuan kamu.(18)
9
SINOPSIS SURAH Surah al Hujurat diturunkan di Madinah dan merupakan surah yang ke 49 dari seluruh surah-surah al Quraan. Ia mengandungi 18 ayat berbanding dengan surah-surah lain dalam Juzuk 26 ini, Akan tetapi pengajaran yang ada dalam surah ini sangat bererti dalam pembentukan hubungan manusia dengan manusia, hubungan dengan Allah dan pembentukan masyarakat Islam yang dinamik. ‘Alhujurat’ bererti bilik-bilik; dalam surah ini, al hujurat dirujukkan kepada bilik-bilik tempat tinggal Rasulullah dan keluarga baginda. Pentingnya perkara bilik-bilik ini dijadikan tajuk surah ini ialah; Allah mencegah samasekali, orang ramai atau sahabat baginda memanggil baginda dari luar bilik untuk mengajak keluar dan berbincang dengan Baginda. Perkara ini dianggap penting kerana pemanggil itu dianggap biadap. Adabnya, dia mestilah menunggu sehingga Rasulullah keluar, bukan memekik memanggil baginda dengan cara itu. Secara amnya, surah ini memaparkan aspek komunikasi dan ADAB berkomunikasi yang berteraskan Allah, Iman dan Takwa. Allah menyeru sebanyak LIMA kali dalam surah ini dengan perkataan (wahai orang-orang yang beriman)! yang membawa erti bahawa seruan ini ‘sangat penting supaya orang yang beriman memberi perhatian dan tumpuan yang lebih tentang isu-isu yang di bincang dalamnya, memberi penekanan dalam interaksi dengan yang lain dalam masyarakat dan menjaga semua saranan-saranan itu kerana ianya di kaitkan dengan iman dan amal.’ Surah ini cuba mencerahkan hakikat akidah dan syariat. Hubungan komunikasi sesama manusia melibatkan hati dan akal bagi mencapai satu matlamat yang jauh baiknya kehadapan bagi masyarakat Islam yang beriman dengan Allah. Ianya melibatkan masalah disiplin dan pengurusan diri, ujian dalam diri dan latihan-latihan yang berteraskan Akidah dan Syariaat. Surah ini membawa kita kepada berilmu, punyai ‘komunikasi’ yang penuh kredibiliti diri, kemuliaan diri, kebersihan dan kesejahteran diri dalam masyarakat bagi mengisi penghidupan yang baik di alam ini. Ianya adalah ADAB-ADAB yang disarankan oleh Allah sendiri kepada manusia semua, 10
terhadap Rasul Nya, terhadap diri sendiri, terhadap orang lain kerana ia bukan sekadar komunikasi biasa tetapi melibatkan perasaan dan maruah diri, supaya semuanya dalam kongkongan akidah dan syariaah. Terdapat Tujuh isu-isu besar yang di tujahkan dalam surah ini; Berhadapan dengan Allah dan Rasul Nya: Adabnya seorang yang beriman ialah dia TIDAK MENDAHULU kan dirinya dari Allah dan Rasul Nya; Ini termasuk lah dalam hal-hal berikut:- a) Mendahului perkara-perkara wajib dan Haram. b) Mendaului perlaksanaan hukum-hukum termasuk penentuan hukum itu sendiri. c) Tidak mendahului apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul Nya. d) Tidak mencipta hukum-hukum baru, dan tidak melampui takwa dan rasa takut pada Allah. e) Mempastikan rasa ‘malu’; hormat dan beradab degan adab yang tinggi di hadapan Allah dan Rasul Nya. Berhadapan khusus dengan Rasulullah semasa bersama baginda a) Menjaga batas-batas dan tatsusila adab dihadapan Rasulullah. b) Tidak mengangkat suara lebih dari suara Rasul. c) Tidak berkomunikasi dengan Rasul sebagaimana anda berkomunikasi dengan kawan-kawan anda. d) Bertahan dan berlembut di hadapan Rasulullah. e) Menyakini berada bersama Rasul seperti kita bersama dengan Allah dan kita diuji ketaqwaan kita oleh Allah. f) Tidak memanggil Rasul dari luar bilik baginda untuk berkomunikasi. Batas-batas Pembawa Berita dan Penyebarnya Termasuk pengeluaran berita, penyebaran berita oleh pendengar hendaklah: a) Bertegas dalam kebenaranya. b) Dipastikan sumber berita itu samaada dalam bentuk perkataan atau perbuatan. c) Penyebaran berita dikaitkan dengan Allah dan rasul nya, yang bererti punyai iman dan amanah. d) Merujuk perkara-perkara penting kepada Allah dan Rasul nya, serta mempastikan asalnya dalam mencari kebenarannya. 11
Batas-batas dalam Pengendalian Perselisihan di antara dua kumpulan Muslim a) Muslimin adalah bersaudara dan wajib pada masyarakat muslimin menyelesaikan sebarang perselisihan di antara mereka. b) Jangan dibiarkan perselisihan itu berlanjutan, tindakan yang segera perlu. c) Menggunakan kaedah ISLAH dan keadilan Islam dalam sebarang pendekatan. d) Memohon keredaan Allah dan Rasul Nya dalam semua urusan ini. Batas-batas Menjaga Keperibadian muslimin yang lain a) Tidak menghina dan merendah-rendah yang lain. b) Tidak memberi gelaran-gelaran yang menghina. c) Kaitkan dan menjadikan keperibadian muslimin yang lain sebagai sebahagian dari Iman dan Taqwa. Batas-batas ‘Buruk-Sangka’ yang tak perlu a) Jangan samasekali mempunyai buruk sangka terhadap saudara muslim yang lain. b) Menjaga kehadiran seseorang itu dengan akhlaknya. c) Tidak melaksanakan satu tindakan atas rasa buruk sangka itu. d) Tidak mengintip-intip saudara lain demi untuk memalukannya. e) Sedia membersihkan diri dalam mengujudkan hubungan ‘kita sesama muslim’ dan rasa jijik untuk berburuksangka dengan yang lain. Perlaksanaan Konsep Insaniah Sejagat a) b) c) d)
Rupa paras dan warna kulit bukan ukuran perbedaan manusia. Yang termulia disisi Allah yang paling bertaqwa. Hormati semua kaum. Perbedaan kaum, bangsa dan warna kulit sebagai hikmah kejadian Allah demi untuk kenal mengenali sesama sendiri tentang budaya, sosial dan adat kehidupan.
Akhirnya satu kesimpulan umum yang boleh kita ambil dari surah ini ialah: Islam menerapkan kepentingan ilmu, kemuliaan perjalanan hidup, kebersihan dalaman, jiwa dan semuanya dikaitkan dengan komunikasi dan adab yang dirantai dengan Iman.
12
Islam meletakkan umatnya pada satu taraf kedaulatan yang tinggi khususnya dalam perhubungan di antara satu sama lain dan perhubungan dengan Allah dan Rasul Nya. Islam menyeru kepada yang beriman agar mengambil perhatian serious atas hubungan kemasyarakatan dan menjelaskan adanya perbedaan Islam dengan Iman. Apa yang perlu ialah hendaknya, kedua-duanya sekali dalam diri kita membentuk satu konsep komunikasi islam yang berteraskan Allah dan Rasul nya. Islam menjadi umat contoh dan pimpinan yang sangat tinggi mutunya untuk di laksanakan dalam masyarakat. Surah ini menjelaskan juga perbedaan Islam dan Iman dan bagaimana berimannya seorang itu untuk menjadi As Sodiquun. و ﷲ أﻋﻠم
13
TAFSIRAN SURAH AL HUJURAT
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu memandai-mandai melakukan satu perkara yang MENDAHULUI Allah dan Rasul Nya; Bertaqwalah kamu pada Allah, sesungguhnya Allah Maha mendengar, Maha Mengetahui.(1) Tafsiran ayat 1: Ibnu Kathir menyatakan bahawa ayat pertama di atas adalah cara Allah mengajar adab pada semua hamba Nya yang beriman supaya jangan bersegera mendahului sesuatu wahyu Allah dan Rasul Nya, tetapi hendak lah semua menjadi pengikut dalam semua perkara termasuk lah perkara-perkara yang melibatkan syariaat. Contoh yang diberi ialah, sebuah Hadith Muaz di mana Rasulullah bertanya pada Muaz sewaktu beliau hendak dihantar ke Yemen; “Bagaimana Engkau akan menjalankan hukum di sana”; Jawab Muaz; ‘Aku akan mengikut Kitab Allah; Tanya Rasulullah lagi; “ jika tidak terdapat hukum itu dalam Kitab Allah?” Jawab Muaz; ‘aku akan merujuk dalam Sunnah Rasulullah’; Tanya Rasulullah lagi; “jika tidak terdapat dalam sunnah Rasulullah?” Jawab Muaz; ‘aku akan menggunakan ijtihad ku”. Lantas rasulullah menyapu dadanya dan berkata; ‘maka sudah ada kesepakatan di antara orang yang akan aku hantar dengan Rasulullah; Alhamdulillah! Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud dan At Tormizi. (Ibnu Kathir ms 207 Jilid4) Al Qurtubi mentafsirkan ayat ini dengan maksud ‘tinggalkan sebarang perselisihan dan ingkar pada kata-kata Rasulullah; dan wajib mengikut baginda dan merujuk semua pada baginda; dan telah sabit dalil Kitab dan 14
Sunnah, wajib menggunakan konsep Al Qias dalam masalah ranting dalam hukum syariaat”. (al Qurtubi jilid 15-16 ms 259) Tafsir al Bayan menjelaskan bahawa orang yang beriman diminta mengambil perhatian secara bersugguh-sungguh saranan dalam surah ini. Jangan mendahului Allah dan RasulNya terhadap sesuatu perkara dan jangan membuat keputusan kecuali setelah ditentukan hukumnya oleh Allah dan Rasul Nya, mengikut wahyu yang diturunkan dan sentiasa mengikut keputusan Rasulullah. Manakala dalam hukum-hukum yang syubhah, hendak lah tidak segera membuat keputusan tetapi berdiam menghormati Rasulullah, sehingga hukum itu ditetapkan oleh Rasulullah. (Tafsir al bayan ; jilid 9 ms 61) Syed Qutub mentafsir ayat ini dengan berkata: “ Ini adalah seruan ghaib dari Allah kepada yang beriman. Dia mau kan hati mereka dibalut oleh sifat yang mengikat mereka dengan Nya; dan merasai apa yang Dia rasai, sehingga mereka menanggung saranan Nya kerana mereka adalah hamba-hamba Nya, dan hamba-hamba ini terikat dengan takdir dan qadha Nya dan hati mereka dihias dengan petunjuk iman ini; Hendaklah mereka berdiri dihadapan Allah dan rasul Nya melihat kehendak Iradah dan Qadha Nya, dan saranan serta tujahan yang Dia mahu untuk diri mereka dan diri yang lain. Berbuat apa yang diarah dan menyerah sepenuhnya pada Nya”. Mungkin mafhum nya begini: ‘Wahai orang yang beriman; jangan kamu mendahului atas Allah dan rasul Nya; atas semua perkara, samada yang khusus untuk diri kamu atau mengenai perkara-perkara hidup kamu; dan jangan kamu menyampuk dan berkata sebelum kata-kata itu keluar dari mulut dan lidah Allah dan Rasul Nya. Jangan kamu laksanakan sesuatu yang belum kamu rujuk pada kata-kata Allah dan Rasul Nya” Amalan para sahabat apabila ditanya oleh Rasulullah; mereka menjawab; ‘Allah dan Rasul Nya lebih mengetahui ( ) ﷲ ورﺳوﻟﮫ أﻋﻠمInilah ADAB, yang membawa kepada Ketaqwaan semua orang yang beriman setelah mendengar ayat ini, dan inilah tujahan ketaqwan dari Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
15
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan sekali-kali kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan jangan kamu memekik suara kamu semasa berbual dengan Rasul, sebagaimana sesetengah dari kamu memekik-mekik kan suara mereka sewaktu bercakap antara satu sama lain; Dengan ini, agar pahala amal-amal kamu tidak terhapus, sedang kamu tidak menyedarinya.(2) Tafsiran ayat 2: Inilah ADAB kedua yang dianjurkan oleh Allah kepada orang yang beriman supaya menjaga suara mereka ketika besama-sama Rasulullah. Ini bagi mempastikan suara mereka-mereka yang berada bersama Rasulullah itu tidak meninggi suara ketika berkomunikasi dengan baginda. Ayat ini diturunkan atas sebab berlaku peninggian suara di antara Abu Bakar dan Syedina Umar atas satu isu dihadapan Rasulullah. Lantas ayat diturunkan untuk menegur perilaku kedua-dua ini supaya tidak meninggikan suara mereka ketika bersama Rasulullah. Allah melarang perbuatan meninggi suara ini pada Rasulullah bukan sahaja sewaktu beliau hidup, tetapi banyak ulama berpendapat, Allah juga melarang kita meninggi suara ketika menziarahi kubur baginda. Apabila Rasulullah bercakap maka wajib bagi mereka yang berada dengan baginda jangan bertutur dengan suara yang melebihi had suara yang keluar dari Rasulullah, ATAU hendak lah kita menguasai suara kita dan membiarkan suara Rasul itu lebih tinggi dari kita. Ketahui lah baginda ialah seorang Rasul Allah maka janganlah melampaui had suara itu dalam satu-satu komunikasi yang berlaku di antara kita dengan baginda. Jangan pula seperti berbisik. Jagalah suara kita dan ditegah samasekali kita meninggi suara sepertimana kebiasaan kita berbual dengan kawan-kawan kita. Seorang yang waras akan dapat menilai had-had suara yang boleh kita keluarkan sewaktu kita berada disisi Rasulullah.
16
Apakah sebabnya Allah melarang dan menjadikan kita beradab begini ketika bersama Rasulullah? Nyata Allah, takut jatuh pahala amalan kita selama ini dengan tindakan kita itu, sedangkan kita tidak bermaksud menghina atau meninggi yang menekan baginda. Jadi kita mungkin tidak rasa dosanya tetapi kita telah melakukan kesalahan. Al Qurtubu mentafsirkan ayat di atas dengan membawa contoh seorang itu memanggil Rasulullah dengan perkataan begini; Hai Muhammad, Ya Muhammad, atau Ya Ahmad!, tetapi panggil lah dengan Ya Rasulullah! Pengajaran utama dari ayat ini, kita hendak lah menghormati para-para pewaris Rasulallah dan orang yang tua dan pemimpin yang adil sepertimana saranan ayat ini.
Sesunguhnya, orang-orang yang merendahkan suaranya ketika mereka berada disisi Rasulullah; maka mereka itu sebenarnya orang yang telah dibersihkan Allah hati-hati mereka untuk bertaqwa; Mereka diberi pengampunan dan pahala yang besar.(3) Tafsiran ayat 3: Apabila kita bercakap dengan Rasulullah, rendahkan suara kita pada kadar suara kita tidak melebihi suara baginda. Bersuara bukan bererti berbisik; tetapi jika perlu kepada penjelasan maka suara yang sesuai perlu kita tampilkan dengan berbekalkan rasa hormat dan rendah diri pada baginda. Baginda adalah seorang Rasul pilihan Allah, bukan kawan-kawan yang boleh dinyaringkan suara sesuka hati kita. Mereka yang merendahkan suara dan berbekalkan rasa hormat atas keagongan Rasulullah itu sebenarnya mereka sedang di’bersih’ kan hati mereka oleh Allah dari sifat buruk dan mempastikan ada rasa takut pada Allah dan takwa kepada Nya dengan sikap tersebut. Allah sebenarnya telah melapangkan hati-hati mereka dan ditiupkan rasa IKHLAS ke dalamnya bagi menguasai sifat IKHLAS. Mereka sebenarnya telah diberi pengampunan dan pahala yang besar disisi Allah kerana rasa hormat tersebut. 17
Contoh yang pernah dikemukakan oleh pentafsir tentang ‘bagaimana Allah menguji hati-hati mereka ke-arah takwa ialah dengan membawa sebuah Hadith Sohih seperti berikut; Hadith riwayat Ahmad dari Abd Rahman dari Sufiyan dari Mansur dari Mujahid; yang berkata; Beliau telah menulis kepada Syidina Umar ra bertanya; “ Wahai Amirul Mukminin! Seorang lelaki yang tidak punyai selera langsung dengan maksiat dan tidak pernah melakukan maksiat adakah lebih baik dari seorang lelaki yang mempunyai selera pada maksiat tetapi tidak pernah melakukan maksiat? Jawab Syidina Umar: ‘(orang yang lebih baik ialah) lelaki yang punyai selera pada maksiat tetapi tidak melakukannya”; Begitulah contohnya, Allah telah menduga hati hambanya kepada ketakwaan.
Sesungguhnya, orang-orang yang memanggil Mu dari luar bilik-bilik mu itu, kebanyakan mereka tidak beradab.(4) Kalau mereka bersabar menunggu Engkau keluar menemui mereka, itulah yang terbaik bagi mereka; Ingatlah! Allah itu Maha Pengampun lagi Mengasihani.(5) Tafsiran ayat 4-5: Ayat-ayat di atas menjelaskan adab komunikasi di antara sahabat-sahabat baginda dengan baginda yang perlu dielak. Mereka datang ke rumah Rasulullah dan mereka memanggil baginda diluar bilik-bilik rumah baginda, mengajak keluar untuk berbincang. Perbuatan begini adalah kurang adab dan dicemuh oleh Allah dan RasulNya. Peristiwa ini berlaku bersandarkan Hadith berikut: Mujahid berkata ayat ini diturunkan sewaktu beberapa orang arab badwi dari Bani Tamim datang ke Madinah dan memasuki Masjid Nabawi di rumah baginda Rasulullah. Sebaik memasuki masjid, mereka memanggil Nabi 18
Muhammad saw dari luar bilik-bilik rumah baginda supaya baginda keluar menemui mereka. Pada masa itu Rasulullah sedang baring dan baginda terjaga dan keluar menemui mereka. Pemanggil yang kurang sopan itu ialah Al Aqrak bin Habis. Allah melabelkan mereka ini sebagai kurang berakal atau dari kumpulam kaum yang pada kebiasaan mereka jahil dalam tatasusila dan adat komunikasi. Jika mereka berfikir, nescaya menunggu Rasulullah keluar dari rumahnya itu adalah lebih baik pada agama dan dunia mereka dari membuat bising memanggil begitu rupa yang kurang adabnya. Ini kerana Rasulullah dalam semua masa selalu terdedah kepada masyarakat untuk berkomunikasi; kecuali lah dalam waktu-waktu yang baginda sendiri perlu mengasingkan dirinya. Lagi pun menggangu baginda dari tidur baginda adalah seburuk-buruk amalan. Bila soalan ini dikemukakan pada Rasulullah, baginda menjawab; ‘mereka adalah kumpulan nakal dari Bani Tamim, kalau lah mereka bukan dari kalangan pejuang yang kuat menentang dan membunuh Dajal, sudah tentu aku mendoakan kehancuran mereka”. Nasihat Allah kepada mereka ini agar bersabar menunggu Rasul keluar kerana ianya adalah adab sopan yang baik dan sekurang-kurangnya mereka menghormati Rasul Allah itu yang boleh menjanjikan pahala dan syafaat pada mereka. Walaupun begitu, Allah menyatakan pada akhir ayat ini yang Dia sangat memberi pengampunan dan rahmat kepada mereka yang kurang sopan ini dengan cara meluaskan pengampunan kepda mereka ini jika mereka memperbaiki adab mereka dan mohon ampun atas keterlanjuran meraka. Ini lah dia mafhum dari ayat Allah:
(dan sesungguhnya Allah itu Maha
Pengampun dan Maha Rahim)
Kesimpulan dari ayat ini boleh lah digariskan seperti berikut; a) Kita perlu menghormati mereka yang lebih tinggi kedudukan mereka pada kita, seperti pemimpin; dan tidak bertindak sebagai orang kurang berakal dalam komunikasi. b) Tunjuk ajar dari Rasulullah tentang adab berkomunikasi ini adalah sebaik-baik rujukan kerana: Allah sendiri yang mengajar adab pada Rasul Nya. 19
c) Menghormati yang lebih tua dan mengasihani yang kecil sebagai satu cara yang dianjur oleh Nabi. d) Berkomunikasi dengan orang dengan cara yang lembut dan tegas. e) Bersahabat dan berkomunikasi kerana menghormati, menunaikan janji, memupuk rasa kasih hormat, berkhidmat dan membesarkan pangkat mereka, dengan penuh polisi dan siasah serta keana zuhud. ( Tafsir al Bayan ms70, Jilid 9).
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidiki lah kebenarannya, supaya tidak menimbulkan perselisihan dengan satu kaum lain, kerana kejahilan kamu itu, dan akan menyesali nanti atas kelalaian kamu itu.(6) Dan ketahui lah, dalam kalangan kamu itu ada Rasulullah, (Ketua Pentadbir) maka jangan lah kamu menahului pendapatnya, kalau dia menurut kehendak kamu dalam banyak perkara, tentulah kamu akan menghadapi kesukaran. Tetapi Allah telah menetapkan IMAN ke dalam hati-hati kamu dan menanam rasa benci pada kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan. Mereka ini di kategorikan sebagai orang-orang yang mendapat petunjuk.(7) Tafsiran ayat 6-7: Sekali lagi dalam ayat 6 dan 7 di atas, Allah menggariskan ADAB berkait dengan mengurus berita yang dibawa oleh sesiapa saja, khususnya berita yang dibawa oleh seorang yang fasik dan tidak boleh dipercayai. Secara tegasnya Allah meminta kita mempastikan kesahihannya terlebih dahulu 20
sebelum bertindak menerima dan mengambil reaksi di atas berita itu. Ini bagi mengelak berlakunya salah faham dalam masyarakat yang boleh mengundang padah pada semua dan penyesalan yang tidak habis-habis. Ayat 6 di atas diturunkan kerana Nabi Muhammad telah mengutus Al Walid bin Uqbah untuk mengambil pungutan zakat dari kaum Yahudi Bani Mustoliq. Sesampainya beliau ke kawasan penduduk itu, beliau tergamam dan rasa takut, sedangkan pada masa itu sekumpulan orang bani Mustaliq sedang berjalan untuk menghulurkan pungutan itu kepada beliau. Beliau yang takut terus meninggalkan penempatan itu dan balik pada Rasulullah dan memberitahu Rasulullah bahawa kaum Bani Mustaliq telah Murtad dan mereka hendak membunuhnya. Rasulullah telah menghantar Khalid bin Walid ke penempatan itu dan menasihati Khalid tidak tergopoh-gopoh membuat keputusan dan mengenal pasti kesahihan berita al Walid itu. Beliau pun duduk bersama dengan kaum itu semalaman, apa yang didapati oleh Khalid ialah mereka tidak murtad dan beliau mendengar azan solat mereka. Pada keesokan harinya, mereka memberitau Khalid bahawa mereka tiada niat membunuh suruhan Rasulullah itu dan tidak murtad. Khalid telah pulang dan menemui Rasulullah dan memberitahu keadaan yang sebenarnya. Maka turunlah ayat tersebut dan rasulullah berkata, mafhum ya; “ berhati-hati meneliti kesahihan itu dari Allah; dan bergopoh-gapah itu dari Syaitan”. Al Walid bin Uqbah ini dikatakan sebagai orang fasik pembawa berita; dan beritanya mestilah disahkan benar terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan dibuat. Apakah kesannya jika kita tidak mengesahkan berita itu terlebih dahulu? Allah mencatitkan dengan ayat;
Yang bererti kesannya: a) Takut menimbulkan satu perselisihan dengan satu kaum yang lain secara tidak disedari. b) Padahnya ialah ‘kejahilan’ yang terjadi kerana tidak mengesahkan berita itu akan membawa kepada penyesalan yang tidak habis-habis. Kekesalan kerana tergopohgapah menerima berita yang belum disahkan itu.
21
Ibu Kathir menyatakan bahawa perkhabaran dari orang fasik ini boleh memberi impak menghukum berdasarkan khabar berita itu. Perkhabaran yang datang dari orang yang fasik itu banyak bohongnya dan mungkin tersalah berita. Seorang hakim akan menjatuhkan hukum atas penilaian katakata pembawa berita itu dan ianya salah. Sebab itulah sebarang berita dari orang yang kita ragukan statusnya, atau menyakini berat sebelahnya membawa berita, wajib kita mengesahkan kesahihannya terlebih dahulu. Beliau menyatakan bahawa keadaan ini akan membawa kerosakan, hasil amalan perosak-perosak di atas muka bumi ini. Perkataan fasik itu ditentukan ke atas orang yang kita tidak tahu status dirinya, sama ada seorang pembohong, perosak atau orang biasa. Maka wajib kita meneliti berita itu terlebih dahulu. Jika status pembawa berita itu adalah ADIL maka kita harus boleh menerimanya. Ini membawa kita kepada ayat 7, Allah menempelak orang berbohong dalam menyampaikan berita. Janganlah kamu berbohong dalam menyampaikan sebarang berita kerana Allah tahu perbuatan kamu itu dan akhirnya akan pecah tembelang itu dan anda akan terperangkap. Ketahui lah kamu mempunyai seorang pemimpin yang jujur rasional kepada Allah, dan berwaspadalah dalam menerima dan menyampaikan berita-berita. Jika kau bertindak menyampaikan berita, sedangkan kamu tidak pasti pengesahan berita itu, dan jika Rasul mengambilnya sebagai serious, maka ini akan membebankan Rasulullah dalan tugas baginda dan berdosa pula. Misalnya kisah al Walid di atas akan membawa peperangan dan sesungguhnya ianya satu kesilapan. Dalam hal berita ini, jika ia diambil peluang oleh orang yang mahu membuat kerosakan maka berlakulah perserteruan. Jika Rasulullah mendengar dan ambil tindakan terburu-buru, maka baik sangka Rasul mereka akan memerangkap Rasul dalam kancah kesusahan dan kekesalan. Sesungguhnya, Allah telah mengalirkan rasa kasih dan sayang mereka pada iman dengan Allah. Ini akan melahirkan muslim yang ikhlas yang tidak sanggup membuat kerja kotor dan batil ini. Dia menjadikan Iman itu sebaikbaik ikatan dan hiasan dan di taufik lah oleh Allah. Orang begini tidak sekalikali akan membawa, menyebar dan bersekongkol dengan berita-berita yang buruk ini kerana Allah telah menanamkan dalam hati-hati mereka kepada kebencian terhadap kekufuran, fasik dan maksiat.
22
Ertinya Allah akan menghiaskan mereka dengan iman, adab dan ihsan; mereka ini dikenali sebagai Arroshikhun; iaitu mereka-mereka yang beristiqomah ke arah jalan yang BENAR dan memberi tenang kepada orang baik dan betul. Sesungguhnya, penerapan ini ke dalam hati-hati manusia yang beriman itu, adalah satu penghargaan dari Allah dan nikmat dari Nya yang amat besar dan Allah maha mengetahui apa yang membolehkan kamu menjadi baik dan maha mengetahui atas urus tadbir kamu. Inilah pengertian dari ayat 8 seperti berikut. Ianya adalah sebagai limpah kurnia dan nikmat dari Allah. Ingat lah Allah Maha Mengetahui dan Berkuasa.(8)
Dan jika terdapat dua kumpulan orang yang beriman berperang, damaikan lah mereka: jika didapati satu kumpulan itu menzalimi kumpulan yang lain, maka perangi lah yang zalim itu sehingga mereka kembali patuh perintah Allah. Jika keduanya itu telah kembali patuh maka damaikan lah mereka dengan penuh keadilan (mengikut hukum Allah). Berlaku adil lah (dalam urusan kamu) sesungguhnya Allah sangat suka (dan menghormati) orang-orang berlaku adil.(9)
23
Sesungguhnya, orang-orang beriman semuanya adalah bersaudara: maka uruskan perselisihan kedua-dua saudara kamu itu, bertaqwalah kamu dengan Allah, semoga kamu mendapat rahmat Nya.(10) Tafsiran ayat 9-10: Dalam ayat 9 di atas, Allah memperkenalkan satu ‘kaedah’ syariat bagaimana menyelesaikan persengketan di antara puak-puak muslimin yang bertelagah, atau salah faham sama sendiri atau berperang di antara dua puak yang tidak sefahaman. Kaedah yang umum ini dianjurkan bagaimana menjaga jemaah islamiah daripada bercerai-berai dan bergaduh; demi untuk melaksanakan keadilan, kebenaran, serta menganjurkan perdamaian. Kemuncak dari kaedah ini ialah bertakwa pada Allah serta mengharap Rahmat Nya atas nama perdamaian dan keadilan. Allah menggunakan perkataan ‘dua kumpulan orang yang beriman yang berperang” (
) memberi pengertian bahawa;
a) Ada kemungkinan berlaku peperangan di antara sekurang-kurangnya dua kumpulan orang yang beriman b) Al Quraan tidak mempertikaikan keimanan puak-puak yang bertelingkah ini; tetapi ada kemungkinan salah satu dari dua kumuplan yang silap dan membuli yang satu lagi atau pun sebaliknya boleh berlaku. c) Al Quraan meminta semua orang yang beriman di luar dua kumpulan ini cuba mendamaikan mereka berdua dengan perkataan (maka perdamaikan lah di antara kedua-dua mereka itu) d) Demi memulangkan kedua-dua puak ini pada keadilan dan keharmonian pihak ketiga dibenarkan ‘memerangi’ mana satu kumpulan pembuli yang enggan berdamai. Perangi mereka sehingga mereka semua tunduk pada keadilan syariaat dan kepada ajaran Allah dan Rasul Nya. e) Definasi kepada kumpulan pelampau, pembuli yang harus diperangi merangkumi mereka yang menolak untuk berdamai atau mahu didamai kan. Mereka juga menolak hukum Allah dalam mengatasi perselisihan di antara mereka. 24
f) Bila diperangi, dan dipaksa mengikut hukum Allah dan diharapkan dengan rahmat Allah, mereka mahukan kedamaian maka orang-orang yang beriman akan terus berdiri atas keadilan yang berteraskan ketaatan pada Allah dan sentiasa memohon keredaan Nya. g) Definasi ‘memerangi’ kumpulan pembuli itu buka bermakna perang dan harta mereka dirampas sebagai rampasan perang, tetapi hanya terhad pada membalikkan mereka kepada barisan Islam dan tunduk pada Allah dan rasulNya. h) Saranan ayat di atas bahawa ‘Allah sangat suka kepada pelaksana hukum yang benar-benar adil dan saksama’ menjadikan setiap individu yang beriman di antara 3 pihak tadi malu terhadap Allah, malu pada hati-hati yang beriman untuk meneruskan persengketaan. Dengan itu penerapan rasa harmoni dan muhibbah di antara mereka dapat diadakan kerana semua mengingati dan menghayati kuasa Allah dan taqwa pada Nya. Mengapa muslimin mesti mendamaikan muslimin yang lain dalam pertelingkahan mereka? Jawapan ialah pada ayat 10. Sesunguhnya muslimin semua adalah bersaudara; urusan dan pentadbiran damai mereka adalah dalam tangan orang-orang islam sendiri. Allah menggunakan perkataan UKHUWAH yang memberi erti seperti berikut: a) Punyai rasa kasih sayang di antara satu sama lain b) Punyai rasa keperluan yang bersangatan pada keselamatan dan kesejahteraan c) Punyai rasa bantu membantu di antara sama lain d) Menghayati satu kesatuan Islam di bawah kalaimah Lailahaillah. Hadith berikut mencerahkan lagi isu di atas; Riwayat dari Abu Hurairah ra Rasulallah pernah bersabda: “
وﻛوﻧوا ﻋﺑﺎد: “ وﻻ ﺗﺣﺎﺳدوا وﻻ ﺗﺑﺎﻏﺿوا وﻻ ﺗﺟﺳﺳوا وﻻ ﺗﺣﺳﺳوا وﻻ ﺗﻧﺎﺟﺷوا "ﷲ اﺧواﻧﺎ Mafhum nya: dan jangan sekali-kali berdengki-dengki di antara kamu, jangan marah di antara kamu, dan jangan intip-mengintip di antara satu sama lain, dan jangan berlalaian rasa antara kamu, dan jangan pula berkomplot di antara kamu; hidup lah kamu sebagai hambahamba Allah yang bersaudara” Hadith Sohih
25
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaknya jangan ada satu puak lelaki mencemuh-mengejek satu kumpulan yang lain: mungkin kumpulan yang di ejek itu lebih baik dari kamu; Jangan pula ada kumpulan perempuan mencemuh-mengejek satu kumpulan perempuan yang lain; ada kemungkinan kumpulan yang diejek itu lebih baik dari kamu: jangan pula ada yang membuka aib yang lain: jangan kamu menggunakan gelaran buruk kepada yang lain. Perangai ini, mencacatkan seseorang itu setelah dia beriman. Sesiapa yang telah melakukannya dan tidak bertaubat, maka mereka di kategorikan sebagai orang zalim.(11) Tafsiran ayat 11: Sekali lagi dalam ayat di atas, selepas menyeru semua orang yang beriman, Allah menggariskan ADAB seseorang dengan seorang lain atau satu kumpulan dengan kumpulan yang lain dari segi menghina, mengejek dan merendahkan antara satu sama lain. Pelaku yang melakukan perkara ini dianggap kurang adab. Adabnya ialah tidak melakukan ejekkan seorang dengan seorang yang lain, atau satu kumpulan mengejek kumpulan yang lain. Ianya ditegah dan haram melakukannya. Mengejek bererti; ‘menghina yang lain sehingga mereka merasa rendah diri; dan memerli ( ) اﺳﺗﮭزاءdan menjadikan seseorang itu bahan ketawa pada yang lain. Allah melarang samasekali amalan mengejek yang lain dalam ayat 10 diatas. Rasulallah pernah bersabda; “ وﻏﻣط اﻟﻧﺎس:( " اﻟﻛﺑر ﺑطر اﻟﺣقdosa besar itu menolak kebenaran dan menghina yang lain sehinga orang lain merasa rendah diri). Hukumnya HARAM baik lelaki atau pun perempuan.
26
Mengapa perbuatan mengejek oang lain dianggap berdosa; dapat dilihat dari struktur ayat di atas; Kadang-kadang orang yang dihina itu LEBIH baik disisi Allah dan disukai Nya, dari yang menghina mengikut kefahaman ayat berikut: (mungkin kumpulan yang di ejek itu lebih baik dari kamu, jangan pula ada kumpulan perempuan mencemuh-mengejek satu kumpulan perempuan yang lain, mungkin yang diejek itu lebih baik dari kamu)
Allah menyebut perempuan dalam ayat di atas kerana mengikut sebahagian pentafsir kerana terdapat amalan ini dilakukan oleh isteri-isteri Rasulullah dan kemudiannya setelah ayat ini diturunkan semuanya bertaubat. Cara penghinaan melalui ejekan ini, dijelaskan oleh ayat di atas termasuk lah: a) Mengumpat: sama ada dengan perbuatan atau perkataan; umpatan ini di sekalikan dengan niat menghina yang diumpat itu dan pastinya yang diumpat tidak mahu perkara aibnya diketahui orang lain. Firman Allah;
(dan jangan lah kamu mengumpat; membuka aib orang lain)
b) Menggelar dengan gelaran yang buruk: matlamatnya ialah penghinaan kepada orang itu dan menjadi bahan tertawa pada orang lain. Inilah pengertian dari ayat di atas; (dan jangan kamu menggunakan gelaran buruk pada orang lain)
Allah menyatakan yang perbuatan di atas adalah seburuk-buruk amalan yang pernah dilakukan oleh seorang yang beriman; (Seburuk amalan ialah dengan menamakan orang lain dengan kafir atau penzina selepas islamnya mereka dan selepas mereka bertaubat)
Sesiapa yang telah melakukan semua yang ditegah di atas dan tidak berhenti dan tidak bertaubat maka dikategorikan sebagai orang yang zalim. Ini selari dengan amaran Allah dalam ayat berikut; (dan sesiapa (yang telah pernah melakukan nya) dan tidak bertaubat darinya, maka mereka di kategorikan sebagai orang zalim).
27
Wahai orang-orang yang beriman, hendak lah kamu menjauhi banyak prasangka buruk kamu kepada yang lain; sesungguhnya sebahagian prasangka buruk itu berdosa. Jangan kamu mengintai-intai (ehwal peribadi orang lain), dan jangan pula mengumpat di antara satu sama lain: Perbuatan ini samalah dengan kamu memakan daging saudara kamu yang telah mati! Sukakah kamu berbuat demikian? Pasti ianya sangat menjijikkan; bertaqwalah pada Allah. Sesungguhnya Allah itu maha Penerima Taubat dan Maha Mengasihani.(12) Tafsiran ayat 12: Ayat 12 di atas pula menekankan Adab menjaga kehormatan seseorang, kemuliaan maruahnya demi memelihara bagaimana menjaga perasaan dalaman mereka. Sekali lagi Allah menyeru orang-orang yang beriman, agar terima dan teliti serta beramal dengan ajaran ayat ini. “Wahai orang-orang yang beriman, aku haramkan amalan ‘buruk-sangka’ dalam diri kamu itu terhadap ahli keluarga, dan manusia semua, kerana sifat ‘buruk-sangka’ itu itu sebahagiannya sangat keji”. Inilah amanah Allah kepada semua yang beriman di semua zaman dan semua negeri. Definasi ‘buruk-sangka’ ( ) اﻟظنdiberikan oleh Ibnu Kathir sebagai ‘Tohmahan’ atau Khianatan; kepada ahli sendiri, kepada keluarga dan kawan-kawan serta manusia semua. Kebanyakan buruk sangka tersebut mempuyai konotasi buruk dan berdosa. Sebuah Hadith dari perkataan Syidina Umar pernah berkata: وأﻧت ﺗﺟد ﻟﮭﺎ ﻓﻰ اﻟﺧﯾر ﻣﺣﻣﻼ:وﻻ ﺗظﻧن ﻟﻛﻠﻣﺔ ﺧرﺟت ﻣن أﺧﯾك اﻟﻣؤﻣن اﻻ ﺧﯾر Mafhum nya: “ jangankamu buruk sangka pada setiap kalimat yang keluar dari mulut saudara seislam kamu kecuali menyakini ianya ‘baik’; nescaya kamu akan mendapati ianya baik ‘
Rasulullah saw pernah bersabda: “ 28
ﻓﺎل رﺟل وﻣﺎ ﯾذھﺑن ﯾﺎ رﺳول ﷲ؟ ﻣﻣن ھن ﻓﯾﮫ؟: وﺳوء اﻟظن, واﻟﺣﺳد, اﻟطﯾرة: ﺛﻼث ﻻزﻣﺎت ﻷﻣﺗﻰ ............ واذا طﯾرت ﻓﺎﻣض: واذا ظﻧﻧت ﻓﻼ ﺗﺣﻘق: اذا ﺣﺳدت ﻓﺎﺳﺗﻐﻔر ﷲ:ﻗﺎل Mafhum nya: tiga sifat biasa yang ada pada umatku ialah; rasa nahas dan malang, dengki kesumat, serta buruk sangka pada yang lain: (Tanya seorang lelaki pada Rasulullah ‘bagaimana hendak menghapus semuanya bagi mereka yang ada? Jawab Rasulullah; Apabila kamu rasa ada dalam diri kamu rasa dengki maka cepat memohon ampun dari Allah; jika kamu rasa ada buruk sangka maka jangan kamu realisasi nya; dan jika kamu rasa nahas dan malang, maka teuskan kehadapan!.”
Syed Qutub mentafsir ayat ini berkata; jangan membiarkan diri kita dirundung oleh kata-kata dalam diri dengan sangkaan buruk pada orangorang yang berada di sekliling kita dengan sangkaan-sangkaan; syakwasangka, syubhah kerana semuanya ini membawa kepada buruk sangka yang ditegah oleh Allah. Cubalah jauhkan semua buruk-sangka kerana kita tidak tahu mana di antara sangkaan kita itu buruk. Al quraan diturunkan dengan motif menyucikan dalaman kita dengan sangkaan buruk yang boleh menjatuhkan kita dalam kancah dosa. Caraya dengan mencegah kita terlibat dengan suara dalaman yang jahat, dan syak wasangka terhadap orang lain. Inilah tarbiah dalaman kita yang perlu kita beri perhatian. “ Perkara kedua yang dituruti oleh sangkaan buruk ialah mengintip-intip orang lain dan mendapat maklumat dan membuka rahsia itu pada yang lain. Sebenarnya ‘intip mengintip’ ini hasil ledakkan bara buruk sangka kita pada orang yang kita intip. Ada Pentafsir mendefinasikan mengintip ini dengan ‘kita cuba mencari-cari sesuatu yang disembunyikan dari kita’: contoh yang baik untuk intipan yang dimaksudkan ialah dari sebuat Hadith: " ﻓﺗﺟﺳس ﻋﻠﯾﮭم وﯾﺧرج أﺳرارھم: “ﻓﺄﻟﻘﻣت أذﻧﮭﺎ أﺑواﺑﮭﺎ Mafhum nya: “maka dia melekap telinganya ke pintu-pintu rumah jirannya dan dia mengintip ke atas mereka dan dia memecahkan rahsia yang dia tahu dari intipan itu”.
Mengintip dengan cara ini ditegah oleh Rasulullah dalam sebuah Hadith sohiin Bukhari Muslim di mana Rasulullah bersabda: , ﻓﺎن اﻟظن أﻛذب اﻟﺣدﯾث! وﻻ ﺗﺟﺳﺳوا وﻻ ﺗﺣﺳﺳوا وﻻ ﺗﺑﺎﺟﺷوا وﻻ ﺗﺑﺎﻏﺿوا وﻻ ﺗداﺑزوا," اﯾﺎﻛم اﻟظن "وﻛوﻧوا ﻋﺑﺎد ﷲ اﺧواﻧﺎ Mafhum nya: “ berwaspada lah pada amalan buruk-sangka! Ianya adalah sebohong-bohong percakapan!. Jangan kamu intip mengintip, jangan kamu cuba mendapatkan rahsia saudara kamu dan cuba mencari, dan jangan kamu membuat provokasi, dan jangan kamu berbalah29
balahan dan jangan kamu membelakangkan saudara kamu; Jadikah kamu semua hambahamba Allah yag bersaudara”.
Adab yang ke tiga dalam ayat ini ialah meninggalkan perbuatan cakap belakang yang dikenali sebagai Al Ghibah. Definasi yang bagi perkataan ini ialah ‘bercakap tentang saudara kamu perkara-perkara yang dibenci”. Dalam kata lain melakukan umpatan, dan megumpat di belakang mengenai apa saja yang dapat merendahkan karamah dan kemuliaan seseorang itu. Allah mengharamkan perbuatan ‘Ghibah’ ini dengan keras sekali dengan menyamakan orang yang mengumpat ini sebagai pemakan daging mayat saudaranya sendiri. Pastinya sangat menjijik. Dalam kata lain; jika kamu rasa jijik dan sangat memalukan, maka begitulah dari segi syriaat ianya sangat menjijikan. Dengan misalan ini, akan menjauhkan diri dari perbuatan mengumpat . Sebuah Hadith dari Othman bin Abi Syaibah, dari Aswad bin Amir, di sampai kan oleh Abu Bakar bin Iayash, dari Akmash dari Said bin Abdullah dari Abi Bardah: Rasulullah pernah bersabda: وﻻ ﺗﺗﺑﻌوا, ﯾﺎ ﻣﻌﺷر ﻣن أﻣن ﺑﻠﺳﺎﻧﮫ وﻟم ﯾدﺧل اﻻﯾﻣﺎن ﻓﻰ ﻗﻠﺑﮫ ﻻ ﺗﻐﺗﺎﺑوا اﻟﻣﺳﻠﻣﯾن: " ﻗﺎل رﺳول ﷲ وﻣن ﯾﺗﺑﻊ ﷲ ﻋوراﺗﮫ ﯾﻔﺿﺣﮫ ﻓﻰ ﺑﯾﺗﮫ" رواه أﺑو. ﻓﺎﻧﮫ ﻣن ﯾﺗﺑﻊ ﻋوراﺗﮭم ﯾﺗﺑﻊ ﷲ ﻋوراﺗﮫ, ﻋوراﺗﮭم .داؤود Mafhum nya: “Sabda Rasulullah; ‘ wahai semua yang hanya beriman dengan lidahnya sahaja dan tidak masuk ke dalam hatinya! Jangan lah kamu mengumpat-memburukkan orang islam beriman, dan jangan kamu mengendap-gendap mencari kelemahan dan aib mereka; sesiapa yang berbuat demikian maka Allah sendiri akan menjejaki aib mereka. Sesiapa yang dijejaki oleh Allah akan aib mereka nescaya Dia akan membukanya dalam rumah mereka aib tersebut”. Hadith riwayat Abu Daud.
Kesimpulan dari Hadith ini, Allah melabelkan orang yang suka membuka aib orang, mencari-cari aib orang untuk didedahkan, adalah sama dengan orang yang hanya beriman di atas bibir mereka sahaja, sedang hati mereka tidak beriman, atau ianya seorang munafik. BERWASPADA lah. Begitulah al Quraan melarang kita dari mendekati ketiga-tiga penyakit buruk di atas dalam ayat ini, dan menganjurkan kita supaya balik bertakwa pada Allah dan tinggalkan semua perbuatan-perbuatan keji ini, dan beradab lah dengan adab-adab yang mulia menjaga kehormatan orang lain. Jika telah melakukan nya, maka bertaubat lah dan sesungguhnya Allah itu Maha penerima Taubat hambaNya dan memberi rahmat pada kita. 30
Wahai semua manusia! Sesungguhnya Kami telah mencipta kamu yang terdiri dari lelaki dan perempuan; dan Kami jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak; semata-mata untuk kamu kenal mengenali satu sama lain. Ingat! Sesungguhnya, yang termulia di antara kamu disisi Allah ialah orangorang yang paling bertaqwa di antara kamu; Allah itu, sesungguhnya Maha Mengetahui dan Maha Mendalam Pengetahuan Nya.(13)
Tafsiran ayat 13: Ayat di atas ditafsir seolah-olah bunyi seperti ini: “Wahai kamu-kamu semua, selaku manusia yang berada di bumi ini, yang berbeda jenis dan warna kulit, yang berpecah kepada puak dan kaum serta bangsa yang berlainan, sesungguhnya kamu semua datang asalnya dari yang satu! Maka jangan lah kamu berpecah belah, berseteru di antara satu sama lain dan ambil tahu lah di antara kamu”. Dalam ayat ini seolah-olah Allah membisik ke telinga semua manusia bahawa mereka adalah dari satu akar yang satu, walaupun berlainan rupa paras, warna kulit, asal mereka satu, peranan mereka satu, dan matlamat hidup zahir mereka satu dari manusia yang satu. Asal mereka dari Adam dan Hawa, dijadikan mereka berpuak-puak dan sukusuku kaum; nasab semua dari tanah berasal dari Adam. Perbedaan mereka dari segi agama ialah yang bertakwa lebih dekat dan dimuliakan oleh Allah, Pencipta mereka. Mengapa Allah mencipta manusia kepada berpuak dan kaum yang berlainan? Jawapannya ialah untuk mereka kenal satu sama lain. Pengenalan kaum dan puak, serta warna kulit ini menjadi satu masyarakat dunia yang satu dari bangsa manusia, dan semuanya berasal dari Adam. Secara tegasnya Allah menyatakan satu timbangan Nya, ‘semua manusia sama tetapi yang termulia disisi Allah ialah yang bertakwa dari kalangan manusia itu sendiri. Inilah pengertian dari ayat berikut;
31
(yang termulia disisi Allah ialah yang paling bertakwa dari kalangan kamu)
Sebuah Hadith dari Bukhari dari Abu Hurairah: ﻗﺎل ﻓﺄﻛرم اﻟﻧﺎس: ﻗﺎﻟوا ﻟﯾس ھذا ﻧﺳﺄﻟك: ﺳﺋل رﺳول ﷲ أى اﻟﻧﺎس أﻛرم؟ ﻗﺎل أﻛرﻣﮭم ﻋﻧد ﷲ أﺗﻘﺎھم اﯾن ﺧﻠﯾل ﷲ؟ ﻗﺎﻟوا ﻟﯾس ﻋن ھذا ﻧﺳﺄﻟك ! ﻗﺎل ﻓﻣن ﻣﻌﺎدن, أﯾن ﻧﺑﻰ ﷲ, ﯾوﺳف ﻧﺑﻰ ﷲ" أﯾن ﻧﺑﻰ ﷲ " " ﻓﺧﯾﺎرﻛم ﻓﻰ اﻟﺟﺎھﻠﯾﺔ ﺧﯾﺎرﻛم ﻓﻰ اﻻﺳﻼم اذا ﻓﻘﮭوا: اﻟﻌرب ﺗﺳﺄﻟوﻧﻰ؟ ﻗﺎﻟوا ﻧﻌم! ﻗﺎل Mafhum nya: “Rasulullah telah disoal tentang siapakah di kalangan manusia ini yang paling mulia!; Jawab Rasulullah; ‘yang termulia disisi Allah ialah yang paling bertakwa’; Mereka berkata lagi;’ Tidak! bukan itu yang kami tanya; Jawab Rasulullah; Yang termulia di kalangan manusia ialah Nabi Yusof; di mana dia disisi Allah di mana mereka di sisi Allah? Kata mereka lagi; ‘ bukan itu yang kami soal! Tanya Rasulullah, adakah kamu menyoal tentang bangsa Arab? Jawab mereka; ‘Ya’: Jawab Rasulullah; “ orang yang terbaik di zaman Jahiliyah adalah orang yang terbaik dalam Islam Jika dia punyai ilmu dalam agama itu”
Sebuah Hadith lain riwayat Ahmad dari Abu Zar ra; Rasulullah pernah bersabda; “ أﻧظر ﺑﺄﻧك ﻟﺳت ﺑﺧﯾر ﻣن أﺣﻣروﻻ أﺳود اﻻ أن ﺗﻔﺿﻠﮫ ﺑﺗﻘوى ﷲ (mafhum nya: ‘ lihat lah! Sesungguh kamu semua tidak lebih baik dari seorang berwarna merah atau hitam kulitnya KECUALI ianya di istimewakan dengan bertakwa pada Allah”)
Di akhir ayat ini Allah menyatakan yang Dia maha Mengetahui dan Maha Memahami tentang manusia ini semua; yang membawa erti, Allah mengetahui sifat-sikap kamu sebagai manusia; dan arif dengan semua urusan kamu; maka diberi hidayah kepada siapa saja yang Dia kehendaki dan menyesatkan siapa yang dia mahu atas pilihan mereka! Dia memberi rahmat Nya pada sesiapa yang Dia mahu dan mengazabkan siapa yang memilih jalan lain dari Nya, dan memberi keistimewaan pada yang dia mahu dan Hukuim Nya adalah meliputi ilmu Nya atas manusia semua. Kesimpulan dari ayat ini dapat di senaraikan seperti berikut: Allah punyai matlamat dalam penciptaan manusia kepada berbagai kaum dan puak serta warna kulit yang berbeda:- a) Bukan untuk berperang dan berseteru; tetapi untuk bekenal-kenalan bagi mendukung cita-cita manusia itu sendiri. b) Kerjasama dari berbagai kaum, bangsa, dengan budaya yang berbeda menjadi matlamat Allah.
32
c) Dalam MIZAN Allah, bukan warna kulit, bangsa dan puak manusia itu diambil perhatian, tetapi MIZAN nya satu iaitu BERTAKWA pada Allah. d) Yang mulia disisi Allah ialah yang dibekalkan Allah padanya ilmu, kemahiran, amal dan keimanan untuk amal soleh di atas muka bumi ini. e) Melahirkan rasa kasih, kerjasama, mengujudkan satu kesatuan manusia yang bersatu di bawah kesatuan agama Allah yang satu. Kemuncak dari kesatuan ini ialah bertaqwa pada Allah, dan inilah dia ISLAM. f) Islam menentang rasa perkauman yang melampau (Asabiyah) dalam semua bentuk dan rupa, tetapi Islam menggalakkan berbalik pada satu bendera yang satu iaitu bendera Allah. g) Rasulullah pernah berkata; Mafhum nya: “ Semua kamu adalah berasal dari Adam, dan Adam berasal dari tanah; maka kamu dicegah berbangga dengan keturunan kamu atau kamu menjadi hina disisi Allah lebih dari bangkai”.
Orang-orang Arab Badwi berkata: “ Kami ini orang beriman”, Jawab lah pada mereka: “ kamu semua sebenarnya tidak beriman!”. (jangan lah kata sekasar itu!) akan tetapi katalah “ Kita semuanya telah menjadi Islam dan masih perlu masuknya Iman itu ke dalam hati-hati kamu!”( dengan yakin pada Allah dan Rasul Nya); Jika kamu semua taat dan patuh pada Allah dan Rasul Nya, maka sedikit pun pahala dari amal-amal baik kamu itu tidak dikurangkan. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.(14) Tafsiran ayat 14: Ayat di atas cuba menjelaskan hakikat Iman dan perbedaannya dengan Islam dengan mengambil contoh satu peristiwa di mana Arab Badwi dari suku Bani Asad yang datang ke Madinah dan memeluk Islam dan mereka menemui Rasulullah dan mendabik dada dengan mengisytiharkan yang mereka BERIMAN. 33
Setelah mereka memeluk Islam mereka pun berkata pada Rasulullah; “ Ya Rasulullah! Kami semua sudah pun memeluk Islam’ Kata mereka lagi mengungkit;” Orang-orang Arab lain ingin membunuh engkau wahai Rasulullah dan kami tidak akan membunuh engkau seperti mereka!”. Allah nak mengajar mereka tentang Islam dan Iman yang sebenarnya. Mereka telah memeluk Islam, mengisytihar Islam sedangkan hati mereka masih kosong, dan tiada iman di dalamnya. Allah meminta Rasulullah berkata pada mereka yang mereka belum beriman lagi. Islam mereka hanya pada zahir sahaja. Islam zahir sedangkan hati mereka, roh mereka masih kosong dengan Iman dan Islam yang sebenar. (Katakan pada mereka ‘kamu semua belum beriman! Akan tetapi mereka dah kata yang mereka telah pun Islam ‘sedangkan belum masuk lagi iman ke dalam hati kamu’)
Walaupun begitu keadaannya, demi keperihatinan Allah pada orang yang sudah Islam ini, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala amal soleh mereka yang sepatutnya mereka dapat dan ianya tidak hilang dari mereka sebagaimana hilang amal kufur setelah mereka memeluk Islam. Ini lah fahaman dari petikan ayat di atas seperti berikut; pastinya dengan syarat mereka taat pada Allah dan rasul nya; (dan jika kamu patuh taat pada Allah dan Rasul Nya,dan sedikit pun dari pahala-pahala amal soleh kamu yang terdahulu itu tidak di kurangkan)
Kerana status kamu sudah memeluk Islam dan perlu taat pada Allah dan RasulNya; kerana Allah itu sangat menghampirkan diri Nya pada pengampunan dan rahmat untuk memberi satu keistimewaan pada kamu agar diterima Allah di masa akan datang sebagai muslim yang beriman dan hati-hati mereka mula merasa nikmat beriman yang sudah menjalar dalam hati mereka. Allah Maha pengampun dan maha rahmat sebagaimana ayat di atas;
kamu).
34
(sesungguhnya Allah itu maha Pengampun dan Maha Rahmat atas
Sesungguhnya, orang-orang yang beriman itu adalah orang-orang yang beriman degan sepenuh yakin pada Allah dan Rasul Nya kemudian mereka sedikit pun tidak merasa syak (dalam iman mereka itu); mereka sanggup berkorban ke jalan Allah dengan harta benda mereka dan juga dengan jiwaraga mereka; Mereka ini dikenali sebagai 0rang-0rang Yang Benar dan Membenarkan ( As Siddiqiyyun).(15) Katakan lah pada mereka (Wahai Muhammad)!: “ Adakah sengaja kamu nak beritau Allah tentang agama kamu itu (dengan perkataan’ kami ini orang beriman’) sedangkan Allah mengetahui (hakikat sebenarnya) apa yang ada di langit dan di bumi; dan Allah itu Maha Mengetahui tiap segala sesuatu.(16) Tafsiran ayat 15-16: Ayat di atas cuba menjejaki hakikat Beriman pada Allah, selepas membedakan di antara Islam dan Iman dalam ayat sebelumnya sewaktu menjawab kepada arab badwi. Hakikat iman itu diertikan sebagai Mempercayai dengan bersungguh nya (Tasdiq) dalam hati kita kepada Allah dan Rasul Nya dan berikrar dengan lidah nya akan keimanan itu, serta menzahirkan nya dalam pelaksaan syariaat Allah dan Rasul Nya. Iman bukan hanya ikrar dengan lidah kerna ia melibatkan nur yang memasuki ke dalam hati apabila hati itu dilapangkan oleh Allah untuk menerima Islam; Allah berfirman: (ia berada dalam cahaya hidayah petunjuk dari Tuhan nya) (alzzumar ayat 22)
Rasulullah saw pernah bersabda: “ 35
اﻟﺗﺟﺎﻓﻰ: ھل ﻟك اﻟﻘدر ﻋﻼﻣﺔ ﺗﻌرف؟ ﻗﺎل ﺑﻠﻰ: ﻗﯾل ﯾﺎ رﺳول ﷲ:" اذا وﻗﻊ ﻓﻰ اﻟﻘﻠب اﻧﻔﺳﺢ واﺗﺳﻊ " واﺳﺗﻌداد اﻟﻣوت ﻗﺑل ﻧزوﻟﮫ, واﻻﻧﺎﺑﺔ اﻟﻰ دار اﻟﺧﻠود:ﻋن دار اﻟﻐرور Mafhum nya; “ apabila Nur itu terlekat ke hati , maka rasa hati itu lebih lapang dan meluas: Tanya para sahabat pada Rasulallah; ada atau tidak tanda-tanda yang boleh kita ketahui nya? Jawab Rasulullah Ye ada! Pertama menyepi diri dari pembohongan dan penipuan; dan memencilkan diri ke arah akhirat iatu dunia yang kekal; dan mempersediakan diri untuk mati sebelum datang waktunya”.
Ini memperkuatkan firman Allah yang menyatakan ‘ masih belum masuk iman itu ke dalam hati mereka” Jika kita hanya berikrar dengan lidah kita sedangkan hati kita tidak benarbenar tasdiq (percya) maka kita mungkin orang yang munafik. Syed Qutub menyenaraikan TASDIQ hati kepada beberapa fakta yang menunjukkan adanya iman seseorang itu: a) Tasdiq kan hati kepada Allah dan RasulNya b) Tasdiq tanpa syak-wasangka pada Allah dan Rasul Nya c) Tasdiq dengan penuh ketenangan, tegas, mampat penuh keyakinan yang tidak gentar, atau longgar d) Tasdiq yang tidak menimbulkan apa-apa kecemasan e) Tasdiq yang tidak melalaikan hati dan dalaman kita f) Tasdiq yang mengeluarkan sukakan jihad dengan harta dan nyawa ke jalan Allah g) Tasdiq sehingga hati itu mula merasai kenikmatan iman dan kemanisannya serta dengan itu ianya lebih tenang h) Tasdiq yang mempertahankan hakikat iman di luar hati itu. i) Apabila semua tasdiq-tasdiq ini di jiwai oleh seseorang itu maka orang itu dikenali sebagai Orang Yang Menghayati Kebenaran akidah nya. Iaitu اﻟﺻﺎدﻗون Mengikut Imam Haqqi ar Rusawi, orang yang beriman ialah yang beriman dengan Allah dan hati mereka sunyi dari sebarang syak-wasangka atas iman mereka, tidak mempertikaikan kepercayaan padanya dan berazam yang al AL Haq itu bersamanya. Sesiapa yang merasai syak dan memandu dengan fikirannya maka dia sudah berada dalam keadaan penuh prasangka, dia akan berada di antara syak dan kebingungan. Syak bererti teragak-agak di antara itu dan ini. Dalam melaksanakan ketaatannya kepada Allah dan rasul, orang yang beriman akan mempelbagaikan ibadat nya, yang melibatkan keringatnya, 36
dan juga melibatkan harta dan wangnya ke jalan Allah; Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah sepeti berikut: (dan berjihad dengan hartabenda dan jiwa raga mereka ke jalan Allah)
Dengan hakikat iman ini, dan pecahan kepada pengertiannya jika diamal dan resapi dalam diri maka kita akan dikenali sebagai As Sidiquun. Kemudian dalam ayat 16 pula, Allah, seolah-olah hendak membalas katakata mereka yang mendabik dada mengatakan yang mereka beriman pada Allah sewaktu Arab Badwi dari Bani Asad datang ke Madiah; dengan maksud seperti berikut: “ Adakah kamu hendak memberitahu Allah tentang agama kamu itu? Atau memberitahu Allah tentang islam kamu itu? Sebenarnya kamu masih belum beriman dan kamu menyembunyi sesuatu yang sangat diketahui oleh Allah: “ Ingat Allah itu Maha mengeahui semua yang berada di langit dan di bumi! “ Allah tidak perlu kepada pengistiharan kamu dengan kata ‘Kami Beriman’ kerana dia tahu isi hati kamu, atau yang kamu sembunyikan sewaktu membuat peristiharan itu!”. Jadi, ayat 16 ini diturunkan sebab kedatangan Bani Asad ke Madinah dan mereka membuat pengumuman memberitahu Rasulullah yang mereka beriman: sebenarnya belum masuk iman ke dalam hati mereka. Mereka mengungkit-ungkit menyatakan mereka berbuat ihsan dan kebaikan dengan masuk Islam dan mereka beriman. Dalam ayat berikut: Allah berfirman meneruskan teguran Nya pada orang arab bdawi itu disamping memberi beberapa petunjuk mengenai Islam dan Iman; Firman Allah:
37
Mereka anggap berbudi pada mu (wahai Muhammad) kerana sikap mereka menyerah, tidak melawan dan menentang kamu: Jawab lah pada mereka; ‘ jangan lah kamu beranggapan berbudi begitu pada aku, kerana pengakuan kamu itu; Hanya Allah sahaja yang boleh menerima budi kamu itu untuk memberi petunjuk pada kamu supaya beriman pada Nya, itu pun jika kamu benar-benar yakin dan percaya.(17) Sesungguhnya, Allah itu maha Mengetahui semua perkara ghaib di langit dan di bumi: dan Allah Maha Tajam Penglihatan Nya atas semua perlakuan kamu.(18) Tafsiran ayat 17-18: Mesej ayat ini kepada orang arab Badwi itu jelas supaya Rasulullah memberitahu mereka yang mereka tidak payah mengungkit yang mereka berbudi pada baginda kerana mengistihar diri beriman, dan sesungguhnya Iman mereka masih tidak masuk ke dalam hati mereka. Jadi berbudi lah kepada Allah dengan mengharapakan hidayah Nya dan bimbingan dari Nya untuk menjadi orang Islam yang beriman. Menyebarkan hidayah dan iman ke dalam hati seseorang yang masuk islam itu adalah sebesar-besar ‘budi-baik’ Allah kepada manusia dengan syarat manusia itu menerima Islam dan benar yakin dan percaya kepada Allah dan Rasul Nya. Syed Qutub mentafsir perkataan
(untuk memberi
petunjuk dan hidayat pada kamu supaya beriman pada Nya dengan syarat kamu benarbenar yakin dan percaya)
dengan penjelasan berikut: ‘dorongan utama ke arah iman itu adalah dari manusia itu sendiri dengan mengikut beberapa cadangan di bawah: a) b) c) d) e)
38
Menetapkan hati kepada satu hakikat hidupnya. Memperluaskan pemerhatian dan khayalan nya kepada alam wujud ini. Mengikatkan diri dengan wujud nya itu. Beredar meneliti dan meresapkan dirinya dengan wujud ini. Berfikir dengan sihat penglihatannya kepada yang bernilai di sekitarnya; dirinya, apa yang tersedia ada dihadapan nya, adakah dia yang menjadikan nya atau dia diberikan nikmat-nikmat itu dan sebagainya.
f) Dengan rasa tenang mungkin dia terjumpa sesuatu dalam perjalanannya itu kepada yang Maha mencipta iaitu Allah; KEMUDIAN a) Berbaik-sangka dengan yang wujud di sekitarnya dengan penuh insaf. b) Berbaik-sangka yang Allah itu pencipta yang mencipta semua kewujudan ini. c) Berbaik-sangka dengan memanjangkan perasaan, sentuhannya kepada yang punyai nilai dan kemuliaan. d) Berbaik-sangka dan bertaut-mesra dirinya berupaya berusaha, berdiri dan bekerja dengan mendapat redha Pencipta Nya; iaitu Allah. e) Berbaik-sangka dengan membenarkan yang wujud ini adalah Hakikat kewujudan Pencipta yang kita tunduk pada Nya. KEMUDIAN Hati yang tenang itu mula menyingkap dan mendapat kepastian semuanya itu melalui al Quran dan mengkaji bagaimana seorang manusia itu ditiupkan roh Allah ke dalam dirinya sewaktu dalam kandungan Ibu dan dari situ mulalah terjadi seorang manusia. Semua manusia ini datang dari sumber yang satu dan akan balik kepada sumber yang satu itu. Inilah dia pergerakan hidup manusia dan menghubungkan dirinya dengan Tuhan nya Allah. Inilah dia Islam dan Iman yang cuba di dakwah oleh para Rasul. Puncanya ialah Hati dan kepercayaan yang boleh di eksploitasi setelah manusia itu membuat penilitian persekitarannya. Seorang yang beriman itu akan merasa tenang mempunyai dalaman yang segar sejahtera dan roh yang ceria pada Tuhan nya. Setelah manusia membuat pilihan berpandukan fikiran mereka, maka mereka diberi hidayah dengan menerima takdir Allah. Dunia dan persekitannya akan menjadi panduan pada manusia dan akhirnya menemukan diri manusia dengan Tuhan dan bermula lah ibadat kepada Nya. Ibadat kepadanya dengan bertasbih mentaqdiskan Allah yang maha Pencipta itu. Dialah Allah yang kita sembah. Ayat Akhir pula muncul membenarkan ayat-ayat sebelumnya dengan membawa satu TUJAHAN YANG Allah itu dapat meneliti dan mengetahui semua perkara ghaib di langit dan di bumi. Ini tidak boleh dimiliki oleh sesiapa pun, sama ada manusia, Jin atau malaikat. Hanya Allah sahaja mengetahui yang ghaib di langit dan di bumi. 39
(Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui semua perkara ‘ghaib’ dilangit dan di bumi, dan serentak dengan itu, Penglihatan Allah maha tajam atas semua perlakuan-perlakuan kamu).
Jika Allah itu Maha Mengetahui segala yang ghaib di langit dan di bumi, bererti Dia juga Maha Mengetahui segala yang ghaib dalam diri kamu, segala yang kamu sembunyi dari yang lain, dia menguasai semua dalaman manusia dan makhluk Nya. Bukan sekadar apa yang kita ucapkan menjadi catitan Nya, tetapi Dia mengetahui segala detik niat hati-hati kita, sama ada kita beriman pada Nya dengan sesungguhnya dan yakin atau hanya iman di bibir sahaja. Jadi , BERIMAN lah dengan penuh yakin dan percaya pada Allah, dan bersedia memikul tanggungjawab melaksanakan risalah Rasulullah demi mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah. وﷲ أﻋﻠم Alhamdulilah tafsiran ni siap di tulis pada hari Ahad 27/6/2016 bersamaan 22 Ramadhan 1437 Hjrah.
40